Langkah kuatur cemas ke ruang hospital. Dari jauh, dapat aku lihat mummy berteleku di ruangan menunggu.
Kaki yang melangkah terasa semakin memberat. Sama seperti air mata yang kian hadir di tubir mata.
Terkocoh-kocoh ku berlari. Tiara yang kalut mengejar langkahku dari belakang tidak aku hiraukan. Mujur Tiara ada bersamaku. Jika tidak, tidak tahu harus apa yang aku lakukan.
Tubuhku seakan melayang apabila mummy menelefon memberitahu bahawa daddy tidak sedarkan diri selepas selesai solat zuhur. Berkecai hatiku mendengar perkhabaran tersebut.
"Mummy!" aku menerpa ke arah mummy.
Mummy yang sudah basah dengan air mata segera bangun menyambut tubuhku yang bila-bila masa sahaja akan bakal rebah.
"Lia.." seru mummy.
"mummy! Daddy..daddy macam mana mummy ?" soalku cemas.
Mummy menggelengkan kepala mendengarkan pertanyaanku. Mataku terbeliak. No!!! Tak mungkin!
Tangan naik menekup mulut. Menahan tangis yang bakal meletus kuat.
Bahu mummy aku goncang beberapa kali. Pada saat ini, apa yang aku perlukan hanyalah kata-kata penafian daripada mummy.
"Mummy. Bagitahu Lia mummy! Daddy macam mana?" jeritku tertahan. Bibir kuketap rapat.
"Lia.. Jangan macam ni Lia..tolong" Belakang badanku Tiara peluk kejap. Namun, aku tolak kuat. Terinjak tubuh Tiara ke belakang.
Tiara yang sedari tadi hanya melihat sudah tidak mampu lagi menahan. Air mata turut mengalir lesu di pipinya. Basah jiwanya melihatkan rakan baiknya selama ini dirudung kesedihan yang maha hebat.
Mummy melorot jatuh di bangku kerusi menunggu. Aku turut terduduk lemah di tepi mummy. Tangan naik menekup kedua belah wajah. Teresak-esak aku melepaskan tangis.
"Sabar Lia. Aku tahu kau kuat" kepala sahabatnya ditarik. Disandarkan di bahunya.
"Bagitahu aku Tia. Macam mana aku nak kuat? Bagitahu aku.... Aku tak kuat Tia. Aku tak kuat. Separuh jiwa aku hilang, Tia. " dada aku tumbuk berkali-kali. Melepaskan kesedihan yang sekian lama terkumpul.
Mummy menggenggam perlahan kedua belah tanganku. Dingin aku rasakan jari jemari mummy. Jari jemari itu kusulam dengan jemariku. Masing-masing menyalurkan kekuatan.
"Lia kuat ye sayang. Doakan mummy kuat juga. Kita dah janji kan dengan daddy, walau apa pun yang terjadi kita kena kuat? Lia ingat kan sayang?" perlahan suara mummy berbisik di telingaku.
Tubuh mummy terus aku bawa ke dalam pelukan. Daddy! Aku anggukkan kepala di dada mummy. Kini, mummy kekuatan aku. Selamanya.
Tubuhku dan mummy turut didakap Tiara. Kami berpelukan bertiga. Seakan jasad sahaja yang ada namun fikiran melayang entah ke mana.
Pintu yang terkuak dari dalam mengejutkan kami. Pelukan di tubuh segera terlepas. Tangan mummy aku genggam erat. Bersedia dengan segala kemungkinan.
Mummy menerpa ke arah Doktor yang merawat daddy. Dr. Nizam namanya. Aku juga turut melangkah mendekati mummy dan doktor tersebut.
"Macam mana doktor dengan suami saya?" soal mummy.
"Maafkan kami Puan,cik. Kami dah cuba sedaya upaya kami. Keadaan Dato sekarang tenat. Saya mohon seeloknya jika puan dan cik panggil kaum keluarga, sahabat handai untuk menziarah Dato." pesan beliau.
Aku tertunduk menahan rasa. Mummy di sebelah juga sudah tiada daya lagi untuk bersuara. Aku perlu kuat.
"Baiklah Doktor" sahutku perlahan.
______________________________________
Daddy sudah dipindahkan ke wad khas. Aku, mummy dan Tiara masih lagi di ruangan menunggu.
Tiara yang menyandar lesu di dinding hospital, aku pandang sekilas. Betapa aku beruntung memiliki seorang sahabat yang sangat mengambil berat akan aku dan keluarga.
"Tia..." seru lembut.
Tiara yang memejamkan mata tersentak. Kedudukan tubuhnya dibetulkan. Dikerling Aulia di sebelah.
"Ya. Kau nak apa-apa ke Lia? Aku pergi belikan. Kau tunggu kejap k" terkocoh-kocoh Tiara bangun. Sandal disarungkan kalut.
Melihatkan Tiara yang kalut aku capai pergelangan tangan miliknya. Kepala aku gelengkan. Segaris senyuman tawar aku layangkan. Air mata aku usap.
Dilabuhkan kembali duduk disebelahku. Dia mengeluh perlahan.
"Kau pergi lah balik Tia. Aku tahu kau penat. Seharian hari ni teman aku dan mummy di hospital. Pergilah balik. Jangan risau, aku dan mummy okay."
Dapat aku lihat, raut wajah serba salah yang terlakar di wajah Tiara. Namun, aku tidak boleh pentingkan diri sendiri. Aku tahu Tiara juga penat. Mahukan rehat. Seharian menemani aku dan mummy cukup aku hargai.
"Betul ni? Aku tak sanggup nak biarkan kau dan aunty macam ni. Takpa, aku okay je. Mama dan papa aku pun faham..Diorang.."
"Tia! Dah, pergi balik. Aku okay. Mummy pun okay. Dalam saat-saat macam ni, aku tahu aku tak perlu meratap. Aku kena kuat. Tak guna meratap menangis sebab takkan ubah apa-apa pun. Sekarang ni, kau pergi lah balik okay. Nanti apa-apa hal aku call kau." luahku.
Dipaut jari jemariku bersulam dengan jari-jemarinya.
"Janji? Apa-apa kau terus call aku?"
Aku angkat tangan seakan berikrar.
"Ya, aku janji. Dah pergi balik. " suruhku.
"Kalau macam itu, aku balik dulu. Kau jaga diri okay. Ingat! Apa-apa hal kau terus call aku. Aku datang segera. Aunty, saya minta diri dulu. Nanti saya datang lagi. Assalamualaikum" tangan disua bersalaman dengan mummy.
Aku berpelukan dengan Tiara.
"Terima kasih, Tiara" ucap mummy sebak.
Anggukan diberikan tanda membalas ucapan terima kasih tersebut. Beg disandang ke bahu dan langkah diatur menuju ke pintu keluar.
Aku mengesot mendekati mummy. Bahu mummy kupeluk erat. Mummy membalas dengan menepuk lembut tanganku. Sama-sama mencari kekuatan.
_______________________________________________
Menjelang keesokan pagi, ramai sekali saudara-mara yang jauh dan juga dekat datang menziarahi daddy. Tidak terkecuali sahabat handai dulu dan kini. Masing-masing meluangkan masa yang ada untuk melawat dan mengetahui keadaan daddy.
Namun,sehingga kini kelibat Dato Razman tidak kelihatan. Tidak mungkin dia tidak mengetahui keadaan terkini daddy sedangkan daddy merupakan sahabat karibnya.
Aku berada di surau ketika ini. Bermunajat kepada Allah agar diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala ujian daripadaNya. Tiba-tiba hati berdegup cemas. Ya Allah, petanda apakah ini.
Telekung aku lipat secepat yang mungkin. Aku letak di rak yang tersedia. Kasut aku sarungkan gopoh. Aku berlari sekuat mungkin ke arah wad yang menempatkan daddy.
Dari jauh, kelihatan doktor Nizam meminta mummy untuk keluar. Tidak lama kemudian, beberapa orang doktor dan nurse turut melangkah masuk ke arah wad milik daddy.
Langkah yang tadi laju kini kian perlahan. Lesu aku atur ke arah mummy yang sudah teresak di bangku kerusi. Nafas aku sedut dalam. Kekuatan aku kumpul. Jika sudah sampai masanya aku reda.
"Miy.. " panggilku.
"Daddy Lia...daddy..." mummy mengonggoi perlahan. Mata aku pejam rapat.
"Kita kuat kan?" kataku. Berkaca kembali mataku.
Tangisan dihamburkan di bahuku. Serasa ini lah saat paling sukar dalam hidupku. Saat di mana aku harus kehilangan seseorang yang aku sayang. Yang aku cintai. Syurgaku. Pelindungku.
"Rida..Aulia.." aku tersentak apabila suara seseorang menampan telingaku. Spontan, tubuh aku pusing ke belakang.
Wajah aku dongak memerhati gerangan tersebut. Dato Razman! Akhirnya, dia datang.
"Uncle.." air mata yang sedari aku tahan akhirnya meletus jua. Berjejeran mengalir di pipi.
Tubuh dihenyakkan di sebelahku. Kulihat wajahnya tercungap mencari nafas. Barangkali beliau juga berkejar seperti aku.
Seketika, kelibat Benjamin Luthfias baru kelihatan. Wajah aku angkat memandang seraut wajah miliknya. Dihela nafasnya perlahan. Pandangan sayu terbias terang di wajahnnya.Aku membalas pandangan sayu Benjamin.
'Awakkk.....daddy saya' bisikku dalam hati.
Lama hanya berdiri tegak, Benjamin juga turut melabuhkan duduk di sebelah kiriku. Disandar tubuhnya ke dinding.
"Macam mana keadaan daddy Lia? Apa kata doktor ?" soal Dato Razman. Bertalu soalan ditujukan kepadaku.
Aku menggelengkan kepala. Tangan meraup wajah. Menghilangkan sebak.
"Lia tak tahu uncle. Tadi Lia pergi surau. Sebelum pergi daddy okay saja. Tapi bila Lia dah balik, Lia tengok mummy dah ada kat Luar. Doktor dan nurse ramai yang masuk" tersekat-sekat aku keluarkan butir bicara. Sedih bercampur bimbang.
Benjamin di sebelah menghela nafas kecil. Si gadis di sebelah dikerling. Tidak betah melihat kesedihan yang berlegar di wajah si gadis, tangan runcing tersebut digenggam. Erat! Bersulam dengan jemarinya.
Melihat wajah polos si gadis yang bergelut hebat dengan kesedihan, hatinya jatuh kasihan. Hanya dengan cara itu sahaja bentuk sokongan yang boleh disalurkan ketika ini.
Suasana sunyi menyelubungi mereka. Masing-masing menanti dalam debaran. Aku membalas genggaman tangan Benjamin. Tiba-tiba sedikit kekuatan seakan disuntik jauh di relung hatiku yang galau.
Beberapa ketika berlalu, pintu terkuak daripada dalam. Bingkas kami semua berdiri. Genggaman tangan kami terlerai. Segera menerpa ke arah doktor.
"Saya minta kamu semua bersedia. Reda dengan segala ketentuan. Berdoalah yang terbaik untuk beliau. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita" dititip pesanan ke arah kami.
Laluan diberikan oleh doktor Nizam kepada kami. Aku melangkah menyoroti mummy dari belakang. Melihatkan daddy yang tersenyum lemah membuatkan sekali lagi tangisan kupecah.
"Daddy...." serak suaraku menyeru daddy.
"Lia, anak daddy.. Sini sayang. Dekat daddy.." aku bawa tubuhku mendekati daddy. Air mata aku sapu kasar. Senyuman dalam tangisan aku hulurkan.
Pipi daddy aku usap beberapa kali. Dahi daddy aku cium. Lama bibir ku melekap di dahi daddy. Menghantar isyarat betapa aku kasihkan dia.
"Syuhhhh.. Dont cry..Li..Li..Lia dah janji kan dengan daddy ? Lia kuat kan?" tutur daddy lemah.
"Daddy! Jangan tinggalkan Lia. Tolong..jangan tinggalkan Lia..Lia sayangkan daddy..Lia perlukan daddy!" teresak-esak aku melepaskan tangisan di dada daddy. Dada daddy berombak perlahan. Kepalaku diusap lembut.
"Maafkan daddy. Janji dengan daddy walau apa pun yang terjadi Lia akan kuat."Aku menekup wajah.
"Rida..." nama mummy pula diseru. Tidak tahan, tubuh aku bawake tepi. Memberi ruang dan peluang pula untuk mummy bersama daddy.
"Abang.." sahut mummy bergetar menahan tangis.
Tangan sang suami yang tergapai dicapai. Dibawa ke wajahnya. Dikucup tangan kurus itu bertalu-talu. Kerana dia tahu selepas ini dia tidak lagi berpeluang untuk mengucup tangan tersebut. Tangan yang dahulunya saban hari membelainya.
"Maafkan abang, kerna tak mampu tepati janji kita. Maafkan segala salah silap abang pada Rida selama ini. Halalkan segalanya. Rida seorang isteri yang sangat baik. Abang nak Rida tahu abang sayangkan Rida. Abang cintakan Rida sampai syurga. " ucap daddy. Sama sepertiku, mummy juga turut teresak.
"Rida maafkan abang. Maafkan Rida juga andai Rida tak mampu jadi yang terbaik untuk abang. Halalkan segalanya selama kita bersama. Rida cintakan abang. Selamanya!" dikucup dahi dan pipi sang suami seberapa banyak yang mungkin.
Dato Razman dan Benjamin yang melihat juga sudah tidak tertahan. Bergenang pelupuk mata melihat perpisahan yang bakal terjadi selamanya antara mereka.
"Raz.."
Dato Razman segera mengatur langkah mendekati sahabat selama ini yang ada ketika susah dan senangnya. Jatuh dan bangunnya. Mana mungkin dia rela dengan apa yang menimpa sahabat sehidup sematinya ini.
"Di..kau kena kuat. Aku tahu kau kuat. Kami semua tahu kau kuat. Toong Di..tolong..jangan tinggalkan kami.." bergetar suaranya menahan sebak. Tangan sahabatnya digenggam erat.
"Raz..janji dengan aku. Tolong jaga mereka. Janji dengan aku.." dibisik perlahan ke telinga Dato Razman. Tiada siapa yang mendengar melainkan mereka berdua.
Dengan berat hati, kepala dianggukkan. Ya, dia berjanji bahawa dia akan menjaga keluarga sahabatnya.
"Kau satu-satunya harapan aku. Janji dengan aku, Raz..aku amanahkan mereka untuk kau.." nafas yang tersekat ditarik.
"Aku....aku..." mesin hayat yang berada bersebelahan mula menunjukkan graf mendatar. Masing-masing mula cemas.
"Panggil doktor Ben. Now! Go! Mengucap Di.." teriak Dato Razman.
Benjamin berlari keluar. Aku dan mummy terkedu seribu bahasa. Terasa sebentar sahaja, ruang bilik tersebut mulai ramai doktor dan juga jururawat yang bertugas. Ada yang ke kanan, ada yang ke kiri. Segalanya tiba-tiba kurasakan keadaan menjadi gelap gelita. Dada berdegup laju. Kelibat doktor dan nurse yang memenuhi ruangan wad tersebut aku rasakan makin kabur di pandanganku.
Perkara terakhir yang aku nampak adalah wajah Benjamin yang memeluk dan memangku tubuhku yang mulai jatuh melorot ke lantai.
Daddy!
_____________________________________
Hari ini genap tiga malam daddy meninggalkan kami. Masih kuingat ketika saat daddy meninggalkan kami. Ketika aku bangun, aku sudah berada di pangkuan Benjamin. Rambutku dibelai-belai olehnya. Tanpa segan, aku peluk tubuh dia. Kepalaku diusap-usap lembut.
"Syuhh..don't cry baby girl. Remember, you are strong enough" tangan dibawa menghapus sisa air mata dipipiku.
Untuk malam terakhir tahlil ini betapa ramai saudara-mara serta sahabat handai daddy yang datang membacakan tahlil sekaligus menziarahi kami. Betapa beruntungnya daddy. Semasa hayatnya disayangi dan dikasihi orang sekeliling.
Saat ini, orang yang paling ingin aku berterima kasih adalah kepada uncle Razman. Kerana dari mula sampailah ke urusan terakhir daddy diuruskan oleh beliau memandangkan aku dan mummy masing-masing hanya jasad sahaja yang tinggal sedangkan roh seakan turut dibawa pergi. Bertuahnya daddy punyai sahabat seperti beliau.
Aku pakukan pandangan ke halaman rumah yang lapang. Bagai terbayang-bayang di ruang mataku kenangan aku bersama daddy. Berkejaran di halaman tersebut. Sama-sama saling beriadah bergurau senda. Daddy, semoga kita bertemu kembali di syurga Allah.
Bunyi geseran kerusi di sebelah membuatkan aku tersentak dari kenangan. Pipi yang basah dengan air mata tanpa sedar, aku sapu perlahan.
Wajah aku toleh ke sebelah. Kelihatan Benjamin Luthfias melabuhkan duduknya di sebelahku. Segaris senyuman dilayangkan. Aku membalas hambar.
Lama kami saling menyepi melayan perasaan. Tidak betah berdiam diri, aku mulakan perbualan. Tambahan mengingatkan dia memujukku dengan cara yang agak sweet membuatkan muka panas menahan malu. Namun, rasa tersebut aku lempar jauh ke tepi.
"Terima kasih" ucapku lembut. Jari-jemari aku ramas. Menghilangkan malu yang bertandang.
Benjamin yang ralit melihat kelam malam pantas menoleh ke arahku. Keningnya dijongketkan. Tidak pasti dengan ucapan terima kasihku secara tiba-tiba sahaja.
"Terima kasih untuk segalanya" ucapku sekali lagi. Mata ku bawa, memaku ke wajah tampan itu. Apabila diamati, wajahnya ada iras-iras seperti pelakon Turki yang kini sedang popular, Kerem Bursin. Pantas sahaja model terkenal, Aqeela Sania tergila-gilakannya.
"Dah habis tilik muka I?" soal Benjamin sarkastik.
Aku tersentak. Malu bila mana diriku tertangkap asyik merenung wajahnya. Wajahku panas membahang. Malu! Segera kualihkan wajah ke halaman kembali.
Dia menggelengkan kepala. Terlakar senyuman senget di wajahnya.
"Berbalik pada ucapan you tadi, I nak bagitahu bahawa terima kasih I ada harganya Cik Aulia Natasha" ujarnya.
"Saya akan membalasnya" balasku pantas.
Mata hazel miliknya dilarikan menentang mata coklat bundar milikku.
"I tak minta balasan. " provoknya.
"Tapi saya akan tetap membalasnya nanti" tekanku. Sudah adat orang berbudi, mestilah kita berbahasa.
Senyuman senget diberikan padaku. Diliarkan tatapannya ke wajahku. Aku mengalihkan wajah ke halaman rumah sekali lagi. Tidak selesa terus bertatapan. Seperti ada aura yang mengajakku untuk terus menikmati seraut wajah tampan miliknya.
"Kalau begitu, I tunggu balasan 'terima kasih' dari you" katanya lagi.
Aku hanya mengganggukkan kepala. Suatu saat nanti, aku pasti akan membalas 'Terima kasih' tersebut.
"Ben.." panggilan Dato Razman menyebabkan wajahku dan dia berpaling ke belakang.
"Yes?" sahut Benjamin. Tubuh yang santai bersandar, diluruskan.
"Jom. Dah lewat ni. " ajak si ayah. Mereka merupakan orang terakhir yang melangkah keluar daripada rumah agam kami ini. Selama tiga hari ini juga, Dato Razman tidak culas untuk hadir acara tahlil untuk daddy merangkap sahabat karibnya.
Cuma Benjamin sahaja hanya malam terakhir ini sahaja aku dapat lihat seraut wajah tampan miliknya. Segak berbaju Melayu berwarna cerah dipadankan dengan songkok hitam. Nampak seperti pengantin baharu!Ditoleh melihatku di sebelah.
"I balik dulu. Jaga diri" pamitnya. Lima patah perkataan itu sahaja diberikan kepadaku sebelum dibawa tubuh menyoroti langkah Dato Razman ke muka pintu. Sebelum berangkat sekali lagi pandanganku dan dia bertaut erat. Kali ini, aku ukirkan senyuman manis ke arahnya.
'Jumpa lagi Ben. Terima kasih' bisikku dalam hati.
Kini, aku mulai merasa kekuatan. Hadir secara tiba-tiba. Dia yang dulunya ku rasa jengkel kini kurasakan masih punya empati dalam dirinya. Sedikit sebanyak ia berjaya mengukuhkan rasa di hatiku.
Share this novel