****
“ASSALAMUALAIKUM Papa , Mama ? Mirah... awak duduk dulu ya. Saya nak hantar barang ni dekat dapur,” ujar Erick sebelum melangkah masuk ke dalam dapur. Amirah mengambil tempat sementara menunggu Erick kembali. Ruang tamu yang luas itu diperhati dengan perasaan yang begitu terpesona. Semuanya bersih berkilat. Entah berapa orang gaji yang di ambil ? Ini baru ruang tamu , belum lagi dapur , bilik tidur dan bilik yang lain. Kalau sendiri memang patah tulang nak bersihkan dalam satu hari.
“Welcome dear,” terkejut Amirah apabila Mama Erick muncul bersama anaknya itu. Amirah pantas bangun dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mama Erick. Hari itu hanya nampak gambar dalam internet , sekarang dah nampak depan-depan. Memang cantik Mama Erick ni.
“Apa khabar puan ? nama saya Amirah,” tanya Amirah sekaligus memperkenalkan dirinya.
“I'm fine and i already knows about you,” balasnya sambil tersenyum mesra.
“What are you doing here , Erick Fauzan ? Pergi ambil air yang mama dah buat atas meja makan tu !” tiba-tiba sahaja suara puan Davina bertukar menjadi harimau. Kelam-kabut Erick berlalu pergi ke dapur semula.
“Jemputlah duduk. Hmm , macam mana sepanjang bekerja jadi setiausaha anak saya ? Erick pernah marah awak ?”
“se-semua okay, puan. Alhamdulillah , sepanjang bekerja ni , sir Erick tak pernah marah,” jawab Amirah walaupun agak kalut. Seram sejuk melihat wanita berkulit putih ini menyoalnya. Walaupun ramah , tapi debaran jantung yang dirasakan, tak boleh bawa bincang.
“Don't call me 'puan'. Panggil mama je, baru sedap di dengar.” pinta wanita itu.
Erick muncul sambil menatang dulang berisikan air untuk Amirah dan Puan Davina. “ jemputlah minum Cik Mirah dan puan Davina. Jangan malu , jangan segan, hehe.”
“Rajinnya , tapi gelas untuk aku mana ?” Farish tiba-tiba menyampuk dan terus mengambil tempat sebelah puan Davina.
“Aku tak ada pelawa kau minum pun. Pergi sana dekat dapur,” balas Erick dingin. Entah dari mana dia boleh muncul dekat situ.
“Tengoklah perangai bakal suami akak bidadari ni , tak boleh bertolak ansur langsung !” katanya sambil menjeling Erick tajam. Amirah hanya tersenyum tawar mendengar.
“Farish , stop it.Hormat sikit bakal menantu mama ya. Ni , mana Ziyad dan papa ?”
“Ada dekat ruang belakang main ping pong dengan papa. Nak di panggil ke ?”
“Yup , kita makan dulu. Lauk semua dah siap takut sejuk tak sedap pula.” Tanpa banyak kata , Farish terus sahaja berlalu pergi.
“Come dear , janganlah malu. Buat macam rumah sendiri,” kata Puan Davina sambil memegang tangan Amirah lembut. Erick tersenyum melihat kemesraan itu.
“Papa , kenalkan ini Amirah , bakal menantu kita.” Puan Davina memperkenalkan Amirah kepada Tuan Razin. Nak tercekik mati mendengar kata 'menantu' itu disebut. Umi, nak balik..
“Welcome to our family, dear. Cantik awak ni , pandai Erick pilih,” puji tuan Razin. Amirah tersenyum hambar seraya mengambil air minum dan di teguk sedikit untuk melegakan rasa di tekak. Nampaknya, Erick tak main-main dengan perasaannya. Siap bagitahu kedua ibubapanya pula tu. Inilah membuatkan diri Amirah semakin risau. Risau kalau membuat lelaki itu patah hati.
“Tengoklah anak siapa...” kata Erick sambil tergelak.
“So , bila nak masuk meminang ?” tanya Puan Davina kepada Erick. Tak sabar nak melihat anak sulungnya berkahwin. Mata mereka memandang ke arah Erick dan Amirah silih berganti. Dapat dilihat senyuman nakal daripada Farish dan Ziyad.
“Mama ni , sabarlah orang belum bincang lagi hehe..” Jawab Erick. Dia tahu puan Davina teringin sangat nak dapat menantu secepat mungkin. Takut anak sulungnya ini digelar 'bujang lapok' pula. Benda kahwin ni tak boleh bawa main-main , kena ada persiapan yang cukup. Benda kahwin ni juga melibatkan perasaan , kalau salah satu tak suka , perkahwinan tak akan kekal lama. Eh , Amirah ni suka aku ke ?
“SIR,” panggil Amirah perlahan selepas Erick menarik handbreak kereta itu. Erick terus berpaling ke arahnya.
“What's wrong?”
“Kalau saya tanya sir jangan marah ya?” Erick hanya mengangguk.
“Kenapa mama sir asyik panggil saya bakal menantu dia ?” Dia terus mengeluarkan soalan yang di pendam dari rumah Puan Davina. Dia ingin kepastian , sama ada benda tu satu gurauan ataupun tidak. Erick tergelak dengan soalan Amirah itu.
“Kan saya dah bagitahu , saya dah jatuh hati dekat awak. So means , saya betul-betul nak dekat awak , saya dah bagitahu mama yang saya akan kahwin dengan awak.” Amirah terkejut bagaikan terdengar bunyi guruh di langit. Sakit kepala Amirah dibuatnya. Hal ini masih belum ada kata putus dari dirinya lagi. Benda ini merupakan hal yang penting. Penting bagi dirinya dan juga keluarga.
“Ta-tapi sa-saya tak pu-putuskan lagi tentang ni kan ?”
“Memang betul awak tak putuskan apa-apa lagi. Tapi , saya tetap nak awak jadi isteri saya. You're mine,” balas Erick mendatar. Wajahnya tampak lebih serius memandang gadis di seat sebelahnya.
“Ke-kenapa sa-saya?” tanya Amirah tanpa memandang wajah lelaki itu.
“Because..,awak dah curi hati saya dari pertama awak bekerja. Seolah-olah awak mempunyai satu daya tarikan yang kuat untuk saya. Kemana je awak pergi , mesti saya nak ikut tapi tulah , belum halal lagi.”
“Err, Encik janganlah macam ni. Saya tak suka. Saya datang untuk bekerja. Saya bukan nak tarik perhatian Sir.” balasnya. Dia tak nak bagi lelaki ini harapan lebih. Dia sedar diri kejayaan dirinya dengan lelaki ini bagai langit dengan bumi. Bukan itu sahaja , dia juga takut dengan abang kandungnya tidak mempersetujui hubungan mereka kerana abangnya akan melepaskan adiknya dengan orang yang dia kenal dan rapat sahaja.
“kenapa awak cakap macam tu ? ke awak tak suka saya ?” tanya Erick.
“Eerr...saya..sebenarnya...” kata-katanya tergantung disitu apabila nada dering telefon milik Amirah berbunyi.
“Sa-saya jawab call dulu ya , ” Erick hanya mengangguk. Kenapa mesti ada halangan ?
“Hello , assalamualaikum ,”
“Aku nak kau keluar dari kereta tu sekarang!” katanya dingin di hujung talian. Salam Amirah tidak dipedulikan.
“Ma-maksud abang ? abang ada de-dekat mana ni?” kalut Amirah bertanya. Dia mengagak abangnya ada di kawasan tempat parking kereta ini.
“Aku parking dekat belakang kereta lelaki tu . Aku nak kau keluar dan ke sini.” Amirah terus menoleh ke belakang. Jantungnya semakin berdebar. Jadi , betullah kata Erick ada seseorang yang follow tadi.
“Ta-tapi , adik te-tengah kerja sekarang ni.”
“Kau keluar sendiri atau nak aku yang seret kau pergi sini ?! dua minit , kau tak keluar , aku ke situ !” Tegas Emir dan talian terus dimatikan. Amirah menelan air liur pelat.
“Sir , i i have to go . Saya ada emergency. Kalau sir nak potong gaji , potong je ya. saya pergi dulu.” tergesa-gesa gadis itu ingin keluar dari kereta Erick. Dia tidak mahu ada kekecohan berlaku.
“Wait ,wait ,”
“Kenapa ? saya kena cepat ni sir.”
“Here , kalau awak sudi awak guna ya,” Erick memberikan sesuatu benda yang di balut dengan kertas hadiah. Amirah mengangguk dan terus mengambil benda itu dari tangan Erick. Kemudian dia keluar dan berlari anak ke kereta abangnya. Erick hanya mengeluh perlahan. Kenapa dengan dia ni sebenarnya ?
PAKK !
SATU tamparan hinggap di wajah Amirah sebaik sahaja tiba dirumah. Dia menangis tak henti-henti sambil memegang pipi yang agak perih. Dari dalam kereta lagi dia kena maki hamun oleh abangnya. Amirah hanya mampu mendengar , sedikit pun dia tidak di bagi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar. Puan Hanifah berlari mendapatkan anak bongsunya itu yang terduduk di hadapan Emir.
“Apa kamu buat ni Emir ? Kenapa naik tangan dengan adik ?!” Tanya uminya separuh terkejut. Tak pernah dia melihat sebelum ini Emir bersikap kasar dengan Amirah. Ini baru pertama kali.
“Umi jangan nak bela sangat adik tu. Umi tanya dia buat apa dekat rumah lelaki kaya tu?”
“Huh ? adik pergi rumah orang ? adik buat apa dekat sana ?” Puan Hanifah meleraikan pelukan kemudian memandang wajah anak bongsunya itu.
“mama bos adik yang panggil ke sana. A-adik tak buat apa-apa pun,” terang Amirah dalam esakan.
“Tak buat konon , entah-entah buat maksiat ! kau tu semua kata orang kau turut !”
“Adik tak buat benda tu !! Umi tolong percaya adik..,”
“Astagfirullahalazim Emir ! Kenapa tuduh adik macam tu ? kamu dah melampau ni ! fikiran kamu terlalu negatif. Cuba tanya adik elok-elok tak payah ikutkan perasaan sangat boleh tak ? Ini bukan menjaga , kamu siksa adik kamu sendiri !” Puan Hanifah mula naik angin dengan sifat Emir.
“Sudah adik , masuk ke bilik kamu. Mandi lepas tu tenangkan fikiran. Biarkan abang melayani sendiri dengan perasaannya.” pinta Puan Hanifah sambil memimpin Amirah naik. Emir di tinggal sendiri di tengah ruang tamu tersebut. Dia meraup kasar wajahnya. Salah ke nak lindungi adik aku sendiri , salah ke ?
bersambung..
Happy reading
Share this novel