Bab 21

Romance Series 35914

****

“SEMUA anak-anak mama ada dekat sini apa hal? Biasanya seorang demi seorang yang bermalam dekat sini. Mimpi apa ?” ujar Puan Davina yang baru muncul diruang tamu. Erick, Farish dan Ziyad terus menoleh ke arah mama mereka.

“Entah dua beruk ni tiba-tiba ikut Erick nak bermalam kat sini. Sibuk je,”

“Eh , kita pula yang kena. Aku memang nak bermalam dekat sini. Kau dengan Ziyad tu menyibuk!” balas Farish enggan mengalah.

“Sedap mulut kau ! Aku ni yang hampir dua minggu di sarawak memang patut bermalam dekat sini. Lama aku tak jumpa mama ! ” balas Ziyad pula yang enggan mengalah. Dia baru sahaja sampai dari sarawak dah kena oleh mereka berdua ni.

“Sudah , sudah. Mama bukan apa, mama seronoklah semua anak mama berkumpul bermalam dekat sini. Meriah rumah ni kan papa ?” Tuan Razin yang sedang khusyuk membaca itu hanya membalas dengan anggukkan.

“Hmm , papa kalau dah begitu , jangan harap kita nak ditemannya berbual. Tengok kita pun tak nak. Seronok sangat dia membaca berita harian,” bebel puan Davina sambil berjalan masuk ke dapur. Erick mengekorinya. Ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada Puan Davina. Kebetulan juga , Farish dan Ziyad bermain telefon. Kesempatanlah nak borak, kalau dua beruk tu ada , memang ajak bertekak 24 jam.

“Ha , kamu ni dah kenapa macam ada sesuatu benda dah kamu curi. Why ?” tanya puan Davina yang menyedari Erick ada bersamanya.

“Mama nak buat apa ni?” tanya Erick sambil menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.

“Nak masak. Tapi , mama bingung nak masak apa. Korang pun datang mengejut tak bagitahu mama dulu. Mama masak jelah apa yang dekat dapur ni , korang jangan cerewet pula.” pesan puan Davina awal-awal.

“Maid mama mana ?” tanya Erick pelik.

“Mama bagi dia cuti. Sebab dia sakit. Jadi mama suruh berehatlah dua tiga hari.” jawabnya.

“Mama....,” panggilnya meleret.

“Hmm kenapa ? Sejak bila kamu pandai berlagak budak lapan tahun ni ?”

“Haha , Don't say like that. Actually , i wanna tell you something. Before that , bila mama nak pindah Australia balik?” tindakan puan Davina berhenti seketika. Fikirannya mencerna sesuatu.

“Tak sure lagi.Why ?”

“Sebenarnya , Erick dah dapat calon menantu untuk mama. I really-really like her. Wait a second, i want you to look her pictures. She's so pretty.” terangnya dengan teruja. Puan Davina menghampiri anaknya. “Here,” Erick terus menunjukkan gambar gadis yang dimaksudkan.

“Whoa , so beautiful. Her name ?” tanya puan Davina. Dia akui gadis pilihan Erick itu memang cantik. Dia sendiri terpana saat melihat gambar tersebut.

“Amirah, Amirah Faihanah.”

“hmm , Nama pun cantik. Now , tell me the reason , why do you like her ? because she's pretty or something else that i don't know ?”

“Bukan sebab dia cantik , tapi ada sesuatu yang menarik tentang dia. Attitude dia bagus , sejak dua minggu dia bekerja bawah Erick ni . Erick selalu nampak dia masuk ke ruang solat. Susah nak cakap ma , tapi Erick suka dia. Mama okay kan ?” Erick mula minta restu.

“Lega mama dengar. Kalau Erick suka dia cepat-cepatlah masuk meminang. Mama setuju je. Tapi, bawalah dia sekali ke sini jumpa dengan mama.” pinta sang ibu.

“InsyaAllah, mama doakan je yang terbaik untuk anak mama ni.” ujarnya sambil tergelak menahan malu. Akhirnya dia meluahkan semua isi yang terpendam didalam hatinya. Tenang sikit. Sekarang , dia sudah pun mendapat greenlight daripada madam besar dan menunggu masa sahaja untuk memancing buah hatinya.

“Amboi , amboi . Rupanya ada orang telah jatuh cinta Ziyad. Patutlah rajin keluar dengan PA baru dia. Siap bawa keluar makan tengah hari lagi beberapa hari ni,” Farish dan Ziyad terus muncul di ruang dapur sambil menyindir. Dari tadi lagi mereka mencuri dengar perbualan antara Erick dan puan Davina.

“Siapa PA baru dia ? kenapa aku tak tahu apa-apa ni ?”

“Tulah kau lama sangat dekat Sarawak tu apahal ? Tinggallah kau cerita hangat pejabat .”

“Ericklah punya hal hantar aku dekat sana lama-lama,” cemberut muka Ziyad. Erick hanya memerhati tanpa sebarang reaksi.

“Erick memang macam tu , dalam diam dia buli orang. Kau kena hati-hati.” ujar Farish selamba di hadapan abangnya.

“tulah. Eh , sambunglah PA baru dia macam mana orangnya ?” Tanya Ziyad.

“Alaa , gadis yang kita gelar bidadari tu. Dia sekarang jadi PA Erick. Sebulan lagi dia merangkap jadi kakak ipar kita. Kau setuju kan ? kalau aku 100 peratus setuju!” terangnya panjang lebar. Ziyad tersenyum lebar.

“Really ? Wow , aku setuju ! Bila kau nak masuk meminang dia, Erick?” soalan terus ditujukan kepada Erick. Tak sabar pula ingin melihat Erick Fauzan berkahwin.

“Amboi , beria ya anak mama dua orang ni,” tegur puan Davina yang tadi hanya memerhati gelagat Farish dan Ziyad. Erick pula hanya tersengih.

“Mestilah ma. Do you wanna know a secret ?”

“Apa lagi kau ni Farish ?” Erick mula bersuara sementara Ziyad dan puan Davina menjadi pendengar sahaja.

“Actually , pertama kali aku nampak Mirah tu , aku dah stalk IG dia. Memang aku nak jodohkan dengan kau. Kalau kau perasan , aku selalu nak tunjukkan gambar dia dengan kau , tapi kau asyik mengelak je ! Memang nak kena sepak kau ni. Tapi aku sabar. Dan finally, kau berjumpa juga dengan dia tanpa tengok gambar terlebih dahulu !” Jujur Farish.

“Rancangan Allah lebih baik dari rancangan kau !” ujar Ziyad sambil menepuk bahu Farish.

“Tulah , tak sangka Erick berkenan .Yahooo !” jeritnya.

“Diamlah ! aku manusia biasa yang memerlukan cinta dan peneman hidup ,” ujar mendatar sebelum berdiri ingin meninggalkan ruang dapur.

“Kau nak pergi mana ?” tanya Ziyad.

“Pergi kahwin dengan air.” jawabnya selamba dan terus meninggalkan ruang dapur.

“Kau makhluk apa kahwin dengan air ? dan kenapa mesti air ? kenapa bukan pagar rumah ni ?” bertubi-tubi soalan Farish ajukan.

Puan Davina hanya menggeleng dan tersenyum. Memang kecoh kalau semua anaknya berkumpul.

MATA hitam Emir asyik memandang Amirah yang sedang menikmati makan malamnya. Ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada adiknya itu. Tahan , kau tengah makan. Tak pasal-pasal umi marah buat kecoh depan rezeki. Matanya sesekali memandang uminya yang duduk ditepi adiknya.

“Abang ni kenapa duk tengok orang macam tu ?” Amirah mula bersuara. Umi yang berada disebelahnya terus menoleh. Ada lagi yang tak kena dengan budak dua ni .

“Eh , sejak bila aku pandang kau ? Tak ada masa nak pandang muka kau tu bukan kenyang pun.” balas si abang enggan mengaku.

“Sudah , jangan gaduh depan rezeki ni. Tak baik !” tegur puan Hanifah dengan tegas.

“Abang ni umi , ingat selesa ke pandang orang macam tu. Entah apa yang tak kena dengan dia ni.”

“Adik , sudah. Makan!” kata uminya. Amirah terus menjeling Emir yang duduk berhadapan dengannya.

Selesai sahaja makan malam, Emir terus ke ruang tamu sementara Amirah dan uminya mengemas meja makan itu. Seusai itu , mereka berdua juga pergi ke ruang tamu untuk menonton rancangan yang ditayangkan di kaca tv. Emir yang melihat Amirah duduk disitu mula berdehem.

“Abang sebenarnya kenapa ? Kalau tak suka nampak adik cakap , adik boleh naik bilik sekarang ! Tak pun abang yang naik bilik.” bebel Amirah.

“Erick Fauzan tu siapa ?” tanya Emir mendatar.

“Boss adiklah,” jawab Amirah.

“Hmm, bukan boyfriend ?”

“Bukanlah. Ada pula boyfriend , agak-agaklah.”

“Habis kenapa aku tengok kau keluar dengan dia ?” Terkejut Amirah ketika itu. Sudah ! Takkanlah abang aku ni pasang spy !

“Adik keluar je. Dah dia yang ajak. Kadang bukan suka-suka , kitaorang jumpa client juga.” balasnya dengan tenang. Emir adalah seorang lelaki yang sangat mengambil berat tentang keluarganya. Terutama adik perempuannya. Zaman sekarang ramai perempuan diluar sana menjadi mangsa tempat melepas nafsu sahaja oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab. Dia tidak mahu adiknya terjerat dalam perkara sebegitu.

Bukan Emir tidak tahu , lelaki sekarang akan menjadikan perempuan itu sebagai 'girlfriend' dan menjanjikan itu ini. In the end , perempuan itu sendiri ditinggalkan oleh lelaki itu atas sebab yang tidak kukuh. Habis manis sepah dibuang , begitu ke ?

“Kau jangan suka-suka keluar dengan lelaki yang aku tak kenal. Kalau jumpa client tak apa , kalau nak keluar tanpa sebab tu , baik tak payah !” tegasnya.

“Ya , adik faham. Adik tahu jaga batas.” balas Amirah perlahan.

“Faham-faham je kau ! Nanti buat juga. Kau ingat eh, mata-mata aku ada di mana-mana.” pesan Emir.

Glup ! Kan betul , dia pasang spy ! Berapalah abang aku bayar upah orang tu ! Bazir betul.

“Kau dengar tak apa aku kata ?” tanya Emir mendatar. Amirah tersentak . “Er , dengar.”

“Kamu upah orang untuk awasi adik kamu ke Emir ?” umi terus bersuara yang dari tadi diam mendengar.

“Yelah , adik kan dah tak kerja dengan Jackie. Emir kenalah pandai-pandai untuk jaga adik. So, Emir upahlah orang awasi dia. Biar adik tak boleh macam-macam belakang kita.”

Puan Hanifah mengeluh perlahan.

“Bagi umi kamu tak payahlah upah orang nak awasi adik , dia dah besar pun. Pandailah adik tu jaga diri dia.” Puan Hanifah cuba memujuk anak sulungnya itu.

“Entah abang tu , adik dah 25 tahun kot ! Bukan 5 tahun.” Amirah menyampuk tak puas hati. Bukan apa , tak senang hati kalau rasa diri tu sedang diperhati dan diawasi.

“Ha , melawan !” Amirah terus mencebik. Sakit hati.

“Umi , Emir lakukan ni demi keselamatan adik. Lagipun , arwah abah pesan dekat Emir supaya senantiasa melindungi keluarga kita ni.”

“Emir buatlah apa yang patut sekarang ni. Emir tak nak lelaki suka hati ambil kesempatan dekat adik. Dia anak dara tau umi,” tambahnya lagi dengan tegas.

“Yalah. Umi ikut sahaja, asalkan yang baik-baik.” balas puan Hanifah , mengalah. Amirah juga akur dan pasrah. Jauh di sudut hatinya ingin sahaja dia melawan namun bila fikir balik , semua demi kebaikan dirinya. Tak pelah , jangan aku kahwin nanti dia macam tu juga , memang susah ! bebelnya dalam hati.

bersambung..

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience