Bab 19

Romance Series 35914

****

JARUM jam di bilik pejabat Erick tepat menunjukkan pukul 8 pagi. Dia membuang pandangan keluar cermin tingkap dibiliknya memandang langit yang dilapisi oleh awan-awan putih. Dia memproses kata-kata adiknya semalam. Katanya , ada bidadari nak datang interview kerja.

“Esok ada bidadari akan datang interview. So, kau pakai kemas-kemas sikit dan terima dia eh. Aku yakin pilihan aku , kau mesti suka.”

Erick menggelengkan kepalanya pantas. Farish kadang boleh percaya kadang tidak. Entah-entah bidadari yang dimaksudkan itu lelaki. Menyesal suruh dia cari pengganti setiausaha yang tengah cuti bersalin buat sementara waktu. Kalau lelaki, siap kau Farish! Aku kahwinkan kau dengan bidadari yang kau puji tu!

Kerusi yang didudukkan olehnya dipusing ke kiri ke kanan menunggu 'bidadari' yang dimaksudkan oleh Farish. Sudah 10 minit , tak nampak batang hidung pun. Badannya masih lagi bergerak ke kiri dan ke kanan mengikut rentak pusingan kerusi.

*TOK TOK TOK*

Secepat kilat badan Erick ditegakkan. Tali leher dan bajunya segera dirapikan sebelum mempersilakan orang yang mengetuk pintu itu masuk. Bunyi tombol pintu di pulas dan daun pintu di tolak perlahan oleh orang itu. Erick sedikit berdebar. Matanya tidak berganjak dari melihat ke arah pintu itu.

Seorang gadis yang mengenakan pakaian muslimah itu melangkah masuk ke ruangannya. Skirt dan juga tudung yang digunakan dengan warna yang sama iaitu hitam. Baju yang agak labuh itu bewarna merah. Dia terpana melihat gadis itu. Semuanya cantik di mata Erick Fauzan.

“Assalamualaikum , Sir.” ujar Amirah lembut sambil menayangkan senyuman manis. Dia islam kan? Haraplah islam. Kalau tengok gaya macam orang puteh ! Hish ! malulah aku kalau salah.

“Waalaikumsalam. Jemputlah duduk.” pelawa Erick. Senyuman Amirah membuatkan dirinya agak tidak keruan. Betullah Farish kata , gadis ini memang Bidadari !

“Jadi , awaklah orangnya yang datang untuk interview jawatan sebagai setiausaha?” tanya Erick ingin memastikan yang dia tak salah orang.

“Ya , Betul sir. Nama saya Amirah Faihanah. Erm, ini resume saya. Sir boleh tengoklah.” balas Amirah sambil menghulurkan sebuah fail bewarna biru. Fail itu bertukar tangan. Erick terus membelek satu demi satu isi fail tersebut. Amirah pula hanya duduk berdiam diri. sesekali dia memandang suasana bilik itu.

*Ting*

Bunyi notification telefon milik Erick berbunyi. Erick melirik seketika. Terpapar pada skrin kunci mesej daripada 'Farish'.

'Cia~ Warna baju dia sama. Jodohlah tu..'

Erick meletakkan kembali telefonnya kemudian melirik ke baju yang digunakan dan memandang sekilas ke baju yang digunakan oleh Amirah.

Cis , Tak guna punya adik ! Kau kenakan aku ya. Patutlah semalam beria-ia masuk bilik aku tanya nak guna baju warna apa. Getus hatinya. Isi fail itu hanya dibelek dan ditengok. Apa yang terkandung dia pun tak tahu. Erick menggeleng beberapa kali. Dia cuba tumpukan perhatian kepada isi fail itu.

Kenapa dia menggeleng? Aku tak layak ke? getus hati Amirah yang berdebar dari tadi.

“Semua okay. So, awak pernah bekerja di Syarikat Albemo sebagai setiausaha dekat sana ?”

“Yes, Sir. Saya bekerja dekat sana selama tiga tahun. Tapi tulah , tak panjang..” jawab Amirah sedikit tersengih.

“Sebab apa awak berhenti ? Kalau boleh saya tahulah.”

“Syarikat tu dah muflis. Jadi, bukan kehendak saya nak berhenti. Dah takdir , nak buat macam mana kan..,”balasnya. Erick mengangguk faham. Perasaanya semakin berombak-ombak. Comel gila perempuan ni!

“oh okay. So ,awak pergi boleh...er sorry..”

Erick , kau kenapa ? come on ! Tak pernah kau macam ni depan perempuan.

“Erm, marilah sa-saya tunjukkan tempat awak.” ujar Erick kemudian berdiri dari kerusinya. Amirah hanya menurut dan mengikutinya dari belakang. Hanya beberapa langkah sahaja mereka dah sampai ke meja kerja yang bakal Amirah huni.

“So , this is your place. Awak tahu kan apa nak buat sebagai seorang setiausaha. Kalau awak tak faham , boleh tanya saya.” terang Erick.

“MasyaAllah , bersihnya tempat ni. Komputer dia cantik , meja dia bersih. Semua tersusun rapi.” pujinya. Erick tersenyum melihat telatahnya.

“Ya , harap awak suka,”

“Suka. Err, Sir boleh saya tanya sesuatu?”

“Boleh , apa dia?”mata coklatnya memandang gadis itu.

“Sebelum tu, saya minta maaf mungkin soalan ni tak patut saya tanya ,tapi saya nak tahu. Kalau setiausaha sir yang dulu tu dah habis cuti , saya akan ditempatkan dekat mana?”

Erick tersenyum lagi. “Awak ditempatkan di hati..” kata-katanya terus digantungkan tak bertali.

“Sorry ? ditempatkan dimana?” tanya Amirah lagi.

“Err, mu-mungkin awak akan jadi setiausaha kepada Farish atau Ziyad. Tengok nanti macam mana ya.” ujarnya sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Nasib baiklah gadis itu tidak mendengar apa yang dia katakan tadi. Malu dibuatnya !

“Ouhh , baiklah. Terima kasih,”

“Sama-sama. Awak boleh mula buat kerja. Kalau ada tak faham just masuk ke dalam tanya saya, okay. Kalau ada yang buli awak ke bagitahu juga ye. Jangan diam-diam.” pesannya kemudian berlalu pergi. Amirah hanya mengukirkan senyuman.

Baiknya bos syarikat ni. Sudahlah baik , kacak dan caring pula tu. Aduhh. Lama-lama boleh cair aku ! Hahaha, just kiding. Okay now let's start. Fokus, fokus.

ERICK FAUZAN mundar-mandir di hadapan mejanya. Kadang dari sudut ke sudut dia berdiri. Tak tahu kenapa dia tak boleh nak buat kerja. Adakah disebabkan oleh gadis itu ? Kau kenapa Erick ! Fokus , Fokus.

Dia kembali semula ke kerusinya. Fail yang terbuka itu di tenung lama. Di baca tidak , dibelek tidak , di sentuh pun tidak. Takkanlah Erick dah jatuh cinta pandang pertama ? kalau iya , apa salahnya !

“Sir ? Sir ?!” tegur Amirah. Erick tersedar dari lamunannya. Matanya sedikit membulat melihat Amirah di hadapannya.

“Se-sejak bila awak ada de-dekat sini?”

“Baru je. Saya dah ketuk banyak kali , tapi Sir tak bagi respon pun. Jadi saya masuklah. Sa-saya mi-minta maaf ya.” Amirah mula menunduk. Jadi serba salah Erick dibuatnya.

“Eh , tak. Saya tanya je. Sorry sebab tak perasan. Kepala saya pening sikit..,” hanya alasan itu yang masuk di akalnya.

“Oh , nak saya buatkan air ke?” Erick sedikit terkejut. Gadis ini bukan sahaja cantik , malah dia seorang yang caring. Bukan nak dibandingkan , tapi setiausaha dia sebelum ini hanya di suruh baru dia akan buatkan air. Memang gila siapa yang lepaskan gadis seperti Amirah.

“Tak menyusahkan ke?” balas Erick teragak-agak.

“Taklah encik bos. Eh maksud saya, Sir.” Erick tersenyum lagi buat sekian kalinya. Encik bos? itu perkataan dari kartun animasi boboiboy. Dia suka menonton animasi tu agaknya. Teka fikiran Erick.

“Sebelum saya pergi buat air, saya nak bagitahu. Pukul 11:30 nanti Sir ada meeting ye. Tu je, saya minta diri dulu.” ujarnya.

“Okay, thankyou Mirah. Sorry sebab susahkan awak.”

“Tak delah. Sir tunggu je ya.” Amirah terus berlalu pergi. Buku jadual yang di pegang tadi diletakkan diatas mejanya kemudian menuju ke pantri.

Eh , pantri syarikat ni dekat mana?

“Boleh saya tanya ? syarikat ni ada pantri tak?” tanya Amirah kepada salah seorang pekerja disitu.

“Ada . You lurus je then belok kiri. Dekat situlah pantri dia.”

“Terima kasih. Sorry sebab menganggu..” kata Amirah sambil tersipu malu.

“Eh , tak apa. You orang baru ke dekat sini?”

“Ha'ah. Baru mula hari ni. Erm, nama Saya Amirah. Salam kenal.”

“Saya Ririn dan salam kenal juga. Jadi , awaklah pengganti sementara setiausaha encik Erick ?” tanya Ririn. Amirah tersenyum dan mengangguk.

“Okaylah, i minta diri dulu ye.” Amirah terus berlalu pergi dengan tergesa-gesa.

bersambung...

Happy reading

Share this novel

Hanani Alyssa
2023-12-17 03:27:24 

AKU PULAK YANG BLUSHING NI AEHH


NovelPlus Premium

The best ads free experience