****
AMIRAH menongkat dagu sambil merenung suaminya yang tengah bersarapan di hadapannya. Suasana sekeliling restoran yang bising kerana ramai pelanggan yang turut bersarapan disitu tidak dihiraukan. Makanannya yang dipesan olehnya juga tidak dimakan. Hilang terus selera makan kerana sang suami akan terbang sejam lebih sahaja lagi meninggalkan dirinya dalam empat hari. Haih, menahan rindulah jawabnya.
“Tenung saya macam tu kenyang ke?” tegur Erick. Dia tahu isterinya berat hati nak lepaskan dia. Ikutkan kata hati dia juga tidak mahu pergi. Namun, atas desakan pekerjaan, mahu atau tidak, kena pergi juga.
“Tak selera nak makan..” jawab Amirah acuh tak acuh. Sesekali dia menghembuskan keluhan nafasnya.
“Sayang..kenapa ni? Tadi bukan main semangat membebel sana sini. Sekarang dia pula? Cepat betul mood bini saya berubah.”
“Itu tadi, sekarang lain.” jawabnya sedikit mencebik.
“Merajuklah tu. Buka mulut, saya suapkan..” Erick cuba memujuk. Amirah dengan senang hati membuka mulut. Dia kisah apa dengan orang sekeliling. Ini suami yang sah dia. Mujurlah Ziyad dengan Farish pergi sekejap. Pergi mana pun tak tahulah budak dua tu. Tapi, elok juga mereka tak ada. Ni kalau tengok bersuapan bagai, mula meroyan tak tentu pasal.
“sedap tak?” Amirah mengangguk senang. Terukir senyuman dibibir sang suami melihat telatah sang isteri.
“Abang jangan curang tau dekat sana! kalau saya tahu, saya racun awak. Ingat tu,” katanya tiba-tiba. Bukan dia tak tahu Erick banyak peminat. Hansome dan banyak duit, siapa je tak nak?
Erick mengeluh perlahan. Ada sahaja yang tak kena dengan isterinya dalam beberapa hari ni. Terlalu sensitif dan kuat cemburu. Bukan itu sahaja, sikit-sikit nak makan itu dan ini. Bila ada depan mata, tak nak pula. Pening, pening.
“Abang dengar tak apa saya cakap?! Jangan curang!” sekali lagi Amirah mengulang kata-katanya. Tegas nadanya memberi peringatan.
“Iya, iya. Dengar sayang. Ingat muka saya ni kaki curang ke?” Dia memandang ke dalam anak mata Amirah.
“Manalah tahu. Awak tu banyak peminat. Cantik dan seksi dari saya pula tu,” dia memuncungkan mulut. Yelah, tengok pada followers Erick dalam Instagram rata-rata perempuan. Cantik pula tu. Erick hanya tersengih dan menggeleng.
“Di mata Erick Fauzan , hanya Amirah Faihanah sahaja yang cantik menawan. The one and only,” Ujar Erick dengan yakin cuba memecahkan ruang kerisauan dalam hati si isteri. Amirah tersipu malu. Blushing dibuatnya.
“Sweetlah awak ni. Jom makan lagi. Tak lama awak berlepas ni..”
“Tulah, Ziyad dan Farish kenapa tak muncul lagi ni? Susahlah budak dua tu.” bebel Erick.
“Janganlah risau. Kejap lagi datanglah tu..”
“EH, nurse. Ermm, da-daddy saya dah tak ada dalam bilik tu..” cegah Armel yang baru menyedari kedatangan jururawat itu.
“ Huh? pergi mana ?”
“Oh...ermmm, hehe saya lupa nak telefon nurse semalam. Daddy dah di ambil oleh makcik saya semalam. Dia kata dia yang nak rawat daddy i. Lagipun , aunty saya tu dokter juga.” jelas Armel.
“Oh yeke? Makcik awak bekerja dekat hospital mana?” tanya jururawat itu lembut.
Banyak tanya pula orang ni, dahlah aku tak cukup tidur!
“Ho-hospital... Pahang. Ha, Pahang! Dia bekerja dekat sana..” balasnya tanpa berfikir panjang. Negeri apa yang dia ingat, itulah yang keluar dari mulutnya.
“Oh..bagus juga kalau macam tu. Sekurang-kurangnya cepatlah Daddy cik Armel sembuhkan...”
Armel tersenyum dan mengangguk. “Tulah, nasib baik aunty saya tu prihatin juga orangnya. Doakan ye, kesembuhan Daddy saya...”
“InsyaAllah...” katanya kemudian melangkah naik.
“Eh, nurse nak kemana ?” tanya Armel cemas.
“Saya nak ambil barang-barang saya yang tertinggal dalam bilik tu lah. Kenapa cik Armel macam cemas je ni?”
Armel tersengih tak tentu arah. Bodoh punya Armel!
“Oh...tak delah. Saja tanya. Saya nak bayar gaji ni sebenarnya...”
“Hahaha ingatkan apa tadi. Sekejap saya naik dulu ambil barang ya.” Armel hanya mengangguk akur. Semoga saja nurse tu tak periksa apa-apa. Kalau tak, arwah juga dia jawabnya.
“Hello, kau dah tanam orang tua tu ?” tanya Armel dalam talian. Dia langsung menghubungi baruannya sebaik sahaja nurse tersebut berlalu pergi. Mujurlah tiada yang jadi arwah pada pagi itu.
“Dahlah, kau yang suruh kan..”
“Good. Kau tanam dia dalam tempat aku kan ?”
“yes bos. Kau jangan risau, benda ni takkan terbongkar punya selagi tak ada orang yang tahu selain kita.”
“Alright, datang jumpa aku. Duit kau sedang menunggu..” Talian terus dimatikan. Satu senyuman lega di tayangkan. Urusan lelaki tua itu sudah selesai dan dia jamin tiada siapa yang tahu sampailah sakit hatinya terbalas dengan orang sebenar.
(Flashback)
Selepas beberapa minit menunggu, baruannya telah sampai ke rumahnya dengan selamat. Laju Armel melangkah membuka pintu rumahnya.
“Tengah malam buta pun aku ada kerja ke?” keluh si baruan. “ Benda ni aku tak sengaja. Aku bunuh daddy aku..”
“What the...are you crazy?” terkejut juga baruannya itu. Sejahat-jahat dia tak pernah lagi bunuh orang tuanya sendiri.
“Bukan salah aku, dia yang menjerit tak tentu pasal. Aku dah beri ancaman tapi dia tak endah. Memang kenalah. Dahlah aku stress, mengantuk tambah dia lagi...tak boleh nak cakap apalah !” terang Armel tanpa ada rasa cemas.
“So, kau nak aku buat apa ni?”
“Bawa dan tanam orang tua tu dalam tempat aku. Jom aku bantu kau angkat dia...”
Baruan Armel itu hanya mengikut rentak hala tuju gadis itu sehinggalah mereka sampai ke satu ruangan bilik. Mereka melangkah masuk. Mata masing-masing tertancap pada katil dimana seorang lelaki tua terbaring kaku di atasnya dan dipenuhi darah.
Armel terus melangkah menghampiri katil. Tubuh lelaki tua itu dibaluti oleh cadar kelabu.
“What are doing there? Try tolong pakai niat ke, bodoh? Help me!” nadanya perlahan namun boleh di dengar oleh baruannya.
Mereka berdua mengangkat mayat daddy turun ke bawah. Seketika, Armel memeriksa keadaan luar sekali gus membuka bonet belakang kereta. Dengan keadaan tergesa-gesa mereka menyumbat tubuh lelaki itu dan bonet ditutup.
“Make sure kau tanam dia malam ni. Esok kita jumpa. Pergi, pergi...” arah Armel dengan bisikan. Pantas dia menyuruh lelaki itu pergi dari rumahnya.
Setelah kereta itu berlalu pergi, dia melihat sekitar luar lagi sebelum memboloskan diri ke dalam rumah. Sekarang, tugasnya membersihkan darah-darah tersebut.
(End Flashback)
AMIRAH, Ziyad dan Farish melambai ke arah Erick yang menuju ke pusat pelepasan. Pilu hati si isteri ditinggalkan beberapa hari oleh suaminya.
“Bye... jaga diri...”
“Jangan nakal-nakal tau, ingat bini kau ada dekat sini..”
“Kau dua orang jaga bini aku. Rajin sikit masuk pejabat. ” pesan Erick. Farish dan Ziyad tersengih di tempat mereka berdiri. Rajin sikit masuk pejabat? Tengoklah...
Selepas Erick dan dua orang yang mengiringi hilang dari pandangan, Ziyad , Amirah dan Farish pun melangkah keluar menuju ke kereta.
“So , You nak pergi mana? balik atau ke pejabat?”tanya Ziyad yang duduk di tempat pemandu.
“Nak balik. Letihlah...” balas Amirah meleret.
“Orang tengah sedih, Yad. Mestilah pilih balik rumah.”
“Kau?”
“Aku mestilah nak ke pejabat. Erick tak ada. So, aku boss tertinggi sekarang hahahaha..” Farish tergelak sendiri.
“Suka hatilah..”
bersambung...
Happy Reading <3
Share this novel