Bab 38

Romance Series 35914

****

KEDATANGAN pemuda di rumah yang besar itu membuatkan wajah lelaki yang berusia itu menjadi tegang dan serius. Tiada tanda ingin senyum sedikit pun. Kemarahan dan kebencian terhadap lelaki muda itu sudah menggunung tinggi.Kalau bukan disebabkan anak gadisnya yang membawa lelaki itu datang , sudah lama dia halau pergi. Jika boleh , dia tidak mahu lelaki itu menjejakkan kaki ke rumahnya buat selamanya.

Dia memerhati dari anak matanya yang hitam pelat itu setiap gerak-gerik lelaki muda itu. Dalam hati , sudah menyumpah dengan pelbagai perkataan. Keadaan yang telah pun serabai ditambah lagi dengan lelaki ini. Sejak kematian isterinya beberapa hari lalu , dia langsung tak keluar rumah. Dan disebabkan itu , dia menuduh lelaki itulah penyebab kematian isterinya.

“Daddy ni kalau nak join sembang dekat sini , mehlah. Jangan tengok je,” tegur Armel yang menyedari 'daddy' sedang melihat dari tangga. 'Daddy' hanya berdiam diri.

“Diam pula. Daddy marilah sini , jangan senyap je. Nanti kemurungan susah tau..”

“Kamu ni Armel tak sedih ke dengan pemergian arwah mummy ? Daddy tengok happy je memanjang..” Armel sedikit tersentak dengan teguran itu. “Daddy....of courselah Mel sedih. Daddy tak tahu macam mana hati Mel ni , sebak dan kosong tau...” balasnya dengan keluhan berat.

“Yelah tu , habis yang bawa orang datang rumah tu kenapa ?” tanya 'daddy' mendatar. Jackie tersentuh dengan kata-kata itu. Entah kenapa dia rasakan 'daddy' Armel lain dari sebelum dia kenal dahulu. Tingkah yang baik , peramah sebelum ini hilang sekelip mata. Niatnya hanya ingin menjenguk keadaan tunang dan bakal bapa mertuanya. Mungkin masih terkilan dengan perkara yang terjadi , fikirnya.

“Tak pelah , i balik dulu..Erm , uncle saya balik dulu ya.”

“Eh , no. Duduk sini. Kata nak bincang tentang wedding kita nanti. Satu pun belum siap lagi ni..” kata Armel sambil menarik lengan baju Jackie.

“What Wedding ?! Lupa apa daddy cakap sebelum ni ? ke nak daddy ulang ?” nadanya sedikit melenting.

“Daddy ! he's a good men. Dia tak buat benda macam tu semua ! Trust me..” dia menyebelahi bagi pihak Jackie. 'Daddy' tersenyum sinis. “Good men konon. Tak hairanlah , dunia sekarang semua penuh dengan lakonan. Baik di kaca tv mahupun dunia nyata.”

“I balik dulu..” Jackie terus melangkah keluar. Dia tidak mahu bertindak di luar kawalan akibat mendengar tuduhan yang dilemparkan terhadapnya. Jeritan Armel yang memanggil namanya dibiarkan. Hatinya tergores dengan kata-kata pedas itu.

“Apa ni daddy ?!! kenapa malu kan Mel depan tunang Mel sendiri ?! ” Armel mula meninggikan suara.

“Armel ! Jaga nada suara kamu tu ! ingat sikit dengan siapa kamu tengah bercakap sekarang ni ..”

“Daddy please..Armel nak kahwin dengan dia tu je. Percayalah , pilihan Armel tak salah. Jackie tu baik..” rayunya.

“No. Daddy tak suka dia. Entah-entah dia yang upah mak Senah bunuh mummy..dah , daddy tak nak cakap pasal dia lagi.” ujar 'daddy' sambil melangkah naik secara perlahan anak tangga itu.

“Stop daddy !!” Armel barlari mengejar 'daddy'. Langkah lelaki tua itu terhenti dan memandang wajah anaknya yang berada di anak tangga yang sama. “What Armel ? Keputusan daddy muktamad ! Jangan kahwin dengan orang jahat tu !”

“hahahaha...apalah daddy ni. Yang jahat tu Armel bukan dia.” 'Daddy' mengerutkan keningnya. Apa hal anak aku ni ?

“Kalau daddy nak tahu , Armel jahat. Armel bunuh mummy.Armel juga yang tuduh mak Senah. hahaha pandai tak berlakon ?”

“A-apa kamu merepek ni ?”

“Daddy ni lembablah ! i said , Mel yang bunuh mummy , faham ?”

“Istighfar Armel ! kalau betul kamu yang bunuh mummy , kenapa bagitahu daddy ? stop being crazy..” matanya memandang Armel yang berada dua anak tangga dari tempat dia berdiri. Armel tergelak seperti orang gila.

“Because....I'M GONNA KILL YOU RIGHT NOW !” Armel bertindak laju dan mengejut menolak 'daddy' yang berada dalam terpinga-pinga. Daddy terus jatuh bergolek mengikut rentak anak tangga yang diperbuat daripada simen. Cecair merah keluar daripada kepala akibat hentakan begitu kuat.

“Awwww...goodbye orang tua. Lain kali , jangan masuk campur hal aku. I don't like...see , kau pun kena sekali.” ujarnya sambil menuruni anak tangga itu satu persatu.

Dia menuju ke meja yang terdapat di tengah ruang tamu itu. Dia mengambil telefon dan menghubungi seseorang.

“MACAM mana boleh jadi macam ni?” tanya Jackie kepada Armel yang menangis teresak-esak di sebelahnya.

“Da-daddy...tergelincir da-dari tangga..i tak , tak tahu macam mana hidup i nanti...”

“Calm down sayang....kita sama-sama doakan keselamatan daddy,” pujuk Jackie.

“Kalau daddy mati macam mana ? i , i tak de siapa-siapa dah....hskhsk”

“apa cakap macam tu.Tak baik...”

“I takut..You...maafkan kesalahan daddy i eh ? jangan ambil hati apa yang dia kata tadi please...”

“Ye...i tak ambil hati dan i tak kisah pun. I sedar diri.” balas Jackie lembut. “You tetap akan kahwin dengan i kan ?”

“Ya... i will..dah jangan sedih macam ni..i tak suka,”

“Anak kepada pesakit tadi ke ?” tanya seorang dokter yang baru keluar dari bilik pemeriksaan pesakit.

“Sa-saya anak dia...macam mana dengan keadaan daddy saya ?”

“Jangan risau .Daddy awak selamat...”

“Selamat ? oh..Al-alhamdulillah...”

“Tapi ada sesuatu yang perlu saya cakap dengan awak. Boleh kita bergerak ke bilik saya ?” Armel mengangguk. Mereka pun bergerak menuntun langkah dokter tersebut.

DIA melangkah masuk ke dalam rumah setelah tunangnya berlalu pergi. Pintu ditutup dan dikunci rapat.Keluhan dilepaskan beberapa kali. Terasa penat sudah mengusai dirinya.

Armel menuju ke dapur untuk membasahkan tekaknya yang kering sejak tadi. Dia meneguk air sejuk itu dengan rakus. Terasa segar dan tenaga pulih kembali. Dia mengambil tempat di meja makan itu sambil matanya memerhati ruang dapur. Teringat kepada mak Senah yang sentiasa ke hulur-hilir membuat kerjanya di dapur itu.

“Mak Senah duduk dulu diam-diam dalam penjara tu ya. Ganti tempat aku hahahaha..” Dia tergelak tak ingat dunia.

“Hmmm , daddy... kenapa kau tak mati ? haih. Tak pelah , kau hilang ingatan pun okaylah. Asalkan rahsia aku tersimpan. Kau tak boleh buat apa-apa. Lumpuh pula tu , Menyusahkan betullah !” bebelnya seorang diri.

“Tak payah fikir sangat tentang tu Mel..Lagipula harta mak bapak kau milik kau sekarang ni !So biarkanlah..Fikir tentang tujuan utama kau. Pergunakan dia untuk menghapuskan dia.hahahaha...”

Setelah puas tergelak seperti orang gila , dia melangkah naik masuk ke bilik untuk membersihkan diri. Seusai itu , dia menutup semua tingkap dan lampu. Dia membuka komputer ribanya dan mencari movie kesukaannya.

bersambung..

Selamat membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience