Bab 31

Romance Series 35914

****

AWAL Pagi lagi mereka berdua sudah tersekat di atas jalan raya yang penuh dengan pelbagai jenis kenderaan sama ada beroda empat mahupun beroda dua. Yang menggunakan roda dua itu kiranya senang hendak menyelit untuk sampai ke tujuan. Amirah dan Erick yang berada di bawah satu bumbung kereta itu menunggu dengan sabar dan tabah. Hari ini mereka ingin membeli barang-barang perkahwinan mereka yang tidak lengkap lagi. Tarikh pernikahan sudah semakin menghampiri untuk menuju ke jalan yang sah.

“Tak sabarnya nak kahwin dengan awak ! tinggal tunggu seminggu je lagi..awak nervous tak ?” suara garau dengan nada sedikit manja itu memecahkan renungan Amirah kepada kereta-kereta di hadapan. Amirah tersengih-sengih. Bukan pertama kali dia mendengar Erick berkata seperti itu , boleh dikatakan setiap kali berjumpa , ayat yang sama juga dia ungkapkan. Tak kiralah dekat pejabat atau luar pejabat.

“Mestilah saya nervous , ini kali pertama tau saya akan menjejakkan kaki ke alam perkahwinan. kalau sir nervous tak ?” Amirah memandang bakal suaminya menunggu jawapan.

“hmmm...kalau saya nervous jugalah. Lebih-lebih lagi akad nanti. Saya terima nikahnya... seram sejuk dibuatnya...” ujar Erick bersama sisa tawanya. Amirah turut gelak sama. Keadaan menjadi sepi seketika. Amirah berdehem.

“Ehem...eerr Sir boleh saya tanya sesuatu ?”

“Boleh, sayang. Tapi, please don't call me sir. Tak kanlah lepas kahwin pun nak panggil sir juga ?”

“Habis tu nak panggil macam mana ?”

“panggil 'awak' jelah. Nanti lepas kahwin , awak panggil saya 'abang' ...” ujarnya. Seronok dia ketawa. Bosan yang dirasakan tadi , hilang serta-merta.

“okaylah , kalau macam tu. Saya nak tanya awak sikit ni...awak...pernah bercinta.. ke ? ” tanya Amirah dengan nada meleret. Walaupun sedikit segan , dia tetap memberanikan diri untuk bertanya. Bukan apa , saja nak tahu latar belakang bakal suaminya. Nanti tiba-tiba ada perempuan datang mengamuk , tahulah dia nak hadap macam mana nanti !

“Pernah.....dengan awaklah. Ini kali pertama saya jatuh cinta. Sebab tu saya macam ada terburu-buru , sikap macam gila bayang. Shh , ini rahsia kita berdua..” katanya sambil meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Kenderaan masih lagi bergerak dengan perlahan. Boleh pening macam ni sikit-sikit berhenti.

“Ye ke ? tak kanlah orang kacak macam awak ni tak pernah bercinta....” Amirah mengecilkan matanya seolah-olah tidak percaya dengan ungkapan Erick.

“Betul tak tipu , sayang..” Perkataan 'sayang' membuatkan hati Amirah ingin terbang hingga ke bulan. Merah-merah blushing pipinya. “Awak tanya kenapa ? ingat saya ni buaya ke ?” tanya Erick pula.

“Tak adalah. Saja nak tanya,”

“Jangan risau , awak boleh letakkan kepercayaan tu pada saya seratus peratus. Percayalah bahawa Erick Fauzan ni akan sentiasa cinta dan sayang awak sampai akhir hayat...” ujar Erick meyakinkan hati bakal isterinya. Sempat lagi dia buat 'minilove' di hadapan Amirah. Tersipu malu gadis itu dibuatnya. Hatinya sudah terkena panahan cinta yang baru tumbuh subur itu. Nak menjerit ? ya , sudah semestinya. Tapi , tak boleh !!

“Macam mana boleh rapat dengan Farish eh ?” soal Erick. Soalan ini sudah lama ingin ditanya , tetapi asyik terlupa. Setahu Erick , Farish sejenis manusia yang tak rapat sangat dengan perempuan. Kalau jumpa dengan perempuan yang baru dikenalnya , sifatnya berubah dingin. Armel pernah kena pulau berbulan-bulan kerana Farish tidak suka dengan gadis itu. Bukan sebab sifat gadis itu , tapi Farish memang jenis yang perlukan masa untuk beramah mesra dengan perempuan.

“Saya pun tak tahu , tapi sejak kitaorang berjumpa sebab meeting hari tu , dia selalu 'Dm' saya dekat instagram. Second kitaorang berjumpa dekat tempat yang sama , dekat situ memang dia ramahlah. Dan, dia juga bantu saya RM5000, tahu tak...lepas tu dia tak nak di bayar balik. Katanya, ikhlas..” terang Amirah.

“Really ? pertama kali saya dengar dia bantu orang lebih-lebih lagi nak guna duit dia..”

“Kenapa ?”

“Taklah , Farish ni kedekut nak mampus. Sebab tu saya rasa terkejut sikit apabila dengar dia bantu awak.”

“Tak baiklah cakap adik awak macam tu. Saya sendiri pun tak tahulah kenapa...mungkin sebab dia tahu saya bakal jadi kakak ipar dia kot..”

“Ya , memang pun...” balas Erick kemudian mereka berdua tergelak serentak.

SETELAH hampir sejam lebih mereka tersekat di atas jalan raya , mereka pun telah tiba di shopping mall center yang sentiasa di penuhi oleh banyak manusia. Amirah dan Erick melangkah masuk secara beriringan.

“Kita nak pergi mana dulu ?” tanya Erick.

“Kita pergi cari cincinlah. Umi dengan mama awak tu membebel tau cincin kahwin kita tak ada lagi.” Erick mengangguk akur.

Mereka terus mengatur langkah mencari kedai cincin. Pada masa yang sama seseorang memanggil mereka. Amirah dan Erick berpaling ke arah orang tersebut yang semakin menghampiri mereka. Senyuman diukirkan.

“Hai Erick , Amirah.” sapanya kemudian bersalaman dengan Amirah.

“ Hai , lama tak jumpa you. How are you ?”

“I'm fine. You berdua nak ke mana ?”

“Kitaorang nak cari cincin kahwin. You pula ? Err , Jackie mana , lama tak nampak dia,” tanya Amirah yang dari tadi melihat Armel hanya seorang diri. Biasanya gadis ini tak pernah berpisah dari lelaki tersebut. Armel terdiam dan hanya tersenyum. Erick langsung menukar topik perbualan mereka.

“Amirah , awak ada bawa kad jemputan kahwin tu ? kalau ada , bagi dekat Armel.”

“oh , kejap eh.” Amirah membuka zip begnya dan menarik sesuatu keluar. “Ini dia. Sorry kalau bagi kat tempat macam ni. Saya tak tahu rumah awak dekat mana. Jangan lupa datang ya. Ajak Jackie sekali..”

“Err , Thank you. InsyaAllah , kalau tak busy sangat , i datang ya.” Armel menyambut kad tersebut. Amirah mengukirkan senyuman.

“Okaylah you. Kitaorang kena cepat , banyak lagi kena urus. Kitaorang pergi dulu..Jom, Mirah,”

“Hmm.. tulah. Kami gerak dulu ya . Jangan lupa datang tau..” ujar Amirah sekaligus sempat meninggalkan pesanan kepada gadis itu. Armel mengangguk.

“Okay . See you again. Bye,” dia melambai kearah Erick dan Amirah sebelum melangkah pergi.

4:50 PETANG ,

PEDAL break ditekan setelah sampai di hadapan rumah Amirah.Setelah beberapa jam bertungkus lumus mencari barang yang kurang untuk perkahwinan mereka ,akhirnya selesai juga atas kerjasama yang dilakukan. Rasa pegal di kaki menggunung-gunung seperti baru sahaja menamatkan larian maraton. Padahal , hanya turun naik di shopping mall center.

“Awak tak nak masuk dulu ke jumpa umi dengan abang?” tanya Amirah selepas melepaskan tali pinggangnya.

“Tak pelah,lain kali ya. Kirim salam je dengan umi dan bakal abang ipar saya tu,hehe.”

Amirah tersenyum. “Okaylah kalau macam tu. Jumpa esok ye bakal suami kite....” ujarnya kemudian tergelak.

“Mirah....” panggilnya.

Dia ni suka sangat memanggil time aku nak turun dari kereta. Eee , hempuk karang ! Bebel Amirah sebelum menoleh ke arah Erick semula.

“Ada apa-apa yang saya tertinggal ?” Erick menggeleng. Wajahnya tampak lebih serius.

“Tolong jauhkan diri Jackie ya. Kalau boleh saya nak awak sekat semua akaun dia...” ujar Erick mendatar. Terselit rasa risau dihatinya apabila mendapat tahu Amirah dengan Jackie Albemo rapat. Ini bukan soal cemburu , tapi sejak Armel datang ke pejabat dan memberitahu hal tersebut kepadanya. Dia menjadi was-was. Sebelum terjadi apa-apa , baik elakkan. Bak kata pepatah , sediakan payung sebelum hujan. Begitu kan ?

Amirah sedikit keliru. Dah kenapa suruh aku 'block' Jackie ni ?

“Kenapa ? awak cemburu ke kalau saya dekat dengan dia ?” Amirah cuba mengusik tunangnya.

“Tak. Saya nak awak jauhkan diri dari dia. Dia bahaya. Please....ikut je apa yang saya kata..” mata coklat pekat Erick merenung dalam anak mata Amirah. Jelas sangat Erick sedang merisaukan tentang diri tunangnya itu. Tanpa banyak tanya , Amirah mengangguk akur.

“Good girl. Bagitahu umi dan Emir juga. Tolong jauhkan diri dari Jackie. Okay.Dah , awak masuk dulu..” arah Erick.

“Okay...bye...” kata Amirah dan terus keluar dari kereta itu dengan membawa beberapa beg plastik. Banyak soalan yang bermain difikirannya tentang Jackie. Kenapa kena jauhkan diri ? Apa dia telah buat ? Dia merompak ke ? Membunuh ke ?

ZAP !!

“Aduh ,” rintih apabila terlanggar pintu rumahnya. Dia mengusap dahinya perlahan sebelum melihat ke luar pagar.

“Gila punya pintu. Tak tengok ke aku ada kat sini..nasib baik tunang aku dah pergi. Kalau tak , buat malu je !” bebelnya kemudian memulas tombol pintu dan memberi salam.

bersambung...

happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience