"Lia.." mummy menyeru.
Aku angkat wajah dan berpaling sekilas sebelum menunduk menyuap makanan yang tergendala sebentar tadi.
Mummy senyap seketika. Aku yang menanti butir bicara daripada mummy berasa hairan.
Sudu dan garfu aku letakkan. Mata naik memanah seraut wajah mummy.
Mummy sepertinya gelisah. Seperti ada sesuatu mahu disampaikan kepadaku.
"Miy..." aku memanggil perlahan.
Pantas, matanya bersambung pandang dengan mataku. Lama kami bertatapan sebelum mummy bertindak melarikan pandangan.
Mummy menghela nafas dalam. Aku hanya menanti.
"Mummy ada sesuatu nak bagitahu Lia." sebaris diucapkan kepadaku.
Sesuatu? Mengenai apa ?
Telinga aku pasangkan. Kepala aku angguk tanda bersedia mendengar 'sesuatu' yang bakal mummy sampaikan.
"Mummy akan kahwin dengan uncle Razman." senafas mummy lafazkan.
Bunyi sudu dan garfu jatuh berdenting di dalam pinggan. Ianya bukan sengaja tapi tindakan refleks daripadaku. Aku terkedu!
Lekas, mataku merayap mencari seraut wajah mummy. Tidak tahu reaksi apa yang harus aku pamerkan.
Makanan yang kutelan terasa berpasir. Terasa ingin kumuntahkan kembali. Kejutan apa ini?
Aku tatap sedalamnya wajah mummy. Mencari titik kepastian. Muncul sejuta rasa dalam hati aku. Sukar untuk aku huraikan. Tapi rasa ingin tahu yang paling menjalar kuat.
Lama terdiam, aku tertawa kekok. Cuba untuk memahami 'sesuatu' yang disampaikan mummy.
"Betul ke apa yang Lia dengar daripada mulut mummy ni ? Lia tak salah dengar kan?" kepastian aku tuntut daripada mummy. Suaraku berbisik perlahan namun masih dapat lagi didengari mummy di hujung kepala meja.
Mummy menggelengkan kepala mendengar soalan tersebut. Menidakkan apa yang aku katakan.
Aku terhenyak. Wajah tenang milik mummy aku tilik lagi. Sukar untuk aku tebak yang bermain di fikiran tua mummy. Wajah tanpa emosi ditayangkan kepadaku.
"Mummy akan kahwin dengan uncle Razman. Lia jelas kan apa yang mummy bagitahu ni?" tekan mummy.
Serentak, aku bangun. Kerusi aku tolak kasar ke belakang. Terinjak kedudukannya. Kasar bunyinya bergeseran dengan lantai marmar.
"No! Lia tak setuju mummy nak kahwin lagi" tempikku deras.
Bukan sengaja untuk aku menempik sedemikian. Cuma memang aku tidak boleh terima!
Kenapa? Kenapa mummy perlu berkahwin lagi. Kenapa? Sudah lupakah mummy akan cintanya terhadap daddy? Sudah lupakah dia akan kenangan yang tercipta antara kami bertiga? Mudahnya mummy! Sampai hati, detikku sayu.
Mummy terkejut mendengar tempikanku. Bergetar tubuhnya menahan rasa. Wajah diraup. Mencari kekuatan. Bergenang tubir matanya.
"Tapi sayang. Mummy dah terima lamaran uncle Razman. Sama ada Lia suka atau tidak, kami akan tetap berkahwin" putus mama. Titik!
"Tapi kenapa tiba-tiba?" balasku laju.
"Itu Lia tak perlu tahu" balas mummy tanpa perasaan. Makanan disuap paksa ke dalam mulut sedangkan selera sudah tersekat.
Aku tertawa mengejek. What the hell of this?
"Lia tak perlu tahu? Then, semudah itu mummy minta Lia bersetuju dengan semua ni? " provokku. Mata membuntang. Bukan niatku untuk bersikap kurang ajar cuma...
"Mummy tak perlukan persetujuan Lia. Sama ada Lia suka atau tidak, mummy tetap akan kahwin dengan dia. Fullstop!" tisu dilap ke mulut. Digumpal dan dicampak ke dalam pinggan.
"Tanpa berbincang dengan Lia walau sepatah perkataan sekalipun tentang keputusan mummy buat ni?" selarku.
Tiada jawapan yang kuterima, sebaliknya wajah tanpa perasaan ditunjukkan kepadaku.
Sungguh, aku merasa pelik. Sedangkan jika sebelum ini sebarang keputusan, kami akan saling berbincang atau bertukar pendapat namun dalam hal yang sebegini penting, mummy menetapkan keputusannya sendiri.
"Tiada sebarang perbincangan yang akan dilakukan." balas mummy tiba-tiba. Ringkas.
Aku mengeluh. Menghela nafas yang terasa tersekat di dada. Keadaan menjadi semakin rumit aku rasakan. Berbahang!
Automatik,tubuh mummy tegakkan. Kerusi ditolak ke belakang. Tiada selera lagi untuk menikmati makan malam mereka. Pada masa yang sama cuba menyembunyikan sebak yang mulai bertandang.
Betapa dia sedaya upaya cuba untuk mempamerkan tingkah yang bukan dirinya yang sebenar. Maafkan mummy, sayang...
Aku sebagai anak tidak perlu tahu? Jadi pada siapa harus aku ambil tahu?
Daddy baru sahaja meninggalkan kami dan secepat ini mummy mahu mencari pengganti. Apa tidak cukupkah aku di sisi menemani dia sehingga perlu berkahwin lagi?
Tanpa memandang seraut wajah milik wajahku, terus dibawa langkahnya melepasiku yang hanya mampu berdiam diri, meninggalkan ruang dapur yang kini hangat dengan perbalahan antara kami.
Aku nampak aura ketegasan di wajah mummy saat menuturkan keputusannya. Seolah-olah tidak mahu lagi memperkatakan apa-apa mengenai hal tersebut selepas ini.
Sungguh aku bingung kini. Aku perlukan jawapan. Penjelasan. Tubuh mummy yang melepasiku, aku pandang dengan sepi biarpun segala perasaan bercampur baur dalam diriku.
Tubuh dibawa secepat yang mungkin keluar daripada dapur. Tangan naik menekup mulut. Tangga didaki cepat. Satu dua anak tangga dipanjat.
Tombol pintu bilik dipulas. Sebaik sahaja pintu yang terkuak kembali ditutup, terus tubuhnya melorot jatuh. Bersandar di balik pintu tersebut, tangisan yang ditahan akhirnya terlepas.
Kamar yang suram kini disirami dengan tangisan daripada seorang ibu.
'Abang' detik Datin Rida dalam hati. Betapa hati merindui sang suami yang sudah meninggalkan mereka.
'Kalaulah Aulia tahu apa yang sedang mummy lakukan semua ini sayang'
Tubuh yang bersandar dibawa berdiri. Melangkah perlahan menuju ke arah katil. Gambar sang suami di meja kecil sebelah katil dicapai. Diusap-usap sayang, melepas rindu yang menggunung.
"I miss you so much, abang. Semoga kita berjumpa di sana nanti'
Suatu saat nanti, Aulia pasti akan mengerti jua.
_____________________________________________
"Aulia Natasha! Sini kau rupanya. Puas aku cari tahu. Merata tanya orang kut-kut diorang nampak kau. Nasib Syafiq bagitahu aku, kau lepak tasik belakang sini" sambil duduk, dilepaskan bebelannya kepada aku.
Bebelan Tiara aku biarkan. Pandangan aku lontarkan jauh ke arah tasik yang menghijau di depan mata. Terasa sedikit ketenangan aku peroleh. Terngiang-ngiang perbalahan aku dan mummy di meja makan semalam.
"Lia..." bahuku Tiara pegang. Diramas bahuku.
"Again.. " dihela nafas kecil melihatkan tingkahku.
"Lia..kenapa ni? Masalah apa pula yang mengganggu kau kali ni? " lembut suara Tiara membawa kembali fikiranku yang melayang jauh. Pandangan turut dilontarkan ke hadapan. Sama sepertiku.
Aku mendongak. Memandang awan yang berarak. Kelihatan beberapa pelajar beriadah. Ada yang berseorangan. Ada yang bersama rakan dan juga kumpulan. Masing-masing gembiran melakukan aktiviti. Berbeza dengan aku yang dihimpit pelbagai perasaan yang menyesakkan.
Aku menunduk. Menggeleng kepala. Mengapa Tiara selalu sahaja memahami keadaan aku ? Sedangkan mummy..bukan lagi mummy yang dulu..
"Mummy.." ucapku sepatah.
Tiara memusingkan tubuhnya menghadap aku.
"Kenapa dengan mummy kau?" soal Tiara laju.
Aku angkat bahu. Seperti biasa, bila melibatkan hal yang serius aku jadi tidak tahu mahu mula bagaimanana.
"Lia..come on babe. Just tell me. Kau tahu kan aku selalu ada untuk kau. Dengar segala masalah kau" melihatkan aku yang senyap menjadikan dia tidak betah lagi menunggu. Tidak sesuai pula jika dia mendesak.
"Mummy aku. Dia nak kahwin dengan uncle Razman. Daddy Benjamin Luthfias" senafas aku luahkan. Senyuman hambar menghiasi wajahku.
Tiara di sebelah sudah melopong luas mulutnya. Tidak aku tahu begini sekali reaksi yang dipamerkan Tiara.
Tiara tertawa kaku.
"Ha..ha..ha..Kau tak bergurau kan sekarang ni dengan aku? Bukan cubaan kan?"
Aku menggeleng. Menafikan pertanyaan tersebut dengan cara yang paling mudah dan selamat.
"Ini bukan masanya untuk aku bergurau Tia. Kau sendiri pun terkejut, apatah lagi aku sebagai anak ni. Tambahan pula, benda ni berlaku secara tiba-tiba. Aku sendiri tak faham. " tukasku.
Tiara di sebelah masih lagi terkedu. Lama menyepi mencari ayat yan sesuai untuk diperkatakan.
"Jadi..apa reaksi kau?" ringkas soalan Tiara.
Bibir bawah aku gigit. Mata merayap membalas pandangan Tiara.
"Aku bantah. Aku cakap aku tak setuju kalau mummy nak kahwin lagi. And you guess what? Mummy cakap dia tak perlukan persetujuan aku. Tak perlukan perbincangan antara kami. Dan aku sebagai anak, apa yang boleh aku kata kalau mummy dengan tegas tetap dengan keputusan dia untuk kahwin dengan uncle Razman?" luahku panjang lebar. Wajah tunduk melihat jari-jemari yang meramas sesama sendiri.
Nafas panjang Tiara hela. Dia juga tidak tahu untuk berkata apa.
Sepi menyelubungi antara kami seketika. Masing-masing cuba untuk menghadam dan memahami apa yang sedang berlaku dan akan berlaku.
"Lia. Sebagai anak, kadang-kadang kita tak tahu apa yang ibu bapa fikirkan yang terbaik untuk kita. Jadi, sebagai sahabat. Aku rasa kau terima je keputusan mummy kau dengan hati terbuka" pujuk Tiara setelah lama mencari kata-kata yang sesuai untuk diluahkan.
"...dan tak semestinya apa yang kita fikir tu sama macam yang mereka fikir. Sekarang, kau lapangkan hati kau. Lagipun, uncle Razman tu baik kan. Kau sendiri tahu benda tu Lia.. Kau juga pernah saksikan sendiri kebaikan dia pada kau sekeluarga" sambung Tiara lagi. Cuba menenangkan perasaan gundahku.
"Dah lah. Sekarang, doakan yang terbaik untuk mummy kau. I think she has her own reasons.. Sesuatu takkan berlaku tanpa sebab Lia" dianggukkan kepalanya kepadaku. Bahuku ditepuk-tepuk lembut.
Sedikit sebanyak, kata-kata Tiara berjaya mengusir ketegangan di hatiku. Aku harus lebih berfikiran terbuka dalam soal ini. Tidak boleh berajakan hati dalam membuat keputusan.
Segaris senyuman aku hulurkan kepada Tiara yang sedari tadi memandang wajah muramku.
"Ha,macam ni lah cantik. Ini asyik muram sedih je. Kau tahukan, kau kalau senyum cantik sangat. Insecure aku..eiii.." usik Tiara. Pipiku ditarik-tarik.
Aku menolak kuat tubuhnya. Tubuh aku bangunkan. Tangan menyapu belakang seluar. Menghilang debu-debu tanah yang melekat.
"Dah, jom lah gerak. Nak senja dah ni" ajakku.
Beg tote berwarna coklat disandangkan ke bahunya. Seketika, kami mulai meninggalkan kawasan tersebut. Tiara yang asyik berceloteh aku hiraukan. Malas nak melayan. Tak habis-habis dengan teman lelaki dia si Azim.
Kacak lah, Smart lah, bijak lah. Tiara..Tiara..terima kasih selalu ada..
"Woiii.. Tunggu aku lah. Ishhh..." jerit Tiara.
"Lambat tinggal.." laungku sambil lari mencicit meninggalkan Tiara di belakang.
______________________________________________
Aku lingaskan mata ke arah jam tangan bertali hitam. Kepala kujengukkan ke pintu masuk Mac Donalds.
Nampaknya, kelibat gerangan orang yang mengajaknya untuk berjumpa hari ini masih lagi tiada bayang kelihatan.
Tubuh aku sandar malas ke kerusi. Mata aku lihat ke atas sambil mulut menghembuskan nafas. Bosan menunggu.
Masih lagi teringat. Semalam ketika sedang santai di atas katil, aku menerima panggilan daripada seseorang.
Melihat nombor yang tidak kukenali terpapar menjadikan aku serba salah untuk menjawab. Deringan kali ketiga membuatkan mahu tidak mahu memaksa aku untuk menjawab panggilan tersebut. Mana tahu jikalau penting.
"Helo" sapaku takut-takut.
"Hello. Asal yang susah sangat you nak angkat call I ni ?" marah si dia di hujung talian.
Bibir aku juihkan. Angkat-angkat terus kena sembur. Entah siapa-siapa nak marah aku.
Telefon aku lekap kembali di telinga.
"Helo. Ni siapa?" sapaku lagi
"I, Benjamin. You ingat boyfriend you ke yang call ? Ataupun scammer?" sarkastik soalan dia ajukan. Call macam nak cari gaduh.
"Ohh, awak. Hurmm ada apa awak call saya malam-malam ni?" suara aku betulkan. Dari mana dia dapat nombor aku?
"Esok you free tak? " tanya dia lagi. Dingin dan serius sahaja suaranya.
"Free" balasku sepatah.
"Okay good. Esok dekat Mcd jam 3 petang kita jumpa. Okay bhai" terus diletak gagang telefon.
What the heck? Telefon aku lempar ke tepi. Auto murung malam ini.
"Sorry lambat. Jalan jammed tadi. Ada accident" Teguran Benjamin menyentakkan aku. Kedudukan yang tersandar, aku betulkan.
Wajah mendongak memandang seraut wajah tampan Benjamin. Dengan rambut yang sedikit messy, baju biru lembut dengan tangan baju yang disinsing hingga ke siku semakin menyerlahkan aura ketampanan yang dimiliki oleh dia.
Aku berdehem. Kerusi ditarik sebelum dilabuhkan punggungnya. Kaki disilang kemas. Terserlah aura seorang ketua.
"You dah order?" tanya Benjamin.
Aku menggangguk.
"Awak?" soalku kembali.
"Dah." sepatah dibalas. Beku bukan main.
Kekok seketika antara kami. Mata saling bertentang. Namun, hanya beberapa saat aku melarikan tatapan. Menunduk merenung jari-jemari yang bertaut sesama sendiri di peha. Renungan Benjamin aku rasakan sangat tajam merenungku.
"Apa semua ni?" soalnya memulakan bicara.
Aku yang dari tadi menunduk pantas mengangkat wajah.
"Apa yang sedang berlaku sekarang ini?" ditanya lagi soalan kepadaku. Nadanya kedengaran tidak puas hati.
Aku menarik nafas. Menghembus perlahan.
"Apa maksud awak?" soalku. Berbalas soalan tanpa jawapan dengan Benjamin.
Soalan berbalas soalan bukanlah satu perkara tepat yang dilakukan namun dia juga turut ingin mempersoalkan serta mendapatkan jawapan yang masih lagi tiada jawapan ini.
Benjamin perhati si gadis yang tidak lama lagi akan berubah status menjadi 'adik tiri' dia. Hampir lima bulan tidak bertemu, kejutan ini yang mereka peroleh. Bila ditanya kepada orang tua mereka, jawapannya mereka tidak perlu tahu.
Diteliti wajah si gadis yang sedang melontarkan pandangan ke luar. Entah apa yang seronok sangat di luar juga dia tidak tahu berbanding melihat wajahnya. Sudah banyak perubahan yang dia dapat lihat daripada si gadis. Kalau dulu, kali terakhir mereka bertemu seraut wajah itu diliputi dengan kesedihan.
Kini, tidak lagi. Seraut wajah itu sudah kelihatan bersinar. Mungkin sudah dapat menerima kenyataan.
"Daddy I dengan mummy you? What they are planning?" Benjamin masih lagi dengan pertanyaannya.
Lama aku diam. Bukanlah kerana aku tidak mendengar soalan bertalu yang diajukan kepada aku namun jawapan yang bakal kuberikan nanti juga tidak memungkinkan Benjamin dengan mudah menerima atau berpuas hati.
Beberapa saat aku ambil, sebelum pertanyaannya aku jawab.
"Awak.." seruku cuba berlembut. Bercakap dengan lelaki ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Tidak boleh cepat melatah.
"Macam awak, saya juga tak tahu. Dan saya rasa sekarang ni saya taknak ambil tahu. Kalau awal-awal dulu mungkin ya, saya mendesak untuk tahu tapi sekarang ni tidak lagi" ujarku.
Tubuh aku sandarkan kembali sambil memeluk tubuh.
"Mudahnya you bersetuju, Lia. I hairan kenapa dengan mudahnya you bersetuju kerana I pasti pada awalnya you mesti membangkang keputusan mummy you untuk kahwin dengan daddy I" provok dia tegas diserta dengan senyuman senget seperti kebiasaan dipamerkan kepadaku.
"Saya tak cakap saya bersetuju" balasku
"Tapi, kata-kata you tadi seolah-olah you sudah bersetuju" cantasnya separuh kuat. Namun masih terkawal nadanya.
Pelipis aku garu beberapa kali. Cuba untuk bertenang.
"Dah tu, awak nak suruh saya buat apa? Pujuk mummy saya supaya tak jadi kahwin dengan daddy awak? Macam tu ke? Kita tidak diberi pilihan encik Benjamin Luthfias" tekanku bersahaja.
Benjamin terdiam. Jari-jemarinya diketuk-ketuk ke permukaan meja. Sejujurnya, Benjamin juga tidak tahu untuk buat apa, untuk berkata apa-apa. Daddy tetap berkeras dengan keputusannya untuk menikahi Datin Rida.
Untuk memberontak, mendesak bukan begitu caranya. Mereka sudah dewasa. Sudah matang untuk memikirkan sesuatu perkara.
Melihatkan Benjamin yang diam, aku kembali bersuara.
"Okay fine. Saya tahu awak juga mungkin tak berapa bersetuju dengan tindakan mereka. Dan saya juga tidak memaksudkan bahawa saya tak nak ambil tahu kerana saya marah dan sekaligus bersetuju dengan mereka." ujarku. Aku kerling sekilas wajah Benjamin yang tekun mendengar kata-kataku.
"...tapi saya tahu mereka mesti ada sebab dan alasan mereka sendiri. So, kita sebagai anak terima jelah keputusan mereka dengan hati yang terbuka. Thats all. Kalau kita persoalkan sekalipun takkan ubah apa-apa " sambungku lagi.
"Look. Kalau misalnya cadangan tu datangnya daripada daddy I sekalipun, mummy you still boleh menolak kan?" belum habis lagi bicaranya.
Ingatkan setelah aku slow talk, dia sudah boleh faham dan terima tapi meleset jauh andaianku.
Aku mengeluh kuat. Benjamin ini tidak faham atau buat-buat tidak faham sebenarnya?
"Masalahnya, mummy saya tak menolak dan dah terima lamaran daddy awak, faham?" ucapku geram.
"Huh" Benjamin mendengus kasar. Belakang dihempaskan ke kerusi.
Air di atas meja disedut kasar. Aku memicit kepala. Pusing dengan sikap Benjamin.
"You kenapa pula? Sakit kepala?" soal dia jengkel. Serius sahaja mukanya. Muka kacak tapi kedekut senyum, omelku dalam hati.
"Tak ada apa-apa." balasku. Ya, sakit kepala dengan sikap kau. Menambahkan lagi masalah ada lah, kutukku dalam hati.
"Burger tu kenapa tak makan?" tanya dia lagi. Burger yang sesuku aku sentuh aku pandang.
"Salah order. Saya tak berapa gemar burger ni." jawabku terus-terang.
"Bak sini burger tu. Membazir tahu tak. Beli tapi tak nak makan." bicara dia.
Aku terkesima. Burger dan wajahnya aku pandang silih berganti.
"Hurmm..tap..tapi..." gagap seketika melanda lidahku. Jadi tak lancar tiba-tiba butir bicara.
Benjamin mengerutkan dahi. Dah gagap pula tiba-tiba? Tadi bukan main lancar berkata-kata. Sikit pun tak gagap. Minta burger pun tak boleh ke ?
"Tapi saya dah gigit sikit burger ni. Awak nak ke makan bekas saya?" soalku perlahan sambil suakan burger tersebut ke arahnya. Bibirku gigit.
Benjamin mencebikkan bibir. Ingatkan sebab apa lah tadi. Burgerku diambil. Digigit perlahan.
"Kenapa? You tak gosok gigi ke apa datang sini tadi?" sarkastiknya soalan dia.
"Heiiiii..." aku terjerit kecil mendengar soalan bernas daripada Benjamin. Suka hati dia sahaja bercakap.
"Ha, dah tu bak sini burger tu. I habiskan. Lagipun apa salahnya kalau kita mulai berkongsi daripada sekarang kan? Sebab tak lama lagi you kan nak jadi adik tiri I. Tak ada lah nanti kekok dengan abang tiri you ni" sambil berkata matanya dilirikkan ke arahku. Aku yang perasaan riak wajahnya yang seakan menyindir endahkan sahaja.
Melihatkan aku yang tidak membalas ujarannya, dengan bersahaja Benjamin habiskan burger tersebut. Aku telan liur yang terasa kelat.
Aku tercengang. Rahangku jatuh mendengar kata-katanya yang berbaur sindiran.
Malas untuk menjawab, aku biarkan sahaja dia menikmati makanannya. Benjamin yang ralit menghabiskan makanannya aku perhatikan. Segak dan seksi pada mataku.
Kring..kring..kring..
Bunyi deringan daripada telefon Benjamin mematikan khayalanku. Benjamin kalut meletakkan burger di pegangan. Telefon yang menjerit nyaring dilihat. Nama yang terpapar di skrin membuatkan dia mengeluh seketika. Lama dibiarkan. Sebelum diletakkan kembali ke tepi. Malas layan, lebih baik dia makan.
"Kenapa tak angkat?" soalku tiba-tiba. Niat di hati nak buat tak tahu sahaja. Tapi mulut ni gatal sangat nak tanya. Sibuk je nak tahu. Dah telefon dia, suka hati dia lah kan nak jawab ke tak.
Bahunya diangkat. Kunyahan yang terhenti di sambung semula.
"Tak penting pun" balasnya mudah.
Fikirku mesti teman wanitanya, Aqeela Sania yang sibuk menelefon. Masa berkali-kali.namun langsung tidak diangkat malah kulihat Benjamin berselera mengunyah makanannya. Malas ambil tahu aku liarkan mata ke luar. Nampaknya cuaca mulai gelap. Mahu hujan barangkali.
Setengah jam menemani dia menghabiskan makanan, aku dan dia bergerak pulang. Mengenangkan mummy yang keseorangan di rumah, aku mahu segera pulang.
"Hati-hati. Jumpa lagi 'adik tiri' " Rayban Aviator yang tersangkut di baju kemejanya disarungkan ke matanya. Dikemaskan kedudukannya. Kulihat dia menyandar santai sambil memeluk tubuh sasanya. Seperti biasa, senyuman senget menghiasi wajah Benjamin.
Kepala aku anggukkan. Beg aku sandangkan ke bahu. Rambut yang mengurai aku selit ke telinga. Kunci kereta aku keluarkan. Tubuh aku lolos masuk ke tempat duduk pemandu. Enjin aku start, gear aku masukkan dan kereta meluncur laju menderum pergi. Dari cermin pandang belakang, dapat aku lihat Benjamin juga turut menyusur laju membelah jalan raya.
Sebelum menghala jalan yang berbeza, sempat dibuka cermin kereta dan dikenyitkan matanya ke arahku. Aku tertawa sambil menggelengkan kepala.Tanpa sedar, bibirku mengukir segaris senyuman. Mengenali lelaki bernama Benjamin Luthfias, sedikit sebanyak jiwa gadisku diusik dengan pelbagai rasa.
Share this novel