Sekejap sahaja masa berlalu. Seminggu selepas pertemuan aku dan Benjamin, benda yang kami bincangkan telah selamat terjadi pada hari ini.
Mummy telah selamat bernikah dengan uncle Razman. Majlis kecil-kecilan telah diadakan. Sudah aku katakan, tiada guna juga kalau kami keras dengan keputusan kami kerana ianya tidak akan mengubah apa-apa. Jadi, rela atau tidak kami harus bersetuju juga.
Uncle Razman tetap menikahi daddy dan mummy tetap menerima lamaran uncle Razman. Jadi, walau Benjamin marah sekalipun, aku tidak boleh buat apa-apa melainkan hanya bersetuju.
Majlis pernikahan mummy dan uncle..hurmm maksud aku daddy Razman berlangsung dengan lancar. Ada juga kedengaran suara-suara sumbang yang lancang sesuka hati melabel mummy yang bukan-bukan. Namun, mummy tebalkan muka, pekakkan telinga,bisukan mulut.
Aku juga abaikan mereka. Tidak luak juga kalau mereka bercakap. Nanti pandai-pandailah mereka diam. Kalau berbalah tidak juga mendatangkan sebarang faedah, maka lebih baik diam.
Pernikahan diadakan di rumah agam mewah Dato Razman dan Benjamin. Aku turut menjemput Tiara dan keluarganya ke majlis tetapi kelibat Tiara dan Azim sahaja yang datang. Kata Tiara, keluarganya menghadiri majlis pernikahan saudara terdekat mereka di Damansara. Hanya kiriman hadiah diberikan.
Dari jauh aku memerhati tingkah Aqeela Sania yang asyik menempel di sisi Benjamin. Sesekali kulihat Benjamin cuba untuk melepaskan lilitan tangan Aqeela yang berlingkar di lengan sasanya. Tidak selesa, Aqeela Sania asyik menempel. Aku menahan ketawa.
Benjamin segak hari ini. Senada warna bajunya dengan bajuku, maroon. Segak bersamping dan bersongkok. Sesekali kulihat dia melepaskan ketawa bersama rakan-rakan di hujung meja sana. Senyuman yang mekar kini layu mengenangkan aku dan dia kini sudah rasmi sebagai adik beradik tiri.
Aku melepaskan keluhan perlahan. Benjamin di hujung sana masih lagi asyik bersembang rancak dengan rakan-rakannya.
"Engkau ni kenapa Lia?" terjah Tiara tiba-tiba.
Aku mengurut dada yang terkejut. Azim di sebelah sudah mengekek ketawa. Kelakar sangatlah tu. Huh.
"Kau memang tak boleh nak tegur orang elok-elok ke? Memang suka terjah macam tu je?" dengusku. Kacau je orang nak cuci mata.
"Tak adalah. Kau tu aku tengok asyik sangat pandang hujung sana tu. Nak juga tahu kau tengah pandang apa." tebak Tiara hampir mengena. Azim di sebelah mengangguk seperti burung belatuk. Mengiakan kata-kata buah hatinya.
Aku mengherotkan mulut. Nampak je si Tiara ni. Aku gelengkan kepala.
"Tak ada apa lah. Tengok mummy dengan uncle..ehh daddy Razman tengah borak-borak kat hujung sana." bohongku.
Tiara mengusap-usap dagunya. Wajahku dan mereka di hujung sana dilihat silih berganti. Boleh percaya ke?
"Apa pandang-pandang?" soalku sambil menjegilkan mata.
Lama dipincingkan mata ke arahku. Kecil besar kecil besar sahaja dia melihatku.
"Kau tengok mummy dengan daddy kau atau kau tengok 'abang' kau ?" tebak Tiara. Bubur kacang suam-suam kuku disuap masuk ke dalam mulut.
"Engkau kan. Kalau tak merepek sehari memang tak boleh erk? Azim! Macam mana kau jaga awek kau ni hah?" Azim yang asyik menyudu makanan tersentak.
Tiara disebelah dikerling. Tiara buat tidak peduli sahaja. Salahkah soalan dia tadi? Alah, bukan dia tidak nampak Aulia asyik memerhatikan Benjamin sebentar tadi. Tapi sengaja mahu diusik sahabatnya. Tapi Aulia menafikan sekerasnya.
Lagi pula, tak mungkin Aulia ada perasaan pada Benjamin a.k.a abang tirinya sendiri. Benjamin juga sudah ada buah hati yang sempurna sudah. Jadi tak mungkin untuk Aulia menjadi orang ketiga antara mereka.
Hampir tersedak dia mendengar pertanyaan daripada kawan baik buah hatinya. Liur ditelan. Sengihan panjang dipamerkan. Kepala digaru beberapa kali.
" Dah sudah. Aku tanya, kau tergaru sana sini macam beruk ada kutu dah kenapa?" wajah aku kerutkan.
"Aku...aku..aku jaga macam biasa lah" jawab Azim mudah. Makanan yang tergendala disambung kembali.
Aku menjulingkan mata ke atas sambil menghela nafas kasar. Whatever!
"Lia.." kedengaran namaku diseru. Aku kalih pandang ke belakang. Terpancul wajah Benjamin di belakangku. Aku angkat kening. Azim turut memandang kami berdua.
Pada masa sama, mataku liar mencari kelibat Aqeela Sania di belakang Benjamin.Tapi, tiada pula kelibat gadis itu kelihatan. Mungkin sudah pulang. Aku abaikan.
"You cari apa? Kepala terjenguk-jenguk dah macam kepala unta.." soal Benjamin pelik. Tubuh turut dikelih ke belakang.
Kepala aku gelengkan laju. Azim di sebelahku sudah memandang hairan gelagat aku. Dahinya berkerut seribu. Aku jegilkan mata ke arah Azim.
"Your boyfriend?" tanya Benjamin perlahan sambil jari ditunjukkan ke arah Azim.
Aku kerling sekilas ke Azim. Kepala aku gelengkan lagi.
"Boyfriend Tiara" jawabku ringkas.
"Ohh I see. I Ingat pakwe you" ujar Benjamin.
"Jom.." ajak Benjamin tiba-tiba.
Aku terngadah. Nak pergi mana pula?
Dagu aku ayunkan ke depan.
"Sana. Daddy ajak kita bergambar sekali. Untuk kenang-kenangan katanya. Jom lah cepat" pergelangan tanganku dicapai dan digenggam lembut. Terbuntang biji mata Azim. Benjamin mengheret aku ke arah mummy dan daddy yang sedang menunggu kedatangan kami untuk bergambar.
Aku membuat isyarat zip di mulut dan tangan memancung ke leher. Azim kalut mengganggukkan kepala seperti belatuk. Aku tahan gelak. Tapi bukan boleh percaya sangat si Azim ni. Dah nama couple, pasti diceritakan juga apa yang dia nampak kepada Tiara.
Entah di mana silapnya, aku hampir tersadung. Salah Benjamin lah ni. Kalut sangat heret aku. Dah lah kaki panjang, langkah besar. Tak sempat aku nak kejar.
"Tengok! Nak jatuh dah.." rengek aku kuat tanpa sedar.Lengan Benjamin aku rangkul erat menahan diri daripada tersemban ke tanah.
Spontan, Benjamin hentikan langkah. Drastik tindakan dia. Aku yang tidak bersedia tercium dengan belakang tubuh Benjamin.
"Ishhhhhhhh.." rengek aku lagi. Dia ni kenapa? Main berhenti je.
"You cakap apa tadi?" soal Benjamin. Tubuh kami sudah saling berdepan. Dada bidangnya aku pandang. Perlahan-lahan naik ke wajahnya.
Aku mengerutkan dahi. Pelik. Aku cakap apa.
"Mana ada cakap apa-apa." balasku.
Matanya dikecilkan. Seolah-olah aku mengelak daripada menjawab soalan dia. Tapi memang betul aku mengelak pun. Huhuhu.
Bibirku kemam.
"Betul lah. Tak percaya sudah. Dah lah. Diorang dah tunggu kita dah tu. Cepat lah." Tidak tunggu lama, cepat aku atur langkah ke arah mummy dan daddy Razman yang sedang tersenyum memerhati gelagat aku dan Benjamin.
Benjamin menghela nafas panjang. Akhirnya, dibawa juga tubuh ke arah mereka. Namun, seakan terngiang-ngiang di telinga rengekan Aulia sebentar tadi. Comel dia rasakan. Sengaja dia mengheret gadis itu kalut-kalut. Dia tahu betapa si gadis cuba menyaingi langkah panjang kakinya.
Kelihatan daddy, mummy Rida dan Aulia sudah bersedia untuk bergambar. Beberapa keping gambar sudah ditangkap berserta pelbagai posisi. Posisi terakhir di mana Benjamin berada di belakang Aulia.
"Okay, ready for the next pose" jerit jurukamera bersedia dengan kamera Canon di tangannya.
Aku yang dari tadi mesra bergambar dengan pelbagai pose kini mulai berasa kekok. Tidak tahu untuk posing bagaimana bila mengenangkan Benjamin yang berada dekat di belakangku. Terasa bahang daripada badan tinggi lampai dia.
Daddy Razman sudah memeluk pinggang mummy daripada belakang. Tinggal aku yang masih lagi kejung. Tidak tahu untuk bereaksi. Kalut memikirkan bagaimana pose yang harus aku pamerkan. Sedang asyik memikirkan, terasa lembut tangan kekar Benjamin menyauk pinggangku dari belakang. Ditarik rapat ke arahnya.
"Just relaks.." bisik dia rapat di telingaku. Mungkin dia juga dapat merasakan betapa kejung dan kerasnya badanku. Meremang seketika bulu romaku. Pandangan Tiara dan Azim dari jauh aku hiraukan. Tersungging senyuman senget di wajah Tiara. Aku menjelirkan lidah.
Aku bertindak mendongak memandang wajah Benjamin yang melekat di belakangku. Lebih kepada ingin melihat reaksi dia sebenarnya. Tidak pula kusangka, saat aku mendongak memandang wajah tampan miliknya, Benjamin juga turut menundukkan wajah melihat wajahku. Keningnya dijongketkan. Terdengar hembusan nafas dia menampar wajahku.
Dan....serentak itu klik! Klik! Butang kamera ditekan.
"Nice pose. Goodjob!" jerit jurukamera tersebut. Aku tersentak.
Beberapa saat, baru dilepaskan pegangan di pinggangku. Perlahan tangan kekarnya melorot jatuh ke sisi. Wajahku membahang panas. Malu menerpa.
"Are you blushing?" soal dia mengusik. Ketawa kecil terletus di pinggir bibirnya yang merah.
Aku beriak biasa. Menyembunyikan perasaan ku sebaik mungkin. Malas melayan,aku mendekati mummy dan daddy. Jelas kedengaran ketawa lucu terbit daripada bibir merah Benjamin. Aku menekup wajah yang masih merah menahan malu.
Tubuh mummy aku peluk erat. Mummy membelai belakang tubuhku. Serta-merta hatiku terasa sayu.
"Tahniah mummy, daddy!" ucapku ikhlas. Wajah mummy dah daddy Razman aku pandang bergilir-gilir.
Mummy tersenyum. Reaksi biasa terlukis di wajah mummy. Ia menjadikan aku sukar untuk meneka perasaan mummy ketika ini. Sesaat, mummy tarik wajahku merapati wajahnya. Pipiku dibelai dan diusap-usap manja. Dahiku dikucup lama.
"Suatu masa nanti, Lia pasti akan faham" itu sahaja yang diucapkan padaku.
Aku terkelu. Seminit terdiam, perlahan-lahan kepala aku anggukkan. 'Moga suatu masa nanti Lia dapat temui jawapan kepada semua persoalan mummy'
______________________________________
Benjamin POV
Hari ini setelah bercuti dua hari menguruskan majlis perkahwinan daddy dan mummy Rida, aku kembali kepada rutin harian biasa.
Melangkah masuk sahaja ke pejabat, terus kedengaran perihal si 'adik tiri' di telinga. Amboi, cepat betul tersebar berita ini, fikirku. Ketika berjalan melalui pantry tadi terdengar sana sini soksek-soksek para pekerjanya bercerita tentang si gadis. Belum apa-apa lagi sudah popular adiknya.
"Eh, apa nama adik bos kita tu Meena?" tanya Siti. Sambil itu kepala menjenguk ke belakang. Mencari kelibat Benjamin. Mana tahu asyik sangat bergosip pasal adik si bos, sekali bos terdengar. Mahu dipecat serta-merta mereka semua.
"Entahlah. Apa ke nama budak tu. Ria..Nia...aduhhh..apa erk.." Gigih Meena mengingati nama si gadis. Kepala digaru.
Benjamin yang memasang telinga daripada tadi menyirap. Ada dipanggil Aulia 'budak'. Mahu sahaja dia memunculkan diri tapi dibiarkan dahulu. Tunggu dulu. Disandarkan ke dinding sementara sebelah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar slack hitam miliknya. Santai di posisi.
Siti mencebik. Nama pun tak boleh nak ingat minah ni. Padahal perasaan ingin tahu sudah membuak-buak dalam diri. Bukan apa, dia tidak hadir ke majlis tersebut. Maka, dikorek daripada Meena memandangkan Meena hadir ke majlis ketua besar mereka.
"Kau ni Meena, nama pun kau tak boleh nak ingat. Bukan minta kau sebut nama panjang dia. Adoi lah Meena.." rungut Siti. Suara diperlahankan takut kantoi bergosip awal-awal pagi begini.
"Cantik tak dia, Meena?" soal salah seorang staffnya yang lain, Maria.
"Cantik. Putih gebu wei.." sahut Meena teruja. Macam jumpa artis.
Mataku terbuntang. Terasa mahu pitam aku mendengarkan pujian tersebut. Macam biasa je aku tengok.
Cantik? Seriously?
Aku gelengkan kepala. Bibir menarik senyuman sinis. Selama bertemu pandang dengan si adik tiri, belum pernah lagi dia lihat di mana cantiknya.
"Hah, tak ingat lagi nama adik bos?" Soal Siti sekali lagi. Lama betul menunggu Meena mengingati nama adik bos mereka.
Benjamin tepuk dahi. Belum habis lagi soal nama adik tiri dia. Nampaknya terpaksalah dia memunculkan diri, memberitahu nama sebenar adik tirinya yang dipuji cantik itu.
"Sumpah wei, aku tak dapat nak ingat lagi nama dia. Pia..Nia..ehh.." Meena menggaru perlahan kepalanya. Beberapa nama seakan sama disebut rambang.
"Nope! Nama dia Aulia. Lia.." beritahuku.
Pantas, tubuh dipalingkan ke belakang. Mahu tergelak pula aku melihat mereka bertiga yang menunduk. Dah macam pesalah pula. Pucat muka ketiganya ditangkap sedang membawang di pagi hari.
"Bo...bossss...bos" tergagap Meena menyebut panggilanku. Aku berdehem sambil santai memeluk tubuh. Menanti penjelasan daripada mereka.
"Sorry bos.." mohon Siti.
"Adik I, Aulia Natasha. Nama pendek, Lia" ujarku lagi. Mereka masih lagi menikus.Â
"Oh ya..saya lebih suka pekerja saya mulakan kerja dengan tangan bukan senaman 'mulut'..." Aku tersengih sebelum bergerak menuju ke bilik pejabatku.
Tersedak Ketiga-tiga mereka bila Benjamin lemparkan paku buah keras. Terasa wajah yang menunduk mahu disembunyikan di wajah meja sehinggakan tidak kelihatan lagi. Tebal berinci-inci menahan malu ketika ini. Kerlingan daripada rakan sekerja yang lain hanya dibiarkan.
Bawang Rangers juga ya para stafnya. Tak hairanlah berita tersebut tersebar dengan begitu cepat. Kepala digelengkan. Tubuh dilolos masuk ke dalam pejabat.
Sementara di luar ketiganya saling bertingkah sesama sendiri bila kelibatku sudah hilang dari pandangan mereka.
"Kenapa kau tak bagitahu bos ada kat belakang?" soal Meena. Dijeling tajam ke arah Siti dan Maria.
"Nak bagitahu apanya? Aku pun tak tahu. Sedar-sedar elok dah ada kat belakang kita." selar Maria. Sesuka hati je nak salahkan mereka. Huh!
"Dah lah, dah lah. Tak guna dah. Nasi dah jadi bubur. Lain kali ingat nak gosip time break. Nasib bos relaks je tadi." pesan Siti.
Serentak Meena dan Maria menjuihkan bibir. Mata menjeling ke arah Siti. Riak muka keduanya seakan mahu menelan Siti. Sembang macam pokok pun boleh tumbang, kutuk mereka.
"Ahh, sudahlah kau. Kau pun sama je. Padahal kau yang beria-ria tanya tadi. Eh dah lah. Balik tempat korang sana. Aku nak buat kerja. Nanti kantoi busuk lagi dengan bos.." tubuh Maria dan Siti ditolak ke tepi. Punggung dihempas ke kerusi.
Aku yang memerhati dari dalam bilik pejabatku, hanya tersenyum sinis. Perempuan kalau sudah bergosip tidak ingat waktu. Tidak cukup di tempat kerja, disambung pula selepas kerja hingga balik ke rumah.
Malas ambil kisah, komputer riba aku nyalakan. Bersedia untuk memulakan kerja.
Leka dengan kerja, seketika pintu bilikku diketuk berkali-kali. Kepala yang lenguh menunduk aku panggungkan. Badan aku renggangkan kiri dan kanan.
Siapa pula pagi buta datang berjumpa dengan dia? Ketukan di pintu kembali berbunyi. Aku mengeluh kasar. Kacau betul lah.
"Masuk.." laungku kuat. Ketuk bagai mahu pecah pintu pejabatnya.
Pintu dikuak dari luar. Aku menyandar kemas.
"Busy?"
Tersembul wajah Akif Hafiz di muka pintu pejabatku.
"Lah..kau ke ? Aku ingat siapa lah tadi. Ketuk macam nak roboh pintu pejabat aku. " sindirku bersahaja.
Akif selamba menayang sengih kepadaku. Tanpa dipelawa, dilabuhkan duduknya di hadapanku. Kaki disilangkan gaya macho.
"Ada apa pagi-pagi dah serbu office aku ni?" soalku tanpa lengah.
"Lewat kau sampai hari ni, Ben. Selalunya kau lah antara orang yang terawal sampai di office" pintasnya. Hiasan di meja ditarik rapat. Dimain-mainkan. Aku memerhati gelagat Akif.
Aku mencebikkan bibir.
"..dan kau pun antara orang yang jarang-jarang nak datang office aku pagi-pagi buta kalau tak ada hal mustahak.."
"Well..you know me.." Akif tertawa kecil. Bahu diangkat.
Malas melayan, fail di hujung meja aku tarik. Seketika, aku ralit membelek fail di hadapanku.
Ketukan jari jemari Akif di meja mengejutkanku. Wajah yang dari tadi menunduk menatap fail aku angkat menentang seraut wajah tampan Akif. Kening aku jongketkan.
"Aku macam dengar gosip sikit tadi masa lalu nak ke sini" Akif bersuara kembali setelah menyepi.
"Gosip apa?" aku menyoal malas.
"Gosip pasal adik kau lah." katanya.
Aku menyandar ke kerusi. Tercengang seketika. Aduh, jauh betul tersebar pasal gosip 'adik tiri' dia tersebut sedangkan tuan badan tidak tahu bahawa namanya sudah masyhur di pejabat milik si abang.
Entah-entah segenap ruang lingkup pejabat ini sudah tahu mengenai gosip panas ini.
Nafasku tarik dalam. Wajah Akif aku pandang. Muka aku lakarkan riak biasa. Aku berdehem.
"Kenapa dengan adik aku?" soalku.
"Betul ke adik kau cantik? Aku dengar masing-masing cakap adik kau cantik. Kulit putih gebu, hidung mancung.." gosip diluahkan kepadaku.
"Cantik? Biasa je aku tengok. Celah mana datang cantiknya. Macam orang biasa. Ada hidung, ada mata, ada mulut.." tukasku. Fail aku belek-belek walaupun jauh di dasar hati aku agak terganggu dengan gosip tersebut.
Akif tersenyum sambil menggelengkan kepala. Susah bercakap dengan Benjamin ni. Macam orang tiada perasaan lagaknya.
"Itu apa yang aku dengarlah masa lalu nak masuk pejabat kau. Masing-masing duk bising bercakap adik bos cantik. Cantik sangat katanya.." tambah Akif lagi. Dah serupa pakcik bawang juga dia. Berminat sungguh dengan gosip tersebut.
"Kau percaya la diorang cakap adik aku cantik?" tekanku.
"Entah. Mana aku tahu. Jumpa pun tak pernah. Itu sebab lah aku tanya kau. Betul ke cantik seperti yang staf-staf kau tengah gosipkan kat luar tu.." selar Akif.
"Entah.." Aku angkat bahu. Cara selamat dan mudah menjawab soalan Akif.
"Tapi kan Ben, cantik lah kut adik kau tu . Dah semua department duk gosip pasal benda yang sama je. Takkan tipu pula. Tak sabar pula nak jumpa sepupu tiri aku tu.." senyuman nakal tersungging di bibir Akif.
Aku yang sedang asyik menulis sesuatu, terlepas pen di tangan bila mendengarkan kata-kata Akif sebentar tadi. Rasa tidak selesa pula tiba-tiba. Bukan dia tidak kenal perangai sepupunya ini.
Kuat mengayat. Sweet talker. Berapa ramai perempuan di luar sana yang sudah cair dengannya. Cuma itulah, tiada seorang pun lagi yang belum berjaya menakluki hatinya kata tuan empunya badan. Entah perempuan bagaimana yang menjadi taste dia juga pun tidak tahulah. Jadi, sudah tentu dia tidak mahu Aulia menjadi salah seorang daripada 'mangsa' Akif.
"Kau jangan nak macam-macam dengan dia, Kif. Dia terlalu suci untuk kau mainkan. Bukan macam ex-ex kau sebelum ni." selarku pantas.
Akif tertawa galak. Entah apa yang kelakar pun tidak tahu lah.
"Aku tak pernah ada ex okay. Mereka tu semua kust friend.." tukas Akif.
"Konon.." balasku sepatah.
"Kau ni Ben, prejudis sangat kat aku. Why so serious dude? Jangan risau, dia kan dah jadi sepupu aku juga. So aku kenalah layan dia elok-elok. Dia kan sekarang dah ada 'big brother'.." Akif bertindak menyindirku.
"Dah lah kau. Layan kau ni buang masa je. Dah, balik sana. Aku banyak kerja nak buat.." halauku lebih kepada bergurau.
"Kejap, sebelum tu. Aku nak kau sign dokumen ni dulu. Lepas tu baru kau boleh halau aku.." sengih Akif.
"Kan senang kalau cakap awal-awal pasal sign dokumen ni. Ini tidak gosip juga yang kau sibukkan.." semburku.
Dokumen yang terhulur aku capai. Aku teliti terlebih dahulu sebelum aku turunkan tandatangan sebelum aku serahkan semula ke arah Akif.
"Thank you bruh..aku gerak dulu..oh ya..jangan lupa kirim salam dekat sepupu aku yang cantik sangat tu..mana tahu boleh jadi adik ipar kau nanti.." pesan Akif. Aku menjeling malas. Bukan boleh dilayan. Makin menjadi-jadi nanti. Tangan aku gawangkan beberapa kali tanda menghalau Akif keluar.
Naik berbulu, bernanah telinga aku mendengar 'pesanan' tersebut. Dasar buaya! Pantang nampak perempuan cantik nak digula-gulakan sahaja kerjanya.
Kertas yang aku renyukkan aku lempar ke arah Akif. Namun, belum sempat terkena, pintu sudah siap ditutup dari luar. Mengekek kedengaran tawa Akif Hafiz dari luar. Gelak bukan main kuat. Macam nak tembus pintu bilik. Kepala aku gelengkan. Lebih baik sambung balik kerjaku yang tergendala sebentar tadi.
Namun, sedikit sebanyak aku terganggu dengan kata-kata Akif Hafiz sebentar tadi. Tak mustahil Akif akan mengotakan apa yang dikata. Orang seperti Akif tidak susah untuk membuatkan orang selesa dengannya. Tidak seperti aku yang lebih serius dan beku. Entahlah, sudah memang sikap aku begitu. Harapnya, Akif benar-benar bergurau sebentar tadi.
Tapi kalau betul? Ahh sudah. Tiba-tiba dia jadi memikirkan pula. Nafas aku tarik dalam. Perlahan-lahan aku hembus. Cuba menghalau perkara yang sedang bermain di fikiranku kini.
Hai semua.. jangan lupa komen dan support. Terima kasih.
Share this novel