****
KERETA yang dipandu oleh Erick meluncur laju di atas jalan raya. Perasaannya agak malas untuk keluar namun dipaksa juga. Dia tidak mahu membuat Armel berkecil hati dengannya kalau menolak untuk keluar. Armel adalah satu-satunya gadis yang rapat dengannya. Dialah sahabat, dialah juga ibaratkan seperti adik perempuan sendiri.
Dia memarkir kereta tepat pada petak garisan. Selepas enjin kereta dimatikan, dia terus bergerak masuk ke salah sebuah restoran yang dimaksudkan oleh Armel tadi. Matanya liar mencari kelibat gadis tersebut.
“Sorry i lambat.” tegurnya. Kerusi ditarik sebelum dia melabuhkan punggungnya. Armel hanya tersenyum. Dia juga faham situasi lelaki itu yang sentiasa sibuk memanjang.
Seketika itu, seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan. Armel memesan jus manakala Erick pula memesan air panas. Sesudah itu, mereka berbual semula.
“I'm sorry too, yelah you kan busy. Tapi, you still nak keluar dengan i.” balasnya. Erick hanya tersenyum.
“Boleh i tanya sesuatu?” Tanya Armel sambil memandang wajah Erick.
“Pasal video tu ke?” Erick cuba meneka. Armel mengangguk dan tersengih. “Jangan marah tau. I just nak tahu, kenapa you sampai macam tu sekali?” Tanya Armel. Dia cuba sedaya upaya menahan diri dari ketawa berdekah-dekah. Takut tersinggung pula mamat dihadapannya ini.
“Mainan tidur, biasalah. Penat sangat time tu. Dua beruk tu pula sibuk record pastu tak minta izin pula nak muat naik dalam media sosial. Memalukan! Tebal tau muka i ni. Kemana i pergi, kena perhati je. Dah macam bunuh orang pun ada.” Luahnya panjang lebar.
Teringat pula pagi tadi, sewaktu melangkah masuk dibangunan miliknya, semua mata memandangnya. Ada juga yang berbisik sambil ketawa. Argh! Semua gara-gara adiknya.
“Habis tu, you tak suruh Farish delete ke?” tanya Armel.
“Dah. Tapi, dia tak nak. Katanya nak buat kenangan.” jawab Erick mendatar. Armel tertawa kecil.
“Sorry , sorry. But, ada betul juga apa yang dia kata tu. You kan jenis yang tegas, apa salahnya video tu buat satu kenangan . Kenangan dimana seorang yang tegas ada juga lawaknya.”
Erick hanya tersenyum. Malas dia nak fikir semua tu. Betullah apa kata Armel dan Farish, buat satu kenangan. Manalah tahu esok lusa berkahwin dan ada anak. Bolehlah anak dia tengok perangai ayah dia macam mana. Seh! Ke situ pula! Ketuk kepala baru tahu!
“Daripada cakap pasal benda memalukan ni, i nak tanya you something. Bila you nak kenalkan boyfriend you dengan i ?” Erick main tanya soalan saja. Apa yang terlintas dalam fikirannya itulah yang akan ditanya.
“ Hahah, you tunggu je..tiba masanya, i bagitahulah.” ujar si gadis itu diikuti gelaknya.
“You asyik tanya i je soalan ni , you tu bila pula nak kenalkan makwe?” Ambil kau Erick , tadi beria sangat nak tanya orang . “Err...”
*Telefon milik Erick berdering*
“Wait a minute, Ziyad Call.” ujarnya kepada Armel sebelum mengangkat call tersebut.
“Hello?”
“Hello, Bro! Kau dekat mana?!” kedengaran suara Ziyad agak cemas di hujung talian. Berkerut kening Erick dibuatnya.
“Aku dekat luar. aku dengan Armel sekarang ni. Kenapa?” balasnya sambil menatap Armel yang khusyuk melihat screen telefonnya.
“Farishhh, bro. Farish!” hanya itu yang dapat di ungkapkan oleh Ziyad.
“Kenapa pula dengan dia ?!” tanya suara garau itu sedikit cemas.
“Dia dah tak lama dah... baik kau balik!!”
“Tak lama apa? Calm down, bagitahu aku dia kenapa?!!” tanya Erick sekali lagi. Rasa ingin tahu melonjak-lonjak di dalam hati.
“Dia terjatuh dari tingkat atas! aku tak boleh nak cakap apa , kau balik je lah!” talian terus dimatikan oleh Ziyad. Tanpa berlengahkan masa, Erick terus meminta diri kepada Armel.
“Whats wrong?” terpinga-pinga Armel dibuatnya melihat Erick tergesa-gesa untuk pulang.
“Nanti i call you. i balik dulu.. tolong bayarkan minuman i ..” sempat lagi dia memesan sebelum melangkah pergi. Armel hanya mengangguk walaupun masih dalam keadaan 'blur'.
MARCEDEZ-BENZ yang dipandu Erick meluncur laju. Perasaannya kini bercampur baur. Apa yang terjadi sebenarnya dengan Farish? Kenapa dia boleh terjatuh dari tingkat atas pula?
“Arghhh!!” Erick memukul stereng keretanya. Masa nilah juga jalan nak sesak!
Dia menunggu dengan penuh sabar. Fikirannya sekarang hanya tertumpu dengan situasi adiknya di rumah. Telefonnya berdering. Terpapar nama 'Ziyad'.
“Kau dekat mana?!”
“Kau boleh sabar tak? Aku dalam perjalanan ni! Entah tetiba jem pula jalan ni!” marahnya. Bukan kehendaknya buat jalan ni sesak sampai macam ni.
“Ya Allah , cepatlah . Aku tak tahu nak buat apa dekat rumah ni!”
“Kau dah call mama tak?”
“Sudah, mama dengan papa pun tengah on the way . Cepatlah Erick. aku bingung , darah dia banyak sangat!”
“Aduhh..kau relaks, calm down . aku dalam perjalanan ni. Kejap lagi aku sampai !”
*tut tut tut*
Keretanya terus memecut apabila melepasi lampu isyarat yang menyebabkan kesesakan sebentar tadi. Hampir juga dia terlanggar sebuah kereta tadi. Nasib kakinya lincah menekan pedal break.
“Bodoh punya orang ! Nak masuk simpang tu , gunalah signal!!” marahnya seorang diri. Kemudian , dia menekan pedal minyak semula meningkatkan kelajuan untuk sampai ke rumah.
Bertahan Farish . aku tahu kau kuat . kata Hati kecilnya.
bersambung..
Happy reading everyone
Share this novel