Rizeel yang merengek dalam baby coat membuatkan mataku tercelik luas. Tubuh aku bangunkan dengan gerak perlahan. Aku menoleh ke sisi katil. Tepat pukul tiga pagi. Wajah yang terasa mengantuk aku raup.
Mata mengerling ke sebelah. Memerhati wajah tampan milik Benjamin yang sedang lena pulas. Penat sangat lah tu sampai Rizeel merengek pun suaminya tidak dengar.
Rengekan yang mulanya perlahan menjadi semakin nyaring menampan telingaku. Segera selimut ku alihkan Tubuhku bawa ke baby coat. Kelihatan Rizeel sedang bergerak-gerak sambil muka tersebek-sebek menahan tangis.
"Alolo kesian baby mama ni. Shuhhh.. Jangan nangis sayang. Baby lapar susu ya? Kejap ye sayang mama. Kita pergi kat katil dulu." tubuh semangat Rizeel aku angkat kendong. Tangan naik menepuk belakang anakku tanda memujuk.
Tangisan Hayyan mula berhenti digantikan pula dengan rengekan kecil. Namun, mulut kecil itu masih lagi tersebek-sebek menangis. Alahailah anak, kenapa comel sangat ni?Aku tersenyum. Perangai sebiji seperti papanya, Benjamin.
Ingatan menerjak kembali ketika sedang hamilkan Rizeel. Masih kuingat, etika hamilkan Rizeel dahulu, Benjamin seringkali merengek jika kemahuannya tidak aku turuti. Kadang-kadang naik pusing aku melayan kerenah suamiku. Aku yang hamil atau dia?
"Mama geram lah kat baby boy mama ni. Muka tu copy paste papa sebiji kan. Tangan ni asal montel sangat. Dah macam kuih pau pipi ni pun. Nak je mama gigit-gigit tahu." baju tidur satin nipis aku selak. Aku suakan dadaku ke Rizeel. Rizeel yang merengek sedari tadi rakus menyusu dan mulai diam menikmati susu badanku.
Aku tepuk-tepuk punggung anakku sambil berselawat.Â
Aku bersandar di kepala katil menyelesakan dudukku sambil tangan menguli-nguli tangan montel Rizeel. Geram! Ikutkan mahu sahaja aku gigit jari jemari montok ini.
"Sayang.." serak suara Benjamin kedengaran di tepi telingaku.
Aku tersentak. Terus mataku jatuh pada seraut wajah tampan suamiku. Pasti Benjamin terjaga ketika aku sedang bercakap-cakap dengan Rizeel sebentar tadi.
"Sorry buat abang terjaga. Rizeel merengek lapar susu. " kataku perlahan sambil mengusap wajah suamiku. Ditangkap jari-jemariku yang liar bermain di wajahnya.
Diraup rambut messynya ke belakang. Kacak! Aku cair!
"Pukul berapa sekarang sayang?" soal dia perlahan. Takut menganggu baby dia yang sedang asyik menyusu.
Aku kerling jam di sebelah. Hening suasana gelap pagi begini. Hanya lampu sisi katil sahaja bernyala malap.
"Baru pukul tiga setengah pagi. Kan memang Rizeel selalu minta susu waktu ni" balasku. Badan berketak milik Benjamin aku pandang. Liur aku telan. Terasa berdebar tiba-tiba.
Benjamin bergerak turun dari katil. Duvet diselak ke tepi. Aku pantas menyoal.
"Eh abang nak pergi mana? Mamai ke apa ni sayang?" aku tertawa kecil.
Dia berpaling melihat aku. "Abang nak pergi toilet la sayang. Tak tahan nak terkucil." jawab dia sebelum menghilang dalam bilik air.
Rizeel mulai diam di pangkuanku. dada baju aku turunkan. Tidur sudah anak kecilku. Belum sempat aku mahu membawa kembali Rizeel dalam baby coat, tangan kekar Benjamin terlebih dahulu mengambil Rizeel dari tanganku dan dibawa ke baby coat.
"Biar abang yang letak baby dalam baby coat. Kesian pula kat sayang abang ni. " aku hanya memerhati tingkah Benjamin. Benjamin mencium beberapa kali pipi montel anaknya sebelum diselimutkan baby kami. Sayang sangat kat anak dia tu.
"Now, your turns! " Benjamin sengih nakal ke arahku. aku terngadah. Namun wajah aku masih beriak selamba.
Benjamin merangkak naik atas katil. Aku hanya diam. Tak tahu nak bereaksi bagaimana.
"Sayang.. " gemersik suara Benjamin berbisik rapat di tepi telingaku. Rambutku yang mengurai diselitkan di belakang telinga.
"Hurmm.." aku menyahut perlahan. Mataku merenung lembut wajah kacak suamiku.
Tangan Benjamin merayap mencapai tanganku
"Thanks." dikucup tanganku beberapa kali.
Seiring dengan itu aku jatuhkan renungan mataku ke arah Benjamin. Tiba-tiba ucapan terima kasih terucap di bibirnya. Bagai mengerti dengan renunganku, dia tersenyum manis. Ohmooo kacaknya. Husband siapa ni.
"Terima kasih sebab lahirkan baby yang super duper comel untuk abang. Terima kasih atas kesetiaan sayang pada abang selama ni. I love you sayang. I love you so much." luahan tersebut berselang seli dengan kucupan yang singgah berulang kali di wajahku.
Tangan kekar milik Benjamin aku paut bersama tanganku. Tuhan, terima kasih jodohkan aku dan dia. Benjamin merenungku lembut. Terbias rasa kasih dan sayang kepadaku. Aku tersenyum manis.
"Lia pun nak ucap terima kasih pada abang sebab jadikan Lia seorang isteri dan ibu pada anak-anak abang.. "
"Anak-anak? " dipaut pinggangku rapat ke dadanya. Amboi. Anak baru umur enam bulan dah gatal nak tambah anak baru ye. Aku menjeling tajam. Benjamin tertawa kuat. Dada Benjamin aku tumbuk perlahan.
"Abang ni..Lia tak habis cakap pun lagi abang dah potong. " aku merengek manja.
Dia tertawa galak mendengarkan rengekan aku.
"Yaa sayang abang.. Cakap lah. Abang dengar."
"Ishh dah lah. Tak nak dah cakap. Merajuk! " mengusik sangat kan tadi.
Benjamin garu kepala. Mood orang perempuan ni lain macam. Tadi happy sekarang moody. Tapi salah dia jugak mengusik isteri kesayangannya.
Pantas pinggang langsing isterinya dipeluk. Dibawa tubuh Aulia menghadapnya.
Melihatkan isterinya yang keras kejung pejam mata menggeletek hati lekakinya untuk menghamburkan ketawa. Ishh comel!
"Tengok tu. Gelak-gelak lagi. Ishhhh..dah laa malas kawan abang."
"Siapa nak kawan dengan sayang? Abang pun tak nak kawan dengan sayang. Abang nakkk.... " suara dileretkan nakal. Saja dia tambah mengusik si isteri. Sejauh mana masih mahu merajuk.
Terus ditolak tubuh suaminya. Kali ni dia betul-betul merajuk. Kalau tadi hanya berpura-pura merajuk. Kini, memang betul, bukan lagi cubaan.
Namun Benjamin cepat-cepat paut tubuh cantik itu dalam pelukan. Pipi dan dahi isterinya dikucup bertalu-talu. Memujuk. Kang merajuk panjang lagi.
"Abang tak nak kawan dengan sayang tapi abang nak bercinta dengan sayang. You are my honey bum sugar plum. Yummy yummy..Haa kan abang dah nyanyi. "
Aku yang sedari tadi ingin ketawa mendengar nyanyian sumbang suamiku tertawa kuat. Pandai je dia nak pujuk aku.
Benjamin mengulum senyum. Kan dah kata, dia terror dalam bab memujuk. Mengayat lagi lah. So, yeay dah tak merajuk.
"Ni dah boleh gelak kuat dah tak merajuk dah la kan? See, sayang takkan boleh merajuk lama dengan abang punya." Benjamin tersenyum senget.
Aku menjeling. Pipiku dikucup lagi.
"Konon. Lia merajuk empat tahun abang tak pujuk pun. Nasib tak kahwin dengan Akif..." aku ungkit kisah lalu.
Mulutku ditutup dengan jarinya. Rahangnya kulihat diketap beberapa kali. Pantang benar jika nama Akif disebut. Padahal sepupu dia juga.
"Jangan cakap macam tu lagi dah. Abang tak nak dengar. Abang tak suka! Sayang everything untuk abang. I still can't imagine if sayang kahwin dengan dia. " Benjamin membelai rambutku lembut.
Aku peluk kuat tubuh suamiku.
Untuk seketika kami hanyut melayan perasaan.
"Sayang... " suaranya berbisik mesra di telingaku.
Aku mendongak memandang wajah suamiku. Lain macam suara dia panggil aku.
"Hurmmm.." aku menyahut lembut.
"Be mine tonight? " dia menolak tubuhku jatuh ke katil. Tali halus baju tidur satinku dikuis perlahan.
Aku tersenyum lembut.
Tangan kusangkutkan ke lehernya. Pipi bersih Benjamin aku kucup lembut.
"Always." aku bisikkan di telinganya.
Dann... Malam pun merangkak pergi bersama suasana hangat antara kami. Nasib esok weekend. Kalau tidak pergi kerja, dua-dua barai. Rizeel seorang sahaja yang steady. Eh tiber.Â
••••
"Abang, kalau minta tolong Tiara jaga Rizeel sekejap tak boleh ke?" soalku perlahan.
Tudung yang melekap di kepala aku betulkan lipatannya supaya lebih kemas. Hari ni sut sepasang berwarna nude aku sarungkan ke tubuh. Wajah seperti biasa, hanya mekap tipis sahaja aku layangkan ke wajah.
Benjamin yang turut mengemaskan ikatan tali leher di belakang tubuhku, aku pandang dari pantulan cermin. Kelihatan Benjamin diam sahaja mendengar ujaran kata daripadaku sebentar tadi.
"Sayang, you dengar tak I cakap apa tadi?" soalku sekali lagi.
Aku pusingkan tubuh berdepan dengan Benjamin. Tubuh kami aku rapatkan. Aku bawa jemariku ke dada bidangnya. Tali leher miliknya aku betulkan.
Benjamin renung wajah cantik si isteri kesayangannya. Sejak bergelar seorang ibu makin cantik wajah itu. Pipi itu terik memerah bak delima.
"Abang ni Lia tanya abang diam pula." rungutku manja.
Benjamin tertawa kecil. Comel rungutan yang diberikan si isteri.
"Ya sayang. Erm, tak payah lah. Menyusahkan Tia pula. Lagipun, dia mana reti sangat nak jaga baby. Kahwin pun belum lagi." ujar Benjamin perlahan. Dirangkul pinggang langsing si isteri.
"Dah tu macam mana?" soalku bingung.
Benjamin mengeluh. Hanya satu jalan sahaja yang dia sedang fikirkan sekarang. Memang agak tidak bernas tapi bolehlah daripada tidak ada.
"Kita bawa jelah anak pergi pejabat."
Aku tercengang. Bawa baby kami pergi pejabat? Jatuh rahangku dengan idea suamiku. Biar betul?
"Seriously abang?" soalku tidak percaya.
Sekilas ciuman diberikan kepadaku. Rizeel yang sedang terdampar di katil peraduan kami dihampiri Benjamin. Aku memerhati.
"Hai baby papa. Main apa tu sayang? Wanginya baby papa ni." diangkat perlahan tubuh semangat bayi kami.
Aku memeluk tubuh memerhati kedua kesayanganku. Tersenyum aku dibuatnya.
"Dah berat lah debab papa ni. Kuat menyusu eh. " digomol wajah Rizeel bertalu. Ya, Rizeel memang kuat menyusu. Mungkin sebab baby lelaki.
Bayi mereka apa lagi, mulalah mengekek ketawa. Seronok digomol si papa. Kalau dengan papanya, cukup suka. Pantang nampak kelibat Benjamin mulalah menggeliat sana sini. Mulut tu mengeluarkan bunyi macam-macam.
"Bahhhh! Ermmm bahhh!" digomol pula perut putih milik Rizeel. Terdengar nyaring kekekan si anak. Benjamin tertawa. Aku tersenyum.
"So, macam mana sayang setuju tak dengan cadangan abang?" soal Benjamin. Dibiarkan tangan montel Rizeel bermain dengan tali lehernya. Sesekali dicium pipi labuh anak lelakinya.
"Kalau itu dah kata abang, sayang ikut je. Pejabat sayang ke pejabat abang?"
"Pejabat abanglah." balas Benjamin.
"Okay." balasku pula.
Benjamin mendukung Rizeel dan berlalu turun ke bawah. Aku tergesa-gesa mencapai beg kecil yang sudah terisi dengan kelengkapan Rizeel. Tas tangan aku sandang ke bahu sebelum pintu bilik kututup rapat dan menyoroti langkah Benjamin menuju ke kereta.
••••
Kami melangkah beriringan menuju masuk ke pintu utama bangunan syarikat. Benjamin mendukung Rizeel di pangkuan. Wajah papanya digapai. Benjamin mengagah bayinya. Mengekek ketawa si anak.
Aku mengerling sekilas. Dah dapat papa, lupa terus mama. Sesekali aku perasan kalau banyak mata yang mencuri pandang ke arah suamiku. Aku akui, walau sudah berkahwin dan mempunyai anak, lagak Benjamin masih lagi seperti orang bujang. Kulihat seperti mendukung adik pun ya juga.
Beberapa orang pekerja kelihatan begitu teruja dengan kehadiran kami bertiga. Ada yang mengagah dari kejauhan. Makin seronok mereka apabila Rizeel melayan. Riuh mulut itu mengeluarkan kata bayinya.
"Comel gila anak bos"
"Weh, serius la itu baby bos?"
"Copy paste muka bos sebijik. Confirm besar nanti hensem macam papa dia."
Kami hanya tersenyum mendengar suara-suara pekerja yang sedang berceloteh sesama sendiri mengenai kecomelan anakku. Aku lap air liur yang sedikit mengalir di mulut Rizeel.
Seronok Rizeel hari ini datang ke pejabat. Lagi seronok didukung papanya.
Tidak sudah-sudah dari tadi menggapai muka si papa. Benjamin juga melayan. Digigit, digomol, dicium. Terserlah naluri kebapaan Benjamin. Semakin sahaja buat aku jatuh cinta.
Kami berjalan beriringan menuju ke bilik pejabat suamiku. Aku letakkan segala barang di atas meja sofa. Benjamin maju ke arah meja kerjanya. Diserahkan Rizeel kepadaku.
"Sayang susukan baby dulu." arah suamiku lembut.
Aku menyandar di sofa. Butang kot aku lepaskan daripada tubuh. Baju aku selak ke atas. Aku lekapkan Rizeel ke dada. Sesaat, Rizeel mula diam menyusu. Benjamin sudah mulai dengan kerjanya.
"Sedapnya tengok Rizeel menyusu." ujar Benjamin tetiba.
Aku tersentak.
"Abang nak sikit boleh tak yang? Abang pun haus juga ni." usik Benjamin.
Aku menunjukkan penumbuk.
"Abang jangan nak mengada eh."
"Kenapa pula?"
"Dah lah, malas layan abang. Ada je benda nak usik Lia." ujarku manja.
Benjamin tertawa kuat.
"Sayang ni sejak dah ada baby garang betul dengan abang."
Aku mencebik.
"Biarlah jadi garang sekali sekala. Padan dengan abang yang gatal tu."
"Eleh, yang gatal ni juga lah sayang nak daripada dulu lagi tahu. Macam lah abang tak tahu. Dia pun gatal juga." ejek Benjamin.
Aku menggulingkan bebola mata ke atas.
"Jangan nak perasanlah. Abang yang gatal cakap Lia pula. " kutukku.
Benjamin tertawa nakal. Tubuh tegapnya dibawa bingkas berdiri. Menapak ke arahku. Aku hanya memerhati.
"Betul lah. Tapi abang suka je sayang garang macam ni. Buat abang geram. I like! " seloroh Benjamin.
"Tu mula lah tu nak merepek. Eii, dia ni kan." tukasku sudah merah menahan malu.
Benjamin tertawa kuat. Benjamin menunduk. Dipaut wajahku merapati wajahnya. Ditiup-tiup bibirku. Hangat nafas Benjamin menampar wajahku. Liur kutelan kesat. Kenapa serasa Benjamin sedang menggodaku saat ini?
Aku betulkan kedudukan Rizeel yang sedang menyusu.
"You love me?" soal Benjamin menggoda.
Aku anggukkan kepala pantas. Sudah tentu!
"How much?" soal dia lagi. Berbisik menggoda.
Aku sudah diterpa rasa segan. Malu bermain kata dengan perasaan.
"I love you so much." bisikku.
Benjamin tersenyum. Pantas bibirku dipagut lembut. Aku memejamkan mata. Turut membalas kucupan suamiku. Rengekan Rizeel mematikan suasana romantis antara kami berdua. Bibirku dikucup sekilas sebelum Benjamin jarakkan wajah antara kami.
"I love you too sayang. So much!" bisik Benjamin pula.
Aku tersenyum manis. Bertuah memiliki dia.
Nah! Buat yang merindui Ben dan Lia. Enjoy reading. Jangan lupa komen.
Share this novel
Lama sangat dah pending citer ni. Bila nk penamatnya. Ke memang tergantung
so sweet..bila nk update
dah the end ke....wahai cik ziera sayang hihihi