****
“GOOD MORNING, sayang.....” Ujar Erick sambil memeluk isterinya dari belakang. Amirah tergelak. Naik bulu romanya di peluk secara mengejut oleh suaminya sendiri. Pagi-pagi lagi dah buat drama romantik kau ye!
“Abang ni kenapa?” tanya Amirah lembut bersama sisa tawanya. Kedengaran hembusan nafas Erick di telinganya.
“Saja nak bermanja. Anak papa dekat dalam ni sihat ke?” kata Erick sambil mengusap lembut perut isterinya yang masih rata itu.
“I'm okay papa....” balas Amirah dengan nada seperti budak-budak bawah umur. Erick tergelak seronok. Dia memusingkan tubuh isterinya. Kini, mereka saling bertatapan.
“Awak ni kenapa tiba-tiba macam ni? ada sesuatu ke?” tanya Amirah lagi. Pelik juga dia dengan karenah suami sendiri.
“Tak ada apa, saja nak bermanja dengan awak. Pipi makin tembamlah. Sama macam pikachu..hahaha” balasnya sambil tergelak. Amirah memegang pipinya dan tersenyum.
“Semua ni sebab awaklah....” dia mencuit dagu suaminya yang tinggi menggunakan hujung jari.
“Kenapa pula?”
“Boleh pula tanya kita macam tu. Sebabnya saya bahagialah di samping, di hadapan, di atas, di bawah, kiri dan kanan awak,” ujar Amirah dengan sungguh-sungguh. Erick tergelak kuat saat mendengar celoteh isterinya.
“Amboi, seronok dia gelak. Jomlah kita gerak ke office..” ujar Amirah lagi.
“Hahaha okay,okay. Jomlah...”
“Tapi........” kata Amirah meleret. Dia masih tercegat di tempat yang sama. Erick menoleh dengan wajah kebingungan.
“Tapi apa?” tanya suara itu lembut.
“Tapi saya nak drive sendiri....dan......”
“Dan apa sayang?” tanya Erick lagi setelah Amirah menggantungkan ayatnya.
“Dan.....saya nak guna Audi putih tu....” jawabnya dengan nada sedikit merayu. Agak lama juga dia tahan perasaan ingin drive sendiri.
“Hmm, kenapa tiba-tiba?” tanya Erick.
“Alaaa...baby dalam perut ni yang nak. Teringin dia nak tengok mama dia memandu...bolehlah....please...” rayunya. Erick mengalihkan pandangan daripada isterinya. Konon tak nak termakan dengan rayuan Amirah.
“Alaaaaa...bolehlah....hari ni je....please....” Suara Amirah semakin lembut merayu.
“Abang....please........”
“Haih , yelah tapi hari ni je.” Akhirnya Erick mengalah dan termakan dengan pujuk rayu sang isteri. Ada saja perangai isteri sejak mengandung. Silap-silap, esok lusa minta bawa kapal terbang pula. Bukan biasa-biasa!
“Okay...janji hari ni je. Yeah, baby mama nak drive ni.” dengan senang hati dia turun ke bawah. Erick hanya menuntun dari belakang.
“Ini ke kunci dia?” tanya Amirah walaupun dia sudah tahu. Dah lama dia intai kunci tu.
“Ya..hati-hati bawa kereta. Abang perhati dari belakang nanti.” pesan suaminya. Amirah mengangguk dan menuju ke garaj kereta dimana Audi putih itu terparkir rapi.
“Here we go...”
“MASIH belum dapat tangkap ke perempuan tu?” Dia mengerling ke arah baruannya seketika. Hatinya tidak sabar untuk melihat perempuan itu tertangkap. Dia benci dan dia dengki .
“Kalau aku dapat tangkap, takkanlah aku dan kau ada dekat sini kan? mesti kau dah siksa dia cukup-cukup, dan aku enjoy dengan party aku.” jawabnya dengan tenang. Armel tersengih sinis. Betul juga apa dia kata.
“Susah ke nak tangkap dia?”
“Susahlah. Dia keluar pergi mana-mana mesti suami dia ikut. Kalau bukan suami dia, ipar dia tu...” luahnya.
“Kalau macam tu, kau tangkap je suami dia sekali. Siapa-siapalah yang ikut dengan perempuan tu. Aku lagi suka.”
“Kau kata nak perempuan tu je? kalau nak tangkap yang lain, bayaran kitaorang kena tambah...”
“No problem. So, sekarang ni, kau buatlah kerja kau. Kalau boleh tiga-tiga sekali kau tangkap! Aku tak sabar nak lepaskan dendam aku. Lepas tu aku akan beredar dari sini!”
“Habis kitaorang macam mana pula?”
“Lepas kerja aku selesai, engkau pun berambuslah juga kemana kau nak. Pergi jauh-jauh, selagi kes kita tak ada siapa yang dapat tahu,” ujarnya dengan yakin. Segala rancangannya di atur dengan cukup sempurna.
“Tapi kalau kantoi macam pula ?”
“Shut up! rancangan ni tak akan gagal kecuali kau dengan anak buah kau yang bocorkan! ingat, aku tak akan lepaskan kau kalau benda ni bocor!” tegasnya.
Kring! Kring!
“Hello? hmm, good. Kau perhati je dia. Nanti aku datang.”
“Ingat jangan sampai lepas. Ini peluang kita. Tak kisahlah dia nak keluar malam sekali pun...” Talian dimatikan.
“Siapa call? anak buah kau?”
“Ya. dia kata perempuan tu naik kereta berasingan dengan suami dia..”
“Good. Tapi kau kena hati-hati, suami perempuan tu sangat teliti....Aku nak berambus, apa-apa nanti call aku,” pesan Armel. Dia memasang kaca mata hitamnya kemudian turun dari perut kereta. Seketika itu, baruannya terus beredar pergi dari tempat itu.
DIA menguap entah kali yang keberapa. Matanya sudah berair-air dek kerana alahan menguapnya. Penat dan mengantuk, itulah yang di rasakan olehnya saat ini. Terbayang set tilam dengan bantal dekat rumah. Matanya di gosok beberapa kali kemudian memandang ke arah Erick yang masih tekun membuat kerja. Pandangannya di alihkan pula ke kiri dimana Farish sedang tekun bermain game di sofa itu.
“Lama lagi ke?” tanya Amirah. Jam tangan dilirik dan menunjukkan pukul 8 malam. Menyesal pula dirinya tak balik tadi.
“Sayang, benda ni baru sikit saya buat. Tulah tadi saya kata balik. Beria juga dia nak teman kita dekat sini..” Bebel Erick. Tak tahu nak guna bahasa apa baru isterinya faham.
“Manalah saya tahu benda ni sampai nak lewat malam. Sudahlah tu, esoklah sambung lagi...” pujuk Amirah. Matanya betul-betul berat saat ini.
“Tak boleh, benda ni kena siap malam ni juga. Esok tinggal buat semakan dan hantar ke Avroy.” ujarnya.
“Kalau macam tu, saya baliklah... lagipun saya drive sendiri kan..” katanya sudah tidak sabar untuk menghempaskan diri di atas tilam.
“Erick! Aku nak berak doh! teman aku gi tandas jap!” tiba-tiba Farish mencelah. Perutnya yang sakit itu dipegang. Nak pergi tandas takut pula sebab keadaan sunyi sepi di luar sana.
“Muka hensem, badan tagap tapi penakut. Tak payah jadi lelaki kalau penakut!” ujar Erick. Farish menjeling.
“Aku berani okay. Saja je minta teman dengan kau. Chauu lu...aduhhh gila punya perut. Malam macam ni juga kau nak sakit..” katanya kemudian berleter sendiri keluar dari pejabat Erick.
“So, boleh tak ? saya mengantuk dah...” sambung Amirah lagi. “Pergilah tidur dekat sofa tu dulu...kalau awak balik sendiri bahaya...” arah Erick. Amirah mengeluh.
“Tak pelah. Saya pun macam tak boleh nak drive, mengantuk sangat. Cafe dekat bawa tu buka lagi tak?”
“Tanya cafe pula. Kenapa, lapar ?” Tebak Erick. Amirah tersengih dan mengangguk.“ Cafe tu buka sampai 12 malam. Kalau awak nak pergi, tunggu Farish balik dari toilet.” ujar Erick.
“Lama lagi kalau tunggu dia, biarlah saya pergi sendiri. Bukan jauh pun..sebelah bangunan je.” bantah Amirah. Erick terdiam seketika sebelum mengangguk perlahan.
“Yeay...awak nak pesan apa ?” tanya Amirah.
“Awak belikan nescafe dalam tin tu jelah. Beli dua, kot si Farish tu nak...” pesan Erick. Amirah mengangguk dan keluar bersama duit di tangan.
“Hati-hati...”
“Berapa semua ni?” tanya Amirah yang sudah bersedia untuk membayar. “Semuanya rm25..” balas pekerja kaunter itu. Setelah membayar, Amirah keluar dengan beg makanan itu. Langkah Amirah terhenti apabila melihat seorang lelaki berdiri di tempat yang samar-samar tidak berapa jauh dari tempatnya.
“Siapa pula berdiri dekat situ? hantu ke? ish dahlah gelap!” bisiknya. Dengan lafaz bismillah, dia merempuh sahaja. Hantu tak hantu dia kisah apa, dia lapar sekarang ni, nak makan.
“Awak Amirah ke?” tanya orang itu tatkala Amirah berjalan melepasinya. “Awak ni siapa dan awak nak apa ?” tanya Amirah pula tanpa memandang lelaki itu. Jantung mulai berdebar.
“Saya tanya, awak Amirah ke ?” tanya lelaki itu lagi. Amirah tidak mempedulikan dan terus melangkah. “Awak tak nak tahu ke siapa yang bunuh abang awak?” Langkah Amirah terhenti dan terus menoleh ke arah lelaki itu. Namun, lelaki itu sudah berjalan ke arah lain.
“Wait! Awak kata apa tadi? hey... tunggulah..” kata Amirah separah menjerit. Dia berlari terkedek-kedek mengejar lelaki itu. “Tunggu....” lelaki itu berhenti di tengah jalan yang kosong dan sepi.
“Awak tahu ke siapa yang bunuh abang saya?” tanya Amirah yang tercungap-cungap mendapatkan lelaki itu.
“Tahu. Kenapa?”
“Siapa? saya nak tahu orangnya...tolonglah bagitahu saya...” rayunya.
“Boleh...” balasnya. Dia memandang keadaan sekeliling. Kosong. Perfect time . getusnya.
“Awak pandang apa?” tanya Amirah pelik. “Tak ada apa. Saya nak pastikan orang tu tak ikut saya. Sekarang saya diburu oleh orang yang bunuh abang awak...” terangnya. Amirah terkedu.
“Kalau macam tu cepatlah bagitahu.....”
“Wait...,” dia mengeluarkan sesuatu dari poket jacket hitam yang digunakan. Amirah hanya tekun memerhati tanpa sebarang rasa takut dengan lelaki itu. Ya, dia perlu tahu siapa yang telah menembak abangnya sehingga kedua orang yang disayangi maut.
“a-apa tu?”
“I'm sorry...” Tangan lelaki itu lantas menekup mulut dan hidung Amirah menggunakan sapu tangan yang telah pun di bubuhkan ubat penidur. Hanya beberapa saat, Amirah sudah tidak sedarkan diri. Lelaki itu sekali memandang sekeliling. Masih aman.
Tidak lama kemudian, sebuah kereta muncul yang merupakan gengnya. Tubuh Amirah di angkat dan dimasukkan ke dalam kereta. Seuasai itu, mereka terus memecut pergi.
“Fuh lega perut aku....” ujarnya setelah masuk kembali ke pejabat Erick. Dia mengambil tempatnya kembali di sofa tersebut.
“Mana bini kau?” tanya Farish setelah tidak melihat kelibat Amirah. “Turun pergi cafe...” balasnya ringkas.
“Biar betul turun sendiri?”
“Betullah, dia bukan penakut macam kau..”
“Aku beranilah bongok. Kenapa kau tak teman dia ke bawah? Kau tak takut ke kalau dia kena culik dengan hantu?”
“Kawasan ni selamat. Tak pernah lagi aku dengar ada kes penculikan dekat sini...” balas Erick dengan malas. Banyak soalan betul si Farish ni.
“Elleh, nanti terjadi baru nak meroyan, menangis semua...” perlinya. Erick hanya mengendahkannya dan hanya fokus menyambung semula kerja yang masih ada.
bersambung...
Share this novel