Bab 26

Romance Series 35914

****

ERICK terus menghempas tubuh badannya di atas tilam dengan kasar. Fikirannya sedang melayang-layang dengan kosong. Sudah tiga hari wajah Amirah tidak kelihatan, tiba-tiba hari ini dia menerima surat berhenti kerja dari gadis itu. Dia sudah mencuba untuk menghubungi gadis itu, namun tidak berjaya. Akaun instagram dan whatsApp turut di sekat oleh Amirah.

Kenapa dengan awak , Amirah ? Awak ada masalah ke ? Apa salah saya sampai awak pergi dan menyepi macam ni ? Why Amirah , Why ?!

Dia melihat jam ditelefon yang sudahpun menunjukkan pukul 9 malam. Dia bangkit pembaringannya dan terus melangkah turun dari katil. Telefon bimbit dan kunci kereta dicapai sebelum keluar keluar daripada bilik.

“Weh , bro kau nak kemana ?” tanya Farish. Ziyad pula sedang khusyuk bermain game PUBG, namun telinga di pasang juga untuk mendengar jawapan daripada lelaki itu.

“Aku nak keluar kejap. Ada hal,” jawab Erick singkat. Malas sebenarnya hendak bersuara malam itu. Moodnya tiba-tiba saja berubah.

GRUH ! GRUH !

“Nak hujan tu , tak kan kau nak keluar juga ? penting sangat ke ?”

“Jangan sibuklah. Lagipun aku keluar sekejap je, Chauu!” Erick terus melangkah keluar meninggalkan dua beruk itu.

“Hati-hati sayang, jangan mandi hujan tau nanti demam !” Jerit Farish kemudian tergelak bersama dengan Ziyad. Erick hanya memekakkan telinga sahaja. Kereta di pandu meluncur membelah di atas jalan raya pada malam itu.

DING DONG ! DING DONG !

KEDENGARAN bunyi loceng di tekan oleh seseorang dari luar pagar. Amirah , puan Hanifah dan Emir memandang sesama sendiri. Siapa pula yang datang malam begini ? Emir bangun dari sofa dan menghampiri tingkap untuk menjenguk keadaan luar.

“Assalamualaikum ...” ucap seseorang dari luar pagar. Emir hanya menjawab salam itu dalam hati. Kemudian dia duduk semula sambil memandang umi dan Amirah silih berganti.

“Siapa tu ?” umi mula bersuara.

“Siapa lagi kalau bukan lelaki kaya tu.” jawabnya ringkas. Amirah terus memandang abangnya. “Tengok aku macam tu kenapa ? Nak marah aku? kau jangan berani nak tunjuk muka dengan dia eh !” Emir memberi amaran kepada adiknya.

“Assalamualaikum , Amirah saya tahu awak ada dekat dalam. Tolong keluar kejap, boleh tak ?!” jerit Erick dengan harapan gadis itu mendengarnya. Dia tahu itu agak tidak sopan, namun perasaan ingin tahu yang menebal telah membawanya ke sini pada malam itu.

Amirah hanya berdiam diri. Selagi abangnya ada, selagi tu dia tak boleh buat apa.

“Memekak betul mamat ni. Aku nak menonton pun tak senang !” marah Emir disertakan dengan hembusan nafas yang agak kasar.

“Dah tu, pergilah keluar jumpa dia. Kalau tak nak , biar umi yang pergi sendiri,”

“Biar Emir jelah yang pergi,” dengan malasnya dia berjalan keluar. Umi dan Amirah hanya memerhati dari anak matanya.

“Umi , adik kasihan sangat dengan boss adik tu. Dia dan keluarga dia baik tau, umi. Kenapalah abang sanggup buat macam tu ?” luah si bongsu. Puan Hanifah hanya tersenyum tawar sebelum menghembuskan nafas berat. Puan Hanifah berasa bersalah dan tak tahu ingin menyebelahi siapa saat ini.

“Hoi , kau tak ada malu ke datang rumah orang malam macam ni ? kau tau tak kau tu menganggu? Kau nak apa ?!” sergah Emir dari pintu rumahnya. Dia menyilangkan kedua belah tangan di dada sambil bersandar di dinding.

“Sorrylah bro , aku just nak jumpa Amirah.” Balas Erick. Langit gelap dan tiada bulan bintang menerangi. Satu demi satu titisan air hujan akhirnya jatuh ke tanah setelah kilat dan guruh berhenti.

“Batalkan niat kau tu. Adik aku tak suka kau , dia tak suka cara kau layan dia. Setahu aku dia dah hantar surat berhenti kerja kan ? So , kau nak apa lagi ?” kini Emir berubah posisi menegak memandang sinis Erick di hadapan pagar itu.

“Sebab tu aku nak jumpa dia , aku nak tanya kenapa ? Bagilah aku jumpa dia , lima minit pun cukuplah,” Erick mula meminta simpati daripada Emir. Jauh di sudut hatinya mengatakan bahawa kata-kata Emir itu tidak boleh dipercayai.

“Tunggulah sampai bila pun , aku tak akan bagi kau jumpa dengan adik aku !” ujarnya dengan tegas kemudian berlalu masuk. Pintu dikunci rapat olehnya. Erick mengeluh perlahan. Dia terus menyandar pada keretanya menunggu sesuatu yang tidak pasti. Hujan yang semakin lebat turun membasahi bumi itu tidak dipedulikan olehnya. Setelah lima minit menunggu , seluruh badannya telah basah kuyup namun dia masih lagi berkeras untuk terus menunggu.

“Abang , bagilah adik jumpa dia. Abang tak kasihan ke dekat dia yang basah kuyup tu ?” rayu Amirah.

“Huh , buat apa nak kasihan dekat dia ? bukan kawan aku pun !” wajah adiknya itu di renung tajam.

“Abang ni jahatlah ! Adik benci abang !” ujarnya separah menjerit. Kaki laju berlari menaiki tangga dan masuk ke biliknya. Pintu di tutup dengan kasar menampakkan bahawa dirinya sedang marah.

Amirah terus menghempaskan dirinya ke atas katil dan menangis sepuasnya. Apa yang abangnya sudah buat itu terlalu melampau baginya. Sudah tiga hari dia di larang keluar dari rumah serta telefon miliknya turut dirampas sama. Dia lemah untuk melawan. Lagipula , yang ingin di lawan itu adalah abang kandungnya. Abang yang sering melindungi dirinya dari dulu. Tapi , tak sangka akan berlaku perkara sebegini rupa.

Sedang melayani perasaan sedihnya , matanya tertangkap pada sebuah benda yang berbalut di atas mejanya itu. Hatinya tergerak untuk membuka benda yang diberikan oleh Erick tempoh hari. Perlahan-lahan dia bangun dan mendekati mejanya. Benda yang berbalut itu kini di buka habis.

Sebuah kotak kecil bewarna biru itu berada dalam pegangannya. Dengan penuh debaran dia membuka kotak itu. Bau 'perfume' kini menusuk dihidungnya. Ya , bau 'perfume' yang sering Erick gunakan ketika dia bekerja di syarikat itu. Dalam kotak itu terdapat kotak kecil bewarna merah. Senang kata , tempat cincin. Sebelum dibuka , Amirah membaca terlebih dahulu surat yang terdapat dalam kotak biru tadi.

' Saya tahu benda ni terlalu cepat , tapi percayalah saya ikhlas nak dekat awak dan saya janji akan protect awak sampai akhir hayat. Saya bagi awak cincin ni , saya nak awak pakai sebagai tanda awak balas cinta saya. I don't know ia muat atau tak , tapi saya harap muat dengan jari awak. Guna ya sweetie , saya akan perhati jari awak setiap hari.' - Erick Fauzan ( your future husband).

Amirah tersenyum dalam tangisan. Surat yang terkandung dengan pesanan singkat itu sedikit sebanyak memberi hatinya ceria. Entah macam mana dia nak hadap lelaki itu satu hari nanti. Dia malu. Dia malu kerana dirinya tiba-tiba menghilang secara mengejut. Kerjanya juga ditinggalkan begitu sahaja.

Ya Allah , hanya Engkau yang mengetahui perasaan hamba mu saat ini. Engkau berilah aku satu kekuatan dan jalan keluar bagi ujian-Mu ini. Semoga ada satu cahaya yang dapat menerangi jalan seterusnya , Aamin.

“NAK , kenapa kamu tak balik lagi ? hujan ni. Tengok kamu dah basah kuyup dah..” kata puan Hanifah yang keluar bersama payung. Dia curi-curi keluar setelah Emir naik ke bilik. Jatuh kasihan melihat keadaan anak muda itu.

“Makcik , saya nak jumpa Amirah. Saya nak tahu kenapa dia buat macam ni dan saya nak minta maaf kalau saya ada buat salah,” terang Erick. Suaranya dikuatkan dek kerana hujan yang melimpah deras ke bumi.

“Makcik tak tahu apa-apa soal ni. Tapi , baik kamu balik. Nanti kamu sakit. Kalau ada masa , biar Amirah sendiri yang datang jumpa kamu...” pesan puan Hanifah.

“Makcik, tolonglah....saya nak jumpa dengan Amirah,” rayu Erick.

“Umi...apa umi buat dekat luar tu ? Ya Allah , umi masuk. Engkau ni tak tahu malu ke ? Aku kan dah cakap dengan kau , aku takkan bagi kau jumpa dengan adik aku ! Jom , umi masuk...” Emir terus membawa puan Hanifah masuk ke dalam rumah.

Erick hanya terdiam. Dia hanya mampu memerhati puan Hanifah dan Emir melangkah masuk. Setelah puas menunggu, akhirnya, dia mengalah dan balik dalam keadaan basah kuyup. Apa pun caranya, awak tetap milik saya, Amirah.

bersambung..

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience