Bab 13

Romance Series 35914

****

BIRU-BIRU buat orang menjadi rindu. Huh ! Warna biru adalah tema bagi mereka berdua. Siapa? Tengoklah siapa nanti , malas nak jelaskan. Okay , Jangan merajuk .

“Hai Amirah Faihanah ! Boss you ada tak ?” tanya si dia dengan penuh ceria. Amirah mengangkat bebola matanya menoleh ke arah orang yang menyapa dirinya tadi. Senyuman diukirkan manis.

“Hai too , Armel Adresia. Encik bos ada kat dalam. Ada apa-apa ke ni?” tanya Amirah cuba mengusik gadis yang seusianya itu. Armel tergelak kecil.

“Tak , dia yang suruh i datang sini semalam. So, i datang jelah.” jawabnya. Amirah mengangguk sambil tersenyum.

“Masuk jelah , tapi ketuk dulu eh, ” pesan Amirah awal-awal. Bukan dia tidak tahu perangai majikannya itu. Paling pantang jika pintu tidak di ketuk terlebih dahulu.

Cermin bekas bedak 'pixy' disandarkan pada sebuah kotak kecil. Mungkin dia curi-curi mengambil bedak bekas kepunyaan ibunya yang sudahpun habis. Wajah Jackie terpantul di permukaan cermin kecil , sedang merapikan rambutnya. Bunyi ketukan pintu membuatkan dia gelabah menyembunyikan cermin tersebut sebelum mengarahkan orang itu masuk ke ruangannya.

“Good morning , pretty girl. How are you today?” tanya Jackie yang berlagak tenang itu.

“I'm fine , thank you for asking me, sir. And how about you ?”

“I'm very-very good after saw your face. So pretty !” pujinya sepenuh hati. Tersipu-sipu Armel dibuatnya. Nak terbang ke luar bumi pun ada !

“Thank you ! Tak payahlah nak puji i sangat , Amirah tu lagi cantik daripada i tau.” sengaja Armel membandingkan dirinya dengan Amirah.

“Eh , you sepuluh kali ganda lagi pretty dari dia tau.”

“Shhh , stop it! i tak suka orang lawan cakap i kalau benda tu betul!!” tegasnya. Armel tergelak dan akur sahaja.

“Okay fine. So, you suruh i datang sini kenapa? Ada suprise ke?” matanya melirik ke seluruh ruangan pejabat Jackie. Hampa , tak ada suprise pun !

“Let's go,” ajaknya. Jackie berdiri merapikan sedikit kemejanya kemudian berlalu keluar. Armel hanya mengekori walaupun keadaan terpinga-pinga.

“Hmm , patutlah ada aura lain macam tadi aku rasa. Rupanya ada pasangan serasi. Macam mana boleh aku tak tahu ni ? ish ish ish !” Amirah terus bersuara memerli Jackie dan Armel yang lalu. Kaki mereka berdua berhenti melangkah.

“Excuse me ? you sindir kitaorang ke?” tanya Jackie yang sudah memusingkan badannya menghadap Amirah yang khusyuk dengan screen komputer.

“Excuse me too , you terasa ke ?” sudah, perdebatan akan berlaku sekarang !

“Yelah , dah kitaorang je yang lalu dekat sini,”

“Wow patutlah terasa , sebab guna 'colour' baju yang sama! Kedua pasangan ni nak kemana? 'Dating' ke ?” usiknya.

“Kalau iya pun kenapa ? kau cemburu ke?” Jackie semakin menghampiri meja Amirah. Kening sebelah kiri dinaikkan.

“Sorry sikit ! Buat apa aku nak cemburu dengan encik bos ? Buang masa,” balas Amirah, enggan mengalah. Armel menjadi penonton drama bersiri mereka. Nak lempang pun ada rasanya !

“Sebab you tak ada boyfriend nak ajak keluar,” katanya dengan nada mengejek. Amirah membuat 'rolling eyes'.

“Tak kisah pun ! Ni saya nak tanya betul-betul , encik nak kemana, Bukan nak sibuk tapi i kena tahulah. Kot ada orang cari , senanglah nak bagitahu kan.”

“Kitaorang ada kerja sikit dekat luar. You pandai-pandailah , bukan sebulan you kerja dengan i.” Amirah hanya mengangguk. “One more thing, kalau ada meeting hari ni , cancle okay ?” pesan jackie lagi.

“Encik keluar tepat pada masanya. No meeting today!”

“Nice. Kalau ada yang nak ditandatangan you bawa terus masuk bilik i. Jangan tumpuk dekat meja you sampai lupa ! siap you i kerjakan. Potong gaji 50%” katanya. Amirah hanya tersengih seperti kerang busuk sambil menggaru kepala yang tak gatal.

“Jom , pretty girl. Bye-bye single berkelas. Jaga syarikat ni elok-elok.” pesan jackie yang terakhir sebelum mengangkat kaki beredar.

“Bye Mirah , ” ucap Armel mesra sambil melambai beberapa kali. Amirah tersenyum dan membalas lambaian tersebut.

Tak sopan punya Bos ! Kau kata aku 'single berkelas' , Ada ubi ada batas , bila-bila aku balas ! getus hatinya setelah mereka berdua hilang dari pandangan Amirah.

KELUHAN dilepaskan perlahan. Tak tenang fikirannya ingin menonton televisyen apabila melihat adiknya mundar-mandir di hadapan sedang berbual dalam telefon dengan seseorang. Tak ada etika langsung !

“Dia cakap dengan siapa tu ?” tiba-tiba Ziyad menegur selepas melabuhkan punggungnya di sebelah Erick.

“Tak tahulah budak ni. Aku nak menonton pun susah.” bebelnya.

“Huh ? sejak bila kau minat menonton pula ni?” tanya Ziyad , pelik . “Kau diam boleh tak . Tak salah rasanya aku nak menonton . ” jelingan tajam dihadiahkan. Ziyad hanya tersengih melihat naga yang berbentuk manusia itu . Seramnya lain macam !

“Okay baby , i love you , i miss you. Muahhhhhhh !!” Kata-kata terakhir yang Farish katakan sebelum talian dimatikan. Ziyad dan Erick menoleh ke arahnya.Timbul pelbagai soalan. Dia ada girlfriend ke? Dengan siapa dia kata macam tu , mesra semacam !!

“Korang cemburu ke aku mesra macam ni?” tanya Farish yang tahu dirinya sedang diperhatikan .

“Tepilah bongok ! kami nak menonton ni!” marah Ziyad. Soalan Farish terus di bawa angin terbang menjauh.

' Jodoh tak akan ke mana. Selama 6 tahun bersahabat , akhirnya bersatu menjadi pasangan suami isteri yang sah. Kisah ini dikongsikan oleh pengantin perempuan sendiri....,'

“Gila ! Wei , dengar ni apa aku nak kata. Selama 6 tahun bersahabat akhirnya bersatu di atas pelaminan jua.” kata Farish selepas membaca berita itu yang terpapar pada screen telefonnya.

“Wuuu , jodoh depan mata rupanya. Jangan- jangan Erick macam tu tak, Rish ?” sempat lagi Ziyad memetik nama Erick. Sudah terbayang wajah lelaki itu bersama Armel di ruang mata.

“Aku rasa macam tu kot. Dalam diam rupanya Armel Adresia jodoh kepada Erick Fauzan ! ”

“Aamiin..,” serentak Ziyad dan Farish berkata.

“ Korang berdua diam boleh tak?” kata Erick mendatar.

“Tapi kan , sejak beberapa hari ni , jarang aku tengok dia. Busy agaknya kan?” ujar Ziyad .

“Entahlah , lagipun kalau dia ada bukan boleh buat apa pun.”

“Nak pegang dan peluk pun susah, bukan muhrim ! Lainlah kalau dia dah kahwin dengan Erick. Bolehlah Erick pegang , buat baby sekali pun tak ada hal!” ujar Farish panjang lebar. Perkataan yang hujung- hujung itu membuatkan Ziyad dan Erick tergelak.

“Gila punya orang! Kau buang jauh-jauh otak 'dirty' kau tu ! ” marah Erick.

“Aku cakap benda yang betullah , ikan paus !” balas Farish selamba.

“Stop call me ikan paus ! ”

“Ikan paus, ikan paus, ikan paus!!!!” Suara Farish semain kuat menjerit. Ziyad langsung beredar dari ruang tamu. Dia tidak mahu menyaksikan si ikan paus itu bertukar menjadi Naga kepala dua.

“Diamlah ! Jangan sampai aku bertukar paus dan telan kau hidup-hidup !!” balas Erick separah menjerit.

“Ikan Paus !!”

“Tak guna betul !! mari sini kau !”

“Ziyad ! tolong aku .....” jerit Farish sambil berlari naik ke tingkat atas .

“Tolonglah diri sendiri. Kau yang cari hal kan !” jawab Ziyad perlahan.

*Bakbukbakbukbak*

bersambung...

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience