"Ada apa hal you nak jumpa I malam ni? " soal Melissa acuh tidak acuh.
Tas tangan yang tersandang di bahu dilempar ke meja bulat di hadapannya.
Tanpa dipelawa dihempas punggungnya ke kerusi. Kaki disilang kemas sambil kedua belah tangan santai diletakkan di penghadang kerusi.
Wajah cantik Melissa dikerling sekilas. Seketika dibelek tubuh gadis itu atas bawah. Jemari pantas mencapai gelas air. Diteguk perlahan melalui tekaknya.
Melissa mengeluh. Ditentang Aqeela Sania yang diam dengan renungan sahaja.
"I bukan datang sini malam ni untuk suruh you tengok I. Kebelek I atas bawah. Just don't wasted my time lah girl. " tukas Melissa sinis.
Aqeela tertawa kuat. Lucu dengan reaksi dan kata-kata Melissa sebentar tadi.
"I dengar pejabat you nak buat Makan Malam Gala. " perlahan saja lontaran kata-kata tersebut terluncur daripada mulutnya. Tepi gelas dibawa ke bibirnya yang tebal.
"You dengar dari mana? " soal Melissa malas.
"Well. Daripada mana I dengar you tak perlu tahu. " ujar Aqeela ringkas. Bibir gelas dimainkan sekeliling dengan jari jemarinya.
"Pulak. Dah tu? "
Melissa mencebik. Belakang tubuh disandar santai ke kerusi. Kedua belah tangan menyilang ke dada.
"I tak rasa you ajak I jumpa malam ni semata-mata kerana Malam Gala tu. " tebak Melissa. Nada suara ditekankan.
Aqeela melepaskan tawa kuat. Bijak Melissa ini. Tidak sia-sia selama ini Melissa ditarik masuk menjayakan rancangannya bersama Daniel. Sejujurnya, dia suka dengan cara Melissa. Menggoda namun licik.
"Baguslah kalau you dah tahu. Tak perlu susahkan I untuk bagitahu you." ujar Aqeela tidak bernada.
"Bila event tu? " soal Aqeela serius.
Melissa angkat bahu.
"Takkanlah you tak terdengar langsung cakap-cakap diorang bila.." selar Aqeela berang.
Melissa tersenyum sinis. Sudah dia tidak tahu, takkan mahu buat-buat tahu pula. Ingat dia pergi kerja semata-mata nak pasang telinga dengar cakap-cakap orang di pejabat tu ke? Ehh hello, dia juga masih punya periuk nasi untuk dijaga. Perut yang masih perlu disuap makan.
"You ingat I ni makcik bawang ke? Pergi kerja semata-mata untuk pasang telinga dapatkan info untuk bagitahu you? " omel Melissa acuh tidak acuh.
"You tahu kenapa you kerja kat situ kan? "
Melissa menjeling malas.
"Memang lah I tahu tujuan sebenar I kerja situ. Tapi you pun kena ingat kalau I pun macam you. Ada mulut yang kena disuap makan, ada perut yang nak diisi. " jelas Melissa keras.
"Ahh. Whatever! So, you memang tak tahu langsung lah bila event tu? " soalan yang sama diajukan lagi.
Melissa mendengus kecil.
"Honestly I really don't know bila event tu akan diadakan. Cuma, I ada terdengar katanya event tu hujung bulan ni. Tapi jadi ke tak jadi I tak tahu lah. Puas hati? " jelas Melissa tenang.
Berhadapan dengan Aqeela Sania memerlukan kesabaran yang tinggi. Aqeela juga seorang yang licik. Sanggup mempergunakan orang lain semata-mata untuk kepuasan dan matlamat dirinya sendiri.
Salah dia terperangkap dengan kerja yang ditawarkan Aqeela memandangkan pada ketika itu dia memang buntu untuk mencari wang memyelesaikan hutangnya.
Saat kebuntuan dalam mencari jalan penyelesaian Aqeela hadir tanpa diduga menghulurkan bantuan. Tapi bukan sekadar huluran semata-mata, dia diberikan tugas untuk terlibat dalam misi Aqeela mendapatkan Benjamin hingga tanpa sedar membibitkan perasaan cintanya terhadap Benjamin.
Namun, tak disangka kalau Benjamin lebih memilih Aulia merangkap adik tirinya sendiri sebagai kekasih. Kurang ajar!
"Good. I rasa event besar macam tu mesti melibatkan semua syarikat besar di Malaysia, betul tak? " soal Aqeela tersenyum senget.
Melissa diam. Renungan segera dijatuhkan kepada Aqeela.
"Maybe yes and maybe not."
"You tak pasti? "
Melissa mengangkat bahu.
"Macam yang I cakap lah, mungkin diorang jemput atau boleh jadi juga mereka tak jemput."
Aqeela dengan senyuman menggoda, menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan. Mengulanginya beberapa kali.
"Pasti akan dijemput. Just trust me. I dah selalu attend event macam tu. "
"So kalau you dah tahu kenapa you masih lagi nak tanya I? I rasa tak perlu kut you nak tanya I semua tu" bidas Melissa angin. Geram bila mana Aqeela seakan-akan bangga dan memperlekehkannya tentang majlis keramaian seperti itu.
"I just nakkan kepastian." dalih Aqeela perlahan.
Melissa tertawa kecil. Perlahan dirapatkan tubuh ke meja. Kedua belah tangan diletakkan ke atas meja. Tepi bibir digigit lembut.
"Atau you sebenarnya takut kalau syarikat papa you tak diundang ke majlis tersebut? " bisik Melissa perlahan. Sinis menyapa halwa telinga Aqeela.
Tatapan pantas dijatuhkan ke arah Melissa yang mengukir senyuman mengejek di hadapannya. Seketika,mereka saling berbalas pandangan. Tajam renungan masing-masing saling mempersembahkan.
Aqeela berdehem.
"Betul ke diorang dah declare sebagai kekasih? " soal Aqeela tiba-tiba.
Melissa menganggukkan kepala. Hairan bagaimana Aqeela dapat tahu berita tersebut. Pasang spy ke apa minah ni?
"Mana you tahu? "
"You sendiri yang bagitahu I, you sendiri boleh lupa. Apa lah masalah you ni Melissa? " keluh Aqeela perlahan.
Melissa tercengang.
"I yang bagitahu you? "
Aqeela menganggukkan kepala.
"Bila? "
"Tempoh hari kan kita jumpa. Then, masa tu lah you bagitahu I. "
Lama dia tercengang seorang diri. Sesaat, baru kejadian tersebut muncul terpapar di mindanya. Dahinya ditepuk kuat.
Aqeela menggelengkan kepala melihat telatah Melissa.
"Sorrylah, maybe I dah lupa. Yes, memang dah declare depan Akif. Thats why Akif berang. "
Aqeela mengerutkan dahi. Akif sepupu Benjamin?
"Wait. Kenapa Akif perlu berang? "
Melissa mengeluh kuat.
"Sebab Akif cintakan Aulia. Tapi Aulia cintakan Benjamin. Benjamin cintakan Aulia. Faham? "
Aqeela menganggukkan kepalanya. Memahami apa yang dijelaskan Melisaa sebentar tadi.
"Ohh, I see. Hurmm macam cinta tiga segi. Menarik. " dikerling sekilas Melissa bersama senyuman senget. Seakan terlakar rencana di fikirannya. Melissa diam. Memerhati lama reaksi Aqeela.
" I rasa I macam tahu you wanna plan something. So, just tell me now. " arah Melissa. Perasaan teruja dan tidak sabar menjentik hatinya. Menggelupur ingin tahu.
"Come. Dekat sikit. I tak jamin plan kita kali ini akan berjaya tapi chance untuk menjadi tu tinggi. "
Kerusi ditarik mendekati meja dengan lebih dekat. Perlahan, telinga dibawa dekat merapati Aqeela. Saat mendengarkan rencana tersebut, pelbagai reaksi yang ditunjukkan Melissa. Namun, Aqeela seakan terlupa kalau dirinya sendiri juga punya pesaing dalam diam.
••••
Sebulan berlalu sejak kejadian tersebut, dan aku masih lagi diburu rasa debar. Sedikit sebanyak ketenanganku terasa sudah diganggu gugat dengan ugutan Akif.
Mengenai perhubunganku bersama Benjamin, hubungan kami makin erat. Aku kini benar-benar dilamun cinta dengan Benjamin. Tingkahnya yang sentiasa manis, buatkan diriku terasa di awang-awangan. Berbunga-bunga hatiku.
Rasa gembira sekelip mata berganti dengan rasa takut. Jujur, sejak daripada kejadian ugutan Akif tempoh hari, dia seakan trauma. Ada juga Akif bertindak menegurnya, seolah-olah ingin berbaik namun dia seboleh mungkin mengelak. Takut diganggu Akif atau lebih tepat lagi takut diapa-apakan oleh Akif.
Entah kenapa, sejak dua menjak ini dia berasa tidak sedap hati. Namun, dikurangi rasa tersebut dengan ayat-ayat suci lazim. Sedikit sebanyak mengurangkan gangguan perasaan tersebut. Doanya, hanya mainan syaitan semata-mata.
Nafas dihela perlahan. Tubuh bingkas berdiri dibawa ke arah taman belakang. Suasana yang disimbahi cahaya matahari waktu petang sangat mengasyikkan. Didongakkan wajah memandang langit yang dihiasi dengan warna kekuningan.
Benjamin mengelap rambut yang basah dengan tuala berwarna biru. Badan yang terasa melekit akibat bersenam di gym belakang yang bersambung dengan kamar mewahnya terasa selesa.
Sejuk air yang mengalir terasa menghalau rasa panas dan peluh yang menjalar di badan sesudah bersenam. Tuala dicampak masuk ke dalam bakul. Tubuh dibawa ke balkoni bilik.
Kedua tangan direnggang ke atas. Digoyangkan badannya kiri dan kanan. Melakukan sedikit regangan badan. Kedua siku ditongkat ke penghadang balkoni. Kepala dijenguk ke halaman rumah. Memerhati halaman rumah yang tenang dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan
Sekilas, terpandangkan Aulia di taman belakang. Berdiri tercegat memeluk tubuh sambil mendongak ke langit. Benjamin tersenyum sendirian. Seharian hari ini tidak melihat wajah buah hati, terasa menggebu rindu di hatinya.
Keluhan kecil dilepaskan. Memusing tubuh menuju keluar daripada bilik. Cadangnya mahu menyertai buah hati yang asyik sekali bersendirian di taman belakang. Perlahan, tombol pintu dipulas. Pintu dikuak dari dalam sebelum ditutup kembali.
Kaki melangkah menuruni anak tangga perlahan.
"Ben.. "
Benjamin menoleh. Wajah segera dimaniskan saat menyapa seraut wajah mummy yang sedang menguntum senyum.
"Nak ke mana? " soal mummy lembut.
"Nak ke taman belakang kejap miy.. " jawab Benjamin sambil jari ditundingkan ke taman belakang.
"Ohh. Haa pergilah. Lia pun ada kat belakang. " ujar mummy lembut.
Benjamin tersengih. Pantas langkah dibawa menuju ke arah si buah hati yang mengelamun panjang. Slipar yang berada dimuka pintu disarungkan ke kedua belah kaki.
Sambil berjalan, diamati sekujur tubuh Aulia dari belakang. Ralit sekali si gadis merenung ke langit. Menapak mendekati, pantas dipeluk tubuh langsing itu dari belakang.
"Sayang.." kedengaran gemersik suara Benjamin menyapa cuping telingaku.
Aku berpaling. Mendongak ke wajah Benjamin yang segar. Haruman maskulin yang menyegarkan menampar rongga hidung. Seperti biasa, aku memejamkan mata. Menikmati bauan messy tersebut.
"Buat apa sorang-sorang kat belakang ni? "
Rangkulan Benjamin di pinggangku diketatkan. Aku merenung wajah Benjamin yang manis. Benjamin turut menunduk. Merenung lembut ke mataku.
"I miss you. " ucapku tanpa segan silu.
Benjamin mengerutkan dahi. Mulut perlahan mengukir senyuman.
"Rindu? Abang ada depan mata pun sayang rindu lagi ke? " seloroh Benjamin sambil tertawa kecil. Hati dipagut rasa pelik saat ungkapan tersebut terluah daripada seulas bibir mungil si gadis.
"I miss you! " sekali lagi aku luahkan.
Kali ini, Benjamin terkedu. Perlahan, wajah Aulia yang mulai berkaca menahan perasaan dipaut dengan kedua belah jarinya. Dibawa wajahku merapati wajahnya.
Kedua hidung mancung kami dicantumkan Benjamin. Sesaat, masing-masing bertindak memejamkan mata. Menghayati sentuhan kasih antara kami.
"I miss you too sayang. So much!" bisik Benjamin romantis.
Mata aku celik perlahan.
"I miss you more. " balasku.
"I miss you more and more baby. " Benjamin tidak mahu kalah.
Aku tersenyum. Hiba dengan kasih yang ditunjukkan kepadaku. Aku rapatkan tubuh ke Benjamin. Menyapa kepalaku ke dadanya yang sasa. Memeluk erat pinggang Benjamin.
"Sayang.. " meleret suara Benjamin memanggilku.
"Hurmm.. " aku bergumam manja dalam pelukan Benjamin.
"Sayang kenapa ni? Cuba bagitahu. Sayang ada masalah? " Benjamin paut daguku. Dilayangkan sekilas kucupan di pipiku.
Aku diam. Wajah mula tersebek-sebek menahan tangis. Benjamin yang diam mulai kalut saat melihat tubir mata aku yang sudah berlumba-lumba mengeluarkan air mata.
"Heyy sayang. Kenapa ni? Bagitahu abang please. Jangan buat abang risau macam ni. Tell me baby. What's wrong? "
Perlahan diusap lembut air mataku. Tidak betah mendengar tangisanku yang makin kuat, dipaut kepalaku rapat ke dadanya. Teresak-esak melepaskan tangis di dada Benjamin. Habis basah dada Benjamin dengan esak tangisku.
"Sayang sakit? " soal Benjamin kuat.
Aku anggukkan kepala.
Benjamin terdiam. Seketika rangkulan di tubuhku dilepaskan. Kedua belah bahuku dipegang kejap. Sesaat, tangannya dijalarkan ke sekitar badanku.
Tangan miliknya yang ingin menyingkap baju blouseku aku genggam erat.
"Sakit kat mana? " bergetar suara Benjamin.
"Kat sini.." balasku sebak. Tangan Benjamin yang kugenggam aku bawa ke dadaku. Menunjukkan sakitnya di hati.
Benjamin terkedu. Direnung tangan kami yang terpaut erat di dadaku.
"Sakit rindukan abang. Lia takut hilang abang. " aku sembankan kembali ke dada Benjamin.
Benjamin yang tercengang membalas lambat-lambat pelukanku. Diusap-usap rambutku yang mengurai.
"Abang pun takut hilang Lia. Takut sangat-sangat. Sebab itu abang minta walau apa pun yang terjadi Lia tetap dengan abang. Kerana abang tak tahu abang masih jadi diri sendiri atau tidak jika abang hilang sayang.. " ucap Benjamin berbisik di telingaku.
Sepenuh perasaan diluahkan kepadaku. Aku diam. Mendengar luahan penuh perasaan Benjamin dengan teliti.
"Betul? " soalku manja.
Benjamin tersenyum. Sebuah anggukan diberikan kepadaku.
Rambutku yang mengurai di pipi diselitkan ke belakang telinga.
"I love you sayang. So much! " akhirnya ungkapan cinta yang aku tunggu selama ini akhirnya terluah juga daripada bibir Benjamin. Sekali lagi, air mata kembali menitis.
Namun, kali ini bukan lagi air mata sedih tapi ia adalah air mata gembira. Gembira kerana pada akhirnya aku yakin kalau kami berkongsi perasaan yang sebenar.
"I love you too. So much! " balasku kembali dengan perasaan bahagia yang membuak menghentam dada. Doaku, semoga yang baik-baik sahaja untuk kami ke depan hari nanti walaupun aku sendiri kurang pasti nasib yang akan datang.
••••
Setelah saling berteka teki, dan tidak kurang juga ada yang dibelengu rasa teruja akhirnya malam ini merupakan malam yang membawa kepada Makan Malam Gala anjuran syarikat Megah Jaya Holdings milik Dato Razman.
Tepat jangkaan Aqeela, kesemua para bisnesman dijemput menghadiri majlis keramaian pada malam ini. Semua pekerja syarikat Megah Jaya diberikan pelepasan awal untuk bergerak pulang seawal jam pukul tiga petang.
Seharian di pejabat hingga pulang aku tidak berkesempatan untuk bertemu empat mata dengan Benjamin. Namun, seawal pagi lagi Benjamin sudah khabarkan kepadaku kalau dia agak sibuk pada hari ini memandangkan Benjamin harus ke Putrajaya menghadiri Seminar Keusahawanan di mana setiap syarikat dikehendaki menghantar wakil.
Gaun labuh hitam berlengan panjang ditaburi labuci nampak sesuai sekali dengan tubuhku yang tinggi lampai dan langsing.
Ditambah, dengan dadanan rambut yang agak berlainan pada malam ini bersertakan aksesori yang menghiasi tubuhku menjadikan semua mata yang hadir pada malam itu tidak lepas memandang ke arahku. Aku seakan-akan berubah menjadi seorang orang asing.
"Lia, is that you? " soal Tiara terpekik kuat. Benar-benar terkejut dengan kemunculanku di pintu masuk hotel.
Mendengarkan jerit pekik Tiara yang berada jauh di depan, aku pantas panggungkan wajah.
Gaun yang labuh meleret aku angkat sedikit sebelum menapak perlahan menuju ke arah Tiara yang sudah tersenyum lebar menanti kehadiranku di depannya.
"Yes. It's me..Aulia Natasha!" jawabku perlahan sambil acah memperkenalkan diri kepada Tiara yang sudah terlopong luas menilik aku atas dan bawah.
"Wow! You look so stunning tonight my dear friend. I'm like seriously, I'm so amazed.." ujar Tiara kuat. Kedua tangan ditekup ke mulut.
Tiara benar-benar dilambung rasa terkejut dengan penampilanku pada malam ini. Sungguh, perasaan teruja terpasak kejap dalam dirinya hingga beberapa patah perkataan untuk menggambarkan kecantikanku pada malam ini terkeluar daripada mulutnya.
Sesaat, aku sudah tenggelam dalam rangkulan tubuh Tiara. Aku peluk kejap.
"Tia! Aku rindu kau. Rindu sangat-sangat! " bisikku dalam.
Kedua tangan kami saling berpegangan erat.
"Aku rindu kau juga Lia. So much! " bicara Tiara teruja. Tanganku yang berpaut dengan tangannya digoyangkan persis kanak-kanak mahukan sesuatu.
Aku tersenyum lebar. Gembira kerana dapat bertemu dengan Tiara dan Azim yang diam memandang kami di sebelah asyik melepaskan rindu dendam.
"Hai Lia. " ujar Azim beriak manis.
Aku tersenyum memandang Azim di sebelah.
"Hai Azim. Gembira dapat jumpa korang malam ni. " ucapku riang.
"Lia, aku still terkejut tengok kau malam ni. Cantik sangat!" jerit Tiara sekali lagi hingga berjaya mengundang intaian mata-mata para tetamu yang hadir pada malam itu.
Aku mengisyaratkan isyarat diam kepada Tiara. Memerah wajahku dipuji sedemikian rupa. Wajah yang panas membahang aku tekup dengan kedua belah tangan.
Sedikit sebanyak dia berterima kasih pada mummy yang bertungkus lumus menyediakan gaun pada malam ini sekaligus mencantikkan dirinya pada acara keramaian anjuran syarikat daddy.
"So shall we go now?" ujar Tiara yang sudah dihambat rasa tidak sabar seawal tadi untuk melangkah masuk ke hotel mewah yang dihadiri dengan golongan VVIP ternama di Malaysia. Keterujaan tersebut turut didorong dengan kehadiran artis yang bakal membuat persembahan pada malam ini iaitu Dayang Nurfaizah dan juga Khai Bahar.
Aku anggukkan kepala menjawab pertanyaan Tiara. Sebelum melangkah menyoroti langkah Tiara daripada belakang, dikerling sekilas kelibat manusia yang lalu lalang di pintu masuk.
Mencari kelibat Benjamin namun hampa. Masih tiada juga tiada kelibat buah hatinya kelihatan. Nafas dihela perlahan. Tiara yang perasan dengan tingkahku pantas mengayunkan dagu ke arahku. Cepat aku gelengkan kepala.
Melangkah masuk ke ruang hotel mewah yang sebesar alam ruangnya aku dilanda debar bila merasakan semua pandangan dituntaskan kepadaku. Tangan Tiara disisi aku genggam erat.
Tiba sahaja di sebuah meja aku melepaskan genggaman tangan Tiara. Dari kejauhan kulihat mummy dan daddy rancak bersembang bersama dengan beberapa ahli perniagaan yang duduk semeja dengan mereka. Aku membelek jam di pergelangan tangan.
"Hai beautiful lady. " sapa seseorang di telingaku. Aku menoleh cepat. Tergamam saat seraut wajah Rayyan menyapa ruang mataku yang diliputi dengan contact lens berwarna kecoklatan.
Tanpa sedar, Rayyan bertindak mengambil tanganku sebelum dikucup perlahan tanganku. Aku terkedu. Tiara yang berada di sisi melihat kejadian tersebut turut tergamam dengan tindakan Rayyan.
"Jumpa lagi kita Lia. " ujar Rayyan kacak memulakan bicara antara kami.
Aku diam berkutik tanpa reaksi. Perlahan, aku leraikan genggaman tangan antara kami. Doaku, jangan lah Benjamin nampak tindakan Rayyan sebentar tadi.
Beberapa saat berlalu, aku dapat lihat kalau sekalipun tidak lekang Rayyan melepaskan tatapannya daripada wajahku. Mungkin seperti Tiara, Rayyan juga dihurung rasa terkejut dan teruja dengan penampilanku pada malam ini.
"Mesti Lia terkejut kan dengan kehadiran abang malam ni. " tukas Rayyan tersenyum kacak. Seolah menggodaku dalam diam.
Aku menganggukkan kepalaku lambat-lambat. Sekali sekala, mata aku lingaskan ke sekitar kawasan hotel mencari kelibat Benjamin namun sekali lagi hampa. Sampai sekarang masih belum terbias lagi seraut wajah yang aku rindui.
"Sebenarnya, abang datang dengan papa abang since abang kerja dengan dia. So, kebetulan syarikat kami
pernah juga berkerjasama dengan syarikat daddy Lia dulu, so syarikat papa abang turut dijemput menghadiri majlis malam ini. "
Rayyan menjelaskan dengan riak tenang. Kedua belah saku diseluk masuk ke dalam poket seluar sutnya pada malam ini. Terserlah aura gantang di wajah tersebut.
"Lia. "
Aku tersentak. Segera kutoleh ke sisi. Terpandangkan seraut wajah daddy disamping mummy melahirkan senyuman di wajahku.
Panggilan daddy akhirnya berjaya memutuskan pandangan tidak berkelip Rayyan terhadapku.
"Sini sayang." ajak mummy lembut.
Melihatkan aku yang disapa tetamu, Rayyan beralih tempat. Menuju ke arah segerombolan manusia di hujung sana.
Aku menyoroti langkah mummy dan daddy.
"Inilah anak tiri you Raz?" soal salah seorang kenalan daddy.
Daddy berdehem. Dikerling sekilas aku di sisi mummy sebelum dianggukkan kepalanya.
"Cantiknya. Macam bidadari. " seorang wanita bertindak mampir ke arahku. Dibelai lembut wajahku berserta sebuah senyuman manis.
"Kenalkan Lia. Dato Khalid Khan, papa Aqeela Sania. Ini pula isteri Dato Khalid, Mama Aqeela. " ujar Daddy mengunjukkan tangan ke arah sepasang suami isteri yang sedang tersenyum memandang ke arahku yang berdiri tercegat di sisi mummy.
Sekilas, mata bertembung dengan renungan tajam Aqeela. Kedengaran dengusan kasar keluar daripada bibirnya yang tebal saat pujian diberikan kepadaku oleh ibunya.
Aku berikan jelingan kembali. Aqeela membalas dengan sebuah senyuman sinis sebelum kulihat dia menuju ke arah seorang lelaki dan perempuan yang membelakangiku.
Aku kembali memusatkan pandangan ke arah Dato khalid dan isterinya. Buat seketika, aku hanya mendengar celoteh mereka bersama daddy dan mummy dan sekali sekala menyampuk jika kurasakan perlu.
••••
"Itulah Aulia? Adik tiri merangkap buah hati pengarang jantung Benjamin? " soal Daniel perlahan.
Dilingaskan bebola mata ke arah Aulia yang sekali sekala tersenyum manis. Ditambah dengan penampilannya malam ini yang standing in the eyes membuatkan dirinya juga terpaku.
Serentak dua pasang mata turut dilingaskan ke arah renungan Daniel. Dua pasang mata dengan reaksi yang berbeza namun matlamat yang sama.
"Hurm. Dia lah buah hati Benjamin" sahut Aqeela jengkel.
"Cantik! " sepatah sahaja balasan daripada Daniel.
Jatuh rahang Aqeela dan Sania mendengar pujian selamba daripada Daniel terhadap Aulia. Serta-merta makin membuak dendam antara keduanya terhadap gadis tersebut.
Pantas keduanya melepaskan dengusan kasar. Melissa menjulingkan bebola matanya ke atas manakala Aqeela bertindak meneguk rakus air di dalam gelas berkaki tinggi mahal. Terasa menggelegak hatinya saat kata-kata pujian dilemparkan kepada Aulia.
"What? " Daniel menyoal pantas ke arah kedua gadis yang sedang merenung tajam ke arahnya.
"You jangan nak puji dia lebih-lebih boleh tak? Sakitlah telinga I ni dengar. " tukas Aqeela kasar.
"You jangan cakap kalau you pun jatuh hati dengan perempuan tu!" selar Melissa pula bernada keras.
"Heyy, relaks lah girl. Emo sangat ni kenapa? "
"Lagipun dia memang cantik. At least lebih cantik daripada you all berdua." sindir Daniel perlahan.
Gelas cantik yang berisi air dibawa ke bibirnya. Meneguk perlahan sambil merenung tubuh lampai Aulia yang bergelak tawa bersama rakan-rakannya.
Sejenak terbayang wajah cantik milik Laila Isabella. Keluhan kecil dilepaskan. Sehingga kini gadis tersebut menjadi punca dendamnya kepada Benjamin merangkap sahabat baiknya suatu ketika dahulu.
Mengapa Isabella harus jatuh cinta pada orang seperti Benjamin yang tidak tahu menghargai wanita sebaik dan secantik Isabella? Kenapa mesti Isabella menolak cintanya yang tulus kepada si gadis?
Jauh di sudut hatinya yang paling dalam, dia masih menyayangi persahabatan mereka bertiga. Kadangkala terdetik rasa kesal kerana dengan mudahnya memperjudikan persahabatan mereka kerana taksub akan cinta terhadap seorang perempuan.
Dia juga tahu dan sedar kalau Benjamin beberapa kali cuba berjumpa dengannya untuk menceritakan perkara sebenar. Namun, dia yang enggan. Sengaja mengelak daripada bersemuka dengan Benjamin. Sengaja butakan mata, pekakkan telinga untuk mendengar segala kebenaran yang ingin diberitahu.
Masih segar lagi di ingatannya saat dia dilanda demam panas kuat, Benjamin lah merupakan orang pertama yang hadir melihat keadaannya. Dalam hujan lebat ketika itu, Benjamin lah yang memapahnya ke hospital untuk memberikannya rawatan cepat.
Bila ditanya mengapa Benjamin masih lagi berbuat baik kepadanya, satu sahaja jawapan yang terlahir yang dirasakan sangat mengusik tangkai hatinya sehingga ke hari ini adalah;
"Aku sayangkan kau sebagai sahabat. Aku sayangkan persahabatan kita. Kalau kau bencikan aku, bencilah. Tapi terima kasih kerana selama ni kau dah jadi sahabat aku yang terbaik. Aku harap suatu hari nanti kau akan tahu kebenarannya"
Tapi ketika itu dia masih lagi dengan egonya. Addy yang turut cuba untuk menjernihkan hubungan mereka tidak endahkan sehinggalah keduanya berputus asa dan dia terus larut dengan dendamnya.
"Daniel.. "
"Daniel! "
"Hey! You dengar tak kita orang panggil you? " tempik Aqeela kuat.
Daniel tersentak. Perlahan dijatuhkan renungannya ke arah Aqeela dan Melissa yang sudah mengerut dahi memandangnya.
"You kenapa ni? Macam nampak hantu je? " Melissa tertawa kecil. Lucu melihat riak yang terbias di wajah Daniel.
Gelengan diberikan. Mata dilingas mencari kelibat seseorang.
"Macam mana rancangan kita? " Aqeela bertindak menyoal. Tidak sabar dengan rancangan yang bakal dilaksanakan. Sama ada cepat atau lambat sahaja.
Melissa berdeham perlahan. Dress separas lutut yang tersarung di tubunya dibetulkan perlahan. Dibalas renungan Aqeela kepada mereka.
Daniel diam tanpa sepatah kata. Tapi riak gelisah terpamer di seraut wajah itu. Malas mengambil pusing, Melissa menyedut air berwarna di dalam gelas miliknya.
"Apa kata kalau I yang selesaikan misi kali ni?" ujar Melissa perlahan.
Aqeela tersentak.
"Kenapa? "
"Well. Antara kita, dia lebih percayakan I. You nak plan ni menjadi kan? "
Aqeela mengangguk laju. Sudah tentu dia mahu plan kali ini menjadi. Betapa saat keemasan seperti malam ini yang ditunggu-tunggu.
"Then,ikut je apa yang I cakap. " tukas Melissa mudah.
Aqeela menghela nafas kuat. Lama terdiam, akhirnya kepala dianggukkan lambat.
"Okay! "
••••
Nak lagi tak? just komen banyak2! enjoy reading.
Share this novel