Bab 42

Romance Series 35914

****

BUNYI Suara yang dihasilkan di sekitarnya jelas memecahkan gegendang telinganya. Suara-suara manusia, suara troli di tolak dan lain lagi. Dia memerhati satu demi satu manusia di hadapannya mencari susuk tubuh yang sudah menemani ke situ. Tak sabar dirinya ingin berkongsi berita gembira yang baru sahaja di ketahuinya tadi.

Dia mengukirkan senyuman tatkala melihat seseorang melambai ke arahnya. Dia berjalan menghampiri.

“So, dokter cakap apa? Jangan kata you ada penyakit pula, mati i kena dengan Erick nanti. Tak pasal-pasal kena tuduh i ni tak jaga buah hati dia.” Ada rasa cemas yang timbul dalam diri Ziyad. Amirah tergelak melihat telatah lelaki itu.

“Jom, kita keluar dulu. Bisinglah dekat sini. I ada benda nak bagitahu.”

“Baik ke buruk tu ?”

“Cuba teka..” katanya sambil berjalan keluar.

“Tengok muka, baik je. Rasanya i tahu apa you nak bagitahu..” kata Ziyad dengan wajah selambanya.

“Okay, so apa dia ?” terjongket kening wanita itu.

Mereka berdua berhenti di sebuah bangku yang tersedia untuk orang awam menggunakannya. Mereka melabuhkan punggung masing-masing namun berjarak. Amirah memandang Ziyad sambil tersenyum.

“You mengandung kan?”

“hahahahaa...yeay betul !!” Amirah bersorak kesukaan. Lama dia pendam untuk bersorak sejak tahu perkara ini. Ziyad tergelak. Kalau Erick tahu mesti dia orang yang paling happy dalam dunia ni.

“Sebenarnya i tak nak bagitahu, tapi tak boleh. I kena share juga. Jangan bagitahu Erick tau. Nak suprisekan dia. Esok dia balik dah kan?”

“Yup, Esok petang kot dia sampai dekat sini. Don't worry , i takkan bagitahu sesiapa pun.”

“Thank you so much. Jadi, i nak minta tolong lagi boleh? janji yang ni last dah..” ujar Amirah sambil mengangkat tangan seperti berikrar di hadapan Ziyad.

“hahaha , cakap jelah. Lagipun , you bukan orang lain..”

“hehehe , sebenarnya nak minta tolong teman pergi cari barang sikit nak suprisekan untuk Erick. Kita tempah sekali kek. So , esok biar Farish yang jemput Erick, you pula pergi ambil kek tu. Saya siapkan apa yang patut dekat rumah tu, boleh ?” Terang Amirah. Otaknya giat memikir hal itu sejak tadi. Harap semuanya menjadi.

“Okay , i ikut je. Esok you call je apa yang perlu i buat.”

“Yeayyy ! Sekarang jom kita gerak..”

“Sekarang ke ?”

“Eh tak. 20 tahun akan datang lagi baru kita gerak..” balas Amirah kemudian tergelak.

HUJAN yang turun di malam hari itu membuatkan suasana menjadi lebih sejuk dan mendamaikan. Erick menyelak langsir untuk melihat suasana luar dari biliknya yang berada di tingkat 10. Meskipun hujan menyapa malam itu , masih ramai lagi kenderaan bergerak di atas jalan raya Kota Kinabalu itu.

Erick kembali duduk dibirai katilnya. Telefonnya dicapai untuk melihat isi pesanan daripada sang isteri. Ternyata kosong. Dalam sehari isterinya tidak menghantar pesanan untuknya. Biasanya, ada sahaja pesanan yang membuatkan Erick tersenyum sendiri. Boleh dikatakan tiap jam telefonnya berbunyi.

Dia menuju ke dapur yang bercantum dengan ruang tamu. Tangannya mencapai maggie tomyam cup. Itulah yang mengisi perutnya malam ini. Malas ingin keluar ataupun memesan makanan di hotel itu. Maggie cup itu dituangkan air panas. Beberapa minit, maggie cup itu sedia untuk dimakan.

Ting! Ting! Ting! Ting! Ting! Ting! Ting!

ERICK berjalan mengambil telefon yang berada di atas katil kemudian kembali ke meja makannya. Telefon itu dibuka terpapar 7 mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Tanpa berlengah lagi, dia terus menekan pesanan itu.

Kening Erick berkerut tatkala melihat isi pesanan WhatsApp yang mengandungi beberapa gambar isterinya dan adik angkatknya , Ziyad. Ditelitinya gambar yang di hantar kepadanya. Sungguh mesra isterinya keluar bersama Ziyad dalam gambar itu.

Kau siapa tetiba hantar gambar ni ? Apa motif kau ? -Erick

Bukan nak menyibuk , tapi aku selalu terserempak bini kau dengan ADIK angkat kau. Mesra semacam. -unknown

Mana kau dapat nombor aku ? -Erick

Itu semua tak penting. Aku bukan nak cari gaduh ke apa , tapi aku nak bagitahu kau ADIK angkat kau tu suka dekat isteri kau. -unknown

Biadap! Kau siapa nak cakap begitu ? Dia adik angkat aku dan aku tahu semua ni tipu. Aku bagi kau peluang padam gambar ni dan berhenti buat benda bodoh. -Erick

Wait , wait.Kau tak percaya ke ? kau tengok video yang aku hantar ni. -unknown

Erick menekan button 'play' untuk menonton video itu. Jelas dalam video itu memaparkan aksi Ziyad memberi Amirah sejambak bunga dengan begitu romantik. Membara hati Erick saat itu. Fikirannya sudah melayang jauh. Maggie yang dihadapannya itu dibiarkan.

Dah tengok ke ? amacam ? koyak ke bro ? hahaha -Unknown.

Kau diamlah setan ! Mana kau dapat semua ni ? -Erick

Aku dah kata , aku terserempak dengan dorang tu banyak kali. Ziyad layan isteri kau memang mesra aku nampak lebih daripada kau layan isteri kau. Okaylah , urusan aku sudah selesai. Buang jelah ADIK angkat kau tu. Jauhkan dari isteri kau. Bahaya.. -Unknown

Erick meletakkan iPhone miliknya dengan kasar di atas meja makan itu. Maggie tomyam dalam cup itu ditolak sehingga terjatuh dan tumpah di atas lantai bilik hotel itu. Nafsu makannya sudah berganti dengan api kemarahan. Dia tak menyangka bahawa Ziyad sanggup melakukan hal sebegitu.

“Bodoh punya orang. Kau memang sial ! Jahanam !” marah Erick. Ikutkan hati nak saja dia terbang sekarang. Tapi , esok adalah hari penting untuk majlis menandatangani projek di Kota Kinabalu itu. ARGHHH !

Dia meraup wajahnya dengan kasar. Orang yang dipercaya selama bertahun-tahun dan diberi segala-galanya kini menikam belakangnya sendiri.

“Bodoh !”

DIA tersenyum senget apabila anak matanya melihat gambar Hariz Ziyad pada screen telefon pintarnya. Ada sesuatu yang tengah bermain difikirannya saat itu. Dia menghelakan nafas seketika kemudian mencampak dirinya ke atas tilam yang empuk. Kini dia dalam posisi berbaring. Telefon tadi di letakkan di tepi.

“Tak sabar aku nak nampak kau hidup terbuang , Ziyad. Kau jangan main-main dengan IBLIS macam aku ! sekali aku petik jari , meranah hidup kau !” dia mengetap gigi , geram. Sakit hatinya apabila Ziyad mengatakan dia iblis.

“Kau beruntung Ziyad , sebab aku guna cara halus bukan cara kasar. Kalau ikutkan hati , aku nak hantar kau juga ke neraka. Tapi.....aku malas nak kecoh-kecoh. Mesti polis akan siasat itu ini.”

“Rasa tak sabar pula aku nak tengok dia ni ! arghhh...masa kau tak ada apa-apa , masa tu juga aku ludah muka kau ! Sakit hati aku bertambah disebabkan manusia tak guna ni ! ” dia menumbuk menampar bantal peluknya.

Kerjanya untuk memanaskan hati Erick sudah dia lakukan dengan sebaik mungkin. Dia yakin , Erick pasti akan mengamuk besar bila balik rumah nanti. Tidak sia-sia dia mengupah orang untuk mengekori Amirah dan Ziyad ke mana sahaja mereka pergi. Dari hasil tangkapan gambar tersebut , dia dapat memutar balikkan cerita sebab dia tahu , Erick adalah orang yang jenis senang percaya cakap orang. Tapi , dalam hal pekerjaan Erick tak boleh ditipu dari mana-mana pihak. Dia sangat teliti sebab tu dia boleh berjaya.

“Lain kali bawalah isteri tu pergi sekali...bodoh punya Erick.” tambahnya lagi kemudian tergelak sendiri di dalam suasana bilik yang sepi. Secara perlahan-lahan luka di hatinya akan pulih sekejap sahaja lagi. Semakin hari dirinya semakin jauh tenggelam dalam lembah dosa yang dia tidak pernah hiraukan. Baginya , kepuasan hatinya adalah lebih penting !

bersambung...

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience