Bab 10

Romance Series 35914

****

FAIL-FAIL yang terkumpul di atas meja dibelek satu demi satu oleh Erick Fauzan. Begitulah rutinnya setiap kali di dalam pejabat. Dia sangat bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Dia jugalah harapan keluarga saat ini. Tiba-tiba fikirannya teringat akan harapan ibunya yang ingin melihat dia menikah sebelum berpindah ke Australia. Perbuatannya terhenti buat seketika.

Mana aku nak dapat calon? getus hatinya.

Kau tak akan berkahwin , haha . Balas hati jahat.

No , aku akan berkahwin !

Calon kau mana ? Mana?!

Armel kot calon aku .

Kau cintakan dia ke ? Soal hati jahat.

Tak !

Hahaha , so kau tak akan berkahwin punya !!

Arghhhhhhh !!!

Notification daripada telefon milik Erick mengejutkan dari pergaduhan antara dirinya dengan dirinya. Faham tak? Okay faham. Telefon tersebut di ambil untuk melihat isi pesanan yang sampai sebentar tadi.

Bro, Happy birthday. Wish you all the best. Sorrylah, late sikit .Kau pun tahukan kerja aku dekat sini banyak giler ! Entah bila aku dapat balik sana . - Avroy

Erick menguntumkan senyuman kecil semasa membaca pesanan itu. Selang beberapa minit, dia pun menaip satu pesanan ringkas dan menekan 'button' 'send'. Matanya dialihkan dari screen telefon. Terbuntang luas matanya tatkala melihat susuk tubuh Farish sedang duduk berhadapan dengannya saat ini.

Farish tersenyum menampakkan giginya yang bersih dan rapi itu. Seronok melihat muka abangnya terkejut beruk.

“What are you doing here ?” tanyanya separuh terkejut . Nasiblah dia tak mencarut yang bukan-bukan.

“Nak jumpa kaulah. Why ? kena buat temu janji ke?” Erick hanya menjeling. Tak tahu bila pula si beruk ni masuk. Rosak mood!

“Seronok eh aku tengok kau senyum tadi. Chat sape tu?Awek ke? Nak tengok boleh?” ujarnya sambil melakarkan senyuman dengan seribu satu makna. Jarang-jarang melihat abangnya itu tersenyum saat melihat telefon pintar.

“Jangan sibuk hal aku boleh tak?! Kau nak apa datang sini?” tanya Erick dengan dingin.

“Tanya sikit pun nak marah. Tak sporting langsung!” katanya sedikit mencebik. Mulutnya dimuncungkan ke depan.

“kau nak apa datang sini?” tanya Erick sekali lagi tanpa menghiraukan kata-kata Farish sebentar tadi.

“Tak ada perasaan langsung orang ni! Okaylah. Aku nak bagitahu , kita ada jemputan esok di 'Selamat pagi, Malaysia' pukul 8 pagi. Ingat , jangan lambat. Chauu!” pesannya kemudian berlalu pergi.

Selamat pagi Malaysia ? itu bukan siaran langsung layar televisyen ke ? kenapa pula tiba-tiba ada jemputan ni ? setahu aku , syarikat ni tak keluarkan apa-apa projek atau brand baru pun. Hmm , sudah ! getus hatinya. Dia sudah dapat meneka sebab mereka di jemput ke siaran tersebut.

DIA MELANGKAH masuk ke pejabat Jackie membawa sebuah fail. Kemudian, fail itu diletakkan tepat di hadapan majikannya. Wajahnya masam mencuka sahaja. Jackie memandangnya dengan hairan.

“Masam je muka, datang bulan ke apa ni?” soal Jackie.

“Eeee , asal masam muka je datang bulan ke? Apalah encik bos ni. Mana adalah!” marahnya. Makin cemberut muka Amirah.

“Then,kenapa masam je ni ? Tell me what's your problem?” ujarnya. Wajah Amirah ditenung lama. Dia tidak mahu melihat wajah pembantu peribadinya cemberut. Seram.

“Saya tak sukalah encik bos! Kenapa mesti kena 'mention' saya dekat laman sosial encik?” Amirah mula meluahkan perasaan yang dipendam dari semalam.

“What do you mean ?” tanya Jackie. Keningnya dijongketkan sedikit.

“Yelah, semalamkan encik muat naik gambar dengan Armel. Then, natizen banyak tau tag i ! Berderet dorang tag dengan pelbagai komen . kalau komen yang sedapkan hati tak pa juga . Ni semua sakitkan hati.” bebelnya panjang lebar. Hal syarikat diketepikan sementara waktu.

“Okay? Komen dorang apa?I tak sempat baca..,” kata Jackie yang melayan sahaja karenah Amirah.

“Rata-rata komen dorang macam ni, ' Mirah okay ke tu?' 'Mirah tak jeles ke, jackie ada pengganti baru.' 'Mirah dengan jackie putus ke?' ”

“Eeeee , geram tau! Dah berapa kali i up status, bagitahu yang i dengan encik tak de apa-apa. Mereka tak faham ke apa?” bebelnya. Keluhan turut dilepaskan.

“Dah habis ?” Amirah mengangguk laju. Jackie tergelak.

“Biasalah tu. Kita tak boleh larang. Dorang kan ada hak nak komen. You tak payahlah ambil hati. Biar je. Nanti you layan, you yang sakit tau.” pesannya.

“Tapi kan encik Bos, Followers i naik tau. Mesti mereka kata , i ni wanita tersakiti , hahahah.” Dia mula tergelak.

“Kan bagus kalau gelak macam ni. Senang hati memandang. Tak macam tadi , seram nak tengok . ” ujar Jackie.

“Ingat saya zombie ke? Dahlah encik bos , saya keluar dulu. Terima kasih sebab menjadi pendengar setia luahan hati yang terpendam ini. Jangan lupa semak fail tu , kalau ada salah panggillah saya, nanti saya betulkan.” katanya diikuti dengan sedikit pesanan.

“Okay , no problem. Eh , wait. You ada contact dengan Armel tak?”

“Ada . Dia ajak nanti lunch sama. Sebab sayakan pengguna setia produk kecantikan dia hehehe,”

“Kenapa? Encik bos nak ikut ke?”

“Kalau boleh , i nak ikut. Yelah, lagipun ada kawan berborak nanti.”

“Yelah tu. Ke encik bos suka dengan Armel? Mengakulah jelah encik bos. I bukan kenal you semalam. Dah lama dah.” kata Amirah sambil tersenyum mengejek.

“Dah , dah. Pergi sambung buat kerja. Sibuk nak tanya hal orang.Tak malu..,” jackie menjeling. Gelabah juga apabila Amirah kata begitu.

Amirah hanya tergelak kecil dan terus melangkah keluar. Jackie melepaskan nafas lega. Dia tersenyum tipis. fikirannya bermain-main dengan senyuman Armel. Takkanlah dah jatuh hati ?

bersambung..

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience