Bab 46

Romance Series 35914

****

DIA tersenyum tawar entah buat kali yang keberapa tatkala mengingatkan perubahan dulu dengan sekarang. Dulu, pakai kereta mewah berganti-ganti tiap hari pergi kerja, sekarang hanya motor yang buruk di naiki untuk sampai ke tempat kerja. Dulu, pakai baju pejabat segak bergaya, sekarang hanya baju yang lusuh itu juga orang bagi. Almaklumlah, semua baju miliknya tidak dibawa sekali. Tulah, main keluar rumah je tak pakai otak langsung nak bawa sekali baju.

Dia mengambil sebilah parang panjang untuk digunakan menebas rumput yang tumbuh subur di tanah itu. Dia melepaskan nafas berat melihat rumput yang meninggi paras dadanya itu. Kalau ada ular ni, nahas aku!

Nak atau tidak, dia kena juga buat kerja ni untuk dapatkan duit. Kaki yang telah disarungkan dengan boot getah melangkah perlahan menghampiri rumput itu. Selamat tinggal rumput panjang ! Sekali hayun sahaja rumput itu tumbang. Itulah pekerjaan Ziyad untuk beberapa hari ini. Membersihkan tanah yang luas dipenuhi oleh rumput. Letih. Apa pun tetap bersyukur.

“Baru mula pun dah sakit pinggang ke , Yad ? Kau masih muda lagi takkanlah sakit pinggang...” omelnya terhadap diri sendiri. Pinggangnya di urut perlahan kemudian menyambung semula kerjanya.

Pin ! Pin !

“Siapa pula bala datang kacau aku tengah kerja ni. Aku libas karang, geram aku !” katanya perlahan. Peluh di dahi di lap sementara menunggu orang yang berada di dalam kereta jenis Pajero sport itu keluar.

Pintu kereta bahagian penumpang hadapan dibuka. Seorang perempuan berkaca mata hitam dan berambut pendek atas bahu itu turun sambil tergelak. Entah apa yang digelakkannya. Ziyad mengerutkan keningnya. Macam kenal macam tidak. Siapa pula ni ? Apa dia nak ? Anak tuan tanah ke ?

Sebelah kirinya, muncul seorang lelaki berbadan tagap dan sasa. Tengok muka macam pembunuh. Aduh, bodohlah Ziyad ni, ke situ juga dia fikir.

“Hai, Hariz Ziyad! how are you?” tanya gadis itu dengan tangan yang dilipat rapi di dada. Fuh, berlagaknya.

“Ha-hai...” kalut dia menjawab di sebabkan terkejut mendengar gadis itu menyebut nama sebenarnya.

Fuhyo, perempuan ni tahu nama akulah! Tak kisahlah tu, tapi apa yang dia nak ?

“hahahaha, control sikit riak wajah you tu. Ermm, You don't know who i am? oh... i forgot...” katanya dengan nada mengejek. Aku lempang karang perempuan ni!

“Yeah.. i don't know who you are. So, please tell me your name , address , and all about you...” balas Ziyad juga dengan nada mengejek kemudian tersenyum senget. Perempuan itu mengetap gigi , geram.

“Huh, dah jatuh miskin masih nak berlagak lagi....” ujar gadis itu perlahan. “Fine....look at me,” katanya kepada Ziyad yang tercegat macam patung beberapa meter darinya. Dia menarik naik kaca mata hitam ke atas kepala.

“Armel...” bisik Ziyad perlahan. Lagi terkejut dirinya saat melihat wajah Armel di hadapan matanya. Timbul seribu satu soalan dalam kepalanya. Freehair ? Tudung dia mana? Ke lupa pakai tudung? apa semua ni?

“Again? Ziyad...Ziyad..pity on you...”

“Apa kau nak datang sini?!” tanya Ziyad dingin.

“Datang nak jenguk pekerjaan kaulah. Kasihan kau kan. Miskin sangat...nak tak jadi anjing peliharaan aku ?” Perli Armel.

“Eh , salah cakap. hahahaa...euww , mana perginya kereta sport? ferrari tu? motor buruk? aaawww...kasihannya Ziyad sekarang ni...” tambah Armel lagi memanaskan telinga Ziyad.

“Bangga ke engkau jadi kaya?”

“Mestilah aku bangga...aku boleh buat apa yang aku nak. Lagipun, ini usaha aku. Bukan macam kau, tahu menumpang! Puihhh ” dia meludah di hadapan Ziyad. Untung sahaja tidak terkena dengan tubuh mahupun wajahnya.

“Berambus !!” Herdik Ziyad. Rahangnya mulai bergerak menahan amarah yang menggunung. Tunggu masa untuk tumpah.

“Memang nak berambus pun. Tak hinginlah aku berhadapan dengan orang busuk macam kau! Euww..” dia mula berjalan dan masuk ke perut kereta. Begitu juga dengan lelaki berbadan tagap itu. Armel menurunlan cermin tingkap yang gelap.

“Oh lagi satu aku nak pesan, lain kali janganlah bermain api kalau tak nak terbakar. Sekarang, dah terkena!Chauuuu hahahaha !!,” gelaknya dengan sekuat hati. Kemudian dia mengarahkan lelaki itu untuk beredar. Seketika, kawasan itu menjadi senyap.

Ziyad mengurut dada perlahan. Koyak, sakit, hancur di hina macam tu. Air mata jantannya menitis seketika.

“Tak guna nak menangis Yad! Biar jelah dia...kau kena teruskan usaha kau. Roda kan sentiasa berputar. Sabar je..” dia memberi kata-kata semangat untuk diri sendiri. Tiba-tiba, dia teringat akan dua beradik itu yang sentiasa memberinya kata semangat sewaktu dia down nak mampus.

Erick , Farish , mesti korang dah lupa aku kan ?

ANGIN Malam yang menyentuh kulit putihnya tidak dipedulikan. Fikirannya sedang melayang memikirkan sesuatu. iPhone miliknya dimain-mainkan di atas meja. Tadi, dia cuba menghubungi seseorang namun gagal. Rasa bersalah dalam diri semakin menebal dan terus menebal jika dia tidak meminta maaf dengan secepat yang mungkin.Mana kau ni Ziyad? tanya hatinya.

Keluhan dilepaskan.

Krak...

“Jauh termenung bosku...” sapa satu suara yang menarik kerusi di hadapannya. Erick memandangnya kosong. Dia ni lagi...

“Aku tengah fikir sesuatu......” balasnya meleret. “Kau fikir apa sampai muka berkerut bagai. Tak lama lari bini kau tengok muka kau ni..” Kata Farish selamba. Erick menjeling tajam. Ada sahaja yang buat dia sakit hati.

“Aku fikir pasal Ziyad. Kau tak risau ke tentang dia?” Farish tersengih sinis. “Baru sekarang nak fikir pasal dia ? masa kau halau dia , ada kau fikir ?”

“Sebab tu aku nak cari dia , aku nak minta maaf. Aku nak bawa dia balik dalam keluarga ni. Tapi tulah, aku tak tahu nak cari dia dekat mana...” katanya mendatar.

“Kalau ikutkan hati, aku nak tumbuk muka kau ni Rick. Boleh pula kau pisahkan aku dengan Ziyad! Tahu tak dia tu ibaratkan kembar aku! kemana aku pergi mesti dia ada tahu tak! ” bebel Farish. Sejak dua hari ni, hidupnya sunyi sepi. Tak ada kawan nak main game pubg , tak ada kawan nak kenakan Erick, tak ada kawan nak ponteng masuk pejabat. Haih, Ziyad, where you baby besarku?

“Okay , i'm sorry ! Tak payah nak membebel , sakit telinga aku. Bukan boleh pun bawa Ziyad balik sini kalau dengar kau membebel..”

“Aku bagitahu je...”

“Kau tolonglah aku cari Ziyad. Kalau kau jumpa dia kau pujuk dia. Ke kau sorok Ziyad dari aku sekarang ni ?” Farish membulatkan matanya.

“Excuse me ! buat apa aku nak sorok dia pula ?” bantah Farish. Sungguh kejam tuduhan engkau Erick!

“Manalah tahu, kau dengan dia selalu satu kepala nak kenakan aku..” balas Erick perlahan.

“Memanglah, tapi yang ni tak .” jawab Farish. Suasana mereka menjadi sepi seketika.

“ARGHHHHHHHHH !!”

Farish dan Erick segera berlari masuk setelah mendengar jeritan daripada Amirah yang berada di ruang dapur itu.

“Sayang kenapa ni ?” tanya Erick dengan cemas.

“Tu, tu....abang tolong. Saya gelilah...” ujar Amirah yang dalam ketakutan. Dia segera mendapatkan suaminya. Mata Farish dan Erick beralih ke arah yang ditunjukkan oleh Amirah.

“Alaaaa, lipas je kot .tu pun nak takut..” ujar Farish sambil menghampiri lipas itu dan menangkapnya.Tiba-tiba , idea nakal muncul.

“Apa yang bodoh sangat kau pegang lipas tu lama-lama? buanglah !” tegur Erick. Badan Farish berpusing 180 darjah. Senyuman khas di ukirkan.

“Amirah, tengok ni comel kan !!”

“ARGHHHH...ABANGGG TOLONGG...” Jerit Amirah yang sudahpun berada di belakang suaminya.

“Hei gila ! kau nak isteri aku sakit ke apa ni ?! Buang tu !” marah Erick. Malam-malam pun nak buat kecoh ke ? Aku telan karang !

Farish membuat muka toya sebelum membuang lipas itu di luar rumah.

Orang sayang bini Rish ! Macam tulah....

bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience