Bab 30

Romance Series 35914

****

TANGKTUNGTANGTUNGKRIKKRUK

BUNYI kuali yang dipakai Ziyad memasak sesuatu makanan di atas dapur itu membuatkan Erick dan Farish melepaskan keluhan kecil. Bosan mereka menunggu Ziyad siap memasak yang tak habis-habis mengetuk kuali tersebut. Ziyad mula memasak selepas solat isya' sehinggalah jam hampir menuju ke jam 10 malam. Dia memasak ke , buat kuali tu ?

“Aduhhhh , lambatlah kau ni Ziyad ! Aku lapar nak mampus gila !” omel Farish sambil merenung pinggan yang masih kosong dihadapannya.

“Sabarlah , aku pun lapar juga tau !” balasnya sambil mengacau ayam berempah di atas kuali itu.

“Hoi , benda tu dah masak , kau tinggal panaskan je . Yang kau pergi acah macam masak sendiri kenapa ?” Erick turut masuk campur berdebatan itu. Mana tidaknya , lauk itu sudah pun di masak di rumah mama mereka petang tadi sebagai lauk mereka untuk malam ini. Tapi , puan Davina memesan agar panaskan lauk tersebut sebelum menjamahnya.

“Aku tengah panaskanlah ni , buta ke apa ?” balas Ziyad enggan mengalah.

“Panas kepala hotak kau , orang panaskan lauk 5-7 minit je. Yang kau ?”

“Tukang buat kuali..,” sambung Farish pula. Geram dengan perangai si Ziyad ni.

“Blablablabla......yelah , ni dah panas ! Makan puas-puas.” bebelnya sambil menghidangkan lauk tersebut.

“Kau tak nak makan ke?” tanya Farish yang melihat Ziyad melangkah.

“Sabarlah , aku nak simpan apron ni jap , nanti ada yang membebel pula !” ujar Ziyad sambil menyindir Erick yang sedang menyuap makanan ke mulutnya.

“Kau dah baca doa ke , ikan paus ?” Tanya Farish pelik.

“Dah,” jawabnya singkat.

“Aku tak dengar pun,”

“Aku baca dalam hati. Macam mana nak dengar ? lainlah kalau aku telan mikrofon,”

“ha ha ha buat lawak ke ?” tanya Farish bernada mengejek.

“Eh taklah , buat bodoh.” balas Erick selamba.

“Sudah brengsek ! Jangan berantem,” Cegah Ziyad selepas melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Farish. Suasana menjadi sepi seketika. Masing-masing mengisi perut dan menikmati dinner mereka.

“Korang ada pernah jumpa Armel ke ?” tiba-tiba Ziyad membuka mulut. Dari tadi otaknya bermain-main dengan gadis itu.

“Asyik tanya ni kenapa ? sedarlah bro dia tunang orang dah,”Celah Farish sambil menayangkan senyuman seperti kambing.

“Aku tanya je. Pernah atau tidak ?” Farish menggeleng beberapa kali. Kali terakhir dia berjumpa beberapa bulan lepas. Lagipun bukan makwe dia nak jumpa bagai. Bahkan dia juga malas untuk ambil tahu pasal gadis itu.

“Engkau ?” soalan ditujukan kepada Erick pula.

“Tak juga. Last jumpa yang dia datang office minta tolong tu. Lepas tu senyap,”

“Maknanya dia belum bayar hutang dekat kau la ni ? Tak boleh jadi , kena tagih hutang ni.”

“Kau nak tagih apa ? dia guna duit kau ke ?”

“Tak , tapi dia guna duit kau. Engkau abang kitaorang. Maknanya duit tu , duit kitaorang juga, hehe” katanya sambil tersengih di hadapan makanan.

“Mata duitan !”

“Aku gurau jelah.Setakat duit , aku pun ada.” balasnya. Ziyad mendengus geram.Ini acara perdebatan ke apa ?

“Korang ni tak habis nak berdebat. Bawa ke tepi jap , aku nak cakap sesuatu ni..” Erick dan Farish memandangnya serentak.

“Kau nak cakap apa?”

“Habiskan makanan dulu , kejap lagi aku cerita.”

Beberapa minit kemudian , seusai makan , mereka berkumpul di ruang tamu untuk mendengar perkara yang ingin dicerita oleh Ziyad. Nampak serius , tapi entahlah.

“So , apa yang kau nak cakap ?” tanya Erick mendatar. Tangannya bermain dengan bola sepak. Di baling ke udara kemudian jatuh di sambut.

“Betul ke Armel kena tipu dengan tunang dia ?”

“Betullah. Aku ada bagitahu kau hari tu kan , duit dia diambil oleh Jackie dan dia dipaksa untuk meminjam dengan Ahlong semata-mata untuk membayar hutang yang menggunung..” terang Erick.

“Are you sure about that?”

“Yelah , muka dia biru, merah, ungu semua ada. Aku tak puas hati dengan Jackie sebenarnya. Tak pasal-pasal Armel kena bunuh nanti,” Erick meluahkan kegusaran hatinya.

“Aku tak percaya sangat dengan Armel tu,” kata Ziyad mendatar.

“Kenapa pula?”

“Aku rasa dia dah tipu kau semata-mata nak minta pertolongan...”

“Maksud kau ?”

“Apa yang dia cerita dengan kau tu , semua tipu. Dia pinjam duit kau bukan sebab nak bayar hutang , tapi sebab lain.” terangnya.

“Kau tak terfikir ke , dia selalu up gambar dekat ig story dia. Tak ada pun kesan luka atau lebam. Pelikkan ?”

“Come on Ziyad , takkan tak tahu orang pempuan ni hebat dalam bidang make-up. Tap tap tap dah tertutup kesan tu dengan bedak....” Farish terus mencelah. Ziyad tersenyum sinis.

“Macam mana pula kalau kesan luka tu terbuat dari make-up ?”

“Stop being stupid ! Aku tengok depan mata aku sendiri,” balas Erick dingin.

“Jangan diperbodohkan Erick . Perempuan hebat dalam bidang make-up ni , kan Farish ?”

Farish diam tak menjawab.

“Stop it ! Kalau kau benci Armel , kau benci dia sorang. Jangan jadi batu api untuk kami membenci dia..” balas Erick mendatar. Dia berdiri dan meninggalkan Farish dan Ziyad berdua di ruang tamu.

“Yad , betul ke apa yang kau bagitahu tadi ?”

“Betullah, aku follow dia beberapa hari ni,”

“Laaaa , kenapa tak bagitahu Erick yang kau follow Armel ?”

“Malaslah , biar dia tengok dengan mata kepala dia sendiri,”

“Kalau dia tak tertengok-tengok macam mana ? apa kau nak buat ?”

“Buat apa lagi , diam jelah. Lagipun aku ni siapalah sangat, anak angkat je. Dahlah , aku nak tidur. Kau pergilah basuh pinggan mangkuk tu,” ujarnya dan berlalu pergi. Dia tahu posisi dalam keluarga itu hanya sebagai keluarga angkat. Cukup memberitahu hal sebenar sama ada nak percaya atau tidak , itu terpulang kepada tuan punya badan.

“Eh, eh... sensitif pula orang ni. Dah tu , aku yang kena basuh pinggan ! Tak guna betul korang ni !” Dia mendengus geram. Kaki dihayunkan menuju ke sinki yang penuh dengan pinggan , mangkuk , sudu dan lain-lain. Dengan malas akhirnya dia akur juga untuk membasuh kesemua benda yang telah digunakan itu. Setelah selesai , barulah dia masuk ke bilik dan bermimpi indah .

DI Satu ruangan bilik yang hanya diterangi dengan cahaya dari screen komputer riba. Ruangan itu juga dipenuhi dengan suara movie yang di tonton oleh gadis itu. Terlihat senyuman terukir dari bibirnya tatkala seseorang merayu minta dilepaskan dalam movie tersebut.

“I beg you , please don't kill me. Please....Help !!” orang dalam movie tersebut merayu, menangis dan menjerit meminta simpati dan pertolongan dari si pembunuh itu. Namun , pembunuh itu tidak memberi sebarang reaksi. Dia melangkah menghampiri orang itu dengan memegang sebilah pisau di tangan kanan. Tangan kirinya merentap kuat rambut mangsanya sebelum berkata, “Let's play a game...hahaha”

“Please , please.... i beg you ! No... Urghhhhhh! Urghhhh!” Dua buah tikaman dihadiahkan kepada orang tersebut membuatkan dia meronta menahan kesakitan yang amat perih. Darah mengalir dengan lancar tanpa henti.

“Wanna say something ? a wish ? No ? okay , bye bye !” Pembunuh mengangkat tangan ke udara yang memegang sebilah pisau dan terus membunamkan ke perut si mangsa. Dia menarik nafas lega dan tergelak kecil. Itu adalah satu kepuasan baginya. Rasa dendam yang berkepul dalam dada hilang sedikit demi sedikit. Mangsanya sudah pun kaku dan tewas ditangannya. Tamat !

Gadis itu menutup komputer ribanya, sebelum menuju ke atas katil. Tubuhnya terbaring , fikirannya masih lagi mengingati tentang movie yang baru di tonton sebentar tadi. Setiap gerak-gerik si pembunuh di hadam dan dihayati dengan penuh mendalam.

“Hmmm, Erick Fauzan. Satu nama yang aku sangat benci ! Kau ingat kau akan berjaya selamanya ? No... Kau dah musnahkan semangat akulah sial !”

“One day , kau akan bayar semua sakit hati aku yang aku pendam selama ni ! Aku tahu kau sedang ketawa , gembira dengan apa yang kau ada sekarang ni. Buatlah sepuas hati kau sebelum tiba masanya kau meraung , merayu dekat aku , minta dilepaskan..hahaha” tambahnya lagi. Dia dapat membayangkan wajah Erick sedang berusaha minta dilepaskan dari cengkamannya.

“Rancangan aku sedang berjalan sekarang ni , hati-hati. Haih , siapa yang halang aku...aku tak teragak-agak menghantar kau ke neraka jahanam !!” katanya dengan mengenggam sebuah penumbuk. Dia tahu , rancangannya tidak mudah . Dia yakin akan ada sahaja yang menghalang nanti dan semua itu sudah dapat di hidu olehnya. Bersedialah !

bersambung..

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience