Bab 27

Romance Series 35914

****

PUAN DAVINA mengatur langkah keluar dari rumahnya untuk melihat taman bunganya. Hujan lebat yang turun semalam membuatkan hatinya sedikit gusar memikirkan keadaan bunga-bunga yang baru sahaja di tanamnya kelmarin petang. Bukan apa , dia pernah mengalami keadaan yang menyakitkan hati di mana semua bunga-bunga yang tertanam elok musnah akibat ditindas hujan. Pasu bunga yang tergantung jatuh dek kerana air hujan yang begitu tajam. Hmm , hampa.

Niatnya tadi serta-merta terbatal apabila melihat kereta Erick berada di halaman rumahnya. Sejak bila pula budak ni balik sini ? Kaki kecilnya melangkah menghampiri kereta itu setelah menyedari Erick masih berada di dalam kereta.

“Erick... kenapa tidur dalam kereta ni ?” tanya wanita itu sedikit hairan. Anak mata puan Davina bermain-main memandang anaknya daripada cermin tingkap yang terbuka sedikit.

“Erick ? Erick ! Wake up..” panggilnya sekali lagi sambil mengetuk cermin kereta itu sedikit kuat untuk mengejutkan anaknya.

Suara yang bergema itu sayup-sayup kedengaran di gegendang telinganya. Dia mengeliat kecil. Kepala yang terasa berat itu menyukarkan dirinya untuk bergerak banyak. Pakaian yang basah semalam , pagi itu telah bertukar lembap.

“Erick , bangun !” suara itu kedengaran lagi. Perlahan-lahan dia menoleh.

“What are doing here ? tilam dekat dalam rumah punya besar , dekat sini juga kamu pilih untuk tidur ? hairan betullah budak zaman sekarang ni !” bebel puan Davina.

Menyedari dirinya dibebel begitu , Erick memaksakan diri untuk bergerak keluar dari kereta. Dia pun hendak menukar baju yang sudah lembap itu sekaligus ingin merehatkan diri. Hari ini dia memutuskan tidak datang ke pejabat. Badannya terasa masuk angin, mungkin terkena hujan dan tidur dalam kesejukan. Hal itu tidaklah dipedulikan sangat olehnya berbanding dengan perkara yang telah menggores sedikit hatinya. Itu cukup sakit.

“Kamu ni kenapa tidur dalam kereta ?” tanya puan Davina yang masih tidak berpuas hati dengan kelakuan anaknya. Erick dengan wajah yang tidak keruan di tambah sedikit pucat itu hanya menggeleng perlahan.

“Kamu okay tak ni ? kamu sakit ke ?” wanita itu segera memegang dahi Erick. “Kamu demam ni. Kamu berhujan ke semalam ?” tanya puan Davina lagi.

“Erick..naik..dulu ya ma...” kata Erick lemah. Kepalanya semakin pusing dan berat. Saat ini dia hanya ingin baring dan baring.

“Hmm yelah , nanti mama buatkan bubur nasi untuk kamu. Mandi dan tukar baju. Biar ringan sikit rasa sakit kepala tu...” pesan si ibu. Erick hanya mengangguk dan berjalan perlahan masuk ke dalam rumah sementara puan Davina menuju ke taman bunga yang dari tadi ingin dilihatnya.

SARAPAN yang terhidang di hadapannya di pandang kosong. Selera untuk memakan sandwich buatan ibunya hilang dan masih belum dapat dijumpai. Di tambah pula dengan melihat wajah yang sememangnya sudah menghilangkan seleranya pagi itu. Pagi-pagi lagi lelaki itu menengkingnya disebabkan tidak mahu keluar bilik. Mahu tidak mahu, kenalah juga keluar. Kalau tak, ada pula nanti pintu bilik terbongkar dibuatnya.

“Ingat tenung makanan tu boleh kenyang ? aku tak fahamlah dengan kau ni, Amirah Faihanah.Tengking sikit nak merajuk , nak menangis. Ingat kau budak kecil lagi ke ?” tegur Emir. Puan Hanifah pula sedang berbual di luar rumah. Memang peluanglah si Emir nak marah Amirah.

“Eeee, abang jangan bising boleh tak ? abang makan jelah. Nanti adik makanlah..” balas Amirah. Sakit telinga bagaikan hendak memuntahkan darah sahaja tidak mendengar bebelan dan leteran panjang daripada Emir.

“Membalas apa abang cakap ! Aku buat semua ni untuk kebaikan kaulah. Aku bukan suka-suka buat segala macam. Aku nak hindarkan kau dari perkara yang tidak baik.”

“Ye , ye , Adik tahu. Abang makan ye , adik tak ada selera nak sarapan...” Dia menjeling abangnya.

“Memanglah tak de selera , sebab tak nampak muka si mangkuk tu kan !” kata Emir mendatar. Langkah Amirah berhenti seketika dan menoleh ke arah Emir.

“Untuk pengetahuan abang , Erick Fauzan tu orang paling kacak dan paling baik. Jangan sesekali nak hina dia ye.” ujar Amirah dengan tegas. Aura keberanian dirinya tiba-tiba datang sekelip mata. Emir tersedak.

“Ehemm..kau suka dia ke ? tak pernah aku dengar kau puji seorang lelaki selain aku ,”

“Ya , adik suka dia. Puas hati ?”

“Oh jadi betullah dia boyfriend kau ? patutlah dia ajak ke mana je kau nak , kan ? hmm , nice. Pandai kau bercinta senyap-senyap eh,” kata Emir dengan nada sinis.

“Elleh , dia bercinta dulu zaman sekolah siap bawa pempuan tu dating belakang sekolah , kita tak kecoh pun!” balas Amirah dengan selamba.

“Eh , tu zaman sekolah lain cerita ! Kalau aku tak apa , aku lelaki..” ujarnya.

“Tapi yang abang ajak bercinta tu perempuan juga kan ? Fikirlah sikit. Erick tu ajak adik bukan suka-suka , kitaorang batas majikan dan pekerja. Kalau kitaorang keluar selari dengan waktu lunch , kitaorang pergi lunchlah...”

“Adik tahu benda yang adik buat tu luar pengetahuan abang , tapi tolonglah percaya adik. Dan adik tahu , abang sayang dekat adik sebab tu abang macam ni. Tak pe , untuk kepuasan hati abang adik ikut je..apa yang abang nak adik buat , adik follow. Abang nak adik kahwin dengan kawan RAPAT abang , adik terima. Tu jelah , abang sambunglah sarapan...” Terang Amirah panjang lebar kemudian melangkah pergi. Apa yang dia kata tadi , main lepas sahaja. Satu patah pun dia tak ingat. Malas hendak menyempitkan lagi otaknya.

Emir ditinggalkan sendirian dalam keadaan terkebil-kebil. Betul ke apa aku buat sekarang ni ? Roti sandwich itu di tenung dalam bagaikan ada jawapan untuk soalannya.

“ERICK....bangun kejap , makan bubur yang mama dah masak ni...” Kejut wanita yang baru sahaja meletakkan dulang di atas meja. Dia menghampiri anak sulungnya itu. Hanya dia sahaja yang dapat memujuk Erick untuk makan. Perangai Erick akan berubah seratus peratus menjadi bebal nak mampus apabila berada dalam keadaan sakit.

“Erick tak ada selera nak makan....” jawab Erick yang lema itu. Badannya dibaluti dengan selimut tebal , tapi itu pun masih lagi terasa sejuk. Suaranya juga berubah dek kerana selesma yang turut melanda. Memang teruklah dia.

“Macam mana nak sihat kalau makan pun tak nak ? Sudah , dengar cakap mama. Bangun dan makan. Nak mama suapkan ke ?” Ujar puan Davina lembut.

“Tapi...kepala Erick beratlah nak bangun...”

“Dengan sakit pun kalah ke ? macam mana nak kahwin dengan Amirah kalau macam ni...” puan Davina sahaja nak usik anaknya. Bila dengar nama Amirah , dia pasti akan senyum. Biasanyalah..

Mata Erick terbuka perlahan. Nama itulah yang sedang menganggu fikirannya sejak akhir-akhir ini. Nama itu juga yang di nanti-nantikan untuk bergelar menjadi isterinya nanti. Tapi, entahlah. Apa yang berlaku semalam membuatkan dirinya terasa gagal ingin memiliki gadis itu. Apa yang perlu dia lakukan lagi ? menunggu tapi sampai bila ? Kenapa berat sangat ujianmu, ya Allah ?

“Hmm fikir apa tu ? bangunlah..dah pukul 2 kamu tak makan lagi. Ke nak mama telefon Amirah datang sini suapkan anak mama yang tengah sakit ni ?” tanya Puan Davina sambil tersenyum manis. Erick pantas menggeleng dan secara perlahan dia memaksa diri untuk bangkit dari pembaringan. Wajah ibunya kini dipandang meminta simpati.

“Can you help me?” tanya Erick perlahan. Hanya orang yang dihadapannya sekarang ini dapat menolong dirinya untuk mendapatkan gadis idamannya. Jika kedatangan dirinya semalam di tolak , maka kali ini dia akan bertindak dengan cara yang terakhir. Dan sekiranya gagal , akan dia lepaskan Amirah walaupun berat. Paling berat lagi ialah melupakan gadis yang telah mengunci pintu hatinya.

“Mama boleh tolong selagi mampu. Anything for my son, cakaplah , apa dia ?” wanita itu membalas pandangan anaknya. Ini mesti ada yang tidak kena.

“Errr...macam mana nak cakap...”

“Cakap aje. Tak payah nak segan dengan mama. Kamu tu tanggungjawab mama dan papa tau...masalah kamu , masalah kami juga.” ujar puan Davina serius.

“Tolong pujuk Amirah untuk terima Erick. Kalau boleh pinangkan dia secepat mungkin boleh ?” lurus sahaja perkataan itu keluar dari bibirnya. Tiada masa untuk bermain dengan benda ni. Ia penting bagi aku !

“Kenapa ? Dia tolak kamu ke ?” Erick terdiam seketika. Nak kata tolak , Amirah tak putuskan apa-apa jawapan lagi. Tapi , abang dia sahaja yang bermasalah sekarang ni. Kata-kata abang dia tu tak boleh dipercaya.

“Macam ni , mama dan papa pergilah jumpa keluarga dia dulu. Tanya betul-betul dan mama tolong yakinkan abang dia yang Erick ni nak sangat jadikan adik dia tu isteri Erick..Boleh ya, ma ?” Erick memegang kedua belah tangan ibunya. Dia meletakkan seribu harapan yang menggunung tinggi.

“Yelah , bagi alamat rumah dia , nanti mama dengan papa pergi.” ujar puan Davina. Dia melemparkan senyuman kepada anaknya.Dia tahu , bukan senang nak dekat dengan anak dara orang. Sewaktu muda dulu juga dia pernah mengalami hal sebegini. Dimana percintaannya , di halang disebabkan ayah Erick berbangsa melayu. Tapi , akibat rombongan besar-besaran , ayah puan Davina akhirnya akur.

“Janganlah nanti-nanti kalau boleh besok mama pergi. tak pun malam ni ke ?” ujar Erick tergesa-gesa. Dia memang sudah tidak sabar untuk mengetahui jawapannya nanti.

“Sabar , sayang. Esok mama janji , kitaorang pergi rumah dia ya. Tapi , mama tak boleh janji boleh dapat ataupun tidak. I will do my best,” terang puan Davina.

“Ya , Erick faham. Kalau dia tak terima , Erick serahkanlah pada mama untuk carikan calon menantu mama. Erick terima sahaja,” ujarnya walaupun begitu berat yang dia rasakan. Keyakinan untuk mendapatkan gadis idamannya hanya 40 peratus sahaja. 60 peratus lagi , masih tersimpan lagi.

“Hisy...janganlah cakap macam tu , insyaAllah kalau dah jodoh takkan ke mana..” terangnya cuba meyakinkan anaknya itu. Dalam dunia percintaan bukan senang-senang nak dapatkan semua. Mestilah ada liku-liku pahit dan manis. Erick mengangguk lemah.

“Jangan fikir sangat. Sekarang makan , lepas tu makan ubat. Soal Amirah tu biar mama uruskan. Pandailah mama nanti tembak-tembak hati keluarga dia, ini Davina Nicholelah.” katanya sambil memukul perlahan dadanya tanda sedikit bangga. Erick mengukirkan senyuman hambar. Kemudian , dia melangkah ke meja dan mencapai makanan disitu. Walaupun sedap dipandang makanan itu , tapi ditelan terasa pahit , sepahit kehidupannya saat ini.

bersambung..

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience