Setelah mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan, akhirnya hari ini merupakan hari yang sangat bermakna kepada diri dan juga Benjamin. Sejak sebulan yang lalu, daddy meminta agar Benjamin berpindah seketika ke kondo mewah miliknya. Katanya, sudah hendak jadi pengantin baharu kena berpisah sekejap.
Takut basi kata daddy. Teringat aku akan malam sebelum Benjamin berangkat ke kondonya, merengek-merengek dia bercerita dia tak mahu tinggal di kondonya. Bilangnya, tidak seronok. Sunyi. Puas aku memujuknya. Minta peluklah, minta cium lah. Minta disiapkan itulah, inilah. Pening aku melayan kerenah encik tunang.
Pernah suatu hari itu, tidak tahan sangat menanggung diculik aku pulang ke kondonya. Dipaksa aku masak makanan kegemaran dia. Kerana sayang, aku turut jua kehendaknya. Penuh hidangan satu meja kitchen island Benjamin.
Aku menapak perlahan menuruni anak tangga menuju ke ruang bawah. Malam ini, rumah agam kami meriah dengan sanak saudara yang datang berkunjung untuk melihat persiapan perkahwinan aku dan Benjamin.
Dari ruang tamu, aku dapat melihat saudara mara daddy dan mummy berkumpul di ruang tamu menyiapkan hantaran dan gubahan bunga telur. Mummy bersama bik Suty kulihat sibuk ke sana ke sini mengelola tentang persiapan perkahwinan kami. Aku tersenyum. Girang rasa hati melihat semuanya berkumpul, bantu-membantu menyiapkan hari bahagiaku.
Aku menapak ke arah pelamin yang dipasang tersergam indah hasil sentuhan Reka Teemor yang begitu terkenal di Malaysia. Beberapa pekerja butik kulihat sedang sibuk membuat final touch up untuk pelamin pilihanku. Aku alurkan jemariku di karpet yang berbulu indah itu. Aku perhatikan sekali lagi sebelum aku bergerak ke arah mummy.
Melihatkan kehadiranku di sisi, mummy tersenyum mesra. Dipaut bahuku rapat. Dikucup dahiku lama.
"Mummy tak sangka, anak mummy dah nak kahwin. Dah nak jadi isteri orang. Rasa macam baru semalam mama beranakkan Lia. " ujar mummy sebak.
Terasa begitu cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik terasa seolah semalam dia membelai, menyusukan dan memanjakan anak gadisnya. Sekilas, ingatan melayang ke arah sang suami yang pergi menghadap Ilahi. Menggebu kerinduan di hati untuk suami tercinta.Â
Sehingga ke saat ini, sekalipun tidak pernah pudar rasa kasih kepada arwah suaminya. Hanya doa yang mampu dititipkan agar suami ditempatkan dalam kalangan para solehin dan berbahagia di alam sana.
"Mummy jangan lah sedih. Nanti Lia pun sedih juga. Lagipun Lia dengan abang tetap duduk sini kan lepas kahwin. " ujarku perlahan memujuk mummy yang kelihatan tenggelam dalam tangisan.Â
"Ada apa-apa ke yang Lia boleh tolong, mummy? " aku bertanya. Malas untuk mencetuskan suasana sedih antara kami menjelang hari bahagiaku.
"Tak ada apa dah. Semua dah siap. " ujar mummy. Mummy menyambut pahar yang penuh dengan bunga sebelum berjalan meletakkan di tepi pelamin.
Aku bersimpuh bersama dengan saudara mara dan sepupu sepapatku. Kelihatan mereka tersenyum-senyum, tersengih-sengih memandangku. Aku mengerutkan dahi. Mencapai hiasan hantaran yang berlonggok di karpet merah berbunga putih.
"Abang Benjamin tu handsome kan Kak Lia? Bertuah Kak Lia dapat abang Ben tu. Dah la handsome, berkerjaya, caring..ish, kiranya husband material sangat." ujar sepupuku yang kupanggil Laila itu.
Petah mulutnya memuji-muji bakal suamiku, Benjamin. Aku hanya tersenyum simpul. Melambung betul pujian yang diberikan kepada Benjamin. Ini kalau diketahuan sama tuan empunya badan, mahu kembang semangkuk. Silap-silap kembang setalam.
Rindu pula terhadap bakal suamiku itu. Sengaja aku tidak membalas pesanan Whatsapp dan video call daripada Benjamin hari ini. Merengek-rengek dihantar voice note kepadaku menyatakan rasa rindu yang menggebu. Namun, aku cekalkan hati daripada membalas. Sahaja aku ingin menderanya. Esok sehari sahaja lagi untuk kami berjumpa.
"Kan Ila. Sama cantik sama padan. Tak sabar nak tengok baby Kak Lia nanti. Hehe. Mesti comel dan segak. " sahut seorang lagi sepupu yang lain. Dirapi gubahan bunga hantaran sebelum ditarik sebuah lagi hantaran lain.
Aku tertawa kecil. Amboi, kahwin pun belum dah sembang pasal baby. Tapi teringin juga. Sedapnya bau baby. Tapi sebelum itu kena hadap dululah bau papa baby. Ngee...
"Korang ni ada-ada jelah. Ini kalau dengar dek abang Ben korang puji dia melambung-lambung mesti kembang setaman dah. " tukasku bersisakan ketawa.
"Eh, betullah Kak Lia. Beruntung tau Kak Lia dapat abang Ben tu. Ish, kalau boleh kami pun nak suami macam abang Ben juga. Kan? "
Serentak kesemua menganggukkan kepala mengiakan pernyataan daripada Amirah. Aku menggelengkan kepala.
"Siapa je yang tak nak macam abang Ben tu kak? Orang bodoh pun kalau dikasi, mahu juga dia. " selar Nana pula.
Aku hanya menggelengkan kepala.
"Yelah adik-adikku semua. Akak doakan korang dapat lah suami macam abang Ben." ujarku ikhlas.
Pantas, segera diaminkan oleh mereka sebelum masing-masing rancak melepaskan tawa.
"Ni siap dah ke? Kalau dah siap bak sini. Akak bawa letak dekat pelamin."
Aku menawarkan diri. Lagi lama aku di situ lagi banyak pujian yang diberikan. Tak padan dengan ada yang belum habis sekolah, sudah gatal bersembang hal kahwin. Aduhai adik-adikku..
"Ini dah siap, yang ni sahaja belum lagi."
Diunjukkan dulang hantaran yang terkumpul di sebelah kanan. Aku pantas mencapai sedulang dan bergerak menatangnya ke pelamin. Aku membalas mesra senyuman para ibu saudaraku yang merewang di dapur. Meriah mereka berceloteh berkongsi pelbagai cerita. Almaklumlah sudah lama tidak bertemu muka. Jadi, banyak juga cerita yang ingin disampaikan.
••••
KEESOKAN HARI...
Akhirnya hari pernikahan ku dengan lelaki yang amat aku cintai, Benjamin tiba jua. Seawal pagi aku sudah bangun. Bermunajat kepada Allah s.w.t supaya dipermudahkan urusan majlisku pada hari ini.
Tepat jam lapan pagi, aku sudah tercegat berada di hadapan meja solek. MUA terkemuka, Anis Saidin sibuk menatarias wajahku. Tidak ketinggalan Tiara dan Nelly yang turut berada bersama denganku di dalam bilik. Aku berdebar namun pada masa yang sama aku gembira kerana pada hari ini juga aku membuat satu perubahan.
Aku diam membatu. Hanya menadah muka membiarkan jemari runcing jurusolek popular ini bermain di wajahku. Dari kening hinggalah akhirnya ke bibir. Kata Anis, muka ku tidak perlukan sentuhan yang banyak kerana hanya dengan sedikit sentuhan sudah menyerlahkan kecantikan wajah semula jadiku.
"Cantiknya you Lia hari ini. I tak sangka bos merangkap sahabat I dah nak kahwin. I'm so happy for you, Lia." ujar Nelly sedikit bergetar kerana dihurung perasaan sebak.
Aku mengerling ke arah Tiara yang sedari tadi aku tahu kalau dia cuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan kesedihannya kepadaku.
"Tia.. " seruku perlahan.
Tiara pantas menoleh ke arahku yang sudah siap berpakaian pengantin dan bertudung. Ya, perubahan yang aku lakukan hari ini adalah mengenakan tudung di kepala.
Tiara merapatiku perlahan. Kulihat mukanya semakin bertukar kemerahan. Tanpa lengah, aku tarik tubuh Tiara masuk ke dalam pelukanku. Seketika, terdengar bunyi tangis Tiara. Aku turut terasa sebak.
Aku jarakkan kembali tubuh kami. Nelly turut merapatiku.
"Terima kasih Tia atas segalanya. Terima kasih selalu ada dengan aku. Aku sayang kau. " ucapku tulus.
Tiara menyapu air mata di wajahnya. Digenggam kedua belah tanganku kejap.
"Kau cantik sangat-sangat hari ni. Walaupun aku sedih tapi aku gembira sebab kau dah ada seseorang yang boleh jaga kau lepas ni. Aku yang bertunang kau yang kahwin dulu. Mana aci! " tukas Tiara cuba mengembalikan suasana gembira antara kami sekaligus menghalau rasa sedih yang berlingkar di hati.
"Jodoh aku sampai dulu, nak buat macam mana. " balasku.
Tiara tertawa.
"Aku doakan semoga kau sentiasa bahagia dengan Benjamin. I'm really happy for you, my dear bestfriend. "
"Terima kasih Tia. Terima kasih! " serentak kami bertiga saling berpelukan erat. Kemudian, saling melepaskan tawa. Perempuan sangat!
Benjamin menggigit kain samping yang masih belum diikat sempurna. Seketika, terjengul wajah ketiga-tiga sahabatnya yang berlenggang masuk ke dalam bilik. Sambil itu, dia menadah muka terhadap jurusoleknya untuk pagi ini.
Addy, Akif dan Daniel hanya tertawa melihat gelagat pengantin baharu pada pagi ini yang terkial-kial mahu mengikat samping di pinggang. Jurusolek yang mahu menolongnya ditolak lembut. Bukan apa, seram katanya kerana jurusolek tersebut 'patah'.
Daniel yang kasihan segera menghampiri Benjamin yang masih lagi terkial sendirian. Sesekali, terdengar keluhan keluar daripada bibii merah tersebut. Addy dan Akif pula masing-masing melabuhkan duduk di birai katil. Memerhati sahaja Daniel yang sedang asyik membantu Benjamin memakai samping.
Seketika, teringat pula ketika mereka masih bersama-sama menuntut di pusat pengajian. Pernah sekali, mereka bertaruh siapa yang akan berkahwin terlebih dahulu. Bila mendengarkan itu, masing-masing saling menunding jari antara satu sama lain. Masing-masing menolak bahawa antara mereka akan berkahwin terlebih dahulu.
Tapi antara mereka bertiga, Benjamin dikatakan akan mendirikan rumah tangga terlebih dahulu memandangkan Benjamin mempunyai rupa paras yang segak. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Benjamin Luthfias Dato Razman. Antara lelaki terkacak di universiti.
Tapi, Benjamin segera menafikan andaian mereka. Kerana katanya, dia bukanlah seorang lelaki yang bermulut manis seperti gula. Dan dia juga bukanlah seseorang yang mudah didekati. Jadi, dengan tegas Benjamin mengatakan kalau Addy yang akan berkahwin terlebih dahulu memandangkan Addy memiliki ciri-ciri buaya.
"Okay, dah siap! Uish..segak kau hari ni Ben. Dah macam model. Memang untunglah Lia dapat kau. Kau pun beruntung dapat dia. Cukup segala pakej." ujar Daniel seraya merapikan ikatan samping di pinggang Benjamin supaya kelihatan lebih kemas dan terletak elok.
Akif bingkas bangun turut merapati Daniel dan Benjamin yang sedang bersiap untuk kali terakhir.
"Apa orang kata, sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah dua. Haa gitu. " tokok Akif mengiakan pujian Daniel kepada Benjamin. Addy hanya tertawa mengekek.
"Macam model seluar dalam adalah aku tengok. " tukas Addy kuat.
Kata-kata usikan Addy berjaya mengundang tawa daripada Daniel dan Akif. Masing-masing mengekek melepaskan tawa.
Benjamin hanya mencebikkan bibir.
"Haa, gelaklah lagi gelak. Gelak puas-puas." selar Benjamin tidak puas hati. Sikit punya segak macam ni dikatakan model seluar dalam? Huh, kurang asam punya sahabat.
"Eleh, sejak bila kau jadi sensitif ni Ben. Amboi dah tak boleh nak bergurau dah sekarang ni. " Addy menumbuk bahu Benjamin perlahan.
"Sejak nak kahwin! " jawab Benjamin selamba.
Serentak, kedengaran mengekek lagi ketawa ketiga mereka. Benjamin sahaja yang cemberut mukanya. Namun, dia juga sekadar bergurau. Jangan lah serius sangat.
"Dahlah, jom gerak. Nanti lambat pula orang tu nak dapat title suami. Tengok muka pun macam gian semacam je aku tengok.. " giliran Akif pula mengusik.
"Ha, betullah tu. Memang dah gian teruk aku ni. Kesian korang yang masih single lagi. Takpa, bagi aku jalan dulu. Korang belakang-belakang sikit takpa kut.." sembur Benjamin kuat. Kening dimain-mainkan.
Ketiga mereka menjuihkan bibir. Sedikitpun tak goyang lah.
"Takpa geng. Lepas ni kita lepak kita-kita je. Jantan ni kita biarkan je dia ulit bini kat rumah. Lepas tu ulit anak pula. "
"Aku setuju. " sahut Daniel ringkas.
"Aku pun setuju. Nanti nak lepak jangan lupa roger. " sahut Akif pula. Menambah rencah perasa dalam perbualan mereka.
"Eh jomlah. Tak sabar dah ni nak ulit bini. " ujar Benjamin kuat seraya terus menapak keluar daripada bilik. Tidak lama, derap langkah kalut Benjamin turut diikuti daripada belakang.
••••
Tepat pukul sebelas pagi, rombongan pengantin lelaki tiba di perkarangan rumah agam milik Dato Razman dan Datin Rida. Dari kejauhan sudah terdengar riuh-rendah kemeriahan majlis perkahwinan Aulia dan Benjamin.
Dari pintu pagar masuk utama juga sudah ternampak kelibat beberapa orang rakan media yang sibuk dengan kamera dan stand liputan masing-masing. Kelibat kereta mewah Benjamin dan beberapa lagi kereta mewah kelihatan menjalar masuk ke perkarangan rumah.
Kelihatan khemah-khemah terpacak sana sini memenuhi halaman rumah sebesar alam tersebut. Konsep perkahwinan ala taman terlihat indah dihiasi dengan bunga-bungaan segar. Terasa nyaman dan tenang sekali dijamukan dengan kesegaran bunga-bunga.
Benjamin keluar perlahan daripada pintu penumpang belakang. Baju melayu putih yang diperbuat daripada kain berkualiti tinggi rekaan Rizalmaidin benar-benar menyerlah kesegakan dan kekacakan yang sudah sedia dimiliki oleh Benjamin.
Sungguh, tidak perlu banyak sentuhan, cukup sedikit sahaja sudah mampu menjadikan Benjamin lelaki paling kacak pada hari itu. Bersesuaian dengan kata 'Raja Sehari'.
Benjamin melingas ke arah balkoni milik bakal isteri. Tiada pula nampak kelibat buah hatinya.
Ahli keluarga pihak lelaki berkumpul di belakang Benjamin. Dulang's boy juga semuanya kelihatan segak bergaya mengenakan baju sedondon berwarna pink belacan. Kesemuanya tegak berdiri menatang dulang hantaran.
Tujuh dulang hantaran berbalas sembilang dulang kembali. Dari pintu utama sudah terdengar riuh rendah suara para tetamu dan sanak saudara mengatakan rombongan bakal pengantin lelaki sudah tiba di perkarangan rumah. Sejenak, Benjamin mula mengatur langkah menapak ke masuk ke dalam rumah.
Para dulang's boy meletakkan dulang-dulang yang ditatang di atas permaidani mewah yang sudah sedia dihampar elok di atas lantai. Tidak lupa, dulang hantaran daripada pihak perempuan yang turut diletakkan tersusun cantik di atas permaidani.
Perlahan Benjamin menjejak masuk ke dalam rumah. Dari anak pintu sudah tersedia mikrofon dan meja untuk acara lafaz akad nikah. Sejenak, kesemuanya terpegun dengan ketampanan Benjamin. Bunyi kerlipan lensa kamera memanah ke wajah Benjamin. Bersilih ganti cahaya memantul di wajahnya.
Benjamin melabuhkan duduknya di kerusi yang sudah disedia khas. Duduk tenang mengadap jurunikah pada hari ini. Sedikit sebanyak debaran mula terasa. Perasaan teruja, gembira,takut bercampur-baur dalam dirinya. Namun, selebihnya dia teruja.
Aku menghembuskan nafas kuat. Debaran turut terasa. Dari bawah dapat aku dengari suara riuh rendah mengatakan rombongan pengantin lelaki sudah sampai. Aku mengenggam tangan Tiara dan Nelly yang berada di sisiku.
"Lia, sejuknya tangan you. Macam ais batu. " seloroh Nelly perlahan. Cuba untuk mengurangkan rasa debarku.
Aku tersenyum kelat.
"Mana pengantin perempuan? Jom turun. Acara akad nikah dah nak mula. " terjengul wajah salah seorang saudaraku di muka pintu.
Aku bingkas berdiri. Menuju ke meja solek. Menatap wajah untuk kali yang terakhir. Nelly dan Tiara membetulkan letak baju dan juga mahkota di atas kepalaku. Dengan lafaz bismillah ku orakkan langkah keluar menuju menemui kekasih hati dengan diiringi oleh kedua sahabatku di belakang. Nasib sahaja baju pengantinku ini kain belakangnya bukan jenis meleret panjang.
Perlahan-lahan langkah kaki kaki menapak turun satu demi satu anak tangga. Sejenak, terasa perhatian kerlipan lensa kamera kini beralih kepadaku. Bunyi petikan kamera bertalu-talu memenuhi ruang. Terdengar suara-suara yang tidak habis memuji-muji kecantikan aku.
"Cantiknyaa dia."
"Ni manusia ke bidadari"
"Gila ah. Lawa namatey siot. Memang sesuai sangat dengan bakal laki dia. "
Itulah antara kata-kata yang aku sempat tangkap di telinga. Terasa mahu ketawa pula tapi cepat aku cover ayu. Aku genggam kuat bunga di tangan. Sekilas, aku berpapasan mata dengan Benjamin. Dari riak wajah itu, aku dapat lihat kalau Benjamin tidak berkelip memandangku.
Tidak aku pasti kalau Benjamin terkaku dan terpegun dengan kecantikanku atau kerana perubahan drastikku yang melilit shawl di kepala untuk hari bahagia kami. Benjamin masih tidak berkelip memandang wajah Aulia. Hingga terpaksalah Akif menepuk perlahan belakang Benjamin. Menyedarkan Benjamin daripada terus memanah bakal isterinya.
"Sabar Ben. Tak lama dah. Lepas ni dia kau punya.. " bisik Akif perlahan.
Benjamin mendengus perlahan. Baru nak tenung lama-lama buah hatinya. Benjamin menoleh semula ke hadapan setelah dia dan Aulia sudah menurunkan tanda tangan masing-masing di borang nikah. Benjamin berdehem.
Bersedia untuk melafazkan akad nikah setelah mendengar khutbah tentang nikah terlebih dahulu. Jurunikah yang turut bersedia pantas menghulurkan tangan. Benjamin menyambut huluran tersebut. Terasa erat genggaman jemari jurunikah tersebut.
"Aku nikahkan dikau dengan Aulia Natasha binti Fendi dengan mas kahwinya seribu ringgit tunai." ucap jurunikah tersebut dengan sekali lafaz.
Benjamin menarik nafas perlahan.
"Aku terima nikahnya Aulia Natasha binti Fendi dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.." jawab Benjamin pula. Termeterailah sudah, dengan sekali lafaz aku sah bergelar isteri kepada Benjamin Luthfias.
Setitis air mata mengalir membasahi pipiku. Tangan mummy yang berada si sebelah aku genggam erat. Mummy mengusap lembut jemariku. Benjamin bingkas berdiri. Bersedia untuk melangkah menuju ke singgah sana yang sedia dinantikan kehadirannya oleh seorang gadis yang sudah sah bergelar isteri.
Benjamin menapak perlahan membawa tubuh lampainya menuju ke pelamin yang tersergam indah. Dilabuhkan duduknya berhadapan denganku. Dicapai sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian dicapai oleh Benjamin sebelum dicapai jemari si isteri yang cantiknya persis bidadari. Disarungkan lembut ke jari runcing itu.
Aku tersenyum mesra. Kini tiba giliranku pula untuk menyarungkan cincin di jari manis suamiku. Dengan perlahan dan cermat aku sarungkan. Usai, aku tunduk menyalami tangan Benjamin. Sekali lagi kerlipan kamera bertalu-talu menyimbahi wajah kami. Benjamin membalas dengan memberi sebuah kucupan lama di dahiku. Bukan sahaja di dahi, tapi Benjamin turut memberikan extra kiss di kedua belah pipiku.
Kedengaran kuat jeritan dan sorakan daripada rakan-rakan dan sanak saudara saat Benjamin memberikan extra kiss. Aku hanya tersenyum malu. Untuk seketika kami diminta untuk melakukan bermacam-macam gaya di atas pelamin.
"Sayang cantik sangat hari ini. Abang ingatkan abang salah kahwin." bisik Benjamin perlahan di telingaku.
Aku diam. Menoleh ke belakang. Mencari wajah Benjamin.
"Abang jangan nak macam-macam eh. Abang ingat siapa tadi? " soalku tertahan. Bibir tidak lekang dengan senyuman.
"Sayang ni. Maksud abang, abang ingatkan bidadari mana yang turun. Tak sangka bidadari abang. Bertuahnya abang dapat isteri secantik sayang. " ucap Benjamin perlahan. Membeli jiwa hati si isteri.
Aku mengulum senyum. Bersedia untuk melakukan gaya yang seterusnya. Punya teruja bergelar isteri, tidak terasa lenguh berdiri dan duduk dengan pelbagai gaya kami lakukan.
Usai bersanding, kami berdua diiringi dengan paluan kompang berarak ke majlis makan beradab pula. Aku memaut kemas jemari Benjamin di sisi. Dengan diiringi pengapit dan lagu romantis inggeris, kami menuju dengan langkah cermat menuju ke bawah khemah yang sedia dipasang mewah. Aku tersenyum manis kerana impianku untuk majlis tema kahwin ala-ala garden dapat juga aku perolehi.
Sekali lagi, untuk jamuan makan beradab, kami diminta untuk membuat gaya saling suap-menyuap. Perlahan aku bawakan jemariku ke mulut Benjamin untuk menyuap makanan. Benjamin menyambut perlahan sebelum giliran suamiku pula berbuat sedemikian.
Setelah selesai menjamu selera, kami berarak pula untuk menyempurnakan acara memotong kek. Kerlipan kamera masih tidak lagi berhenti daripada menyimbahi wajah kami berdua. Aku menoleh merenung suamiku di sebelah. Kelihatan tidak lekang juga seulas bibir itu menguntum senyum sejak dari tadi. Tampan sungguh suaminya ini.
Para jurugambar masih sibuk mengambil gambar setiap acara dan gaya kami dari segenap sudut. Rasanya, wajah aku dan suami akan terpampang di muka depan akhbar esok hari. Tapi aku harap tidaklah. Kurang gemar sebenarnya dengan perhatian yang aku perolehi. Tapi namanya juga anak orang ternama, pastinya tidak boleh lari daripada dari tatapan masyarakat dan lensa kamera.
"Tahniah, Ben. "
"Tahniah, bro. Lia, kalau Ben macam-macam dengan you, just tell me. I bawa dia masuk lokap terus. "
"Congrats Ben. Moga bahagia till jannah. Lepas ni kena tambat lah. " usik Daniel pula.
Benjamin hanya tercebik mendengar ucapan tahniah yang bertalu-talu diterima daripada kenalan jauh dan rapatnya.
"Sweetnya wish korang. Rasa nak menangis pula" tukas Benjamin menjulingkan mata ke atas.
Serentak ketiga sahabat baiknya mengekek ketawa. Bertempuk tampar ketiganya. Benjamin menjeling menyampah. Ditayangkan wajah kasihan ke arahku yang berada di sebelahnya.
Aku tertawa kecil. Geram dengan muka cemberut Benjamin. Cukup manja sekarang. Asyik nakkan perhatian aku sahaja. Lain benar dengan perangainya yang dahulu. Nak dekat pun takut.
••••
"Nak ke mana ni sayang? " soal mummy lembut bila melihat aku yang terkocoh-kocoh mendaki anak tangga.
Aku hentikan langkah. Menoleh memandang ke arah mummy yang sedang santai bersembang di sofa ruang tamu. Aku menyapa dan tersenyum mesra kepada saudara maraku yang turut berada di situ.
"Nak naik atas miy. Rimas badan melekit. "ujarku ringkas.
"Haa, pergilah naik kalau dah macam tu. " arah mummy perlahan sebelum kembali menyambung berceloteh bersama mereka yang lain di ruang tamu.
Aku menilik tubuhku di hadapan cermin solek. Terasa melekit seluruh tubuh badan dengan peluh yang merenik di badan. Jujur,inilah kali pertama aku dimekap sedemikian rupa dengan pakaian ditaburi dengan hiasan mewah di tubuh badanku. Aku renung lagi sekujur tubuhku di meja solek.
Aku tersenyum. Tidak betah dengan pakaian yang sarat di badan, aku meminta diri terlebih dahulu untuk bergerak naik ke bilik. Benjamin yang sibuk berceloteh bersama rakan-rakannya hanya menganggukkan kepala bersama sebuah senyuman mendengar ujaranku.
Mengenangkan majlis perkahwinan gilang gemilang kami yang berlansung di rumah sebentar tadi membuatkan aku tidak berhenti tersenyum dan memanjatkan syukur kerana setelah adanya dugaan dan halangan antara kami akhirnya aku dan Benjamin bersatu.
Terasa tidak percaya kalau aku sudah bergelar isteri kepada Benjamin. Tidak sangka jodoh itu datang dalam pelbagai bentuk. Siapa sangka dari orang asing bertukar menjadi saudara tiri dan seterusnya kini sebagai sepasang suami isteri. Sungguh indah aturan takdir yang ditetapkan oleh Allah itu.
Namun, dalam gembira masih ada juga mulut-mulut puaka yang mempersoalkan status antara kami. Katanya, tidak sesuai saudara tiri menjadi pasangan hidup. Mereka lupa agaknya kalau Tuhan yang mengaturkan segalanya. Ajal, maut, jodoh, rezeki semua ditentukan olehNya. Jadi, sebagai manusia mana mungkin aku menolak.
"Jauh sayang menung. Sikit lagi nak tembus cermin solek ni abang tengok.. " bisik Benjamin perlahan di telingaku.
Aku tersentak. Pantas aku alihkan bebola mata ke arah figura wajah Benjamin yang terpancul dalam cermin di depanku. Bibir aku gigit perlahan. Terasa berdebar memandangkan keadaan Benjamin yang rapat menyentuh belakang tubuhku.
"Sayanggg.. " gemersik bisikan Benjamin menampar cuping telingaku.
Aku menunduk merenung jemari di bawah. Meramas sesama sendiri. Terasa serba tidak kena perasaan ku kini setelah bergelar suami isteri. Lagak seolah baru pertama kali bersua muka.
"You're so beautiful today. Macam bidadari. Abang tak puas pandang sayang hari ini. " ujar Benjamin memusingkan tubuhku perlahan menentang sepasang mata miliknya secara berdepan.
Diangkat lembut daguku yang menunduk segan.
"Sayang malu dengan abang ke? " tanya Benjamin.
Aku ketap bibir rapat. Perlahan aku anggukkan kepala.
"Alolo. Malu eh. Janganlah malu, kalau malu macam mana nak dapat baby nanti. " tukas Benjamin selamba.
Aku tersentak. Pantas aku tumbuk manja dada Benjamin. Benjamin tertawa galak.
"Terima kasih, abang. "ucapku.
Benjamin memincingkan matanya ke arahku. Dahinya dikerutkan sedikit. Menentang sepasang mata milikku memohon jawapan.
"Terima kasih untuk apa? " soal Benjamin bingung.
Aku tersenyum manis. Aku rapatkan tubuhku ke arahnya. Kedua belah tangan aku lingkarkan ke leher Benjamin dan menarik wajah Benjamin menunduk merapatiku. Aku lagakan kedua hidung mancung kami.
"Terima kasih untuk segalanya abang sayang.. " ucapku perlahan. Berbisik romantis.
Benjamin tersenyum. Di rangkul pinggangku ke dadanya. Terasa lekuk tubuhku.
"Sayang dah balas terima kasih tu. " ucap Benjamin penuh makna.
Kali ini giliranku pula mengerutkan dahi.
"Balas macam mana? "
"Balas dengan sudi jadi isteri abang. " jawab Benjamin ringkas.
Aku terdiam. Cuba mengembalikan ingatan mengenai hal tersebut. Sejenak, aku kembali teringat kalau Benjamin pernah berkata, terima kasih dia ada harganya. Jadi, terpulang padaku untuk membalas dengan cara bagaimana rasa terima kasih itu.
"Ingat dah? " soal Benjamin mengulum senyum.
Aku menganggukkan kepala laju. Tidak sangka begini jalan cerita antara kami.
"Abang pun nak ucapkan terima kasih pada sayang sebab sudi jadi isteri abang. " ucap Benjamin girang. Terserlah kebahagian yang bukan dibuat-buat di seraut wajah itu.
Seketika, suasana sepi menyelebungi kami. Saling merenung antara satu sama lain. Mengalirkan rasa bahagia yang bersemi di hati. Perlahan-lahan Benjamin merapati wajahku. Aku menanti dalam debaran. Seketika dibenamkan wajahnya ke leherku. Dimainkan bibirnya di sekitar leherku yang jinjang.
Aku biarkan. Terliuk lentuk tubuhku menahan geli. Nak menghalang sudah jadi suami. Jadi, rela atau tidak, harus aku relakan jua. Lagipun, aku sudah sah menjadi miliknya. Sudah menjadi tanggungjawabku sebagai seorang isteri melunaskan keinginan seorang suami.
Aku tersentak bila merasakan bibir Benjamin bergerak turun semakin ke bawah. Aku tidak nafikan kalau sentuhan hangatnya berjaya memberikan sensasi kepadaku. Tapi mengenangkan waktu sudah lewat petang bakal menginjak ke maghrib, aku terpaksa hentikan kenakalan Benjamin.
Pantas aku tekup bibir Benjamin yang sedang menjelajah tubuhku. Benjamin kembali tegakkan tubuh. Memandangkanku yang turut tercungap seperti dirinya. Diangkat kening tanda bertanya. Serasa seperti gelojoh pula suamiku ini. Mahu ketawa tapi takut si suami terasa.
"Sorry. Sayang bukan tolak abang. Tapi apa kata kita mandi dan solat dulu. Nak masuk waktu maghrib dah ni." ujarku lembut. Membelai wajah tampan suamiku yang terselit riak kecewa.
Benjamin kembali memaniskan riak muka. Terasa mahu ketawa mengenangkan diri sendiri yang gelojoh semacam. Tapi wajarlah kan. Benda dah halal. Kalau haram tu lain cerita lah. Perlahan, digaru kepalanya yang tidak gatal. Segan dengan sikap sendiri. Nasib si isteri memahami. Jika tidak, memang dia tidur di bilik lain malam ini.
"Okay sayang.. "
"Abang boleh buka zip belakang baju sayang tak? Jari Lia tak sampai nak buka. " aku merengek manja meminta pertolongan daripada Benjamin.
Benjamin kembali merapati belakang tubuh si isteri yang baru dinikahi. Perlahan, diselitkan rambut si isteri yang mengurai panjang ke depan. Sekaligus mendedakan leher dan belakang yang putih bersih. Benjamin menelan liur yang terasa kelat. Berdebar perasaannya. Aku simpan senyum. Lucu dengan reaksi Benjamin yang malu-malu kucing.
Perlahan, zip ditarik turun perlahan. Tidak terhenti hanya di situ Benjamin bertindak dengan menarik turun baju yang tersarung di tubuh. Spontan kupejamkan mata. Wajah bertukar merah membahang.Â
"Perfect! Beautiful like an angel. " bisik Benjamin lembut. Gemersik suaranya begitu menggetarkan naluri hati kewanitaanku.
Perlahan, diangkat tubuhku. Aku tersentak. Mata yang terpejam segera tercelik luas. Tepat menentang sepasang mata hazel Benjamin. Aku pautkan kedua belah tanganku ke leher Benjamin.
"Abang nak bawa Lia pergi mana?" soalku bingung
"I think mandi bersama would be more interesting. I'm so in love with you baby! " ucap Benjamin tersenyum senget. Dikucup sekilas bibirku sebelum kami hilang di sebalik pintu kamar mandi.
Aku terjerit kecil sebelum menyembankan wajah yang sudah seperti udang terbakar di leher Benjamin. Benjamin tertawa kuat dengan telatahku yang malu-malu.
"Syuhh,, jangan jerit kuat sayang. Nanti mereka kat bawah dengar. "
Aku menekup mulut sebelum rela dengan tindakan suamiku.
••••
Aku mencicit berlari keluar daripada kamar mandi dengan tuala membaluti badan. Tidak lama, terjengul pula Benjamin yang turut bertuala tersengih-sengih di belakang. Kurang asam punya suami, awal-awal sudah tunjuk taring membuli aku.
Terasa semput nafas aku dibuatnya. Jangan cakap lah. Jadi udang terbakar daripada awal tadi lagi. Memang begini eh bila dah jadi pengantin baharu. Dia punya segan tu kadang tidak boleh bawa bincang. Mungkin awal permulaan sahaja. Nanti bila sudah terbiasa sudah tidak mengapa.
"Jangan lupa pakai baju yang abang hadiahkan kat sayang itu hari. " bisik Benjamin perlahan.
Aku termangu. Perlahan aku bawa langkah ke bilik yang menempatkan pakaianku. Aku renung lama sehelai night gown hadiah daripada encik suami. Aduhai, terasa menjalar rasa segan yang bukan sedikit dalam diriku saat ini.
Nak menolak terasa tidak patut pula. Nak menerima terasa segan. Mummy, tolong! Malas lagi melayan perasaan segan, aku pantas menyarungkan night gown berwarna maroon separas peha. Rambut aku urai-uraikan ke belakang. Dengan langkah selamba, aku keluar daripada bilik persalinan.
Aku berdehem. Menghilangkan rasa debaran. Benjamin tersenyum senget. Membelekku dari atas hingga bawah. Aku beriak biasa, buat seolah aku tidak nampak riak wajah nakal Benjamin. Perlahan, aku sarungkan telekung. Bergerak menuju ke arah Benjamin yang sudah siap sedia menunggu untuk mengimamkan solat.
Lima belas minit, kami selesai solat berjemaah. Aku tunduk menyalami tangan kekar Benjamin. Sebagai balasan, sebuah ciuman dilayangkan di dahiku. Usai, aku bingkas berdiri, menyangkut kembali sejadah dan telekung di tempat asal.
Sesaat, terasa tubuhku dirangkul dari belakang. Aku terdiam. Kaku berdiri. Terasa hangat tubuh suamiku menyapa belakang badanku. Rambutku dikucup bertalu-talu. Perlahan dipusingkan tubuhku yang hampir sepenuhnya terdedah ke arahnya.
Pantas, diangkat tubuhku gaya bridal style sebelum dibawa menuju ke arah katil. Dibaringkan aku dengan cermat sebelum Benjamin turut berbaring menindihku. Aku telan liur yang terasa kelat di keronkong. Aku palingkan wajah ke arah lain. Benjamin tertawa kecil.
"Kenapa abang gelak? " soalku perlahan. Kembali mengalih pandang ke wajah suamiku. Merenung dirinya yang hanya berjarak seinci.
Benjamin gigit tepi bibirnya. Dimainkan jemarinya di rambutku yang mengurai jatuh di pipi. Diselak dan diselit di belakang telinga.
"Sayang tu muka cuak sangat. Macam lah abang nak makan dia. Just relax. Enjoy our moment together. " bisik Benjamin ditelingaku. Dikucup telingaku lembut. Aku menggeliat kegelian.
"Abang.." meleret suaraku memanggil Benjamin. Aku alurkan jemariku ke arah dada Benjamin yang tidak berbaju.
"Ya sayang.. " sahut Benjamin romantis.
Aku renung wajah Benjamin.Â
"Sayang dengar Qeela dah serah diri. " ujarku.
Benjamin mengeluh. Dialihkan tubuhnya dari menindihku. Dibawa badannya bersandar di kepala katil. Ditarik aku mencelapak di kedua celah kaki panjangnya. Aku menyandar ke dada Benjamin.
Benjamin melabuhkan kucupan di bahu dan leherku. Aku diam.
"Ya, dia dah serah diri di balai polis. Mengikut apa yang Addy bagitahu abang, mama dengan papa dia yang minta Qeela untuk serah diri. Addy bagitahu kalau Qeela merayu-rayu mintak maaf kat kita. Dia minta sampaikan kalau dia dah menyesal. " ujar Benjamin tenang.
Aku menoleh ke arah Benjamin. Benjamin turut membalas tatapanku.
"So, abang macam mana? Abang maafkan dia atau tidak? " tanyaku.
Benjamin mengetatkan rangkulan di pinggangku. Aku usap peha putih Benjamin yang terdedah dibaluti boxer.
"Abang pun tak tahu lah sayang. Ikutkan baran abang ni memang abang setuju sangat dia kena sumbat dalam penjara itu. Tapi di satu sisi lain, abang kesian mengenangkan mama dengan papa dia. Sayang pun tahu kalau hanya dia seorang sahaja anak Dato Khalid. Abang pun ada salah silap juga pada dia. Kalau bukan kerana sikap abang, mungkin Qeela takkan sampai ke tahap tu"
Aku diam menganggukkan kepala. Menghadam kata-kata Benjamin. Ya, mereka juga ada salah dan silap. Siapa sahaja tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Sama ada besar atau kecil sahaja ukuran kesalahan itu.
"Sayang pula maafkan dia tak?"
"Lia tak kisah nak maafkan dia. Ikutkan hati memang lah dia layak dapat hukuman yang setimpal tapi bila Lia fikirkan semula, rasa macam jatuh kasihan pula. Dia pun masih muda, panjang lagi perjalanan hidup dia. Mungkin dia tersilap langkah. Jadi, Lia buat keputusan untuk maafkan sahaja dia. Semoga menjadi pengajaran untuk dia. " ujarku perlahan.
Menjadi seorang manusia ini janganlah terlalu bersikap kejam. Kadangkala, memaafkan itu adalah lebih baik daripada menghukum. Memberi pengajaran jangan sampai mengaibkan. Sebagai manusia, kita tidak lepas daripada melakukan kesilapan.
"Betul? " soal Benjamin menagih kepastian daripadaku.
Aku tersenyum. Sebuah anggukan aku berikan kepada suamiku.
"Betul lah. Abang pun dah selamat. Kalau Lia hilang abang, mungkin Lia takkan pernah maafkan dia. Rela kalau dia disumbat dalam penjara.. " ujarku.
Sebak mengenangkan kemalangan yang hampir meragut nyawa encik suami.
"Kalau Lia dah buat keputusan untuk maafkan dia, jadi abang pun buat keputusan yang sama untuk maafkan Qeela. Abang harap dia akan berubah menjadi lebih baik lepas ini. "
Aku tersenyum. Perlahan aku labuhkan kucupan di wajah suamiku.
"Nanti abang call Addy cakap kita tarik balik kes itu. Dan suruh Addy sampaikan juga pada Aqeela kalau kita berdua dah maafkan dia. "
Aku anggukkan kepala. Bersetuju dengan kata-kata suamiku.
Suasana kembali hening. Sejenak, Benjamin paut lembut leherku ke arahnya. Disengetkan badanku ke sisi kirinya. Ditarik dekat dan semakin dekat sebelum bibirku diragut. Aku pejamkan mata. Cuba relakskan diri menerima sentuhan kasih daripada suamiku.
Dari lembut mula bertukar menjadi kasar. Lama, baru dilepaskan tautan bibirku. Tercungap-cungap nafas keduanya. Aku menyembankan wajah yang merah membahang ke dada Benjamin.
Benjamin tersenyum. Sekali lagi, dipaut lagi wajahku mendongak memandangnya. Renungannya yang lembut serta senyumannya yang menggoda membuai perasaanku.
"May I? " soal Benjamin berbisik lembut di wajahku. Terdengar nafas Benjamin yang mulai tidak teratur. Turun naik halkumnya bergerak. Menyatakan keinginan yang membuak-buak minta dilunaskan.
Dengan wajah menahan malu, aku anggukkan kepala lambat-lambat. Untuk kesekian kalinya, tubuhku ditindih lembut. Dengan lafaz bismillah, akhirnya kami melayari sentuhan dan belaian kasih sayang antara satu sama lain.
Memang yg ni korang tunggu2 kan. Nah! Jangan lupa komen. Enjoy reading
Share this novel
dua2 ank dato xkn mjlis kawin buat dekat rumah xbuat dkt hotel
uiiihh.. biasa lh.. nama pun pengantin baru.. hahaha