BAB 37

Romance Series 247373

Benjamin termenung sendirian. Setelah usai makan malam sebentar tadi, dibawa tubuhnya longlai menuju ke gazebo di tepi halaman rumah agam milik mereka. Dilabuhkan duduknya di situ.

Terbayang kembali kejadian semalam. Luluh hatinya saat mengenangkan bahawa insan yang dicintai bakal meninggalkan dirinya. Tempoh empat tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Dalam masa empat tahun segalanya boleh terjadi.

Makan malam juga terasa suram. Masing-masing lebih banyak mendiamkan diri. Hanya tunduk menekur ke meja makan menyuap makanan dalam pinggan ke mulut. Aulia apatah lagi.

Tiada sepatah jua yang keluar daripada mulutnya. Dia juga melihat kalau betapa seksanya Aulia menelan makanan yang dikunyah di dalam mulut. Sekali sekala dikerling namun sekalipun Aulia tidak panggungkan kepala.

Segala macam rasa kini bercampur-baur dalam dirinya. Sedih, terkilan, menyesal semuanya menghentam dadanya hingga terasa sesak untuk dia menerima semua ini.

Sapaan tangan seseorang di bahunya menyentakkan lamunan Benjamin yang terasa panjang. Ditoleh ke belakang. Terbentang seraut wajah mummy yang sedang menguntum senyum manis ke arahnya. Benjamin membalas hambar. Tawar dan pahit.

"Kenapa ni? Muram je mummy tengok. " soal mummy perlahan.

Kerusi bersebelahan Benjamin ditarik perlahan. Dilabuhkan duduknya berhampiran Benjamin. Diramas perlahan bahu anak tirinya.

Pandangan turut diluruskan ke hadapan laman yang terbentang. Seakan mencari apa yang menarik minat Benjamin dari tadi hanya menutaskan pandangannya ke hadapan.

Menyedari Benjamin yang ralit termenung seorang diri di luar, dibawa langkah menemani si anak tiri. Ingin mengetahui apa yang mengganggu fikiran Benjamin.

"Tak ada miy. Saja duduk sini. Rasa macam nak kena angin luar pula malam ni. " ujar Benjamin perlahan.

Seboleh mungkin untuk menyembunyikan perasaan yang bermain di benak dan juga fikirannya ketika ini.

"Mummy tahu masa bila Ben okay, masa bila Ben tak okay. Naluri hati seorang ibu, Ben." tutur mummy lembut. Cuba untuk menyelami hati si anak.

Benjamin raup wajah kasar. Nafas yang terasa tersekat di dada membuatkan dia terasa ingin menjerit kuat.

"Mummy rasa Ben okay ke sekarang?" soalan diajukan kepada mummy di sebelah.

"Mummy tahu kalau sekarang Ben tak okay. " tukas mummy lembut. Mengusap bahu Benjamin.

"Entahlah. Ben tak tahu nak cakap macam mana. Segala rasa macam bercampur-baur sekarang. Dada Ben rasa sesak. " luah Benjamin beriak sedih.

"Ben marah Lia nak ke Australia? " soal mummy menjurus kepada perkara sebenar.

Benjamin menoleh ke sisi.

"Ben tak marah cuma.. "

"Cuma apa? "

"Ben terkilan. Sebabkan Ben,Lia bawa diri ke Aussie. "

Mummy tersenyum segaris.

"Kenapa Ben cakap macam tu? "

"Sebab I know. Lia kecewa dengan Ben. Lia marah Ben. Lia bencikan Ben. Sebab tu dia bawa diri ke oversea. "

"Mummy tak rasa itu antara sebab besar Lia ke sana. Yes, mungkin Ben juga antara penyumbang Lia ke sana. Tapi dari awal lagi Lia memang ada hasrat nak sambung belajar. Itu adalah salah satu impian arwah daddy Fendi. " ujar mummy mesra.

Benjamin terdiam. Diluruskan kembali pandangan ke hadapan.

"Ben takut Lia jumpa pengganti Ben ke kat sana nanti? " soal mummy dalam seraya tersenyum mengusik.

Benjamin menarik senyuman hambar.

"Exactly yes. Ben takut dengan semua tu. Ben takut kalau Lia akan lupakan Ben. Ben tak sanggup. " tanpa rasa malu, diluahkan hal sebenar yang berlegar dan bermain di benaknya.

Siapa sahaja yang tidak takut jika orang yang dicintai punya pengganti yang lebih baik daripadanya.

"Jangan risau, Lia takkan lupakan Ben sebab Ben dah ada di satu tempat yang istimewa dalam hati dia. "

"Itu kata mummy. Bukan kata Lia. " selar Benjamin sayu.

Mummy melepaskan tawa kecil. Kesian melihakan si anak bujang yang serba tidak kena. Ibarat kucing kehilangan anak.

Ikutkan hati mahu juga dipelangkung kepala anak bujangnya ini tapi melihatkan riak sedih dan suram yang terlakar di seraut wajah Benjamin, dia jatuh kasihan.

"Ben lupa ke mummy ni ibu dia? "

"Yes, Ben tahu tapi tetap Ben tak yakin. Macam mana kalau betul Lia dah ada orang lain bila balik sini? " tukas Benjamin cemas.

Mummy tertawa gelak. Lucu dengan Benjamin yang cemasnya mengalahkan bini mahu beranak.

"Dah tu kalau takut kenapa izinkan Lia pergi? " tanya mummy mengundang.

Benjamin menoleh  sekali lagi ke arah mummy. Dilepaskan keluhan lemah.

"Ikutkan hati, Ben tak rela Lia pergi mummy. Tapi Ben taknak pentingkan diri sendiri. Ben tahu kalau ini peluang untuk Lia realisasikan impian arwah daddy Fendi. Ben tak sanggup nak halang dia. " ujar Benjamin perlahan. Lelah kedengaran suaranya.

Mana mampu dia merelakan seseorang yang bertakhta di hati meninggalkan dirinya untuk tempoh yang begitu lama. Perit untuk memikirkan segala kemungkinan yang bakal terjadi kelak.

Mummy menganggukkan kepala mendengarkan ujaran Benjamin. Sedikit sebanyak dia turut bersetuju dengan kata-kata Benjamin. Benjamin kini boleh diibaratkan diluah mati emak ditelan mati bapa.

"Lagipun, Lia sendiri yang merayu pada Ben supaya izinkan dia pergi. Jadi, rela dalam paksa, Ben izinkan kalau itu dapat buat dia bahagia." Benjamin menghela nafas panjang.

Melihatkan Aulia yang merayu menangis kepadanya membuatkan dia tidak betah. Tidak betah untuk menghampakan permintaan Aulia. Jadi, dia rela walaupun jauh di sudut hatinya dia terpaksa! Dia tidak kuat! Dia rapuh!

Tapi salah dia juga sebab tidak berusaha menjelaskan perkara yang sebenar. Hanya membiarkan Aulia dengan anggapan yang salah terhadap dia.

"Trust me. Mummy yakin Lia takkan ada orang lain. Ben tak boleh macam ni. Ben kena berfikiran positif. Okay?" pujuk mummy lembut.

Diusap-usap bahu Benjamin berulang kali. Cuba ditenangkan hati si anak tiri yang gundah gulana. 

"Can I trust you? " soal Benjamin teragak-agak.

Mummy tersenyum manis. Dianggukkan kepalanya laju.

Benjamin menggariskan sebuah senyuman pendek. Harapannya agar kata-kata mummy termakbul.

••••

Seminggu kemudian..

Sejak daripada kejadian Benjamin telah mengetahui akan kepergianku ke Aussie, jarang untuk aku nampak kelibat Benjamin di rumah. Kali terakhir aku melihatnya pada makan malam.

Bangun pagi keesokkan dan sehingga ke hari ini tiada lagi kelibat jejaka tersebut berkeliaran di rumah ini. Aku termenung di balkoni bilik. Hairan dengan diri sendiri.

Bukankah lebih bagus jika tiada kelibat Benjamin yang bermain di ruang mata kerana aku sendiri tidak mahu dia melihat kepergianku? Tapi jauh di sudut hati, aku tidak boleh menipu diri sendiri kalau aku menginginkan dia di saat-saat terakhir kepergiaanku.

Separuh daripada hatiku mahu dia jauh dariku, separuh lagi hatiku menginginkan dia. Ikutkan kehendak hatiku yang gila, mahu sahaja aku ajak Benjamin kahwin lari. Tapi mana mungkin kerana dia tunangan orang.

Aku mengeluh perlahan. Lusa merupakan hari kepergian keberangkatanku ke Australia. Baju tidur satin separas lutut aku betulkan. Melangkah perlahan memasuki ruang bilik untuk menyambung kembali kerja mengemas yang tergendala kerana aku keluar mengambil angin sebentar.

Malam ini aku berseorangan memandangkan mummy dan daddy ke Port Dickson menghadiri mesyuarat selama tiga hari dua malam. Mummy ada juga mengajakku untuk pergi bersama. Katanya, sambil-sambil berjalan. Tapi aku menolak kerana masih ada banyak barang yang harus aku kemas.

Aku bersimpuh di birai katil. Baju tidur satin nipis yang tersarung di tubuh mendedahkan betis putih gebu milikku. Memandangkan aku sendirian malam ini di rumah, aku agak berani untuk berpakaian sedemikian ini.

Kebiasaannya pakaian tidur biasa. Melipat beberapa helai baju yang mahu aku bawa ke sana. Usai melipat baju, aku tarik zip bagasi luggage milikku yang terdampar di lantai bilik. Aku masukkan dengan kemas dan cermat. Memang tipikal diriku suka melihat sesuatu yang kemas dan tersusun.

Aku menoleh ke arah pintu bilik yang agak renggang.  Sesaat, aku terpana melihatkan sekujur tubuh Benjamin yang tercegat di ruang muka pintu. Tangan yang memegang luggage serta-merta terlepas. Jatuh berdentum ke lantai bilik.

Aku diam. Berdiri tegak mematung menghala ke arah pintu yang terkuak luas sedikit demi sedikit sebelum tertutup rapat dan dikunci dari dalam. Aku diam. Cuba untuk beriak biasa walaupun dalam hati hanya Tuhan sahaja tahu betapa kencangnya degup jantungku saat ini.

Benjamin menghentikan langkah panjangnya di hadapanku. Aku panggungkan perlahan wajahku. Menentang seraut wajah tampan milik Benjamin. Aku betulkan baju tidur satin nipisku.

Bibirku gigit perlahan. Mengepal baju tidur satinku kuat. Serasa sesak nafasku saat ini berada berdekatan dengan Benjamin. Dengan bauan maskulinnya yang harum semerbak ditambah dengan Benjamin yang tidak berbaju. Ahh, kenapa harus begini keadaan kami.

"Memang kena pergi ke? " soal Benjamin perlahan berbisik rapat di wajahku yang menunduk merenung lantai di kaki.

Aku diam. Lelah dengan soalan yang sama. Balik-balik soalan itu yang diajukan kepadaku.

"Kenapa abang masih nak tanya soalan tu sedangkan abang dah tahu jawapannya? " selarku kuat.

"Salah ke kalau I tanya? "

Aku berdecit perlahan.

"Salah sebab abang tanya soalan yang abang dah tahu jawapannya. "

"Sekali lagi I tanya. Perlu ke you pergi? "

Aku mengeluh kuat.

"Yes!  Yes!  Memang Lia kena pergi. Sebab dengan pergi ke sana sahaja boleh buat Lia lupakan abang. Boleh buat Lia lupakan semua kenangan antara kita!" tempikku meluah segala rasa yang terpendam.

Benjamin terkesima.

"Sebegitu sekali you bencikan I, Lia? "

Aku memusingkan tubuh. Membelakangi Benjamin.

"Ya! Lia bencikan abang. Nak tahu kenapa? " soalku keras sambil menoleh kembali memandang seraut wajah Benjamin yang suram.

"Sebab abang cakap abang jijik nak tengok muka Lia. Betapa Lia merayu minta abang percayakan Lia. Tapi sekalipun abang taknak dengar. Abang butakan mata abang. Abang pekakkan telinga abang." jeritku lantang.

Benjamin terduduk di birai katil.  Kedua belah tangan naik meraup wajah.

"Abang lebih percayakan Melissa daripada Lia. Abang gantikan Lia dengan Mel di hati abang. Abang minta untuk Lia percayakan abang tapi abang sendiri tak percayakan Lia."

Benjamin bingkas berdiri. Memaut kedua belah bahuku yang sudah terinjut menangis. Biarlah segala rasa aku luahkan malam ini. Biarlah aku luahkan segalanya agar Benjamin tahu kalau aku cukup terluka dengan kata-kata dan perbuatannya selama ini.

"Maafkan abang sayang. Maafkan abang. " ngongoi Benjamin seraya menarik aku ke dalam pelukannya.

Aku menepis pelukan Benjamin. Aku tolak tubuh dia dariku. Benjamin terpana dengan tindakan dariku. Terdiam kaku memerhatikanku.

"Kenapa abang sanggup buat Lia macam ni? Kenapa? " tempikku sekali lagi. Kali ini nyaring bersama tangisan yang terluah.

Benjamin menapak ke arahku kembali. Dirangkul erat pinggangku ke dadanya.

"Maafkan abang, sayang." bisik Benjamin sebak.

"Lia taknak dengar maaf abang. Lia taknak dengar!  Lia nak dengar kenapa abang buat semua tu pada Lia? Kenapa abang sanggup lukakan hati Lia? Kenapa!" esakku kuat.

Aku tumbuk berkali-kali dada bidang Benjamin. Benjamin hanya menunduk memerhati pukulan di dadanya. Lelah aku berhenti perlahan.

"Maafkan abang sayang. "

Sepantas kilat aku dongakkan wajah. Menentang wajah Benjamin yang turut merah menahan sebak.

"Lia taknak dengar maaf abang. Faham tak? Lia taknak dengar! " bentakku kuat.

"Percayalah. Bukan niat abang untuk lukakan sayang. Abang mengaku khilaf abang sebab terburu dan melulu dalam buat keputusan tapi percayalah abang dah menyesal. Maafkan abang. " luah Benjamin sebak.

"Abang tipu! Kalau abang menyesal kenapa abang bertunang dengan Mel? " bidasku lagi.

Benjamin terkedu dengan soalan yang diberikan. Sesaat, dua saat, tiga saat dia masih membisu. Tidak tahu untuk memberi jawapan kepada persoalan yang ditanya Aulia. Hanya bibirnya sahaja yang bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu.

"See? Abang sendiri pun tak boleh jawab. Macam itu abang cakap abang menyesal? " tekanku.

Benjamin mengeluh lemah. Bukan niat dia untuk membiarkan Aulia dengan anggapan yang salah terhadapnya tapi dia punya alasannya yang tersendiri. Ikutkan hati mahu sahaja diceritakan perkara yang sebenar tapi biarlah.

Aku menyapu kasar air mataku. Kutolak tubuh Benjamin sebelum aku melangkah menuju ke balkoni. Tidak aku hiraukan lagi baju tidur satin milikku yang sudah menampakkan dadaku.

"Sayang, please! " pinta Benjamin lemah saat tolakanku mengena tubuhnya. Wajahnya yang kusut diraup kasar. Disoroti langkah Aulia ke balkoni bilik.

Dipaut tubuh langsing itu dari belakang. Aku diam. Tidak berniat untuk menghalang rangkulan Benjamin di tubuhku. Diselak rambutku yang mengurai ke depan.

Dilabuhkan kucupan bertalu di leherku.

"Percayalah. Apa yang sayang nampak tak sama seperti yang sayang fikirkan. " bisik Benjamin perlahan di telingaku.

Aku menoleh pantas ke arah Benjamin. Terbias riak kusut di wajah tampan itu. Seketika aku amati riak wajahnya. Kesungguhannya meminta maaf?  Puaskah aku melihat dia kusut begini? Puaskah sudah diriku membentak dan menempik kuat?

"Then, tell me apa yang Lia nampak tak sama seperti apa yang Lia fikirkan? Tell me abang! " pintaku.

Benjamin mengeluh. Dilepaskan rangkulan di tubuhku. Dijarakkan kedudukan kami. Rambutku yang mengurai dihembus angin malam diselitkan di belakang telinga.

"Suatu masa nanti sayang akan tahu juga. "

"No!  Tell me the truth! Bukan nanti. " desakku.

"Sayang, please. I can't! Tolonglah.." balas Benjamin menunduk.

Disebak rambutnya ke belakang menjadikan wajah kacaknya berubah menjadi messy. Benjamin sudah serba salah. Serba tidak kena saat ini di mataku. Bibirnya diketap rapat.

Seketika, Benjamin bertindak memusing tubuh. Ingin berlalu dariku. Tidak betah melihat Benjamin yang hanya berlalu pergi begitu sahaja, aku pantas paut jemari seksi miliknya.

Aku menarik tubuh Benjamin kuat. Aku paut leher Benjamin. Aku menjengketkan kedua kakiku. Aku lingkarkan kedua belah tanganku ke lehernya. Menyatukan nafas kami berdua. Benjamin yang tidak bersedia dengan tindakanku terkesima. Terpana dengan tindakanku yang tidak dijangka. 

Aku lumat bibir Benjamin kasar. Benjamin terdiam lama sebelum pinggangku ditarik rapat ke dadanya. Dibalas ciumanku dalam. Beberapa ketika, aku leraikan kucupan antara kami. Tercungap-cungap masing-masing mencari rentak nafas kembali.

Benjamin lagakan dahi kami berdua. Aku memejamkan mata. Malu untuk menentang seraut wajah Benjamin setelah adegan tindakan di luar kawalanku sebentar tadi.

Aku juga tidak tahu apa yang merasukku untuk bertindak sedemikian rupa.

"Bukan niat abang untuk tak beritahu sayang perkara sebenar tapi satu hari nanti pasti sayang akan tahu juga. " luah Benjamin lembut.

Mendengarkan kata-kata tersebut, aku mulai akur. Tidak guna untukku mendesak jika Benjamin tetap berkeras untuk tidak memberitahu apa yang dimaksudkan dengan kata-katanya.

"Abang ada satu permintaan. " ujar Benjamin tiba-tiba.

Aku mencelikkan mata. Memanah tepat ke sepasang mata hazel milik Benjamin.

"Apa? " soalku sepatah. Debar dengan permintaannya yang tiba-tiba sahaja.

Benjamin merengkuh tubuhku kembali rapat ke dadanya.

"Izinkan abang temani Lia malam ni."

Aku terkesima. Mataku membuntang luas.

"Ma..k.. Maksud abang? " balasku gagap.

Benjamin tersenyum kacak. Cair hatiku melihatkan senyuman membunuh tersebut.

"Sebelum Lia pergi, izinkan abang cipta kenangan indah antara kita." bisik Benjamin rapat di wajahku.

Aku kaku. Hanya bebola mata sahaja yang bergerak membalas tatapan Benjamin.

Sesaat, terasa badanku dilambung naik ke udara. Sekali lagi aku dilandan rasa gayat. Pantas memaut leher Benjamin rapat. Benjamin membawa tubuhku ke katil kamar peraduan milikku.

Dibaringkan aku lembut dan cermat. Aku diam kaku terbaring menelentang memandang ke siling bilik. Benjamin turut berbaring di sebelahku. Bezanya, posisi badannya digayakan mengiring ke arahku.

"Jangan risau. Abang hanya nak tidur dengan sayang malam ni sebelum sayang pergi. Tinggalkan abang untuk tempoh yang lama. " bisik Benjamin yang sudah bertukar sebak. 

Ditarik aku mengiring menghadapnya. Dicantumkan dahi kami menjadi satu. Terdengar hembusan nafas hangat masing-masing. Aku memejamkan mata. Menghayati sentuhan kasih antara kami.

Mata aku bukakan. Merenung wajah Benjamin. Tangan aku alurkan ke wajahnya. Membelai seraut wajah tampan itu. Benjamin merangkul pinggangku dari tepi. Disemban wajahnya ke dadaku.

"Im gonna miss you sayang. So much!" bisik Benjamin perlahan. Seolah berbisik untuk dirinya sendiri. Dilabuhkan kucupan di dadaku.

Aku tunduk. Mengucup perlahan kepala Benjamin di dadaku sambil bermain dengan rambut messynya. Benjamin pejamkan mata. Merasai belaian terakhir daripada seorang gadis yang dia cinta.

"Jangan risau. Abang takkan halang sayang. Pergilah, abang izinkan. Tunaikan impian arwah daddy sayang.. "

Aku terngadah. Terkaku dengan ujaran Benjamin.

"Tidurlah.  Selamat malam, sayang. Semoga mimpi yang indah-indah." ucap Benjamin.

Dahiku dan kedua belah pipiku dikucup lembut sebelum disemban kembali wajahnya ke dadaku. Selimut ditarik mennyelimuti tubuh kami yang kedinginan.

Tuhan, benarkah keputusan yang aku buat ini?

Aku tunduk merenung Benjamin yang sudah lena di dadaku. Aku usap lembut rambutnya.

"Selamat malam abang. I'm gonna miss you too. So much! "

••••

Aku mencelikkan mata yang terasa kabur. Dada terasa memberat. Seakan dihempap sesuatu yang berat. Perlahan aku menunduk. Terbias seraut wajah Benjamin yang tidur pulas di dadaku.

Aku angkat sedikit tubuhku. Meraup wajah perlahan. Mengembalikan ingatan kepada kejadian semalam. Mengingatkan apa yang berlaku, aku menghela nafas lembut.

Aku menjalarkan tangan ke wajah Benjamin. Sesaat aku terkedu bila merasakan hangatnya tubuh Benjamin pagi ini. Tidak puas hati, aku raba ke sekitar dahi dan lehernya. Terasa panas membahang melekap di tanganku.

"Ermmmm... " Benjamin merengek perlahan bila terasa lenanya diganggu.

Aku bingkas bangun dengan gerak yang masih terkawal. Bimbang mengejutkan Benjamin yang dilanda demam panas pagi ini. Aku alihkan kepala Benjamin ke bantal empuk. Aku baringkan kepalanya dengan perlahan.

Aku melompat turun dari katil. Aku betulkan baju. Rambut yang mengurai aku ikat gaya messy bun. Tidak sempat sudah mahu bergaya kemas ketika ini.

"Ben! " seruku

Pipi Benjamin aku tepuk perlahan.

"Benjamin! " seruku lagi.

"Abang! " seruku kali ini bergetar..

"Ermmm.. " Benjamin merengek.

Aku menghela nafas lega. Sekurangnya ada respon yang diberikan kepadaku.

"Abang demam ni. " tuturku.

Benjamin diam. Kembali memejamkan mata.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Menggigit kuku jariku perlahan. Tubuh mundar-mandir berhampiran birai katil.

Aku meraup wajah. Sudahlah petang ini flightku ke Aussie. Bagaimana aku mahu tinggalkan Benjamin dalam keadaan macam ini. Serba salah aku dibuatnya.

Aku menapak ke arah Benjamin. Bersimpuh di berhampiran kepalanya. Aku usap lembut rambut Benjamin. Aku betulkan selimut di badan Benjamin. Suhu penghawa dingin aku naikkan.

Aku bercadang untuk bergerak turun ke bawah. Menyediakan semangkuk bubur ayam bersama dengan segelas air lemon suam. Sebelum bergerak keluar aku lalukan jemariku di sekitar leher dan dahinya. Aku mengeluh panjang. Makin panas badannya.

Aku menapak turun ke bawah. Sebaik menjejakkan kaki ke anak tangga paling bawah, serentak pintu agam sikuak dari luar. Aku tersentak. Terjengul wajah mummy dan daddy di sebalik pintu. 

"Awal Lia bangun pagi ni." seru mummy mesra.

Aku tersenyum pendek membalas sapaan mummy di pagi hari.

"Nak ke mana? " soal mummy lagi.

"Ke dapur. Abang demam panas. " ujarku resah.

Mummy yang mahu menapak ke sofa ruang tamu pantas melencongkan langkahnya ke arahku di hujung anak tangga.

"Demam? "

Aku anggukkan kepala laju.

"Ben ada kat atas? " aju mummy lagi. Terbias riak risau di wajahnya..

"Ada kat atas dalam bilik Lia. " ujarku.

Mummy yang menapak pantas menoleh ke arahku.

"Bilik Lia? " mummy bersuara hairan.

Aku tercengang. Ligat kepala memikirkan idea munasabah untuk aku persembahkan kepada mummy saat ini yang sedang memincingkan matanya ke arahku.

"Lia yang suruh abang tidur bilik Lia semalam miy. Sebab badan dia panas sangat. Lia jaga dia semalam. " bohongku terpaksa.

Mana mungkin aku ceritakan hal yang sebenar kalau Benjamin baru sahaja demam pagi ini. Malu pula difikir bukan-bukan oleh mummy.

Mummy menganggukkan kepalanya lambat-lambat. Sejenak, dipusingkan tubuhnya menapak naik ke anak tangga menuju ke kamarku.

Setengaj jam di dapur, aku menatang naik dulang berisi bubur dan juga air putih bersama segelas air lemon suam. Aku melangkah kalut mendaki anak tangga. Ingin segera sampai ke Benjamin.

Di muka pintu, terlihat mummy sedang tuam dahi dan leher Benjamin. Mungkin mummy mengesan suhu badan Benjamin yang terlalu panas. Aku melangkah mendekati mummy yang melabuhkan duduk di birai katil berhampiran Benjamin.

"Bila lagi abang kamu demam? " soal mummy dengan nada perlahan.

Bimbang mengejutkan Benjamin.

"Se.. Ss.. Semalam miy. Sebab itu abang tidur sini. Lia yang minta dia tidur bilik Lia, mudah untuk Lia jaga " ujarku menjelaskan perkara yang terselit dengan pembohongan terpaksa. Sorry mummy!

"Flight Lia petang ni kan? "

Aku diam sebelum mengangguk lambat-lambat. Aku jatuhkan renungan ke arah Benjamin. Seraut wajah yang pucat itu mengundang hiba di hatiku.

"Barang-barang semua dah siap kemas dah? "

"Dah. Tinggal nak susun letak satu tempat je. " balasku perlahan.

"Tak apa lah. Mummy keluar dulu. Nak telefon doktor peribadi daddy kejap. Risau juga demam panas macam ni. " tukas mummy seraya bingkas bangun dari birai katil.

"Lia tolong tengokkan Ben ye. Mummy nak turun kejap. Nanti dah siap call mummy naik semula. " pesan mummy.

Aku tersenyum. Isyarat okay aku tunjukkan. Giliranku pula mengambil tempat di sebelah Benjamin. Aku usap sayang wajah dan rambut Benjamin. Aku basahkan kembali tuala sebelum aku letakkan di dahi Benjamin.

Aku mengeluh perlahan. Kenapa di saat-saat terakhirku Benjamin harus dilanda demam panas begini? Mungkinkah dari semalam Benjamin sudah dilanda demam? Maka, oleh sebab itu lagaknya seolah clingy denganku.

"Abang. Cepatlah sihat. Lia dah nak pergi nanti. Macam mana Lia nak tinggalkan abang dalam keadaan abang macam ni? " bisikku dengan suara sudah mulai sebak.

"Lia tak sanggup nak tinggalkan abang macam ni. " tokokku lagi.

Tangan Benjamin aku paut kejap. Bersulam dengan jemariku. Aku bawa belakang tangan Benjamin ke bibirku. Aku kucup lama. Berdoa supaya Benjamin segera sihat seperti sediakala.

Tidak betah aku untuk melihat Benjamin terbaring kaku begini. Aku lebih rela kalau seulas bibir itu petah mengeluarkan kata-kata walaupun perkataan yang keluar daripada mulutnya berbunyi sinis atau dingin.

Benjamin mencelikkan matanya perlahan.

"Abang.. " panggilku kuat. Teruja kerana Benjamin sedar daripada lenanya.

"Ermmm.. "

"Abang demam."

"Demam? " soal Benjamin dengan lemah. Serak kedengaran suaranya.

Aku anggukkan kepala. Berkaca mataku melihat wajah pucat miliknya.

"Abang makan sikit ya. Lepas tu makan ubat. Lia ada buatkan bubur. " pelawaku.

Benjamin diam. Hanya merenungku yang kalut membelai seraut wajahnya.

"Lia tetap akan pergi kan? " soal Benjamin tetiba. Sekaligus mengundang sebak di hatiku.

"Abang makan eh?  Kejap, Lia ambil makanan,suap abang. "

Aku terus bingkas berdiri. Menatang dulang ke arah Benjamin. Sebelum itu, aku letakkan sebiji bantal melapik belakang tubuh Benjamin yang lemah.

Diperhatikan tingkahku yang lincah ke sana sini. Aku bersimpuh di birai katil. Sesudu bubur ayam aku bawa ke mulutnya.

"Abang tak nak makan. Tak ada selera. " Benjamin menolak tanganku yang sedang tergantung memegang sesudu bubur.

Aku mengeluh.

"Makanlah sikit. Kalau abang tak makan, macam mana nak sihat? " soalku memujuk dalam diam.

Benjamin menggeleng. Dibawa tatapan matanya ke arah tirai jendela yang ditembusi dengan cahaya matahari.

"Biarlah abang sakit kalau itu yang membuatkan sayang dekat dengan abang. " Benjamin berkata sayu.

Aku terkelu. Terdiam. Tidak tahu kalau begitu sekali ungkapan yang bakal keluar daripada mulut Benjamin.

"Abang, please. Jangan cakap macam itu. Abang makan sikit. Kalau abang tak kesiankan Lia, kesianlah kat daddy. Risau hati dia tengok abang sakit macam ni. Makan sikit ya. " aku bawa sekali lagi sudu menghampiri mulutnya.

Lama ditenung aku sebelum dibuka mulutnya membenarkan suapanku. Aku tersenyum. Berjaya juga helahku memancing Benjamin makan.

Hanya beberapa sudu sahaja yang berjaya kusuap masuk ke dalam mulutnya. Siap, Benjamin bingkas bangun. Aku terkesima dengan tindakan spontan darinya. Mendongak memandang Benjamin yang sudah siap sedia untuk menapak.

Aku meraih jemari Benjamin namun segera ditepis daripada bersulam dengan jemarinya. Aku terpana. Segera turut bingkas berdiri.

"Abang nak pergi mana? " soalku cemas.

Benjamin diam.

"Abang nak balik bilik abang. Terima kasih untuk kenangan semalam. " ucap Benjamin perlahan. Sejenak, dibawa langkah keluar daripada bilikku.

Aku menyoroti langkah Benjamin daripada belakang. Cuba untuk memaut tubuhnya yang melangkah longlai. Sekali lagi, ditepis. Menolak pertolongan daripadaku.

"Tak payah. Abang masih boleh jalan sendiri. " tukas Benjamin dingin. 

Aku kaku. Hanya mampu berdiri memandang kelibat Benjamin yang mulai hilang daripada pandanganku memasuki kamarnya.

Aku menghela nafas panjang. Terhiris perasaanku dengan tingkah Benjamin yang seakan cuba menjauhkan diri daripadaku saat ini. Tahukah dia kalau tindakan dia membuatkan aku diterpa rasa serba-salah dan perasaan bersalah?

Bunyi dentuman bilik Benjamin mengejutkan aku. Aku melangkah longlai menuju ke birai katil. Terduduk menjuntai kaki mencecah ke lantai marmar bilik.

"Mana Benjamin? " soal mummy di muka pintu. Aku segera menoleh.

"Abang dah masuk bilik dia mummy. " ujarku perlahan.

"Kenapa ni? " mummy melangkah masuk mengambil tempat di sebelahku.

Diusap rambutku perlahan. 

"Lia tak sanggup nak tinggalkan abang macam ni. " tuturku berbisik. Jari mengutil cadar katil.

Mummy mengeluh.

"Tak boleh postpone dulu ke flight Lia? " tanya mummy tetiba.

Aku menggeleng perlahan kepala. Mummy tersenyum segaris.

"Tak apa lah. Lia jangan risau pasal Benjamin. Mummy dengan daddy ada  jagakan dia. Lagipun nanti kebah lah demam dia tu. " pujuk mummy melihatkan aku yang resah.

"Sekarang, Lia pergi uruskan pasal barang-barang nak ke Aussie. Mummy nak pergi tengok Benjamin sekejap. " tubuh dibangunkan sebelum diatur langkah menuju ke bilik Benjamin.

Aku mengeluh. Luggage yang terdampar aku capai pemegangnya sebelum aku heret letak berhampiran pintu bilik.

Aku cuba sedaya upaya untuk tidak memikirkan Benjamin ketika ini. Aku kerling sekilas jam di sisi meja. Tepat pukul tiga petang. Semakin hampir tiba waktunya. Hatiku dilanda debar. Semakin hampir semakin sesak dadaku. Pelbagai perasaan kini datang menghentam dada.

"Lia dah siap sayang? " soal mummy yang muncul di muka pintu.

Aku anggukkan kepala. Menoleh kembali memasukkan telefon ke dalam beg sandang.

"Abang macam mana mummy? " soalku cemas.

Mummy menepuk bahuku lembut.

"Dah turun sikit panas dia. Tadi doktor dah datang. Sekarang tengah tidur." terang mummy menenangkan aku.

Aku diam.

Mummy menapak ke arahku. Telapak tangan milikku dicapai.

"Mummy ada something nak bagi pada Lia. "

Aku terngadah.

"Apa? "

Mummy meletakkan sebekas cincin di atas tapak tanganku. Aku terkesima.

"Apa ni miy? " soalku perlahan. Mata masih lagi jatuh di atas bekas cincin di tapak tanganku.

"Bukalah. " arah mummy tersenyum.

Perlahan aku buka bekas berwarna merah hati tersebut. Sesaat terbias sebentuk cincin bertakhtakan berlian berkilau indah di mataku. Aku terpana. Cantik!  Detikku dalam hati.

"Cantiknya miy. Tapi untuk apa mummy bagi cincin ni pada Lia? " soalku hairan.

Mummy tersenyum manis.

"Tak ada apa. Cuma saja mummy nak bagi hadiah pada Lia. Lia pakai ya sayang. Pakai sekarang pun takpa. " usul mummy mesra. Seolah tidak sabar cincin tersebut tersarung di jari manisku.

Aku renung mummy dan cincin tersebut bersilih ganti. Melihat anggukkan mummy segera aku keluarkan cincin tersebut daripada bekas. Perlahan, aku sarungkan ke jari manisku. Muat terletak elok. Padan dengan jemari runcingku.

Mummy membelek jari manisku yang sudah tersarung dengan sebentuk cincin dari HABIB JEWELS. Mummy tersenyum mesra.

"Lia suka? " soal mummy merenungku.

Aku tersenyum manis.

"Suka sangat. Terima kasih mummy. " tubuh mummy aku tarik ke dalam pelukan.

"Jangan tanggalkan ya. " dititipkan pesan kepadaku.

Aku anggukkan kepala. Menyemat pesanan mummy dalam fikiran. Sekilas, alangkah bagusnya kalau cincin ini hadiah daripada Benjamin. Tapi tak mungkinlah. Aku ini bukan sesiapa jua padanya sekarang.

"Okaylah. Mummy turun dulu. Lia cepat siap. Nanti nak gerak ke airport sudah. "

"Okay miy.. " balasku ringkas.

Setengah jam ke hulu dan ke hilir di dalam bilik, aku sudah siap. Tingga mahu heret turun segala bagasiku ke bawah. Menapak ke muka pintu bilik, aku menoleh. Melihat ruang kamar bilik yang tersimpan seribu satu kenangan. Satu demi satu kenangan kini terlayar di ruang mata.

Air mata yang menitis setitis di pipi aku usap. Perlahan kututup pintu bilikku. Bagasi yang kuheret aku letakkan ke tepi dinding bilik. Memulas perlahan tombol pintu bilik Benjamin. Untuk kali yang terakhir. Aku mahu melihat Benjamin. Mengucapkan selamat tinggal.

Aku menolak daun pintu bilik Benjamin perlahan. Terbias sekujur tubuh yang asyik menghadap ke luar di balkoni bilik. Menebarkan pandangan ke sekitar halaman rumah.

Aku menapak mendekati Benjamin yang masih belum menyedari keberadaanku di dalam biliknya. Aku mengorak langkah. Terdengar sekali sekala batuk Benjamin. Aku makin dihambat runsing.

"Abang.." seruku perlahan.

Benjamin menoleh lambat ke arahku. Seraut wajah pucat miliknya ditayangkan kepadaku. Direnung dalam ke mataku. Lama kami saling berpapasan.

"You dah nak pergi?" soal Benjamin sayu.

Aku anggukkan kepala. Cuba menahan sebak yang mulai berkumpul di dadaku.

"Jaga diri. Semoga selamat sampai." lantas tubuh dipusingkan menghadap kembali ke balkoni bilik.

Aku rapati Benjamin dari belakang. Perlahan, aku peluk pinggangnya erat. Aku rebahkan kepalaku di belakang tubuhnya.

"Terima kasih untuk segalanya. Semoga cepat sembuh. Lia sayangkan abang. Sayang sangat. " bisikku. Melabuhkan kucupan di belakang badan Benjamin yang tidak berbaju.

Benjamin diam. Mengawal sebak di dada. Tak sampai hati mahu memperlihatkan kesedihannya di hadapan Aulia pada saat-saat terakhir mereka. Takut rapuh hati keduanya.

"Lia pergi dulu." pamitku sudah berlagu dengan tangisan. Aku berundur ke belakang. Siap sedia untuk menoleh.

Setapak melangkah, terasa tanganku dipaut dari belakang. Makin kuat tangisanku. Terinjut-injut bahuku melepaskan esakan. Serasa lelah aku kini.

Benjamin memeluk tubuhku rapat dari belakang. Disembankan wajah ke ceruk leherku. Serasa beberapa titis air mata mengalir jatuh di menitis ke dadaku. Aku diam. Seketika, kami berkeadaan begitu. Aku genggam erat jemari Benjamin di perutku. Aku kucup telapak tangan itu.

Perlahan, dipaut kedua bahu menoleh memandang dirinya. Dipaut lembut daguku yang menunduk menekur menitiskan air mata jatuh ke lantai. Diangkat wajahku.

Kucupan demi kucupan kini singgah bertalu-talu di wajahku. Aku pejamkan mata. Membiarkan tindakan Benjamin melunaskan segala rindunya terhadapku. Tubuhku dirangkul erat. Seakan tidak membenarkan aku pergi.

"I love you sayang. So much! Selamat tinggal sayang.." bisik Benjamin perlahan di telingaku. Aku kembali teresak. Biarlah saat ini menjadi kenangan terakhir antara kami berdua. Akan kubawa kenangan ini ke sana.

Benjamin meleraikan pelukan. Dilepaskan pautan jemarinya di tubuhku. Dijarakkan tubuh kami. Diangkat jemariku yang tersarung cincin pemberian mummy. Dikucup lama jemariku.

Setitis air mata jantannya mengalir jatuh ke tanganku. Segera, tubuh dibawa kembali membelakangiku.

Aku memandang tubuh Benjamin untu kali terakhir sebelum langkah longlai kuatur menuju keluar daripada bilik Benjamin untuk selamanya. Luggage yang tersandar di tepi dinding bilik aku capai sebelum menapak turun ke bawah.

Terbias seraut wajah sugul milik mummy dan daddy di ruang tamu. Aku mampir ke arah mereka. Kedua tangan mereka aku kucup lembut. Daddy mengusap kepalaku lembut.

"Tolong jagakan abang untuk Lia. Lia minta maaf sebab belum sempat tunaikan janji Lia pada daddy untuk jaga abang. " bisikku sebak hanya untuk pendengaran daddy.

Daddy tersenyum sayu. Dianggukkan kepala mendengar bisikanku.

"Jaga diri baik-baik kat sana. Apa-apa hal jangan lupa call daddy. " pesan daddy. Mummy di sebelah tersenyum seraya mengangguk.

"Lia pergi dulu. Assalamualaikum" pamitku.

Aku menarik bagasi sebelum disambut oleh Pak Wahab, pemandu daddy. Sekilas aku lingaskan mata ke ruang atas.

Mencari jika ada kelibat Benjamin menghantar kepergianku. Namun, aku hampa. Nafasku sedut dalam sebelum langkah terakhir aku bawa dari rumah agam ini bersama lambaian terakhir mummy dan daddy di muka pintu.

'Selamat tinggal, abang'

'Tuhan, jagakan dia untukku'

"Here's Your Perfect"
I remember the day
Even wrote down the date, that I fell for you
And now it's crossed out in red
But I still can't forget if I wanted to
And it drives me insane
Think I'm hearing your name, everywhere I go
But it's all in my head
It's just all in my head

But you won't see me break, call you up in three days
Or send you a bouquet, saying, "It's a mistake"
Drink my troubles away, one more glass of champagne
And you know

I'm the first to say that I'm not perfect
And you're the first to say you want the best thing
But now I know a perfect way to let you go
Give my last hello, hope it's worth it
Here's your perfect

My best was just fine
How I tried, how I tried to be great for you
I'm flawed by design and you loved to remind me
No matter what I do

But you won't see me break, call you up in three days
Or send you a bouquet, saying, "It's a mistake"
Drink my troubles away, one more glass of champagne
And you know

I'm the first to say that I'm not perfect
And you're the first to say you want the best thing
But now I know a perfect way to let you go
Give my last hello, hope it's worth it
I'm the first to say that I'm not perfect
And you're the first to say you want the best thing (Best thing, yeah)
But now I know a perfect way to let you go
Give my last hello, hope it's worth it

Say yeah, yeah, yeah
Ayy-ayy, ayy-ayy
But now I know a perfect way to let you go
Give my last hello, hope it's worth it
Here's your perfect

Nah! enjoy reading. Drop your. comment.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience