Bab 1

Romance Series 35914

****

HAI, aku Farish Evan. Aku seorang yang kacak dan bergaya. Semua girls tergila-gila dekat aku. Tapi aku ni baik dan bukan seorang yang buaya! Faham? oh? Korang mesti tertanya-tanya aku ni siapa sebenarnya kan? Alaaa, yang pasti aku bukan watak utama dalam cerita ni. Aku watak sampingan je. Erick Fauzan merupakan abang aku yang tegas, kacak tapi aku lagi kacak okay! Abang aku ni baik, tapi tak best. Kenapa?Yelah dia kedekut tau! Sebab tu dia tak ada girlfriend. Hahaha!

PANG !!

“Hoi! Sedap hati kau kata aku kedekut?! Habis yang kau beli empat biji kereta tu guna duit siapa bongok?!”

“Aduh..sakitlah! Apa kau buat ni?!” Marah Farish sambil mengusap kepala akibat ketukan maut seorang Erick Fauzan. Pagi-pagi lagi mereka dah buat bising. Boleh katakan hampir setiap hari.

Erick mendengus geram. Tak reti bersyukur punya budak! Dahlah guna duit aku beli barang dia, still nak kata aku ni kedekut! desisnya.

“Kau keluar! Dahlah menceroboh, pastu ketuk kepala orang! Kalau ketuk guna duit tadi takpa juga!” bebel Farish seraya mengusir Erick keluar dari biliknya.

“Memang patut pun. Dahlah, berapa jam lagi aku kena tunggu kau ni?” Tanya Erick sambil merapikan ikatan tali lehernya. Hampir 30 minit juga dia menunggu Farish dekat tingkat bawah.

“Kenapa pula kau tunggu aku? Dah besarkan, tak payah nak tunggu orang lagi!” balasnya tanpa mengingat apa-apa benda sedikit pun.

Kau ingat aku nak sangat tunggu kau? Okay, Jalan kakilah kau pergi kerja nanti. Getus hatinya. Erick terus menapak keluar dari bilik Farish tanpa sebarang kata.

“Haaa..itulah abang aku. Dia bukan kedekut pun sebenarnya. Tapi, kuat marah. Korang tengok kan tadi?Tak best tau ada abang macam dia! Okaylah, aku pergi kerja dulu. Cauu!!” Dia meninggalkan cermin yang terpasang rapi ditempatnya. Dari tadi lagi dia bercakap dihadapan cermin sendirian. Macam orang gila pun ada.

Marcedez-Benz milik Erick meluncur laju di atas jalan raya Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, keretanya mulai bergerak perlahan akibat Traffic Jam. Dia melirik telefonnya seketika.

“Satu...dua...tiga....”

*Telefon miliknya berdering*

“Aku dah agak..” ujar Erick yang dapat meneka. Telefon itu di sambut. Kebetulan juga jalan raya tengah sesak sekarang. Maklumlah, awal pagi. Ramai manusia tergesa-gesa pergi kerja.

“WOI? KENAPA KAU TINGGAL AKU? KENAPA TAK TUNGGU AKU SIOT? AKU NAK IKUT SIAPA? DAHLAH KERETA AKU TINGGAL DEKAT RUMAH MAMA!” jeritnya didalam talian. Boleh tersumbat gegendang telinga Erick dibuatnya.

“Dah besarkan. Pandai-pandailah cari jalan sendiri. Aku tengah drive, jangan kacau aku!”

*Tut Tut Tut*

“Kau kenakan aku balik ye ikan paus? Takpe!”

“Aku nak naik apa ni? Ziyad dahlah awal pagi buta gerak. Aduh...takkan anak orang kaya dan hansome macam aku ni naik teksi? aduh....” bebelnya seorang diri ditengah ruang tamu. Hanya kucing sahaja menjadi pemerhatinya sekarang ini.

*Miauu*

“Kau kenapa tengok aku macam tu? Kau nak bertukar jadi kereta ke?” tanya Farish kepada haiwan tersebut.

*Miau*

“Oh, kau nak membesar ke? Jadi bolehlah aku naik kat belakang kau. Ha...bertukarlah...” ujarnya sambil duduk mencangkung di hadapan haiwan yang tak faham sepatah pun apa yang dikatakannya.

*Miau* *Miau*

“Haishh, tak fahamlah aku! Miau..miau..apa benda tu?Kau tau tak aku dah lambat nak pergi kerja. Tapi, tak pa pun. Sebab abang aku ceo.” Bebelnya lagi.

Dia menapak ke luar sampai dihadapan pagar rumahnya yang besar. Matanya liar memerhati kiri kanan berharap ada sesuatu yang ajaib boleh menghantarnya ke pejabat.

“Tolong...aku nak pergi kerja...Tolong.....” katanya perlahan dengan intonasi yang sengaja dialun-alunkan. Kedua belah tangannya juga dikeluarkan di celah pagar. Gayanya seperti orang kebuluran yang sedang meminta makanan.

“Pakcik! Pakcik! Berhenti ! Berhenti” jeritnya seperti orang gila apabila melihat teksi lalu di hadapannya.

“Dah kenapa budak ni?” ujar pakcik tersebut sambil menekan pedal breknya secara mengejut. Farish berlari ke dalam rumah mengambil barang-barangnya kemudian keluar semula. Sempat juga dia memesan dengan kucingnya untuk menjaga rumah.

“Pakcik tolong hantarkan saya ke pejabat. Cepat ya pakcik..saya ada meeting ni.” ujarnya setelah masuk ke dalam perut kereta. Pakcik tersebut hanya mengangguk faham.

“KAU ada nampak Farish tak? aku dari bilik dia tak nampak batang hidung pun.” Tanya Ziyad.

Hariz Ziyad merupakan anak yatim piatu dan di ambil menjadi anak angkat kepada Razin Aqil iaitu ayah kepada Erick dan Farish sejak berumur 10 tahun lagi. Dia membesar bersama-sama kedua lelaki itu dan jiwanya pun sudah sebati terhadapan keluarga besar tersebut.

“Ada dekat rumahlah tu. Bukan tak tahu dia tu suka datang lambat.”

“Tapi, semalam dia kata nak tumpang kau. Sanggup dia tinggalkan keretanya dekat rumah mama tau.”

“Aku pun tak faham budak tu. Umur dah tua, tapi fikiran masih mentah. Tunggu je lah dia datang. Ni kau nak apa-apa tak? Tandangan or something else we need to discuss?” Tanya Erick. Ziyad menggeleng perlahan.

“Nothing. Aku cari si Farish je kot dia ada kat sini.” ujarnya.

“TERIMA KASIH pakcik sebab sudi hantar saya ye. Nah, ini duit untuk tambang saya. Hati-hati pakcik.” ujarnya sebelum melangkah pergi.

“Sekejap, baki duit ada lagi ni.”

“Ambil je pakcik. Saya ikhlas.” Pakcik tersebut tersenyum lebar melihat telatahnya.

“Terima kasih nak..” ujarnya sebelum berlalu pergi.

Farish terus menuju ke lif. Dia merapikan sedikit pakaiannya sementara menunggu pintu lif terbuka. Dia melangkah masuk dan jarinya menekan nombor 12.

*Ting*

Dia terus menapak ke bilik Erick Fauzan tanpa menjejakkan kaki ke biliknya terlebih dahulu. Rasa tidak puas hati dibawa bersama. Siap kau Erick, disebabkan kau, aku terpaksa naik teksi!

“ERICK FAUZAN!!” Jeritnya selepas membuka pintu bilik pejabat abangnya. Pejabat atau rumah, sama saja dibuatnya. Tiada pantang larang bagi seorang Farish Evan. Pekerja yang berada diluar mula meninggikan kepala mereka ingin melihat kejadian tersebut. Kepada yang pekerja baru, mungkin itu adalah kali pertama mereka melihat adegan seperti ini. Tetapi, yang sudah lama mesti tahu perangai Farish Evan.

Bala dah datang! cetus hati Erick. Dia hanya memerhati Farish yang semakin hampir di hadapan mejanya.

“Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke Encik Farish?” tanya Erick selamba. “Kenapa kau tinggal aku?! Jatuh standard aku naik teksi tau! Semua sebab kau!!”

“Naik teksi je pun, bukan naik basikal! Lagipun ini berpunca daripada kau sendiri. Kau yang larang aku tunggu kau. So, padanlah muka!” perli Erick.

“Kalau aku larang, kau kenalah cegah! Aduhhhh. Makan kasut tak lama kau ni!”

“Sebelum kau kasih merasa kasut murah kau, meh sini aku kasih merasa penumbuk aku dulu!” katanya mendatar.

“Relaks bro. Aku main-main je. Jangan nak marah-marah. Kau dah tua, nanti tambah tua...Menjauh semua girls dekat luar sana. Tak kahwin-kahwin kau nanti,” ujarnya sambil tersengih kecil. Dia takut juga kalau Erick marah. Tak nak dia tempah maut awal-awal.

“Aku malas nak layan kau. Baik kau keluar. Ziyad tadi cari kau. Pergilah jumpa dia.” katanya mendatar.

“Really? Wow...baru berapa jam tak jumpa takkan rindu dah? wait baby...i'm coming to you.” Erick hanya menghela nafas panjang. Geli juga dia mendengar perkataan 'baby' yang keluar dari mulut Farish. Bukan apa, Ziyad tu lelaki. Takkan nak sama jenis? Biar betul Farish ni.

Aku sayang dia mak~

Aku cinta dia mak~

Yang sedang-sedang saja..yang penting dia setia~

(Lagu yang dinyanyikan oleh Farish apabila dia menapak keluar dari bilik Erick.)

bersambung...

Selamat datang. Happy reading <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience