Pulang sahaja dari syarikat Benjamin, terus sahaja dia naik ke bilik. Tak guna punya Benjamin! Padan sahaja Benjamin sekarang acuh tidak acuh sahaja terhadap dia. Rupanya sibuk bermesra dengan si adik tiri.
Tas tangan harga ribuan ringgit dilemparkan ke hujung bilik. Turun naik dadanya menahan rasa geram yang kian membuak dalam diri. Ahhh! Tak guna! Rambut diselerakkan.
Tiba-tiba ketawa meletus kuat dalam bilik. Bergema bilik dengan ketawa kuat Aqeela Sania. Jangan harap sesiapa boleh merampas Benjamin daripadanya. Sejujurnya, selain daripada rasa sayang, kepentingan peribadi juga merupakan salah satu sebab mengapa dia mengikat Benjamin selama ini.
Siapa sahaja tidak mahu bersuamikan Benjamin Luthfias Dato Razman. Terkenal seanterio Malaya. Bapanya antara orang terkaya di Malaysia. Lengkap serba-serbi. Cuma Benjamin lebih gemar dengan gaya hidup humble tanpa mempertontonkan kehidupan mewahnya kepada luar. Maka, oleh sebab itu bagaimana cara sekalipun dia harus memiliki Benjamin. Sama ada secara halus ataupun kasar.
Dia tekad. Kalau perubahan seperti yang dikatakan mamanya boleh mengikat Benjamin, dia sanggup. Bukankah jika kita menginginkan sesuatu memerlukan pengorbanan? Bibir terlorek senyuman senget. Merangka plan untuk terus mengikat Benjamin di sisinya.
_______________________________________
Aulia POV
Usai memarkirkan kereta di garaj, aku segera keluar mendapatkan Benjamin yang sedang membongkok memaut di pintu kereta untuk melangkah keluar.
Aku pantas mendapatkan Benjamin. Wajah Benjamin yang kembali pucat menjadikan aku dilanda risau.
"Biar Lia tolong abang.. " kataku segera meletakkan tangan Benjamin ke bahuku. Sebelah tanganku memaut pinggang Benjamin erat. Kami melangkah perlahan memasuki pintu rumah.
Masuk sahaja ke dalam rumah, kami diterpa oleh mummy dan daddy yang kebetulan juga baru pulang dari pejabat. Mungkin mereka juga turut dilanda hairan melihatkan aku yang sedang memaut tubuh Benjamin.
"Lia. Kenapa dengan abang kamu ni?" soal mummy risau. Dibawa tubuh mendekati aku dan Benjamin.
Aku mengeluh. Benjamin yang lemah tidak berdaya aku kerling sekilas. Boleh pula dilentokkan kepalanya ke bahuku. Ikutkan rasa berat mahu sahaja kutolak kepala batu Benjamin. Tapi mengenangkan 'bapak singa' sedang sakit, aku kuburkan sahaja niatku.
"Gastrik mummy." jawabku ringkas.
Mummy menggelengkan kepala. Kemudian, dibawa langkah merapati Benjamin.
Ditekapkan tangan ke sekitar dahi dan leher Benjamin. Dihela nafas lega bila tiada sebarang bahang panas seperti hendak demam di badan Benjamin. Mungkin akibat terlalu sibuk bekerja tidak mengalas perut, Benjamin dilanda gastrik teruk.
Daddy hanya mampu mengeluh. Kesal bertandang di hati bila melihatkan satu-satu anak bujangnya lemah dilanda sakit begini. Dia cukup tahu peel Benjamin yang kuat bekerja hingga kadangkala mengabaikan kesihatan diri.
Dan dia juga sudah beberapa kali berpesan,agar Benjamin memperlahankan aktiviti sehariannya. Kesihatan perlu juga dijaga. Tiada guna terlalu serius bekerja jikalau kesihatan terabai.
"Takpa lah. Lia tolong bawa Ben naik bilik. Nanti daddy minta mummy siapkan makanan untuk abang kamu." arah daddy kepadaku. Mummy mengangguk kepala bersetuju dengan cadangan daddy.
Tanpa lengah,aku atur langkah perlahan sambil memaut tubuh Benjamin yang separa sedar. Satu-satu anak tangga kami daki perlahan.
"Benjamin tu degil. Berapa kali sudah saya pesan, kesihatan tu kena jaga sama. Tak ada guna kerja keras kalau kesihatan terabai. " bebel Dato Razman geram dengan sikap anak lelakinya. Cukuplah dia kehilangan seorang isteri selama ini,dia tidak mahu kehilangan seorang anak pula.
Kalaulah Benjamin tahu betapa dia sayangkan satu-satu anaknya bersama arwah isteri kesayangan. Tapi sudah kebiasaan hati lelaki, tidak mampu meluahkan apa yang dirasa.
Bahu daddy ditepuk mummy.
"Bukan Benjamin sahaja yang kena jaga kesihatan, awak pun sama Razman. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.. " sindir mummy bercanda.
Daddy menjuihkan bibir mendengar sindiran daripada si isteri.
"Awak ni ke situ pula perginya. Saya cakap Benjamin, bukan saya. " tukas daddy tidak mahu mengalah.
Mummy tertawa kuat. Tua-tua pun masih nak merajuk. Sensitif sungguh.
"Apa-apa jelah. Saya nak ke dapur siapkan makanan kejap untuk Benjamin. Awak nak apa-apa ke? " soal mummy seraya melangkah menuju ke dapur.
"Saya nak awak boleh tak? " ayat pickupline diberikan kepada mummy.
Serentak, langkah mummy terhenti. Ditoleh ke arah daddy yang tersenyum senget di sofa ruang tamu.
Sebiji penumbuk diangkat menunjuk ke arah daddy.
Melihatkan reaksi spontan mummy, giliran daddy pula melepaskan tawa kuat. Mummy mencebikkan bibir. Tak padan dengan tua, gatal!
Masuk sahaja ke ruang kamar Benjamin, segera aku baringkan tubuh Benjamin ke katil. Kepala Benjamin aku pangku sementara menarik sebiji bantal untuk dilapikkan di bawah kepalanya.
Aku baringkan lembut kepalanya ke bantal. Stoking Benjamin aku buka dan lemparkan ke dalam bakul baju kotor tepi pintu kamar mandinya. Tubuh Benjamin masih dibaluti kemeja kerja aku buka butangnya satu persatu. Mulanya, fikirku hendak biarkan Benjamin berehat dengan pakaian kerja sahaja tapi mesti Benjamin rasa sedikit rimas. Aurat tidak aurat aku letak tepi dahulu.
Baju kemeja dari pagi hingga ke petang, sudah pasti dicemari peluh dan bau yang kurang menyenangkan. Tapi bau maskulin je tadi. Tak ada rasa bau masam pun. Rasa macam nak peluk-peluk lagi adalah. Haha. Gatal kau Lia!
Bergerak ke wardrobe,sehelai t-shirt putih aku bawa ke arah Benjamin.
"Abang. Tukar baju dulu ya." kataku sambil melepaskan baju kemeja kerja dari tubuh Benjamin.
Benjamin yang separa sedar hanya menganggukkan kepala mendengar kata-kataku. Rela sahaja diperlakukan apa sahaja kerana dia benar-benar tidak berdaya ketika ini. Hanya mahu beristirehat menjana tenaga kembali.
Selimut yang terdampar di hujung kaki, aku tarik membaluti tubuh Benjamin hingga ke paras pinggang. Penghawa dingin aku pasang dengan suhu yang agak tinggi. Seketika, aku bersimpuh di tepi katil. Merenung wajah pucat Benjamin yang sudah terlena dalam menahan kesakitan.
Rambut ikal Benjamin yang terjuntai di dahi, aku sebak ke belakang. Terasa peluh melekat di tanganku. Jatuh kasihanku melihat betapa Benjamin terpaksa menahan sakit hingga berpeluh dahinya.
Aku menjelajahi seraut wajah Benjamin secara dekat. Jarang peluang sebegini terhidang di depan mata. Kalau ketika Benjamin dalam keadaan jaga dan sedar, jangan mimpi lah dia dapat meneliti seraut wajah kacak ini secara dekat. Bertentang mata juga dia sudah rasa segan apatah lagi mahu merenung seperti sekarang.
Kening lebat yang terukir cantik. Kulit muka yang bersih tanpa sebarang jerawat mahupun parut. Hidung mancung yang terpacak elok. Seulas bibir merah tanda tidak merokok. Ahh betapa sempurnanya seorang lelaki bernama Benjamin ini. Apa yang paling aku kagumi adalah sepasang mata hazel milik Benjamin. Sangat memukau saat berpapasan mata.
"Mummy! " aku tersentak saat perkataan tersebut terpancul keluar daripada mulut Benjamin. Mengamati wajah Benjamin.
Mummy? Mummy aku? Atau mummy Neesa? Soalku berbisik dalam hati. Sesaat mata terarah memanah sekeping gambar Benjamin bersama mummy Neesa. Bibir kuketap rapat. Mencapai bingkai gambar tersebut, jari-jemari mengusap sekeping gambar yang tersenyum manis berlatar belakang sebuah jambatan di negara luar.
'Lia tak kenal mummy dan tak sempat untuk kenal mummy. Tapi Lia dapat rasakan bahawa mummy seorang wanita yang sangat baik. I know he miss you so much!'
"Lia.." panggil daddy.
Aku tersentak. Hampir sahaja terlepas bingkai gambar yang kupegang di tangan. Kalut kuletakkan kembali gambar tersebut di tempat asal.
"Daddy.." sapaku seraya bangun daripada bersimpuh menatap wajah Benjamin.
Daddy tersenyum sambil melangkah masuk melabuhkan duduk bersebelahan Benjamin. Ditilik lama wajah Benjamin yang dibuai lena. Aku hanya diam memerhati tingkah daddy.
Bingkai gambar yang kuletak dicapai semula oleh daddy. Tangan kasar milik daddy mengusap lama gambar tersebut.
"Masa ni kalau Lia nak tahu, gambar terakhir arwah mummy Neesa dengan Benjamin.." daddy memulakan bicara.
Pantas aku toleh ke arah daddy. Tertarik dengan cerita yang ingin disampaikan. Aku membetulkan duduk.
"Kalau daddy tak keberatan, boleh Lia tahu mummy meninggal sakit apa? " soalku perlahan. Cuba untuk menyelami kisah yang bakal keluar daripada mulut daddy.
"Mummy ada kanser rahim. Masa ni memang doktor dah ramal yang mummy hanya tinggal berapa bulan sahaja lagi. Jadi, daddy buat keputusan untuk cipta kenangan dengan masa yang masih bersisa.."
Aku menganggukkan kepala.
"Ramalan doktor benar. Lebih kurang empat bulan balik daripada bercuti, mummy tinggalkan daddy dan Benjamin selamanya.." air mata yang bergenang di tubir mata disapu lembut.
"Mummy seorang wanita yang sangat baik. Tidak pernah sekalipun abaikan tanggungjawab dia pada kami. Segalanya lengkap. Sekalipun tak pernah kurang. Sesibuk mana pun daddy, dia tak pernah merungut. Balik sahaja dari pejabat, bila tengok muka mummy rasa hilang segala masalah.. " sambung daddy lagi.
Aku turut dilanda sebak. Sungguh mummy seorang wanita yang sangat bertuah dikurniakan seorang suami dan anak yang sangat menyayanginya. Aku tersenyum pilu.
"Mummy sangat beruntung dapat seorang suami macam daddy.." aku sampaikan kata-kata pujian.
Daddy mengangkat wajah yang terlakar riak sayu. Kelihatan matanya berkaca menahan sebak yang menghurung di dada.
Kepalanya digeleng perlahan. Gambar yang berada di genggaman di tenung sayu sarat dengan rasa rindu.
"Tak. Daddy yang sangat beruntung punyai isteri sebaik mummy."
"Betul lah kan. Orang baik Allah sayang.. " kataku. Melayang ingatan terhadap arwah daddy.
"Daddy tahu, betapa berat ujian untuk kami terutamanya pada Benjamin. Seusia 14 tahun dia sudah kehilangan kasih sayang seorang ibu. Betapa daddy menyaksikan sendiri kesedihan dia saat mummy tak ada.." nafas dihela perlahan.
"Setelah mummy meninggal, Benjamin mulai berubah.. "
Aku panggungkan wajah.
"Berubah? " soalku pantas.
Daddy menganggukkan kepala mengiakan soalanku. Ditebarkan pandangan ke arah tirai kamar yang beralun dihembus angin petang.
"Kalau dulu dia seorang yang riang, mudah bergaul, tapi semenjak kematian mummy dia jadi seorang yang serius. Susah untuk lihat dia tersenyum atau ketawa. Dia berubah menjadi seorang anak yang sangat berdikari sehinggakan daddy kadangkala rasa daddy gagal jadi seorang ayah yang terbaik untuk Benjamin.." saat itu kelihatan beberapa titis air mata mengalir membasahi wajah daddy. Aku tersentak.
Pantas, tangan kasar daddy aku genggam erat. Menyalurkan kekuatan yang aku ada.
"Semua benda dilakukan sendiri. Daddy pula sibuk keluar berkerja. Nasib ada bik Suty yang tengok-tengokkan dia. Hubungan kami agak renggang pada mulanya. Sehinggalah dia menyambung pelajaran ke luar negara dan balik semula ke sini, hubungan kami mulai rapat. " ujar daddy kembali setelah berjaya mengumpul sedikit kekuatan.
Aku mengeluh. Jatuh simpatiku terhadap Benjamin. Entah apa yang tersimpan di lubuk hatinya yang paling dalam.
"Sikap serius dan beku dia tu seperti sudah sebati dalam diri dia. Sukar untuk dikikis. Tapi saat kamu dan mummy melangkah masuk ke dalam rumah ini, daddy seolah-olah dapat rasakan daddy dapat semula anak daddy semasa dia berusia 14 tahun dahulu. " kini sebuah senyuman berjaya menguntum mekar di bibir daddy.
Aku juga ikut tersenyum. Terasa sedikit lega saat terpandangkan senyuman tersebut.
"Maksud daddy? "
Kepalaku daddy gosok lembut.
"Maksud daddy, kehadiran Lia dan mummy dalam rumah ni dah berjaya mengubah perangai dia. Sekarang Benjamin lebih mudah tersenyum, ketawa dan paling ketara sekali dia mesra. Mudah untuk diajak berbual dan bergurau. Cuma itulah, kalau pasal kerja dia terlalu komited. Sampaikan tengoklah sekarang, sakit macam ni. Hati bapa mana yang tak risau Lia.. " keluh daddy perlahan.
Bahu daddy aku usap lembut.
"Daddy jangan risau. Abang okay je. Dan Lia tahu abang pun bangga ada seorang ayah seperti daddy. Cuma daddy sahaja yang tak tahu.." ucapku menenangkan kegusaran di hati daddy.
"I hope so. Terima kasih Lia." ucap daddy dengan mata yang berkaca.
Aku melayangkan sebuah senyuman bersulamkan sebuah anggukan.
"Lia.." seru daddy tiba-tiba.
"Ya.. "balasku sepatah. Diam menanti kata-kata daripada mulut daddy. Selimut Benjamin yang melorot jatuh aku betulkan. Supaya lebih kemas.
"Tolong jagakan Benjamin. Dia perlukan Lia.." tangan yang asyik membetulkan selimut di badan Benjamin, serta-merta terhenti. Kaku!
'jaga? Perlukan aku? '
Aku tertawa kekok. Berusaha untuk menghadam kata-kata daddy yang baru dilontarkan sebentar tadi.
Daddy tersenyum. Kedua belah tanganku dipaut dan digenggam erat.
"Lia janji?" soal daddy perlahan. Aku yang masih dalam keadaaan 'blur' hanya mampu terdiam kaku. Mata kuliarkan ke wajah daddy. Mencari jawapan kepada persoalan yang timbul di benakku.
"Janji dengan daddy? " dalam kedengaran suara daddy kali ini. Seakan benar-benar mengharapkan 'janji'daripadaku.
Lama terdiam, akhirnya lambat-lambat kepala aku anggukkan. Walaupun sebenarnya aku sendiri masih kurang jelas tentang maksud di sebalik kata-kata tersebut.
"Terima kasih Lia. Terima kasih.. " ucapan terima kasih tidak berhenti diucapkan kepadaku.
Aku menghela nafas dalam. Mata bergerak memerhati Benjamin yang terlena. Sekali lagi aku bersimpuh di hadapan Benjamin.
Tangan Benjamin aku genggam.
"Lia tak tahu apa maksud daddy minta supaya Lia jagakan abang. Tapi, walaupun Lia tahu abang mampu jaga diri abang sendiri, izinkan Lia tunaikan janji Lia untuk jaga abang suatu hari nanti.." bisik ku di hadapan wajah Benjamin.
Memikirkan sudah lama aku bertapa di bilik mewah Benjamin, aku bingkas bangun.
"Get well soon, abang. " bersama ucapan tersebut, aku melangkah keluar menuju ke bilikku. Meninggalkan Benjamin dengan lenanya yang panjang.
______________________________________
Benjamin POV
Deringan telefon yang berdering kuat mengejutkanku. Tangan memisat mata yang terasa kabur dan pedih. Sekali lagi telefon yang menjerit kuat minta diangkat. Aku bingkas bangun perlahan-lahan. Menyandar di kepala katil. Terkebil-kebil seketika memerhati suasana bilik yang hanya diterangi lampu malap.
Deringan telefon yang berbunyi untuk kali ketiga aku memaksa aku untuk menjawab. Tanpa melihat terlebih dahulu, butang hijau aku tekan.
"Biy.. " nyaring suara milik Aqeela Sania menerjah ke ruang pendengaranku. Teruja bila akhirnya Benjamin mahu juga untuk menjawab panggilannya setelah sekian lama mengelak. Aku berdecit perlahan. Bingit!
"Ya, kenapa? " balasku malasku.
"I miss you biy. Dah lama kita tak jumpa." rengek Aqeela manja di hujung talian.
Aku memicit perlahan pelipisku. Pening dengan rengekan Aqeela di hujung talian. Minda memutar mencari jawapan balas.
"Biy!" sekali lagi jeritan bergema nyaring di telingaku.
"Yes Aqeela. I dengar. You jangan nak jerit-jerit macam perempuan lapar kasih sayang boleh tak? Sakit telinga I lah.." selarku geram.
"Okay sorry sorry. Jangan lah marah biy. I ingatkan you tak dengar. Sebab tu lah I jerit. Tapi kenapa suara you macam tak sihat je biy? You demam ke? " soal Aqeela Sania lembut.
"I gastrik. " balasku sepatah. Tidak berminat untuk bersembang panjang lebar.
"Gastrik? You tak bagitahu I pun.." rungut Aqeela menagih perhatian daripadaku. Aku diam.
"Tak penting untuk you tahu pun. " ujarku mudah.
Kedengaran dengusan kasar diberikan kepadaku. Ada aku kesah? Tak langsung!
"I girlfriend you, Benjamin!" sembur Aqeela.
"Not anymore, Qeela! " balasku sarkastik.
"You jangan nak buat lawak lah biy.." selar Aqeela. Walhal dalam hati seakan sudah mahu meletup saat Benjamin mengungkap kata-kata itu.
"You rasa I ada masa ke nak buat lawak? " tanyaku ringkas.
"Tapi kenapa tiba-tiba? You ada perempuan lain kan? Sebab tu you tiba-tiba dengan mudah nak putuskan hubungan kita.." tuduh Aqeela Sania lantang.
"Jangan nak merepek lah Qeela. Keputusan I takda kaitan dengan mana-mana perempuan. Dan..Sepatutnya I yang tanya soalan tadi pada you!"
"Then sebab apa? Bagitahu I,Benjamin! Bagitahu I! " tekan Aqeela. Menuntut penjelasan dariku.
"Sebab I rasa I dah tak boleh teruskan hubungan ni dengan you lagi. Cukuplah sampai di sini sahaja. " putusku muktamad.
"No! No! I tak boleh terima! " jeritan nyaring sekali lagi diberikan padaku.
"Sudahlah Qeela. Anggap sahaja lah tiada jodoh antara kita. Kalau sahaja you tak buat perangai dulu. " ucapku pedih. Betapa terlukanya hati aku saat aku tahu bahawa orang yang aku cintai sewenangnya curang di belakangku.
"Biy. Please. Jangan buat I macam ni. I still love you Benjamin. I tahu salah I tapi please I dah menyesal. Betul-betul menyesal. I cuma ada you sahaja sekarang. I janji I akan berubah" rintih Aqeela kesal diselubungi sebak.
Aku tersenyum sinis. Konon!
"Jangan sesekali berubah kerana I, Qeela. Tapi berubahlah atas keinginan you sendiri. Tak ada guna kalau you berubah kerana I.. " balasku.
Tiada rasa simpati walaupun secubit. Biarlah. Saat dia memperlakukan aku begitu dahulu di mana rasa simpatinya terhadap aku? Bukan aku tidak cuba memujuk rayu tapi tetap sahaja tidak diendahkan.
"Tak guna you menyesal sekalipun sebab benda dah berlaku. I harap lepas ni you takkan ganggu I lagi. You dengan hidup you,I dengan hidup I. Biarlah kita bawa haluan hidup kita masing-masing. " sejurus itu, panggilan terus aku matikan. Terasa perasaan lega meresap masuk ke dalam jiwa. Betapa aku juga selama ini hipokrit. Menerima kembali Aqeela Sania atas dasar kasihan semata-mata.
Keluhan kuat aku lepaskan. Telefon aku lemparkan ke hujung katil. Entah kenapa sekarang timbul rasa menyesal menjalinkan hubungan kali kedua bersama Aqeela Sania. Aku kini merasakan bahawa menerima Aqeela Sania untuk kali kedua adalah satu kesilapan terbesar pernah aku buat. Kalaulah aku lebih berkeras.
Sejenak, mata turun memerhati tubuh badan yang tersarung sehelai T-shirt putih. Ingatan melayang terhadap kejadian petang tadi. Saat Aulia bertindak menukar baju kerjaku kepada baju T-shirt putih ini, aku dalam keadaan separa sedar. Hendak membantah, aku tiada daya,maka aku biarkan sahaja tangan kurus Aulia lincah menari di badanku.
Aku bingkas bangun. Tekak tiba-tiba terasa mahu makan nasi goreng kampung pula. Namun, bukan nasi goreng kampung dari restoran atau hotel cuma... Aku sedang teringin untuk menikmati nasi goreng kampung buatan Aulia.
Aku mendengus kuat. Masa inilah tekak mahu buat pasal. Membuli tuan badan. Jam yang sudah menunjukkan pukul sebelas merunsingkan aku. Dah gaya orang mengidam pula. Memang betul lah gamaknya, lelaki juga ada 'angin' juga sesekali.
Memikirkan badan yang masih belum mandi dari petang tadi, segera aku bergegas menuju ke kamar mandi. Tuala yang tergantung aku rentap kuat. Geli pula rasa bila sedar diri tidak dibasahi air.
Lima belas minit bertapa membersihkan diri, aku keluar dengan hanya berkemban. Tubuh aku bawa menghadap meja solek. Aku mendesis kesakitan bila sesekali gastrik kembali menyerang namun tidak seperti petang tadi. Seakan mahu rebah sahaja aku.
Siap berpakaian aku menuju keluar daripada bilik. Melihatkan bilik Aulia yang masih terang bernyala, aku tersenyum. Pasti Aulia masih belum tidur. Rindu pula mahu menatap serait wajah lembut milik Aulia.
Mengingatkan kejadian petang tadi, seakan rasa bersyukur pula dikurniakan sakit begini. Bukan apa, terasa dilayani, dimanjai pula seperti zaman kanak-kanak dahulu kala. Beruntung sungguh siapa yang menjadi suami Aulia nanti,keluhku dalam hati.
Pintu bilik Aulia kuketuk perlahan. Beberapa ketukan kuberikan. Seminit, kedengaran tombol pintu dipulas. Pintu terasa dikuak dari dalam. Aku mempamerkan sebuah senyuman tanda sapaan.
Aulia tersentak. Yeah, Aulia dengan muka 'slow' dia memang berpisah tiada.
"Ada apa abang cari Lia? " tanpa tangguh, terus diajukan kepadaku.
Aku berdehem.
"Kenapa? Perut sakit lagi ke? Nak pergi hospital?"
Tanpa sedar spontan sahaja tangan runcingnya dilalukan sekitar six pack ku. Perutku diusap-usap. Aduh, Aulia suka bikin aku jadi penasaran betul lah. Perlahan, tangan Aulia yang menekan-nekan perut ketakku aku tepis lembut.
Soalan bertalu-talu daripada Aulia tanpa sempat kujawab mengundang sebal daripadaku. Lagi satu, perangai kalut dia. Memang betul-betul tak boleh bawa bincang. Main serbu sahaja.
"Kejap eh, Lia ambil phone kejap.." dipusingkan tubuhnya ke belakang.
Tangan Aulia aku paut dari belakang. Kutarik tubuh Aulia mendekatiku.
'Pap' kali ini jentikan manja sahaja aku berikan.
"Auwwwww.." terjerit kecil Aulia saat jentikan manja tersebut tepat terkena di dahinya. Segera dijarakkan tubuhnya dariku. Takut sekali lagi jariku mendarat di wajahnya.
Aku tertawa kecil. Tak sakit pun. Semut gigit lagi sakit. Mengada je lebih.
"You jangan main serbu je boleh tak? Ada I cakap I sakit ke? " soalku.
Aulia menggeleng.
"Ada I cakap I nak pergi hospital ke? "
Sekali lagi, gelengan diberikan padaku.
"Hah, dah tu?" tanyaku.
Sebuah cebikkan dilayangkan. Mahu sahaja aku tarik panjang bibir mungil tersebut. Petang tadi bukan main baik layan aku. Macam raja. Malam ini dah jadi keras kejung macam patung cendana.
"Mana lah tahu gastrik abang belum baik lagi. Lia nak bawa lah pergi hospital. Nanti takut mati keras pula.." balas Aulia perlahan.
Ohh, dah pandai sekarang menjawab. Wow, what a big improvement. Aku tersenyum.
Aulia kulihat masih lagi menggosok dahinya bekas jentikanku. Aku menapak lebih dekat. Sakit sangat ke?
Tangan spontan naik menggosok tempat tersebut.
"Sakit sangat ke? " tanyaku berbisik.
Aulia terdiam. Kejadian dicium Benjamin malam itu kembali terlayar. Matanya didongakkan sebelum kepalanya digeleng laju.
"Baru nak bagi 'ubat' hilangkan sakit" kata Benjamin perlahan.
"Ermm..ada apa abang cari Lia? " peti suara Aulia betulkan. Soalan yang sama diajukan.
Aku menggosok belakang leher janggal. Segan untuk menceritakan keinginan sebenarku.
Aulia megerutkan dahi. Hairan dengan tingkahku yang terasa janggal.
Pantas dilekapkan tangan ke dahi dan leherku tanpa sedar. Sekali lagi, aku bertindak menepis lembut.
"I tak demam lah." jawabku malas.
"Dah tu? " polos kedengaran pertanyaan Aulia.
"Sebenarnya I teringin nak makan nasi goreng kampung macam you masak haritu. " tepi bibir kugigit sedikit.
Tetiba Aulia tertawa kuat. Terpaku aku saat mendengarkan hilaian tawa yang kedengaran sangat merdu di telingaku.
"Nak makan nasi goreng rupanya. Lia ingatkan ada apa lah tadi abang beria-ria ketuk pintu bilik Lia. Pastu bila tanya malu-malu. " omelan manja dilantunkan dari bibir.
Benjamin hanya tersengih. Segan pula tapi tekak dan perut dia betul-betul teringin sekarang.
"Jomlah.. " ajak Aulia tetiba.
"Nak pergi mana? " soalku lurus.
"Pergi dapur lah. Masak nasi goreng kampung. " ajak Aulia. Tanganku terus ditarik menuju ke ruangan dapur.
Aku labuhkan duduk di kerusi meja makan sementara Aulia sudah mahu bersilat menyiapkan permintaanku pada malam ini.
Kuperhatikan gerak geri Aulia yang lincah ke hulu ke hilir menyediakan rencah nasi goreng kampung. Tidak kekok langsung. Kagum seketika aku. Walaupun dilahirkan dalam golongan berada dan kaya raya, Aulia masih lagi mengekalkan gaya seperti orang biasa. Paling ketara lincah sekali ketika di dapur. Laksa Utara buatan dia juga padu. sedap!
Setengah jam kemudian, permintaanku akhirnya tertunai. Dibawa sepinggan nasi goreng kampung bersama milo suam. Aulia turut melabuhkan duduknya di hadapanku.
_______________________________________
Aulia POV
Usai, aku bawa sepinggan nasi goreng kampung bersama segelas milo suam ke arah Benjamin yang asyik bermain telefon di meja makan. Entah apa yang dikelebeknya pun aku tidak tahu.
Menyedari kedatanganku bersama hidangan, diletakkan telefon ke tepi. Aku tolak makanan ke arah Benjamin.
"Nah. Abang makanlah.. " pelawaku.
"Terima kasih.. " ucap Benjamin.
Aku mengangguk.
"You tak makan sekali ke? " melihatkan hanya dia sahaja yang bersantap, diajukan pertanyaan.
Aku menggeleng.
"Lia dah makan tadi dengan mummy, daddy. Dah kenyang. Takpa, abang makanlah. " tolakku sopan.
Buat seketika, suasana sunyi menyelubungi kami. Masing-masing tidak tahu untuk memulakan topik apa.
"Selalu ke kena gastrik macam ni? " tidak betah hanya diam, aku bertindak memecahkan keadaan sunyi sepi antara kami.
Benjamin panggungkan kepala yang sedari tadi menunduk menyuap makanan.
"Tak selalu pun. Kadang-kadang je. Bila I terlalu busy tak sempat makan, gastrik lah. " terang Benjamin.
Aku mengeluh. Benarlah kata daddy. Benjamin terlalu serius dalam bekerja. Hingga kadangkala mengabaikan kesihatan dia.
"Kesihatan kena jaga juga. Kerja sampai bila pun tak pernah habis.." pangkahku. Kurang bersetuju dengan cara kerjanya.
"You belum kerja. So you tak tahu betapa busynya. Nanti you dah start kerja you tahulah. " tukas Benjamin.
"Ya, Lia tahu. Tapi Lia just nasihatkan abang untuk jaga diri. Kalau sakit lagi macam tadi macam mana? " soalku bercampur khuatir.
Benjamin tersenyum senget.
"You kan ada kalau I sakit."
Aku menggeleng perlahan. Boleh pula bermain soal sakit.
"Tapi Lia takkan selalu ada dengan abang selamanya. " balasku pantas tanpa sedar. Geram dengan sikap Benjamin yang ambil mudah soal kesihatan.
Benjamin menghentikan suapan. Terasa ngilu di hati saat kata-kata tersebut diucapkanku.
Aku pula segera menunduk. Meramas jari-jemari sesama sendiri. Entahlah. Tiba-tiba sahaja perkataan tersebut meluncur laju keluar daripada mulut. Tanpa dirancang, tak dapat dikawal.
"You nak pergi mana? " soal Benjamin perlahan.
Aku panggungkan kepala. Membalas renungan sayu Benjamin.
Aku tertawa kekok.
"Tak pergi manalah. Maksud Lia takkan dua puluh empat jam Lia ada dengan abang. Buatnya abang sakit tapi Lia takda hah macam mana? Sebab itu abang kena jaga kesihatan abang." kataku. Mengelak daripada mengatakan hal yang sebenar.
Benjamin diam. Terasa berpasir makanan yang ditelan. Namun, kembali menyuap saki baki nasi di dalam pinggan.
"Takpa. I boleh jaga diri I sendiri." perlahan diucapkan. Seakan berjauh hati.
Aku mengeluh. Memicit pangkal dahi. Susah bercakap dengan orang sebijak Benjamin ini. Ada sahaja idea untuk membalas kata-kataku.
"Yelah. Ikut abanglah. Bak sini pinggan tu. Lia basuhkan. " pintaku. Perlahan, diunjukkan pinggan kepadaku. Aku bingkas bangun. Ingin mengemas dapur yang berantakan akibat memenuhi permintaan Benjamin yang tiba-tiba sahaja mengidam.
Benjamin diam di kerusi. Sedikit sebanyak kata-kata Aulia menganggu perasaannya. Janganlah apa yang dikatakan itu benar. Dia sudah sebati dengan kehadiran Aulia dan mummy di dalam rumah ini. Tidak sanggup untuk menghadapi kehilangan untuk kedua kalinya.
Jangan lupa komen! Selamat membaca.
Share this novel
on ggttiyoooooooo
t
t