BAB 6

Romance Series 247373

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran beberapa kali ketukan di muka pintu milik Benjamin. Ketukan tersebut berjaya mematikan konsentrasi si jejaka yang sibuk menaip sesuatu di komputer riba miliknya.

"Masuk!" laungan kuat kedengaran dari dalam.

Seketika, wajah setiausahanya kelihatan di sebalik pintu.

"Yes kak Mas. Ada apa?" kak Mas atau Masriah merupakan setiausaha baru mengantikan setiausaha lamanya yang bikin rimas setiap masa.

Tak tahan diganggu secara halus, pertukaran setiausaha dilakukan. Rimas asyik digoda. Apa ingat dia lelaki murahan. Sewenangnya nak digoda. Terus ditukar setiausaha. Baru padan muka.

"Tuan, bos besar panggil tuan ke bilik bos. Katanya ada hal penting dia nak sembang dengan tuan"

Perlahan tubuh disandarkan ke kerusi empuk miliknya. Jari mengetuk-ngetuk permukaan meja. Hal apa pulak? Kenapa tak sembang di rumah sahaja nanti.

Bisik Benjamin dalam hati. Tangan dilurut-lurutkan di dagu.

Jari jemari mengetuk perlahan meja kayu lagi. Mata dialihkan melihat Kak Mas yang masih tercegat menanti respon balas daripadanya.

" Tak apa lah Kak Mas. Kak Mas tolong inform pada bos cakap 10 minit saya sampai kat office dia" ujar Benjamin. Meja yang berselerak dikemas rapi. Tubuh direnggangkan kiri dan kanan. .

Kak Mas menganggukkan kepala seraya melangkah keluar dari bilik Benjamin.

Kertas kerja yang akan dibentangkan minggu hadapan ditekan butang "save" diletakkan dalam "folder" sebelum dia log off keluar. Baju yang sedikit renyuk dikemaskan sebelum tubuh bangkit perlahan menuju ke bilik daddy aka bos besar.

_______________________________________

Pintu yang tertera nama Razman Zainal, diketuk beberapa kali sebelum tombol pintu dipulas masuk. Kaki menapak ke arah daddy yang tekun meneliti dokumen penting atas meja.

Beberapa butang kot kelabu miliknya dilepaskan. Duduk dilabuhkan di kerusi yang tersedia.

"So, apa benda penting yang daddy nak sembang dengan Ben? " tanpa tangguh terus diajukan soalan yang berlegar dalam kepala otak benjamin sekian tadi.

Mata yang tadi fokus akan dokumen di atas meja segera dialihkan ke muka si anak teruna. Segak seperti dia muda dahulu kala.

Tubuh disandar kemas ke kerusi.

"Oh, tak ada apa yang penting pun. Just daddy nak bagitahu yang lusa malam nanti kita ada jemputan makan kat rumah bestfriend daddy. So memandangkan tak ada event penting untuk isnin malam ni, daddy terima pelawaan untuk dinner di rumah dia. " terang daddy panjang lebar.

"So, dia ajak daddy je kan? Ben rasa kalau Ben tak join pun tak ada masalah dan tak ada keperluan pun untuk Ben ikut daddy dinner rumah dia" pandangan dipusatkan ke arah Dato Razman.

"Wait. Dia bukan ajak daddy je tapi dia ajak Ben sekali. Dia pun nak kenal juga dengan anak teruna daddy sorang ni. Lagipun ni peluang Ben untuk kenal dengan seseorang yang turut ada jatuh bangun daddy dalam bussiness sampai daddy berjaya dan hidup senang macam ni. Orang berbudi kita berbahasa Ben"

Terdiam seketika Benjamin demi mendengarkan kata kata daddynya. Diam seketika berfikir, demi tidak menghampakan permintaan daddy, dia akhirnya bersetuju. Sorry sayang, next time kita jumpa okay.

"Baiklah kalau macam tu. Ben join daddy untuk dinner tu. Ben pun nak kenal-kenal juga dengan bestfriend daddy tu. Hows special he is" ujar sambil mengecilkan mata melihat si ayah yang hanya tersenyum menipis mendengarkan kata si anak.

_______________________________________

Pulang dari kelas pada petang itu, si gadis melemparkan beg sandang miliknya di atas meja ruang tamu. Tubuh direbahkan ke atas sofa. Malaysia is so hot yeahh.

Habis presentation sebentar tadi untuk kelas bussiness management terus dia bergegas pulang. Pelawaan Tiara untuk lepak terpaksa ditolak. Sakit kepala yang sesekali menyerang ditambah dengan cuaca panas menyebabkan Aulia tidak betah berada lama di luar.

Mata dipejam rapat menghilangkan penat. Selama beberapa hari ni dia tidak cukup tidur menyiapkan slide presentation mereka.

Seketika, hidung mancung miliknya tercium sesuatu yang enak menerobos masuk ke dalam lubang hidung. Mata yang terpejam segera dibuka.

Kaki menapak perlahan ke arah dapur. Kelihatan mummy sibuk ke sana ke mari menyiapkan makan malam. Ada tetamu nak datang ke?

"Mummy" sapa Aulia lembut. Tubuh disandarkan berdekatan sinki dapur.

Datin Rida yang ralit memasak, segera berpaling. Melihatkan kehadiran anak daranya, digariskan satu senyuman.

"Eh dah balik anak mummy? Macam mana presentation tadi? Okay? " suara sahaja yang kedengaran sebaliknya tangan lincah menyiapkan juadah makan malam.

"Okay je miy. Kami dapat first place untuk presentation terbaik. Tapi tula penat laa rasa sebab tak cukup tidur kan lately ni siapkan slide dan maklumat subjek tu. " ujar aku sambil mengurut leher menzahirkan rasa penat yang bergayutan.

"Biasa lah tu. Nama pun belajar kan. Nak dapat sesuatu ni kena ada penat lelah dia. Kena ada usaha. Banyak benda yang kita kena korbankan. Nak berjaya bukan senang. Tapi bila dah berjaya manis dia tu selamanya kita kenang" ujar mummy sambil mengusap perlahan rambut ikal milikku.

"Hurmm, mummy masak banyak-banyak ni ada apa-apa ke? Nak kata birthday Lia atau daddy masing-masing dah lepas and dah celeb dah pun. Ke ada special guest nak datang dinner rumah kita malam ni?" senduk aku ambil dan kacau perlahan kuah tiga rasa siakap mummy. Aku calitkan sedikit di tangan untuk aku rasa. Ermm sedap!

"Yes. Kita ada special guest malam ni nak datang dinner rumah kita. Bestfriend daddy katanya. So Lia siap cantik-cantik okay. Ohh ya, dia datang dengan anak teruna dia sekali. Mana tahu untung-untung boleh jadi besan" mummy tertawa mengenangkan kata-katannya sendiri.

Aku menjegilkan biji mata.

"Ishhh tak nak lah Lia. Apa mummy ni. Ke situ pulak pergi dia. Belajar pun tak habis lagi sibuk nak kahwin." tingkah aku pantas.

"Halah, usik sikit pun tak boleh sayang mummy ni. Dah, pergi naik atas mandi tukar baju semua. Bau masam dah hidung mummy ni. Dari tadi tahan aje. " dikepit hidung tanda mengelak bau yang datang dari tubuh anak gadisnya

"Mummy!! Tak lawak lah" muka cemberut ditayang sambil kaki menapak keluar dari ruangan dapur. Kelihatan ketawa kuat mummy masih kedengaran di dapur. Pantang diusik anak dara dia sorang ni. Mood tengah swing agaknya.

______________________________________

Ketukan di pintu menyedarkan aku daripada tidur. Seketika aku terkebil-kebil. Pukul berapa dah ni. Aku toleh ke tepi untuk melihat jam. Allah dah pukul 8. Lamanya aku tido. Penat betul gaya ni.

"Lia! Lia!" kedengaran kuat suara mummy memanggil nama aku dari luar.

Baju yang sedikit terselak aku betulkan dan turun perlahan menuju ke pintu. Tombol pintu aku pulas.

"Ye mummy." sahut aku lembut sambil menutup mulut menguap.

"Eh, Lia tidur ke? Patut lah dari tadi naik tak turun-turun bawah dah. Penat sangat anak dara mummy ni ye. Alolo kesian dia letih. Mandi dah ke belum ni sayang?" soal mummy sambil mengusap pipi gebu aku.

"Belum lagi. Ingat nak baring je tak sangka pula boleh terlelap. Penat sangat agaknya badan ni. " badan aku sandarkan ke pintu bilik. Beberapa hari ini memang agak tough sikit bagi aku.

"Never mind. Sekarang, Lia pergi mandi bersih badan segala. Sebab tetamu kita nak datang pukul 9 kejap lagi. Tak best pula kan tetamu datang tapi Lia tak ada sekali kat bawah. Okay? " pesan mummy. Aku anggukkan kepala.

"Yelah yelah. Istimewa sungguh ye tetamu kita malam ni. Entah apa lah yang istimewa sangat pun tak tahu lah" aku mengomel perlahan. Mulut yang menguap aku tutup.

Mummy mengulum senyum.

"Istimewa untuk daddy maka istimewa untuk kita juga" ujar mummy sambil menapak turun ke bawah.

Aku menarik nafas. Tuala aku capai dan melangkah masuk ke bilik air.

______________________________________

"Sorry sayang. I bukan sengaja tak nak jumpa you malam ni tapi I ada hal penting. Takkan I nak hampakan permintaan daddy untuk dinner rumah kawan dia. He's my dad right?"

sebelah tangan mencekak pinggang dan sebelah tangan lagi memegang telefon di telinga. Terserlah gaya macho Benjamin Luthfias ini.

Terdengar rengekan manja kekasih hati yang menggegar peluh jantan si lelaki.

"Alaaaa. I rindu you biy. Hurmm takpe laa. Janji dengan I nanti kita jumpa. I really miss you biy" rengek si gadis lagi.

Si jejaka memgukirkan sedikit senyuman. Tak susah untuk memujuk si kekasih hati.

"I miss you too sayang. Ye, nanti I janji kita jumpa. Okay babe, i've to go. See u when I see you! Bhaii" punat off ditekan. Nafas dihela perlahan. Jam tangan ditilik. Dia ada lebih kurang sejam untuk bersiap ke rumah bestfriend daddy untuk dinner.

Setengah jam kemudian

Benjamin siap dengan kemeja putih polo dipadankan dengan seluar jeans dark blue semakin menyerlahkan aura ketampanan sedia ada di wajah lelaki itu. Rambut dikemaskan gaya terkini. Wangian maskulin disemburkan di sekitar badan.

Jam tangan kulit miliknya dicapai terus dipakaikan di tangan kekar miliknya. Telefon yang berdeting beberapa kali menandakan ada pesanan wassap daripada seseorang yang masuk.

Segera langkah kaki diatur ke arah iphone miliknya. Aplikasi wassap dibuka. Pesanan daripada "My love" dibuka.

My love
: biy. You dah pegi ke dinner rumah bestfriend daddy you?

Ben
:yes babe. Dah siap dah ni. Nak pergi dah ni.

My love
:orait biy. Jangan nak nakal dengan anak dara bestfriend daddy you pula okay. I sunat you sekali lagi??

Ben
:hahaha. Apa pula nak nakal you ni. Pergi dinner laa. Bukan pergi mengurat. Okay laa. I nak pergi dah ni. Bhaii sayang. Muahh.

My love
:okay. Bhai. Muuah. Ingat pesan I. ??

Pesanan tersebut hanya dilihat oleh si jejaka. Tergeleng perlahan kepala Benjamin memikirkan kerenah orang perempuan ni. Kita nak pergi dinner dia kata kita nak pegi mengurat.

"Ben" kedengaran suara kuat daddy melaung memanggil namanya daripada bawah.

"Yes dad, I'm coming now" pintu bilik ditutup perlahan sebelum kaki menapak turun ke bawah.

Alarm kereta Audi ditekan sebelum enjin kereta Audi miliknya dihidupkan. Seketika kemudian, kereta mewah tersebut meluncur pergi membelah suasana malam.

___________________________________

Untuk menyambut tetamu istimewa daddy malam ni, aku bersiap lebih daripada biasa. Mengikut kata mummy, anak teruna kawan daddy pun datang sekali. Dress dusty pink berbunga putih siap tersarung di tubuhku. Tadi sempat jugak aku sediakan air koktail dan puding buah untuk tetamu istimewa kami.

Wajah aku tatarias natural. Cuma lipstick aku aku pilih toasted brown daripada Maybelline. Liptint Tony Moly code red aku calit di bibir sedikit.

Biar nampak macam look artis-artis korea sikit. Rambut aku ikat ekor kuda dan aku biarkan beberapa helai terjuntai jatuh ke bahu.

Puas hati dengan penampilan diri, aku menapak turun ke bawah. Kelihatan mummy sibuk menghidangkan juadah makan malam yang disiapkan siang tadi.

Tidak hanya melihat sahaja, aku segera mengambil puding buah di dalam peti ais, aku letakkan atas meja. Aku potong sederhana besar dan kususun di dalam pinggan kaca mahal mummy.

Siap potong dan susun, aku hidang di atas meja. Nampaknya sedap-sedap belaka hidangan malam ini. 

Seketika, kedengaran suara gelak tawa daripada pintu utama menyentakkan aku. Tiba-tiba jantungku berdetak laju. Eh dah kenapa pulak. Nafas aku hembus perlahan sebelum baju aku kemaskan di tubuh. Perlahan aku turut berjalan ke ruang hadapan.

Kelihatan mummy dan daddy riang menyambut kedatangan tetamu istimewa kami malam ini.

"Akhirnya, datang juga kau ke rumah aku yang tak seberapa ni ye." daddy memaut bahu rakan baiknya.

Kedengaran ketawa kuat dato Razman menyambut  kata-kata daddy.

"Tak seberapa kau cakap? Nak minta aku puji ke apa ni? Lebih daripada seberapa dah ni. Aku ingat aku silap rumah tadi. Hahaha" bahu daddy ditepuk perlahan oleh kawan baik dia.

Aku dan mummy hantmya tercegat memerhati tingkah daddy dan rakan baiknya yang asyik bermesra.

"Ehh abang, jom lah kita ke meja makan. Berapa lama nak tercegat kat sini. Nanti sejuk pula makanan yang saya hidang atas meja tu. Sejuk nanti tak sedap plak makan " tidak betah melihat kedua-dua rakan baik itu tercegat di hadapan pintu, segera diajak mereka ke ruang makan.

"Eh, ni ke anak dara kau? Dah besar ye. Dulu uncle tengok kecil lagi. Tak pernah pula kau bagitahu aku kau ada anak dara cantik macam ni. " ujar Dato Razman senyum mengusik.

Daddy tertawa kecil.

"Kenalkan anak dara kesayangan aku, Aulia Natasha. Kenapa? Berminat nak buat menantu ke?" tanya daddy.

Seketika aku  hanya tersenyum kekok dengan usikan daddy. Mata aku jegilkan ke arah daddy. Ishh daddy ni. Melawak pulak dia.

"Daddy! " aku berkata segan. Senyuman kekok aku hulurkan ke arah Dato Razman yang hanya tersenyum senget memandang aku.

"Apa salahnya kalau buat menantu pun. Cantik macam ni orang bodoh je yang tak nak buat menantu. Hahaha"

Aku tertunduk segan demi mendengarkan usikan daripada kawan daddy. Ohh kalau tak cantik tanak buat menantu lah ye. Apoooo

"Eh, mana anak teruna kau? Apa namanya, Ben..Benjamin kan? Haa mana dia? " daddy memanjangkan kepala menjenguk mencari kelibat anak teruna kawan baikknya.

Kepala Dato Razman turut tertoleh ke luar mencari anak terunanya. Tadi macam ada di belakangnya.

Ben.. Benjamin.. Macam familiar pulak nama dia. Detik aku dalam hati. Tak mungkin orang yang sama.

Tidak lama kemudian, muncul wajah lelaki anak teruna uncle Razman. Kepala yang tertunduk sedari tadi aku panggungkan. Terbuntang mata aku demi melihatkan gerangan si lekaki.

Senyuman manis Benjamin hulurkan kepada pasangan suami isteri di hadapanya. Telefon Iphone miliknya disimpan di dalam kocek seluar jeansnya.

"Maaf uncle, auntie. Ada hal sikit kat luar tadi" tangan segera dihulurkan dan dijabat dengan rakan baik daddynya, Dato Fendi.

Mata melingas memerhati sekeliling. Seketika, matanya terpaku kepada seseorang yang sedang terpaku juga memandangnya. Untuk beberapa lama, mereka saling memandang. Bunyi deheman mengejutkan sang dara dan teruna yang ralit merenung antara satu sama lain.

Perempuan ni ke anak Dato Fendi?

"Ehem, agaknya jadi lah ye kita berbesan Fendi? Dah kenal ke Ben?"

Benjamin perlahan mengosok belakang tengkuknya. Menghilangkan rasa segan yang bersarang di hati. Macam mana boleh tertenung anak dara orang.

Mummy yang sedari tadi hanya jadi pemerhati segera mematikan suasana canggung antara kami.

"Eh, jom laa kita ke meja makan. Kalau asyik berborak aje, masa bila nak makannya kan? Jom laa semua."

Mummy menapak ke ruang makan sambil diikuti oleh daddy dan rakan baiknya. Boleh lagi berborak sambil berjalan ke ruang makan pun. Nampak keakraban dua sahabat baik ini.

Tidak menunggu lama, aku juga bergerak ke ruang makan. Takkan nak berdua-duan dengan anak teruna orang di depan ni. Segan memikirkan adegan tadi. Tertenung anak teruna orang pula. Aku menepuk perlahan dahiku.

Namun, pergerakan aku terhenti bila merasakan tanganku dipaut daripada belakang. Seriously, dia pegang tangan aku. Nak halang tapi macam tak terdaya pulak. Whats wrong with me? Huh!

Perlahan aku pusingkan tubuh memandang tangan yang dipaut daripada belakang. Wajah aku angkat memandang gerangan jejaka yang sedang memaut tangan aku.

"Wait. You yang I jumpa dekat airport baru ni kan? " soal Benjamin sambil mengecilkan matanya. Senyuman senget diberikan kepadaku.

Tidak berselindung, aku anggukkan kepala kepadanya.

"Ye saya. Kenapa? Awak boyfriend Aqeela Sania kan? Model terkenal tu?" aku menyoal balas.

Seperti aku, dia juga tidak berselindung dan dianggukkan kepalanya mengiakan.

Entah kenapa, aku tersentak melihatkan anggukan daripadanya. Untung laa awak Aqeela Sania. Boyfriend segak macam ni. Hurmm.

"Patut laa I macam pernah nampak you. No wonder you tegak macam tiang bendera je tengok I tadi"

Ehh hello, perasannye mamat ni. Ye tahu kau kacak sangat tapi tak perlu kut nak perli aku macam tu. Tapi salah aku jugak pergi tenung dia macam nak telan tu kenapa.

"Hurmm, boleh tak lepaskan tangan saya ni? Saya nak pergi makan. Saya lapar. Awak tak lapar ke? Sampai bila nak pegang tangan saya ni? "perlahan aku angkat tangan kami yang masih bertaut tu. Hello cik abg, tangan ni yang saya punya taw. Suka dia je pegang tangan kita. Pergi laa pegang tangan kekasih awak nuhh.

Tersedar bahawa tangan aku masih dia paut segera dilepaskan.

"sorry. I didn't mean it" ujar Benjamin sambil melepaskan tangan aku dan bergerak menuju ke ruang makan.

Aku pula hanya terpaku memerhati langkahnya. Namun, tak lama langkah Benjamin terhenti. Dipalingkan tubuh menghadap tubuh si gadis yang memerhati langkahnya ke ruang makan.

"Ehem. Tadi cakap lapar. Takkan dah kenyang tengok I kot?" ujar Benjamin sambil tangan di bawa memeluk tubuh sasa miliknya.

Tersedar, segera aku merengus perlahan. Mata aku julingkan ke atas. Perasan! Tubuh segera aku bawa ke ruang makan. Sebelum melintasi si teruna, dia perasan senyuman senget yang menghiasi wajah kacak itu.

_______________________________________

Aku menyandarkan tubuh ke kerusi. Perut aku gosok perlahan. Kenyang. Mata aku gerak melihatkan si dia yang berada di hujung meja berdekatan daddy.

"Tak nak tambah lagi ke Ben? Tambah laa lagi. Banyak ni auntie masak. Yelah, dah lama tak makan ramai-rai macam ni. Selalunya bertiga aje. " mummy mempelawa lagi. Aku hanya memandang. Menanti reaksi balas daripada Benjamin.

"Eh, dah cukup dah ni auntie. Dah terlebih cukup dah ni. Sedap semuanya. " balas Benjamin sambil menghirup air koktail buatan aku.

Entah kenapa, mata aku seakan tidak mahu lepas daripada memandang wajah kacak miliknya walhal terang-terang dia milik orang.

Benjamin yang leka menghirup air koktail itu mula perasan renungan si gadis di hujung sana. Ralit memerhati tingkahnya. Segera dibalas kembali renungan si gadis. Senyuman sinis diukir untuk si gadis.

Tertangkap merenung Benjamin, segera Aulia mengalihkan renungannya. Air koktail segera dicapai dan diteguk rakus. Kantoi sekali lagi. Berapa kali nak kantoi ni.

"Haa Ben. Nah rasa puding buah ni pula. Ambil lah. Nantu hilang sejuk dia tak sedap pula" tidak menunggu lama segera Benjamin capai sepotong dan disuap ke mulutnya. Sedap. Tidak cukup satu dicapai sepotong lagi.

"Sedap. Pandai auntie buat. Kalau begini sepinggan pon tak cukup kalau sedap macam ini." ujar Benjamin memuji kesedapan puding buah tersebut.

Entah kenapa, kata-katanya mengundang senyuman di wajahku. Sedikit sebanyak kelembutan dan kesopanan Benjamin melayani orang tua berjaya mengusik hati aku lagi.

"Bukan auntie yang buat. Aulia yang buat. Dia minat lah kalau bab-bab pencuci mulut macam ni. Auntie tak berapa minat. Renyah nak membuatnya. Hehe" mummy tersenyum tersengih.

"Mummy" seru aku segan. Senyuman kekok aku hulurkan ke arah Benjamin. Dia tidak membalas sebaliknya hanya memandang aku dengan muka seriusnya. Mahalnya senyuman kau.

"Oh, patut laa sedap. Macam tuan dia" Benjamin berkata selamba. Perlahan namun masih mampu aku dengar.

Demi mendengarkan kata-kata dia segera aku tentang mata hazel miliknya. Eii pervert! Pernah rasa ke? Gerutu aku geram dalam hati.

Tidak peduli dengan renungan tajam si gadis Benjamin capai lagi puding buah tersebut. Namun, tercuit juga hati dia dengan raut wajah yang mencerlung memandang geram ke arahnya.

_______________________________________

"Sampai bila kau nak sembunyikan daripada diorang Fendi? " soal Dato Razman perlahan sambil memandang jauh ke arah kelam malam pekat.

Tidak menjawab soalan Dato Razman,  sebaliknya sebuah keluhan lemah dilepaskan daripada mulutnya.

"Raz, bukan niat aku nak sembunyikan benda ni man..tapi"

Tanpa sempat dihabiskan kata katanya terus dipintas Dato Razman.

"Tapi apa Fendi.. Sampai bila? Kau tak kesiankan Rida dengan Aulia? Mereka berhak tahu. Kau takkan mampu untuk tanggung benda ni seorang diri" perlahan tubuh bangun mendekati rakan baiknya.

"Raz, belum masanya lagi untuk mereka tahu Raz. Aku takut aku tak mampu nak tengok penerimaan diorang bila diorang tahu. Aku..aku.. Aku sayangkan keluarga aku Man" sebak kedengaran suara Dato Fendi.

"Fendi.. Aku.." tak terdaya demi mendengarkan permintaan sahabat baiknya.

"Tolong aku Raz. Tolong! Hanya pada kau aku sandarkan harapan. Kau lah satu-satunya harapan aku. Kau dah janjikan? Kau takkan mungkir janji aku pada aku kan ?" bertalu-talu diajukan soalan kepada Dato Razman.

Dato Razman hanya mampu menarik nafas dalam. Pandangan sayu sahabatnya dibalas. Dengan berat hati, anggukan diberikan. Moga ia satu keputusan yang tepat. Berharap semua nanti akan ada penyelesaiannya.

"Eh abang, apa yang dibualkan tu? Nampak macam rancak je" tegur Datin Rida sambil meletakkan dua cawan kecil air teh di atas meja bulat putih tersebut.

Tersentak Dato Razman dan Dato Fendi dengan kehadiran Datin Rida yang muncul secara tiba tiba. Nasib baik. Bisik dato Razman di dalam hati.

Mata yang berkaca segera digosok perlahan.

"Tak ada apa lah yang. Sembang- sembang pasal bussiness je. Mana tahu boleh buka cawangan baharu lagi" galau di hati disembunyikan.

"Kalau buka cawangan syarikat yang baharu saya setuju tapi kalau buka cawangan 'madu' yang baharu siap abang. Tahu laa apa saya nak buat" ujar datin Rida sambil mengecilkan matanya yang bundar cantik itu.

Mendengarkan ugutan itu, terletus ketawa kedua dua lelaki tersebut. Hai laa puan isteri.

"Apa gelak gelak? Saya serius tahu" lengan Dato Fendi dipeluk erat. Selama 27 tahun hidup bersama. Sudah tahu peel masing-masing.

"Jangan risau, kanda setia orangnya. Hanya dinda yang kanda cinta. "

"Kesian lah aku yang bujang ni Fendi Rida" dato Razman turut tidak ketinggalan mengusik merpati sejoli itu. Tiba tiba rindu kepada arwah isteri menggamit di hati. Neesa, kalau lah awak masih ada. Rindunya saya pada awak.

Serentak, kesemua mereka masing masing meletuskan ketawa. Tua-tua pun menjadi lagi ye.

Namun, dalam bergembira ada sedih yang berlagu di hati. Saya sayang awak Rida, bisik Dato Fendi. Harap nanti awak baik-baik sahaja.

_______________________________________

Hampir jam 11 malam, dua beranak tersebut memohon untuk mengundurkan diri. Makan sudah, minum sudah, berborak sudah. Mata pun sudah mengantuk.

Siap membantu mummy mengemas dan membasuh pinggan di dapur, aku bergerak ke ruang hadapan memandangkan tetamu istimewa daddy yang sudah mahu beransur pulang.

Kelihatan Benjamin Luthfias ralit bersembang di telefon.

"Ye sayang. I dah nak balik ni. Tengah tunggu daddy ni, duk berborak lagi dengan bestfriend dia. Ye, I tahu. Takpe, you tidur dulu okay. No need. Okay goodnight sayang. I love you" rumput karpet di kaki, Benjamin kuis sesekali.

Aku yang dari tadi tercegat di belakang Benjamin hanya memasang telinga mendengarkan ucapan romantis pasangan kekasih tersebut. Niat di hati nak panggil si jejaka ke ruang hadapan kerana Dato Razman sudah mahu pulang. Namun, lain yang dapat dia dengar. Terdetik rasa cemburu di hati. Cepat-cepat ditepis perasaan pelik tersebut.

Benjamin yang berpusing mahu bergerak ke ruang hadapan tergamam melihatkan kehadiran Aulia di belakangnya.

"Wait. Dah lama ke you ada kat belakang I? " Benjamin menyoal perlahan sambil menjongketkan kening hitam pekat miliknya.

Gugup seketika si gadis demi mendengarkan pertanyaan daripada Benjamin.

"Ehem, daddy awak panggil pergi depan. Dia dah nak balik. So uncle mintak saya panggilkan awak kat sini" tidak tunggu lama aku pusingkan tubuh melangkah kalut ke ruang hadapan.

Namun, tiba tiba aku terasa tangan aku ditarik dan sepantas kilat tubuhku terdorong ke arah Benjamin. Eh eh eh. Sedar sedar wajah aku dan Benjamin hanya berjarak beberapa inci sahaja. Terkebil kebil aku dibuatnya.

Ishhh lelaki ni kan. Suka tarik-tarik tangan aku. Ingat aku ni bini dia agaknya. Huh

"You tak jawab lagi soalan I Aulia Natasha. I ask you, dah lama ke you kat belakang I tadi? " sekali lagi soalan sama diajukan kepadaku.

Mengeluh perlahan aku dengan perangai Benjamin yang tak dijangka ini. Untuk menghilangkan rasa gugup, aku undur beberapa tapak ke belakang. Dekat dekat macam ni rasa macam nak tercabut jantung aku.

"Okay fine. Saya mengaku saya ada belakang awak tadi. Takde la lama mana tapi sempat laa saya dengan awak lovey dovey dengan kekasih awak tu" tutur aku jujur sambil melarikan tatapan aku daripada mata helang miliknya. Pandang aku macam nak telan. Tapi tangan tu still tak pandai nak lepaskan tangan aku ke ape?

"Ohh. You curi dengar perbualan I dengan girlfriend I ye?" provok Benjamin lagi. Saja mahu melihat reaksi si gadis.

"Eh hello!  Bukan curi dengar tapi terdengar okay? T. E. R. D. E. N. G. A. R" aku eja satu persatu perkataan tersebut.

"Whatever.. But.. "belum sempat Benjamin habiskan ayatnya terdengar laungan Uncle Razman daripada ruang hadapan.

"You owe me, Aulia Natasha" ujar Benjamin perlahan sebelum melepaskan tangan aku dan menuju laju ke arah Uncle Razman.

You owe me. Owe what? Bisik hati Aulia.

_______________________________________

"Terima kasih Fendi atas jemputan kau sekeluarga untuk dinner malam ni. Kenyang rasa perut kami dua beranak ni. Dah lama rasanya tak makan masakan kampung sedap macam ni. " ucap uncle Razman sambil menepuk beberapa kali bahu daddy.

Benjamin hanya tersenyum memandang keakraban daddynya dan uncle Fendi. Betapa kuatnya ikatan persahabatan antara mereka berdua.

Seketika senyumannya bertukar kepada senyuman senget apabila terpandangkan Aulia Natasha yang sibuk ke sana ke mari mengangkat dulang air ke dapur. Lincah pergerakan si gadis. Tidak kekok langsung.

"Okay lah Fendi, Rida kami minta diri dulu. Terima kasih sekali lagi atas jemputan kamu sekeluarga."

Kata-kata daddy menyentakkan aku daripada memerhati tingkah si gadis.

Aku hulurkan senyuman nipis ke arah pasangan suami isteri yang baik hati tersebut. Tangan aku hulur untuk bersalaman dengan uncle Fendi.

"Minta diri dulu uncle auntie" ujar Benjamin perlahan. Sopan kedengarannya.

Kaki menapak perlahan menuju ke kereta. Sebelum Benjamin memboloskan diri di kerusi pemandu sempat ditoleh ke belakang. Kelihatan Aulia turut menghantar kepulangan dia dan daddynya. Seketika dia bertatapan dengan Aulia Natasha yang turut memandang ke arahnya.

Senyuman senget dihulurkan kepada si gadis. Masih terasa lembut tangan si gadis saat di memaut tangan runcing tersebut. Masih terasa juga kesedapan puding buah buatan Aulia.

Till we meet again girl

Tangan dilambai lambaikan ke arah mereka yang sedang memerhatikan kepulangan mereka. Lambaian berbalas.

_______________________________________

Jemput baca ye semua. Stay safe everybody! ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience