BAB 40

Romance Series 247373

Dress biru gelap yang ditaburi labuci aku pandang lama. Cantik. Sungguh cantik! Jam dinding aku kerling sekilas. Keluhan kecil aku lepaskan. Ada masa lagi sejam setengah untuk aku bersiap.

Malam ni dinner syarikat milik daddy Razman. Jadi, mahu atau tidak aku harus pergi kerana aku juga merupakan anak daddy walaupun hanya sebagai anak tiri.
Tidak mahu lagi bertangguh, aku bergerak ke bilik air. Setengah jam kemudian, aku keluar berkemban menuju ke meja solek.

Rambut aku keringkan terlebih dahulu. Mengenangkan acara malam ini merupakan acara formal, aku tatarias wajah dengan baik. Biar tampil bergaya dan yakin.

Pemerah pipi aku tambah biar nampak lebih pinkish. Aku tersenyum puas hati memerhati wajah dan penampilan sendiri di cermin. Terletak elok dress biru gelap itu di tubuhku. Aku tak tahu siapa yang bermurah hati menghadiahi aku dress tersebut. Kebiasaannya mummy yang pilihkan. Jadi pilihan kali ini juga mungkin daripada mummy.

Aku bergerak turun ke bawah. Meniti anak tangga dengan berhati-hati. Dari atas kedengaran suara-suara yang bercakap diselang seli dengan ketawa. Menyedari kehadiran aku yang meniti anak tangga, enam pasang mata memahat renungan mereka ke arah aku.

Aku turut membalas renungan mereka. Suara yang kedengaran senyap serta merta. Sedar diriku menjadi tatapan, malu dan segan menyerang. Aku kerling ke arah Benjamin yang memandang tajam ke arahku. Jari aku main-mainkan. Bibir kugigit perlahan.

"Ehem! " deheman daddy membawa renungan Benjamin dariku.

"Lia dah siap. Rasanya kita dah boleh gerak dah ni. Sejam je lagi event nak start. " mummy dan daddy bergerak menuju ke pintu utama.

Aku yang dari tadi terdiam di anak tangga turut menghayunkan langkah mengikuti mummy dan daddy dari belakang. Benjamin menyoroti langkahku dari belakang. Makin ceoat aku ayunkan langkah.

Kalut berjalan tanpa sedar aku hampir tersadung tersepak bucu karpet tebal di ruang tamu. Namun, terasa ada tangan kekar yang memaut pinggangku rapat ke tubuhnya dari terjatuh.

Aku helakan nafas lega. Mengucap syukur dalam hati. Tidak rasanya sudah patah pangkal hidungku terhentak ke lantai.

Buka sahaja mata, terus pandanganku bercantum dengan pandangan mata hazel Benjamin. Tubuh Benjamin aku tolak perlahan meleraikan rangkulan antara kami.

" Sayang kalut-kalut nak pergi mana ni?" suaranya berbisik perlahan di telingaku. Aku telan liur.

Aku gelengkan kepala laju.  Dia tersenyum senget. Dilepaskan tangannya dari memeluk pinggangku. Benjamin berjalan melintasi aku. Nafas kutarik dan hembus kuat. Mencari rentak jantung kembali ke asal.

"Cepatlah yang. You tercegat kat situ buat apa lagi? Nak abang tinggal? " suaranya dilaung kuat dari muka pintu utama.

Dengan segera, terkocoh-kocoh aku berjalan mengikuti Benjamin menuju ke kereta. Aku aturkan kembali langkah yang pincang sebentar tadi. Berjalan perlahan mengikuti langakh Benjamin. Dari dalam kereta,  kelihatan mummy dan daddy menunggu kami.

"Ben. Nak pergi sekali ke? " soal daddy. Seat belt lincah ditarik dan dipasangkan ke tubuh.

Pintu belakang segera aku buka, sepertinya Benjamin ingin memandu keretanya sendiri. Belum sempat aku meloloskan diri ke tempat duduk belakang, terasa tanganku ditarik. Tidak kuat dan tidak juga lembut tarikan itu. Buat seketika aku terpinga-pinga.

Mata naik merenung wajah Benjamin namun dia hanya beriak selamba. Tangan kekarnya menolak pintu kereta daddy.

"Ben drive sendiri daddy. Lia naik dengan Ben. Daddy dengan mummy gerak lah dulu. Kami follow dari belakang. See you there! "

Melihat kereta yang dipandu daddy sudah bergerak keluar dari perkarangan rumah, tanganku digenggam dan ditarik lembut menuju ke kereta Audi kesayangannya.

"Masuk yang.. " arah dia.

Pintu kereta aku buka dan loloskan diri masuk. Sungguh aku terasa janggal. Sekian lama tidak menaiki kenderaan bersama-sama. Terasa perjalanan singkat menjadi lama.

Belum sempat tanganku menarik tali seat belt, tangan Benjamin terlebih dahulu menggapai tali tersebut dan dipasangkan kepadaku. Sekali lagi aku terkedu. Tubuh kami seakan bercantum rapat. Terasa wangian dia melekat di dressku.

"Sayang ni memang suka jadi patung eh? ." rungut Benjamin perlahan.

Aku berpaling ke arah dia.

"Kenapa abang cakap macam itu? " soalan aku ajukan kembali.

Dia berpaling ke arahku. Didekatkan wajahnya ke arahku. Aku terundur ke belakang. Tangan naik menahan dadanya.

Dia tertawa kuat melihatkan reaksi aku. Tahu takut kena usik. Aku terpaku mendengarkan gemersik ketawanya.

"Mana ada I cakap apa-apa. By the way, you look so stunning tonight, baby.." dikerling sekilas aku disebelahnya.

Mukaku bertukar merah mendengarkan pujian yang diberikan Benjamin. Mata segera ku alihkan ke luar tingkap. Segan!

Gear dimasukkan dan kami bergerak menuju ke destinasi malam ini.

••••

Setelah lebih kurang setengah jam menaiki kenderaan dipandu Benjamin ke Hotel Hilton. Aku memerhati sekilas Benjamin di tempat pemandu. Sibuk membetulkan letak rambut di cermin pandang belakang.

"Kenapa yang pandang abang macam tu? " soal Benjamin perlahan.

Aku mencebik. Menggelengkan kepala sebelum menguak pintu kereta dari dalam. Kaki kain dress aku angkat tinggi supaya tidak meleret cecah ke tanah. Kalau tersadung bikin malu sahaja.

Benjamin turut membetulkan suit dark blue senada denganku pada malam ini. Sungguh Benjamin sangat segak malam ini. Sut dikemaskan sebelum kunci kereta dilemparkan ke arah orang yang bertugas untuk memarkirkan kereta pada malam ini.

Dibawa tubuh lampainya ke arah Aulia yang siap sedia menunggu dia sedari tadi. Dengan bibir mungil tersebut yang tidak habis-habis tercebik-cebik melihat dia.

Geram dia mahu mengucup seulas bibir merah menyala itu malam ini. Sudahlah cantik bergaya. Dipagut cemburu juga dirinya sedikit sebanyak bila beberapa orang mulai mengintai si buah hati pengarang jantungnya.

"Abang tahu abang segak. Sayang jangan tengok lama-lama, nanti jatuh cinta. " ujar Benjamin sambil dimainkan keningnya ke arahku.

Aku menjulingkan mata ke atas. Benjamin menapak menuju ke arahku.

"You look so beautiful tonight, baby. I've fallen for you for a thousand times.. " bisik Benjamin lembut di telingaku. Dikucup sekilas kekura tanganku. Aku simpan senyum.

"Malam ini je ke cantik? " tanyaku mengulum senyum.

Benjamin tertawa kecil. Pinggangku dirangkul erat dari tepi. Dirapatkan ke tubuhnya.

"You're always beautiful. Everyday shine like a diamond. "

"Mana aci ambil lagu Rihanna puji Lia. " omelku.

"Mana-mana jelah. So, Shall we, my lady? " soal Benjamin romantis. Memandangku yang turut memandangnya dari sisi.

Aku tersenyum manis. Perlahan aku anggukkan kepala.

"With my pleasure.." balasku mesra.

Melangkah sahaja masuk ruang hotel bertaraf lima bintang tersebut, terasa lensa kamera berkelipan memanah wajah aku dan Benjamin. Tidak mahu menunjukkan wajah kekok, aku tersenyum mesra. Sempat aku dan Benjamin bergaya mesra beberapa post untuk tatapan lensa kamera malam itu.

Usai, kami melangkah masuk ke ruang hotel untuk acara malam ini. Kelihatan suasana hotel yang sangat meriah dengan kehadiran para tetamu kehormat dan kenamaan sempena ulang tahun syarikat milik daddy Razman.

Boleh dikatakan semua tetamu kenamaan dijemput menghadiri dinner syarikat tahun ini. Aku mengerling Benjamin yang tersenyum kacak di sisi. Kulihat beberapa pasang mata gadis-gadis cantik tertoleh-toleh ke arah Benjamin. Aku mengetap rapat gigi.

"Jangan nak senyum sangat boleh tak? " soalku geram.

Benjamin mengendur senyuman di wajah. Menoleh ke sisi. Cemberut muka si tunang di sebelah.

"Sayang jelous eh? "

Aku menjeling.

"Tak ada maknanya Lia nak jelous. Hah, senyumlah lagi. Senyum lebar-lebar kalau boleh. " arahku dingin.

"Eleh. Dah jelous tu mengaku jelah yang. Macam lah abang tak tahu. Tengok muka you pun I dah tahu lah."

"Kalau dah tahu, tanya lagi kenapa?"

Benjamin tertawa galak. Suka dia melihat seraut wajah cantik itu memerah menahan cemburu. Cantik!

"Sahaja lah. Mana lah tahu kut tekaan abang tu salah. Tak best lah syok sendiri. " balas Benjamin.

Buat seketika, aku dan Benjamin asyik berceloteh. Masing-masing taknak kalah berhujah.

"Jom yang, kita pergi sana. Duduk sini dah macam datang majlis orang lain pula. " Benjamin menyeringai sengih. Dipimpin tanganku menuju ke arah meja VVIP yang memang disediakan khas untuk kami.  Namun, sekerat jalan aku hentikan langkah.

Benjamin menoleh ke belakang. Aku leraikan genggaman Benjamin di pergelangan tanganku.

"Kenapa? " terus diajukan soalan.

"Lia nak pergi dekat Nelly dengan Tiara sekejap. " ujarku. Jari aku tundingkan ke arah mereka berdua.

Benjamin turut memandang ke arah Tiara dan Nelly yang rancak bersembang. Sekali sekala kelihatan kedua gadis itu menekup mulut menahan ketawa.

Benjamin mengalihkan pandangan memandang aku semula.

"Pergilah. Abang nak pergi sana. Nanti I pergi dekat you. Ingat, jangan pergi mana-mana pula. " pesan Benjamin. Bibirnya menguntum senyum.

Aku menganggukkan kepala. Mengambil maklum pesanan Benjamin. Barangkali Benjamin takut pisang berbuah dua kali. Aku menghantar kepergian Benjamin yang menapak menghala ke meja depan pentas.

Aku pula menapak ke arah Nelly dan Tiara yang melambai ke arahku. Dari kejauhan aku turut membalas lambaian kedua sahabatku. Sepanjang aku menapak ke arah mereka senyuman manis aku ukirkan di bibir.

Aku melangkah dengan cermat memandang sejak awal lagi aku menjadi tatapan segelintir tetamu. Mereka pula seakan tidak melepaskan peluang langsung untuk menatapku dari dekat. Aku hanya membiarkan. Masakan hendak ditegah pula.

"Wahh, Lia..cantiknya kau malam ni. Patutlah tak berenggang dengan cik abang.." ujar Tiara membeliakkan biji mata.

Aku menggelengkan kepala. Tiara, ada sahaja ayat hiperbola yang keluar daripada mulut dia.

"Eh sekejap. Cik abang? Serius lah! Mana, mana?" tanya Nelly tidak ubah seperti makcik bawang. Kepalanya dijenguk-jenguk ke belakangku mencari seseorang.

"You cari apa? " tegur Tiara terus.

"Cari cik abang Lia lah. Tadi you cakap.. "

Tiara berdeham.

"I bergurau jelah. You ni pun. Percaya bulat-bulat dah kenapa? ".

"Mana lah tahu kut betul. I tengok dia sekarang pun angau teruk dah. Lain macam.."

"Ya, aku tahu aku cantik dan sentiasa cantik. "balasku mengalih topik hangat antara Nelly dan Tiara. Saja acah membangga diri di hadapan Tiara dan Nelly yang sudah membuat gaya mahu muntah. .

"Whoa, ni memang masuk bakul angkat sendiri ni. " bidas Nelly turut tidak melepaskan peluang menyakat Aulia.

Azim hanya tertawa kecil mendengar perbualan dan melihat gelagat tiga orang sahabat tersebut.

"Biy gelak apa? "

Azim serta merta menghentikan tawanya. Perlahan, dialihkan pandangannya ke arah lain. Nak tumpang gelak pun kena marah.

"You ni Tia, jangan garang sangat boleh tak? Azim cari awek lain nanti baru you tahu. "

Aku hanya menganggukkan kepala. Mengiakan kata-kata Nelly.

"Huh, berani dia cari awek lain. I potong bebird dia. Buat sate! " Tiara berkata selamba. Dimemekkan mukanya acah seperti perempuan psiko.

Azim tersedak. Dikerling pantas Tiara di sebelah. Dipandang pula Nelly dan aku yang sudah mengekek ketawa. Azim tersenyum kelat. Malu dengan kata-kata Tiara yang tidak bertapis.

"Dah la Azim. Kau tak payah dengar cakap Tiara ni. Macam lah kau tak tahu awek kau suka cakap merepek.." ujarku mengurangkan rasa segan di hati Azim.

Aku labuhkan duduk bersebelahan Nelly. Aku lingaskan pandangan ke arah Benjamin. Benjamin turut menoleh merenung ke arahku. Bibirnya mengukir senyuman seraya dikenyitkan mata. Aku mengulum senyum.

Namun, tanpa aku sedari ada sepasang mata kini yang memanah tepat ke arahku. Diperhatikan aku dengan renungan yang cukup tajam. Seolah ada dendam yang membakar menyala-nyala dalam hatinya ketika ini. Mata merenung sedangkan kepala sudah merangka sesuatu.

"Kau bergembira dulu sebab nanti aku akan kasi kau pengajaran. Biar malam ni jadi malam yang memalukan untuk kau!" Aqeela bermonolog sendirian.

Melissa yang turut memerhati tingkah Aqeela hanya menggelengkan kepala. Sekilas pandangan dia sudah tahu kalau Aqeela ada merencanakan sesuatu. Lihat sahaja gerak gerinya. Malas untuk masuk campur, segera dialihkan pandangan ke arah rakan sekerja pada malam ini.

Tubuh yang menonggek ditegakkan perlahan. Senyuman sinis tersungging di bibir tersebut. Diatur langkah kakinya penuh lenggok. Kerlingan Dato Khalid Khan diendahkan. Malah, dijeling tajam. Dato Khalid Khan menggeleng perlahan. Sudah penat dengan perangai anak gadisnya. Kali ini apa pula mahu direncanakan juga dia tidak tahu.

Kerlingan dan siulan beberapa orang lelaki dibiarkan. Dia tahu dengan gaun jarang berwarna maroon separas lutut mampu menarik perhatian ramai lelaki di majlis malam ini. Paling utama, sudah semestinya dia mahu menarik perhatian Benjamin.

Kini, tiba acara untuk menjamu selera, acara kemuncak sesuatu majlis bagi mereka yang gemar untuk mengisi perut. Para tetamu yang hadir sudah mulai bangun bergerak menuju ke arah bahagian yang menempatkan pelbagai makanan mewah dan lazat.

"Eh, Benjamin lah. Oh my god, hensemnya dia malam ini. " Nelly sudah menggigit bibir saat ternampak kelibat Benjamin yang asyik bersembang dengan beberapa orang tetamu pada malam itu.

Tiara menjeling ke arahku. Aku yang perasan akan kerlingan Tiara mengawal riak wajah yang dijentik rasa cemburu.

"Nel. Tunang orang tu. Tahu dek tunang dia nanti, habis lah you. " Tiara bertindak memutuskan khayalan Nelly.

"Lah, tunang orang ke? I ingat single lagi. Baru nak berangan. " rungut Nelly kecewa. Malu juga tertangkap kerana asyik merenung tunang orang.

"Orang segak namatey macam tu single apa bendanya. So, I rasa you dah boleh start cari orang lain kut. Setakat berangan jelah you mampu"

Aku hanya diam mendengar ujaran Tiara. Malas untuk berkata apa. Mengenangkan orang ramai yang sudah mulai membanjiri kawasan makan, aku juga turut bangun. Ingin mengambil makanan untuk mengisi perut.

Aku membelek beberapa hidangan yang kesemuanya tampak sedap dan menyelerakan anak tekak. Asyik mencapai makanan masuk ke dalam pinggan, tidak sedar aku sudah dihampiri oleh seseorang dari belakang.

"Look. Who is here. Tak sangka jumpa lagi kita. How are you? Dah kahwin ke dengan abang tiri you yang tercinta tu? Tak jijik jatuh cinta dengan abang tiri sendiri.." soal Aqeela sinis. Beberapa jenis hidangan turut dicapai masuk ke dalam pinggan.

Aku membiarkan Aqeela dengan ujarannya yang mengekoriku rapat. Malah, dengan sengaja aku bergerak menuju ke hidangan lain. Malas untuk menyemakkan fikiran dan mata dengan kehadiran orang gila seperti Aqeela.

"Eh, you ni pekak ke apa? " soal Aqeela kasar. Ditarik lenganku.

Aku mendengus kasar. Perasaan panas yang bertandang di hati aku simpan kemas. Cuba untuk tidak mempedulikan Aqeela. Senyuman beberapa staf syarikat daddy aku balas mesra. Malah ada yang melambai ke arahku. Aku membalas kembali. Aqeela menjeling menyampah.

"Kalau you nak tahu. Kami memang rancang nak berkahwin. See, cincin kat jari  I ni? Inilah cincin tunang I dengan Benjamin. Oh ya, jangan risau. Nanti you akan dijemput ke majlis kami. I harap you enjoy. " ujar sambil tersenyum senget.

Kembali menjarakkan tubuh antara kami.

"Tak guna punya perempuan! " maki Aqeela. Dengan nafas turun naik dihempas kasar pinggan ke tempat letak makanan. Aqeela meluru laju ke arah Aulia yang membelakanginya.

Aku yang sememangnya tidak bersedia dengan serangan daripada Aqeela terasa ditolak dari belakang. Terasa diri ditolak kuat, aku cuba mengimbangi diri namun malangnya tetap jatuh melorot terduduk mencecah ke lantai.

Berderai bunyi pinggan terhempas ke lantai. Prang! Aku terpana. Terasa melecet tanganku akibat terkena serpihan kaca di lantai. Tidak cukup dengan itu, Aqeela turut mengambil segelas jus yang sedang ditatang oleh pelayan lelaki berhampiran kami pada malam itu sebelum dijerus ke atas kepalaku.

Kejadian tersebut telah membuatkan suasana meriah sebentar tadi bertukar menjadi kelam-kabut dan riuh rendah kerana tetamu yang hadir terkejut dengan kejadian sedemikian rupa. Tiara, Nelly dan Azim sudah terlopong luas dengan tangan dan mata terbuntang luas.

Benjamin yang mulanya asyik rancak bersembang turut menyedari kejadian tersebut. Terasa seakan mahu terhenti nafasnya saat melihatkan cik puan yang ditatang dengan penuh kasih sayang sudah terduduk di lantai hotel.

Tanpa lengah, diangkat laju langkahnya menapak ke arah Aqeela dan Aulia tanpa menghiraukan lagi tetamu yang terpinga-pinga ditinggalkan.

"Aqeela Sania!!!!! " tempik Benjamin nyaring. Bergema kuat segenap ruang hotel.

Mendengarkan tempikan nyaring itu serentak kesemua mata mengalihkan pandangan ke arah langkah Benjamin dengan muka yang sukar untuk ditafsir riaknya. Daddy dan mummy turut menyoroti langkah Benjamin menuju ke arahku. Kalut langkah mereka mendekatiku. Mummy sudah berlari-lari anak.

Aku membelek telapak tangan. Kelihatan telapak tanganku yang luka akibat terkena serpihan kaca telah mengalir keluarkan darah merah. Ia menitis jatuh ke bajuku. Aku mendecit perlahan. Mendesis kesakitan.

Tiara mengukirkan senyuman senget. Raja dah datang selamatkan ratunya. Tidak sabar dia mahu melihat habuan apa yang akan diperolehi oleh Aqeela malam ini. Nelly pula masih melopong luas namun dipagut hairan. Mengapa Benjamin boleh bertempik nyaring sedemikian rupa?

Dahi berkerut bercantum seribu. Dia kini benar-benar dipagut rasa pelik. Mungkinkah Aqeela Sania tunang yang disebut Tiara ketika sedang berceloteh tadi? Atau sebaliknya? Kenapa Benjamin kelihatan sangat berang ketika ini? Ahhh, dia benar-benar buntu.

Pang! Sebuah tamparan diberikan terus ke wajah Aqeela. Sekali lagi kesemua tetamu terkedu. Tiara bersorak dalam hati. Nelly.masoh lagi tergamam. Membuntang besar matanya.

Benjamin tanpa rasa bersalah melayangkan sebiji penampar ke muka Aqeela. Kembang kempis hidungnya dengan tindakan Aqeela yang mana dia rasakan sungguh melampau. Pertama, seberani itu menyentuh Aulia. Kedua, semudah itu membuat kecoh di majlis keramaian mereka. Sungguh tidak punya adab perempuan ini.

Benjamin berang kerana Aqeela sememangnya tiada hak sama sekali. Dia benar-benar dilanda rasa berang saat ini. Ikutkan hati mahu sahaja diheret dan dihumban betina ini ke jalan raya. Biar mampus dilanggar. Sungguh memalukan perempuan ini!

Aqeela Sania tersentak. Kepala berpaling deras ke belakang. Sesaat, terasa berpinar biji matanya ditempeleng dengan tangan kekar Benjamin. Terasa kebas seluruh wajahnya. Pedih menjalar hingga ke kepala. Terasa bergegar otaknya.

"You are too much, Aqeela! " sekali lagi mahu dilayangkan penampar namun aku pantas melelar pergelangan tangan Benjamin. Tidak sanggup pula Aqeela ditampar kali kedua. Bagiku cukup lah sekali yang aku rasakan sangat kuat tamparannya itu.

Bukan kerana kasihan, tapi kerana dia tahu bisanya tamparan lelaki boleh menggegarkan otak Aqeela. Dia bukanlah terlalu kejam untuk melihat Aqeela cacat ditempeleng Benjamin.

"Kau bernasib baik sebab dia tahan aku. Kalau tidak engkau akan rasa betapa menyesalnya kau sentuh dia!" tempelak Benjamin kuat.

Keadaan senyap sunyi. Ada yang tertawa,ada yang menggelengkan kepala, malah ada yang hanya melihat sahaja tanpa sebarang riak. Mungkin mereka sudah biasa dengan kejadian seperti ini.

"Lia! Lia okay sayang?" soal mummy cemas turut bersimpuh di sebelahku.

"Lia luka ni. Sakit tak sayang? " soal Daddy pula. Masih dengan riak cemas.

Sungguh dia terkejut dengan kejadian yang terjadi. Mana tidak terkejut, dia yang sedang rancak bersembang sambil menjamah makanan, dikejutkan dengan bunyi riuh-rendah. Pantas tubuh segera bingkas berdiri menjenguk. Sesaat, terdengar tempikan nyaring anak bujangnya. Tanpa lengah, segera ditarik tangan si isteri menuju ke tempat kejadian.

Sampai sahaja di belakang tubuh Benjamin, mata lekas merayap melihat anak daranya yang sedang mendesis kesakitan di balik tubuh lampai Benjamin. Tamparan Benjamin kepada Aqeela juga dia sudah tidak peduli lagi, fokus mereka laki bini kini hanya pada Aulia.

"Sikit je ni Miy, diy.. Tak apa, Lia okay. Jangan risau..." balasku perlahan.

"Kau berambus dari sini! Berambus! Sebelum aku terajang muka kau Qeela. Jangan cabar aku. Kau berambusssss!! " jerit Benjamin lantang. Sekali lagi mengejutkan tetamu yang ada. Aku tersentak. Gerun dengan tempikan Benjamin.

Terkejut baju Aqeela Sania saat jeritan tersebut menampar wajahnya yang sudah bengkak sebelah. Turun naik nafasnya menahan malu dan amarah. Teganya Benjamin menampar dirinya di khalayak ramai. Namun, dia juga lupa kalau kerana sikap dirinya menyebabkan dia dimalukan kembali. Dasar parasit!

Dengan kasar, dirempuh tubuh Benjamin dan bertindak meluru keluar dengan tangan menekup sebelah pipi. Pandangan jengkel dan mengejek para tetamu diendahkan. Dia benar-benar dihambat rasa malu. Ditambah dengan kerlipan kamera yang merakam aksinya. Sudah tentu esok dia bakal viral di media sosial. Bukan tidak tahu netizen Malaysia macam mana tahap membawangnya.

Dato Khalid Khan hanya mampu menggelengkan kepala. Dia kini sudah benar-benar terasa tebal muka berinci-inci bila mengenangkan huru-hara yang dilakukan anak gadisnya. Tambahan, beberapa pasang mata merenung tajam ke arahnya dengan mulut saling berbisik dan menjuih ke arahnya. Sungguh malu dia rasakan. Aqeela benar-benar menjatuhkan reputasinya saat ini. Tidak tahu lagi mahu diletakkan di mana wajahnya.

Benjamin melepaskan keluhan kuat. Segera, tubuh dicangkung menghadap tubuhku yang terduduk. Dicapai telapak tanganku yang sudah makin banyak pula keluar darahnya. 

"Macam ni sayang cakap luka sikit? " soal Benjamin tidak bernada.

Aku mengigit bibir. Merenung tiga pasang mata di depanku. Aku gelengkan kepala perlahan.

"Jom. Abang bawa sayang balik." tukas Benjamin kuat.

"Tapi abang, majlis kan tak habis lagi. Nanti apa pula kata tetamu kita balik macam tu je. " kataku. Memegang lengan kekar Benjamin.

Benjamin berdecit. Aulia pada saat begini juga masih mahu menjaga tetamu? Tak usahlah. Dia juga sudah tiada mood lagi mengenangkan huru hara yang dibuat Aqeela.

"Tak payah fikir pasal tetamu. Apa yang penting sekarang pasal sayang. Luka tu makin banyak keluar darah abang tengok. So, let's go! Kalau teruk kita pergi klinik terus. " tegas Benjamin.

"Lia balik dengan abang ya sayang. Nanti dah settle majlis mummy dengan daddy balik. Nak tinggalkan majlis macam ni rasa tak manis pula." ujar mummy mengusap wajahku yang disirami air.

"Betul cakap mummy tu. Ben, bawa Lia balik. Kesian dia basah. Memang betul-betul kurang ajar budak Qeela tu. " desis daddy berang.

Sejenak, kot yang tersarung dilepaskan dari badannya.  Dipakaikan kot tersebut ke badanku yang basah dicurah air yang ditatang oleh seorang pelayan lelaki. Kedua belah tangan kekar Benjamin sudah menjalar menyauk kaki dan pinggangku dari belakang.

Diangkat tubuhku gaya bridal style. Aku menyembunyikan wajah di dada Benjamin. Segan diperhatikan oleh banyak mata ketika ini. Benar-benar dihurung rasa segan. Benjamin menapak laju menuju keluar daripada hotel.

Kereta mewah miliknya terus dituju. Pintu kereta sebelah penumpang dibuka, sebelum diletakkan aku dengan cermat. Kot yang melorot di badanku dibetulkan kedudukannya sebelum pintu ditutup dan Benjamin bergerak ke menuju ke kerusi pemandu. Kereta terus dipandu laju keluar daripada pintu pagar kawasan hotel.

Sekali sekala dikerling sekilas ke arah Aulia di sebelah. Kelihatan si gadis sudah terlentok menyandar ke kerusi. Terdengar hembusan nafas kecil Aulia berhembus perlahan. Jatuh kasihan hatinya melihat buah hati yang sedang meringis kesakitan di sebelah.

"Sayang sabar sekejap. Nak sampai rumah dah ni. " ujar Benjamin cemas.

Aku diam.

Setengah jam, kereta mewah Benjamin menjalar masuk ke perkarangan rumah. Kereta diparkir sebelum kaki melangkah keluar menapak laju mengambilku di bahagian penumpang. Tubuhku diangkat sekali lagi. Dikemaskan tubuhku dalam kendongannya bila merasakan aku mahu melorot jatuh.

Benjamin menapak naik ke atas. Seketika, aku dongakkan wajah merenung Benjamin yang tegang riak wajahnya. Aku menguntum senyum. Terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan Benjamin. Tubuhku diletakkan cermat ke katil. Kot miliknya dilepaskan dari membaluti tubuhku.

"Abang pergi ambil first aid kejap nak balut luka sayang. Nasib dah berhenti darah.. "

Benjamin terus menuju ke biliknya sebelum kembali semula dengan sebekas first aid di tangan. Dicapai telapak tanganku yang masih mengeluarkan darah namun sudah sedikit kering. Aku biarkan tindakan Benjamin mengubati lukaku.

Sepuluh minit kemudian, tanganku dilepaskan kembali. Siap diubati dan dibalut dengan bandage. Aku merenung telapak tanganku yang berbalut.

"Terima kasih, abang." ucapku perlahan. Bibir mengukir senyuman pendek.

Benjamin mengeluh.

"Kenapa sayang tahan abang tadi? " soal Benjamin setelah lama membelek wajahku. Kotak first aid diletakkan ke bawah katilku.

"Lia bukan apa. Lia cuma takut Qeela pengsan pula abang tempeleng dia banyak kali. Nanti lagi bertambah masalah. " ujarku menceritakan sebab sebenar aku menahannya tadi.

Benjamin mencebik.

"Eloklah kalau dia pengsan sekalipun. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Sesuka hati je sentuh orang. Memang padan pun abang bagi makan penampar tadi. Ikutkan hati memang teruk abang kerjakan perempuan tu.. " rengus Benjamin masih tidak berpuas hati.

"Eh, mana boleh macam tu. Cukup lah sekali abang bagi dia makan penampar. Banyak-banyak nanti takut dia kenyang pula. " selorohku tertawa kecil. Lucu dengan lelucon sendiri.

Benjamin turut tersenyum. Dicubit pipiku lembut.

"Biarkan dia rasa. Biasa sangat nak buat jahat. Tak habis-habis nak menyusahkan orang sunguh perempuan itu." rungut Benjamin lagi.

Aku menggelengkan kepala.

Perlahan, dibaringkan kepalanya di ribaanku. Aku terkedu. Aku sakit atau dia yang sakit sekarang? Sempat pula dia bermanja dengan aku. Aku diam. Merenung wajah Benjamin yang turut mendongak memandangku.

"Kesian sayang abang ni. Pantang jauh sikit dari abang, mula lah kena itu ini. Lepas ni abang tambat jelah sayang. Senang abang tengok.. "

Benjamin mengusap wajahku. Dialurkan jemarinya di wajahku turun naik. Aku menahan nafas. Memerhati jari Benjamin yang bermain di pipiku. Kembang kempis hidungkan menahan rasa. Benjamin sedang menggoda diakah sekarang?

"Sayangggg.. " bisik Benjamin meleret.

"Ermm.. " sahutku perlahan. Merenung sepasang mata milik Benjamin.

"I love you.." luah Benjamin lembut. Ditarik wajahku merapati wajahnya di ribaanku. Dekat dan semakin dekat sebelum akhirnya bibirnya bercantum menindih bibirku. Aku memejamkan mata. Merasai kehangatan yang diberikan. Lama baru dilepaskan tautan bibir antara kami.

"Sayang..."

Aku larikan pandangan. Segan dengan renungan Benjamin.

"Yang..pandanglah abang " arah Benjamin lembut.

Aku menatap wajah Benjamin malu-malu. Segan!

"Jom kahwin.." ajak Benjamin lembut. Aku terngadah. Terdiam sejenak. Mata sahaja yang terkebil-kebil merenung Benjamin.

"Taa..tapi abang kan dah bertunang. " pintasku tergagap.

Takkan Benjamin bertunang dengan orang lain mahu berkahwin dengan orang lain pula? Tidakkah gila namanya itu?

Benjamin tersenyum senget. Dicapai jemariku yang tersarung sebentuk cincin bertakhtakan berlian. Dimain-mainkan cincin di jariku. Dipusing-pusingkan. Aku hanya diam memerhati tingkahnya.

Direnung wajahku bersilih ganti dengan cincin di jari manisku.

"Sayang nak tahu sesuatu tak? " tanya Benjamin.

Aku mulai dilanda debar. Perlahan, aku anggukkan kepala.

"Sebenarnya, abang tak bertunang dengan Mel.." ujar Benjamin.

Aku tersentak. Bibirku bergerak-gerak. Bebola mata aku larikan kiri dan kanan merenung mata Benjamin.

"Dah tu abang bertunang dengan siapa? " soalku kaku. Masih lagi terkejut.

"Abang bertunang dengan Aulia Natasha Dato Fendi. " terang Benjamin. Tersungging senyuman di wajahnya.

Aku terkedu. Segera tangan naik menekup mulut. Mata aku kelip beberapa kali. Sungguh terkejut dengan perkara yang baru diceritakan kepadaku. Jadi, selama ini sia-sia aku meratap menangis mengenangkan Benjamin bertunang dengan Melissa walhal Benjamin bertunang dengan aku dalam diam?

"Ta..tap..tapi macam mana abang boleh bertunang dengan Lia? " soalku hairan.

"Okay. Sebenarnya, lepas beberapa hari kejadian yang berlaku, I mean sayang kena perangkap dengan Mel.  Abang mula rasa macam ada something yang tak kena. "

"Apa yang tidak kena? " pantas kuberikan soalan.

"secara jujurnya, memang pada mulanya abang marah. Tapi, setelah beberapa hari, abang mula terfikir untuk cari tahu perkara sebenar. Macam terngiang-ngiang balik di telinga abang sayang merayu cakap sayang diperangkap.. "

"..so, abang jumpa Addy. Dan kebetulan Addy bawa Daniel yang abang cakap berdendam dengan abang tu. Sayang ingatkan Daniel? "

"Kenapa Addy bawa dia jumpa abang? "

Benjamin menarik nafas.

"Sebab Daniel sahaja yang tahu plan diorang perangkap Lia malam tu. Jadi, Daniel datang jumpa abang bagitahu perkara yang sebenar. Abang pada mulanya, macam percaya tak percaya. Tapi lihat pada kesungguhan Daniel jelaskan, abang mula untuk percaya. "

"Jadi, Daniel turut terlibat? " tebakku.

Benjamin tersenyum. Dianggukkan kepalanya.

"Memang pada awalnya Daniel turut terlibat tapi saat-saat akhir dia tarik diri. "

"Kenapa? "

"Dia bagitahu yang dia tiba-tiba rasa bersalah. Pada masa yang sama dia cakap dia terkenang balik kebaikan abang pada dia walaupun masa tu dia bencikan abang. Jadi, dia buat keputusan dia tak nak terlibat dengan Aqeela dan Melissa lagi.."

"Then, lepas itu Addy cadangkan agar abang kena perangkap Mel. "

"Perangkap apa? " soalku terkejut.

"Perangkap Mel. Berbaik dengan dia. Abang terpaksa buat-buat abang dah lupakan sayang untuk tarik kepercayaan Mel. Abang terpaksa terima Mel untuk jadi kekasih abang walaupun abang tahu perkara itu akab buat sayang terluka. Akan buat sayang makin jauh daripada abang.." tutur Benjamin perlahan. Seolah kesal dengan apa yang terjadi.

"Mel percayakan abang? "

Benjamin anggukkan kepala.

"Ya, dia percaya abang dah lupakan sayang. Then, dia mula cipta rumors cakap kami nak bertunang. Pdahal sekalipun abang tak pernah timbulkan hal bertunang mentelah lagi hal kahwin. Benda tu sayang sendiri pun tahu kan dah tersebar seluruh pelosok syarikat? "

Aku anggukkan kepala lambat-lambat. Aku juga salah seorang yang percaya dan terluka dengan berita tersebut.

"Then, bila dah kecoh, abang berbincang dengan mummy dan daddy untuk lamar Lia sebagai tunang abang since perkara tu dah tersebar. Abang minta izin mummy untuk lamar Lia. Dan dengan senang hatinya mummy terima lamaran abang untuk Lia. Cuma itu lah, mummy dan daddy minta benda ni dirahsiakan sebab Lia nak sambung belajar.. " jelas Benjamin panjang lebar.

Aku mendongak. Air mata yang mulai bertakung di tubir mata aku usap lembut.

"Press conference tu? "

" Oh, itu pasal nak clear rumors tu lah. Kalau tidak, memang syok lah media membawang dekat pages masing-masing. Boleh jatuh imej syarikat.. "

Aku berikan sebuah anggukan.

"Melissa? Apa jadi dengan dia? "

"Melissa bila dah kantoi, I give her last warning terus. Tak ada peluang-peluang dah. So, dia mengaku kesalahan dia and then dia resigned serta-merta tanpa paksaan. Dia say sorry but I tak berminat nak dengar maaf dia. I said, sekali lagi dia berani nak buat jahat atau ganggu hubungan kita, I akan buat dia rasa betapa menyesalnya sebab kenal dengan I. "

Aku mengeluh lagi. Serasaku sudah berpuluh kali aku melepaskan keluhan. Terasa bagai mimpi mendengar segala perkara yang berlaku.

"Kenapa perlu rahsiakan daripada Lia semua tu ni? Abang tahu tak hati Lia terluka dengan kata-kata dan tindakan abang? Kalaulah abang bagitahu hal sebenar pada Lia.. " tukasku sebak. Sedikit sebanyak kesal kerana Benjamin bertindak merahsiakan semua ini daripada pengetahuanku.

Benjamin mengeluh. Dibelai lembut pipiku. Tanganku yang berada di dadanya dikucup.

"Sorry sayang. Bukan niat abang nak rahsiakan semua ni. Tapi abang terpaksa. Abang pun turut terluka dengan apa yang terjadi."

"Kenapa abang sampai perlu keluar rumah? " tanyaku lagi. Soalan yang sekian lama bermain di fikiranku

"Sebab abang perlu uruskan hal kejadian malam itu lah. Sibuk untuk jernihkan keadaan, jadi abang kerap balik malam. Memandangkan kondo abang lebih dekat dengan tempat kerja so abang buat keputusan untuk pindah sana sekejap. "

Aku diam. Menghadam alasan yang diberikan Benjamin.

"Tapi masih boleh stay rumah daddy kan?

"Sayang. You ingat nak dapat bukti dari cctv hotel pasal kejadian malam tu senang ke? Macam-macam helah tahu pekerja hotel tu bagi. I don't know lah Qeela sogok apa dengan diorang. Tapi dengan bantuan Addy, akhirnya dapat juga bukti tu."

Aku anggukkan kepala.

"Pasal tunang tu pula? "

Benjamin kerutkan dahi. Kurang jelas dengan soalan yang aku ajukan.

"Maksud sayang? "

Aku menghela nafas kecil.

"Pasal hantaran tu semua? Abang tahu kan Lia tak dapat pergi sebab kereta Lia meragam? " tanyaku

Benjamin tertawa perlahan.

"Ohh pasal tunang tu. Actually, majlis tunang tu memang untuk kita. Nak buat di rumah daddy sayang. Ingatkan nak bagi kejutan lah konon. Sekali abang nampak sayang pakai kebaya. You know kan abang dah bagi last warning kat you hari tu cakap I tak nak tengok lagi you pakai kebaya. Tapi you pakai juga. "

"Kenapa kalau pakai kebaya sekalipun? Tak boleh ke? " tanyaku. Takkan kerana pakaian itu majlis terbatal?

"Rombongan meminang patah balik lah. Akhirnya, abang bagi kat mummy jelah suruh bagi kat you cincin tunang ini. Kononnya macam hadiah walhal cincin tunang kita. " jelas Benjamin bermain dengan cincin tunang di jariku.

"Pasal kebaya tu I tak berapa berkenan. You know kebaya kan ikut cutting badan sikit. So, I tak nak tunang I jadi tatapan lelaki lain. So, I buat keputusan patah balik. Sedara mara pun patah balik juga dengan alasan I bagitahu diorang, you tak dapat datang sebab kereta meragam. " Benjamin hela nafas panjang.

Terasa kering pula tekak menjelaskan kejadian sebenar kepada Aulia.

Aku turut mengeluh panjang. Dah macam drama pula kisah kami ini. Benar-benar membuatkan aku lelah.

"Pasal Lia sambung belajar tu abang memang tak ada niat untuk halang lah? " soalku lagi setelah lama mendiamkan diri.

Benjamin diam sebelum dianggukkan kepalanya.

"Pasal tu, memang lah abang ada niat untuk halang. Tapi bila abang dapat tahu sayang sambung belajar sebab nak tunaikan impian arwah daddy, jadi abang batalkan niat abang. Abang bukan jenis buat keputusan buta tuli. I'm not a selfish person.. "

"Abang tak terfikir ke macam mana kalau Lia ada orang lain kat sana? "

Benjamin mengeluh lemah. Ditenung wajahku yang menunduk memandangnya di ribaan. Diletakkan tanganku ke pipinya.

"Tipu lah kalau abang tak takut sayang. Benda itulah yang menganggu I selama empat tahun. Tapi, I cuba berfikiran postif. Berdoa supaya apa yang I fikirkan takkan pernah berlaku. Tapi kalau betul you dah ada, I reda. Cincin ni I anggap sebagai hadiah untuk you. "

"Itulah, lain kali bagitahu. Bukan senyap. Nasib Lia tak ada siapa-siapa kat sana. Kalau ada padan muka abang." bidasku geram.

Benjamin menyeringai sengih.

"Sorry lah. Abang buat semua ni untuk kebaikan kita juga. " ulas Benjamin perlahan.

"Konon! " tempelakku geram.

Benjamin tertawa.

"Betul lah. Tapi nasib lah sayang tak ada siapa-siapa kat sana. "

"Mana abang tahu? "

Benjamin mencebik.

"Kalau sayang tak cakap pun abang tahu lah. I know that your heart only for me.  "

Aku mencebik. Senyum yang ingin terukir aku sembunyi.

"Perasan! " cebikku.

Benjamin tertawa galak. Girang dia melepaskan tawa.

"Since sayang dah tahu perkara sebenar, bila kita boleh kahwin? " soal Benjamin berbisik. Kedengaran dalam nada suaranya saat menuturkan kata-kata tersebut.

Aku termangu. Hanya mata sahaja bergerak membalas tatapan Benjamin yang turut menuntaskan pandangan ke arahku.

Enjoy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience