Bab 33

Romance Series 35914

****

ZIYAD melangkah masuk ke ruangan dapur apabila terbau sesuatu masakan yang membuatkan perutnya berkeroncong pada pagi itu. Dia sedikit terkejut melihat Amirah sedang memasak sambil menyanyi. Kemudian dia tersenyum tipis. Erick tak salah pilih perempuan buat bini. Cun !

“Hem , hem..” Ziyad berdehem laju. Takut pula si Amirah seronok menyanyi dan tiba-tiba menari di hadapannya. Tak ke malu nanti ?

Amirah menoleh dan tersengih.

“Seronok nampak.. tahulah semalam dapat kenikmatan...” katanya selamba kemudian menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.

“Huh ? maksud you apa?” tanya Amirah sedikit bingung.Ziyad tersenyum.

“Agak-agak girl ke boy nanti tu ?”

“I think it's a boy...” tiba-tiba Erick muncul di ruangan itu. Dia mengenakan baju T-shirt hitam polos dan seluar pendek bewarna kelabu , nampak simple tapi sesuai dengan dirinya yang berkulit putih itu. Dia mengambil tempat berhadapan dengan Ziyad.

“Aku harap nanti dia tak ikut perangai macam bapa dia , suka bahan orang...” balas Ziyad tak ingat dunia.

“Sedap mulut kau menuduh orang ! Potong gaji nanti baru tahu ...”

“Eh , suka hati nak potong gaji orang...Kau nak aku hitung kerja aku dalam bulan ni tak ?” balas Ziyad tidak puas hati.

“Tak payah. Sampai esok pun tak habis...”

“Tahu pun. Itu maknanya aku rajin , Don't you dare to cut my salary , understand ?” ujarnya sedikit tegas. Amirah tersenyum-senyum melihat mereka berdua. Dia menghidangkan masakannya di atas meja.

“Wow....inilah i tunggu dari tadi. Sedap ni..,”

“Oi , bini aku masak untuk aku , bukan untuk kau.”

“Amirah , i boleh makan tak masakan you ni ?” Ziyad memandang ke arah Amirah.

“Mestilah boleh...lagipun i masak banyak tu..” balas Amirah lembut. Ziyad memandang wajah abangnya dengan wajah mengejek. Erick menjeling tajam ke arahnya.

“Err , Farish mana ?” Tanya Amirah. Biasanya , kalau ada Ziyad , mesti ada Farish.

“Yes baby ? are you looking for me ? i'm here,” Farish terus mencelah. Amirah tersengih. Macam tahu-tahu je dia tengah dicari. Pelik bukan ?

Dia merapikan tali lehernya sedikit sebelum mengambil tempat bersebelahan dengan Ziyad. Dia mengukirkan senyuman kepada Amirah yang bergelar sebagai kakak iparnya walaupun umur mereka sebaya.

“Sudah pukul 10 pagi baru korang nak pergi pejabat ? ” tanya Erick mendatar.

“Leklah , pas ni kitaorang pergilah. Isi perut dulu..” balas Farish selamba. Erick hanya berdiam diri. Kalau dibalas , ada sahaja jawapan mereka bagi sampai naik angin juga mereka buat !

SELEPAS menghubungi puan Hanifah, Amirah seakan diulit satu kebimbangan. Kebimbangan itu bukanlah disebabkan puan Hanifah , tapi disebabkan oleh Jackie Albemo. Sebentar tadi , puan Hanifah memberitahu bahawa dirinya dalam perjalanan menuju ke rumah puan Davina.

“Umi dalam perjalanan ni , adik. Maaflah lambat , sebab Jackie kawan abang tu datang bertamu tadi. Dia kirim salam dekat adik. Nantilah kita sambung cerita lagi . Jaga diri , Assalamulaikum,”

Dia mundar-mandir di ruangan bilik itu. Mujurlah suaminya sedang berada di bilik khas untuk ruangan kerja semasa dia berada di rumah. Amirah takut kalau Jackie berbuat benda yang tidak baik kepada keluarganya. Amirah juga terlupa untuk memesan kepada Umi dan abangnya agar berhati-hati dengan lelaki itu. Kalau dia bunuh umi dan abang macam mana ? Eh , tapi abang dan umi dah gerak dekat sini , maknanya aman.

Cepat-cepat dia beristighfar beberapa kali dan berdoa agar dijauhkan dari fikiran yang negatif. Dia menarik nafas dalam dan melepaskan secara perlahan. Dia melangkah turun keluar dan berhasrat untuk mengelilingi kawasan rumah yang besar itu sementara menunggu umi dan abangnya sampai sekaligus menghindarkan diri daripada berfikiran yang tidak baik.

Setelah puas mengelilingi kawasan rumah itu selama satu jam , Amirah melangkah masuk ke dalam rumah. Matanya tertangkap pada satu susuk tubuh yang sedang khusyuk menonton televisyen. Dia mengukirkan senyuman senget. Perlahan-lahan dia berjalan terjengket- jengket , konon hendak mengejutkan lelaki itu dan ,

“BAAAAAAAA!!”

“Arghhhhhhhh !!” Amirah menjerit seperti melihat hantu. Erick tergelak berdekah-dekah.

“Gotcha !!” ujar Erick bersama sisa tawanya. Cemberut wajah Amirah dibuatnya. Rasakan karma tu Amirah , tulah tak baik nak kenakan suami macam tu.bDengan malas , dia mengambil tempat disebelah suaminya.

“Sayang dari mana ?”

“Dari hati awak....cia cia cia...” ujarnya dan tergelak seronok.

“Amboi...Ni , umi belum gerak lagi ke dari rumah ?” Soal Erick. Setahu dia puan Hanifah dengan Emir sudah sampai tika ini.

“Tadi lagi umi gerak. Rasanya ada sejam lebih dah ,Tapi entahlah , jem kot..” tekanya.

“Kejap lagilah tu sampai.”

“Awak nonton cerita apa ni ?” Dia merapikan kedudukannya dengan lebih selesa.

“Frozen...” balas Erick singkat dan perlahan. Amirah menayangkan muka terkejut sebelum tertawa terbahak-bahak. Biar betul laki aku nonton Frozen ? hahaha cannot brainlah.

“Ishh , cium karang..” Erick mencebik.

*Telefon berbunyi*

“Hello,” Kata Amirah dengan nada lembut. Erick hanya mendengar sementara matanya tertumpu pada kaca tv.

“Ye , saya sendiri bercakap..”

“APA ?! Bi-bila ? sa-ya da-tang se-karang...” Erick memandang isterinya tatkala menjerit kemudian bernada seperti orang menahan sebak.

“Kenapa ?” tanya Erick. Air mata isterinya mengalir laju sebelum sempat menjawab pertanyaannya.

“Sayang , kenapa menangis ni? tell me , why ?” panik juga Erick dibuatnya. Mana taknya , Amirah menangis seperti lepas kena dera oleh orang. Erick langsung memeluk isterinya yang teresak-esak itu cuba untuk menenangkan. Seketika, puan Davina muncul.

“Erick , why's she crying ? What have you done , huh ?” tanya puan Davina mendatar. Takkanlah baru kahwin dah nak marah-marah?

“I didn't do anything,” pantas Erick menjawab pertanyaan puan Davina yang sedang berprasangka terhadapnya.

“So , kenapa dia menangis ?”

“I don't know. Lepas angkat panggilan tadi terus dia macam ni..” cemas hati Erick saat ini. Mesti ada sesuatu yang berlaku.

“Amirah....why are you crying ? what happened?” tanya puan Davina lembut. Amirah masih lagi menangis. Dia terkilan dengan berita yang disampaikan tadi.

“Sayang...cakaplah dulu , baru nangis semula. Jangan bagi saya dan mama panik tengok awak macam ni..” pujuk Erick.

“U-umii , hsk hsk , a-abang..ho-hospi-pital hsk hsk..” jawabnya tersekat-sekat. Matanya kian merah. Erick cuba memahami kata yang dikeluarkan oleh isterinya.

“Umi dengan abang masuk hospital ?” Amirah mengangguk perlahan. Air matanya memang tak boleh bawa bincang masa tu. Ibarat air terjun yang mengalir tanpa henti.

“Astagfirullahalazim..” puan Davina turut terkejut.

“pe-pergi hsk hsk..ho-hospital jom...” ajak Amirah. Erick terus bergegas mengambil kunci keretanya sebelum memimpin si isteri yang masih terkilan itu.

“Ma , Erick pergi dulu..”

“Hati-hati , nanti info dekat mama ya..” ujar puan Davina yang berdiri di muka pintu. Pilu hatinya saat melihat menantunya itu.

“MISI dah berjaya...” ujar seorang lelaki.

“Good ! that's my boy. Tak sia-sia aku upah kau.” Lelaki itu hanya tersenyum singkat saat dipuji.

“So , kau yakin dia akan mati ? dan kau yakin tiada siapa nampak kau tadi ?”

“Jangan risau tiada siapa nampak aku dan potong jari aku kalau dorang tak mati. Aku jamin , dorang dah ke syurga...” balasnya.

“Diaorang ? Maksud kau mak dia sekali kau bunuh ?”

“Perempuan tua tu aku tak tembaklah , tapi kereta itu hilang kawalan dan aku yakin , orang tua tu mati juga.” jelasnya dengan sungguh-sungguh.

Dia tersenyum berpuas hati. “Good. ini bayaran engkau. Pergilah enjoy. Nanti ada misi baru aku panggil kau..”

“No problem...hmm harum bau duit ni..” dia menghidu duit yang berada dalam sampul itu sambil tersenyum.

“Of course. Kau buat kerja bagus , kau dapat duit banyak macam tu. Ingat , biar pecah diperut, jangan pecah dimulut...Dah keluar..”

Lelaki berbadan tagap itu berlalu keluar. Dalam fikirannya , hanya satu tempat yang dia ingin tuju , tak lain tak bukan , kelab malam. Anak mata beralih setelah lelaki itu keluar dari tempatnya. Dia tersenyum puas mendengar berita itu. Air wine itu diteguk dengan rakus.

bersambung..

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience