Seawal jam enam pagi aku sudah terjaga. Aku menyandar di sliding door bilikku. Nafas kuhela perlahan. Tangan memeluk tubuh yang kedinginan. Angin pagi menyapa lembut wajahku.
Saat ini, segala rasa bercampur baur. Sedih, gembira, terkilan semuanya bergaul menjadi satu. Jauh disudut hati, sedih mengingatkan dia bakal menjadi milik orang namun pada masa yang sama aku juga turut tumpang gembira.
Rambut yang panjang mengurai aku selitkan di tepi telinga. Tangan naik meraup wajah. Menghilangkan segala rasa yang berkecamuk dalam diri pada saat dan ketika ini. Cuba untuk reda dan lepaskan. Nafas aku hela lembut.
Mengingatkan sebentar lagi kami sekeluarga akan bergerak ke rumah Melissa untuk majlis bertunang dengan Benjamin Lutfias, aku bawa tumbuh lampaiku ke wardrobe milikku yang berada berhampiran meja solek.
Wardrobe milikku tidaklah sebesar wardrobe milik Benjamin. Kalau wardrobe milik Benjamin rasa macam masuk kedai baju. Berpinar mata melihatkan baju yang bergayutan.
Teringatkan kejadian aku mula-mula mencuri masuk ke dalam bilik Benjamin suatu masa dulu buatkan aku dihinggap rasa sebak namun pada masa menguntum senyum. Saat semuanya masih lagi indah antara kami berdua. Kini, yang tinggal cuma kenangan.
Kebaya warna baby blue yang sudah siap iron aku pandang. Lama mataku terpaku ke arah kebaya tersebut. Serasa mataku berkaca menahan perasaan. Alangkah indahnya kalau aku yang menjadi Melissa. Mesti akulah perempuan yang paling gembira sekali pada saat ini.
Sekilas, teringat akan amaran Benjamin yang tidak membenarkan lagi aku untuk baju kebaya. Bilangnya, akan dikoyak bajuku jika dia mendapati aku memakai baju kebaya untuk kesekian kalinya lagi. Mengingatkan amaran gerun tersebut, aku hanya mengiakan sahaja.
Aku termenung lagi memandang kebaya biru lembut yang tergantung. Memang tema untuk majlis pertunangan mereka warna biru cuma untuk pasangan sejoli itu baju pertunangan mereka berwarna darkblue. Katanya warna kegemaran Melissa. Entah lah.
Sejam kemudian, aku sudah siap. Siap menata rias wajah, baju kusarungkan ke tubuh. Rambutku hanya ikat ekor kuda. Rimas pulak kalau dibiarkan lepas bebas mengurai jatuh ke pipi.
Puas hati, aku menapak turun ke bawah. Dari anak tangga teratas, sudah kelihatan ramai sanak saudara yang datang dari belah daddy Razman dan mummy sibuk dengan persediaan pertunangan Benjamin hari ini.
Aku hentikan langkah di ruang tamu. Sepupu-sepupuku bersama dengan beberapa orang ibu saudaraku bersimpuh di karpet ruang tamu. Menata rias hantaran untuk kali terakhir.
Kulihat masing-masing gembira berceloteh sambil diselang selikan dengan gelak tawa kuat. Nampak meriah benar mereka. Hanya aku yang dipagut rasa galau.
Terpandangkan kelibat mummy yang cantik bergaya mengundang senyuman di wajahku. Aku berharap aku masih mampu secantik mummy pada masa tua kelak.
"Dah siap sayang? Cantiknya anak dara Mummy ni pakai baju kebaya. Ingatkan Lia tak siap lagi. Baru nak mintak Yana tolong panggilkan Lia kat atas. Mana tahu Lia tak bangun lagi." suara mummy muncul dari dapur.
Sekaligus menyentakkan aku yang sedikit leka melihatkan hantaran yang bersepah di tengah ruang tamu yang sedang ditatarias oleh mereka yang lain.
Aku tersenyum sedikit mendengarkan pujian mummy.
"Mummy ni. Biasa jelah. Apa yang cantiknya. Yang nak jadi tunang abang lagi cantik. Berganda-ganda cantik dia. " pujian tersebut terluncur daripada mulutku.
Mummy tersenyum menyambut kata-kata aku. Diusap pipiku lembut.
"Lia sayang. Semua orang cantik. Tapi kadang-kadang tak semua dapat lihat kecantikan kita. Bagi mummy, Lia cantik. Cantik sangat. " puji mummy tersenyum manis merenung ke dalam mataku.
Aku tersenyum malu. Mummy menggelengkan kepala melihatkan reaksiku yang diterjah rasa malu-malu akibat dipuji.
Seketika, aku tercari-cari kelibat Benjamin. Mata aku liarkan ke segenap pelusuk ruang. Tak nampak pula. Masakan tidak jadi bertunang pula. Astaghfirullah. Aku beristighfar dalam hati. Jauh dari buruk sangka. Tidak baik berdoa yang bukan-bukan.
"Abang tak siap lagi ke mummy? Kejap lagi nak gerak dah kan? " soalan aku ajukan ke mummy yang sedang bersembang dengan salah seorang saudaraku.
Mummy tepuk dahi. Gayanya macam terlupa sesuatau sahaja. Mungkin terlupa akan gerangan yang hendak melangsungkan pertunangan pada hari ini.
Mummy menutaskan pandangan ku di sisi.
"Sayang tolong mummy boleh tak? Tolong naik tengok Ben dah siap ke belum? Mummy ada hal nak settle lagi ni. Takut nanti buat abang kamu masih belum siap, lewat kita sampai sana. "
Kalut mummy memohon pertolongan dariku.
Aku terkebil-kebil mendengarkan permintaan mummy. Aku naik atas panggil Ben? Mahu ditempik aku sekejap lagi. Sejak daripada kes perangkapku tempoh hari, menjadi permulaan kepada kedinginannya kepadaku.
"Lia, menung apa pula tu? Mummy minta tolong dia mengelamun pula." rungut mummy perlahan
Digelengkan lagi kepalanya melihat aku yang hanya terkebil-kebil tercegat ibarat patung di situ.
Aku tersengih kaku. Serba-salah mahu menolong atau tidak. Bukan apa, aku takut kalau aku tidak mampu menahan perasaan sebak sebentar lagi.
"Boleh tak sayang? " soal mummy perlahan. Mungkin mummy juga mengetahui perasaan yang sedang menghentam kuat dadaku.
"Takpa Miy. Lia naik panggil Abang. Mummy settlekanlah kerja mummy.. " sahut aku perlahan.
Aku memandang ke ruang atas. Nafasku sedut dalam. Jangan menangis, kau kuat Lia. Dengan langkah longlai aku bawa tubuh lampaiku mendaki tangga naik ke atas.
Nafasku sedut perlahan. Tangan naik mengetuk pintu kayu coklat miliknya. Masih tiada sahutan kedengaran. Tidak betah hanya menunggu tercegat lama di muka pintu bilik Benjamin, pintu aku pulas perlahan.
Tubuh aku loloskan ke dalam bilik Benjamin. Mata melingas ke segenap ruang biliknya. Sekali lagi aku dihambat rasa pilu. Terkenang segala kemesraan antara kami selama ini.
Tiba-tiba bunyi pintu bilik air terbuka. Pantas aku alihkan bebola mata ke arah bunyi tersebut. Terdengar derap langkah Benjamin menapak menyusur ke arahku.
Aku berdiri kaku tercegat seperti patung. Hanya berdiri statik melihat Benjamin yang keluar berkemban dari bilik air. Tak tahu reaksi bagaimana yang harus aku tunjukkan.
Mahu keluar dari bilik tapi mengenangkan suruhan mummy yang meminta aku untuk memanggil Benjamin aku keraskan hati yang sudah goyah.
Untuk keluar takut disoal oleh mummy mana Benjamin. Tercegat di bilik, segan pula aku tambahan lagi dalam keadaan Benjamin yang separuh terdedah di hadapanku. Serba salah aku dibuatnya.
Tangan yang berada disisi aku cengkam. Kekuatan aku kumpul. Sedikit sebanyak keadaan Benjamin yang hanya bertuala menggodaku. Makin terlintas kemesraan kami sewaktu dilambung bahagia.
Kepala yang dari tadi menunduk merenung lantai kuangkat perlahan. Serentak itu kelihatan Benjamin elok sedang merenung tajam ke arahku. Kulihat kaki panjang miliknya bergerak ke arahku yang dari tadi hanya berdiri tercegat. Mataku larikan ke arah sekeliling bilik. Segan mahu melihat tubuh sasa itu.
Benjamin tiba di hadapanku.
"Sejak bila you ceroboh bilik I? " soal Benjamin dingin.
Aku terkedu. Masa bila aku ceroboh?
Aku berdehem.
"Sorry. Bukan niat Lia nak ceroboh bilik abang tapi mummy minta Lia panggilkan abang. Sebab sekejap lagi dah nak pergi rumah Mel." jelas aku perlahan.
Makin kuat tangan mengepal baju di sisi.
"Alasan. I baru siap mandi. Just go. I don't need you untuk Panggil I. Pandailah I bersiap and turun bawah nanti " sinis lagi kata-katanya ditujukan untuk aku. Dibawa tubuh lampainya ke wardrobe.
Aku hanya diam beku disitu. Jujur aku tidak tahu reaksi bagaimana harus aku pamerkan.
Memikirkan reaksi mummy yang pasti akan bertanya mengenai Benjamin nanti, akhirnya aku buat keputusan untuk tunggu dia di dalam bilik biarpun Benjamin sepertinya kurang senang dengan kehadiranku.
Benjamin yang sudah siap memakai persalinan baju Melayu biru gelap keluar dari wardrobe miliknya. Aku terpaku seketika merenung betapa kacaknya Benjamin di hari pertunangannya.
Melihatkan aku yang masih tercegat di hujung pintu, dijungkitkan keningnya.
"Lia.. Lia tung..gu abang kat sini. " gagap aku membalas reaksi daripada Benjamin yang merenungku dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir.
Wajah tidak puas hati dipamerkan apabila melihat aku yang masih degil untuk menunggu dia. Turun bersama-sama ke bawah.
"Whatever!" balas dia sarkastik. Aku hanya tersenyum kelat.
Aku telan air liur.
Aku hanya perhatikan tangannya yang terkial-kial memasang butang baju melayu. Nak hulurkan pertolongan nanti dikatakan aku menyibuk. Takut ditempelak sekali lagi seperti tadi.
Bunyi dengusan dan keluhan daripada dia menyentakkan aku. Aku lihat dia masih lagi terkial-kial. Tidak betah untuk memerhati, aku jatuh kasihan. Segera kuaturkan langkah ke arah dia.
Aku berhenti di belakangnya. Kami saling menghadap di depan cermin. Dijungkitkan kening tanda bertanya kepadaku. Teragak-agak aku mahu berkata.
Melihatkan aku yang hanya terkebil-kebil dipusingkan tubuhnya memghadap aku. Dirapati aku setapak demi setapak. Sekaligus, menghasilkan jarak dekat antara kami sehingga masing-masing boleh saling mendengar nafas yang menderu antara kami.
Buat seketika dirapati wajahku. Direnung lembut ke dalam mataku. Aku terkedu.
"Biar Lia tolong abang pasangkan butang baju tu. Lepas ni Lia tak boleh dah nak tolong abang. " aku bertindak meleraikan renungan antara kami.
Renungan aku jatuhkan ke dadanya.
Kedua belah tangan aku bawa ke dadanya yang bidang. Aku pasangkan butang bajunya dengan teliti. Sebak yang bertandang aku sembunyikan sedaya upaya. Berkaca mataku.
"Dah siap. Kalau macam tu Lia turun turun dulu. Nanti mummy cari pula." aku merenung mata Benjamin yang masih lagi tidak lepas menatap wajahku.
Tubuh sudah siap sedia untuk melangkah keluar dari bilik Benjamin.
"Ada I suruh you pergi? Tak ada kan. You tunggu sini. Nanti I nak minta you pakaikan I samping. Perkara terakhir yang mampu you buat untuk I kan. " keras suara Benjamin menghentak ketenanganku.
Permintaan dan kata-kata Benjamin jelas membuatku tubuhku tidak jadi melangkah keluar. Aku akur dengan permintaanya.
Usai pakaikan Benjamin samping, aku kemaskan baju yang terletak ditubuhnya. Sungguh dia sangat segak hari ini. Beruntung Melissa.
Tanganku yang lincah bermain di bajunya tiba-tiba digenggam kuat oleh Benjamin. Dirangkul erat pinggangku rapat ke dadanya. Aku tersentak. Bulat mataku merenung dia.
Untuk seketika kami saling merenung antara satu sama lain. Aku lihat mulut Benjamin seakan bergerak mahu mengatakan sesuatu kepadaku. Aku menanti dalam debar.
Namun, wajah Mummy yang terjengul di pintu mematikan kata-kata yang mahu keluar daripada bibir Benjamin. Rangkulan antara kami dilepaskan perlahan-lahan.
Serentak kami berpaling melihat mummy yang menapak masuk dalam bilik. Tanganku yang digenggam kuat turut perlahan-lahan dilepaskan. Aku bawa jemari yang dingin ke sisi.
"Mummy ganggu ke? Wahh.. Segak anak teruna mummy hari ini. Tahniah Ben. Dah nak jadi tunang orang lepas ni. Lia pun apa kurangnya. Sepadan sangat. " ujar mummy perlahan. Dikerling sekilas aku yang bertindak melarikan tatapan daripada Benjamin.
Aku tercengang. Mungkin mummy salah sebut dan aku juga salah dengar. Sepadan? Kalau sepadan mungkin tidak. Tapi kalau sempadan, mungkin ya untuk situasi kami sekarang.
Pedihnya rasa hati medengarkan kata-kata mummy. Aku kelipkan mata beberapa kali. Menghilangkan air yang mulai bertakung di tubur mata. Pandangan aku larikan daripada menatap sepasang mata yang sedang tajam memerhatikan aku.
" Dah siap kan?" soal mummy.
Benjamin anggukkan kepala.
"Jom lah kita turun bawah. Lama betul Lia panggil Ben kat atas. Rupanya tolong siapkan ya. Mummy turun dulu okay" mummy bergerak keluar daripada bilik. Kini, hanya tinggal aku dan Benjamin.
Terkulat-kulat sendirian, aku pusingkan tubuh untuk menapak keluar daripada bilik yang dihiasi beberapa kenangan antara kami.
"Kalau you tak curang, bukan begini kejadian antara kita. " dingin kata-kata Benjamin berjaya menghentikan langkahku.
Aku tertawa pedih. Lelah dengan anggapan Benjamin yang berterusan mengatakan bahawa aku curang di belakangnya.
Aku mendongakkan kepala. Meraup wajah yang terasa kusut. Perlahan aku toleh ke belakang. Membalas renungan Benjamin tajam.
"Untuk kali terakhir, Lia nak jelaskan pada abang kalau Lia tak pernah sekalipun curang belakang abang."
Aku menapak lagi dan lagi mendekati Benjamin yang sudah kembang kempis hidungnya mendengar kata-kataku.
Aku rapati wajahku dengan wajah Benjamin. Benjamin menunduk merenungku.
"Abang satu-satunya lelaki yang Lia cinta selama ni. Bukan Akif, bukan Rayyan tapi abang. " aku tunjal dada Benjamin kuat. Air mata yang tertahan merembes ke pipi. Pantas aku seka kasar.
Benjamin terkedu. Diam terkelu dengan luahan aku. Direngkuh tubuhku kasar ke tubuhnya.
"Just don't be a liar! " bisik Benjamin keras.
"Abang yang tipu Lia. Luahan perasaan abang pada Lia selama ni dusta belaka. Abang cakap pada Lia kalau tiada siapa yang boleh gantikan Lia dalam hati abang tapi abang tipu Lia." aku meninggikan suara.
Aku tarik nafas dalam. Cuba mengumpul keluatan.
"Abang minta untuk Lia percayakan abang tapi abang yang tak pernah nak percayakan Lia. Berulang kali Lia jelaskan pada abang kalau Lia hanya cintakan abang. Tapi abang still tak percaya. " rintihku pilu.
"Abang lebih percayakan Melissa daripada Lia. Adil ke abang buat Lia macam itu ? Adil ke?" bentakku kuat bersama air mata yang berjejeran di pipi. Dada Benjamin aku tumbuk perlahan.
Benjamin genggam tanganku yang berulang kali menumbuk dadanya. Dipaut erat.
"You tak ada hak untuk mempertikaikan perasaan I pada you selama ni, Aulia. Perasaan I pada you, hanya I yang layak tentukan. " balas Benjamin kembali dengan nada suara yang tinggi.
Puas aku cuba memahami dan menghadam lumat kata-katanya namun masih jua belum jelas apa yang mahu Benjamin katakan.
Aku diam. Hanya bebola mata yang bergerak membalas tatapan tajam Benjamin dengan bibir yang bergetar.
"Lia bencikan abang!" bisikku sebak.
Benjamin terdiam. Serasa ditusuk pedang hatinya bila ungkapan tersebut terluncur laju daripada seulas bibir mungilku.
Serasa dilapah-lapah hatinya. Dibahagikan kepada beberapa bahagian dan akhirnya meninggalkan satu ruang kosong yang tiada lagi isinya.
Aku melepaskan rengkuhan Benjamin di tubuhku. Benjamin kulihat masih terdiam kaku. Hanya renungan sayu menghiasi sepasang matanya.
Aku berpaling pantas menuju ke arah pintu yang renggang. Sebelum melangkah, aku sampaikan ucapan untuk Benjamin.
"Tahniah abang. Moga abang bahagia dengan Mel. "
Benjamin diam. Hanya tegak memerhati sekujur milikku berlalu pergi dari biliknya untuk selama-lamanya. Saat ini, aku benar-benar lepaskan dia dari hatiku.
Benjamin menghela nafasnya kuat. Tubuh dibawa menghadap cermin kembali. Betulkah keputusan yang dia buat ini sekarang ini? Wajah diraup kasar. Terbayang kekecewaan di wajah Aulia. Doanya, agar keputusan yang dilakukan ini bertemu jalan bahagia antara mereka di kemudian hari.
"Mana Ben? " soal mummy melihat aku yang sedang menuruni anak tangga.
"Abang cakap nanti dia turun." ujarku perlahan.
Mummy tersenyum manis. Perlahan menapak ke arahku yang seakan mengelak diri daripada berpapasan mata dengan mummy. Tubuhku dipeluk erat. Aku terkedu dengan pelukan mummy yang tidak semena-semena.
"Lia okay? " bisik mummy lembut.
Aku tersenyum hambar. Kepalaku anggukkan. Tidak mahu menggudahkan hati seorang ibu.
"Baguslah kalau macam itu. Sekarang, doakan yang terbaik untuk Lia dan Ben. I'm happy for you sayang. " mummy menepuk lembut bahuku beberapa kali.
Aku diam. Tunduk menghadam kata-kata mummy sebentar tadi.
••••
Aku menaiki kereta bersama Tiara. Tidak kuat untuk melihat majlis pertunangan Benjamin tersebut seorang diri, aku pelawa Tiara supaya turut menemaniku bersama. Fikirku, sekurangnya aku dapat meminjam kekuatan daripada Tiara jika aku berdukacita di majlis mereka.
Setengah jam perjalanan, tiba-tiba aku terasa keretaku mengeluarkan asap. Tiara yang sibuk di sisi asyik bermain telefon pantas menjerit kuat di dalam kereta bila mana kepulan asap mula banyak mengaburi cermin kereta hadapan.
Terkejut dengan situasi yang terjadi, segera lampu isyarat kiri aku kelip-kelipkan. Perlahan, kereta menyusur masuk ke ruang kecemasan di sebelah tepi. Parkir sahaja kereta, kami segera bergerak keluar daripada keretaku.
Aku mengeluh perlahan. Peluh yang berjejeran menitis di dahi aku lapkan dengan jemariku. Matahari tegak berada di atas kepala ketika ini. Aku memandang Tiara yang turut tercegat bercekak pinggang di kedua belah sisi. Dikesat peluh di dahi dengan sehelai tisu.
"Kenapa Lia? " soal Tiara memicingkan matanya.
"Aku rasa temperature kereta aku naik ni. Dah lama dia tak meragam, alih-alih hari ni dia meragam pula. Pandai betul dia pilih hari. " rungutku berdecit perlahan.
Tiara turut mendesis kepanasan. Dilalukan lagi tisu di dahinya. Mengelap peluh yang berlumba-lumba ingin menitis ke pipinya. Sebelah tangan dikipas-kipaskan ke muka yang sudah cair mekapnya sebentar tadi.
"Aku rasa memang tak dapat lah kita nak join majlis tunang abang kau, Lia. Kalau kita usaha pergi juga pun memang tak sempat ni." omel Tiara.
Aku mengeluh perlahan. Nampaknya memang tak kesampaian lah hajat kami terutamanya aku untuk melihat Benjamin bertunang dengan Melissa. Tiara kulihat sudah melangkah ke arah sebuah pondok di tepi jalan berhampiran keretaku yang rosak.
Aku dongakkan ke atas. Silau bermain di mata. Terasa melekit seluruh badan pantas aku turut mencicit lari menyoroti langkah Tiara yang sudah selesa melabuhkan duduknya di bangku pondok.
"Lia.." seru Tiara perlahan. Tangannya masih lagi dikipas-kipaskan ke muka.
Aku ayunkan dagu ke hadapan. Kening aku angkat.
"Aku call Azim la. Minta dia datang ambil kita kat sini. Kereta kau nanti kita panggil mekanik dengan kereta tunda je datang ambil. Alang-alang aku minta Azim uruskan kereta kau sekali bawa ke bengkel. "
Mendengarkan cadangan daripada Tiara, sebuah anggukan aku berikan. Masak juga kalau nak menunggu di sini. Jika cuaca redup dan sejuk masih tidak mengapa, ini dalam keadaan panas terik macam ni boleh basah ketiak menunggu.
"Kejap. Aku call mummy. Bagitahu kereta rosak dan kita tak dapat datang majlis tunang abang aku. " ujar bingkas berdiri. Bergerak jauh sedikit untuk menelefon mummy.
Beberapa kali deringan, akhirnya panggilanku berjawab.
"Miy. Lia dengan Tiara tak boleh datang majlis tunang abang sebab kereta rosak. "
Aku diam mendengar balasan daripada mummy.
"Takpa miy. Tiara dah call minta tolong Azim datang ambil sekalian uruskan pasal kereta ni. Okay. Jumpa kat rumah nanti. Bhai. " ucapku mengakhiri perbualan di hujung talian.
Aku letakkan telefon ke dalam tas tangan. Aku menapak semula ke arah Tiara yang juga baru habis bercakap dengan Azim.
"Dah? "
Aku anggukkan kepala.
"Dah. Nanti kau hantar aku balik rumah terus jelah. " arahku.
Tiara tersenyum. Wajahku yang suram dirapati. Bahuku dipaut rapat ke badannya.
"Kau okay? "
Aku berpaling seraya tersenyum tawar ke arah Tiara yang tersengih lebar. Hairan aku dengan Tiara hari ini. Lain macam happynya.
"Sejujurnya, aku tak okay Tia. Tapi aku reda kalau memang dah tertulis dia bukan untuk aku. " bisikku sayu seraya meluruskan pandangan ke hadapan.
"Dia memang untuk kau,Lia"
Aku terngadah. Pelik dengan kata-kata Tiara.
"Maksud kau? Siapa? " tukasku.
Tiara menyeringai sengih.
"Tak ada apa lah, cuma aku happy untuk kau Lia. Dan aku harap kau pun akan selalu happy. " ujar Tiara lembut.
Aku tersenyum hiba. Tubuh Tiara aku peluk erat.
"Terima kasih Tia. "
"Aku selalu doakan kebahagian untuk kau dan Benjamin. Ohh ya, kau dah hantar surat letak jawatan? " Tiara megubah topik perbualan. Mengelak daripada aku bersedih.
"Belum lagi. Tapi aku siap taip dah. Tinggal nak hantar kat daddy je lagi. Mungkin minggu depan. "
Tiara tersenyum sambil mengangguk faham.
"Baguslah kalau macam tu. Australia, here we go! " jerit Tiara riang. Aku hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum dengan telatah Tiara yang sentias riang. Doaku, agar jodoh Tiara dan Azim berkekalan hingga ke akhir hayat.
Picitan hon yang berbunyi nyaring mengejutkan aku dan Tiara yang asyik berpelukan. Kami saling melepaskan rangkulan. Masing-masing menuntaskan pandangan ke hadapan jalan. Cermin kereta sebelah penumpang hadapan diturunkan.
Terjengul wajah kacak Azim dari dalam kereta. Aku dan Tiara melepaskan ketawa kuat. Fikir kami, entah siapalah yang memicit hon di hadapan kami. Terdengar laungan kuat Azim yang meminta kami supaya cepat masuk ke dalam kereta. Tidak tunggu lama, aku dan Tiara bergegas masuk ke dalam kereta.
••••
Aku mengerengkot kesakitan menahan sakit datang bulan. Jarang-jarang aku dapat senggugut begini. Kebiasaannya sakit-sakit, lenguh-lenguh badan biasa sahaja. Tapi kali ini lain macam sengugutku.
Aku tarik nafas dan hembus berulang-ulang kali. Cuba meredakan sakit yang bertandang di sekitar ari-ariku. Seakan mahu pitam aku rasakan. Reda seketika sakit yang bertandang.
Aku berpaut di meja kecil tepi kepala katil. Menyelak perlahan selimut ke tepi. Aku bergerak turun ke bawah mencari pain killer. Rambut aku biarkan tidak berikat. Baju tidur separas lutut yang tersarung di tubuh aku betulkan.
Mummy dan daddy Razman mesti dah tidur. Benjamin pula aku rasa selesai majlis pertunangan semalam terus pulang ke kondonya. Benjamin kini lebih banyak menghabiskan masanya di kondo mewah miliknya yang pernah aku jejaki dulu.
Aku turun perlahan-lahan sambil memegang perut yang sakit. Lampu dapur aku ketik perlahan dan serentak dapur menyala, terang benderang ruangan dapur.
Pintu peti ais aku buka. Benda yang aku cari akhirnya terbias di ruang mata. Paracetamol! Elok tanganku sudah mencapai benda yang aku cari satu suara menyergah aku dari belakang.
"You buat apa kat dapur sorang-sorang ni? Cari makanan?" sinis suara Benjamin menghentam cuping telingaku.
Aku tersentak. Mata terbuntang luas. Kaget aku mendengarkan suara garau lelaki yang muncul tiba-tiba di belakang aku. Serta merta badan menjadi kejung. Beku tidak bergerak.
Aku berpaling lambat-lambat. Tegak berdiri memandang dia. Benjamin! Bukan dia berada di kondo mewah miliknya kah? Aku menggigit kuat bibirku.
Pandangan Benjamin menjelajah segenap wajahku. Riak hairan terlukis di raut wajah dia. Buat seketika, suasana sunyi menyelebungi kami. Senggugutku menyerang lagi.
Serentak tangan naik memegang perut. Aku berkerut sakit. Wajahku pucat. Berpeluh dahiku menahan sakit.
Benjamin mara ke arahku. Daguku dipaut kasar. Membawa menentang mata miliknya. Rahangnya diketap kuat.
Entah lah. Sejak kejadian perangkap Melissa tempoh hari ditambah dengan status antara kami yang sudah berubah, ia turut mempengaruhi sikapnya kepadaku. Aku tahu kalau dia jijik ingin melihatku.
Aku tahu kalau dia sudah membuangku dari hidupnya. Tapi biarlah aku sematkan dia dalam hatiku. Kerana masih ada cinta untuk dia.
"You pekak ke apa? I tanya, dah tak ada mulut ke nak jawab ? Bisu dah?" naik seoktaf suaranya. Rahangnya diketap kuat.
Aku terhenyak. Mata aku pejamkan. Bibirku bergetar menahan perasaan.
"Li...lia nak minum air" perlahan aku menjawab.
"Haa, boleh je jawab kan. Nak I berkasar dulu baru reti mulut tu nak menjawab. Dah tepi sikit. I nak ambil air. "
Daguku dilepaskan. Badanku ditolak perlahan ke tepi kabinet. Tersandar aku di tepi kabinet itu. Aku berpaut pada tepi kabinet untuk menampung badan dari jatuh tersembam. Mataku berkaca. Menahan sakit di perut dan di hati.
Tak boleh ke cakap elok-elok dengan aku. Walaupun aku bukan lagi orang yang dia cinta, yang dia sayang, perlukah melayanku hingga sedemikian ini?
Aku gagahkan diri beralih ke tepi untuk memudahkan Benjamin melunaskan keinginannya. Ubat aku genggam kuat. Berharap Benjamin cepat-cepat minum air dan naik ke atas.
Benjamin meneguk perlahan air di dalam gelas sambil matanya melingas memerhati aku di tepi. Aku masih lagi berdiri menahan sakit yang kerap menyinggah di pinggang dan perut. Memulas-mulas kurasakan.
Menyedari aku yang gelisah semacam, dibawa tubuhnya menghadap aku.
Kedua belah tangan Benjamin mengepung aku yang tersandar di kabinet dapur itu. Wajahnya ditundukkan menatap muka aku yang pucat. Aku alihkan renungan menatap dadanya yang tidak berbaju.
Memang kebiasaan Benjamin tidak berbaju waktu malam untuk tidur. Sejak dari dahulu. Kalau dulu aku suka benar mainkan jemariku di dada Benjamin, kini hanya pandangan yang mampu aku berikan.
"Whats wrong with you? Pucat muka you. You sakit ke apa? " kata-kata dia berjaya membawa mataku menatap wajah kacak milik dia. Bibirku bergetar.
Aku menggelengkan kepala. Benjamin tayang wajah tidak puas hati. Sekali lagi, daguku dipaut. Dibawa wajahku menghala rapat ke wajahnya.
"You nak bagitahu atau you nak I yang paksa you bagitahu? Pilih! " dia berbisik keras di telingaku.
Malas berselindung, aku tunjukkan ubat yang aku genggam dari tadi. Hampir lunyai aku genggam ubat itu.
Raut wajah Benjamin berubah saat aku tunjukkan ubat tersebut. Dia memandang ubat yang aku tunjukkan di telapak tanganku. Matanya kembali memanah mataku. Menanti jawapan.
"U..ub..ubat apa ni? You sakit apa? Kenapa you tak bagitahu? " bertalu-talu soalan keluar daripada bibir Benjamin. Bergetar suara Benjamin saat diajukan soalan tersebut. Hati dipagut rasa risau.
"U.. Ubat tahan sakit. Li.. Lia senggugut." terketar aku menjawab soalan dia. Peluh yang menitis di dahi aku biarkan.
Benjamin terkedu. Period pain rupanya. Raut lega terpancar di wajah Benjamin yang dilanda cemas sebentar tadi. Patutlah dari tadi dia melihat wajah gadis ini pucat semacam. Tiba-tiba timbul perasaan bersalah di hatinya. Tidak sepatutnya dia berkasar dengan gadis itu tadi.
Tanpa lengah terus ditarik sekujur tubuh lemah milikku ke meja makan. Didudukkan aku dengan lembut dan cermat. Tidak berniat lagi untuk menyakitiku. Gelas kosong segera dicapai sebelum dituang air suam ke dalam gelas tersebut.
"Nah air. Makan ubat tu. Nanti you kata I kejam pulak." dilirik sekilas ke arahku yang berteleku merenung meja makan. Benjamin tarik kerusi di sebelahku. Dilabuhkan duduknya.
Dihulur air tersebut kepadaku. Panadol yang hampir lunyai tersebut segera kutelan. Aku mengerling sekilas ke arah Benjamin yang dari tadi memeluk tubuh memerhati tindak-tandukku.
Cepat-cepat aku alihkan mata. Air dalam gelas aku teguk perlahan. Direnung aku yang sedang meneguk air perlahan.
"Feeling better now?" soal Benjamin lembut.
"Sorry. I tak tahu you period pain. Lain kali bagitahu. Bukan diam bisu macam patung. Susah sangat ke nak bagitahu? " bebel Benjamin lembut namun masih terselit nada dingin dalam suaranya. Diselit rambutku yang mengurai di belakang telinga.
Aku diam tidak berkutik. Cuba untuk tidak terbuai dengan sentuhan Benjamin.
" Sorry.." ucapku sepatah.
Merasa janggal berdua, aku cepat-cepat bangun dengan langkah perlahan menuju ke sinki membasuh gelas minumanku sebentar tadi. Usai,aku bawa tubuh untuk naik ke bilik cepat-cepat.
Perut kuusap perlahan. Masih lagi terasa sakit namun sedikit berkurangan.
Elok aku mahu melintasi dia, tanganku dipaut lembut dari belakang. Ditarik tubuhku menghadap dia.
"Nak pergi mana?" soal Benjamin perlahan.
Jari aku tunjukkan ke arah tangga.
"Nak naik atas" jawab aku perlahan.
"Perut you sakit lagi ke? " serasa mahu putus nafasku mendengar suara Benjamin yang berbisik di tepi telinga.
Hangat terasa tubuh Benjamin melekap rapat di belakangku. Serasa kepalaku dicium perlahan. Aku memejamkan mata. Rindu akan belaian dan sentuhan kasih sayang daripada Benjamin seperti sebelum ini.
Aku hanya anggukkan kepala menjawab soalan Benjamin. Sebak bertandang tiba-tiba.
Sekali lagi tubuhku dibawa ke meja makan sebelum ditarik tubuhku lembut duduk di ribaannya. Aku terpinga. Wajahnya yang selamba badak aku pandang hairan.
"What? Duduk diam. I just nak tolong you urut perut you ni. Dah macam orang nak beranak pulak duk usap-usap perut. Mana tahu boleh kurangkan sikit sakit dia kalau I urut." aku panggungkan kepala untuk menatap wajah Benjamin namun Benjamin larikan tatapan matanya ke perutku.
Tangan Benjamin mengurut perlahan di sekitar perutku. Rasa selesa dan hangat mengurangkan rasa kesakitan yang bertandang. Serasa mahu lelap aku di situ. Mata aku terpejam.
"Sakit lagi tak sayang? " dia berbisik lembut. Aku yang hampir terlena mencelikkan mata. Rasanya seperti perkataan 'sayang' diucapkan padaku tadi tapi tak mungkin lah. Aku gelengkan kepala perlahan. Aku pasti aku salah dengar tadi.
"Hurmm..apa abang cakap? " soal aku perlahan.
Benjamin ukir perlahan senyuman. Comel! Selesa sangat lah tu kena urut.
"I tanya perut you sakit lagi tak? " soalan tadi diulang sekali lagi.
"Tak sakit dah abang. Li.. Lia na..naik atas dulu. Nak tidur. Ter..terima kasih abang. " tubuh aku bangunkan dari ribanya. Namun Benjamin bertindak menahan sebelum merangkul erat tubuhku ke pelukannya.
Aku terkedu. Benjamin menyembankan wajahnya ke leher jinjang milikku. Aku terpana.
"I miss you. I miss you so much sayang!" gumam Benjamin di leherku.
Pinggangku dipeluk ketat. Seakan melepaskan rindu yang terpendam di dada. Perlahan-lahan aku membalas pelukan Benjamin. Mata aku pejamkan. Sungguh, sehingga kini aku masih tidak boleh menipu kalau aku sebenarnya masih mengharapkan dia.
Betapa aku mengharapkan semua ini sekadar mimpi ngeri semata-mata. Tapi, setiap kali aku terjaga, setiap kali itu juga aku harus menerima kenyataan kalau aku dan dia kini hanya sekadar adik beradik tiri.
Buat seketika, kami berpelukan erat. Masing-masing hanyut dibuai rindu. Perlahan, aku lepaskan esakan. Sebak yang sedaya upaya aku tahan tadi, aku lepaskan kuat di bahu Benjamin.
"Kenapa semua ni jadi antara kita? Kenapa? " tuturku dengan tangis yang tertahan.
Benjamin diam. Hanya tangannya sahaja yang menjalar mengusap rambut dan belakang badanku. Memujukku yang hiba dalam tangisan.
Aku masih lagi teresak. Benjamin pantas meleraikan tautan antara kami. Dipegang wajahku yang tersebek-sebek menahan tangis.
"Sakit sangat ke? " soal Benjamin cemas.
Aku mengangguk dalam tangisan. Mencipta kebohongan. Benjamin menarik kepalaku tersemban di lehernya. Sekali lagi tangisanku pecah. Benjamin mengusap lembut kepalaku.
"I'm sorry if I hurt you. " bisik Benjamin perlahan.
Aku hapuskan air mata. Wajah aku alihkan daripada tersemban di leher Benjamin. Benjamin senyum segaris. Diusap kedua belah pipiku dengan jarinya. Dikemaskan rambutku. Tangan menjalar ke perutku.
Diusap-usap perutkan meredakan kesakitan walhal sakit sebenarnya di hati. Tangan Benjamin di perut aku tolak lembut. Tidak mahu lagi terbuai dengan sentuhan Benjamin.
Selangkah aku melangkah untuk naik ke atas, serasa tubuhku melambung ke atas.
"Biar I dukung you." ujar Benjamin.
Aku pantas menolak.
"Tak payah. Lia boleh naik sendiri. " aku menepis tangan Benjamin yang menjalar di pinggangku.
Benjamin mengeluh kasar.
"Tapi kenapa? " soal Benjamin kuat.
Aku berpaling deras ke arah dia yang berada di belakangku.
"Sebab abang bukan milik Lia dan Lia bukan lagi milik abang. Tak perlu nak ambil tahu hal Lia!" selarku berbisik keras.
Kulihat wajah Benjamin bertukar riak. Perlahan dirapatiku hingga hanya sejengkal lagi jarak antara kami. Aku terdiam. Hanya bunyi nafas kami yang saling bersatu.
"Please. Tolong jangan mainkan hati Lia lagi. Hati Lia dah cukup terluka dengan semua ni. " aku merintih pilu.
Benjamin mampir ke arahku. Aku berundur ke belakang.
Benjamin paut leherku sebelum bibirku dicium kejap. Aku terkedu. Membuntang besar mataku. Terkebil-kebil merasai kehangatan bibir kami yang saling bersatu. Lama, baru Benjamin meleraikan ciuman antara kami. Diusap seulas bibirku.
"Hanya I yang layak tentukan sama ada you milik I atau tidak, Aulia Natasha. Remember that! " bisik Benjamin perlahan di telingaku.
Sesaat, terus tubuhku disauk masuk dan diangkat gaya bridal style. Aku yang dilambung rasa gayat pantas memaut leher Benjamin erat. Sungguh tak kuduga tindakan Benjamin.
Perlahan, diatur langkahnya mendaki anak tangga. Tidak tahu kenapa gaya Benjamin ketika ini sangat seksi di mataku. Dengan berkeadaan intim begini, aku dibuai rasa tergoda. Tambahan, adegan sebentar tadi semakin panas membahang mukaku menahan malu.
Perlahan diletakkan aku di atas katil. Ditolak lembut badanku berbaring menelentang. Aku terkedu dengan perbuatan Benjamin namun mengikut segalanya tanpa bantah.
Perlahan kakiku ditindih dengan sebelah kakinya. Ditongkatkan sebelah tangan miliknya menunduk merenung aku yang terkebil-kebil mendongak memandangnya.
"Kadang-kadang apa yang you tengok tak sama seperti apa yang you fikirkan sayang. " bisik Benjamin lembut. Diusap rambut dan pipiku. Air mata yang bersisa di pipi dihapuskan dengan ibu jarinya.
Cahaya bulan yang menerombos masuk melalui tirai kamarku ditambah angin malam membangkitkan suasana romantis antara kami.
Aku alurkan jemariku di dada Benjamin yang terdedah. Aku usap dada bidang tersebut. Tidak tahan, Benjamin paut jemariku. Dikucup lama dengan mata yang terpejam.
"You're the best thing that ever happen in my life.." bisik Benjamin perlahan. Lembut menyapa halwa telingaku. Diramas lembut tepi pinggangku.
Sejenak, perlahan ditarik selimut di hujung kaki menutupi badanku separas pinggang. Kaki yang menindih kedua belah kakiku dialihkan. Kakinya menjuntai turun daripada katil.
"Goodnight. " bisik Benjamin sebelum diatur langkahnya menapak keluar daripada kamar bilikku. Aku diam. Hanya memerhati kelibat Benjamin yang mulai hilang di sebalik pintu. Aku kelipkan mata. Mencerna kejadian yang baru sahaja berlaku antara kami.
Nah chapter utk hari ni. Drop your comment. Enjoy reading.
Share this novel