EMPAT TAHUN KEMUDIAN..
Aku tercegat merenung diri sendiri di meja solek. Tubuh sahaja yang berada dalam bilik yang setelah sekian lama aku tinggalkan ini manakala hati dan perasaanku jauh melayang hinggap di kenangan lama.
Sehingga kini, masih lagi terbayang-bayang saat-saat terakhirku bersama Benjamin. Saat kucupannya yang bertalu singgah di wajahku.
Saat dia membisikkan kata cinta kepadaku. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa beratnya hatiku saat itu untuk melangkah pergi bila mengenangkan aku bakal meninggalkan Benjamin dalam keadaan yang tidak sihat.
Namun, aku gagahi jua kakiku melangkah demi sesuatu yang harus aku gapai untuk menjadi seseorang seperti hari ini. Jujur, bukan satu yang mudah bagiku untuk membuat keputusan ke sana. Hampir sahaja aku berpatah balik jika tidak kerana pujukan dan kata-kata Tiara kepadaku.
Pada daddy dan mummy, aku titipkan pesan agar menjaga Benjamin. Kerana meninggalkan dirinya pada saat itu sangat berat untukku lakukan. Sesampai sahaja di sana,aku terpaksa untuk mulai menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran. Ingatan pada Benjamin aku semat erat di dalam kepalaku.
Aku fokuskan diri dan fikiranku pada pelajaran. Walau kadangkala ingatan sekali sekala tearah kepada Benjamin namun aku cekalkan hati. Tambahan memikirkan dia tunangan orang, sedikit sebanyak berjaya menghalau ingatanku padanya.
Aku bersyukur kerana sepanjang pengajianku di sana, aku tidak punya masalah dalam soal kewangan. Segalanya terasa mudah. Kewangan yang aku terima juga bukan sedikit tiap-tiap bulan.
Beribu dimasukkan ke akaunku setiap bulan. Hingga aku dipagut rasa segan. Pernah aku suarakan,mengapa begitu banyak sekali diberikan padaku. Namun, daddy menyuruhku agar menerima sahaja tanpa mempersoalkannya. Aku akur.
Setelah aku ke sana, tiada lagi khabar berita daripada Mummy dan daddy tentang Benjamin. Apabila video call, skype dan sebagainya tiada seorang pun di antara mereka yang berceloteh mengenai Benjamin. Masing-masing seakan diam seolah Benjamin tidak wujud antara mereka.
Mengenangkan mereka yang hanya diam, aku juga turut berlagak biasa dan gembira walaupun dalam hati menggelupur ingin tahu tentang lelaki itu. Tahun berganti tahun tanpa sebarang khabar berita, maka tiba untuk aku pulang ke tanah air.
Segala media sosial yang menghubungkan kami seakan tidak boleh diakses. Tidak kutahu sama ada Benjamin nyah-aktif akaun ataupun aku disekat oleh tunangnya, Melissa. Memikirkan itu, aku biarkan sahaja walaupun jauh di sudut hati betapa aku terkilan.
Sekilas, terbayang kejadian semalam. Setelah hampir empat tahun, kami bertemu kembali. Bertemu dalam keadaan yang aku tidak bersedia. Namun, saat renungan antara kami bertaut masing-masing seolah meluahkan rindu. Rindu yang terpahat dalam sanubari.
Aulia Natasha yang sekarang bukan lagi seorang Aulia Natasha yang dulu. Setelah empat tahun lebih membawa diri ke negara orang, sudah menjadikan aku seorang gadis yang matang dari segala hal.
Aku akui bukan mudah, untuk merubah identiti diri menjadi seperti sekarang. Sama sekali tak mudah. Berada jauh daripada keluarga, menjadikan aku harus berdikari dan bergantung harap pada diri aku sendiri.
Kadang-kala serasa tidak percaya dengan diri sendiri. Ada yang menawarkan aku untuk jadi pelakon namun setakat ini aku tidak berminat untuk tetlibat dalam dunia hiburan. Bagiku, dunia hiburan bukanlah satu bidang yang aku minati. Aku kini merangkap pengarah urusan milik syarikat arwah daddy, Royale Holding.
Sudah tiba masanya untuk aku menyambung legasi milik arwah daddy yang selama ini dijaga sebentar oleh daddy Razman. Pengalaman yang aku kutip ketika bekerja sedikit sebanyak memberikan aku pengetahuan selok belok perniagaan.
Namun, pelajaran masih aku utamakan. Segenggam master sudah aku berjaya perolehi. Hadiah untuk mummy dan arwah daddy. Mengenangkan daddy, jujur aku rindukan dia. Aku bangga kerana
"Daddy, Lia harap daddy bangga dengan Lia sekarang. Lia rindukan daddy. Rindu sangat-sangat." Semoga daddy ditempatkan dalam kalangan para solihin. Aamin.
Tuk..tuk..tuk
Aku tersentak, terlepas pen di tangan. Asyik mengelamun tentang kenangan dan hal semalam menjadikan aku leka. Tenggelam dalam kenangan indah semalam.
"Masuk! " laungku dari dalam.
Seketika, terjengul wajah Nelly,setiausahaku di muka pintu. Manis berbaju kurung kain kapas berwarna hijau lembut. Aku tersenyum. Nelly tersengih.
Diatur langkah masuk ke dalam ruang pejabat milikku yang dahulunya milik arwah daddy.
"Yes, Nelly? Anything? " soalku. Membelek-belek seketika dokumen yang berada di atas meja.
Nelly melabuhkan duduknya di kerusi berhadapan denganku.
"You lupa ke atau you buat-buat lupa?" soal Nelly perlahan.
Aku pantas panggungkan wajah. Merenung Nelly dengan sepasang mata yang sengaja aku kecilkan. Bibirku gigit lembut. Berfikir sejenak tentang kata-kata Nelly yang tidak berapa jelas akan maksudnya.
"I rasa you lupa ni. " tebak Nelly bersahaja.
Kedua belah kaki panjangnya disila panggung sementara tangan kurus miliknya naik memeluk tubuh. Belakang badan disandar santai ke belakang.
"No. I'm still don't get it. Apa yang I lupa? " soalku dengan dahi bercantum seribu.
"Aulia Natasha, seriously? " jerit Nelly kuat. Mata dibuntangkan ke arahku.
Aku terdiam. Mengapa sebegitu sekali reaksi Nelly.
"What? " soalku kuat.
"Lia. Kita ada meeting sekejap lagi you tahu tak. Dengan syarikat Megah Jaya. " jelas Nelly kuat.
Aku tercengang. Meeting? Syarikat Megah Jaya? Syarikat daddy?
Seketika, ingatan mengenai meeting pada petang ini kembali menjelma di ingatan. Aku bulatkan mata. Telapak tangan naik menghentak dahi.
"Ingat dah? " soal Nelly selamba. Tersungging senyuman senget di wajah manis miliknya.
Aku bingkas berdiri. Benar-benar aku terlupa akan meeting pada petang ini. Jika tidak kerana peringatan daripada Nelly pasti kami sudah terlepas akan mesyuarat pada pagi ini.
"Lia, Lia. You ingat apa je sampai mesyuarat pagi ni pun you boleh lupa?" provok Nelly tertawa kecil.
Aku mendengus perlahan.
"Tak ada apa. " balasku mudah.
"Ingat cik abang lah tu kan?" usik Nelly tepat mengena.
Aku menjulingkan mata ke atas. Bibir mencebik perlahan.
"Eleh. Lagi nak temberang. Tu cincin tu macam lah I tak tahu kalau cik abang you bagi. " tebak Nelly.
" You jangan merepek boleh tak Nel? "
Nelly tertawa kecil.
Ralit mengelamun mengenai kenangan semalam dan Benjamin, nyaris membuatkan mesyuarat hari ini terbatal kerana ketidakhadiran kami. Walaupun meeting bersama syarikat daddy, masih tidak boleh aku pandang enteng.
"Pukul berapa meeting tu? " soalku cemas sekaligus mengalih topik.
"Pukul sepuluh sekejap lagi. " jawab Nelly turut bingkas bangun.
Aku pantas melarikan mata ke arah jam di dinding bilik. Tepat jam sembilan pagi.
"Kita ada lebih kurang sejam lagi untuk mesyuarat tersebut. So get ready." ujarku kalut.
Tangan mencapai beberapa dokumen dan fail penting. Sebahagian sudah disiapkan oleh Nelly. Maka, aku tidak perlu terlalu cemas dan khuatir kerana Nelly sudah siap menyediakan semuanya.
"You yang kena get ready. I dari tadi dah get ready. Entah apa lah yang you ingat Lia. Nasiblah I ni tak pelupa macam you tahu.. " bebel Nelly seraya menapak keluar daripada bilikku.
Aku mengeluh. Laci meja kerja aku tarik perlahan. Terbias dua wajah yang menjadi tatapanku tiap masa.
"Jom. I'm ready. Nanti-nanti lah sambung teringat dekat abang tu. Sekarang kita pergi meeting dulu. " sekali lagi dilontarkan usikan kepadaku di muka pintu.
"Nellllllll.. " meleret suaraku memanggilnya.
Nelly melepaskan tawa kuat. Lucu melihat reaksiku yang mulai geram dengan usikannya.
Malas untuk melengahkan masa, segera langkah aku bawa menyoroti langkah Nelly dari belakang yang sudah ke depan meninggalkan aku menuju ke lif.
"Faster, Lia! " jerit Nelly kuat.
Aku mendengus kasar.
"I bos ke you bos sekarang ni? " soalku dengan senyum sinis.
Nelly tertawa galak.
"I bos. You kuli." tukas Nelly bergurau denganku.
Aku membulatkan mata sebelum turut terjebak tertawa bersama Nelly
Nelly merupakan teman sekuliahku di Aussie selama empat tahun ini. Sama-sama menuntut master di Australia bersama Tiara. Selama empat tahun di sana aku jarang pulang ke Malaysia. Setahun hanya sekali sahaja aku pulang. Maka, aku lebih banyak di sana menemani Nelly jika tidak pulang.
Berbanding dengan Tiara, minah seorang itu pantang ada cuti. Cepat sahaja pulangnya. Maklumlah, member ada buah hati. Rindu katanya kalau lama-lama berjauhan.
Nelly orangnya datang daripada keluarga yang sederhana. Namun, walaupun begitu Nelly seorang yang sangat baik. Sopan-santun dan baik hati orangnya. Senang untuk meminta tolong.
Hal itu menjadikan aku senang untuk bersahabat dengannya. Kebetulan, Nelly setelah tamat belajar masih tercari-cari pekerjaan, maka aku tawarkan dia jawatan sebagai setiausahaku. Lebih mudah dan selesa kerana kami sudah saling mengenali antara satu sama lain.
Hampir empat puluh minit perjalanan dengan dipandu olehku, kami akhirnya tiba di hotel terkemuka ibu kota, Hotel Royal Kuala Lumpur.
Aku parkir kereta yang telah ditempah khas. Usai parkir, aku beriringan menuju masuk ke pintu utama hotel bersama Nelly di sebelahku.
"You reserve tempat terbuka atau tertutup? " soalku sambil melangkah penuh gaya.
Hari ini aku menggayakan sut lengkap sepasang. Blouse putih di dalam aku padankan dengan blazer berwarna milo bersama dengan sehelai seluar vintage pantas berwarna nude. Kasut bertumit tinggi warna hitam menjadi pilihanku pada hari ini untuk aku gayakan dengan sut lengkap pejabat pada hari ini.
"Terbuka. Sorry, you tahu kan last minute I reserved. " jelas Nelly tersengih.
"Takpa. Mana-mana pun takpa. Janji selesa. " tukasku menghilangkan serba salah yang membelit di hati Nelly saat ini.
Aku labuhkan duduk di meja yang sudah ditempah khas oleh Nelly untuk mesyuarat pada petang ini. Kagum aku dengan tempat duduk pilihan Nelly yang agak terlindung dan menghadap tingkap hotel. Rasa tenang dapat melihat awan cerah waktu pagi yang berarak dihiasi dengan burung berterbangan.
Aku lingaskan suasana di sekitar hotel. Dengan alunan romantis Inggeris benar-benar membeli jiwa para pengunjung yang ada di sini. Selesa dan nyaman aku rasakan. Sejenak, mata terhenti kepada satu pasangan yang asyik sekali bergelak ketawa sambil menyuapkan makanan.
Aku tersenyum pendek. Indahnya jika aku juga begitu. Pandangan aku kembalikan ke sisi. Terkejut saat melihat Nelly yang asyik menatap wajahku. Diangkat kedua belah keningnya. Aku tersenyum kelat seraya menggelengkan kepala.
"Sorry lambat. " ujaran seseorang memeranjatkan aku dan Nelly. Pantas aku dongakkan wajah. Sesaat, aku terkesima. Mata membulat besar bila mana seraut wajah yang bermain sejak empat tahun lalu hingga hari ini terpancul di depan mata.
Seketika, aku dan dia saling merenung antara satu sama lain. Sisi meja aku paut rapat. Mencari kekuatan. Melissa dan seorang lelaki di sisi Benjamin mengerutkan dahi. Pelik dengan tingkahku dan Benjamin yang dari tadi tidak lepas merenung antara satu sama lain.
"Ehem! " Nelly mengeluarkan deheman. Ditarik aku untuk melabuhkan duduk di sisinya kembali.
Aku tersentak. Benjamin juga kulihat hanya tersenyum kacak.
"Silakan duduk Encik... " pelawa Nelly tergantung.
"Benjamin.. " pantas Benjamin memperkenalkan diri. Butang sut lengkap warna kecoklatan miliknya dilepaskan. Aku dongakkan wajah. Memandang Benjamin yang berhadapan denganku.
"Nice to meet you Encik Benjamin. " ucap Nelly mesra.
Aku masih diam. Sepatah tidak aku keluarkan dari mulutku.
"Nice to meet you too Cik..." Benjamin unjukkan tangan ke arah Nelly.
Nelly tersenyum mesra.
"Nelly.. " giliran Nelly memperkenalkan diri.
"Nice to meet you too Miss Aulia Natasha Dato Fendi." sapa Benjamin perlahan ke arahku.
Aku terkesima. Nelly terpana. Aku diam. Menelan liur yang terasa berpasir.
"You all dah kenal ke? " soal Nelly teragak-agak. Jari telunjuk dikibar-kibarkan menunjuk ke arahku dan Benjamin.
"Kenal-kenal macam tu je.." tingkahku pantas. Aku tersenyum kekok. Benjamin tersenyum senget mendengarkan jawapan daripadaku.
Nelly mengganggukkan kepala merenungku dan Benjamin.
"Okayy.. " meleret jawapan yang diberikan Nelly.
"So, shall we start now? By the way, I kenalkan, Nizam merangkap setiausaha I.. " soal Benjamin formal.
Sempat dikenalkan jejaka kacak yang sedang tersenyum manis saat ini ke arah kami berdua. Serentak aku dan Nelly menganggukkan kepala. Turut menyapa Nizam dengan sekuntum senyuman mesra. Melihat Benjamin yang tunak memandangku, segera aku kendurkan senyuman.
Benjamin berdehem. Mula dalam mud serius membincangkan agenda mesyuarat antara kami. Aku mengucapkan syukur di dalam hati kerana masih diberi kekuatan untuk bersikap profesional semasa mesyuarat berlangsung.
Hampir lebih kurang dua jam, kami dihidangkan dengan makanan mewah yang juga turut ditempah oleh Nelly.
"I nak ke ladies sekejap. " pamit Nelly mesra.
Sejak dari tadi tersenyum manis. Tergugat hatiku. Bukan aku tidak perasan kalau sekejap-sekejap Nelly merenung Benjamin. Sekejap-sekejap dikalih tengok lagi. Benjamin pula tidak habis menguntum senyuman membunuhnya. Macam mana Nelly tidak cair?
"Bos, saya nak ke toilet sekejap. Tak tahan.. " bisik Nizam rapat ke Benjamin. Benjamin merespon dengan sebuah anggukan.
Aku tunduk menekur ke pinggan yang bersisa makanan. Tangan meramas sesama sendiri. Resah bertandang bila aku ditinggalkan berdua-duaan bersama dengan Benjamin.
"Apa khabar? " Benjamin bertindak memecahkan kesunyian antara kami. Aku panggungkan kepala lambat-lambat.
"Khabar baik. " balasku sepatah. Melarikan pandangan ke luar cermin hotel.
"Dah lama start kerja di syarikat daddy? "
"Baru lagi. "
"Welcome back.."
Aku senyum kaku.
"Terima kasih.. " balasku.
"Cantik cincin you." tegur Benjamin tetiba.
Aku jatuhkan renungan ke arah sebentuk cincin yang terletak elok di jari manisku. Aku mengukir sebuah senyuman. Aku tidak tahu mengapa sehingga hari ini kalau aku sekalipun tidak pernah tanggalkan cincin ini dari jariku.
Memang aku tahu kalau dari awal mummy menitipkan pesan agar aku tidak menanggalkannya tapi hatiku terasa sayang benar dengan cincin ini.
Dan yang paling tidak munasabah, aku sanggup mengatakan kalau ini tunangan orang kepada beberapa lelaki yang cuba mendekatiku sepanjang menyambung pelajaran di Aussie. Cincin pemberian mummy ini aku jadikan sebagai bahan bukti bahawa aku milik orang.
"Mummy bagi sebagai hadiah sebelum Lia pergi sambung belajar di Aussie. " jelasku perlahan.
Benjamin mengukir senyuman.
"Boleh I tengok? " pinta Benjamin.
Aku tercengang. Lama aku diam dengan permintaannya hingga tidak sedar kalau tangan Benjamin dengan selamba sudah meraih jemariku.
Aku terkedu. Hangatnya sentuhan Benjamin mengembalikan kehangatan cintaku padanya yang hingga saat ini masih belum pudar bahkan makin hari makin cinta.
Cincin keemasan bertakhtakan sebutir berlian itu dimain-mainkan. Berkilauan dipanah cahaya lampu hotel. Sambil itu dimainkan jemariku. Dibelai dan diusap-usap. Aku mendengus. Ini bukan nak tengok namanya tapi nak ambil kesempatan gaya macam ini. Huh!
"Mummy bagi? " sekali lagi diajukan soalan kepadaku. Senyuman senget bersama renungan dilayangkan.
Aku mengerutkan dahi.
"Hurmm.. Mummy bagi.. " balasku.
Benjamin menganggukkan kepalanya. Namun, masih tersungging senyuman di wajah kacak itu.
"Cantik! Pandai orang yang bagi tu pilih.. " puji Benjamin seraya dilepaskan jemariku. Aku kembali meletakkan tangan di ribaan.
"Mel apa khabar? " Soalku dengan rasa ingin tahu yang memuncak.
Benjamin menyandar santai ke kerusi. Diteguk perlahan jus oren menuruni anak tekaknya.
"Entah. Baik kut.. " Benjamin angkat bahu. Aku terkedu dengan jawapan diberikan.
"Sorry, lambat. " bisik Nelly kembali mengambil tempat di sebelahku.
Seketika, Nizam pula datang. Mengambil tempat di sisi Benjamin.
Benjamin kulihat membetulkan sut yang tersarung di tubuh lampainya.
"So Cik Aulia, Cik Nelly. I rasa I kena gerak balik ke pejabat dulu sebab ada meeting lain yang I kena handle lepas ni. So, kami gerak dulu ya. Thanks for lunch today. " Benjamin bingkas berdiri.
Renungan dijatuhkan kepada Nelly sebelum terhenti di seraut wajahku. Aku turut membalas renungan tersebut. Ikutkan hati aku yang rindu saat ini, sudah lama kutarik Benjamin ke dalam pelukanku. Mengucup segenap ruang wajah kacak itu melepaskan rindu.
Tapi, bila mengenangkan keadaan formal antara kami, hasrat tersebut aku harus kuburkan dalam. Benjamin juga kulihat beriak biasa sahaja. Seakan tidak teruja dengan pertemuan kami setelah empat tahun berpisah.
Satu hal yang harus akui, wajah Benjamin kelihatan lebih matang. Kulit lelaki itu juga makin cerah dan berseri. Masih lagi segak tampan seperti dahulu cuma sekarang bertambah segak. Betapa aku rindu akan kemesraan antara kami.
"Hope to see you again, Encik Benjamin and Encik Nizam. " balas Nelly ramah. Memutuskan renungan antara aku dan Benjamin.
Benjamin senyum. Nelly menghulurkan tangan ingin berjabat. Tidak mahu dianggap sombong, Benjamin hulurkan kembali tangan. Membalas menjabat mesra tangan runcing Nelly.
Benjamin turut hulurkan tangan ke arahku. Aku pandang salam yang dihulur bersilih ganti dengan wajah Benjamin. Tidak betah untuk membiarkan ia tidak bersambut, pantas aku jabat tangan kekar tersebut.
Benjamin meramas mesra jari-jemariku sambil tersenyum senget. Aku terkedu. Lama, baru terlerai pautan mesra jemari kami berdua. Sejenak, Benjamin keluar beriringan bersama Nizam menuju keluar dari ruang likup hotel.
"Segak kan Benjamin tu. So handsome! Sikit lagi I nak cair.. " bahuku disenggol dari tepi. Aku menoleh ke arah Nelly yang tersenyum-senyum memandang kelibat Benjamin yang mulai hilang.
"Biasa je I tengok. " tukasku mengemas barang selesai mesyuarat sebentar tadi. Aku capai dan masukkan ke dalam fail. Tas tangan yang berada di tepi kerusi aku sandang ke bahu.
"Biasa you cakap? " soal Nelly terkejut. Dikalih deras aku di sisi.
Aku buat tidak dengar sahaja soalan Nelly. Langkah kuatur keluar.
"Ermm.. Biasa je.. " balasku.
"Memang sah you ni buta. Bukan takat buta mata tapi buta hati sekali. " selar Nelly.
"Whateverlah Nel. Bagi I dia biasa sahaja" balasku kembali.
Cuba menyangkal kebenaran kata-kata Nelly walhal dalam hati sudah tumbuh bunga-bunga cemburu melihat Nelly pandang Benjamin tanpa kelip. Naik berbulu biji matanya di sebelah.
Benjamin pula seolah menghangatkan lagi rasa di hatiku dengan tidak sudah mempamerkan senyuman kacaknya. Macam mana Nelly itu tidak cair meleleh? Huh!
Nelly mengeluh kuat. Tahu sangat peel Aulia bila malas untuk memanjangkan sesuatu topik.
••••
Pejam celik pejam celik hampir dua bulan sudah aku kembali ke Malaysia. Menjalani hidup seperti biasa. Menjawat jawatan yang selama ini tidak pernah terlintas di fikiranku selama ini. Tapi takdir sudah menetapkan kalau aku harus mengambil alih tempat daddy pada akhirnya.
Tempias hujan yang mengena di wajahku, serta merta menyedarkan aku dari lamunan. Hati terasa tenang setelah menghabiskan masa sekitar dua jam di taman tasik titiwangsa ini.
Melihat kanak-kanak riang berkejaran, pasangan kekasih yang mesra berjalan berpimpinan tangan. Arghhh mengusik hati sekali. Terbayang kalau aku dan si dia begitu. Pasti bahagia sekali.
Aku tersenyum sendiri. Melihat ramai yang mula berlari mencari tempat berteduh, aku juga mengorak langkah ke kereta. Sampai di kereta, aku loloskan diri sebelum hujan lebat membasahi kawasan rekreasi itu dan kereta aku pandu keluar membelah jalan pulang ke rumah.
Sejam perjalanan aku sampai di rumah agam kami. Namun, hatiku dijentik rasa pelik melihatkan rumah yang malap menandakan tidak kesemua lampu dibuka.
Aku pandu perlahan membawa kereta ke porch. Aku parkir di ruang kosong yang tersedia. Baju yang basah kuyup hingga menampakkan bentuk tubuhku aku lindung dengan kot hitam milikku.
Loceng rumah aku tekan beberapa kali. Heels Hush Puppies aku buka dan pegang. Mengigil tubuhku menahan sejuk. Mana bibik? Takkan bibik pun tak ada? Pergi mana semua orang dalam rumah ni?
Loceng ditekan lagi. Kebetulan, hari ini aku lupa untuk membawa kunci rumah. Loceng yang berbunyi nyaring tidak menampakkan sesiapa yang akan membukanya.
Aku termangu seketika di hadapan pintu. Menanti dengan harapan pintu akan terkuak dari dalam. Sudahlah sejuk hingga ke tulang ketika ini.
Elok kaki mahu melangkah ke arah pintu belakang, pintu mewah tersebut sudah terkuak luas. Aku terkejut! Kaki terasa mahu tersadung ke belakang. Namun, terasa ada tangan yang cepat memaut tubuhku erat daripada jatuh.
Mata aku pejam rapat. Dada berdegup kencang. Lama, rentak jantung yang kembali normal memaksa ku membuka kembali mata. Terbuntang mataku melihatkan dia. Mata aku kelip beberapa kali. Benjamin!
"Ehem!" si dia berdeham kuat. Aku tersedar. Tubuhnya segera kutolak perlahan.
"Mac..macam mana abang ada kat sini?" soal aku perlahan dan terkejut.
Setelah dua minggu pada kali pertama mereka bertemu di hotel terkemuka setelah empat tahun, kali ini lelaki ini muncul kembali. Dan debarannya masih sama. Masih melagukan irama cinta.
Mata Benjamin lekas naik merayap ke wajahku. Mataku direnung lembut.
Aku pantas mengalihkan mataku ke arah dadanya yang bidang. Baju kemeja kerja miliknya yang terbuka separuh di bahagian atas menarik minat untuk memerhatikannya di situ.
"Daddy dengan mummy minta I balik jenguk you kat sini. Risau anak dara diorang tinggal sorang-sorang. Takut jadi apa-apa." matanya masih lagi merenungku. Serba tak kena aku dibuatnya.
"Lia okay duduk sorang-sorang lagipun pembantu rumah dengan driver kan ada. " aku balas gugup.
Benjamin menepi. Memberi ruang untuk aku menapak masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup kembali.
"You memang lah okay duduk sorang-sorang tapi mummy dan daddy tak okay. You ingat kalau ada driver dengan bibik pun you selamat ke ?" Benjamin bawa tubuhnya ke dalam rumah. Kata-katanya aku endahkan sahaja.
Langkah Benjamin aku ikut dari belakang. Menunduk sahaja aku sambil berjalan. Tidak tahu reaksi bagaimana harus aku pamerkan.
"Aduh!" jeritku kuat.
Batu ke apa ni? Keras lain macam. Mesti benjol.
Benjamin yang terkejut segera menoleh memandangku di belakang. Seribu kerutan terpamer di wajahnya. Pelik agaknya bila mendengar aku mengaduh secara tiba-tiba.
Dibawa tubuhnya pantas ke arahku. Aku yang masih mendesis kesakitan menggosok-gosok dahiku. Pasti merah, fikirku.
"Sakit sangat ke ?" cemas dia bertanya. Bahu dia keras sangat ke? Nak ketawa tapi tak sampai hati bila melihatkan si gadis yang asyik meringis kesakitan. Takut sangat padahal dia belum buat apa-apa.
Wajahku dipaut erat mendekati wajahnya. Ditilik dahiku. Terteleng wajahku kiri dan kanan. Aku yang tidak bersedia terpaku. Dari mata, turun ke hidung singgah di kedua ulas bibir merah milik Benjamin.
Liur yang terasa kelat aku telan payah. Sekali lagi, aku jatuh cinta. Bukan sekali tapi berkali-kali.
Dahiku ditiup-tiup perlahan. Diusap-usap lembut. Perlahan-lahan wajah kami saling mendekat. Terdengar hembusan nafas Benjamin. Halkumnya bergerak-gerak.
Mengenangkan bibir yang semakin dekat untuk bertaut aku pejamkan mata. Menanti dalam debar. Jari-jemari Benjamin yang ralit mengusap dahiku kini turun membelai seulas bibir merah milikku.
Rambutku yang basah mengurai diselit di tepi telinga. Sebelah tangan kekar Benjamin meramas pinggangku. Kehangatan sentuhan Benjamin seakan menghalau rasa dingin di tubuh.Serasa longlai tubuhku dengan belaian dia.
"Sakit sangat ke ?" lembut suara dia menyapa halwa telingaku. Aku yang terbuai sepantas kilat membuka luas biji mata. Kami saling bertatapan dari jarak dekat.
"Aaa.. Hurmmm..tak, okay dah. Sikit je ni abang. Nanti okay lah tu.." tubuh segera aku jarakkan.
Mata ku larikan ke arah lain. Malu! Mesti dia fikir aku perempuan yang mudah menyerah diri. Tapi memang sejak dari dulu kalau aku hilang kawalan jika berada dekat dengannya. Tangan ini gatal benar ingin membelai.
"Lain kali, jalan mata tengok atas. Bukan menunduk tengok bawah. Nasib langgar I. Kalau langgar dinding tadi macam mana ? Mahu benjol dahi you tu. Dah satu hal pula.." sembur Benjamin.
Aku terdiam. Tadi bukan main lemah lembut tingkahnya. Nah, sekali disemburnya aku. Memang auto murung aku macam ni.
Aku masih diam. Meramas jari-jemari sendiri. Kot yang membaluti tubuh aku betulkan. Bibir kugigit.
"Hurmm..Lia naik atas dulu abang." pamitku. Suara seakan tidak terkeluar.
Kepala dianggukkan sahaja. Pantas, aku atur langkah mendaki anak tangga. Pandangan daripada Benjamin aku biarkan. Cepat-cepat aku lepasi tubuh Benjamin berhampiran tangga.
Lolos sahaja ke dalam bilik aku tutup rapat pintu bilikku. Pakej dengan kunci sekali. Aku menggosok dada yang terasa semput. Nafas kuhembus panjang. Mencari rentak jantung kembali.
Aku menggeleng kepala. Ternyata aura Benjamin masih lagi kuat. Berada berdekatan dengannya sering sahaja buat aku hilang kawalan kendiri. Tapi seakan terlerai sedikit rindu di hatiku pada dia. Tidak sangka kalau dia masih peduli akanku.
Usai mandi, aku bergerak turun ke bawah. Terasa lapar pula. Mengenangkan Benjamin yang turut bermalam di sini, cadangnya aku mahu memasak beberapa hidangan. Terasa rindu pula untuk memasak.
Kemeja lengan panjang paras lutut aku sarungkan ke tubuh. Hanya pakaian ini yang terbias di mata terlebih dahulu, maka aku capai sahaja. Rambut aku biarkan mengurai jatuh.
Menuruni tangga terdengar televisyen yang terpasang kuat. Aku mengeluh. Pasti ini kerja Benjamin. Aku jenguk ke luar. Terlihat Benjamin yang sedang mencekak sebelah sisi pinggang sedang bergelak tawa di telefon. Pasti lagi sedang beramah mesra seseorang.
Aku bawa langkah terus ke ruang dapur. Lengan baju aku sinsing ke siku. Biar tidak mengganggu proses nemasakku. Cadangku mahu masak ayam kicap bersama dengan sayur campur dan telur dadar sahaja.
Aku memulakan sesi memasak. Ke hulu ke hilir aku bergerak. Mundar-mandir di sekitar ruang dapur yang besar.
Sepasang tangan terasa menjalar ke tubuhku. Membelit pinggangku dari belakang. Aku terkejut. Pantas keraskan tubuh. Membuntang mataku dengan tindakan luar jangkaan daripada Benjamin.
"Masak apa yang? " soal Benjamin lembut.
Aku terkedu dengan gelaran diucapkan oleh Benjamin. Terimbau kenangan ketika hangat bercinta dahulu.
"Mas..massk.. Masak ayam kicap. " tuturku kurang lancar.
"Sedapnya. Tak sabar nak makan. " Benjamin bersuara riang.
Benjamin diam. Tunak berdiri di belakangku. Memelukku erat. Rambutku diselak ke tepi. Terdengar hembusan hangat nafas Benjamin menampar leher jinjangku.
Sesaat, terasa sebuah kucupan dilayangkan belakang leherku. Spontan aku lepaskan senduk ke dalam kuali.
"I miss you, sayang. Miss you so much. I'm glad you're back. " bisik Benjamin di telingaku.
Dilabuhkan kucupan demi kucupan di leherku. Benjamin melepaskan ciumannya lagi dan lagi. Dia tidak tahu kenapa dia cukup suka dengan leher jinjang Aulia. Nampak cantik dan seksi.
Dia bukan kemaruk atau ingin mengambil kesempatan tapi entahlah. Dia suka memanjakan Aulia, membelai Aulia. Dia rasakan ia adalah satu cara untuk dia luahkan rasa kasih dan sayang dia melalui sentuhan tersebut. Geram, digigit leher milikku.
"Ahh, abang. Don't do that. " aku terjerit kecil. Tidak tahan dengan gigitan yang diberikan dengan tiba-tiba.
"Dah siap.."
"Apa yang dah siap? "soalku keliru.
"Tanda." Benjamin menyeringai sengih.
"Tanda apa? " soalku lagi.
"Tanda cinta.." bisik Benjamin.
Aku berpaling. Menekup di bahagian yang digigit. Benjamin hanya tersenyum nakal. Aku tolak dada Benjamin daripada merapatiku.
"Yang.. " seru Benjamin
"Hurmm.. " balasku. Aku masukkan kicap ke dalam kuali.
"Nelly tu cantik juga eh. Dah kahwin ke belum tu?" soal Benjamin.
Aku membulatkan biji mata. Bibir kuketap rapat. Kurang asam!
Aku tolak kuat tubuh Benjamin. Oh, tadi manja-manja dengan aku. Lepas tu boleh pula sebut nama perempuan lain. Dasar!
"Tak tahu. Pergilah tanya dia. Tanya saya buat apa. Saya bukan pejabat agama. " bentakku tanpa sedar.
Tangan menggaul kembali ayam kicap dalam kuali.
Benjamin tertawa kuat. Sah, Aulia cemburu.
"Sayang jelous ke? "
Aku mendengus.
"Tak ada maknanya saya nak jeles dengan awak. Saya ni bukan siapa-siapa pun. " tukasku kasar.
Semakin kuat Benjamin tertawa.
"Sayang kan adik abang. 'Adik' kesayangan! " makin kuat Benjamin mengusik bila melihatkan wajah Aulia yang sudah memerah menahan geram dan cemburu.
Aku berpaling deras. Benjamin mengundur ke belakang. Air liur ditelan. Cik Puan dah naik angin!
"Awak masak sendiri !" ujarku ingin berlalu keluar daripada dapur. Tiada mood sudah nak memasak.
"Yang...Abang mana pandai masak. " tukas Benjamin cemas. Meleret suaranya.
Melihat aku yang sudah melepasinya, Benjamin paut jemariku dari belakang.
"Eh yang. Janganlah macam ni. Abang bergurau jelah. Masak lah cepat. Abang lapar ni. Kesian perut abang dari tadi tahan lapar. Sorry okay.." pujuk Benjamin menyebekkan mukanya.
Aku keraskan wajah walhal mahu meletus sudah tawaku. Alahai, makin manja sekarang.
"Awak duduk sana. Awak kacau saya sekali lagi. Siap awak! " arahku sambil menunding jari ke meja.
Benjamin anggukkan kepala laju.
"Okay, Okay! Abang duk sini..eh duk sana. " Benjamin angkat kedua belah tangan.
Diatur langkah mengambil tempat di meja makan. Telefon Iphone miliknya dibuka. Membalas whatsapp daripada sahabatnya. Sekali sekala terdengar tawa yang meletus di bibirnya. Aku mengerling sekilas. Ketawa macam nak pecah gegendang telinga aku.
"Yang! "
Aku menoleh. Dagu aku ayunkan ke depan.
"Lambat lagi ke? Dah menangis dah perut abang ni yang. Lapar punya pasal.. "
Aku menjeling. Mengada!
"Ya, kejap. Dah siap dah ni. Sabar sikit boleh tak?"
Benjamin tersengih. Perut ketaknya digosok beberapa kali.
"Tak boleh sabar dah yang. Rindu nak makan masakan sayang. "
Aku menjulingkan mata ke atas. Hati yang berbunga-bunga aku kawal. Bibir yang mahu menguntum senyum aku keraskan. Aku hidangkan makan malam. Benjamin masih dengan telefon di tangan.
"Makan. Letak dulu telefon tu tepi. " ujarku.
"Sayang ni sejak balik oversea, garang lain macam. Tapi takpa, abang suka. Lagi buat abang geram. " seloroh Benjamin. Digigit bibirnya.
Aku buat tidak tahu. Malas untuk melayan. Nanti makin menjadi-jadi hormon gatalnya. Tengoklah tadi. Tak memasal leherku ada cop mohor. Nasib sahaja agak terlindung.
"You tak makan sekali ke yang? "
"Nak makan lah ni. " balasku ringkas.
Aku melabuhkan duduk di hadapan Benjamin. Sekali lagi Benjamin menjadi kanak-kanak terencat akal. Mahu aku sendukkan itu dan ini ke pinggannya. Benjamin benar-benar membuli aku malam ini. Siap minta aku buatkan milo panas lagi untuk dia selepas ini.
Didekati aku yang asyik membasuh pinggan di sinki.
"Thanks sayang. Nanti masak lagi tau. Sedap! Jangan lupa milo panas untuk abang. Nah upah!"
Kedua belah dikucup pipiku dari belakang. Lama dibenamkan bibirnya ke pipiku. Tidak cukup dengan itu sekali lagi digigit leherku. Kali kedua tanda cinta diberikan.
"Benjamin!!!!!! " jeritku lantang. Bergema di segenap ruang dapur. Pening kepala aku dengan sikapnya yang makin nakal sekarang. Pantang ada peluang.
Benjamin mencicit berlari keluar daripada dapur bersama tawa kuat mendengar jeritan nyaringku yang berjaya menerombos masuk ke ruang telinganya. Seram dengan aura garang Aulia sekarang. Tapi dia suka, sudah lah makin matang dan cantik seraut wajah itu. Tidak jemu dipandang. Buat dia rasa macam nak gigit-gigit sahaja.
Aku mendengus kasar. Terdengar sayup-sayup Benjamin melagu kuat ketawanya. Aku menoleh menyambung semula membasuh pinggan mangkuk di sinki. Seketika, bibir menguntum senyum. Sedikit sebanyak menjemput kembali rasa bahagia.
Macam mana chapter hari ini? Drop your comment! enjoy reading. Muah! Nakal Benjamin sekarang. Haha.
Share this novel