BAB 47

Romance Series 247373

Aku kerling jam di tangan. Bangku kerusi yang aku duduki aku injak ke belakang. Menyelesakan duduk. Sut peach sepasang yang tersarung di tubuh aku kemaskan. Tudung bawal hitam aku kemaskan lipatan. Biar nampak lebih kemas.

Mata meliar ke arah pintu bilik mesyuarat. Mencari kelibat encik suami. Hampir setengah jam menunggu untuk memulakan mesyuarat. Kebiasaannya Benjamin lebih awal berbanding dirinya sehinggakan dia naik segan dengan suami sendiri.

Tapi mengenangkan encik suami dah tahu perangai si isteri, dibiarkan saja. Aku mengeluh perlahan. Beberapa ahli mesyuarat lain pada petang itu juga sudah mula bertanya sesama sendiri kelibat CEO muda tersebut.

Aku keluh perlahan. Nafas aku tarik. Mahu tidak mahu aku yang harus memulakan mesyuarat terlebih dahulu. Sorry abang, tak ada niat nak belakangkan abang. Just nak jaga reputasi abang dan syarikat sahaja. Aku bermonolog seketika dalam hati.

Tubuh sedia aku bangunkan. Kerusi aku tolak ke belakang. Ahli mesyuarat lain juga sudah mulai berhenti berbisik sesama sendiri melihatkan aku seakan sudah ingin memulakan meeting kami petang ini.

Sesaat berdiri, tiba-tiba kedengaran pintu bilik mesyuarat yang ditolak kuat. Terkejut aku seketika. Terpacul kelibat tubuh kecil Nizam di balik pintu mesyuarat. Tercungap-cungap. Seakan baru habis larian pecut 100 meter lagaknya.

Buat seketika kami berpandangan. Aku biarkan dia mencari nafasnya seketika. Bibirnya bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu. Hati kecilku mula terasa pelik.

"Yes Nizam. Are you okay? Anything happen ?" soal aku. Melihat riak ketegangan yang terlakar di raut wajah lelaki itu membuatkan jantungku berdetak laju.

"Pu..pu..puan..tu..tua..ann..dia" belum sempat dia menghabiskan kata-katanya sambil tangan menunjuk ke bilik Benjamin, segera ku berlari keluar bilik mesyuarat. Hati berdegup kencang. Pandangan daripada ahli-ahli mesyuarat tidak aku hiraukan.

Kaki yang melangkah terasa seakan mengheret batu besar. Terasa lambat larianku dengan heels 5 inci. Abang..bisikku dalam hati dengan air mata yang mula bergenang dan menitis di pipi. Takut!

Sampai sahaja di pintu bilik Benjamin, pintu aku tolak kuat. Melihatkan Benjamin yang tersandar lesu di sofa kamar pejabat, aku segera melangkah ke arah dia. Pucat muka suamiku kelihatan.

"A..abang..." bisik aku sambil menahan tangis. Tak sanggup aku tengok dia lemah seperti ini.

Masih aku ingat ketika Benjamin jatuh sakit suatu ketika dahulu. Jujur, aku tak sanggup hadapi lagi. Seakan nyawaku turut melayang.

Benjamin mencelikkan mata mendengarkan suaraku. Aku menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya panggilanku disahut.

"Sayang..." perlahan namaku diseru. Lemah sungguh.

"Abang kenapa ni. Bagitahu Lia. Abang ada sakit kat mana-mana ke ?" aku mengusap pipi suamiku. Aku tarik kepalanya bersandar di bahuku.

"Abang tak larat. Kepala ni pening. Tadi abang muntah. Banyak kali dah." walaupun lemah namun masih lagi kedengaran suara miliknya bergema di telingaku. Aku menarik nafas kelegaan.

"Muntah? Abang makan apa tadi sampai muntah? Silap makan ke apa?" aku menyoal lembut. Pipinya aku usap-usap lagi.

Namun tiada respon diberikan. Sebaliknya aku merasakan bibir seksinya mencumbu-cumbu leherku di dalam tudung. Aku mengeliat kegelian.

"Abang..heyy.." aku memanggil. Wajah Benjamin aku intai.

"Hurmmm..." gumam dia manja. Digesel-gesel hidungnya di leherku.

"Sayang pakai minyak wangi baru ke ? " tanya dia mengubah soalan tiba-tiba.

Aku mengerutkan muka. Dahi berkerut pelik. Perfume baru? Rasanya perfume sama sahaja. Setiap hari.

"Mana ada. Perfume yang abang bagi hari tu lah. Mana ada Lia pernah tukar perfume.." balasku pelik.

Kedua wajah Benjamin aku paut. Benjamin tersengih memandangku. Hairan aku dengan sikap dia pagi ni.

"Hurmm wangi. Abang suka. Rasa macam hilang pening muntah abang bau sayang. " Wajahnya disemban kembali ke arah leherku. Digesel-gesel wajahnya ke arah leherku. Rasa geli aku tahan kuat. Tak sampai hati ingin menolak Benjamin yang mahu bermanja.

Rasa hairan yang semakin menyinggah membuatkan ku tak senang duduk. Takkan nak jadi janda dah aku ? Kahwin baru beberapa bulan kut. Alahhh masa ni la nak fikir bukan-bukan pun. Aduhaiiii...

"Abang larat tak ni ? Kita balik nak tak ? " aku tunduk mencari wajah Benjamin yang tersemban di ceruk leher putihku.

"Sayang..." rengek dia manja memanggilku.

"Yes?" aku menyahut lembut. Kepala Benjamin aku usap beberapa kali. Dah macam baby.

"Abang teringin nak makan tomyam campur. Sayang masakkan boleh tak ?" pinta dia lembut.

Serentak aku menekap kedua-dua belah pipi Benjamin dan aku bawa wajahnya menatap wajahku.

Puppy eyes ditayangkan kepadaku. Aku tergelak. Melihatkan wajah cemberut Benjamin, aku hentikan gelak yang kian kuat.

"Tomyam? Bukan abang tak suka ke masam-masam? Sejak bila pulak boleh berubah selera ni? Abang jangan macam-macam." aku tersengih mengusik. Pelik suami aku ni. Tiba-tiba nak makan tomyam campur. Tak pernah-pernah mintak masakkan tomyam.

Benjamin mencebikkan bibir. Pautan tanganku di badannya dilepaskan. Aku terkedu. Takkan merajuk kut. Haishhh..makin pelik aku dibuatnya. Pagi tadi minta aku masakkan nasi minyak dengan sambal sotong. Ni tomyam campur pulak.

"Takpa lah kalau menyusahkan Lia. " sejurus itu tubuhnya yang masih lemah dibangun. Aku merentap jemari suamiku.

Benjamin keraskan tubuh. Tiba-tiba dia dihurung sebak. Tekaknya teringin sangat nak makan tomyam campur. Bagai terasa di lidahnya hirupan kuah tomyam tersebut. Ahh! dia mahu tomyam campur sekarang.

Aku terkedu sekali lagi melihatkan mata suamiku yang merah berair. Takkan menangis pula.

"Abang..heyyy..whats wrong with you ?" pinggang Benjamin aku peluk dari belakang. Dada bidangnya aku usap-usap tanda memujuk.

Tiada respon yang diberikan. Aku sengih lucu.

Aku bawa mulut ke telinganya. Aku kucup telinga Benjamin lembut. Suamiku mengeras. Merajuk lagi lah tu.

"Abang..jom balik. Lia masakkan tomyam campur kat abang. Nak tak? Lia letak sotong dengan udang banyak-banyak. " pancingku. Mana tahu terpujuk.

Sepantas kilat Benjamin pusingkan tubuh tingginya menghadapku. Bersinar-sinar matanya memandangku. Pipinya aku usap sayang.

"Betul? Sayang tak tipu? Sayang janji letak sotong dengan udang banyak-banyak pastu say...aa.." bibirnya aku tekap dengan bibirku.

Terkedu Benjamin seketika dengan perbuatanku.

Aku tertawa kecil.

"Yaa..Lia letak banyak-banyak sampai abang kenyang pastu tak merajuk dah dengan Lia. Okay sayang?" aku tersenyum manis.

Benjamin tertawa riang. Namun, mengenangkan mesyuarat yang bakal  bermula sebentar nanti menjadikan dia harus berfikir dua kali. Dia bukanlah seorang ketua yang jenis suka menangguhkan kerja.

"Lia tolong handle meeting kita hari ni boleh ? Abang betul-betul tak larat. Kalau boleh nak Lia peluk je 24 jam. I dont know why. " Benjamin mengeluh mengenangkan keadaan diri dia sekarang yang asyik turun naik moodnya. Asyik nak swing saja. Pantang keinginannya tidak layan mula lah dia buat perangai.

Entahlah. Dia sendiri bingung dengan sikap dia kebelakangan ini.

Kadang-kadang benda kecil pun buat dia terasa hati. Tengoklah macam kes tomyam tadi.

"Dont worry. Lia handle tapi abang tetap kena masuk meeting lah. Tapi boleh tak? Kalau abang rasa tak larat, tak perlu lah.." balasku.

Benjamin mengeluh. Direnung wajah cantik isterinya yang bertudung.

"Tak apa. Abang masuk. Abang okay je. Tadi abang minta asam dekat Nizam. Dah makan masam-masam, hilang rasa mual. " ujar Benjamin.

Aku mengerutkan dahi. Makin kuat aku dihurung rasa pelik. Sejak bila suaminya suka makan asam?

"Sedap ke makan asam? " sengaja aku menyoal.

Benjamin anggukkan kepala laju.

"Sedap yang. Nanti abang nak beli banyak-banyak buat stok asam kat rumah. " dengan senyuman lebar Benjamin memberi jawapan padaku.

Aku tersengih kaku.

"Ada lagi ke? Lia nak sikit. " pintaku menguji. Telapak tangan aku unjukkan.

Benjamin tayang wajah cemberut.

"Habis dah. " dalih Benjamin.

Bukan dia tak nak bagi, tapi asam itu hanya tinggal sedikit sahaja. Rasa sayang pula. Itulah, dia sekarang turut pelik dengan dirinya sendiri.

Lagi satu, dia perasaan kalau isterinya berseri sangat-sangat sekarang. Pipi itu agak temban sedikit. Terik memerah pipi gebu itu. Buat dia rasa tak puas menciumnya.

"Jom, nanti diorang kata apa pula. " ujar mematikan lamunan Benjamin yang ralit memerhatikan ku.

"Okay, jom. Tunggu sekejap, abang nak ambil fail. " serentak dibawa tubuh lampainya ke meja. Dicapai fail berwarna hitam sebelum dipaut jemariku erat keluar menuju ke bilik mesyuarat semula.

••••

Aku merenung figura diriku di hadapan cermin meja solek panjang. Lama aku perhatikan diriku sendiri. Baju pyjamas bernada biru gelap berbunga putih aku selak ke atas. Mendedahkan perut putihku.

Betul ke aku mengandung? Kedua belah bebola mata naik pula merenung pipi yang terasa agak tembam kebelakangan ini. Perutku usap lembut.

Terimbas kembali perbualanku bersama dengan Tiara dan Nelly dua tiga hari yang lepas. Bukan niatku untuk bercerita tentang perangai suamiku yang agak berlainan sekarang. Tapi perasaan pelik yang begitu berleluasa dalam diriku menyebabkan aku akhirnya membuka mulut.

Menyuarakan rasa kepelikan aku itu kepada kedua sahabat baikku. Ikutkan hati aku mahu sahaja berbuat tidak tahu tapi rasa ingin tahu dan pelik masih lagi tinggi dalam diriku. Dan akhirnya, aku terjebak bercerita kepada mereka.

"Kau okay ke Lia? Aku tengok kau macam tengah fikirkan sesuatu je? " soal Tiara terus tanpa mukadimah lagi. Tisu ditarik sehelai sebelum dilapkan ke mulutnya yang terasa berminyak.

Aku diam. Hanya tunduk merenung straw yang aku mainkan dari tadi. Letih menunduk, kepala aku panggungkan. Helaan nafas kecil aku lepaskan. Tunak membawa kedua mataku ke wajah manis Tiara. Terserlah keserian di wajah itu memandangkan tidak lama lagi mahu bergelar seorang isteri.

"Tak ada apa lah. Cuma aku pelik je sekarang ni.." aku mulakan susunan ayat. Tidak terus ke arah menjawab pertanyaan Tiara.

Tiara mengerutkan dahi.

"Pelik? Pelik dengan siapa pula? " soal Tiara, bingung. Disedut air yang masih bersisa di dalam gelas.

Aku gigit tepi bibir. Tubuh aku tegakkan. Aku betulkan kedudukan tudung bawal milikku.

"Suami aku. Dia.. "

"Dia apa? " soal Nelly laju. Dipincingkan mata. Jangan cakap Benjamin buat hal.

"Dia nak bagi madu kat you ke?" soal Nelly lagi. Kuat suaranya.

Aku menggelengkan kepala. Minta simpang malaikat empat puluh empat lah. Berani nak bagi aku madu, aku potong anu Benjamin. Tiara menjeling malas ke arah Nelly. Suka sangat buat andaian bukan-bukan sahabat mereka seorang ini.

"You memang suka eh kalau I dapat madu? " soalku geram.

Nelly menyeringai sengih.

"Mestilah I tak suka. Berani dia kasi you madu, I dengan Tiara belasah Benjamin nanti. Dah dapat isteri cantik jelita pun nak cari perempuan lain ke? Huh! "

Tercengang mereka dengan Nelly yang berubah laku. Benar-benar anti dengan lelaki yang tidak setia dan tidak cukup dengan satu. Sudah banyak dia melihat lelaki-lelaki buaya yang rakus memperjudikan kesetiaan perempuan.

"Dah tu dia apa? " Tiara kembali bertanya mengalih topik kepada perbualan utama mereka.

"Suami aku tu. Perangai dia macam pelik sikit kebelakangan ni. Pening aku nak melayannya." terangku perlahan. Memicit pelipis.

"Cuba kau terangkan macam mana yang kau kata perangai laki kau tu pelik sikit sekarang. Nak juga tahu." pinta Tiara.

Aku menyandarkan tubuh ke kerusi. Membalas renungan mereka.

"Yelah, laki aku tu bukan main manja lagi sekarang ni dengan aku. " keluhku.

Nelly tertawa kecil.

"Biasa lah tu. Bila dah ada isteri mestilah nak manja-manja dan terlebih manja. " tukas Nelly dengan ketawanya.

Tiara mengganggukkan kepala. Bersetuju dengan kata-kata Nelly.

Aku berdehem.

"Ya, aku tahu. Tapi yang musykilnya benda yang dia tak gemar dia makan. Contohnya, suami aku dia tak suka makanan yang masam-masam. Tapi sekarang kalau makan boleh dikatakan setiap hari request minta aku masakkan tomyam campur. " ujarku.

Serentak keduanya terdiam. Menoleh seketika berpandangan sesama sendiri.

"Oo..kayyy..lagi apa lagi yang kau rasa laki kau pelik? " soal Tiara.

"Lagi satu, sekarang ni dia macam kuat sentap sikit. Aku pernah tolak bila dia suruh aku masakkan tomyam. Sekali sekala tekak nak juga makan masakan lain. Lepas itu, dia boleh naik bilik berkurung. Merajuk dengan aku. " ujarku lagi. Emosi juga aku kadang melayan peel si suami yang lain macam sekarang.

Nelly dan Tiara berdiam diri. Memasang telinga mendengar ujaran daripadaku yang kelihatan runsing.

"Lepas tu you pujuk dia tak? "

Aku mengeluh.

"Takkan lah tak pujuk. Jadi aku masakkan dia tomyam. Bila dia tahu aku masakkan feveret dia, terus hilang merajuk. Siap menonong tinggal aku kat belakang. Aku pula naik sebal. " keluhku.

Tiara tertawa kuat. Benjamin, Benjamin, nampak gayanya kena perbuatan sendiri lah kau.

"Aku rasa laki kau tu terkena perbuatan sendiri tu. Takpun alah. " ujar Tiara bersahaja. Selamba sahaja diucapkan ke arahku. Tiara mengulum senyum senget.

"Maksud kau?" tanyaku bingung.

"I rasa pun macam tu juga lah. Alahan tu. " Nelly turut menyokong ujaran Tiara.

"Kau berapa lama dah tak datang period? "

Aku tercengang. Sudah lima bulan aku berkahwin dengan Benjamin. Aku mencongak. Berkira-kira bila kali terakhir aku datang bulan. Rasanya sudah dua bulan period aku tidak datang. Kebiasaanya on time. Dan kami bersama seperti biasa.

Aku memandang Tiara dan Nelly yang turut berpandangan denganku saat ini. Aku tersengih kaku. Meramas sesama sendiri jari di ribaan.

"Kami tanya you sengih-sengih pula. "

Aku garu tudung.

Perlahan, aku angkat jari telunjuk dan jari tengah. Mencantumkan ia menjadi dua.

"Sah! " serentak keduanya berkata. Petikan jari berbunyi di depan wajahku.

"Apa yang sah? " soalku perlahan. Hampir tidak terkeluar kata-kataku.

"Pregnant! " sekali lagi suara mereka bergabung menjadi satu.

Aku terkedu. Pregnant? Mata aku terbuntang besar. Mata berkelip beberapa kali.

"Pre..gg..nant? " soalku gagap. Spontan percakapan menjadi tidak lancar. Kaku rasa lidah untuk bersuara.

Serentak Nelly dan Tiara menganggukkan kepala.

Perlahan aku jatuhkan renungan di perut yang berlapikkan baju kurung. Dengan tangan yang agak terketar, aku labuhkan telapak tangan ke perutku. Aku usap lembut perut yang terasa sedikit membukit. Betul ke?

Mata terasa panas berkaca.

"Nanti balik kau singgah farmasi beli pregnancy test kit tu. Balik rumah kau test. Tapi aku yakin dua ratus peratus, kau tengah mengandung sekarang. " ujar Tiara tersengih lebar.

"I pon really really sure you pregnant right now Lia. Dari gaya you bercerita pasal husband you tu.. "

Aku diam. Hanya renungan bersama sebuah senyuman menghiasi wajahku saat ini. Aku usap lagi perutku. Anak mama papa!

"Sayang.." sapaan Benjamin dari belakang menyentakkanku dari lamunan.

Aku tersenyum. Melenggang tubuh lampai Benjamin melangkah mendekatiku. Ditutup rapat pintu bilik kami. Aku turunkan kain baju yang terselak menampakkan perut putihku.

"Kenapa? Sakit perut ke? " soal Benjamin. Didekati aku dari belakang.

Dirangkul tubuhku dari belakang. Disembankan wajahnya ke leherku. Aku gelengkan kepala.

"Dah siap ke sayang kerja you? " aku bertanya.

Benjamin anggukkan kepala.

"Dah. Tinggal nak buat final touch up an check up je lagi. Sorry sayang abang macam busy sikit lately ni.." ujar  Benjamin perlahan disertai dengan ucapan maaf.

"Tak ada apa lah. Lia faham. Lia okay je.. " balasku menyenangkan si suami.

Kedengaran penat suaranya di celahan leherku. Aku tertawa kecil perlahan aku pusingkan tubuh ke arah suamiku. Aku paut sisi wajah Benjamin.

"Alolo, kesian hubby Lia ni. Penat sangat ke sayang? " aku menyoal prihatin.

Dengan wajah tercebik manja Benjamin mengangguk. Aku labuhkan kucupan di wajah itu. Nak jadi papa pun manja lagi. Walaupun aku masih belum buat test pregnancy tersebut tapi jauh di sudut hati aku percaya kalau aku kini sedang mengandungkan baby kami.

"Penat juga lah yang. You know right projek kali ni besar. So I need more focus and hard work. Tak boleh buat sambil lewa. Untuk kita juga.. " jelas Benjamin perlahan.

Aku tersenyum. Memahami perasaan Benjamin. Walaupun sebenarnya nak diikutkan harta kami tujuh keturunan tidak habis makan, tapi Benjamin masih lagi berkerja seolah-olah dia punya empat isteri dan sepuluh anak yang harus disara dan dikasi makan.

"Kenapa sayang senyum? " tetiba diajukan soalan.

Aku lepaskan ketawa kecil.

"Tak ada apa. Cuma kagum dengan papa baby ni. Kuat sangat kerja. " ujarku.

Benjamin terdiam. Baby? Rasa-rasa telinganya mendengar isterinya menyebut 'baby' sebentar tadi. Tapi takkan kut? Tidak apa lah, mungkin telinganya salah dengar kut. 

Pelukan aku lepaskan. Aku buat tidak tahu riak Benjamin yang terpana. Aku bergerak menuju ke katil peraduan kami. Benjamin menyoroti dari belakang. Tetiba, terasa tubuhku melayang ke atas. Aku tersentak.

"Hey.. " jeritku.

Benjamin tertawa kuat. Perlahan dibaringkan aku lembut ke katil. Ditindih tubuhku perlahan. Tapi tidak dihempat terus. Ditongkat siku menahan tubuhnya.

"Selain daripada kuat kerja di office, abang pun kuat kerja untuk dapatkan baby.. " Benjamin berbisik perlahan di telingaku.

Aku membeliakkan mata. Merenung wajah Benjamin yang hanya berjarak seinci sahaja. Aku tepuk pipi suamiku lembut.

"Oh ya. Then, show to me! " ujarku selamba. Menggoda Benjamin. Aku mainkan jemariku di dadanya. Aku kucup pipi cerah itu beberapa kali.

"Sayang tak menyesal? " soal Benjamin nakal.

Aku lingkarkan lengan ke lehernya. Tarik mendekatiku wajahku.

"Nope!" bisikku.

Tanpa lengah, dilepaskan bajuku dari tubuh. Dilabuhkan kucupan demi kucupan di tubuhku. Kucupan turut dilabuhkan di perutku.

"Perut sayang macam dah buncit sikit lah. Sayang makan banyak eh?" seloroh Benjamin.

Aku diam. Simpan senyum.

"Ya, buncit lah sebab makan banyak untuk banyak orang. " ujarku selamba.

Benjamin diam. Isteri dia cakap apa sebenarnya? Dia kurang faham maksud yang ingin disampaikan.

Malas untuk bersoal jawab, dikucup kedua belah pipi si isteri. Bersedia untuk aksi seterusnya. Namun, aku tahan tangan Benjamin yang sudah mulai liar ke sana sini.

"Abang.. " seruku tertahan.

"Ermmm.. " gumam dia di leherku.

"Please be gentle.. " pintaku perlahan. Takut juga effect kepada baby dalam kandungan.

Benjamin angkat wajah merenungku.

"Abang tak gentle ke selama ni yang?" soal Benjamin bingung.

"No. Cuma lepas ni Lia nak abang lebih gentle. Boleh kan? " soalku menyembunyikan senyum.

Benjamin mengerutkan dahi dengan permintaanku. Lama, akhirnya dianggukkan kepalanya membalas.

Aku senyum.

"I think your hard work paid off.." bisikku.

Benjamin diam. Mengambil masa beberapa lama untuk mencerna kata-kata si isteri yang makin berseri-seri sekarang. Seketika, dijatuh kembali wajahnya ke ceruk leherku. Kalau asyik berdiam memikir alamatnya tergendala mereka dalam melunaskan nafkah batin. Aku tersenyum sebelum aku juga turut diam menikmati belaian dan sentuhan kasih antara kami.

Rindu Lia dengan Ben ke tu? haha. Enjoy reading. Jangan lupa komen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience