Bab 24

Romance Series 35914

****

PERKARA yang berlaku atas dirinya itu seperti sedang berlakon disebuah drama. Tapi itulah hakikatnya. Dimana Erick Fauzan tiba-tiba meluahkan perasaan suka terhadap dirinya. Sejujurnya , Amirah sangat kagum dan terpesona dengan lelaki itu. Singkatkan cerita dia 'on crush' terhadap Erick Fauzan. Boleh sahaja kalau dia nak terima Erick sebagai kekasih hatinya. Sama-sama suka kiranya. Tetapi, tidak semudah itu. Kenapa ?

Semalam selepas sahaja menunaikan solat maghrib berjemaah dengan Umi dan abang, aku kena sembur tau dengan singa yang aku maksudkan. Ya, abang aku marah sebab suka-suka ikut orang balik. Padahal bos aku je kot. Dia baik apa. Abang aku je buta. Jackie juga yang utama! Tahulah sahabat. Okay sambung, lepas tu abang aku cakap macam ni.

“Hei Mirah , kau memang jenis yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri ke ? Apesal semua pesanan aku kau tak dengar eh ?” marahnya.

“Orang dengarlah abang. Tapi tadi tu kebetulan! Abang pun satu , orang call tak angkat !” balasku geram.

“Telefon aku mati tak de bateri. Tapi, kau tunggu jelah bukan lama pun aku balik ke rumah. Kau boleh je pesan dekat umi kan ?”

“Senang abang kata ! Nak adik jadi tengkorak hidup tunggu abang datang ambil ? memang taklah ! orang pun penat.” bantah aku.

“Kau makin membesar , semakin pandai lawan cakap abang eh ! Siapa ajar kau ?” Masa ni aku dah takut. So , aku libatkan umi aku sekali. Nak minta perlindungan katakan.

“Umi, tengok abang ni. Adik cakap benda betul kot. Kita telefon dia yang angkat panggilan. Marah-marah adik pula , padahal dia yang salah .”

“Abang , adik . kalau nak bergaduh tu meh sini umi tunjukkan tempat dia. Padang bola yang besar dekat sana. Ha ,pergi. Jangan gaduh kat sini , pening umi dengan korang ni. Dari kecil hingga besar tak berhenti nak bergaduh macam anjing dengan kucing. Kalau arwah abah masih hidup dan tengok korang sekarang ni , mesti dah kena hukum !” umi mulai berleter panjang lebar. Kesian dekat umi aku, tapi bukan salah aku . Salah abanglah sebab dia yang mula dulu !

TAP TAP TAP !

Bunyi jari dipetik menyedarkan Amirah dari lamunannya. Alamak , boleh pula mengelamun tengah bekerja. Ni kalau bos tengok , automatik kena potong gaji. Amirah tersengih melihat orang yang tercegat di hadapannya itu.

“Jauh mengelamun bakal kakak ipar ni. Mengelamun apa tu ?” kata-kata Ziyad membuatkan Amirah sedikit terkedu.

“Tak , tak de apa. Mana ada sa-saya me-mengelamun.”

“Yelah tu , you perasan tak i masuk dalam bilik Erick tadi ?” tanya Ziyad. Amirah tersengih dan terus menggeleng perlahan.

“Hmm itu ke nama dia tak mengelamun ? okaylah , Erick suruh you masuk. Pergilah , lama dia tunggu tu.” katanya lalu pergi.

Amirah mengangguk tanda faham. Dia cuba menenangkan dirinya sebelum masuk berjumpa dengan Erick. Skirt biru laut yang digunakan di angkat sedikit sebelum melangkah. Skirt ni agak besar dan panjang. Sebenarnya Amirah tak nak guna , tapi disebabkan malas punya hal nak 'iron' bagai guna jelah. Skirt ni jenis yang tak pandai kusut, kau lipatlah macam mana pun still tetap sama, lurus. Skirt ni aku order dari luar negara , so biasalah barang online ni kan. Kadang kecil , kadang muat. Ni aku punya besar dan panjang. Apa boleh buat...

“Sir panggil saya ke ?”

“Ya, duduklah.” Erick mula menatap wajah Amirah selepas mempersilakan gadis itu duduk. Fuh, seram gila.

“Ke-kenapa ya Sir ?” gugup dirinya di tatap begitu.

“Saya harap sangat awak boleh tolong saya, boleh tak awak tolong saya ?” Amirah memandangnya sedikit keliru.

“Sir nak saya tolong apa?”

“Tolong jaga hati saya,” selamba Erick menjawab. Amirah terkedu. Biar betul mamat ni?

“Just kidding. Janganlah serius sangat wajah tu,” kata Erick sambil membuka telefon bimbitnya. Tekan sana, tekan sini. Amirah memerhati sahaja. “Nah. ini yang saya nak minta tolong awak,” ujar Erick sambil menghulurkan telefon itu kepada Amirah. Telefon itu bertukar tangan.

Erick can you help me to buy this ? Bawang merah , lada benggala , halia , tomato , chili , secukup rasa (jenama maggie) and Kicap ABC . Mama nak yang jenama tu ya jangan yang lain. Kalau sempat , please belikan mama watermelon , serbuk kari adabi dan santan kotak 1L . Okay. - My beloved mom-

Selepas membaca petikan WhatsApp itu , Amirah terus menghulurkan kembali telefon Erick sebelum menjawab 'yes or No'. “So , How ? boleh tolong saya tak ? Bawang merah , chili dengan tomato je saya tahu. Yang lain kelaut,” Amirah turut tersenyum dan mengangguk. Sudah ! kepala ni memang tak boleh control . Kalau 'mata-mata' abang kau tengok , memang habis kau kena balik nanti. Haraplah tak .

“Thank you so much Amirah ! Awak penyelamat saya. Awak siap-siap je ya , pukul 11 macam tu kita gerak. Mama saya nak guna awal bahan-bahan ni.”

“Okay sir. Anything for you. Kalau tak ada apa-apa , saya keluar dulu ya.” dia meminta izin untuk keluar.

“Alright , see you.”

“Amirah...”

“Yes , sir .” Langkahnya berhenti di hadapan pintu dan menoleh ke arahnya.

“Macam mana tentang soalan saya yang kelmarin? saya bukan apa , saya betul suka awak. Start dari awak masuk kerja lagi...” ujar Erick. Amirah terdiam sejenak. Kepalanya di garu. Nak jawap apa ?

“Eh , ma-macam ada o-orang panggil sayalah sir. Saya keluar dulu , kita jumpa nanti...” katanya. Tangan kecilnya laju mencapai tombol pintu dan di pulas sebelum memboloskan diri keluar.

Erick merengus geram. Usahanya gagal lagi dan lagi. Susah juga nak pancing awek ni. Erghh !

SEBUAH troli yang bersusun di luar kedai pasar raya besar itu di tarik masuk oleh Erick. Agak ramai juga manusia berada didalam pasar raya itu. Majoriti semua wanitalah , lelaki boleh di hitung berapa nilainya. Mata Amirah liar mencari santan, Kicap, cukup rasa dan serbuk kari terlebih dahulu. Kemudian , barulah dia mencari tomato , halia dan lain-lain.

Erick hanya mengikut di mana saja Amirah pergi dengan menolak trolinya sekali. Rasa macam teman isteri pergi berbelanja barang dapur. Ihakzz !

“Dah siap. Sekarang jom bayar,” ujarnya. Entah kenapa dia semangat sangat tolong orang hari ni.

“Semua dah ? laju je awak ni ya. Boleh dah buat bini kalau macam ni. Jom bayar,” ujarnya selamba. Amirah hanya tersenyum. Dia bergurau tu. Mereka pun menuju ke kaunter pembayaran. Seusai itu mereka terus mengangkat kaki dari pasar raya itu.

Tingtingtingtingtitingtungtingtungting ( Nada dering Iphone )

“Boleh tengokkan siapa call , kalau mama, angkat ya. Awak cakap dengan mama.” pinta Erick. Dia kena fokus dalam pemanduannya. Amirah terus sahaja mencapai telefon itu dan mengangkat panggilan daripada mama Erick. 'Loudspeacker' di aktifkan.

“Assalamualaikum , pu-puan..” ujarnya gugup sambil sambil dia mengerling ke arah Erick.

“Waalaikumsalam, Erick ke tu ?” tanya Puan Davina dari hujung talian.

“Bu-bukan , saya P-PA sir Erick. Na-nama saya Amirah.” jawab Amirah sedikit terpatah-patah nadanya.

“Oh i see . So , where's my son ?” Amirah memandang ke arah lelaki itu lagi. Erick hanya mengisyaratkannya biar Amirah sahaja yang bercakap.

“Er , anak pu-puan sedang memandu. Kitaorang ba-baru habis be-belanja barang yang puan pe-pesan.” ujar Amirah dengan jujur. Erick berusaha tahan daripada tergelak. Gugup dia tak boleh bawa bincang.

“Oh , thank you, dear. Mama tunggu dekat rumah ya. Bagitahu dekat Erick bawa kamu sekali. Mama nak sangat jumpa Amirah ni. See you, dear.”

“Ba-baiklah puan..”

* Tut tut tut *

“Sir , kenapa bukan sir je yang bercakap tadi? Ish malulah saya !” Amirah mencebik.

“Laaaa , saya kan memandu. Lagipun okay je awak berbual dengan mama saya tadi.” jawabnya cuba memujuk gadis itu.

“Dah jangan merajuk bagai , kita dah nak sampai ni.” mata Amirah membulat. Biar betul ? Dia melihat ke kiri ke kanan dan ke hadapan apabila kereta yang di pandu oleh Erick memasuki satu persimpangan. Dari jauh , dia melihat sebuah rumah yang begitu cantik.

Selang beberapa saat , kereta itu telah melepasi pagar yang di jaga oleh 'security guard'. Rumah yang cantik itu kini berada di berada di hadapan mata Amirah. Dia terpana melihat kawasan rumah itu yang luas dan bersih. Matanya juga tertumpu pada kereta yang tersusun rapi. Ada Lamborghini , dua buah kereta Audi , satu ferarri , satu Toyota , satu jenis kereta Alphard. Menangis kereta aku tengok kereta ni . getus hatinya.

Sebelah kanan dari posisi dia duduk itu pula ,terdapat kebun yang dipenuhi pelbagai jenis bunga.

“Mirah , saya rasa ada yang follow kita dari tadi. Awak tak perasan ke?” tanya Erick sambil memandang cermin pandang belakang kereta itu.

“Hmm saya tak perasanlah, sir.” jawabnya sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Jantungnya sekarang ingin keluar terbang ke angkasa. Boleh pula dia tersasar dekat rumah orang kaya.

“Perasaan saya je kot. Dah jom.” ajaknya. Amirah hanya akur tanpa membantah. Barang-barang di beli tadi di bawa bersama. Amirah mengekori langkah Erick dari belakang dengan mulut terkunci.

“BETUL ke dia ada dekat sana?” tanya seseorang dari hujung talian. Kedengaran seperti menahan amarah.

“Sempat lagi kau tanya aku soalan bodoh ? aku dah hantar gambar kan ?” balasnya dingin.

“Aku nak kepastian je sama ada betul atau tak,”

“Aku dah follow dia dari awal , yes dia memang ikut laki tu ke rumahnya. Aku tak lama sangat dekat situ , sebab ada pengawal keselamatan.” terangnya.

“Okaylah , sekarang kau datang jumpa aku dekat tempat biasa. Aku nak bayar gaji kau , lepas ni tak payah dah follow dia.” talian terus dimatikan.

siap kau Amirah !

Bersambung...

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience