Nelly membetulkan urat saraf yang terasa sengal akibat terlalu menunduk menyiapkan kerja. Dilenturkan kepalanya ke kiri dan kanan. Terasa berdetup-detup ia mengeluarkan bunyi. Terasa lega sengal yang menjalar di sekitar badan.
Disengetkan sedikit badannya menjenguk ke dinding yang dihiasi dengan jam sebesar alam. Tepat pukul dua tiga puluh minit petang. Sekilas, teringat akan mesyuarat yang perlu dihadiri Aulia petang ini. Bibir dikemam. Jari mengetuk-ngetuk permukaan meja kerja.
Tubuh dibangunkan bergerak menuju ke bilik Aulia, sahabatnya. Dari cermin kaca bilik Aulia, dapat diperhatikan Aulia sedang tekun menunduk menaip sesuatu di komputer riba miliknya. Sesekali, dia lihat kalau Aulia turut menggeliat kiri dan juga kanan. Kemudian, dia kembali menyambung kerja menaip.
Aku mengatur derap langkah perlahan ke arah pintu bilik Aulia. Aku ketuk pintu bilik tersebut beberapa kali. Laungan masuk dari dalam aku terima. Perlahan, daun pintu bilik pejabat Aulia aku tolak kuat.
"Yes Nelly? " soalku tersenyum manis ke arah Nelly yang menjengul di sebalik daun pintu. Tegak berdiri di ambang pintu. Tiada tanda-tanda kulihat dia ingin melangkah masuk. Aku tinggalkan sebentar kerja menaipku. Pandangan kualihkan ke arah Nelly yang masih berdiri tegak merenungku.
"Ingat tak you ada meeting petang ini? " soal Nelly mengingatkan aku.
Aku gigit tepi bibir.
"If I say no?"
Nelly mengeluh kuat. Dijulingkan bebola matanya ke atas. Aku sembunyi ketawa. Lucu dengan reaksi Nelly.
"Seriously Lia? Come on. Again? " soal dia acuh tak acuh.
Aku melepaskan tawa kuat. Nelly menggelengkan kepala. Tubuh disengetkan ke bingkai pintu. Kedua belah tangan dibawa memeluk tubuh.
"Ya Nelly. I ingat jelah petang ni I ada meeting. You ni, jangan serius sangat boleh tak.. " tegurku bersulamkan usikan. Kertas yang berselerak di atas meja aku kemas dan kepilkan sebelum aku susun ke dalam fail.
"Nasib baik you ingat. I bukan apa, takut jadi macam hari itu. Boleh pula you terlupa meeting dengan syarikat tunang you sendiri merangkap abang tiri you. I rasa sebelum tu dah berbuih mulut I ingatkan you. Alih-alih you tetap lupa. " omel Nelly seperti murai tercabut ekor.
Aku mengerling malas mendengar omelan Nelly.
"Sorry lah. I bukan sengaja nak lupa tapi memang I betul-betul lupa. So a big thanks to you sebab dah ingatkan I. " ujarku mesra.
Nelly menjuihkan bibir ke arahku.
"Ingat cik abang punya pasal sampai terlupa meeting eh. I cakap you angau you tak nak percaya.. " seloroh Nelly sambil dikerlingkan mata bulatnya ke arahku.
"Hey, mana ada I angau lah. You ni memandai je. " dalihku.
Nelly mencebik.
"Kalau tak angau, apadia? Berangan?" bidas Nelly selamba.
Aku melepaskan keluhan.
"Nope! Angau pun tak, berangan pun tak. Dua-dua salah. "
"Then, apa yang betulnya? "
"Jawapan yang betulnya is I terlupa. "
"Konon! "
"Betullah. Tak percaya? Belah lah dada, operate lah hati. "
Nelly sudah membuat memek muka menyampah.
"Jangan nak bermadah pujangga pula eh kat sini."
Aku tertawa galak. Terhibur juga hati bila sekali sekala berlelucon begini dengan Nelly. Namun, rasa tidak sedap hati masih juga bertandang sekali sekala sekaligus menghasilkan debar. Tapi, cepat kutepis. Aku alunkan zikir-zikir lazim dan ayatul kursi dalam hati.
"Dah lah. I keluar dulu. Meeting ni you pergi sendiri atau abang you datang ambil? " soal Nelly serius.
"Dia cakap dia datang ambil. Lagipun dah sehala kan. Jadi, kami gerak sekali jelah nanti.. " jawabku. Komputer riba yang terpasang aku tutup.
Nelly turut membalas dengan sebuah anggukan. Seketika, daun pintu yang dikuak ditutup kembali menuju ke bilik kerjanya yang berhadapan dengan bilikku.
••••
Aku menunggu Benjamin di hadapan bangunan pejabat. Helmet yang ingin melorot jatuh dari pegangan aku pegang kejap. Sekali lagi hatiku betdegup kencang. Aku pejamkan mata. Melekap telapak tangan di dada yang berbalut dengan baju blouse hitam.
Aku membelek jam di pergelangan tangan. Terasa kaki disapa rasa lenguh, aku menapak menuju ke arah tempat menunggu berbumbung yang disediakan di kawasan syarikat. Aku labuhkan dudukku di kerusi yang dibina memanjang itu. Helmet aku letakkan cermat di sebelah dudukku.
Kaki aku silangkan. Telefon yang berada di dalam tas tangan aku capai. Aplikasi media sosial aku belek seketika menghilangkan bosan sementara menanti kedatangan Benjamin. Ralit aku slide skrin atas bawah. Seronok melihat komen-komen netizen dalam fac dan instagram. Terasa lucu kadangkala bila membacanya.
Sekali sekala, aku menjengah ke jalan raya memerhati jika terlintas kelibat Benjamin. Namun, masih tiada kelibat si dia. Jangan dia buat lupa untuk ambil aku sudah lah. Mahu aku mengamuk nanti. Aku kembali menyambung membelek media sosial.
Sesaat, terdengar seperti deruman kuat moto kuasa besar. Aku bingkas berdiri. Sah, Benjamin sudah tiba. Tidak tahu kenapa Benjamin kelihatan sangat bergaya dan kacak bila menunggang motor kuasa besar miliknya. Dengan muka diliputi sepenuhnya dengan helmet mahal. Sungguh terserlah aura kacaknya.
Benjamin menghentikan motornya berdekatan dengan tempat aku menunggu. Helmet miliknya dibuka separuh. Senyuman kacak diberikan kepadaku. Aku terpaku seketika sebelum membalas senyuman Benjamin.
Perlahan, aku atur langkahku ke arah Benjamin yang sedang mencekak sebelah sisi pinggang di atas motor. Aku jinjit helmet yang boleh tahan berat juga nampaknya.
"Hai sayang. Sorry abang lambat, ada kerja sikit. " sapa Benjamin bila melihat langkah longlai ku menuju ke arahnya.
"Meh sini, abang pakaikan. Kesian dia eh, lama tunggu. " ujar Benjamin membeli jiwa ku.
Aku simpan senyum. Seronok dimanjakan sedemikian rupa. Rasa bertuah punya encik tunang seperti Benjamin. Sentiasa memanjai aku, mengutamakan aku dan sentiasa ada disaat aku perlukan dia.
Benjamin capai helmet yang aku hulurkan ke arahnya. Diselitkan terlebih dahulu rambutku ke tepi sebelum disarungkan cermat ke kepalaku. Aku turut mengemaskan helmet yang terletak di kepalaku.
"Lain kali sayang sanggul je rambut kalau kita naik motor. Senang sikit."
Aku mencebik. Benjamin tertawa kecil.
"Biasa bibir tu. Abang cium nanti. " seloroh Benjamin sambil mengacah menarik wajahku rapat wajahnya. Aku menolak lembut wajah Benjamin.
"Abang jangan nak mengada eh. Kita dah lambat ni. " tegurku sengaja mengeraskan suara. Bukan boleh dilayan miang Benjamin ini. Mana-mana sahaja pun dia on. Naik rimas nak melayannya.
Aku panjat naik ke motor. Seperti tadi, aku belitkan kedua lenganku ke pinggang Benjamin. Benjamin makin menarik aku rapat ke belakang. Geram, aku layangkan sebuah cubitan manja di perut ketak miliknya. Benjamin mengaduh kuat.
"Sakit sangat ke? Sorry, sorry.. " ujarku kalut. Menggosok lembut perut Benjamin hasil bekas cubitanku.
"Gosok lagi yang.." pinta Benjamin mengada. Ditarik tanganku supaya menggosok lebih lama di perutnya.
"Ahh, takde takde. Bagi betis nak peha pula. " bebelku kuat.
"Mana ada nak peha, abang nak sayang je. " dalih Benjamin pantas.
Aku mencebik.
"Abang jangan nak menggatal boleh tak? Bawa motor elok-elok. Ingat, Lia belum kahwin lagi tau." pesanku mengingatkan Benjamin. Pandangan beberapa orang di traffic light yang berhenti seiring dengan kami, aku endahkan.
Seketika aku larikan pula jemariku ke dadanya. Aku usap-usap dada bidangnya yang berbalut dengan kemeja ungu gelap.
"Siapa yang gatal sekarang ni? Abang ke sayang? " soal Benjamin perlahan.
Tersedar, aku pantas larikan jemariku ke perut Benjamin kembali. Faham dengan kata-kata Benjamin ajukan ke arahku.
"Abang pun belum kahwin lagi okay. Tapi bertunang dah la. Kahwin je belum. " Benjamin membalas ujaranku. Turut tidak mahu kalah berbalas kata denganku.
Malas berbalas kata, aku bertindak mendiamkan diri. Benjamin juga turut diam. Hanya jari-jemari miliknya sahaja yang merayap bermain dengan jemariku di perutnya. Diusap-usap manja tanganku. Aku biarkan sahaja kerana makin dilarang makin dibuat.
Sekitar dua puluh minit menunggang dan membonceng motorsikal, kami akhirnya tiba di perkarangan sebuah syarikat besar. Terpampang jelas Global Wijaya di hadapan bangunan pejabat yang menghadap jelas ke jalan raya. Aku menoleh ke sisi. Merenung Benjamin yang membetulkan rambutnya yang agak messy sedikit.
Aku hanya menggelengkan kepala seraya menjulingkan mata ke atas. Tak habis-habis dengan rambut dia. Orang kalau dah segak, rambut messy macam mana sekalipun tetap segak. Mahu sahaja aku luahkan dari mulutku namun nanti Benjamin kembang semangkuk pula. Jadi,diam lebih baik.
"Dah ke belum?" soalku malas.
Benjamin hentikan jemari yang sakan bergerak di setiap helaian rambutnya.
"Apa yang dah dan apa yang belum? " soal Benjamin kembali.
Aku mengeluh.
"Betulkan rambut tu. Dari tadi lagi rasanya. " balasku acuh tak acuh. Tas tangan aku sandang ke bahu. Merenung kembali bangunan tinggi yang tersergam indah.
"Oh, dah. Jomlah yang. Nanti lambat pula. " Benjamin menapak maju ke hadapan.
Aku menyoroti langkah Benjamin dari belakang sahaja memandangkan dia sudah lebih arif dengan kawasan bangunan syarikat ini. Aku memandang ke lobi. Kelihatan mewah hiasan dan susun atur perabotnya. Sekaligus membangkitkan rasa tenang dan nyaman.
Ditambah pula, di bersebelahan sayap kanan syarikat, turut dibina semua taman lengkap dihiasi dengan sebuah air terjun kecil. Cantik sekali. Memukau pandangan tetamu yang datang bertandang. Beruntung para pekerja di syarikat ini. Sekalian bekerja boleh sekali melepaskan tekanan.
"Aulia. "laung Benjamin yang sudah jauh di depan. Meninggalkan aku di belakang yang ralit memerhati segenap ruang lobi.
"Faster sayang.." arah Benjamin kuat.
Aku pantas menapak laju membontoti langkah Benjamin menuju ke ruang lif. Benjamin hanya menggelengkan kepala melihat telatahku. Aku hanya tersenyum kelat.
"Nanti you buat ubai suai lah kawasan syarikat you since I tengok bukan main lagi mata you tengok kiri kanan sampai lupa tunang sendiri.. "
Aku diam. Mengigit bibir menahan rasa segan ketika tertangkap asyik memerhati sekeliling syarikat rakan meeting kami hari ini.
Benjamin bawa jemari menekan punat lif. Pintu lif terbuka dan kami bernasib baik kerana hanya kami berdua sahaja yang menaiki lif. Tidak perlu bersesak-sesak dengan pekerja lain. Akhirnya, lif yang kami naiki membawa aku dan Benjamin ke tingkat sepuluh.
Sejenak, kami disambut dengan dua orang gadis yang cantik manis. Sedang tersenyum mesra menyambut kedatangan kami di muka pintu sebuah bilik yang sedia dikuak luas. Kutoleh ke sisi. Benjamin tersenyum mesra membalas.
Aku turut mengukirkan senyuman.
"Encik Benjamin.. " sapa seorang perempuan kepada Benjamin. Tertera nama 'Soraya' di dada bajunya.
"Ya, saya.. " sahut Benjamin.
"Miss Aulia.. " sapa pula perempuan tersebut kepadaku.
Aku tersentak. Pantas aku anggukkan kepala. Soraya turut membalas anggukanku.
"Ya, saya Aulia. " ujarku perlahan sambil tersenyum.
"Silakan masuk.." pelawa seorang lagi perempuan. Kali ini tertera pula name tag 'Ayu' di poket bajunya. Keduanya sangat sopan dan tertib melayani kami berdua. Kagum aku dengan kedua gadis ini. Sudahlah cantik, mesra pula.
Pintu yang sedikit terbuka dikuak luas mempelawa aku dan Benjamin untuk segera masuk. Kami menapak perlahan memasuki ruang bilik mesyuarat.
"Encik dan cik tunggu sekejap. Saya nak keluar sebentar untuk inform kepada incharge meeting pada petang ini tentang kedatangan cik berdua.." pamit Soraya sopan. Masih lagi menghadiahkan kami dengan sebuah senyuman manis.
Sekilas, kami berdua memberi anggukan. Benjamin mengeluarkan beberapa dokumen penting yang dibawa. Kemudian, kulihat dia membelek-belek dokumen tersebut. Aku hanya diam memerhati.
Seketika, aku bingkas berdiri. Terasa mahu meneroka bilik mesyuarat yang besar dan kemas ini. Aku tinggalkan Benjamin yang ralit tunduk menyediakan segala dokumen dan kertas untuk sesi mesyuarat sebentar lagi. Benjamin mengerling sekilas ke arahku sebelum kembali tunduk menekur ke meja.
Aku melepasi badan Benjamin. Bergerak menelusuri kawasan bilik. Aku perhatikan tiap susun atur peralatan hiasannya. Kemas tersusun rapi. Terdapat beberapa gambar yang terpamer di dinding dan juga di kabinet hiasan yang harganya pasti bernilai ribuan ringgit.
Aku perhatikan tiap satu gambar yang diletakkan di dalam bilik itu. Mungkin ini semua barisan ahli lembaga pengarah syarikat besar ini. Inilah kali pertama selama bekerja aku menjejakkan kaki ke syarikat ini. Berbeza dengan Benjamin yang sudah beberapa kali hadir ke syarikat ini untuk bermesyuarat.
"Hai, Lia.. " seru seseorang rapat di telingaku.
Aku tersentak. Pantas, tubuh aku pusing deras ke belakang. Terkejut aku saat melihatkan wajah Rayyan terpampang jelas berada rapat di hadapan muka. Sedang tersenyum manis merenungku dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
Aku larikan bebola mata ke arah Benjamin yang turut memandangku dengan riak yang sukar untuk aku tebak. Namun, apa yang aku tahu kalau pandangan tersebut sangat tajam dan menggerunkan.
"Hai.. " balasku sepatah.
"Tak sangka abang dapat jumpa Lia lagi setelah empat tahun. I miss you,Lia. I'm so glad to see here today." ucap Rayyan dengan rasa teruja dan gembira.
Kerana gadis yang sekian lama diidamkan kini muncul kembali di depan mata. Sungguh dia tidak sangka akan ada pertemuan lagi antara mereka. Masih dia ingat, empat tahun lalu dia nekad untuk memberitahu perasaannya yang sebenar terhadap Aulia.
Namun, ia tidak kesampaian kerana dia dapat mengetahui bahawa Aulia sudah berangkat ke Australia menyambung pelajaran di peringkat master. Oleh hal yang demikian, luahannya terpaksa dikuburkan sementara. Kini, dia merasakan bahawa dia masih diberikan peluang dan ruang untuk menyampaikan luahan perasaannya yang sekian lama terpendam.
Aku terdiam. Kaku dengan luahan kata rindu daripada bibir Rayyan. Kalaulah sahaja Benjamin dapat mendengar kata-kata yang terlontar keluar daripada mulut Rayyan sebentar tadi, aku tidak dapat jamin kalau Rayyan masih berada di dalam bilik ini atau di luar. Benjamin berdehem dari jauh. Dibetulkan tali leher miliknya. Aku segera jarakkan tubuh antara kami berdua. Nafas kusedut dalam. Wajah aku maniskan.
"Rasanya kita dah boleh start meeting kita kut.." tukasku perlahan.
Tubuh aku bawa melangkah menghampiri Benjamin. Aku hadiahkan senyuman manis ke arah Benjamin namun Benjamin bertindak dengan sengaja mengeraskan bibirnya daripada membalas senyumanku.
Aku mengeluh. Itu adalah satu petanda yang kurang baik untukku kerana aku tanpa sengaja telah berjaya mengaktifkan sel cemburunya. Aku diam. Aku letak tepi dulu seketika cemburu Benjamin dan senyuman Rayyan yang tidak habis menguntum sejak bertemu denganku.
Aku jalarkan jemariku ke peha Benjamin yang berada di bawah meja. Aku usap jemari dan pehanya. Benjamin ketap bibir. Usapan tersebut sedikit sebanyak berjaya menggodanya dalam diam. Pantas, ditangkap jemariku dan digenggam kejap. Aku simpan senyum. Berjaya memujuk Benjamin. Dikenyit matanya ke arahku.
Rayyan mengambil tempat di hadapan kami.
"Wait. Kalau tak salah I, he's your stepbrother kan Lia? " soal Rayyan sambil diletakkan tangannya ke dahi. Mengembalikan ingatan seketika terhadap Benjamin.
"Yes, he is. " sahutku sambil tersenyum.
Benjamin diam. Riak biasa dipamerkan. Depan client semestinya harus menjaga terrib dan etika. Tidak boleh semberono melakukan tindakan yang tidak sopan dan keterlaluan.
"So, shall we start now? " soal Rayyan tersenyum mesra.
"Yeah, sure. Silakan.. " balas Benjamin perlahan.
Aku berikan anggukan. Begitu juga Benjamin. Sekaligus mematikan kemesraan antara kami dalam diam sebentar tadi.
Setelah hampir dua jam membentangkan isi dan idea, akhirnya kami bersetuju untuk berkerjasama dalam satu projek baharu yang bakal dilancarkan pada hujung tahun ini. Seketika, masing-masing menarik nafas lega dan tersenyum puas hati dengan kata sepakat yang telah dicapai antara kami.
Soraya dan Ayu melangkah masuk dengan menolak troli untuk santapan makan petang. Diletakkan beberapa hidangan tersebut di atas meja berhadapan dengan kami.
Usai, ucapan terima kasih kami hulurkan kepada dua orang gadis manis tersebut. Sudah lah manis, senyuman juga manis, makin bertambah kemanisan di kedua wajah tersebut.
"Silakan. Jemput makan.." Rayyan mempelawa mesra kami menjamah hidangan yang sedia terhidang di depan mata.
"Sayang nak apa? Abang ambilkan.." bisik Benjamin lembut di telingaku.
"I want you.. " balasku lembut.
Benjamin mengalih pandang ke arahku. Direnungku dengan pandangan geram.
" So sweet. Kalau nak abang, nanti. Sekarang tak boleh lagi. " tukas Benjamin selamba.
Aku menekup mulut menahan tawa. Rayyan hanya diam memerhati dengan pandangan kurang senang aku rasakan. Namun, aku abaikan. Buat tidak peduli akan pandangan tersebut.
"Kalau macam tu tolong ambilkan Lia bihun goreng tu. Macam sedap pula nampak. " pintaku manja. Jari aku unjukkan ke arah bihun goreng yang ditaburi telur dadar. Benjamin sendukkan bihun ke dalam pinggan sebelum ditolak rapat mendekatiku.
Aku suapkan bihun dengan cermat ke mulut sebelum aku kunyah perlahan. Senyap seketika suasana masing-maing tunduk menjamah makanan.
"Lia.." panggil Rayyan lembut.
Aku pangungkan wajah. Meletak sudu ke tepi pinggan. Mencapai sehelai tisu sebelum aku lapkan ke mulut.
"Ya.. " sahutku bernada biasa.
"Boleh abang tanya sesuatu? "
Aku menelan liur. Mengerling sekilas ke arah Benjamin yang turut memasang telinga dalam diam.
"Erm..tanyalah. " arahku perlahan.
"Lia dah kahwin? " soal Rayyan terus. Tiada lagi mukadimah yang diberikan. Terus kepada soalan.
Aku berdehem. Membetulkan dudukku di kerusi.
"Sebenarnya saya belum berkahwin." jujurku.
Benjamin menoleh memandangku di sisi. Aku membalas renungan tersebut.
Rayyan tersenyum girang. Serasa sedikit sebanyak terselit akan peluang dan ruang untuk mendapatkan hati Aulia. Benjamin diam menahan sabar. Disuap makanan ke mulut seperti biasa. Cuba untuk berlagak seperti tiada apa-apa.
"Kalau macam tu, sudi tak Lia terima abang? " soal Rayyan sekali lagi. Senada nafasnya.
Aku tercengang. Serasa tidak percaya dengan soalan cepumas daripada Rayyan. Aku terkejut. Rayyan ini memang benar-benar gentleman hingga mahu tersedak aku dibuatnya. Benjamin mengawal riak mukanya sehabis mungkin. Dia berdecit perlahan. Dilenturkan lehernya ke kiri dan kanan. Tangannya dikepal kejap.
"Rayyan. Saya rasa saya ada sesuatu yang saya belum sampaikan kepada awak.. " ujarku mengawal nada dan juga riak wajah.
Rayyan merenungku dengan bibir yang menggariskan sebuah senyuman. Aku tahu kalau saat ini Rayyan lagi sedang menahan debar dan teruja pada masa yang sama.
"Saya tak single. Saya dah bertunang." jujurku berterus terang tanpa ada niat mahu berselindung lagi tentang status aku.
Rayyan terkedu. Sekilas renungan dijatuhkan ke arah jari manisku yang tersarung dengan sebentuk cincin tunang.
"Seriously? " Rayyan menyoal kaku.
Aku menganggukkan kepala dengan senyuman. Benjamin di sisi melorek senyuman nipis. Terasa bahagia bila Aulia sudi untuk menjelaskan status sebenar dirinya kepada Rayyan.
"Bila? "
"Sebelum I sambung belajar. "
"Siapa tunang you? "
Kali ini aku tersenyum manis. Aku melirik Benjamin di sebelah yang turut merenung ke arahku.
"Benjamin.." balasku sepatah.
Rayyyan melopong. Benjamin? Sepantas kilat renungan dijatuhkan ke wajah Benjamin yang turut tersenyum memandang Aulia.
"Wait! You mean your stepbrother is your own fiance? " soal Rayyan teragak-agak sambil diunjukkan jemarinya ke arah Benjamin.
"Yes, Encik Rayyan. I'm her fiance.. " balas Benjamin kuat. Sengaja menguatkan suaranya sekaligus mencantas angan-angan Rayyan untuk memiliki Aulia. Puas hatinya saat seraut wajah itu dihurung rasa terkejut dan kemudiannya bertukar menjadi kecewa.
Aku menganggukkan kepala menjawab soalan daripada Rayyan. Lega hatiku bila mana aku dapat menepis keinginan Rayyan untuk menjalinkan hubungan denganku. Cukuplah bagiku jika hubungan kami sekadar teman satu universiti. Aku sememangnya dari awal tidak pernah meminanti Rayyan.
"But how you two.. "
Kami tertawa kecil.
"Well, I guess dah jodoh kut.. " balasku mesra.
Rayyan terdiam beberapa ketika. Akhirnya, dihulurkan sebelah tangan kepada Benjamin.
"Tahniah.." sepatah ucapan dilayangkan ke arah Benjamin saat huluran tangan tersebut berjaya disambut.
"Thanks.. "
"So, bila wedding? "
Aku menoleh pantas ke arah Benjamin. Benjamin juga turut berbuat hal yang sama.
"Soon.. " jawab kami serentak.
••••
Aku melangkah beriringan bersama Benjamin menuju keluar daripada pintu utama milik keluarga Rayyan. Bila aku fikirkan kembali, terasa seolah tidak percaya pula. Setelah empat tahun, aku kembali bertemu dengan Rayyan.
Dan apa yang paling mengejutkan aku adalah apabila dengan selambanya Rayyan berani melamarku sebagai kekasih di hadapan Benjamin. Nasib sahaja aku tidak menyemburkan makanan ke arah muka Rayyan yang ketika itu asyik merenungku. Jika tidak, memang malang nasib Rayyan hari ini.
Keluar sahaja daripada pintu utama syarikat Global. wijaya, mata terus terpandangkan kedai Seven7eleven yang terletak berhadapan dengan kawasan syarikat di seberang jalan. Baru teringat kalau aku mahu membeli sesuatu.
Aku mengerling sekilas ke arah Benjamin yang sejak dari tadi girang wajahnya. Sekali sekala kulihat dia tertawa sendirian. Aku hanya menggelengkan kepala melihat gelagat encik tunang yang berada di sisiku. Tas tangan yang terasa ingin melorot jatuh aku sangkut kemas ke bahu.
"Abang.. " seruku perlahan sekaligus mematikan lamunan dan senyuman di wajah Benjamin.
"Ya sayang. Kenapa? " soal Benjamin.
Aku merapati Benjamin.
"Lia nak pergi seven7e kejap. Nak beli something. Abang tunggu sini sekejap tau. Lia janji tak lama. Sekejap je. " pintaku perlahan.
Benjamin hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.
"Okay sayang. Hati-hati. "ujarnya menitipkan pesanan. Aku tertawa kecil. Benjamin berpesan seolah-olah aku mahu pergi jauh berbatu-batu lagaknya. Walhal, ke seberang jalan sana sahaja. Aku tepuk pipi Benjamin manja.
Aku pantas menapak laju ke arah jalan. Namun, tetiba terasa tanganku dilelar daripada belakang. Aku terpaku. Tubuh aku toleh ke belakang. Renungan jatuh ke arah pergelangan tanganku yang dipaut kejap.
"I love you sayang. So much.. " bisik Benjamin perlahan. Aku diam. Tidak tahu kenapa menyusup satu perasaan tidak enak ke dalam lubuk hatiku paling dalam. Perasaan tidak sedap hati kembali bertandang.
"Pergilah cepat. Abang tunggu sayang kat sini.. " pegangan dileraikan.
Aku diam sebelum tersenyum dan mengangguk. Genggaman dilepaskan perlahan-lahan. Aku menoleh semula ke hadapan dan bergerak menuju melintas ke seberang jalan.
Daun pintu seven7e aku tolak lembut. Sebungkus gula-gula getah aku capai dan aku bawa menuju ke kaunter pembayaran. Seorang gadis India kelihatan tersenyum ramah menunggu di kaunter pembayaran. Aku kerling sekilas ke belakang. Memerhati kelibat Benjamin yang sedang duduk di bangku menunggu sambil bermain telefon.
"Ini sahaja ke? Ada apa-apa lagi nak tambah Miss? " soal gadis tersebut ramah.
Aku tersenyum. Kepala aku gelengkan.
"Okay, semua RM5.50.." ujar gadis tersebut tersenyum mesra. Dihulurkan sebungkus plastik putih ke arahku yang berisi barangan. Aku sambut perlahan dan bergerak menuju keluar daripada seven7e.
Benjamin diam menunduk menekur telefon bimbit di tangan. Seketika, berkerut-kerut wajahnya. Dijengah sekali sekala Aulia di dalam kedai seven7e di hadapannya. Kelihatan Aulia sibuk ke ruang kanan dan kiri mencari sesuatu yang diperlukan.
Sesaat, dipanggung kembali wajahnya melihat Aulia. Terbias di ruang matanya Aulia sudah siap membeli barang. Sedang tersenyum melambai ke arahnya dari seberang jalan dengan sebelah tangan lagi menjinjit satu plastik kecil. Dia hanya tersenyum dengan gelagat cik tunang.
Aku bersedia untuk melangkah menyemberangi seberang jalan menuju ke arah Benjamin. Dari jauh kulihat Benjamin hanya tersenyum sambil menggeleng melihat telatahku. Aku tertawa kecil. Aku melangkah perlahan namun tanpa aku sedari sebuah kenderaan laju bergerak menuju ke arahku.
Aku tergamam. Mata membuntang besar saat aku terasa kereta berwarna hitam tersebut dekat dan semakin dekat dengan sekujur tubuhku yang sudah tercegat di tengah-tengah jalan raya. Kaku seakan dipaku gerak kakiku untuk mengelak daripada kereta tersebut. Tidak tahu kenapa aku rasakan kalau kereta itu makin lama terasa makin kuat dipandu. Seolah-olah memang sudah merancang untuk merempuhku.
Aku memejamkan mata rapat. Reda jika sudah sampai masanya aku dijemput pergi oleh Maha Esa. Kalimah Allah tidak henti bergema di hatiku.
"Aulia Natasha!!!! " jerit Benjamin dari seberang sana. Sekilas, aku dapat melihat Benjamin yang meluru laju berlari ke arahku.
Sesaat terasa tubuhku ditolak kuat dari seberang jalan sana. Aku mencelikkan mata deras sebelum bam! Satu dentuman yang cukup kuat kedengaran menusuk nyaring ke telingaku.
Aku terundur ke belakang. Jatuh terduduk di tepi jalan. Terasa berpinar mata dan kepalaku dengan kejadian yang berlaku sekelip mata. Aku bangunkan tubuh yang terasa sengal. Aku terpana bila mana mata menangkap sekujur tubuh Benjamin sudah terbaring kaku di tengah jalan raya.
"Abanggggggg!!!! " jeritku kuat. Bergema jeritanku di kawasan tersebut. Tidak lama, kawasan yang lenggang mulai dibanjiri dengan orang ramai.
Aku merangkak menuju ke arah Benjamin yang dikelilingi beberapa orang yang memberi bantuan. Aku rempuh kuat mereka yang sedang berkerumun berhampiran Benjamin.
Saat melihatkan Benjamin yang sudah disimbahi darah di kepala dan mukanya, aku menerpa laju. Kepala Benjamin aku pangku ke ribaanku.
"Ben! " panggilku bergetar kuat. Mengigil tubuhku saat menyedari darah makin keluar membuak membasahi ribaku.
Aku meraung kuat.
"Abang. Please, buka mata! Benjamin! Buka mata. Tolong, tolong jangan buat Lia macam ni abang. " aku mengonggoi kuat.
Aku peluk wajah Benjamin ke dadaku. Basah dadaku dengan darah Benjamin yang mengalir.
"Benjamin!!! " raungku sekali lagi. Kali ini bergema raunganku di tengah jalan raya yang dipenuhi orang ramai yang sibuk menghubungi polis dan ambulans. Sudah tidak aku pedulikan lagi tentang keadaanku yang cedera di tubuh. Saat ini hanya Benjamin yang menjadi keutamaanku.
"Abang tak boleh tinggalkan Lia. Abang dah janji kan. Please sayang, buka mata!" rintihku pilu. Terasa terhenti nafasku saat melihat sekujur tubuh kesayanganku tebujur kaku di tengah jalan raya.
Tidak lama, terasa tubuhku dipaut lembut beralih ke tepi.
"Lia, you okay? " soal Rayyan cemas. Saat diberitakan bahawa Aulia dan Benjamin dirempuh di hadapan syarikatnya, dia bergegas turun ke bawah.
Hampir pitam dirinya bila mata menangkap sekujur tubuh Benjamin sudah berlumuran dengan darah. Seakan dipaku kakinya ketika itu. Teringatkan Aulia, segera mata melingas mencar letak tubuh gadis itu. Sejenak, kedengaran raungan kuat si gadis yang sedang memangku tunangnya.
Aku menggeleng lemah. Mendongak memandang wajah hiba Rayyan dengan mata yang dikaburi dengan air mata.
"Tolong saya, Rayyan! Tolong! " rintihku kuat. Mendayu-dayu suaraku meminta pertolongan daripada mereka yang ada di situ.
Rayyan mencangkung di sebelahku. Dipaut bahuku kejap. Aku biarkan sentuhan itu. Hanya satu yang ada di fikiranku saat ini adalah mahu Benjamin selamat. Kalau sahaja minta ditukarkan kesakitan itu, aku rela!
"Sabar Lia, sabar! Sekejap lagi ambulans sampai." ujar Rayyan bergetar sebak.
Aku merenung wajah Benjamin yang terkulai di ribaanku. Aku belai wajah yang tersimbah dengan darah itu. Beberapa titis air mata kelihatan menitis menimpa di wajah Benjamin.
Sejenak, bunyi kuat sirens ambulans menghampiri kami. Tidak lama, beberapa orang jururawat lelaki dan perempuan kelihatan mengelilingi Benjamin.
"Faster, faster! He is dying! " laung jururawat lelaki yang kalut memberi bantuan awal kepada Benjamin.
Aku menggelengkan kepala. Menekup mulut dengan mata yang membuntang besar.
"No! No! No! Takkkk!! " jeritku kuat.
Rayyan bertindak menarikku ke dalam pelukan namun aku tepis pelukan darinya. Seketika, sekujur tubuh Benjamin diangkat dan ditolak masuk ke dalam ambulans dan segera sirens dibunyikan membawa tubuh itu pergi.
Aku yang masih terduduk hanya terpaku memandang tubuh Benjamin dibawa pergi. Terasa tubuhku melayang-layang seolah ditiup angin. Hanya esakan sahaja yang masih berbunyi. Air mata berlumba-lumba menuruni membasahi wajah yang sudah lencun dengan air mata.
"Kita ke hospital ye cik. " seorang jururawat memaut tubuhku lembut menaiki sebuah lagi ambulans. Menyoroti ambulans yang membawa pergi tubuh Benjamin terlebih dahulu. Aku turut dibaringkan atas katil pesakit di dalam ambulans.
Aku memejamkan mata. Berdoa agar Allah masih memberi aku peluang untuk bersama dengan Benjamin. Terngiang-ngiang luahan kata-kata cintanya sebentar tadi. Kalaulah aku tahu bahawa begini pengakhirannya, akan kupeluk seeratnya tubuh itu. Menyatakan rasa cinta dan sayangku kepadanya yang tidak berbelah bahagi selama ini.
Namun, aku bukanlah sesiapa. Hanya seorang hamba yang lemah dan tidak berdaya. Hanya mampu menerima ketentuan Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. kepadaku. Kini, baru aku sedari bahawa rasa yang menggangguku hari ini adalah satu petanda buruk bagi kami.
'Abang. Tolong kuat demi Lia. '
••••
Enjoy reading. happy ending ke sad ending?
Share this novel
veritas ni mmg habis macam ni je ke...mcm tergantung je