Bab 23

Romance Series 35914

****

AMIRAH mula mengemas barang-barangnya yang agak berselerak di atas meja kerjanya. Sepatutnya sekarang ini dia dah berada di atas jalan raya dan sedang menempuh kesesakan lalu lintas. Tapi , dia mengambil sedikit masa untuk menyiapkan kerjanya. Tinggal beberapa orang di dalam syarikat itu yang belum pulang. Rasanya Sir Erick pun belum balik lagi. Eh , lantaklah ini syarikat dia , kau nak fikir sangat kenapa?

Tepat pukul 5:50 petang dia turun dan keluar dari tempat kerjanya dan terus menuju ke tempat di mana keretanya sedang terparking dengan rapi. Kunci kereta dikeluarkan dari beg tangannya. Namun , matanya tertumpu pada tayar keretanya. No way ! tayar kau jangan buat hal boleh tak ?! Aku ni tak reti benda macam ni. Menyusahkan ! Aku nak minta bantuan siapa ni ? Haa , Abang !

Dia mencapai keluar telefonnya dari beg. Terus sahaja dia mencari nombor abangnya dan membuat panggilan. Hampa , nampaknya telefon abangnya tidak aktif. Habis cas agaknya. Erghhh ! Tayar buat hal , abang pun buat hal ! Ya Allah , takkan aku nak naik teksi atau grab ? Ee , aku tak pandai ! bukan tak pandai , aku takut !!!

“Ehemmm,” Seseorang berdehem dan membuatkan Amirah tersentak. Dia menoleh memandang orang tersebut. “Sorry kalau saya buat awak terkejut. Dari jauh tadi saya perhati awak asyik mundar-mandir je. Awak tertinggal sesuatu barang ke ?” tanya Erick yang tercegat di hadapan Amirah itu. Aduh , dah petang macam ni pun still hansome juga mamat ni.

“Awak ? Hei !” Erick memetik jari di hadapan wajah Amirah.

“Huh ? er , tak. Ni sa-saya pu-punya tayar kereta , pancit.” balasnya. Again Amirah kau mengelamun depan dia ! Buat malu betul !

Erick memandang sekilas ke tayar belakang kereta itu.

“Hmmm , so awak balik naik apa ? teksi ?”

“Sa-saya tunggu abang saya ambil. Saya dah call dia tadi. Sir , dah nak balik dah ke?” Amirah sengaja menipu , kalau dia kata lain , tentu Erick akan menawarkan diri untuk menghantarnya balik. Dan, sudah tentu abang dia akan naik angin.

“Oh kalau macam tu biarlah saya teman awak sementara menunggu abang awak datang. Tapi , saya letak dulu briefcas dan blazer ni dekat kereta. Kejap ya,” ujarnya dan berlalu pergi. Keretanya hanya terletak bersebelahan dengan kereta Amirah.

Aduh ! Dia nak teman aku pula. Dahlah aku tipu dia ! Abang aku ni pun satu , entah apa je dia buat dengan handpone dia . Kau jangan salahkan aku nanti. Siap kau ! bebelnya.

Erick kembali semula ke sisi gadis itu. Amirah memandangnya secara mendongak. Nampak sangat yang Amirah ni pendek. Excuse me , lelaki ini yang tinggi tau. “Kenapa pandang saya macam tu ?” Erick menurunkan pandangannya. Gadis yang tinggi paras dada Erick itu tersengih dan menggeleng. Pandangan laju di buang ke arah lain.

“Kenapa sir tak balik je ? Buat susah je sir teman saya dekat sini.” balas Amirah sedikit berdebar.

“Sajalah nak teman awak. Lagipun keadaan sunyi ni , nanti ada peragut ke , penculik ke . Kita tak tahu. Lebih-lebih awak ni seorang gadis , cantik pula tu,” ujarnya dengan lembut. Amirah terus mengalihkan pandangannya ke arah lain untuk sekian kalinya. Dahlah hansome , caring pula tu. Siapa je tak cair kalau macam ni. Tak boleh jadi ni !

“Tak ada lah tu, Sir. Lagipun ,security tu ada. Kalau ada apa-apa , saya jerit je.” balasnya.

“No , saya tetap nak temankan, tiada alasan !” tegas Erick.

“Mana abang awak ? kenapa lama sangat?” Elleh , bosanlah tu menunggu. Tulah orang kata suruh balik , degil. Padan muka. Abang aku tak datang punya selagi dia tak nampak handphone dia !

“Er , saya try call dulu ya. Biasanya abang saya ni pelupa, kalau sir nak balik, balik je lah. Saya boleh tunggu sendiri.”

“Tak nak. Cepatlah call abang awak , saya tunggu.” Amirah sedikit geram dengan Erick. Cepat-cepat dia mendail nombor abangnya. Still sama , senyap. Oh , Umi ! Laju sahaja dia mencari nombor uminya.

1 , 2 , 3

“Assalamualaikum , umi abang mana ?” tanya Amirah.

“Waalaikumsalam , abang belum balik lagi. Kenapa ?”

“Ha ? Abang belum balik ? aduh, macam mana ni... tak pelah umi , tunggu adik balik tau. Bye..” talian terus dimatikan. Erick memandangnya.

“Er , Sir . saya rasa sir boleh balik kot. Sebab saya nak naik teksi je. Kalau tunggu abang saya sampai esok pun dia tak datang,” katanya sambil tersengih. Erick tersenyum. Sebenarnya dia tahu gadis ini telah menipu dari tadi.

“Saya tahu awak tipu. Dah , jom saya hantar awak balik. Lagi selamat dan jimat duit.” pelawa Erick dengan ikhlas. Lagipula, ini adalah peluang agar boleh mendekatkan diri dengan gadis itu.

“Eh, tak pe. Sir kan penat. Sir baliklah.” tolak Amirah dengan lembut.

“Jom.”

“Eh, tak apa sir. Saya naik teksi je,”

“Jomlah,”

“Teksi ada,”

“Amirah Faihanah , Jom saya hantar awak balik! Dah nak masuk maghrib ni.” katanya mendatar. Amirah mengeluh perlahan dan akhirnya mengangguk akur.

“Good girl. Jom,” Amirah mengekori dari belakang. Kini, mereka berada di dalam perut kereta.

“Sir...,” panggilnya meleret.

“Yes, me ?”

“Sorry tau sebab tipu sir. Saya bukan apa , saya tak naklah susahkan sir. Saya tahu sir penat. Penat-penat saya ni, penat lagi sir. Ke sana ke sini meeting. Kalau saya jadi sir , kepala ni mungkin dah meletup.” ujarnya. Erick tergelak seronok mendengar celoteh Amirah. Ni kalau dah jadi bini , memang habis telinga sang suami. Eh , soal suami....

“Err , Amirah . can i ask you something ?” Tanya Erick lembut selembut hatinya. Ya , aku patut luahkan ! Aku tak boleh simpan lama-lama perasaan ni.

“ Nak tanya apa ?” dia menoleh ke arah Erick yang sedang fokus memandu.

“Do you have a boyfriend ?”

“Buahahahahaha ! Luculah , Sir ni.” tawa Amirah memenuhi segala ruang kereta itu. Sempat lagi lelaki itu mengeluarkan pertanyaan demikian.

Aik ? aku buat lawak ke tadi ?

“Kenapa awak gelak ? soalan saya awak tak jawab lagi.”

“Hehehe , sorry. Erm boyfriend ya ? Tak ada. Kenapa ?”

Yes , ada peluang ! nak terus luahkan ke sekarang ni ? tanya hatinya.

“Can i be your boyfriend ?” katanya perlahan tapi dapat didengari oleh orang sebelah. Amirah terkedu. Really ? for the first time aku dengar macam ni ! Oh no !

“Err , sir . berhenti dekat depan tu. Rumah saya tu.” ujar Amirah gelabah apabila melihat pagar rumahnya. Cepat-cepatlah keluar dari sini , aku tak tahu nak jawab apa. Yes salah , no pun serba salah ! Kereta Erick tepat berhenti di hadapan pagar rumah gadis itu. Jam pun sudah menunjukkan 6:45 petang. Fuh , nasib baik abang belum balik.

“Amirah , look. Apa yang saya kata tadi tu , saya betul-betul nak dekat awak. Hati saya ni dah terkunci untuk awak. I'm serious,” ujar Erick bersungguh-sungguh.

“Sa-saya , macam mana ya. Sir , kita bi-bincang hari lain ya. Saya masuk dulu , sir elok-elok drive. Bye. Terima kasih sebab sudi hantar saya.” ujar Amirah dan terus keluar meninggalkan Erick didalam kereta. Erick melepaskan keluhan berat. Adakah dia terlalu cepat ? Tak pe , esok ada lagi.

Amirah melepaskan nafas lega apabila melihat kereta Erick sudah pun berlalu pergi. Dirinya sekarang sedang di landa kebingungan. Kalau dia tanya esok lusa macam mana ? Apa jawapan yang patut aku bagi ? nak kata hati tak bersedia nak ada boyfriend ? memang taklah , jawapan basi kot.

“Eh , dah balik anak umi ni. Kenapa tercegat dekat luar je ? Kereta mana kereta ?” Tidak sempat Amirah menjawab , kereta abangnya telah muncul.

“Umi , adik naik dulu ya. Nak mandi , kejap lagi masuk maghrib.” kata Amirah tergesa-gesa. Dia tahu kejap lagi dirinya akan di tanya oleh singa seekor tu.

“Umi, kereta siapa tadi tu ?” tanya Emir selepas mencium tangan uminya. “Mana umi tahu. Tapi , rasanya kawan adik kot. Dia hantar adik. Yelah , tengok kereta adik tak ada.”

“Kawan adik tu perempuan ke lelaki ? kenapa dengan kereta dia ?”

“Umi mana ada jawapan untuk soalan kamu tu. Pergilah tanya sendiri dengan dia.” Emir tersipu malu.

“ yelah. Nanti lepas solat , Emir tanya dia.”

“Tanya dia elok-elok. Jangan tanya seperti kamu nak makan dia. Kesian umi tengok adik kamu tu.” Pesan puan Hanifah lembut. Emir sekadar mengangguk perlahan kemudian berlalu masuk.

bersambung..

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience