Bab 17

Romance Series 35914

****

JAM TANGAN berjenama itu dibuka dan diletakkan di atas mejanya. Perasaan yang bagus bertukar menjadi panas setelah melihat e-mail tentang pembatalan untuk bekerjasama dengan Syarikatnya. Semua sponser yang dinyatakan hilang dan hangus begitu sahaja. Dia menggelengkan kepalanya menahan angin yang tengah berombak-ombak.

Tali leher di buka dan dicampakkan ke atas meja. Kakinya melangkah ke pintu.

“Amirah , masuk !” nada suaranya mendatar dan dingin didengar. Terhegeh-hegeh Amirah masuk ke dalam dengan membawa buku jadual dan catatannya. Sebelum melangkah masuk , segala doa dia baca berharap agar diberi perlindungan. Dia sudah tahu sebab dia dipanggil ke dalam.

“Apa yang berlaku ni? Kau tahukan nilai yang dorang nak sponser syarikat ni tinggi ? Kenapa boleh batal pula? Bukan tu je , ada beberapa lagi yang mengundurkan diri daripada bergabung dengan syarikat ni. Tell me the reason. Why ?” bertubi-tubi soalan yang ditanya kepada pembantu peribadinya itu.

“Mereka tarik diri sebab mereka rasa tak layak sebab encik bos asyik busy sahaja. Apabila giliran mereka ingin berjumpa , asyik kena tunda. Sebab tu terjadi macam ni..,” jawab Amirah lembut namun terketar-ketar.

“Kau buat kerja macam mana ni ? Aku suruh kau pujuk mereka kan supaya sabar menunggu aku balik! Aku pergi kejap je. Bukan lama..,” nadanya separah meninggi.

“Encik bos , saya dah berusaha pujuk mereka tapi tak berjaya. Lagipun , bukan sekali dua kena tunda , dah lima kali..,” terang gadis itu dengan penuh sabar.

“Baru lima kali , aku 10 kali lagi tau. Aku okay je boleh tunggu. Kau yang tak reti nak pujuk orang ! Sia-sia aku bagi sepenuhnya harapan dekat kau !” Ujarnya sambil melepaskan nafas berat. Amirah tertunduk melihat lantai. Usahanya yang keras itu tidak dipercaya sama sekali.

“Kau tau tak , ini boleh menyebabkan syarikat ni bankrup? ke kau saja nak jatuhkan aku ? benda ni kau remehkan je ?” Jackie melemparkan tuduhan yang bukan-bukan. Tajam Amirah memandangnya.

“Encik bos ! Bodoh ke i nak jatuhkan bos i sendiri. I nak kerja dekat mana kalau syarikat ni bankrup?” Amirah mula melawan. Mana boleh kena pijak kepala .

“Encik boss tak boleh nak salahkan i 100% , sebab ini berpunca dari diri encik. Selama saya bekerja dekat sini , baru pertama kali jadi macam ni. Sejak encik bertunang, encik mengetepikan soal pekerjaan..,” tegas Amirah.

“Eh , kenapa you nak libatkan tentang isu pertunangan pula ni ? ke you jeles dengan i ?” mereka mula bertekak.

“Tak payah nak bangga sangat dengan pertunangan enciklah. I tak jeles pun! Listen, benda ni takkan jadi kalau encik berlaku adil..,”

“Encik faham sendirilah... you are the boss.”

“Dah keluar . Bagi i tenangkan fikiran dahulu..,” Jackie menghempaskan punggungnya di atas kerusi itu. Dia mengurut perlahan dahinya untuk mengurangkan sikit rasa sakit kepala.

“Amirah , i'm sorry for just now . I tertekan. Apa yang i cakap tu, you buang tepi ya. Jangan ambil hati sangat.” ujarnya tanpa memandang wajah gadis itu. Amirah hanya sekadar mengangguk malas. Keluhan kecil dilepaskan semasa melangkah keluar. Nasiblah dia faham situasi sekarang , kalau tidak memang kena cukup-cukup kau Jackie !

Tiga bulan kemudian...

FAIL-FAIL yang bersusun di atas meja itu di campak ke lantai. Surat-surat yang diterima olehnya juga di koyak dan dibuang. Itulah yang membuatkan dia seperti orang separuh gila. Jangkaannya tepat. Dia sudah pun muflis. Para pekerjanya satu demi satu menghantar surat berhenti kerja kerana syarikat itu tidak dapat membayar gaji mereka.

“Sir , ini surat...,”

“TAK PAYAH BAGI AKU SURAT ! KAU NAK BERAMBUS, BERAMBUS JE ! ” tiba-tiba sahaja Jackie melenting. Terkejut beruk lelaki itu tatkala mendengarnya. Kakinya laju sahaja melangkah keluar meninggalkan ruangan itu.

Duit simpanannya hanya tersisa RM5000. Semua ini berpunca dari dirinya sendiri. Dia gagal fokus dengan kerjayanya yang selama ini berbanting tulang dia usahakan sendiri sampailah ke tahap yang berjaya.

Usahanya yang bertahun-tahun untuk berjaya, kini gagal hanya dalam beberapa bulan sahaja. Why you so stupid Jackie ? Dalam hal ini , dia tidak boleh salahkan pekerjanya mahupun tunangnya. Semua berpunca dari dirinya . Ya , betul kata Amirah , dirinya sangat obses dengan dunia percintaan sehingga mengabaikan hal pekerjaan.

Dia meraup wajahnya. Tubuh lesunya dia sandarkan dikerusi kerjanya. Adakah dia perlu mula dari bawah lagi ?

“Encik bos ?” tegur satu suara yang amat dikenalinya. Hanya dia sahaja yang bertahan belum meletakkan jawatannya.

“Encik bos , nak air ke ?” tanya Amirah sedikit ragu-ragu. Dia cuba untuk tidak menambahkan lagi tekanan Jackie.

“No , thanks.” balasnya.

“Baiklah..,” Rasa simpati Amirah terhadap Jackie sangat menggunung. Orang yang sering membuatnya tertawa itu sedang diuji dengan masalah besar.

“Pergilah kemas barang-barang you. I tak dapat nak bayar gaji you lagi. I dah bankrup..,” Kata Jackie lemah. Pembantu peribadi kesayangannya itu terkesima. Aku kena pecat ke ?

“Ja-janganlah macam ni encik bos. Kita boleh pulihkan kembali syarikat ni. Don't worry , i can help you.” rayunya.

“Nak pulihkan macam mana? Semuanya hilang. there's no choice. I terpaksa berhentikan you. I tak mampu nak bayar gaji you. You can go now.” balas Jackie dengan pasrah.

“En-encik bos...please. Janganlah macam ni.”

“KAU TAK FAHAM BAHASA KE ? AKU KATA PERGI , PERGILAH ! SEMAK JE!” suara kerasnya memenuhi ruang bilik itu. Boleh runtuh dibuatnya. Amirah tertunduk dan perlahan-lahan langkahnya diatur keluar. Kali ini , laungan suara Jackie menyentuh dihati Amirah.

Barang-barang miliknya di kemaskan dan dimasukkan didalam kotak. Hari yang menyedihkan baginya. Bukan kehendaknya untuk meninggalkan syarikat itu , tapi keadaan memaksanya.

“Mirah , you pun nak berhenti ke?” tiba-tiba satu suara muncul dari arah hadapan. Amirah segera mengalihkan pandangan ke arah Armel yang tercegat di hadapan mejanya kemudian mengangguk perlahan.

“Huh ? you nak berhenti ? sepatutnya you bantu dia untuk naik balik. kawan jenis apa you ni?” ujarnya dengan nada yang menyakitkan hati.

Amboi Armel , tak tahu akar cerita tiba-tiba nak melenting bagai kenapa?

“Diam pula. You tahu sendiri kan , Jackie anggap awak macam adik dia sendiri. Tergamak you nak lepas tangan macam tu je. Tak boleh pakai betullah you ni.” tambahnya lagi.

“Stop put the blame on me! I berusaha tau nak bantu encik bos tu...,”

“So , kenapa you nak pergi macam tu je ?”

“Because i yang suruh.. I tak dapat nak bayar gaji dia..” Jackie terus mencelah. Armel dan Amirah terdiam sejenak.

“Pergilah, Amirah.Terima kasih atas usaha you selama ni. I minta maaf atas salah silap i. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi.”

“InsyaAllah..,Terima kasih kembali sebab berikan i peluang untuk menimba pengalaman selama 3 tahun. I amat hargai. saya pergi dulu...,” ujarnya panjang lebar sebelum mengangkat barang-barang yang dikemas olehnya.

Dia melihat tajam Armel semasa dia lalu dihadapannya. Gadis itu langsung tidak memberi respon apa-apa. Huh , sabar jelah !

“Sayang...are you okay?” Armel segera mendapatkan Jackie setelah Amirah beredar dari situ. Jackie hanya tersenyum hambar. Cukuplah harta yang hilang , jangan orang yang disayangi itu hilang. Itu cukup menyakitkan.

bersambung...

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience