Bab 12

Romance Series 247373

Benjamin tercengang lama di muka pintu. Rak kasut yang tersedia khas untuk dirinya, kini dihuni dengan sepasang kasut lain. Benjamin mengherotkan bibir ke tepi. Dagu diusap-usap.

Mataku melingas kiri dan kanan. Kening bertaut rapat. Berkerut mukanya. Malas untuk berteka-teki, segera kepala Benjamin jengah ke dalam rumah.

"Bikkkkkk.. " laungnya kuat

"Oo..bik... " laungnya sekali lagi.

Tidak lama kemudian, bibik Suty terkedek-kedek berlari ke arah Benjamin. Tercungap-cungap nafasnya. Digosok-gosok dadanya meredakan detak jantung yang laju. Terasa semput nafasnya dek laungan kuat Benjamin.

Bikin gawat aja anak ini!

Dilabuhkan pandangan matanya ke wajah Benjamin. Benjamin berdiri tegak di sebelah rak kasut. Pandangan dilemparkan ke arah sepasang kasut berwarna hitam itu. Wajah bik Suty dipandang bersilih ganti.

Sebelah kening dijongketkan. Kedua belah tangan dicekak ke pinggang.

"Bik..kasut siapa ni? Kenapa memandai letak kat rak kasut Ben ni?" Benjamin memulakan soalan pertama. Mata ralit meneliti sepasang kasut berwarna hitam itu. 

"Ohhhhh.. Itu kasutnya mbak...." belum sempat habis berkata-kata, sudah dicantas oleh seseorang daripada belakang.

"Itu kasut saya." sahutku dari belakang. Aku berjalan menghampiri bik Suty dan Benjamin. Riak muka Benjamin yang tegang mengundang debar di dadaku.

Benjamin menjengah ke belakang.  Tercengang seketika melihatkan kehadiranku yang selamba keluar daripada ruangan pintu dapur.

Dari dapur sudah terdengar suara Benjamin yang memekik kuat memanggil bik Suty yang ralit bersembang dengannya. Terkocoh-kocoh dia melihat betapa kalutnya bik Suty berlari keluar.

Adik tiri dia punya kasut rupanya, bisik Benjamin dalam hati.

Aku ralit memerhati Benjamin yang tegak berdiri berdekatan rak kasut. Hari ini Benjamin segak mengenakan baju kemeja biru nila dipadankan dengan seluar slack hitam. Seperti biasa, lengan baju disinsing hingga ke siku. Tertelan liurku seketika melihatkan urat yang timbul di lengan sasa tersebut. Seksi!

Aku halakan mata ke wajah Benjamin. Riak tegang yang terlakar kembali mengendur namun masih lagi dalam mood serius wajahnya. Mata hazel miliknya turut menentang mataku. Menyedari kesilapanku sebentar tadi yang sewenangnya meletakkan kasutku di raknya, pantas aku hulurkan kata maaf.

"Maaf. Kalau awak tak suka nanti saya alihkan kasut saya letak dekat tempat lain. Saya tak tahu itu rak kasut khas untuk awak" kataku sambil mengerling ke arah Benjamin yang hanya tercegat memerhati.

Bik Suty yang berdiam diri sedari tadi  meminta diri ke dapur semula memandangkan cucur bilis kucai masih berada di atas api. Nanti, takut-takut terbakar pula rumah mereka.

Aku bergerak lambat-lambat menuju ke arah rak kasut di tepi dinding berhampiran Benjamin. Melepasi dia, aku menunduk.

Bersedia untuk mengambil kasut milikku. Tahulah kasut aku kasut biasa-biasa sahaja. Tidak branded seperti koleksi kasut Benjamin yang tersusun rapi di atas rak tersebut, omel Aulia.

Manalah dia tahu, bahawa rak kasut tersebut dikhas untuk abang tirinya. Kalau dia tahu, memang dia takkan semberono meletakkan kasutnya di situ. Ibarat menempah masalah sahaja.

Belum sempat aku mengalihkan kasut tersebut, suara Benjamin mematikan tindakanku. Terlepas kasut tersebut daripada peganganku.

"Biar je kat situ. Tak payah nak alihkan. I bukan kedekut. Cuma nak tahu kasut siapa." balas Benjamin senada. Tubuh lampainya dibawa ke arah sofa empuk ruang tamu.

Briefcase berserta kot biru gelap miliknya dilemparkan ke sofa sebelah. Ikatan tali leher miliknya dilonggarkan. Seharian di pejabat menyiapkan kerja memenatkan dia. Permintaan Aqeela Sania untuk berjumpa juga ditolak mentah-mentah. Sudah tidak peduli lagi rajukan yang bakal dipertontonkan kelak.

Kasut yang terlepas dari pegangan aku capai dan meletakkannya kembali bersebelahan kasut Benjamin yang lain. Kedudukannya aku betulkan supaya lebih kemas dan tidak mengganggu pandangan Benjamin kelak. Tadi gaya bukan main. Macam nak dilemparnya kasut aku ke luar. Menikus juga aku. Belum sampai sehari di rumah baru, sudah dapat 'salam perkenalan' daripada 'abang'.

Melihatkan Benjamin yang tersandar kepenatan sambil memejamkan mata di sofa mengundang simpati aku. Mengenangkan hanya dia sahaja anak daddy Razman, maka segala urusan mesti terletak di bahunya.

Ya, tidak nafikan Dato Razman masih ada tapi memandangkan daddy juga sudah berusia, siapa lagi yang boleh diharapkan melainkan Benjamin Luthfias. Agaknya begitulah juga aku nanti bila sudah tiba masa aku mengambil alih menggantikan arwah daddy.

"Lia.." namaku diseru tiba-tiba.

Aku yang masih tercegat di pintu masuk tersentak. Aku memandang ke arah Benjamin yang turut memandangku. Lamunanku segera tercantas. Jauh dibawa angin lalu.

Dahinya berkerut pelik.

" You duk tercegat macam guard kat depan sana tu dah kenapa? Tak puas hati lagi ke.pasal isu kasut tadi? Dah settle kan?  I dah cakap kan biar je kat situ." soal Benjamin. Tubuh ditegakkan. Leher dikilas kiri dan kanan beberapa kali. Merenggangkan leher yang terasa sengal.

Ada eh guard kat depan sana? Tak perasan lah pulak.

Aku menggelengkan kepala. Aku berfikir untuk bergerak menuju ke ruang dapur kembali. Borak-borak dengan bik suty lagi best. Daripada menghadap Benjamin yang asyik beku sahaja wajahnya. Nak berborak pun dia jadi tidak reti.

Melepasi Benjamin aku berhenti mendadak. Elok sahaja tubuhku berhenti mendarat di belakang kepala Benjamin.

"Bila you sampai?" soal dia sambil memejamkan mata.

"Petang tadi." jawabku ringkas.

"Mummy?" soal Benjamin lagi.

"Ada kat atas.." ringkas lagi jawapan yang kuberikan.

"You nak pergi mana tu?" diajukan lagi pertanyaannya.

"Dapur.." sepatah jawapan kuberikan.

"Ha, elok lah tu. Tolong ambilkan jus oren ke sini. Haus pula tekak I.." halkumya digosok beberapa kali sambil mata memahat di wajahku.

Beberapa saat aku terdiam. Senyap! Tak tahu untuk berkata apa. Mata yang terpejam dibuka perlahan bila tiada sahutan yang keluar daripada mulut mungil si gadis. Aku bercakap sorang-sorang ke tadi? Bisik Benjamin.

Aku perhatikan kepala Benjamin berpusing ke belakang.

"I ingat I cakap sorang-sorang daripada tadi. Boleh ke tidak bawakan jus oren ke sini untuk I?" diajukan pertanyaannya lagi kepadaku.

Terkebil-kebil aku. Sesaat, entah apa yang merasukiku, aku anggukkan sahaja kepala. Menuruti arahan Benjamin.

Aku melepasi belakang Benjamin menuju ke dapur. Bergerak ke arah peti ais. Nasib sudah tersedia gelas di tepi peti tersebut. Tinggal ambil dan tuang sahaja air.

Bik Suty yang asyik menggoreng cucur bilis kucai memalingkan wajah ke arahku.

"Lia mahu minum?" soal bik Suty ramah.

Aku gelengkan kepala sambil tersengih.

"Tak lah bik. Abang Ben nak minum. Dia minta Lia tolong ambilkan dia jus oren" jawabku.

Bik Suty mengukirkan senyuman.

"Ohh, Benjamin emang gitu Lia. Dia kalau udah pulang dari kantor memang hobinya santai dulu di depan. Terus, diminta ambil air putih atau jus. Kadang-kadang lihat dia di situ bik langsung bawa aja air ke dia. Ngak usah nunggu dia minta." panjang lebar diceritakan padaku peel Benjamin.

Aku anggukkan kepala. Satu hal sudah aku ketahui tentang Benjamin.

"Oh ya, lagi satu Benjamin itu orangnya gampang(mudah) kali urusannya. Ngak repot(tak susah) tentang makan, apa yang dimasak, itu doang dimakan kok.." sambung bik Suty lagi. Cucur bilis yang sudah kekuningan diangkat dan disedok masuk ke dalam bekas kaca berwarna merah.

Aku yang mendengar seakan tertarik pula untuk mendengar lebih lanjut. Tubuh aku menyendengan di tepi bik Suty. Jus oren yang sudah kutuang kuletak di atas meja. Tidak jadi membawanya ke hadapan. Ahh, lagi pula Benjamin nampaknya seakan mahu lena tadi.

"Lagi bik.." soalku teruja. Macam seronok pula mendengar perihal Benjamin dari bik Suty.

"Dia itu sebenarnya orang yang baik sekali, Lia. Kalau dulu orangnya happy sekali. Happy go lucky gitu tapi setelah Ibuk Neesa (mummy Benjamin) meninggal, dia langsung jadi anak yang serius, beku gitu. Bik juga ngak tahu sih kenapa dia berubah kek gitu.." bahunya diangkat beberapa kali. Muka dikerutkan.

Aku terngadah. Patut lah Benjamin bersikap tidak mesra denganku. Namun, ada juga sesekali dipertontonkan sisi baik dia kepadaku. Buktinya, ketika arwah daddy meninggal. Dialah yang ada untuk mendamaikan aku yang dilanda kesedihan pada masa itu.

Aku ralit mendengar celoteh daripada bik Suty. Pelbagai reaksi aku pamerkan. Kadang aku tersengih, kadang aku tertawa lucu, dan sedih juga ada.

"Ohh yaka bik. Hahaha. Lagi bik..." tanyaku lagi. Tidak sedar akan kehadiran Benjamin yang bertenggek di meja makan sambil berpeluk tubuh mendengar celoteh aku dan bik Suty yang dari tadi rancak bercerita. Dari ruang tamu dia mendengar rancak sekali celoteh si gadis bersama bik Suty.

Patutlah jus aku daripada tadi lagi tak sampai-sampai. Kering tekak duk telan air liur je, omel Benjamin dalam hati. Pelipis digaru-garu sebelum tubuh yang menyandar di tegakkan. Bik Suty yang bingkas ke kebun belakang mengambil sesuatu seakan memberi peluang dia menghampiri si gadis yang rancak ketawa. Benjamin merapatiku dari belakang.

"Apa lagi yang you nak tahu pasal I ?" bisik Benjamin di telingaku. Rapat! Bergetar jantung mendengar gemersik suara dia bermain di telinga.

Aku yang asyik ketawa mengekek pantas menekup mulut. Mata terbuntang luas. Tubuh automatik tegak seakan tiang bendera di dataran. Aku berpaling deras ke belakang.

"Oh mak kau hijau.." latahku spontan. Hampir bercium dengan Benjamin yang hampir di belakangku. Aku menekup mulut.

"Mak siapa hijau?" soal Benjamin laju. Riak wajah yang mahu ketawa ditahannya. 

Tanpa ditahan, jus oren yang aku pegang tersimbah di dadanya. Mataku terbuntang. Mulut melopong luas. Pantas, aku capai tisu yang berada di atas meja. Beberapa keping tisu aku tarik kasar.

"Sorry awak. Sorry! Saya tak sengaja.." pintaku bertalu-talu bercampur getar.

Pantas, tisu aku bawa ke dadanya yang sudah lencun dengan jus oren. Kalut aku mengelap dadanya yang basah. Ingin menghilangkan kesan jus oren yang terlekat setompok besar di baju kemejanya. Adui Lia. Asal careless sangat engkau ni. Benjamin hanya merenung tajam perbuatanku. Dibiarkan tangan runcing Aulia menyapa dada bidangnya.

Tidak lama, Benjamin bertindak menggenggam pergelangan tanganku yang asyik mengelap kesan kotoran di dadanya. Aku terkedu. Liur kutelan. Erat genggaman dia. Mataku lekas merayap mendongak wajah Benjamin. Renungan tajam memanah ke mataku.

Untuk beberapa saat, kami saling bertatapan. Rahangnya diketap kuat. Halkumnya yang seksi kulihat bergerak turun naik.

"Lia..Ben..kenapa kamu?" tegur Bik Suty pelik. Di tangan bik Suty kelihatan segenggam cili besar merah. Kami menghela nafas lega. Hampir tertangkap oleh bik Suty.

Kehadiran Bik Suty berjaya memutuskan pandangan antara kami. Benjamin segera melepaskan pegangan tanganku. Aku jarakkan kedudukan antara kami. Benjamin mengusap-usap belakang lehernya. Aku pula tersenyum kekok ke arah bik Suty yang masih tercegat memerhatikan aku dan Benjamin.

"Tak ada apa bik." balasku ringkas. Tisu yang bergumpal aku buang ke dalam tong sampah.

Malas untuk bersoal jawab, Benjamin melangkah keluar daripada ruang dapur. Aku hanya mampu menghantar langkahnya dengan pandangan sepi.

Tiba-tiba timbul perasaan bersalah. Pasti Benjamin betul-betul dahaga hinggakan dibawa dirinya ke dapur mencari air sedangkan aku asyik bersembang sehingga lupa untuk menghantar air yang diminta. Aku mengeluh. Tapi sudah terlajak perbuatan. Tak dapat diundur lagi.

"Bik.." seruku memanggil Bik Suty yang asyik menggoreng cucur bilis kucai.

"Ya,ada apa Lia?" lembut bik Suty membalas panggilanku.

Jari aku ramas. Berdebar pula nak tanya. Takut bik Suty fikir bukan-bukan. Tapi demi menebus perasaan bersalahnya sebentar tadi, digagahi jua bertanya.

"Abang Benjamin suka makan apa bik? Maksud Lia kegemaran dia.." soalku teragak-agak.

Bik Suty tersenyum.

"Kalau kegemaran dia, banyak.. Tapi  kebiasaannya diminta sama Bik masakkan Laksa utara untuk dia. Bik jadi pandai masak Laksa Utara kerna dipaksa sama Ben dong. Udah jadi pakar sekarang. Hahaha." ujar bik Suty berterus terang. Tertawa lucu dia. 

Aku senyum segaris. Laksa utara, senang! Nanti akan aku masak untuk Benjamin sebagai tanda maaf atas kejadian sebentar tadi. Nampaknya malam ini di boleh tidur dengan lena tanpa rasa bersalah lagi.

______________________________________

Mata yang terpejam, dicelik luas. Mata digosok beberapa kali. Menghilangkan kabur. Bilik yang kelam membuatkan dia termangu-mangu sebentar.

Jam di pergelangan tangan ditilik. Sudah pukul sembilan malam. Patut lah terasa biliknya suram hanya dibiasi cahaya bulan yang menerombos masuk melalui celah langsir kelabu biliknya.

Tubuh dibangunkan. Terasa lenguh pula tertidur dalam keadaan begini. Kaki terjuntai mencecah lantai. Jam tangan dibuka dan diletakkan atas  meja kecil tepi katil.

Wajah diraupkan. Pakaian yang tersarung dilepaskan dari badan. Tuala dililitkan ke pinggang sebelum tubuh melangkah masuk ke kamar mandi.

Usai mandi, pakaian santai dikenakan ke tubuh. Short pants dipadankan dengan tshirt putih. Mengingatkan kejadian petang tadi, mengundang senyuman di bibirnya. Lucu bila mengingatkan gelagat Aulia yang kalut mengelap sisa tumpahan jus oren di dadanya.

Dia bertindak menghentikan tindakan Aulia kerana dia mulai merasakan perasaan yang tidak sepatutnya dirasai. Usapan lembut didadanya membuatkan dia hampir terbuai. Dia tidak mahu menjadi seseorang yang tidak setia. Dia tidak mahu ada rasa lain yang bertunas antara mereka. Tambahan status yang dipegang oleh mereka. Keluhan lemah dilepaskan.

Mengenangkan perut yang berbunyi nyaring minta diisi, dipaksa juga diri untuk turun ke dapur mencari makanan.

Menuruni anak tangga, tiada kelibat atau bayang manusia yang menyapa mata Benjamin. Mana semua orang? Tidur? Masih awal lagi untuk tidur. Diatur langkah ke ruang dapur. Tudung saji dibuka.

Terkesima seketika dia melihatkan pelbagai jenis hidangan pada malam ini. Kebiasaanya, dua tiga jenis hidangan sahaja bik Suty siapkan. Dijenguk ke arah pintu dapur, masih tiada kelibat sesiapa. Aulia? Ahh kenapa nama itu pula yang terpancul di fikirannya. Lebih baik dia isi perut. Ikan siakap tiga rasa nampak lebih menyelerakan berbanding Aulia.

______________________________________

Aku menuruni tangga. Derap kaki aku kawal agar tidak mengganggu sesiapa tambah-tambah 'jejaka beku' tersebut. Memandangkan esok ada kuiz untuk kelas petang, maka aku perlukan secawan nescafe untuk berjaga malam ini.

Masih terdapat beberapa topik yang aku harus baca dan fahami. Leher yang terasa agak lenguh aku tolak kiri dan kanan. Melegakan lenguh-lenguh akibat asyik menunduk daripada tadi.

Aku memasuki ruang pintu dapur. Serentak aku terjerit kuat.

"Arghhhhhh..!!" jeritku.

Benjamin yang sedang asyik menyuap makanan ke mulut tersedak. Masakan tidak, bunyi jeritan nyaring membuatkan makanan yang ditelan tersekat di kerongkong.

Aku yang menjerit nyaring serta merta berhenti. Mata terkelip-kelip seketika. Melihat Benjamin yang tersedak segera ku menerpa ke arah  Benjamin. Belakang Benjamin aku tepuk dan usap-usap. Air aku hulurkan cepat. Sepantas kilat, diteguk rakus air yang kuhulur.

Beberapa minit, suasana yang kelam kabut tadi kembali tenang. Aku tercegat di sisi Benjamin. Tangan masih lagi mengusap-ngusap belakang Benjamin. Meredakan perit yang menjalar akibat tersedak tadi. Namun, ditepis tanganku yang mengusap belakang tubuhnya.

Aku terkedu namun cepat-cepat aku kawal riak muka. Aku jarakkan kedudukan antara kami. Wajah biasa aku pamerkan. Benjamin menentang wajahku yang terkulat-kulat di tepi. Merah muka Benjamin menahan perit dan geram. Aku menikus. Takut dijerkah oleh si 'bapak Singa' ini.

Wajah menunduk merenung lantai. Kaki menguis ibu jari kaki kiri. Tangan saling meramas sesama sendiri.

"Apa masalah you ni hah? Terjerit-jerit malam-malam buta macam ni dah kenapa?" bebelnya geram kepadaku.

Aku terdiam. Lama, baru aku membalas bebelan Benjamin.

"Saya tak sengaja lah. Mana saya tahu awak ada kat dapur tengah makan. Kalau saya tahu tak ada lah saya terjerit-jerit tadi.." balasku tidak mahu kalah. Perlahan sahaja suaraku membalas.

Benjamin mendengus kasar. Terbantut sudah seleranya. Masih terasa perit di tekaknya akibat tersedak sebentar tadi. Nasib tak tersedak tulang ikan. Mahu berdarah anak tekaknya.

"You mesti ingat I hantu kan?" soal Benjamin. Aku yang masih tercegat di sisinya dijeling tajam. Pinggan ditolak ke hadapan.

"Bukan.." nafiku.

"Hah, dah tu?" balas dia.

" Ishh.. Kan saya dah cakap, saya tak sengaja. Sorry lah." balasku. Geram pula dengan tingkah lelaki ini.

Benjamin menolak kerusi ke belakang. Malas lagi mahu bersoal jawab. Bangun dan dibawa pinggan yang masih berbaki nasi ke sinki. Aku terpana. Hanya memerhati tanpa kata tingkah Benjamin. Mesti Benjamin sudah tiada selera lagi untuk makan.

"Muka sikit punya handsome macam ni you ingat hantu. Apa punya malang lah nasib I hari ni. Tadi kena simbah dengan jus sekarang kena jerit tepi telinga tengah makan.." perlahan diluahkan kata-katanya. Aku dihurung perasaan bersalah sekali lagi. Lia..Lia..kau ni memang suka buat hal betul lah..

Kepala aku garu. Mesti Benjamin masih lagi diulit rasa lapar.

"Dah lah. Tepi sikit, I nak lalu. I kan hantu. Nanti you takut, kang terjerit lagi habis bangun semua orang dalam rumah ni. Dah satu hal lain pula" aku berinjak ke tepi. Memberi laluan kepada Benjamin. Sayup-sayup kedengaran bebelan terluah daripada mulut Benjamin.

Aku hanya mampu memandang langkah Benjamin dengan ekor mata. Keluhan lemah aku lepaskan.

_____________________________________

Setengah jam berperang di dapur, akhirnya siap secawan milo panas untuk Benjamin bersama sepinggan nasi goreng kampung aku sediakan untuk dia. Mengenangkan dia yang mesti masih diulit rasa lapar, aku buatkan nasi goreng kampung sebagai ganti.

Untuk aku, hanya secawan nescafe berserta roti Jacobs sahaja. Terasa lapar pula tiba-tiba. Lampu dapur aku tutup perlahan. Serentak dapur kembali suram diterangi dengan cahaya malap dari lampu belakang.

Dari pintu dapur, aku sudah dapat melihat kelibat Benjamin di hadapan televisyen. Sedang rancak menonton bola sepak. Siaran ulangan barangkali, fikirku.

Aku ketepikan rasa segan yang bergayut di hati ketika ini. Perlahan aku atur ke arah Benjamin yang ralit menonton bola. Minat bola rupanya dia. Sesekali terdengar suara dia menjerit. Rancak walaupun sorang-sorang tanpa ditemani sesiapa.

Benjamin yang melihatku berjalan perlahan mendekati dia, membetulkan duduknya. Diperhatikan sahaja aku yang sedang berjalan menghampirinya. Dahi dikerutkan. Mungkin pelik melihat aku yang menatang dulang kecil.

"Awak.." panggilku ragu-ragu.

"Hurmm.." sahut dia endah tak endah. Mungkin masoh lagi dibelenggu rasa geram akibat kejadian yang tak disengaja tadi. Wajah dibawa ke kaca televisyen kembali. Teruja bila bola yang dilarikan pemain ke gawang gol. Aulia yang tercongok di sebelah sudah dilupakan.

Tidak lama...

"Yeayyyy!!! golllll..." nyaring jeritan bergema di telingaku. Benjamin meloncat dari tempat duduk. Bersorak riang! Hampir terlepas dulang di genggamanku.

"Lawan team 'ayam' memang menang lah.." omel Benjamin. Reda daripada bersorak, dipandang Aulia yang masih tercegat di sebelah. Kedudukan dibetulkan kembali. Benjamin berdehem perlahan. Malu mula memikirkan dia bersorak seakan orang gila sebentar tadi. Ahh, dia peduli apa.

Diangkat wajah memandangku. Dagunya yang terhias dengan jawline yang terbentuk cantik diayunkan ke depan.

Aku pantas menghampiri Benjamin yang dihurung rasa pelik tindakanku.

"Nah! Sorry pasal tadi. Saya tak sengaja nak kejutkan awak tengah makan. Saya tahu awak lapar. Makanlah. Erm.. Saya naik atas dulu.." kataku.

Nasi goreng berserta milo panas yang masih berasap aku letakkan di atas meja berhadapan Benjamin. Tidak tunggu lama, aku atur langkah ke tangga.

Benjamin terkedu. Mata digosok-gosok memandang hidangan yang terhidang di depan mata. Bau yang menusuk naik ke hidung membangkitkan selera yang terbenam bersama rasa geram di dapur tadi. segera mata lekas merayap mencari langkah adik tiri yang mahu mendaki anak tangga.

"Lia.." seru dia kuat namun masih lagi terkawal nadanya.

Aku yang baru memijak anak tangga yang pertama berpaling ke arah Benjamin. Kening aku jungkitkan.

"Thanks for this.." tiga patah diucapkan padaku. Senyuman pendek dilayangkan kepadaku.

Aku hanya membalas dengan anggukan. Tubuh aku pusingkan kembali sebelum anak tangga aku daki satu persatu.

Sementara di bawah, Benjamin dilanda pelbagai perasaan. Nasi goreng disua sesudu ke mulut. Terbeliak biji matanya saat merasakan nasi tersebut di lidah. Sedap! Cukup rasa! Perfect. Selera yang terbantut datang kembali.  Ditambah dengan milo panas, lagi menyelerakan sambil ditemani sukan kegemaran. Ahh! nikmat sekali dia rasakan.

Sedar tak sedar, licin sepinggan nasi goreng kampung buatan si adik tiri dihabiskan. Serasa tidak cukup pula sepinggan. Kebetulan perlawanan bola sepak juga sudah tamat. Pantas, dibawa pinggan dan cawan kotor ke sinki. Dibasuh sebelum diletakkan di atas rak pinggan. Jangan ingat dia pemalas okay.

Suis televisyen dimatikan. Anak tangga didaki satu persatu. Biliknya yang hanya berhadapan dengan bilik tidur Aulia dituju. Kaki yang melangkah terhenti di muka pintu kamar Aulia. Melihatkan lampu di kamar si gadis masih cerah, dia tersenyum. Pasti sedang study.

"Goodnight, girl. " ucapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience