****
HAMPIR dua juta tontonan video yang di muat naik oleh Farish Evan melalui akaun Instagramnya. Video yang berdurasi 30 saat itu mendapat komen yang hebat daripada Natizen. Ada yang komen positif dan ada juga yang negatif. Kalau negatif, fuh menyakitkan hati. Tapi, kita ambil yang jernih buang yang keruh. Kan?
'Wah! Jutawan terkenal kena sampuk apa tu? Haha'
'Comel giler dia menjerit..wkwkwk'
'Aku tak boleh go dengan jeritan dia doh! ahaha'
Farish tersenyum sendiri tatkala membaca komen-komen natizen tersebut. Pada masa yang sama, dia sedar akan perbuatannya itu agak salah kerana mengirim video tanpa kebenaran tuan punya badan. Ala... nak fun fun aje.
Kalau dia dapat tahu habislah aku! getus hati Farish.
Bukan niatnya nak menjatuhkan atau memalukan maruah abangnya sendiri. Tetapi, tak tahulah apa nak cakap! Dah sifat aku macam tu. Macam tu je lah!
“Farish Evan! What have you done, huh?” sergah Erick secara tiba-tiba. Pintu bilik pejabat Farish hampir tercabut ditendang oleh Erick. Air liur ditelan pelat tatkala melihat wajah Erick yang sudahpun merah padam. Seperti baru habis menelan cili satu bakul!
“Apa ?” kalut dia menjawab. Dia cuba untuk bertenang seperti tidak mengetahui apa yang sedang berlaku. Tapi, tak boleh. Erick Fauzan dah naik hantu.
“Are you kidding me, right now?! Benda dah viral, masih lagi kau tanya aku apa? Jangan jadi bodoh boleh tak?!” marahnya.
“Duduklah dulu abang tercinta. Kita bincang elok-elok eh..” ujarnya sambil tersengih seperti kerang busuk.
“Arh! Aku tak ada benda nak bincang dengan kau! Aku nak kau delete benda tu! Now!” arah Erick dengan Tegas. Pandangan tidak lepas dari memandang wajah Farish.
“Chill bro. Alaa, tak payahlah padam. Viral sehari je kot lepas tu dah dilupakan. So, kita jadikanlah satu kenangan.” pujuknya. Sudah hampir dua juta tontonan, takkan nak padam kan? Rugi..
“Kenangan kepala hotak kau! I said delete, delete jelah!mari sini kau.” dia cuba mendapatkan Farish. Tetapi terhalang oleh meja.
“Eits, tak dapat. For you information, aku tak akan padam! Ini akaun aku, suka hati akulah!” tegas Farish enggan memadam video tersebut. Lantaklah, nak maki ke, nak marah ke. Aku kisah apa?
“Eeeee, sini kau!!” Erick mula naik angin dan mengejar Farish. Bermulalah aksi kejar mengejar antara dua beruk ini. Apabila penat, Erick terus keluar dari bilik Farish dan menuju ke biliknya. Nampaknya dia dah redha agaknya.
“Kena sampuk apa dia tu? Tiba-tiba keluar. Tadi, bukan main kejar aku! Takpelah, janji video ni tak terpadam...” ujarnya sendiri sambil menari-menari tak tentu pasal.
“HAHAHAHAHA.. LAWAK GILA..HAHAHA,” berdekah-dekah dia ketawa melihat video yang tengah viral itu. Segala stressnya hilang serta-merta. Itulah yang dilakukan Amirah Faihana apabila stress dengan kerjanya. Dia akan sembunyi-sembunyi membuka telefon dan mencari video yang boleh membuat dirinya tersenyum.
“Amboi , amboi! Seronok kau gelak ye?” tegur satu suara garau membuatkan senyuman Amirah luntur serta-merta. Perlahan-lahan dia menoleh dan tersengih.
Mampus! sejak bila bos aku ada dekat sini ni?
“You ingat you comel buat muka macam tu?” tanya Jackie. Sebelah keningnya diangkat dan kedua belah tangannya di masukkan dalam kocek seluar. Pandangannya tertumpu pada Amirah. Fuh , hansome jugalah majikan aku ni!
“Bukan ke i memang comel? Kalau tak nampak kecomelan i , Encik bos memang buta.” balasnya dengan tenang. Jackie mula tersenyum.
“You memang comel , baik , cantik. Tapi semua tu akan lebih kalau ..,” sengaja dia mengantungkan ayatnya.
“Kalau apa ?” tanya Amirah.
Jackie menunduk 40 darjah dan meletakkan tangan kanannya pada bahu kerusi Amirah dan tangan sebelah kiri diletakkan di pinggir meja. Matanya menatap mata Amirah. Jedag jedug jantung Amirah seketika. Dah kenapa bos aku ni?
“Kalau apa ya encik bos?” tanyanya sekali lagi.
“Kalau you buatkan i kopi ! i jamin 100% kecantikan , kebaikan dan kecomelan you akan berganda-ganda.” ujarnya sambil mengenyitkan matanya sebelah. Kemudian, dia berdiri tegak semula.
“Merepeklah encik boss ni! Cakap jelah terus terang, 'Amirah buatkan i kopi'. Janganlah nak berbasa-basi dengan kita!” bebelnya. Jackie terus tergelak. Suka tengok Amirah membebel-bebel.
“Seronoklah tu gelak. Dahlah, encik boss tunggu je dekat dalam. kejap lagi kopi tu terbanglah tu masuk dalam bilik encik bos.”
“Okay, terbang tak pe, jangan je dia berlari. Nanti tumpah. By the way , nanti you bawa sekali buku jadual i.” pesannya sebelum berlalu pergi.
Amirah mengangguk faham kemudian melepaskan nafas kelegaan. Nasiblah dia tidak kena sembur dengan Jackie pasal dia tergelak sendiri. Video itu di tonton semula. Tergelak lagi dia. Selepas itu barulah dia menuju ke pantri yang ada pada pejabat tersebut.
ZIYAD menuntun langkah keluar dari pejabatnya. Sebelah tangannya memegang beberapa fail untuk di berikan kepada Erick.
“You, Erick ada tak? I nak serahkan fail ni dengan dia.” tanya Ziyad kepada setiausaha Erick Fauzan.
“Encik Ziyad ni, macam pertama kali kerja dekat sini. Mestilah Encik Erick ada. Masuklah.” ujar Nurul sambil menguntumkan senyuman.
“I nak tanya sikit boleh?”
“Boleh , tanya jelah.” balas Nurul. Dia menatap wajah Ziyad menunggu soalan yang akan ditanya.
“Kandungan you dah berapa bulan?” Nurul tergelak sebelum menjawab.
“Dah 6 bulan. Kenapa ye encik Ziyad?”
Ziyad menggeleng perlahan. “Tak delah, tanya je. you selesa tak?”
“Kadang selesa kadang tak juga. Kalau nak tunduk tu susahlah.” ujar Nurul.
“Ouh..ta..” kata-kata Ziyad berhenti disitu apabila Farish mula memanggil namanya.
“Oi, Ziyad. Mari sini jap!” panggil Farish.
“Okaylah you, si beruk ni memanggil pula. Errr, I simpan fail ni kat sini jap boleh?”
“haha, boleh , boleh..,” Ziyad terus berjalan menghampiri Farish yang menunggunya.
“Kau curang dengan aku ke cetan? Kalau kau nak duakan aku sekalipun, janganlah isteri orang!” katanya dengan separuh serius.
“Isteri orang bukan type akulah iblis! Kau nak apa panggil aku ni?”
“Kau tau tak apa jadi tadi?” tanya Farish sambil melangkah masuk ke biliknya. Farish mengekori.
“Tak, Aku busy tadi siapkan laporan tu. Apa yang terjadi?” baru kali ni Ziyad tertinggal berita hot di syarikat tu. “Erick tadi naik angin dengan aku.” ujarnya selepas melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
“Kenapa pula?”
“Dia marah sebab aku post video tu dekat instagram aku. Tahu tak dah hampir dua juta tontonan. Power tak?” Ziyad tersenyum .
“Kau biar betul Rish”
“Betullah. Dan sekarang ni, aku rasa Erick merajuk dengan aku.” luahnya lagi. Tadi,semasa Farish menghantar satu fail kepada Erick, dia di layan acuh tak acuh. Farish cakap panjang-panjang , Erick hanya menjawab 'Ermm'. Kau rasa?
“Padanlah muka kau! Pandai-pandailah kau pujuk dia. Aku tak terlibat dalam hal ni. Aku nak jumpa dia dulu. Cauu!!” ujarnya kemudian melangkah keluar. Farish hanya memandang kosong kepergiaannya.
Macam mana aku nak pujuk? Takkan aku nak belikan coklat dan bunga? Huh, pergi mampus. Ingat perempuan ke nak bagi bunga bagai?
bersambung..
Happy reading <33
Share this novel