****
DIA terbangun dari lenanya apabila merasakan dirinya seperti berada dikutub selatan. Sejuk. Dia melihat penghawa dingin giat lancar mengeluarkan udara yang begitu nyaman , kipas yang berputar mengeluarkan angin halimunan. Huh , patutlah sejuk. Lupa nak matikan penghawa dingin sebelum tidur. Penat sangat agaknya bekerja di siang hari.
Dengan keadaan yang separuh sedar, dia mencari remote penghawa dingin itu ke kanan ke kiri. Mana pula remote ni pergi?! Aku mengantuk lagi ni!! getusnya dengan geram. Tangannya mencapai sesuatu lalu diangkat. Lain aku cari, lain aku dapat ! Jam yang terpapar pada screen telefon dilirik.
What the... Matanya terbuntang luas melihat jam sudah menunjukkan 10 pagi. Tak pernah dia lambat bangun macam ni.
“Aku tidur mati ke apa? Kenapa aku tak dengar alarm berbunyi ! Arghhh !! dahlah lambat pergi kerja , terlepas solat subuh pula tu ! Pergi mampuslah Erick !” marahnya dengan diri sendiri. Dia menjenguk keluar tingkap. Hmm , patutlah tidur mati , rupanya cuaca luar membantu untuk tidur sampai ke tengah hari.
Langsir yang diselak itu dilepaskan. Dia menuju ke bilik air untuk membasuh muka dan memberus gigi. Mulut dah lain macam bau dia ! Seusai itu dia berjalan keluar untuk melihat dua beruk itu. Kalau dia tak masuk kerja , jangan berharap dua ekor beruk itu akan pergi. Tapi , kalau Ziyad boleh percaya sikit. SIKIT SAHAJA ! TAK LEBIH OKAY .
Kakinya melangkah turun ke bawah setelah melihat kedua bilik adiknya kosong. Matanya tertumpu pada sofa yang tersusun rapi di tengah ruangan itu. Kelihatan Ziyad dan Farish sudah pun bersiap rapi menggunakan baju seragam pejabat mereka , namun ada sesuatu yang pelik. Mereka duduk sambil bertatapan mata. Apa kes ?
“Korang ni tak ada kerja lain ke nak buat? Semakin hari semakin pelik.” tegur Erick yang baru saja menuruni tangga.
*Krik krik*
“Aku tengah bercakap , korang pekak ke ?” tanya Erick mendatar. Tetap senyap. Erick menggeleng kemudian berlalu ke dapur. Boleh naik hantu dia pagi ni. Baik dielakkan sebelum ianya terjadi.
“Yes! Aku menang. Meh hidung mancung kau...” Ujarnya apabila melihat mata Farish berkelip. Dengan selamba Ziyad menarik hidung mancung milik Farish. Merintih kesakitan lelaki itu dibuatnya.
“Sudah!! Aku give up. Sakit gila hidung aku !” katanya sambil menepis tangan Ziyad. Kedua hidung mereka merah keunguan. Bayangkan dari pukul 8 mereka bermain seperti itu sampailah Erick muncul. Boleh tercabut hidung dibuatnya.
“Dah habis?” Erick muncul lagi setelah memantau keadaan dapur. Tiada satu benda yang boleh dimakan. Perutnya yang kosong itu diusap lembut.
“Kenapa kau tanya, nak main ke?”
“Aku tanya je,”
“Aku pun tanya je..,”
“Whatever. Kenapa korang tak pergi kerja?” dia menaikkan sebelah keningnya sambil memandang silih berganti kedua manusia dihadapannya itu. Matanya juga tertancap pada hidung mereka yang merah tapi hanya di biarkan. Malas nak ambil tahu.
“Kau tu kenapa tak pergi kerja?” balas Farish selamba tetapi serius.
“I'm the boss.”
“Kami pun adik kepada boss !” jawab mereka berdua. Erick menghela nafas. Ada sahaja jawapan mereka kalau bersama. Tak pernah nak serius langsung.
“So cute, my bidadari ! Tengok ni Ziyad , cute bukan ?” dia menghalakan telefonnya ke arah Ziyad.
“Of course, she's cute. Mana kau dapat ?”
“Well , aku spy dia. Kau nak tengok tak Erick ?” Tanya Farish sambil memandang tepat ke arah abangnya itu.
“No , thanks. aku nak siap-siap pergi rumah mama. Kau simpan jelah bidadari kau tu.” jawabnya sambil melangkah naik masuk ke dalam biliknya.
“Kau nak buat apa pergi rumah mama ?” tanya Ziyad pula.
“Nak cari makanan dekat sana. Rumah kita ni besar je tapi makanan tak ada.” balas Erick dengan selamba.
“Betul ke kau tak nak tengok bidadari ni ?” tanya Farish lagi.
“No, Farish. No !” tegas Erick. Menyampah dibuatnya.
“Rugi tak tengok !” jerit Farish.
“ I don't care !!” balas Erick sebelum menutup pintu.
Bam !
SEPERTI biasa semua akan berpusu-pusu ke restoran yang berdekatan untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong pada waktu tengah hari. Tapi, tidak bagi Amirah. Dia duduk termenung di meja kerjanya sambil memandang screen laptop. Mungkin sudah tembus sampai melihat wayar-wayar di dalamnya.
Mujurlah perbuatannya tidak dilihat oleh Jackie kerana encik bosnya itu pergi bercuti ke Sabah selama lima hari. Itu baru bertunang , belum lagi berkahwin. Mungkin ke luar negara selama setahun hanya untuk berhoneymoon. Kalau macam tu , baik tinggal sana terus tak payah balik ! Eh , dah kenapa aku membebel ni ?
Amirah menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia tak kisah sangat pasal itu , terpulanglah nak pergi mana ke luar bumi pun tiada siapa yang akan halang. Masalah sekarang, Jackie terlampau leka dengan percutiannya sehingga hal-hal pejabat langsung tidak di ambil peduli. Banyak projek yang tertunda dan ada juga yang cancle untuk bekerjasama dengan syarikat mereka. Rugilah macam ni.
“Macam mana aku nak cakap nanti ? Habislah aku...,” dia mengetuk perlahan kepalanya.Terasa aura-aura dirinya akan disembur hebat oleh Jackie Albemo. Lagi dua hari dia akan balik dari Sabah.
“Tak pergi lunch ke?” tegur seorang wanita yang bekerja di bawah syarikat sama. Dari tadi dia perhati Amirah asyik termenung sahaja. Dia tak perasan ke sekarang dah waktu lunch?
“Huh ? eh , akak. Dah lunch ke?” laju dia melihat jam ditangannya. Dah 20 minit berlalu, dia masih lagi berada di meja kerjanya. Dia mengeluh. Semua ni salah termenung. Siapa suruh termenung !
“Dah agak. Kerja, kerja juga mirah , tapi perut kena isi juga. Kalau tak isi , otak pun lemah tau.” Amirah hanya tersengih. Betullah apa yang dikatakan oleh wanita lingkungan 30-an itu.
“Dah pergilah lunch..,”
“Akak tak pergi lunch ke?” tanya Amirah.
“Baru nak pergi ni. Tapi , akak tengok kau ada dekat sini. Tegurlah dulu , mana tahu lupa waktu lunch ke apa,”
“Haih , tulah . Terima kasih ya akak. Kalau tak , mesti tak lunch dah saya nanti.”
“Alaaa , lambat pun tak apa . Boss bukan ada pun hahaha,” Amirah turut tergelak. Betul juga. Bukan dia tahu pun apa yang terjadi dekat sini. Eh , tak boleh. Kena amanah, Ingat !!
“Okaylah , akak pergi dulu. Suami akak dah ada tunggu dekat bawah.”
“Okay akak. Hati-hati,” dia memerhati dari ekor matanya. Setelah kelibat wanita itu hilang , dia terus mengemas beberapa barang yang berselerak di atas meja kemudian mencapai beg tangannya dan keluar.
bersambung..
Happy reading <33
Share this novel