Bab 40

Romance Series 35914

****

DUA lelaki yang mengenakan baju seragam pejabat itu melangkah masuk ke dalam syarikat yang baru beroperasi selama dua minggu lalu. Semua mata terpegun memandang ke arah mereka. Siapa tak kenal lelaki tersebut. Seorang jutawan yang kaya raya , baik dan kacak pula tu. Tapi, salah seorang telah berkahwin.

“Sir cari Cik Armel Adresia ke?” tegur salah seorang pekerja disitu kepada Erick.

“Ya , dia dekat mana ?”

“Bilik dia ada dekat tingkat dua atau nak saya hantar ?”

“No , thanks.Jom Yad,”

Mereka menuju ke lif dan menekan butang. Seketika , mereka telah tiba di tingkat dua. Reaksi orang disitu sama seperti reaksi orang dibawah tadi.

“Kau terlampau hansome Ziyad. Tengok perempuan tu sampai tak berkelip mata dorang..” Bisik Erick. Ziyad hanya tersengih.

Tok ! Tok ! Tok !

“Masuk...” arah suara lembut itu dari dalam. Ziyad memulas tombol dan membuka pintu tersebut. Jelas kelihatan Armel sedang khusyuk membuat kerjanya.

“So, inilah yang kau bina selepas menipu dekat orang lain ? That's amazing.” kata Erick yang melangkah masuk. Kedua-dua tangannya di masukkan dalam kocek seluar. Matanya liar melihat ruang bilik gadis itu.

“E-Erick ? bu-buat apa de-dekat sini ?” tanya Armel terketar-ketar. Matanya beralih ke arah Ziyad yang menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya tanpa di pelawa.

“Takkanlah nak datang sini tak boleh ? kalau hari tu kau datang sana nak pinjam duit , sekarang dia datang nak tagih duit. Adil kan ?” celah Ziyad selamba.

“Du-duit apa?” tanya Armel. Ziyad dan Erick tergelak. Biar betul perempuan ni ?

“Look , aku tak tahulah kenapa kau nak menipu kan .Tapi , hutang tetap hutang. Kau lupa ke , nak aku bagi ingatkan ?” Armel hanya membatu di atas kerusinya.

“ Ulang je Erick , biar dia ingat lakonan dia tu..” sampuk Ziyad sambil memandang Armel dengan tajam. Gadis itu menikam pandangannya kembali. Satu pandangan yang membuatkan dirinya membenci lelaki itu. Sampah !

“Pinjam duit seratus ribu kononnya nak bayar hutang dengan Ahlong sebab sang tunang yang paksa. Konon dipukul , lebam sana sini dan datang jumpa dengan aku minta tolong..Ni kalau aku viralkan agak-agak macam mana tu Ziyad ?” kata Erick dengan nada memerli. Ziyad memandangnya dengan satu senyuman manis.

“Come onlah Erick , mestilah dia ni malu. Mungkin dia akan cari gua untuk bersembunyi beberapa tahun hahahaha,”

“Shut up . perlu ke nak viral bagai ? meh sini nombor akaun kau aku bayar sekarang juga. Ingat aku tak ada duit ?”Dia menarik telefonnya dan bersedia untuk membuat pemindahan duit ke akaun Erick.

“here..” satu kertas kecil diletakkan di atas meja Armel. Sama seperti Armel buat dahulu.

“Done ! lepas ni tak payah tunjuk muka kau atau keluarga kau sampai mati ! Anggap jelah aku ni tak wujud !” kata Armel dengan tegas. Kebencian semakin subur dalam dirinya. Ya , itu bermakna permainan akan tamat . Erick akan mati tersiksa !

“Don't worry , memang kau takkan jumpa aku lagi dalam Malaysia ni.Chau...” kata Erick dingin. “Kau nak kemana ?” tanya Armel tiba-tiba.

“Excuse me , who are you ? you know me ?” tanya Erick menayangkan muka 'blur'. Kemudian , dia berpaling dan melangkah keluar dari bilik itu. Armel menghembus nafas geram. Ziyad tergelak memandang reaksi Armel.

“Apa kau nak haaa ?!” tanya Armel tidak puas hati.

“Tak ada apa. Aku nak cakap kau ni cantik , tapi IBLIS ! Chau,”

Pintu tertutup rapat. Armel mengepal tangannya. Dadanya berombak-ombak dek kerana menahan api amarah. Kata-kata yang cukup pedih dilontarkan kepadanya. Kalau bukan tempat itu ramai orang , sudah lama dua lelaki itu mati dibunuhnya.

“Sabar Mel..Kau ada plan yang cukup baik bukan ? Aku akan porak-porandakan kehidupan kau , Erick ! Kau tunggu...masa tu kau akan menyesal sampai mati ! Ini Armel Adresialah !” Dia bersandar pada kerusi kerjanya. Dia menggerakkan kerusi itu ke kiri dan ke kanan.

“Tapi , sebelum tu aku nak Ziyad rasakan dibenci oleh Erick ! Kau takkan terlepas Ziyad. Aku nak kau tahu tempat kau yang sebenarnya macam mana , sial !”

“Baru dia tahu tinggi rendah langit tu macam mana..” ujar Ziyad selepas memboloskan diri dalam kereta bersama Erick.

“Tulah , aku ni pantang kalau orang menipu. Mati-mati aku percaya Jackie tu pukul dia. Rupanya lain..” balas Erick. “Hmm sebut pasal Jackie , kes tembakan abang bini kau macam mana ?”

“Macam tulah , suspek belum dijumpa. Bijak orang yang membunuh tu..” kata Erick dengan nada yang lemah.

“Guna jampi rasanya..sebab tu belum dapat di kesan..”

“Ada ke macam tu zaman moden ni ?”

“Entah , aku main cakap je.Haahahaha”

“Haih...ni kalau aku terbang ke sabah nanti , kau tolong tengok-tengok bini aku eh ? Kau boleh harap sikit tak macam Farish.” ujar Erick.

“Don't worry , serahkan je pada aku.”

“Thanks bro , nanti aku naikkan gaji kau.”

“Wohoooo..aku sayang kau bro...” jerit Ziyad gembira.

“Aku tahu kau tengah teruja sekarang ni , tapi bawalah kereta tu laju sikit.” tegur Erick dari tadi dia perhati kereta itu bergerak hanya kadar 20 kilometer.Ziyad tersengih kemudian menekan pedal minyak menambahkan kelajuan kepada had paling laju.

Memang nak bawa aku ke neraka cepat budak ni.Getus hati Erick.

1:00 AM.

SUARA jeritan dan bunyi bising yang terdengar dari bilik sebelah membuatkan Armel merengus geram. Tidurnya terganggu akibat orang tua itu.Tutup tekinga guna pun masih jelas terdengar disebabkan bilik bersebelahan sahaja. Dia bingkas bangun. Terhuyung-hayang dia berjalan keluar dan menuju ke bilik 'daddy'.

BAM !

Hempasan pintu membuatkan 'daddy' terkejut.

“Apa kau nak ni orang tua ?! Erghh , ganggu aku tidur je !” Armel menyerabaikan lagi rambutnya yang memang sudah serabai dari bangun tidur tadi.

“Aku lapar....aku nak makan. Mana bini aku ? suruh dia masak...”arah 'daddy' yang lumpuh separuh badan dan hilang ingatan itu. Semenjak keluar daripada hospital, dia hanya terbaring di atas katil. Armel melarang 'nurse' yang merawat dan menjaga 'daddy' waktu siang itu membawanya bersiar-siar keluar. Kalau ingatannya pulih , susah nanti.

“Bini mana pula ni....heyy bini kau dah matilah...aduh menyusahkan betul !” bentak Armel.

“Aku nak makan ! Aku nak makan ! aku nak makan !” jerit 'daddy'.

“Diam !!!”

“Aku nak makannn !! Aku lapar !!!” jerit 'daddy' lagi tidak menghiraukan amaran Armel. Gadis itu mula berang dengan lelaki tua itu. Dia berlari ke biliknya dan mengambil sesuatu yang tajam.

“Aku kata diam , diam ! atau aku bunuh kau !” katanya bernada perlahan tetapi ditekan. Pisau berkilau lagikan tajam itu diacukan di hadapan wajah 'daddy'.Namun , 'daddy' tidak mengendahkan ancaman itu.Dia menjerit lagi meminta makanan.

ZUP ! ZUP ! ZUP ! ZUP !

Darah merah pekat mula mengalir deras membasahi tilam tersebut. Empat tusukan yang diterima membuatkan lelaki itu tewas ditengah malam buta itu. Badannya terkaku dan membeku selepas menggeletar beberapa kali sebentar tadi.Armel melepaskan pisau dari genggaman. Wajah lelaki tua itu direnung tajam sebelum melepaskan ketawa. Sungguh seronok dia dapat membunuh dengan tangan sendiri. Menyaksikan darah mengalir di hadapan matanya.

“Aku dah beri amaran , tapi kau degil.Makan dengan bini kau dekat syurga di sana,” Dia menuju ke bilik air untuk membasuh tangan.Darah yang tepercik di bajunya dibiarkan. Dia memerlukan bantuan seseorang sekarang ini. Seketika telefon pintarnya di capai.

“Hello , aku perlukan kau.Datang rumah aku sekarang. Cepat sikit !”

Bersambung...

Selamat membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience