BAB 24

Romance Series 247702

Hari ini aku sampai agak lewat daripada biasa. Alhamdulilah, kereta pemberian arwah daddy dah tak meragam lagi. Elok sahaja perangai 'baby' ku hari ni. Jadi, yeay! Tak perlu lagi tumpang Benjamin.

Beberapa kertas aku gulungkan menjadi satu. Beg laptop bersama tas tangan aku kendong di bahu. Nampak macam pekerja terbaik kan? Benjamin, entah pukul berapa dia balik rumah semalam pun aku tak tahu.

Setelah menghantar kupulang ke rumah tengahari semalam, dia kembali bergegas ke pejabat. Fikirku petang selepas habis waktu bekerja dia terus pulang ke rumah namun sampai malam pun dia masih belum pulang. Akhirnya, aku terlena dibuai mimpi menunggu dia pulang.

Bangun pagi, Benjamin sudah bergerak ke tempat kerja kata bik Suty. Aku mengeluh. Nampaknya, Benjamin belum terpujuk. Susah juga kalau orang lelaki merajuk. Naik buntu orang perempuan nak memujuknya.

Aku melangkah keluar daripada Lif.  Sepanjang perjalanan aku dipagut rasa pelik bila melihatkan hanya ada seorang dua sahaja kelibat para pekerja sahaja yang tekun menunduk menyiapkan kerja. Terlalu lewatkah aku datang bekerja hari ini? Rasanya aku hanya terlewat setengah jam.

Bibir kukemam. Gigi aku laga-lagakan. Kepala ligat berfikir. Ada apa-apa event kah pagi ini? Baru sehari sahaja aku tidak datang bekerja, serasa macam-macam perkara sudah berlaku di syarikat.

Aku menyambung kembali langkahku yang terhenti sebentar tadi. Pintu kaca tertera namaku, kutolak dari luar. Berkeriuk bunyi pintu tersebut bergesel dengan besi.

Punggung aku hempaskan ke kerusi. Mata melirik ke arah meja yang sedikit berselerak. Tangan menjalar mengemas fail yang berselerak di atas meja. Memang kebiasaanku suka akan kekemasan. Biar nampak lebih teratur untuk melakukan kerja.

Baru dua tiga keping fail aku susun, kedengaran pintu pejabatku diketuk bertalu. Sikit lagi rasanya mahu roboh. Aku berdecit perlahan. Ketuk ke tendang dia ni?

Dengan bilangan lima saat, pintu terbuka daripada luar. Terjengul muka Akif di sebalik pintu yang diketuk seakan mahu roboh tadi.

Aku menyilangkan tangan ke dada. Mata aku pincingkan. Akif menyeringai sengih. Mata melirik ke arahku yang sedang menahan geram.

"Selamat pagi Lia.. "

"Selamat pagi.. " balasku.

"Yes Encik Akif Hafeez. Pagi-pagi dah ketuk bilik saya macam nak roboh. Saya rasa kalau sikit lagi awak ketuk, alamatnya tak berpintu lah bilik saya ni. " sindir aku perlahan.

Akif ketawa galak dengan perlian dariku. Seolah-olah tak terkesan langsung. Entah apa yang lucu dengan kata-kataku juga tidak tahulah.

Dibawa tumpuh lampainya merapati mejaku. Tanpa dipelawa dilabuhkan punggung di hadapanku. Aku kerling sekilas sebelum menarik sebuah fail yang tersimpan kertas kerjaku.

"You ni Lia, chill lah. Tak elok tahu pagi-pagi dah masam. Seeloknya mulakan pagi kita dengan senyuman. Macam I ni. Kan manis."

Aku memutar bebola mata ke atas. Bibir aku herotkan ke tepi.

"Dah okay selsema you? " tubuh disandar santai ke kerusi.

Aku panggungkan wajah. Kening kucantumkan.

"Selsema? " soalku hairan.

Akif menganggukkan kepala. Mata merenungku. Sebatang pen milikku dicapai sebelum dimainkan dengan jari jemarinya.

"Benjamin bagitahu I semalam you tak datang kerja sebab kurang sihat sikit. " melihatkan riakku yang dilanda pelik dengan pertanyaan darinya, Akif berterus terang.

Aku berdehem. Pandai sungguh Benjamin menipu. Aku sihat walafiat dikatakan sakit. Nasib lah aku sayangkan kau Benjamin oi.

"A'ah. Dah sihat dah. Makan ubat semalam, hari ni dah boleh datang kerja lah. Kalau syarikat sendiri lainlah. " kataku turut terjebak dengan pembohongan yang dicipta oleh Benjamin.

"Syarikat daddy tiri you juga. " tukas Akif sambil tertawa. Mudah terhibur sungguh jejaka bernama Akif Hafeez ini.

"Ayah tiri bukan ayah kandung. Lagipun I tak berminat nak mengambil kesempatan atas nama syarikat daddy tiri I. I lebih selesa dilayan seperti pekerja biasa. Bukankah itu lebih adil encik Akif Hafeez? " kedua belah tangan ku letakkan ke meja.

Akif hanya menganggukkan kepala bersama sebuah senyuman pendek. Sedikit sebanyak dia bersetuju dengan kata-kata Aulia. Gelaran ayah tiri tidak memaksudkan untuk sewenangnya melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati.

"Eh, jom. Berborak dengan you pagi-pagi ni buat I lupa tujuan asal datang bilik you. Itulah,siapa suruh you cantik sangat hari ni? Tengok benda cantik pagi-pagi buat I rasa tak kuat.. " diucapkan kata-kata semanis gula kepadaku

Aku memandang pakaian yang tersarung ditubuhku. Cantik sangat?  Hari ini aku hanya menyarungkan sepasang baju kurung moden berwarna maroon berkain kipas di belakang.

Aku mencebik. Kepala tergeleng perlahan. Letih melayan Akif. Ada sahaja kata-kata yang mengundang lucu di hati. Pandai bermain kata sungguh lelaki ini.  Tidak hairanlah mengapa ramai para pekerja wanita yang seringkali bergosip mengenai Akif.

"You cakap ada hal you datang jumpa I pagi-pagi ni. " ujarku sambil menongkat tangan ke dagu. Mata aku besarkan.

"Pagi ni pukul sembilan kita ada suai kenal dengan pekerja baru. Dengar kata orangnya cantik. " penuh keterujaan Akif bercerita mengenai pekerja baru tersebut.

Aku lirikkan pandangan ke arah Akif. Bibir melorek senyum.

"You kalau cantik-cantik ni memang cukup suka kan? Adalah nanti tu mengayat. " omelku sambil meletakkan fail ke tepi. Namun, mata masih menuntas pandang ke arah Akif.

Akif menghambur tawa kuat.

"I ni siapa lah yang nak. Lainlah macam Benjamin tu. Kiri kanan depan belakang orang terkejar-kejarkan dia. Hairan betullah I Lia." dilurut-lurut dagunya yang berkumis nipis. Lagaknya persis memikirkan masalah besar sahaja.

"Hairan kenapa pula? " aku diterpa rasa pelik.

"Hairanlah. Abang tiri you tu sikit punya lah serius, beku. Tu pun masih ramai yang nak. Kalau lah dia gentleman macam I, I rasa semua perempuan kat company ni dia tapau.. " panjang lebar ulasan Akif terhadap Benjamin.

"Konon. Entah-entah awak pun lebih kurang sama je. Kalau bercakap tu gaya macam tanam tebu tepi bibir dah. Manis bergula. Padanlah staf perempuan kat syarikat ni cair dengan awak. Tu pun lagi nak cakap tak laku ke?  Poooodahhh! " tempelakku.

Sekali lagi dihamburkan ketawa. Kali ini bergema kuat di dalam bilik pejabatku.

"You ni Lia, kelakar lah. Baru I tahu you ni mesra orangnya. Dah lah cantik, baik, mesra pula tu. Aduh. Bikin penasaran.. " jari di bentukkan menjadi 'Love'.

Kali ini bahu Akif aku tampar kuat. Mendesis kesakitan dia. Tak habis-habis dengan repekan dia yang tak pernah serius itu.

"Dah lah. Tadi beria sangat nak jumpa pekerja baharu tu. Jom lah. Mana tahu boleh jadikan mangsa baru.." sindirku bergurau.

"Lia, come on. I tak seteruk yang you sangkalah. " ujar Akif sambil melepaskan tawa kecil.

"Apa-apa jelah." terus aku bergerak menuju ke bilik miting. Tak sabar juga mahu melihat pekerja baharu yang dikatakan Akif.

"Lia. Tunggu I. "laung Akif di belakang.

Aku tertawa kecil.

"Lambat tinggal.." sesaat, Akif sudah mengatur langakah laju menyaingiku di sisi. Kami beriringan menuju ke bilik utama mesyuarat.

••••

Dari kejauhan, pintu bilik mesyuarat tertutup rapat. Terdengar sayup-sayup suara berbunyi. Mungkin, sesi suai kenal sudah bermula.

Akif melintasiku berjalan di hadapan terlebih dahulu. Tadi bukan main suruh aku tunggu dia, alih-alih dia tinggal aku. Nampak sangat tak sabar nak jumpa pekerja baru. Aku menyoroti langkah laju Akif dari belakang.

Pintu bilik mesyuarat ditolak perlahan dari luar. Sejenak, keadaan senyap seketika dengan kedatangan kami. Pintu yang hampir tertutup aku tahan. Menolak dan menutup kembali pintu berkaca tebal tersebut.

Pandangan para pekerja aku balas. Melihat Akif yang siap sedia untuk melabuhkan punggung di kerusi sebelah sana, aku turut berbuat demikian.

Pandangan tajam daripada Benjamin aku balas. Seperti biasa, riak dingin diberikan kepadaku. Kulihat rahangnya diketap rapat. Bergerak-gerak. Liur kutelan payah. Terdapat dua kerusi yang masih kosong iaitu bersebelahan Benjamin dan bersebelahan Akif.

"Lia, sini.. " Akif bertindak memanggil namaku. Pandangan aku larikan dari renungan tajam Benjamin.

Aku bergerak menuju ke arah Akif. Dapat kulihat Benjamin mengepal kuat tangannya. Kerusi bersebelahan Akif, aku tarik ke belakang sebelum aku labuhkan dudukku ke kerusi.

"Cantik kan? " bisik Akif rapat di telingaku.

Sekilas pandangan kujatuhkan ke arah seorang wanita cantik yang berada di sisi Benjamin. Aku mengiakan kata-kata Akif Hafeez. Kalau aku sendiri sebagai perempuan juga mengakui kecantikan gadis tersebut, maka memang ternyata benar memang cantik.  Sudah boleh kubayang, gadis ini bakal menjadi rebutan dan bualan hangat di syarikat ini kelak.

Benjamin berdeham perlahan sekaligus menghentikan bisikan Akif di telingaku. Aku menunduk.

"So, memandangkan semua dah ada kita proceed. "

Kesemua yang ada sudah siap sedia menumpukan perhatian kepada Benjamin di hujung meja. Aku juga turut menuntas pandangan ke arah Benjamin. Sekilas, pandanganku dibalas Benjamin sebelum diluruskan kembali matanya ke hadapan.

"Selamat pagi semua. Sebenarnya, I tak berniat nak cakap panjang since kamu pun ada banyak kerja yang nak disiapkan. So, we'll make it fast."

Benjamin memulakan mukadimah.

"..Okay, untuk makluman semua, hari ini kita menerima seorang lagi pekerja baharu akan di syarikat Megah Jaya. Jadi, sebagai ketua saya mengalu-alukan kedatangan Cik Mellisa ke syarikat ini.."

"Oleh itu, saya dengan ini menjemput Cik Mellisa untuk memberi sepatah dua kata sebagai sesi perkenalan kita pada hari ini. Silakan.. "

Tumpuan kini terarah pula kepada gadis yang bernama Melissa. Dilemparkan sebuah senyuman menawan kepada kami. Pekerja lelaki kulihat masing-masing sudah seakan cair meleleh dipanah senyuman menawan Melissa.

Tidak terkecuali Akif di sebelahku yang sudah tangkap lentok. Tak berkelip merenung Melissa yang hanya selang dua buah kerusi di hadapan Akif. Aku kerling sekilas ke belakang, ada yang meletak tangan di dagu, ada yang menggelengkan kepala, sehingga ada yang melopong luas. Aku tersentak. Sebegitu sekali penangan Melissa. Belum apa-apa lagi sudah meletup.

Kulirikan renungan ke arah Benjamin. Benjamin sahaja lelaki yang kulihat masih steady. Seakan tidak terusik sedikitpun dengan senyuman menawan Melissa hadiahkan kepada kami. Aku menghela nafas lega.

Melissa berdehem. Mengembalikan jiwa-jiwa yang sudah terbang berterbangan entah ke mana. Masing-masing kembali membetulkan duduk. Memberi tumpuan kembali ke arah Melissa yang ingin berbicara. Aku menyilangkan tangan ke dada. Fokus pada butir bicara yang bakal keluar daripada seulas bibir nipis itu.

"Hai semua.." sapa Melissa lembut.

"Hai.." terdengar jeritan miang pekerja-pekerja lelaki dari belakang. Benjamin menggelengkan kepala dengan telatah para pekerjanya. Pantang nampak perempuan cantik, terserlah miang keladi masing-masing.

Tidak padan dengan berbini beranak pinak di rumah. Rimas dia dengan segelintir lelaki begitu. Jaga dulu anak bini di rumah. Sudahlah yang di rumah kadangkala tidak terjaga, tunggang langgang, ada hati mahu mengurat yang lain. Tepuk dahi dengan spesies lelaki begini.

"Teruskan Melissa.. " ujar Benjamin meminta Melissa meneruskan kembali sesi perkenalan hari ini setelah siulan dan jeritan miang terhenti.

"Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya Melissa, berumur 24 tahun. Saya bergraduasi daripada Sunway Universiti dalam bidang pengurusan perniagaan. Pertama sekali, saya amat berbesar hati kerana diberi ruang dan peluang untuk saya menjadi salah seorang pekerja di syarikat gergasi ini.. "

"..terima kasih saya ucapkan kepada Encik Benjamin kerana sudi untuk memilih saya di antara semua yang hadir pada temuduga tempoh hari." dilemparkan senyuman semanis madu ke arah Benjamin. Benjamin bertindak dengan melakar senyuman pendek sebagai balasan ke atas penghargaan yang diberikan.

"Jadi, saya berharap dengan kehadiran saya di sini, akan membantu lagi syarikat Megah Jaya untuk maju. Saya juga berharap kerjasama dan tunjur ajar daripada anda semua. Terima kasih. " ujar Melissa lembut menamatkan kata-kata ucapannya. Sekali lagi sebuah senyuman manis diberikan sebelum dilabuhkan duduk kembali di sisi Benjamin.

Tepukan gemuruh bergema kuat menyapa telinga. Masing-masing memberikan tepukan gemuruh seakan meraikan kemenangan yang diidam-idamkan. Aku juga tidak lepas turut memberi tepukan.

"Okay. Terima kasih cik Melissa atas ucapan sebentar tadi. Dengan ucapan daripada cik Melissa tadi, saya mohon kerjasama dan tunjur ajar daripada kalian semua untuk Melissa. Ingat gais, kita semua satu team. Jadi, saya harap semua antara kita saling membantu antara satu sama lain. So,ada soalan? " pandangan ditebarkan ke arah semua pekerja sebelum terhenti ke arahku.

Lama renungannya dibiaskan ke mataku.

"Aulia. Do you have any questions? " soal Benjamin tiba-tiba. Aku yang menyandar segera tegakkan tubuh. Terkebil-kebil seketika berbalas remungan daripada Benjamin. Perlahan aku gelengkan kepala. Akif di sebelah sudah mengekek ketawa mengenangkan aku diusik Benjamin sebentar tadi. Dasar!

Serentak, pekerja-pekerja lain turut menggelengkan kepala mereka masing-masing tanda tiada sebarang soalan yang mahu diajukan.

Benjamin bingkas bangun. Spontan kerusi turut berinjak ke belakang. Kot dikemaskan.

"Kalau macam tu kita dismissed. Oh ya kak Mas. Nanti minta tolong bawa Melissa ke bilik dia ye. " kak Mas merangkap setiausaha Benjamin mengangguk laju. Tanda siap sedia melaksanakan arahan daripada ketuanya.

"..and you Melissa, happy working! " segaris senyuman diberikan kepada Melissa yang tersenyum manis di sebelah Benjamin. Aku hairan. Memang suka senyum ke dia ni? Atau sengaja pamerkan senyuman menawan sebegitu rupa untuk menggoda Benjamin. Astaghfirullah,aku istighfar di dalam hati.

"Terima kasih Encik Benjamin.." balas Melissa lembut.

Benjamin menoleh memandangku yang masih belum berganjak dari kerusi. Direnung aku dan Akif silih berganti sebelum..

"Aulia, jumpa saya dalam bilik. I mean sekarang!" ringkas namun padat arahannya.

Aku tercengang. Dada tiba-tiba berdegup laju. Serta merta kepala diasak dengan pelbagai soalan. Dah kenapa pula nak jumpa aku? Aku ada buat salah apa? Aduii. Tapi rasa-rasanya macam tak ada.

Aku bingkas berdiri. Isyarat bagus daripada Akif aku hiraukan. Malah, aku bertindak menjelirkan lidah ke arahnya. Akif ketawa riang.

Benjamin yang ralit berjalan ke pintu,  terhenti seketika bila mana kedengaran tawa kuat Akif menampar halwa telinganya. Dipusingkan kepala melihat aku di belakang. Renungan diberikan kepadaku sebelum singgah ke arah Akif. Pandangan dibawa tunak memandangku semula sebelum pintu ditolak dan Benjamin mengatur langkah ke kamar pejabatnya.

Aku menghela nafas lega. Nasib sahaja Benjamin tidak bereaksi apa-apa. Namun, cukup hanya dengan pandangan sudah mampu melumpuhkan segala urat sarafku.

••••

Aku berhenti tercegat di muka pintu bilik Benjamin. Dengan kiraan tiga saat, aku menolak daun pintu yang tertutup rapat. Nafas kuhembus kuat.

Langkah perlahan kuatur masuk ke dalam pejabat Benjamin. Tubuh tidak terus aku labuhkan ke kerusi, sebaliknya aku hanya tercegat di hadapan meja kerja Benjamin.

Berdiri tercegat di tengah-tengah ruang bilik Benjamin. Benjamin tunduk menekur membelek dokumen di meja. Seakan tidak sedar kewujudan aku yang berdiri tercongok di depannya.

Sesaat, diangkat kepalanya mendongak memadangku di hadapan. Kami bertatapan seketika. Direnung aku atas bawah sebelum naik kembali menjelajah seraut wajahku.

"Sit, Aulia." pelawa Benjamin.

Aku menghela nafas lega. Nampak pun aku kat depan ni. Ingatkan nak biar je aku berdiri terkulat-kulat depan dia.

Aku maju ke depan. Menarik perlahan kerusi sebelum melabuhkan duduk. Kedua belah tangan kuletakkan ke ribaan. Melirik ke arah Benjamin yang santai menyandar ke kerusi empuknya.

"You tahu kenapa I panggil you? "

Aku menggeleng.

"You nak tahu kenapa I panggil you? "

Aku anggukkan kepala. 

Tubuh sasanya dibawa merapati meja. Kedua belah lengan diletakkan menyilang ke arah

"Ada beberapa sebab I panggil you jumpa I pagi ni.." Benjamin mulakan bicara. Terserlah aura seorang ketua dari lenggok gaya percakapannya.

"Apa sebab dia? " aku ajukan soalan.

"I akan letakkan Melissa untuk berkerjasama dengan you. Since, you pun dah lama kerja, jadi I rasa elok kalau I gandingkan kalian berdua. I mean, dia akan bekerja di bawah you. Jadi, apa-apa hal yang melibatkan urusan perniagaan antarabangsa, I akan serahkan pada you all."

Aku menganggukkan kepala. Mengambil serius akan kata-kata Benjamin.

"Abang tak rasa ke Lia ni masih lagi baru untuk abang letakkan Mel bawah Lia? " soalan yang berlegar setiap penjuru fikiran aku lontarkan.

Benjamin terdiam.

"I tahu potensi you Aulia. Thats why I tak teragak-agak untuk letak Mel bekerja di bawah you. I know you be a good leader for her. " kata berbaur pujian dan pujukan diberikan kepadaku. Cuba mengusir ketidakyakinan ku atas keputusan yang dibuat.

Sebuah anggukan aku berikan. Jikalau sudah itu kata Benjamin, aku hanya mampu menurut. Mungkin Benjamin ada perancangannya yang tersendiri untuk memajukan syarikat. Namun, aku agak terharu dengan kesudian Benjamin mempercayai potensi yang kuada.

Aku rasa keputusan meletakkan Melissa bersama denganku juga bukanlah satu keputusan yang dibuat lebih kurang. Pasti, dia sudah membuat keputusan atas perbincangan bersama-sama mereka yang lain.

"Abang percayakan Lia?" ujarkan perlahan.

Dibawa wajahnya mendekatiku.

"I trust you Aulia Natasha."

Aku berdehem. Benjamin ini mudah benar bertukar moodnya. Kalau tadi serius, kini entah kenapa kurasa seperti seakan mahu menggoda pula gayanya.

"Tapi kami masih lagi dalam pemantauan abang kan? " topik kuubah.

Kedua belah tangan dicantumkan. Ditongkat ke dagu. Merenung sepasang mata bundar milikku.

"Exactly yes. Jangan risau, apa-apa hal masih di bawah pemerhatian dan pemantauan daripada I. Just do your work properly. "

"Okay.." balasku ringkas.

"Ada apa-apa lagi ke abang nak cakap? " aku ajukan lagi soalan. Rasanya tadi Benjamin menyebut ada beberapa perkara mahu diberitakan kepadaku. Seingatkan hanya berkaitan Melissa sahaja yang baru dikhabarkan.

Benjamin hanya diam. Aku pula sudah terkulat-kulat menunggu. Memandang Benjamin yang seakan tidak mendengar soalan kuajukan kepada dia.

"Abang.. " seru perlahan.

"Borak apa dengan Akif tadi? Bukan main lama dia pergi panggil you kat bilik. I rasa kalau setakat tolong panggilkan tidak perlu sampai setengah jam.. " akhirnya terlontar jua suara daripada mulut Benjamin. Tapi hanya suara sahaja yang mengeluarkan bicara. Bebola matanya tunak memandang dokumen di meja.

Aku simpan senyum. Baru aku faham. Selain daripada hal Melissa, hal Akif pagi tadi juga merupakan antara 'beberapa' hal yang dimaksudkan pada awal perbincangan tadi.

Kadangkala, aku rasakan bahawa Benjamin berkongsi rasa yang sama denganku. Perilakunya, kata-katanya, semuanya berjaya mengusik relung hatiku. Aku suka sikapnya yang kadangkala berubah. Protective, caring, romantik dalam satu-satu masa menjadikan aku seakan-akan dibawa pergi ke suatu tempat yang hanya ada kami berdua.

"You dengar tak apa I tanya you tadi? ' dikerling sekilas aku yang hanya membatu tanpa sepatah kata.

Kepala sengaja aku gelengkan.

Benjamin membesarkan mata melihat gelenganku.

"Boleh abang ulang sekali lagi soalan abang tadi? " aku cuba bermain tarik tali dengannya.

Benjamin mendengus kuat. Dia tahu kalau Aulia sengaja mengelak daripada menjawab soalannya. Kenapa perlu mengelak? Kenapa tidak dijawab sahaja pertanyaan daripada dia tadi? Tanpa sedar, fail di tangan ditepis kuat ke tepi.

Aku tersentak. Mata aku pejamkan. Terdetik pula rasa menyesal di hati, bila mempermainkan Benjamin. Sudah lah, tuan badan masih lagi dalam musim dingin denganku. Asyik berangin sahaja sejak kejadian aku dan Akif tempoh hari. Ditambah pula dengan hari ini, lagilah semakin bertambah 'angin' dalam badannya.

Aku hela nafas perlahan. Cuba mencari cara untuk memujuk Benjamin.

Tangan Benjamin aku capai dan kugenggam erat. Selagi mana salah faham tempoh hari masih menjadi punca kedinginan Benjamin terhadapku, selagi itulah aku dihurung rasa tidak selesa.

Aku menghembus nafas lega. Kali ini Benjamin tidak lagi berniat untuk menepis tanganku. Kesempatan itu aku gunakan sebaik mungkin. Renungannya dijatuhkan ke arah tangan kami yang saling bersatu. Erat!

"Abang masih marahkan Lia? " suara aku lembutkan.

Benjamin hanya diam. Aku mainkan jari jemari Benjamin yang berada dalam genggamanku. Renungan tajam diberikan padaku. Aku beranikan diri menentang sepasang mata helang tersebut walapun serasa mahu lompat sahaja jantungku keluar.

" Like I have told you before, I ni siapa nak marah-marah you.. "

Aku berdecit perlahan. Bibir kuketap rapat. Balik-balik itu sahaja jawapan yang diberikan. Aku kan rasa nak je kunyah jari jemari seksi Benjamin ni kalau ikutkan rasa geram aku.

"Abang kan abang Lia. " kataku perlahan.

Sekelip mata, direntap tangannya daripada genggamanku. Aku terpinga-pinga seketika. Mata lekas merayapi wajah Benjamin.

"Yeah, I am just your step brother. So, you tak perlu tanya sama ada I marahkan you ataupun tidak. Sebab, I rasa kalau I marahkan you sekalipun tak memberi kesan apa pun pada you. Seperti yang you katakan tadi, I abang you."

Aku terdiam. Terpana dengan andaian Benjamin yang sama sekali aku rasa bercanggah dengan apa yang aku rasa terhadap dia selama ini.

"..dan I pula nak make it clear kalau you dah terlupa, yang I ni bukan abang kandung you. Hanya abang tiri you. Jadi, you tak perlu nak tanya soalan macam tu lagi dan tak perlu rasa terganggu." sambung Benjamin meneruskan kata-kata yang tersisa.

Nafas kuhembus perlahan. Nampaknya, Benjamin benar-benar berjauh hati dengan kata-kataku. Kalaulah mengungkap rasa yang ada dalam hati itu semudah mengira ABC atau 123 sudah lama rasa yang terpendam di lubuk hati aku luahkan.

Lama kami saling bertatapan. Bergetar bibirku menahan rasa. Kalaulah Benjamin tahu betapa pentingnya dirinya dalam hidupku. Sudah pasti Benjamin tidak mudah melontarkan kata sedemikian rupa. Aku sedar, sekali lagi Benjamin mahu menjarakkan hubungan antara kami.

Ketukan di pintu memutuskan renungan antara kami. Serentak kepala menoleh ke pintu.

"Masuk! " arahan dilaung dari dalam.

Tidak lama,terjengul wajah Melissa dari luar. Seperti tadi, senyuman menawan menghiasi seulas bibir mungilnya.

"Sorry. I mengganggu ke? " soal Melissa lembut. Dijatuhkan renungannya pada kami berdua. Gelengan diberikan Benjamin.

Dengan berbekalkan sebuah senyuman, penuh gaya langkah diatur masuk. Lenggok derap kakinya menapak ke arah kami aku pandang. Benarlah gadis ini mempunyai auranya yang tersendiri.

"Masuklah. Please, have a sit. " pelawa Benjamin lembut. Diunjukkan tangan ke kerusi.

"Terima kasih.. " ucap Melissa lembut. Lembutnya lahai suara,seakan mahu cair tahi telingaku mendengarnya.

Menyedari kehadiranku mungkin bakal mengganggu perbincangan antara mereka, aku pantas bingkas berdiri. Melissa yang sudah melabuhkan duduk di sebelahku, aku layangkan segaris senyuman. Dan senyumanku berbalas.

"Lia keluar dulu. Nak jumpa Akif. " tanpa menunggu balasan daripada Benjamin, aku terus melangkah keluar. Terasa sesak jika terus berada di situ. Lagipula, aku tidak mahu dilabel hidung mancung pipi tersorong-sorong. Masih lagi mahu bertapa disitu tanpa diundang. Maka, sebelum aku diminta keluar sebaiknya aku aku dengan rela mengundurkan diri sendiri.

Langkahku dipandang tajam. Sedikit lagi mahu menembusi badanku.
Sengaja aku gunakan nama Akif sebentar tadi. Mahu memancing reaksi Benjamin. Saat Benjamin membiaskan wajah tidak puas hati, aku bersorak dalam hati. Rasakan! Junjung sangat ego tu.

Biarlah setakat ini sahaja usahaku untuk memujuk Benjamin. Aku juga seorang manusia. Yang tahu erti penat untuk memujuk dan menjelaskan. Jadi, biarlah kami begini.

Mel oh mel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience