BAB 46

Romance Series 247373

Sejak aku mengambil alih syarikat peninggalan arwah daddy, aku rasakan masa untuk aku berehat kurang. Tengok lah sekarang ini. Ketika dalam kepala berfikir hendak berehat, aku masih lagi sedang bersiap untuk ke pejabat.

Kebetulan aku juga tiada mood untuk bersiap-siap seperti biasa, jadi baju kurung kain kapas warna maroon menjadi pilihan aku. But dont worry, still look stunning.

Sedang elok bersiap, telefonku menjerit nyaring. Kalut-kalut aku melangkah ke meja sebelah katil. Nama seseorang di talian membuatkanku tersenyum girang.
Butang hijau segera aku swap ke atas. Kedengaran suara di hujung talian.

"Aulia Natasha!" seru seseorang di hujung talian. Aku tersenyum.

"Yes my hubby.." telefon aku kepit di tangan sambil sebelah tangan lagi sibuk meletakkan lipstick di mulut.

"Sayang. Where are you now? " tanya si dia serius.

"Well, I guess in your heart.." aku bermain kata.

Kedengaran dengusan di hujung talian. Aku menahan ketawa yang bakal meletus.

"Sayanggggg... " merengek dia memanggil aku.

Aku menjulingkan mata ke atas. Mula dah manja dia.

"Yes my lovely hubby.." sahut aku lembut. Layankan sahaja!

"Sayang ada kat mana lagi? Meeting nak start dua jam lagi tahu tak ? Tulaa abang ajak naik kereta sekali sayang tak nak. Nak pergi asing-asing jugak. " bebel dia padaku.

Aku diam. Sibuk mencapai beg tangan dan sandangkan ke bahu. Beberapa fail penting di atas cadar katil aku capai.

"Ya, abang. Lia dah nak keluar dah ni. Lia kan bangun lewat.  So, taknak la lambatkan abang. Nanti kalau dua-dua lambat macam mana? Abang..." panggil aku manja.

"Yes baby. Nak apa? Nak abang kiss ke? " kedengaran gatal suara si suami di hujung talian

"Ish, dengarlah ni. Nanti kalau Lia lambat abang tolong la cover meeting tu dulu okay. Please.." rengek aku manja.

Beg tangan dan fail aku letak di tempat duduk belakang. Kereta hadiah pemberian Benjamin aku hidupkan. Tubuh aku loloskan masuk ke kereta.

Jawapan si suami masih lagi aku tunggu. Sementara itu, sempat lagi aku tilik muka di cermin pandang belakang.

"Hello Mrs. Benjamin. Awak tu CEO tahu. Ada pula abang yang nak kena start meeting. Kita pergi meeting kat syarikat dia, kita yang kena start meeting." rungut Benjamin perlahan.

Aku melipat bahagian tepi tudung.

"Alah. Tolong laa sayang. Nanti sayang kasi upah. Nak tak? " umpan aku manja.

"Okay. Kalau abang tolong sayang, apa upah yang sayang akan bagi kat abang? " umpanku berbalas. Alamak!

"Ermm..ermm..abang cakap je abang nak upah apa, nanti Lia kasi." tetiba aku tergagap.

Mendengarkan aku yang gagap di talian, meletus ketawa kuat Benjamin. Dia tahu aku malu bila masuk bab-bab daring ni.

Benjamin kalau dah datang mood mengada dan menggatal dia jangan harap laa aku boleh lepas. Berbeza benar dengan perangai sebelum jadi suami. Dulu kalau tidak, annoying je selalu kalau dengan aku. Dengan orang lain tak pula.

"Tolong abang tak nak tapi kalau upah abang nak. Malam nanti abang nak upah tau. Aummm.." seriau aku dengar. Gatal je memanjang.

"Semalam kan sayang dah kasi. Abang ni..." rengek aku lagi. Merah muka aku mengingatkan semalam Benjamin merengek mahukan belaian daripada aku.

"Eh takde-takde, tu semalam okay. Harini, harini punya upah laa. Takkan sayang tak nak pahala lebih" kedengaran ketawa kuat di hujung sana.

Makin merah muka aku jadinya. Aku mendengus kasar. Oh, pasal itu tahu pula dosa pahala. Berlambak lagi lah cara kalau mahu dapat pahala. Nasiblah dapat suami clingy macam ni. Lagi melayan lagi jadi. Pelipis aku garu-garu sedikit.

"Tak sekarang ni boleh tolong ke tak?" soal aku perlahan. Mood serius on.

"Kan abang dah cakap tolong abang tanak tapi upah abang nak. " ulang Benjamin sekali lagi.

Ohhh berkira! Tak apa, tak apa. Berkira sangat kan.

Serentak aku julingkan mata ke atas. Sakit hati jugak kadang-kadang dengan CEO tampan seorang ni. Tiba-tiba teringat perangai Benjamin suatu masa dahulu, ketika zaman jatuh cinta, patah hati dengan si suami.

"Tak apa lah kalau abang tak nak tolong sayang. Tunggu je Lia sampai. Abang berkira sangat kan. Malam ni you tidur luar sorang-sorang. Jangan gatal-gatal nak tidur dengan I.." ugut aku.

Tidak sempat ugutanku berbalas, punat off telefon aku tekan. Telefon aku campak ke tempat duduk penumpang. Padan muka!  Siapa suruh berkira dengan isteri sangat. Aku gelak jahat.

Sahaja aku berikan ugutan kepada Benjamin. Dia mana boleh kalau tidur tak peluk bini dia. Mula laa bangun pagi esok muka masam, asyik merengek, menyendeng 24 jam dengan aku.

Dah macam perempuan mengandung pon ada dia punya tahan clingy dengan aku. Tapi, aku layankan sahaja. Siapa tak sayang laki oii. .

Tengok sajalah di bahagian leher aku, penuh dengan 'tanda cinta' yang dia ukir semalam. Berseni sungguh! Nasib baik aku pakai tudung. Kalau tidak malu tujuh keturunan.

Memikirkan aku yang akan lambat sampai di office, kereta aku gerakkan menuju ke syarikat. Harap sempat sampai sebelum mesyuarat bermula.

••••

Pintu bilik yang tertera nama aku, aku tolak perlahan. Namun aku tercengang seketika. Kelihatan Benjamin santai menyandar duduk di kerusi empuk milik aku. Tiada pula kulihat kereta si suami di bawah.

Segak Benjamin hari ini. Lengkap dengan sut pejabat warna hitam. Sepertinya aku rasa semalam aku iron warna lain. Mana-mana jelah. Janji handsome.

Mata helang miliknya merenung aku dari atas sampai bawah. Tangan kekar miliknya naik memeluk tubuhnya yang sasa.

Aku memerhati dengan muka yang pelik. Dah kenapa tiba-tiba pandang aku semacam. Buruk ke aku pakai hari ni? Muka aku make up comot ke? Tangan naik memegang muka sendiri.

Benjamin mengatur langkah ke arah aku. Aku menunggu dengan debar. Mata saling merenung. Macam nak goda aku je ni. Liur aku telan.

Tiba di hadapan aku, pinggang aku dia sauk. Melekap ke tubuhnya. Kedua belah tangan aku tekap ke dadanya.

"Kenapa letak tangan kat dada abang?" soal dia perlahan.

Aku menelan liur sekali lagi.

"Ermm..ermm..abang nak buat apa ni? Abang jangan nak macam-macam eh. Kita ada meeting sekejap lagi.. " aku mengingatkan Benjamin.

Benjamin tertawa kecil. Terserlah aura ketampanan suami aku ni.

Tubuh aku ditarik masuk ke dalam lagi. Muka didekatkan ke arah muka aku. Bibirku ditiup-tiup lembut. Aku diam kaku. Abang, you seduced me, bisik aku dalam hati.

"Mana ada abang nak macam-macam, abang just nak.. " dibiarkan kata-katanya tergantung.

Dikemam bibirnya sambil bebola matanya merenungku atas bawah
Aku perhatikan shaja bebola mata seksi miliknya terhenti di dadaku. Jangan cakap dia nak..

Tidak tunggu lama, Benjamin selak tudung pink belacan milik aku. Dibenamkan wajahnya di leherku. Aku terkedu.

" I miss you sayang. So much! Kenapa sayang lewat? Lama tahu tak abang tunggu sayang kat sini.." gumam Benjamin manja.

Puas aku memasang telinga untuk menangkap bait kata yang diucapkan Benjamin.

"Sorry abang. I miss you too. Lama dah ke abang sampai?" soal aku lembut sambil mengusap-usap rambutnya yang hitam kilat.

Soalanku dibiarkan sepi. Benjamin sibuk melepaskan rindu dia. Aku tilik jam di tangan. Ada lagi setengah jam. Kalau dibiarkan mahu melarat nanti.

Meeting ke mana, kami ke mana nanti. Suami aku ini hyperaktif sedikit orangnya.

"Abang. Jom.. " ajak aku lembut.

Mendengarkan ajakan aku, terhenti 'kerjanya' dari tadi. Kepala dia dongakkan menatap wajah cantik isterinya ini. Aku tersenyum manis.

"Kalau tak nak meeting boleh tak? Kita postpone hari lain. Abang rindu. Sayang cantik sangat hari ni. Abang jealous.." rengek dia. Wajah Benjamin benamkan di dadaku pula.

"Ehh, abang jangan nak mengada ya.." Kadang-kadang tak terlayan aku dengan perangai manja Benjamin ini. Aku tertawa kecil.

Ketawa yang meletus berjaya mengalihkan Benjamin yang asyik memelukku. Sekali lagi wajah tampan miliknya didongak memandang aku.

"Kenapa sayang gelak? Nak kata abang manja lah tu. Ada abang kisah.." sejurus itu tubuhku dipeluk lagi. Kali ini dibenamkan pulak wajah dibahuku. Dicium-cium bahu aku.

"Sayang..peluk laa abang. Sayang ni. Tak sayang abang ke apa? " rengek dia kuat.

Ya Allah. Suami siapa lah ini. Tolong!!

"Kena peluk balik ke? Okay-okay Lia peluk abang. Ya Allah suami siapa lah ni.." ujarku. Kepala aku geleng perlahan.

"Suami sayang laa.." gumam Benjamin manja. Clingy lahai suami aku ni. Tak terfikir seorang CEO yang tegas dan serius ni seorang yang sangat manja.

"Dah-dah, jom. Balik nanti kita sambung pula okay. Sekarang kita meeting dulu. Balik nanti Lia masakkan abang ayam masak kicap." pipi Benjamin aku usap lembut.

Mendengarkan tawaran aku untuk masak kegemaran dia, segera dialihkan wajah dari bahuku. Girang wajahnya memandang aku. Suka sangat kita nak masakkan lauk kegemaran dia.

"Betul? Sayang tak tipu? " soal dia tak percaya.

"Ye betullah. Tapi kita kena meeting dulu lah. Lagi setengah jam nak start meeting dah ni. " pipi dia aku usap lagi.

"Okay. Jom. " ditarik tangan aku menuju ke bilik meeting. Sebelum pintu ditutup sempat lagi dia kemaskan baju dan tudung aku. Namun, bukan itu sahaja dadaku juga sempat diramas oleh dia.

"Heiii! " terjerit aku dibuatnya. Nakal sungguh suami aku ni.

"Alah. Abang pegang sikit je pun. Kedekut! Lebih dari pegang abang dah buat lah.." cebik dia sambil tangan aku digenggam dan diheret lembut. Merah muka aku mendengarkan kata-kata dia.

Tak sangka, abang tiriku suamiku sekarang. Mengingatkan kisah dulu, bersyukur aku akhirnya bersatu dengan cinta hatiku.

Genggaman tangan dia aku balas. Benjamin kenyitkan mata ke arah aku. Aku hanya mampu mengulum senyum sambil menggelengkan kepala.

Aku julingkan mata ke atas. Tak ambil hati dia, sebaliknya dia tertawa kuat melihatkan reaksi aku. Tanganku dikucup lembut.

"I love you, sayang abang.." bisik dia menggoda di telingaku.

Aku tersenyum manis. Dengan perlahan juga aku bisikkan di telinga Benjamin.

"I love you too abang sayang.." telinga dia kukucup lembut.

Pintu ditutup dan kami akhirnya jalan beriringan menuju ke bilik mesyuarat.

••••

Pintu bilik meeting Benjamin tolak perlahan. Aku mengikuti langkah si suami di belakang. Suamiku bergerak ke hujung meja. Dilabuhkan duduknya kemas di kerusi tersebut. Aku turut labuhkan dudukku di sebelahnya.

Turut kelihatan Akif Hafeez dalam mesyuarat kali ini. Sekilas, teringat aku akan kisah yang terjadi dahulu. Aku tahu kalau Akif serius untuk menjalinkan hubungan dengaku tapi hendak buat macam mana, hati aku tidak boleh dipaksa. Dah setia pada Benjamin Luthfias, suamiku sekarang dan selamanya.

Benjamin kulihat tenang membelek kertas presentation miliknya. Sesekali rahangnya bergerak-gerak. Cair aku melihatnya. Melihatkan aku yang asyik merenungnya, segera pandangan diangkat melihat aku.

Aku hanya tersenyum simpul mengenangkan renunganku berjaya ditangkap oleh si suami. Dia mengangkat kening. Aku gelengkan kepala.

"Yes sayang. Anything? " soal dia. Kertas dibelek-belek lagi.

Sekali lagi aku gelengkan kepala.

"Are you sure? " tanya dia sekali lagi melihatkan gelengan daripadaku.

"Yes. Its just abang nampak segak hari ni." ujar aku perlahan.

Dia tersenyum senget.

"Hari ni je? Hari lain abang tak nampak segak eh? " muka didekatkan ke wajahku. Spontan tangan naik menahan wajah si suami.

"Ehh tak. Bagi Lia suami Lia ni always segak. Masa tidur pun segak.. " ujar aku segan sambil mata melingas kiri kanan melihat yang lain dalam meeting tersebut. Nasib yang lain sibuk dengan preparation untuk meeting yang akan bermula sebentar lagi.

Seketika, renunganku bertaut dengan Akif Hafiz yang tersenyum manis menyapa ke arah kami berdua. Renungan tersebut segera tercantas apabila tangan kekar milik Benjamin bertindak memalingkan wajahku dari merenung Akif Hafiz.

Renungan bertukar dengan Benjamin. Kelihatan muncung wajah suamiku. Akif Hafeez hanya tertawa kecil dengan gelagat Benjamin.

"Abang tak suka sayang tengok dia. Abang jealous.. " jujur dia ungkapkan padaku.

Aku tertawa kecil. Namun segera aku hentikan. Makin muncung pula suami aku ini nanti.

Melihatkan mereka yang lain masih sibuk, pipi Benjamin aku usap lembut. Cepat-cepat aku kucup pipi dia. Tanda memujuk. Terukir senyuman di wajahnya.

Tangan kekar miliknya aku gapai di bawah meja. Aku elus lembut tangan kekar itu.

"Just you and only you.." bisik aku lembut.

Bisikanku berjaya menghasilkan senyuman meleret di wajah itu. Suka dia.

"Me too.." bisikanku turut berbalas.

Tidak menunggu lebih lama, meeting segera dimulakan.

••••

Kereta aku parkir di porch kereta. Tidak lama kemudian, suamiku turut parking di sebelah keretaku. Kami berbalas senyuman.

Pinggangku dipaut lembut. Kami beriringan masuk ke dalam rumah. Tidak terus naik ke atas, Benjamin merebahkan badan di sofa ruang tamu. Aku menuju ke dapur.

Aku tahu beberapa malam kebelakangan ini suamiku kurang masa untuk berehat. Sibuk menyiapkan kertas pembentangan untuk mesyuarat pada hari ini. Aku biarkan Benjamin berehat seketika sj sofa ruang tamu.

Aku melenggang menuju ke dapur. Perlahan, aku kembali semula dengan membawa segelas jus oren ke ruang tamu. Kelihatan Benjamin memejamkan mata sambil tangan diletakkan di atas dahinya. Terserlah kepenatan di wajah tampan itu.

Tubuh aku simpuh di sebelah sofa. Pipinya ku usap lembut. Mata yang terpejam segera dicelik. Pandangan kami bertembung. Aku melemparkan senyuman manis.

"Abang penat ? Nah, minum dulu air ni. " sua aku lembut. Benjamin bingkas menyandar perlahan.

Dia hanya tersenyum. Diusap-usap pipi aku yang gebu. Dibawa ke mulut sebelum diteguk sampai habis.

"Thanks sayang abang.." ucap Benjamin lembut. Dikucup dahiku yang licin.

Gelas disua ke arah aku. Aku sambut gelas tersebut dan letakkan di meja ruang tamu. Tubuh lampai milikku kulabuhkan di atas ribanya. Dia menyambut tubuh lampaiku. Dipeluk pinggang langsingku.

Tangan aku gerakkan merungkaikan tali leher Benjamin. Dia hanya memandang tanganku yang lincah. Seketika tangannya dibawa mengusap-usap perut kempis aku.

"Bila lah nak ada baby kan sayang? Abang tak sabar nak jadi papa. Sayang pun mesti tak sabar nak jadi mama kan? " tanya dia lembut sambil renungan dipahatkan ke wajah aku.

Aku tersenyum. Memahami keinginan Benjamin.

"In shaa Allah papa. Nanti ada lah tu rezeki kita. Lagipun kita baru kahwin kan. Baru dua bulan lebih. Lia nak spend more time dulu dengan abang. Dulu jauh sangat bawa diri.." aku usap pipi dia. Bertuah dapat suami sekacak dan sebaik dia.

Bibirku dipagut lembut. Lama sebelum dilepaskan.

"Sayang.. " meleret suara dia

"Yaa abang. " sahut aku lembut

"Tolong jangan tinggalkan abang lagi. Seksa hati abang sayang bawak diri jauh-jauh. Lagi seksa bila sayang dah takda kat depan mata. I can't imagine if sayang dah ada someone else kat sana"  kulihat mata dia berkaca.

"Heiii, Lia janji Lia takkan tinggalkan abang lagi. Seksa juga hati Lia rindukan abang. I can't imagine too if abang jadi kahwin dengan Mel.. " aku tentang mata Benjamin yang berkaca.

Sungguh aku juga tidak sanggup berpisah dengan dia. Namun, kerana tidak mahu terus hanyut dengan cinta yang tak mungkin aku miliki membuatkanku menyambung pelajaran di luar negara. Jauh daripada family daripada Benjamin.

Empat tahun membawa diri belum mampu melenyapkan cintaku pada dia. Namun, aku redha andai dia bukan milikku. Tapi, andai jodoh dia tetap milik aku.

"Tapi lagi seksa bila sayang ada depan mata tapi abang tak boleh nak bagitahu kalau sayang ni milik abang. Sayang jauh dari gapaian abang. Allah je yang tahu rasa hati abang masa tu."  kucupan diberikan di pipiku berkali-kali membawa pergi kenangan lalu.

Aku lentokkan kepala dibahu Benjamin. Bau tubuhnya aku sedut lama. Lehernya kukucup lembut. Aku faham perasaan dia kerana aku turut rasakan apa yang dia rasa. Sungguh aku cintakan dia.

"I know. Lia pun rasa benda yang sama. Lia sayang abang. Lia cintakan abang." bisik aku lembut dilehernya. Dadanya aku usap-usap perlahan.

Melihatkan aku yang asyik mencium lehernya beserta usapan di dadanya seakan memancing dia untuk pergi lebih jauh. Segera tubuh yang tadi duduk dibangunkan. Aku terpinga-pinga dengan tindakannya. Baru nak manja-manja.

Kelihatan halkumnya bergerak-gerak sambil memandangku. Aku telan liur.

"I can't hold myself anymore. I want you baby.." serentak itu tubuhku diangkat gaya bridal style menuju ke tingkat atas bilik kami.

"Tapi Lia nak masak laa abang. Mandi pun belum lagi ni. Peluh badan ni.." rengek aku dilehernya.

"Later. Kita mandi sama-sama nanti. Sekarang abang nak 'masak' sayang abang ni dulu.." nakal kedengaran suara dia.

Dadanya aku tumbuk lembut sebelum tanganku naik memaut lehernya. Redha sahaja lah. Sayang suami kan..

••••

Tubuh yang basah, aku balutkan dengan tuala putih. Tuala kecil aku balutkan ke kepala. Berkemban aku keluar daripada bilik air.

Aku menuju ke katil. Benjamin masih tidur pulas seolah dia lah yang paling letih. Aku labuhkan punggung di birai katil. Tubuh sasa yang terdedah separas pinggang mengundang merah di wajah aku. Seksi!

Tangan aku main-mainkan di wajahnya. Aku usap lembut bibir merah itu. Aku alur-alurkan jari runcingku ke wajahnya. Ralit aku memerhati wajah tampan ini. Serasa tidak puas aku.

Kedengaran Benjamin merengek perlahan.

"Ermmmm.." rengek Benjamin seketika. Terasa terganggu tidur dia. Dipeluk pinggang si isteri disebelah tanpa sedar. Dibenamkan wajah diperut isterinya.

Aku hanya tertawa kecil. Alahai. Perlahan aku lepaskan lingkaran tangan kekar Benjamin di pinggang aku. Comforter aku tarik menutupi dada Benjamin yang terdedah. Sempat aku kucup bibir yang merah menggoda itu.

Baju tidur separas lutut aku sarungkan ke tubuh. Rambut yang masih basah aku lepas bebas. Aku tutup perlahan pintu bilik menuju ke dapur. Dalam fikiran sudah terangka untuk makan malam kami. Ayam masak kicap, ikan goreng, sayur campur dan sambal belacan.

Bahan-bahan aku keluarkan dari peti ais dan siap untuk berperang di dapur menyiapkan makan malam.

Sejam berperang di dapur, siap sudah semua hidangan makan malam. Aku sibuk membasuh pekakas memasak sebentar tadi. Cadangnya mahu naik ke atas selepas memasak untuk menjenguk si suami. Namun, tiba-tiba  serasa ada tangan yang menjalar dipinggangku. Tak payah paling pun dah tahu siapa gerangannya. Siapa lagi kalau bukan encik suami.

"Hai sayang.." tubuhnya melekap di belakang badanku. Bahuku yang terdedah dicium-cium. Rambutku diselak ke tepi.

Tubuh aku palingkan ke belakang. Menatap wajah kacak si suami. Kelihatan Benjamin siap dengan seluar bermuda paras lutut dan tshirt biru muda. Mesti baru lepas mandi. Rambut pun masih basah lagi.

"Sayang masak apa? Dari atas abang dah boleh bau. Hurmm, lapar la sayang. Tak kenyang makan sayang tadi.. " digosok-gosok perut berketak miliknya.

Gulp! Aku terdiam mendengar kata akhirnya. Merah mukaku menahan malu.

"Okay Jom. Kesian husbaby Lia ni lapar eh.. " aku kawal semula riak muka. Tidak terlalu ketara menonjolkan riak mukaku.

Benjamin tersenyum senget. Dia tahu kalau isterinya sedang cuba menahan rasa segan. Benjamin kelipkan matanya beberapa kali memandang aku.

"Apa abang ingat comel tayang muka macam tu? Dah gaya orang OKU sayang tengok.." giat aku mengusik dia.

Benjamin hanya mencebikkan bibir dan mengangkat bahu tanda tak kisah dengan usikan aku. Dia berpaling dan berlalu pergi ke meja makan. Kerusi meja makan ditarik sebelum Benjamin labuhkan duduknya.

Malas layan, lapar sangat lah tu. Aku hanya memandang gelagat Benjamin yang sibuk menghidu masakan aku.

"Yang..." rengek dia lagi.

Haih, nak apa pula.

"Iyaaaa abang.." sahut aku kuat. Tak nampak ke orang tengah basuh tangan.

"Cepat lah. Abang lapar dah ni. Yang sayang duk tercegat kat situ lagi kenapa? Berapa jam nak basuh tangan tu.."

"Jap. Sayang basuh tangan jap." siap basuh tangan aku atur langkah meja makan.

"Sedapnya sayang masak. Kalau setiap hari sayang masak sedap macam ni abang tak jamin badan abang maintain kurus. " dicedok lagi sayur campur ke dalam pinggan.

"Elok lah kalau gemuk pun. Biar tak ada perempuan yang berani ganggu abang.." luah aku selamba. Benjamin mencebik.

Aku menyuap nasi masuk ke dalam mulut. Tiba-tiba teringat mengenai meeting kami sebentar tadi. Ada benda yang ingin aku bincangkan dengan dia.

Kulihat Benjamin leka menjamah nasi. Gaya macam lapar setahun. Aku berdehem.

Mendengarkan deheman aku, Benjamin berhenti makan seketika dan memandang aku. Berkerut wajahnya.

"Kenapa sayang? Tersedak ke? Nak air tak? Nak abang tuang? " kalut dia bertanya.

"Ehhh tak tak. Lia okay je. Actually Lia ada benda nak cakap dengan abang " ujar aku perlahan. Nasi kukuis-kuis.

Benjamin memandangku.

"Okay. Proceed" arah dia. Keluar aura CEO dia.

"Abang tak rasa ke perjanjian yang dibuat oleh Syarikat Venture tu macam bias sikit? Its looks like perjanjian itu kelebihan lebih terarah kepada mereka berbanding kita." jelas aku.

"Okay. Boleh abang tahu kenapa sayang berpendapat macam tu?"

"Cuba abang ingat. Dalam meeting tadi, bila kita usulkan cadangan tak ramai yang menyokong dan bersetuju berbanding sokongan untuk usul daripada pihak mereka. Abang tak rasa ke ada something wrong with it?" jelas aku lagi panjang lebar.

Lama Benjamin menatap wajah aku sehingga naik segan aku dibuatnya. Tiba-tiba dia tersenyum senget. Kacak sekali!

"Abang kenapa tiba-tiba senyum macam tu kat Lia? Sorry kalau apa yang Lia cakap buat abang rasa macam lawak. Its just.. " kata-kata segera dicantas oleh Benjamin

"No, no. Bukan. Abang tak sangka isteri abang ni bijak. Okay lah. Let me tell you. Actually, abang perasan je. Tapi biasalah sayang. Memang ada pro dan kontranya sesuatu perjanjian tu. Sayang jangan risau. Tak ada apa lah." tukas Benjamin.

Aku menganggukkan kepala lambat-lambat.

"Sure? "soalku.

"Ya, lagipun diorang sebuah syarikat sederhana besar sahaja. Takkan effect apa-apa pun pada kita sebab pada akhirnya mereka harus akur dengan kata sepakat yang dah dibuat.." sambung Benjamin. Nasi disuap ke dalam mulut.

"Okay lah kalau dah abang cakap macam tu. Its just Lia tegur yang mana Lia rasa macam tak betul. " ujarku perlahan.

Benjamin tersenyum.

"Tak payah risau lah. Betul dah la tu perjanjian tu. Tapi, bijak juga isteri abang ni. Tak sia-sia bawa diri jauh-jauh empat tahun sambung master.. " tukas Benjamin selamba.

Aku mengulum senyum. Mendapat idea untuk membalas gurauan daripada Benjamin.

"Kalau macam tu Lia nak sambung study balik la kat tempat lama. Nak ambil PHD pula. " ujarku bersahaja.

Ternyata kata-kata aku berjaya membuatkan dia yang tadinya sibuk menjamah nasi menatap wajah cantikku kembali. Aku tahan gelak.

"Sayang berangan jela. Takpun sayang mimpi. Sayang ingat abang nak bagi sayang bawa diri jauh-jauh dari abang lagi? No way! In your dreams. " tukas dia kuat. Sekali dengan memek muka dia persembahkan kepadaku.

Terletus kuat ketawaku yang aku tahan dari tadi. Takut benar kalau aku bawa diri lagi sekali tinggalkan dia.

Yang manis-manis untuk anda. Enjoy reading! Jangan lupa komen. Nak ending dah Bila Hati Ingin Dia..

Share this novel

rimatanti
2021-08-19 00:39:40 

dah boleh tidur mlm dgn selesa ni.. sbb mcm dpt bayangkan


NovelPlus Premium

The best ads free experience