****
SUASANA rumah itu menjadi sunyi tanpa ada sebarang suara. Sebentar tadi, pegawai polis telah datang membuat pemeriksaan dalam rumah tersebut untuk mencari barang bukti atas kematian ibu Armel yang disahkan mati kerana keracunan. Seseorang dengan sengaja meletakkan serbuk yang mengandungi racun yang berbahaya dan pelakunya telah didapati iaitu, Mak Senah.
Semasa polis membuat pemeriksaan, satu botol kecil telah dijumpai di bilik Mak Senah disahkan serbuk yang sama dengan yang ditelan oleh ibu Armel. Mak Senah telah dibawa ke balai polis. Daddy yang mengetahui kejadian itu langsung memecat pakcik Jamal selaku driver peribadinya.
“Daddy tak sangka semua ni terjadi disebabkan pembantu tak guna tu ! Menyesal daddy letak kepercayaan sepenuhnya kepada mereka. Tak kenang budi langsung !!” kata daddy yang sedang menahan amarahnya. Dia terkesima dengan perkara yang terjadi dalam keluarganya.
“Mel pun tak sangka..Mak Senah buat macam tu sekali..” ujar Armel sambil menyeka air mata yang jatuh berjurai di pipi.
“Lepas ni tak payahlah pakai pembantu , kalau tak boleh masak nanti makan dekat luar tak pun pesan je..” katanya. Dia trauma.
“Mel ikut je kata daddy.” balasnya akur.
“Yelah. Daddy nak naik dulu mandi , tenangkan fikiran. Esok teman daddy ke hospital untuk tuntut mayat mummy.” Armel mengangguk perlahan. Seketika, dia juga naik masuk ke dalam biliknya.
Setiba dibilik , dia terus menuju ke bilik air dan membasuh muka. Wajah yang kelihatan sedih langsung hilang ditelan dengan senyuman dan gelaknya di hadapan cermin. Penat berlakon !
“Tak sia-sia kerja kau Armel ! Tinggal seorang tua tu lagi. Kalau buat hal , kau pun ikut isteri kau dekat sana !” katanya kemudian tersenyum di akhir ayat.
“Well , kasihan pula dekat Mak Senah terkena tuduhan membunuh majikannya. Kesian, kesian, kesian..” tambahnya lagi sambil menggeleng tanpa rasa bersalah sedikit pun. Senyuman sinis tak lekang dari bibir merahnya.
(Flashback)
“Seronok betul dia..ada apa-apa ke tu?”
“Biasalah , orang bercinta kan mak Senah , hehehe..”
“Mak Senah dah habis bersihkan kebun dekat belakang ke ?”
“Belum lagi, mak Senah lupa ambil botol air ni..senang sikit kalau dahaga langsung minum...”
“hahaha , yelah. Tunggu Mel tau dekat belakang , Mel tukar baju jap ,lepastu bantu mak Senah. Lama dah Mel tak beraktiviti..hehe”
“Yelah , mak senah tunggu dekat belakang..bagus juga tu ada lah mak Senah kawan sembang..hahaha ”
Melihat kepergian Mak Senah itu , Armel langsung sahaja bergegas ke bilik mak Senah yang berada berdekatan dengan tangga untuk naik tingkat atas.
Secara perlahan-lahan dia memboloskan diri ke dalam bilik itu dan mengeluarkan botol kecil yang mengandungi racun dari kocek seluar yang digunakan. Matanya liar mencari tempat sesuai untuk meletakkan botol kecil itu. Matanya tertancap pada beg pemberian ibunya.
“I got it..,” katanya dan terus mencampakkan botol itu kedalam beg tersebut. Kemudian , dia keluar dan menuju ke bilik untuk menukar pakaian dan terus beriak seperti biasa. Seperti orang yang tidak tahu apa-apa. Senang cerita hilang ingatan.
(End Flashback)
“So , cerita dia macam tu..hahahaha..” seronok dia tergelak sendiri di hadapan cermin. Dia melangkah keluar dan terus membunamkan diri di atas katilnya. Dia memerhari sekeliling.Mujurlah, tempat letak segala ubat , racun dan lain-lain bukan dibiliknya. Tidak lama kemudian , matanya kuyu dan terus terlelap walaupun jam masih awal. Penat melayan dunianya yang sentiasa gelap namun tidak terlihat.
“TEMBAK !!! DUM DUM DUM DUM...mati kau ! Ni Farishlah , pro player !!.” jerit Farish setelah 'enemy' dalam permainan pubg itu di tewaskan.
“Ziyad , kau dekat mana ?” tanya Farish apabila melihat seketika Ziyad hanya duduk diam.
“Aku 'matilah' bangang ! Minta pertolongan kau endahkan je.” balasnya dengan muka monyok. Farish tergelak.
“Sorry baby, next game ya.”
“Next game pala hotak ! aku tak nak main dah !”
“Laaa , merajuk ke ?”
“Argh !! kau kisah apa ?” balas Ziyad acuh tak acuh. Farish tergelak lagi.
“Hai , korang.” tegur Amirah.
“Hai bidadari. Nak ke mana tu?” tanya Farish tanpa memandang wajah kakak iparnya.
“Nak pergi masaklah. Korang mesti lapar kan ..”
“Lapar, lapar, lapar..” jawabnya. Amirah tergelak. “So , nak makan apa ?”
“Uish , boleh pilih ke ?” Amirah mengangguk dengan hati yang terbuka. “Cantik ! nak makan spageti mushroomlah kalau macam tu.” kata Farish keriangan.
“Okay..kalau ada bahan-bahannya , i buat. Kalau tak de , macam mana ?”
“You buat jelah apa-apa , janji dapat mengenyangkan perut..” balas Farish sambil mengenyitkan matanya. Amirah hanya tersenyum. Matanya beralih ke arah Ziyad yang hanya berdiam diri.
“How about you , Ziyad ?”
“I ni tak nak menyusahkan..so , i ikut je apa yang you masak.” balas Ziyad diiringi dengan sindiran tajam yang dibekalkan kepada Farish. Lelaki yang dihadapannya itu hanya tersengih seperti ingin disepak seperti bola.
“hahaha , yelah i pergi masak dulu..”
“Wait Mirah, dah ada orang tu kata tak nak menyusahkan , apa kata you tarik dia bantu you masak dekat dapur..” balas Farish.
“okay fine.Aku ni taklah pemalas macam kau ! game 24 hours.” jawab Ziyad. “Jom mirah..” katanya dengan tegas.Amirah yang terpinga itu hanya menuntun langkah dari belakang Ziyad.
“Elleh , aku baru main game 1 jam hari ni. Dasar penipu..” bebelnya.
“Apa yang penipu ?” satu suara membuatkan Farish menoleh dengan pantas. Oh ,Erick rupanya. Ingatkan orang hutan mana tadi.
“Ziyadlah penipu. Dia kata aku main game 24 jam. Hari ni baru 1 jam aku main game tau,” dia mengadu.
“Hmm , Ziyad mana ?”
“Ada dekat sana bantu bini kau masak. Kau tak dengar dorang tergelak ?” Erick tidak membalas.Farish meletakkan iphone 11 pro max di atas meja yang berada di hadapannya. Kemudian , wajah Erick ditatap.
“Kau nak apa tengok-tengok aku ?” tanya Erick dingin.
“Aku nak tanya sikit boleh ?”
“Tanya jelah..,”
“Kau tak cemburu ke Mirah dengan Ziyad beramah mesra macam tu ?” tanya Farish sambil tersenyum nakal. “Tak ada makna aku nak cemburu..” jawab Erick malas.
“Ye ke ? tengok muka kau macam ada pendam rasa cemburu je..” ujar Farish lagi saja nak panaskan telinga Erick.
“Kau tau ke cemburu tu apa ? kau pernah rasakan ?”
Farish tersengih dan menggeleng. “Tak ! tapi , aku tahulah orang tu cemburu atau tidak..”
“But , i'm not jelous.” kata Erick dingin.
“Kau cemburu,”
“No,”
“yes..,”
“Kau nak makan kaki ke nak makan penumbuk aku ?” Erick mengerling tajam mata Farish.
“Nak makan spageti. Kaki kau busuk, chauuu !!” Laju dia berdiri dan berjalan ke arah dapur. Tahu takut.
Erick mendengus geram. Mood yang elok menjadi huru-hara dibuat oleh Farish. Nasiblah membunuh itu dosa besar , kalau tidak dah lama budak tu jadi arwah. Dia menarik nafas dan dihembus cuba untuk mengembalikan moodnya sedang huru-hara berlari ke sana sini. Kemudian, dia menuju ke ruang dapur juga untuk melihat isterinya dan yang lain.
bersambung..
Selamat membaca
Share this novel