Bab 29

Romance Series 35914

****

ERICK melabuhkan punggungnya selepas di pelawa oleh bakal abang iparnya untuk duduk. Rasa nervous itu sudah jelas terpaut kuat di dalam dada selepas Emir memberitahu ada sesuatu yang ingin dia katakan sementara menunggu Amirah bersiap. Dia dengan Amirah sudah bertunang dalam beberapa hari yang lalu. Alangkah gembira hatinya setelah mendapat tahu bahawa keluarga gadis idamannya itu bersetuju. Melompat dan menjerit dia saat itu. Fuh, memang tak dapat nak control !

“So , macam mana perasaan anda bila dapat tahu kau berjaya memenangkan pertempuran kecil ini ?” tanya Emir seperti seorang wartawan berjaya.

“Ehemm..emm perasaan saya bersyukurlah...gembira dan terharu atas kemenangan ini. Bukan apa , punya lama saya tunggu bagaikan orang gila bayang dibuatnya..” jawab Erick dengan serius. Mereka berdua merasakan diri masing-masing berada di kaca televisyen. Memang padu. Dua-dua anak sulung, dua-dua boleh sama otak.

“Masa perjuangan dulu , cabaran dia tu cukup membebankan ke ?”

“Cabaran tu memang tak payah cakaplah. sangat-sangat membebankan sampaikan diri aku ni , hampir putus harapan. Memang teruk gila..” balas Erick sambil menggelengkan kepalanya. Emir tergelak kuat. Seronok dia gelakkan orang , kena dengan diri sendiri nanti padan muka !

“Sorrylah bro, aku sensitif sangat sampai masa tu. Yelah , selama ni aku tak pernah lagi bagi adik aku keluar dengan mana-mana lelaki. Especially , orang kaya macam kau..”

“Jadi kau ingat aku kaya , perangai buruklah ? fuh...otak engkau...nasib baik bakal abang ipar. Jadi , aku maafkan jelah...” balas Erick sambil tersengih. Pasrah dapat abang ipar macam ni.

“Betul eh , kau dah maafkan aku ? Yelah , tak adalah nanti aku mati kena tunggu kau dekat sana pula minta maaf kan...”

“Ya abang ipar , aku dah maafkan.”

“Yelah. Sekarang aku serahkan tanggungjawab aku kepada kau. Jaga Amirah elok-elok. Esok lusa aku tengok dia balik rumah ni menangis disebabkan kau , siap kau !” Pesan Emir. Walaupun dia tahu dia masih boleh bermain, bertekak tapi rasanya tidak sama seperti sebelumnya.

“Jangan risulah , aku jaga dia macam mana aku jaga nyawa aku...” balas Erick penuh keyakinan di dada.

“Dah siap..sorry lambat sikit.” ujar Amirah yang baru muncul. Senyuman manis dilakar dibibir. Sejak bergelar tunang kepada Erick Fauzan , wajah dia berseri-seri mengalahkan orang telah berkahwin. Kalau dah kahwin nanti mesti bersinar-sinar bak kilauan pertama . khakha !

“Kau pun dah maafkan abangkan ?” tanya Emir tiba-tiba.

“Berapa kali nak tanya wahai abang tercinta ? berbuih rasanya mulut nak beritahu benda yang sama je.” bebel Amirah. Jelingan maut di berikan kepada Emir.

“Abang cuma nak pastikan aje...ni korang nak ke mana ?”

“Ada meeting jap dekat luar. Tu yang minta izin dengan kau awal-awal ambil Mirah dekat sini..”

“Oh...bagus bakal adik ipar aku ni. pergilah , karang lambat pula jangan salahkan aku..”

“hahaha, yelah..”

Selepas bersalaman , Amirah dan Erick langsung memboloskan diri dalam perut kereta dan membelah jalan raya pada pagi itu.

ARMEL melangkah masuk ke sebuah bangunan tiga tingkat yang hampir siap dibangunkan bersama seorang lelaki berhodie dan menggunakan face mask hitam. Senyuman tidak lekang dari bibirnya melihat situasi ruangan yang telah pun di cat sepenuhnya. Hanya tinggal pasang tingkap dan meja sahaja. Setiap bilik juga sudah siap dan hanya perlu di hias. Itu bergantung pada penghuninya sendiri.

“So , ruangan ni untuk meeting , ruang iklan banyak lagilah..you rasa okay tak ?” tanya Armel kepada lelaki yang berdiri di sebelah. Dia sudah merancang dengan rapi tentang syarikat terbaharunya yang bakal membangun tidak lama lagi. Kali ini , dia bergabung dengan Jackie Albemo.

“I ni ikut saja apa yang you buat. Sebab semua ni duit you...” jackie sedikit mengeluh. Tebal rasa muka dengan tunangnya sendiri.

“alah....janganlah buat nada macam tu. I tak suka. Tapi , you kena janji dengan i , you usaha sampai segala produk , brand berjaya sampai antarabangsa. I letak kepercayaan kepada you tau..jom kita ke lantai dua pula,” ujar Armel seraya melangkah menaiki tangga disebabkan lift belum berfungsi. Jackie hanya akur menuntun langkah dari belakang tunangnya.

“Kenapa you sanggup tolong i ? ” tanya lelaki itu. Armel tergelak.

“Hei ! You kan tunang i. Mestilah i kena bantu you. But , sekarang ni you kena berpenampilan macam ni dulu. Nanti , usaha ni dah berjaya , you muncul semula dengan Jackie yang terbaru.” terang Armel dengan gaya tersendiri.

“Tapi , bangunan ni mahal tau, mana you dapat duit ? You pinjam dekat Ahlong ke?” tanya Jackie sedikit ragu. Dia tidak mahu Armel berbuat demikian hanya untuk membantunya. Armel tergelak kecil dan tidak menjawab.

“Ruangan kedua ni untuk produk i nanti. So , i akan duduk kat sini. Nanti you teman i beli barang hiasan eh ? kita hias sama-sama dengan bilik you sekali.” ujarnya tak sabar.

“Macam yang i kata tadi , i ikut je..Bilik i dekat mana ?”

“Jom , bilik you ada dekat lantai atas.” Balasnya kemudian bergerak ke lantai terakhir.Tercungap-cungap juga nafas menaiki tangga.Akhirnya mereka tiba di tingkat tiga.Ruangan itu lengkap dengan meja, kerusi , Aircond dan sebagainya.

“Wow , ruangan ni 90 peratus dah siap. Bilik you pun dah boleh guna. Kat sinilah tempat you. Suka tak ? ” dia main-mainkan keningnya.

“Su-sukalah. Besar bilik i ni...,” dia terpesona melihat bilik baharu yang bakal dia huni tak lama lagi. “Thank you , dear.” Armel mengangguk , seronok dia melihat Jackie yang begitu kagum.

“Tapi ... you tak kisahkan kalau bangunan tiga tingkat je ? yelah , tak macam bangunan yang dulu tempatkan tu bertingkat²..”

“I tak kisah...yang penting , i boleh bekerja balik macam sedia kala. I janji dengan you , i akan usaha sampai syarikat kita ni menjadi salah sebuah syarikat yang berjaya di persada dunia..” Kata Jackie dengan azam yang berombak tinggi. Gagal sekali , bukan beerti gagal selamanya.

“That's my boy...sayang awak...” kata Armel riang.

“Err ..You , you tak jawab lagi soalan i. Mana you dapat duit ? pinjam eh ?”

“Apa pula pinjam ! Ni duit hasil jualan produk i lah. Lepas tu , mummy dengan daddy pun ada bantu sikit. So , i belilah tempat ni untuk kita.” Terangnya.

“Mummy dengan daddy you tahu ke i dah muhflis ?” Jackie mula membuka face mask miliknya. Terasa sesak nafas berada di tempat tertutup.

“Of course , but no need to worry. Mereka faham situasi you. Sekarang ni, kita fokus kerjaya kita.”

“Sayang , thank you sebab sudi tolong.I hargai sangat pengorbanan you.I janji lepas berjaya je , i akan kahwin dengan you.Lagipun , dekat sini i ada you and family you je.Family dekat belanda tu ,macam tak wujud.” dia melepaskan keluhan berat apabila teringatkan keluarga yang berada jauh darinya.

Sejak dia memilih untuk melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia , keluarganya sanggup memulaukan Jackie setiap kali balik bercuti. Sehinggalah sekarang , Jackie memutuskan untuk meneruskan hidup di Malaysia bersama abang Amirah , Emir. Dialah yang banyak membantu Jackie terutamanya bertutur dalam bahasa melayu.

“Sebab ni i kagum dengan you tau , walaupun family tak ada dekat sini , tapi you still tabah dan kuat menghadapi setiap ujian.”

“But , i still tak puas hati apa yang jadi sekarang ni..I rasa macam ada yang sabotaj i sampai i muhflis,”

“Huh ? siapa pula yang nak sabotaj you ?” tanya Armel pelik. Setahu dirinya Jackie tak pernah bagitahu mahupun cerita yang dia ada musuh.

“I don't know. But , i rasalah there's something wrong,”

“Dahlah , perasaan you je tu. Benda dah nak jadikan , kita tempuhi jelah. Tak payah fikir sangat..”

“Hmm, tulah. Oh by the way , i teringatkan Amirah. Do you know where's she ?” tanya Jackie.

“Err , why ?”

“Tak delah , saja tanya. Cemburu ke ?” usik Jackie. Armel tersengih.

“No way. Dia ada je kerja dengan kawan i , Erick Fauzan. Dia jadi PA dekat sana..” terangnya.

“Erick yang jutawan tu kawan you ke ?”

“Yelah , takkanlah you tak perasan waktu kita bertunang , banyak yang kecam i. Disebabkan mereka sangka saya dengan Erick , something special..”

“Oh, One more thing , i dengar cerita dia pun dah bertunang beberapa hari lalu..”

“Who ?”

“Amirahlah...”

“Really ? dengan siapa ?”

“Boss jutawan dia lah.Tak sangka kan ?”

“biar betul ?” tanya Jackie sedikit terkejut. Armel mengangguk perlahan dan tersenyum.

“Tak sangka pula kan ? macam kita juga. Kenal tak lama , dah bertunang..” ujar Jackie seraya tergelak apabila terimbas masa mula-mula mereka berkenalan.

“Jom , kita pergi makan nak ? i laparlah..” rengek Armel sambil mengusap lembut perut kempisnya.

“Jom..”

bersambung..

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience