Bab 39

Romance Series 35914

****

AMIRAH menyediakan makan malam mereka secara bersendirian memandangkan orang gaji untuk memasak belum ada lagi. Kak lily pula terbang bersama dengan tuan Razin dan puan Davina ke Australia tempoh hari. Nak harapkan Erick , Farish dan Ziyad , buang masa. Hancur dapur dibuatnya. Asyik nak bertekak sampai Amirah pun naik angin.

Dia mengambil empat pinggan kemudian meletakkan satu demi satu ke tempat meja makan itu. Seusai semua siap , dia memanggil ketiga jantan itu makan.

“Abang..Farish , Ziyad . Marilah makan,” jeritnya kemudian melabuhkan punggung ke kerusinya.

Beberapa saat kemudian, ketiga-tiga manusia itu datang dan mengambil tempat masing-masing. Kemudian , Erick memimpin untuk bacaan doa sebelum makan. Itulah rutin setiap kali mereka makan bersama.

“Erick , bila kau nak ambil orang gaji untuk tukang masak ni ? ” tanya Farish. Amirah memandang adik iparnya itu. Aku masak tak sedap ke?

“hehehe , janganlah pandang i macam tu. Maksud i , yelah you kan kerja , balik sepatutnya rehat. Tapi, you balik kena masak lagi, tak ke penat tu..” terang Farish cuba elakkan prasangka Amirah. Wanita itu tersenyum setelah mendengar penerangan dari Farish. Prihatinnya !

“Bukan ke kita nak balik Australia ? I think tak perlu nak guna maid untuk masak. Kalau Sayang penat , bagitahu. kita boleh makan dekat luar.”

“Er , balik Australia ? bila ?” tanya Amirah yang tak tahu apa-apa pasal benda ni.

“Lepas Erick balik dari meeting empat hari tu dekat Sabah. Dia balik je , kita terus beli tiket dan terbang.” balas Farish. Ziyad hanya memerhati sambil menikmati makan malamnya.

“Tapi kenapa kena balik sana ? dekat sini siapa yang nak uruskan syarikat ni?”

“Sayang...tak perlu risau tentang tu. Syarikat ni nanti orang saya yang handle. Syarikat dekat Australia tu lebih perlukan saya. Lagipun , urusan dekat sini dah sattle..” terangnya.

“So , saya kena ikut sekali pergi Australia ?”

“uhuk...uhukk...erm..” terbatuk Ziyad mendengar soalan kurang cerdik daripada Amirah. Entah apa yang dia dah telan siang tadi. Cepat-cepat dia mengambil air. Begitu juga dengan Farish yang terasa dia ingin tersedak.

“Tak , sayang tak perlu ikut. Sayang duduk je dekat sini sampai mati,” balas Erick cuba bergurau. Namun gurauannya terkena di hati dua beruk tersebut.

BRUHHH !

Air yang diminum oleh Farish dan Ziyad tersembur di atas meja makan setelah mendengar gurauan kasar Erick sebentar tadi. Mereka meledakkan tawa bersama. Apa yang lucu pun tak tahulah.

“The hell ?” bisik Erick. Matanya memandang ke arah dua beruk yang tertawa sebelum memandang ke arah isterinya. Amirah terkebil-kebil sendiri. Nasi dan lauk-pauk di atas meja itu sudah terkena dengan semburan air dari mulut dua manusia di hadapannya. Takkan nak makan lagi ? Erghhh !

“Bodohlah kau Erick ! Tengah makan macam ni janganlah bergurau. Kitaorang sensitif !” marah Ziyad yang sudah bertenang di tempatnya.

“Aku pula kena. Sepatutnya aku yang nak marah,”

“Eh , kenapa kau nak marah pula? Terang lagi bersuluh kau yang salah dalam hal ni !”

“Sebab koranglah tak pandai control diri , setan..”

“Eh , setan pula. Kau tu iblis ! dah salah tak nak mengaku !”

BAM !

“SHUT UP !” jerit Amirah sesudah menghempap meja kuat. Kepedihan yang terasa di sembunyikan. Sakit..

Jeritan itu membuatkan ketiga mereka terdiam membatu. Amirah melepaskan keluhan. Cara macam ni sahaja dapat mengawal mereka daripada bertekak.

“Korang ni tahu ke adab makan ? Janganlah bertekak depan rezeki. Tak baik. Sekarang ni macam mana ? saya tak masak lebih lauk ni sebab saya tak nak membazir.” dia merenung makanan yang berada di atas pinggannya.

“Err, kita makan dekat luar nak ? i belanja...” ujar Ziyad.

“Nak !!” ujar Erick dan Farish serentak. Kali pertama saraf otak mereka bercantum. Ziyad mengerling tajam. Bab 'belanja' laju sahaja mereka ni.

“Tapi lauk ni macam mana ?” tanya Amirah. “Yang ni kita uruskan kemudian. Jom bersiap dan keluar. Orang dah tawar diri nak belanja, takkan nak tolak..” ujar Erick sambil tersenyum. Amirah hanya akur. Tidak pernah lagi dia membantah cakap suaminya.

DUA kereta sport itu terparkir rapi secara bersebelahan. Farish yang menumpang dikereta Ziyad itu keluar memandang suasana malam. Agak lama juga dia tidak pernah keluar malam. Lagipun dia bukan jenis yang suka berfoya-foya seperti lelaki muda lain. Seketika , Erick dan Amirah keluar secara serentak dari kereta yang bersebelahan dengan kereta Ziyad.

“So , apa tunggu lagi ? jom arh masuk. Bini aku lapar tu,” ajak Erick.

“Dia yang lapar atau kau yang lapar ?” celah Ziyad. Erick tersengih. “Ziyad , jangan timbulkan pergaduhan. Ini bukan rumah..”

“Excuse me , aku tanya je.”

“Tapi pertanyaan kau macam nak mencetuskan perbalahan...” balas Erick.Mereka berdua tidak menyedari Amirah dan Farish sudah memboloskan diri ke dalam restoran di hadapan mereka.

“So , you nak order apa ni ?” tanya Farish sambil melihat pelbagai menu yang terpapar di atas meja. Kalau nak buat pesanan tinggal menekan butang yang tersedia di meja itu nanti seorang pelayan akan datang mengambil pesanan.

“Nak makan yang ringan-ringan je,” balas Amirah. Nampak gaya dia tidak suka berbadan buntal.

“Alaaa , kalau gemuk pun Erick tetap sayang punya. Dia terima apa adanya..” kata Farish menyebelahi pihak abangnya.

“Mana you tahu ?”

“He's my brother. I knowlah...”

“Amboi , amboi....korang berdua ni buat kitaorang macam tak wujud eh?” kata satu suara yang baru muncul menghampiri meja.

“Amboi , amboi, amboi, amboi,amboi,amboi,amboi,amboi,amboi....” nyanyi Farish dengan selamba. Matanya masih lagi memandang menu-menu tersebut.

Ziyad mengambil tempat di sebelah Farish manakala Erick duduk bersebelahan dengan isterinya. Masing-masing senyap memilih menu makanan dan minuman. Seusai itu , loceng ditekan dua kali untuk memanggil pelayan mengambil pesanan mereka.

“So , bila awak gerak ke Sabah ?” tanya Amirah setelah pelayan itu pergi.

“Lusa..” jawabnya ringkas. “Nak ikut boleh ?”

“Tak boleh...lagipun sayang nak ikut buat apa ? saya pergi sana kerja bukan bercuti...so , better awak duduk sini.”

“Alaaaa , memang tak boleh eh ?”

“Tak boleh..Bukan lama pun,empat hari je.”

“Hmmm.....”

“Alaaaa...please.Janganlah merajuk. Nanti kita balik Australia saya janji bawa awak pusing satu bandar tu..”

“Yelah , saya pegang janji awak tu..”

“Okay , jangan nakal-nakal tau...” kata Erick sambil mencuit pipi isterinya. Adegan itu diperhati oleh dua manusia yang duduk berhadapan. Farish berdehem.

“Hormatlah sikit orang single ni...”

“Ini restoran , bukan bilik korang nak bersweet bagai..” tambah Ziyad pula. Sendu wei . Amirah dan Erick hanya tersengih.

“Dah tahu single , tak payahlah tengok !”

“Eh , takkan nak menoleh tepi pula , sakit leher aku nanti.” bantah Farish.

“Bla..bla...bla...”

“Eh , Ziyad. Esok kau teman aku eh pergi jumpa si Armel tu. Aku nak minta duit aku balik.. Betullah kau kata ,dia menipu,”ujar Erick.

“Boleh je. No problem..,”

“Macam mana kau tahu dia menipu ?” tanya Farish. Seketika , dua pelayan membawa pesanan mereka. Suasana hening untuk sementara.

“Hari tu aku ternampak dia keluar dengan lelaki bertopeng separuh muka. Disebabkan hati aku ni meronta-ronta nak tahu lelaki tu siapa , aku follow dia dalam beberapa hari. Sampai aku yakin itu Jackie. Aku stoplah follow dia..macam tulah cerita dia.”

“Oh...Sorrylah bro aku tuduh kau bukan-bukan hari tu. Aku ingatkan kau iri hati dengan dia...hehehe” balas Erick sambil tersengih-sengih.

“Sebab tulah aku tak suka si Armel tu dari awal lagi. Waktu kau kata kau nak ubah dan jaga dia tu, perghhh... macam aku nak bunuh kau !” Farish terus menyampuk. Ziyad dan Erick tergelak kecil.

“Benda dah jadi nak buat macam mana. Yang penting esok aku nak duit aku balik , lepastu chauuu.”

“Eloklah tu. Tak payah dah nampak muka dia..muak ! Menyesal aku panggil dia bidadari. Dia sepatutnya iblis..” Terang Farish.

“Esok aku akan kata dengan dia macam tu...”

“Setuju...” sokong Farish sebelum tergelak.

“Alhamdulillah, kenyang...ergh ! hehe sorry.” tiba-tiba Amirah bersuara setelah berdiam diri. Erick , Ziyad dan Farish memandang sesama sendiri.

“Lajunya you makan....” tegur Ziyad. Amirah tersengih. “Korang tu yang lambat , asyik pokpekpokpek. Sampai bila makanan tu nak habis ? Dahlah , saya nak pergi toilet jap..”

Farish , Erick dan Ziyad tersengih seperti kerang busuk.

bersambung..

Selamat membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience