****
ERICK laju mengikuti langkah isterinya yang tergesa-gesa masuk ke dalam hospital itu. Amirah langsung sahaja menuju ke kaunter pertanyaan dimana jururawat ditugaskan disitu. Dia menyeka air mata dan cuba untuk bertenang agar jururawat itu dapat memahami setiap perkataan yang mahu diucapkan.
“Nurse, Umi dan a-abang saya ada dekat mana ?” Aduh Amirah, kau bertanya tu macam dia tahu umi dan abang kau yang mana satu.
“Nama pesakit?” tanya jururawat yang bertugas itu dengan lembut.
“Emir bin Zikrullah dan Hanifah...” jawab Erick dengan pantas. Bahu isterinya dipegang lembut. Dia faham situasi yang dialami oleh wanita itu sekarang ini. Hatinya pun turut terkejut dengan apa yang menimpa ibu mentua dan abang iparnya itu.
“Sekejap ya,” Amirah dan Erick menunggu beberapa saat sebelum jururawat itu berkata, “ Mereka masih lagi berada wad kecemasan. Kalau nak tunggu boleh pergi ke sebelah sana, jalan je lurus nanti akan jumpa wad kecemasan.” Jururawat itu menunjukkan ke satu lorong disebelah kirinya. Amirah langsung bergegas pergi.
“Thank you..” ujar Erick sebelum mengejar langkah isterinya. Jururawat itu hanya melakarkan satu senyuman. Dia faham situasi wanita tadi dan bukannya pertama kali dia menghadapi situasi sebegitu rupa.
Amirah dan Erick menunggu dengan penuh sabar di hadapan wad kecemasan itu. Hati mereka berdua tak berhenti dari memanjatkan doa kepada yang maha Esa. Tangan Amirah yang sejuk itu digenggam erat oleh Erick. Dia tahu perasaan isterinya saat ini. Cemas. Risau. Terkejut. Sedih. Semua bercampur baur. Seketika itu, seorang dokter keluar dari wad tersebut. Amirah dan Erick segera berdiri.
“Erick? What are you doing here ?” tanya dokter itu sedikit terkejut melihat susuk tubuh rakannya disitu. Kemudian, matanya beralih ke arah gadis yang matanya kian sembap.
“Kau ke yang periksa ibu mertua aku ?” tanya Erick. Soalan dokter itu dibiarkan. Ini bukan masanya untuk bertanya itu dan ini.
“Dokter, macam mana dengan umi dan abang saya ?” tanya Amirah pula dengan nada cemasnya. Hatinya berdebar laju. Dokter tersebut diam seketika. Dia menarik nafas sebelum menggeleng perlahan. Rasa serba salah nak luahkan, lebih-lebih lagi melihat wajah sedih gadis itu.
“Tak, tak mungkin. Kau tipu kan ? U-umi dengan abang a-aku masih hidup lagi..Umiii...adik datang ni..” Jerit Amirah yang sudah meronta-ronta dalam pelukan Erick ingin masuk ke wad kecemasan itu.
“Shhh....sayang..calm down. Jangan macam ni...please..” pujuk Erick.
“Umiiiiiiiiiiii..... abanggg.....kenapa tinggalkan adikkkk ?! ” Tangisan Amirah semakin kuat. Dia telah kehilangan 3 orang yang dia sayang. Abah, Umi dan Abang. Dia terduduk menyembah bumi.
“Sayangg.....” Terdengar sayup-sayup Erick memanggilnya. Kepalanya mula berat terasa pitam. Seketika , penglihatannya mulai kabur sebelum dia pengsan dalam dakapan suaminya.
“Hei ? sayang.....bangunlah......” dia menggoncang perlahan tubuh Amirah.
“Bawa ke bilik aku...” arah Dokter itu. Erick mendukung isterinya sementara mengikuti langkah rakannya.
“Macam mana isteri aku, Wan ?” tanya Erick cemas.
“Jangan risaulah, dia okay. Cuma perlukan rehat untuk tenangkan diri. Dia sudah kehilangan orang yang disayang..” terangnya.
“Tulah, aku tak tahu lagi ni penyebab mereka boleh accident macam tu..” Erick melepaskan keluhan berat.
“Abang isteri kau tu , ada musuh ke?” tanya Dokter itu secara tiba-tiba.
“Musuh ? aku...kurang pasti. Takkanlah aku nak tanya dia ada musuh atau tidak. Pelik pula kan ?” Dokter Syazwan atau dipanggil sebagai Wan itu tersenyum sebelum menggeleng.
“Situasi hening macam ni pun kau still nak bergurau eh..”
“Tak adalah. Aku cakap benda betul kot. Hmm , kenapa kau tanya aku macam tu ?”
“Semasa aku buat pemeriksaan tadi , terdapat kesan tembakan pada bahagian kepala dia. Aku rasa ada seseorang yang telah menembaknya dan sebab tu berlakunya accident. Mungkin arwah tu dah tak bernyawa dan hilang terus hilang kawalan..” terangnya mengikut apa yang dia rasakan. Erick terkejut.
“Aku dah telefon polis beritahu hal ni. Diaorang pun akan siasat benda ni. So, jangan hairanlah kalau polis datang jumpa isteri kau nanti..mungkin dia akan tanya beberapa soalan berkenaan dengan arwah...”
“Kenapa orang tu sanggup buat macam tu ? Satu je aku nak kata dengan orang tu , Sial punya manusia !” Erick mengetap bibir geram. Kalau ada depan mata dah lama arwah juga orang tersebut.
“Sabar....kita bagi polis uruskan benda ni..dorang tahulah jalankan tugas mereka tu. Tapi tulah, aku kesian tengok bini kau...kalau aku ditempat dia, tak tahu aku macam mana...” ujar Dokter dengan simpati. Berat mata memandang , berat lagi bahu memikul.
Jangan risau , saya sentiasa ada dengan awak. getus hati Erick.
“Umi........abang......” rengek Amirah. Laju Erick menghampiri isterinya yang masih lagi terbaring di atas katil pesakit itu.
“Sayang.....” Erick memegang tangan isterinya kemudian mengusap lembut kepala Amirah yang bertutup dengan tudung itu.
Amirah membuka mata perlahan-lahan memandang wajah suaminya. Air mata laju sahaja mengalir sedari tadi tanpa hentinya sebaik saja dia sedarkan diri. Dia bingkas bangun serta memeluk suaminya. Dia tidak kuat untuk mengharungi semua ini. Dia perlukan kekuatan. Dia perlukan sandaran dan kata-kata semangat.
“Saya......dah..takde...sapa-sapa....hsk..hskk..” ujarnya dalam dakapan suaminya. Pilu hati si suami mendengarnya. Begitu juga dengan doktor Wan. Dia langsung sahaja keluar dari bilik itu , dia juga tidak sanggup untuk melihat keadaan gadis tersebut. Sebelum ada tisu bersepah , baik buat kerja lain.
“Heii...apa cakap macam tu ...saya kan ada. Mama, papa , Farish dan Ziyad pun ada..awak tak keseorangan..” pujuk Erick sambil mengusap lembut belakang isterinya.
“sayaa...tak..terima..semua ni...kenapa? kenapa harus mereka ?” tanya Amirah dalam tangisannya. Sejujurnya dia tidak boleh menerima kejadian ini. Rindu terhadap abang dan umi akan tersemat di dalam jiwa yang tiada penghujungnya.
“Sayang....awak tak boleh macam ni. Awak kena kuat. Saya faham situasi awak , tapi semua ni terjadi atas kehendak-Nya. Kita kena redha..”
“Saya menyesal....saya menyesal tak bagitahu abang tentang Jackie.....Ni semua sebab Jackie !!” dia menumbuk dan menampar dada suaminya. Erick hanya membiarkan sahaja perbuatan isterinya. Kalau itu membuatkan emosi isterinya reda , dia sanggup .Kena tendang pun dia sanggup. Tapi, kenapa ada nama Jackie pula ni ?
“Apa kaitan dengan Jackie pula ?” tanya Erick hairan.
“Jackie ada datang rumah umi pagi tadi..hsk..hsk..sebab tu umi datang lambat...semua ni salah dia ! semua sebab dia ! Awak...bawa saya jumpa dia eh ? saya nak jumpa dia. Dia patut bayar semua ni..” rasa benci terhadap lelaki yang bernama Jackie Albemo itu mulai menggumpal di hati. Dia tidak boleh dibiarkan !
“Sayang...sayang...please , calm down..kita buat report nanti. Semua ni biar polis yang uruskan..”
“Tak nak! Kalau awak tak nak bawa saya, biar saya pergi sendiri...”
“Amirah...please. Benda ni urusan pihak polis. Awak kena rehat..” cegah Erick.
Clack !
“Erick , pihak polis nak jumpa isteri kau..” ujar Doktor Wan yang baru sahaja membuka daun pintu bilik tersebut. Erick menoleh seraya mengangguk.
“Dia nak soal bini aku dekat hospital ke ?”
“Dekat sini jelah , lagipun kesian bini kau kalau kena pergi balai pula. Perasaan dia tak okay lagi tu. Biar aku panggil pegawai polis ke sini.”
“Terima kasih , Wan.” ucap Erick. Bersyukur dia dapat kawan yang memahami seperti Syazwan itu. Doktor wan tersenyum kemudian berlalu pergi. Pandangan Erick fokus semula kepada isterinya.
“Awak...pihak polis nak datang jumpa awak. Nanti awak terangkanlah dengan mereka ya. Sekarang ni , saya nak awak tenang fikiran sekejap..” kata Erick. Amirah mengangguk perlahan.
SELEPAS Mendapat keterangan daripada keluarga mangsa , pihak polis langsung menjalankan tugas untuk menyoal siasat kepada orang yang berkaitan. Tidak lain tidak bukan ialah , Jackie Albemo. Menurut keterangan Amirah , Jackie ada datang bertamu sebelum kejadian itu berlaku. Kes kemalangan jalan raya memang selalu terjadi , tapi kes kali ini mengaitkan kes tembakan dari jarak jauh yang menyebabkan kemalangan dan kematian.
Kereta polis berhenti tepat dihadapan rumah milik kediaman Jackie. Tiga orang pegawai polis turun dari kereta itu dan salah seorang telah menekan loceng rumah. Beberapa saat kemudian , tuan rumah membuka daun pintu. Kecut terus tuan rumah tatkala melihat pihak polis sedang tercegat berdiri di hadapan pintu.
“Ada...apa..ya ?” tanya lelaki yang berambut kusut itu. Tampak seperti baru bangun.
“Maaf menganggu , kami ingin berjumpa dengan Jackie Albemo..” ujar salah seorang pegawai.
“Sa-sayalah...Jackie Albemo...ada apa ya ?”
“Maaf encik , anda terpaksa kami tahan untuk membantu siasatan berkenaan dengan kes tembakan..Haziq, bawa dia masuk kereta.” ujarnya dan mengarahkan pegawainya membawa Jackie.
“Eh....encik...a-apa ni..encik..saya tak buat apa-apa..” bantahnya.
“Tolong beri kerjasama...apa-apa hal kita bincang dekat balai nanti..”
“Saya...tak bersalah...apa ..yang ..saya buat ? tolong lepaskan saya...tolonglah...” rayunya penuh simpati.
“Encik...kalau betul encik tak bersalah , tolong beri kerjasama. Kita hanya nak buat siasatan. Jangan berdegil nanti padah jadinya !” tegas pegawai itu. Jackie terdiam dan akhirnya akur.
Selang berapa saat , kereta peronda polis itu sudahpun meninggalkan kediaman Jackie.
bersambung...
Happy reading
Share this novel