****
TEPAT pukul 10 pagi , majlis pengkebumian selesai dilakukan dengan selamat tanpa satu halangan.Dua insan tersayang telah kembali ke pangkuan-Nya buat selama-lamanya.Kedua-duanya ditempatkan dalam satu liang lahad.Kedengaran tangisan dan esakan daripada Amirah.Sungguh sebak dirinya.Tapi , dia kena kuat dan redha.
“Sayang...jom balik.Janganlah macam ni , pukul satu nanti kita kena ke balai..” Mendengar kata-kata Erick Amirah terus akur. Dia ingin mengetahui perkembangan tentang Jackie. Dia masih lagi dalam tahanan polis untuk siasatan. Semalam sewaktu di soal siasat, dia mengaku bahawa dirinya datang bertamu pada pagi itu ke rumah mangsa, namun dia tidak mengaku tentang kes itu. Hari ini, polis akan menggeledar rumah milik Jackie untuk mengumpul barang bukti. Segala keputusan, akan diketahui nanti.
Erick memimpin isterinya yang lemah itu menuju keretanya. Amirah membuang pandangan ke arah luar cuba mengenangkan nasib apabila dia tidak berkahwin dengan Erick Fauzan. Sudah tentu kehidupannya huru-hara ditambah tiada keluarga. Abah dan umi merupakan anak tunggal dari keluarga masing-masing.
Abang, umi. Terima kasih untuk segalanya. Adik pergi dulu, Assalamualaikum. Getusnya apabila kereta itu mulai bergerak meninggalkan kawasan perkuburan.
“Kita pergi pukul berapa nanti ?,” tanya Amirah apabila kereta sudah memasuki kawasan perumahan mereka. Sepanjang perjalanan tadi, mereka hanya berdiam diri. Masing-masing bertemankan suasana yang masih sayu di kala itu.
“Pukul satu nanti..sekarang ni awak rehat dulu, tenangkan fikiran. Nanti, saya suruh kak lily bawakan makanan naik atas bilik, okay?” balas Erick. Amirah mengangguk perlahan. Kedua mereka terus turun dari perut kereta. Amirah melangkah secara perlahan dan tiba-tiba sebuah kereta Audi masuk ke dalam kawasan perumahan itu membuatkan langkah terhenti. Dia menoleh.
Kedengaran bunyi tayar kereta menggeser di permukaan lantai itu. Mungkin orang itu menekan break secara mengejut atau sengaja? Dia keluar dari perut kereta. Amirah hanya beriak biasa.
“Hoi, perempuan! Kenapa kau buat tunang aku masuk penjara? suka hati kau nak tuduh dia kan?!” terdengar Armel sedang menjerit seperti orang gila. Dia baru sahaja dari melawat Jackie yang masih dibawa tahanan polis. Dia terkejut apabila mengetahui perkara ini. Puan Davina, Tuan Razin, Farish dan Ziyad bergegas langsung ke halaman utama.
“Apa you ni? datang-datang melenting macam ni, tak malu ke?” Ujar Erick yang berada di sebelah isterinya.
“Kalau bukan sebab isteri you, i tak macam nilah! Dia tuduh tunang i bunuh Mak dengan abang dia. Hei, Jackie tu baik tau! Takkan you lupa jasa dia?!”
“Armel! jangan buat kecoh dekat sini! Jackie di tahan sebab dia datang rumah Emir. So, dia suspek utama dalam hal ni. Tolong faham...” Balas Erick. Amirah hanya berdiam diri. Matanya berkaca-kaca.
“Shut up, Erick ! i tak nak dengar you bercakap. I nak dengar daripada Amirah. Kenapa dia tak bercakap? Bisu? ke dah sedar ?!” ujarnya dengan nada sinis.
“Armel , tolong respect Amirah. Armel tahu dia tengah bersedih kan ? Baliklah.. jangan buat kecoh,” tegur puan Davina lembut.
“I respect dia aunty ! Tapi...perempuan tak sedar diri ni membuatkan tunang i ditahan polis ! Dasar manusia tak sedar diri ! Memang patut pun mak dan abang kau mati !” Angin Armel semakin menggoncang perasaanya.
“Watch your mouth Armel Adresia ! Jangan sampai aku naik tangan dengan kau ! ” Amirah memegang suaminya untuk menghalang lelaki itu bertindak dari luar kawalan. Dia memberanikan diri untuk berhadapan dengan gadis itu walaupun pipinya sudah basah dengan air mata.
“Armel....aku tahu kau marah. Aku minta maaf...kalau betul dia tak bersalah , dia akan keluar juga. Bukan selamanya dia kena tahan dekat situ, dan.. Erick pernah cakap , Jackie tu bahaya..sebab tu aku syak dia yang buat semua ni....” jelas Amirah. Armel terdiam seketika.
“Betul tu. Bukan ke you pernah kena pukul dengan Jackie ? kenapa sekarang nak pertahankan dia ?” celah Ziyad yang dari tadi berdiam diri.
“Sekarang ni peluang you tau , nak report. Tak payahlah takut , biar dia dalam lokap sampai mati...” tambahnya lagi.
“Eeee ! peninglah macam ni!” katanya dengan nada kasar dan melangkah masuk dalam kereta. Tak sopan langsung ! Erick dan yang lain serentak menggelengkan kepala.
“Datang tak diundang tiba-tiba nak melenting..apa punya perempuan...nasib baik tak jadi kakak ipar aku..” bebel Farish melangkah masuk ke dalam rumah diikuti dengan yang lain. Geram juga dia dengan sifat Armel yang macam hantu sebentar tadi.
“Amirah nak makan apa ? biar mama masak. Kamu belum makan lagi kan? Tak baik biarkan perut tu kosong.” tanya puan Davina kepada menantunya. Dia cukup risau dengan keadaan gadis itu yang semakin lemah dan pucat lesi. Amirah menggeleng perlahan. Nafsu makannya hilang sejak perkara ini terjadi. Lebih-lebih lagi dikejutkan dengan kedatangan Armel yang menyerangnya secara tiba-tiba.
“Tak bolehlah macam tu , Amirah kena makan juga. Tak pe , nanti mama dah siap masak , mama panggil Erick bawakan kamu ya. Sekarang kamu rehat.” ujarnya dengan lembut. Amirah akur.
“Tapi... mama bukan ke nak balik Australia ?”
“Tak sayang...mama tak jadi balik. Mama nak teman kamu dekat sini. Dah, sekarang pergi berehat. Mama nak masak untuk kamu..nanti makan tau..”
“Terima kasih...ma.” ucap Amirah selari melakarkan senyuman.
“Sama-sama.Erick, bawa isteri kamu naik.” arah puan Davina. Erick terus memimpin isterinya naik ke bilik.
SUASANA balai polis itu agak sunyi mungkin kerana para pegawainya sedang menikmati makan tengah hari mereka. Amirah dan Erick menunggu di tempat yang disediakan. Tidak begitu lama, mereka pun di panggil masuk ke dalam satu ruangan.
“Silakan duduk,” pegawai polis itu mempersilakan mereka berdua duduk.
“Seperti biasa , Jackie tetap tak nak mengaku walaupun kami dah buat macam-macam. Dia tetap berkeras..” ujar pegawai tersebut selepas mereka berdua mengambil tempat.
“Macam mana pula dengan aktiviti menggeledar rumah Jackie ?” Tanya Erick.
“Itu pun tak ada. Semua isi rumahnya pegawai kami dah selongkar, tapi satu bahan bukti pun tidak ada..”
“Dan sekarang, Jackie terpaksa kami lepas. Kami tidak boleh menahan seseorang tanpa bukti yang kukuh. Tapi , jangan risau. Dia masih dalam pantauan polis masa sekarang.” tambah pegawai itu lagi. Amirah tertunduk. Kalau bukan Jackie , siapa ? Kenapa dia buat semua ni ?
“Encik , Jackie sekarang ada di mana ?” soal Amirah. Dia harus berjumpa dengan Jackie. Sama ada dia nak meminta maaf atau tidak , dia pun kurang pasti.
“Tuan dan puan boleh tunggu di hadapan sana. Nanti saya bagitahu dia...” terang pegawai itu. Amirah dan Erick mengangguk.
“Betul ke sayang nak jumpa dia ?” tanya Erick ragu-ragu. Amirah membalas dengan anggukkan kecil. Seketika , Jackie keluar dengan memakai pakaian biasa. Pakaian penjara itu sudah di ganti olehnya sebentar tadi.Kini , mata bertentang mata.
“Hi....” sapa Jackie. Amirah hanya tersenyum tawar.Dia masih lagi berasa was-was dengan lelaki ini. “Pegawai polis tu cakap , you nak jumpa i . Ada apa ?” tanya Jackie. Erick hanya memerhati.
“You buat apa datang rumah umi pagi-pagi ?” tanya Amirah dingin. Jackie melepaskan keluhan berat. Soalan yang sama ditanya semasa dia berada didalam tahanan polis. Bukan sekali , tetapi berkali-kali.
“I datang sebagai tetamu biasa je. Nak melawat keadaan sahabat sendiri salah ke ? Lagipun you tahu kan , i tak pernah jumpa Emir semenjak i muhflis. I malu tahu tak..” terangnya sunguh-sungguh. “Ye ke ? bukan you nak ambil maklumat , dan suruh barua kau set tempat awal-awal. Abang aku mati kena tembak tau !” naik turun nafas Amirah cuba mengawal amarahnya.
“Barua ? apa tu ?”
“Orang perantara untuk melakukan perkara jahat , tu maksud dia.” jawab Erick. “Oh..tapi i tak buat semua tu..please percaya i.”
“Orang dah buat salah mana nak mengaku kan ?” balas Amirah. Jackie menggaru belakang kepalanya.Dia bingung hendak memberitahu macam mana lagi.
“Amirah , look at me...” dia menghampiri Amirah tapi langsung dicegah oleh erick.
“Bro , stay there.She's my wife..”
Cemburu ke Erick , oi ?
“Sorry. Look Mirah , i tak buat benda bodoh macam tu. Buat apa i nak tembak dia sedangkan dia sahabat i. Dia banyak tolong i ,Mirah.”
“One more thing, i tak pernah upah orang untuk bunuh sesiapa , i dah muhflis. I don't have money. Upah orang bukan sikit nak bayar , berpuluh ribu juga. Lebih-lebih buat benda bodoh macam ni , entah berapa upah dia..” terkumat-kamit mulutnya menjelaskan perkara sebenar. Dia tidak mahu gadis ini memandangnya buruk dan jahat. Cukuplah orang-orang yang diluar sana menganggap sebegitu tapi bukan orang yang dia percaya.
Amirah terdiam sejenak. Ada betul juga yang dia katakan.Tapi , Entahlah.
“Dahlah , remember this. I takkan maafkan you selagi kes ni belum selesai..Awak jom.” Amirah terus meninggalkan tempat itu menuju ke kereta.
“Bro , aku nak tanya sikit..”
“Pasal apa ? kes pembunuhan tu ? aku tak buat benda tu . Stop put the blame on me..” kata Jackie dingin. Pening dia asyik kena tuduh yang bukan-bukan.
“No. bukan tentang tu. Tapi kau dengan Armel. Kau ada pukul dia ke ?” tanya Erick ingin kepastian. Memang sudah lama dia tunggu nak berhadapan dengan mamat ni. Lama juga dia tahan geram.
“Arghhh ! kenapa semua nak tuduh aku ni ? muka aku ni jahat ke ?” serabai Jackie dibuatnya. Entah cerita darimana dipungut dan dilemparkan kepadanya. Boleh gila macam ni, tahu tak BOLEH GILA!!
“Aku tanya sekali lagi...”
“Eh , kau ingat kau jutawan boleh tuduh aku sesuka hati ? Tolong buang sifat buruk kau tu.”
“Aku tak tuduh kau , aku tanya je setan. Kau ada pukul Armel?”
“Aku tak pernah pukul dia. Aku bukan orang yang dayus ! Dahlah , berambus..” Jackie terus meninggalkan Erick sendirian. Makin lama dia diam disitu, makin banyak pula tuduhan yang bukan-bukan dilemparkan. Dia belum mahu gila lagi. Cukuplah.
“Jadi betullah , apa yang Ziyad kata ? Armel menipu ? tapi kenapa ?” gumamnya sendirian. Isterinya yang lama menunggu itu dilupakan sejenak.
“Awak ! apa awak buat dekat situ ?”
“Huh? Ya Allah isteri aku..” kakinya laju dihayunkan ke arah isterinya yang sedang menunggu. Sejurus itu, mereka pun pulang ke rumah.
bersambung...
Share this novel