BAB 27

Romance Series 247373

Usai mengisi perut di kafe, kami beriringan kembali naik ke pejabat. Mulut tidak berhenti tersengih lebar daripada tadi. Bahagia kurasakan sehingga tidak tahu mahu mengungkapkan bagaimana.

"Yang.." seru Benjamin perlahan di telingaku.

Aku yang ralit dilamun rasa bahagia tersentak dengan seruan Benjamin tiba-tiba.

"Hurmm.. " aku menggumam kecil. Renungan aku jatuhkan ke arah tangan kami yang masih bertaut erat.

"Lebarnya senyum. Macam menang loteri lagi dah I tengok"

Aku tersenyum malu. Ketara sangatkah rasa bahagiaku yang terbias di wajah?

Elok membelok ke kanan, terpancul wajah daddy di balik dinding. Drastik aku dan Benjamin menghentikan langkah. Nasib sahaja tidak berlaga sesama sendiri dengan daddy yang tiba-tiba terjengul di depan muka.

Daddy juga turut terhenti. Direnung aku dan Benjamin tanpa kelip sebelum bebola matanya merayapi tangan kami yang bertaut rapat. Segaris senyuman diberikan.

Aku cuak. Terasa serba tidak kena ketika ini. Malu, segan, takut bercampur baur menjadi satu. Bibirku gigit kuat. Mata aku larikan ke arah Benjamin di sisi yang hanya beriak tenang.

"Dari mana ni? " soal daddy perlahan.

"Dating.. " jawab Benjamin selamba. Dikerling sekilas aku yang diam tidak berkutik di sebelah. Merah wajahku dengan jawapan selamba Benjamin.

"Pagi-pagi dah dating.. " usik daddy.

"Daddy juga yang bagi lampu hijau tadi kan.. " tukas Benjamin tersenyum senget. Dimainkan keningnya.

Aku mencubit perlahan perut ketak Benjamin.

"Aduh! Sakit lah yang.. " rengek Benjamin manja. Aku menjegilkan biji mata. Segan dengan sikap Benjamin di hadapan daddy.

"Tak ada lah daddy. Mengarut je abang ni. Kami baru balik dari kafe. Breakfast.. " jawabku menceritakan perkara sebenar.

Benjamin dan daddy masing-masing menghamburkan tawa kuat. Aku diterpa rasa segan melihatkan kedua lelaki ini bergelak tawa. Lucu sangatkah jawapan yang aku berikan?

"Dah berbaik lah ni? " bebola mata daddy bersilih ganti merenungku dan Benjamin.

"Well. As you can see Dato Razman. " Benjamin tersenyum senget. Aku menunduk segan. Gaduh bagai nak rak, alih-alih berkepit macam belangkas.

"Baguslah kalau macam tu. Senang hati daddy lihat kamu berdua dah berbaik. " ujar daddy menghela nafas lega. Terukir sebuah senyuman senang di wajahnya.

"Okay lah. Daddy gerak dulu. Nak pergi PWTC kejap. Selamat bercinta loverbirds" serentak terus dilepasi tubuh kami. Bahu Benjamin ditepuk kuat. Sebuah bisikan diberikan kepada Benjamin sebelum diatur langkah menuju ke lif.

Seminit, Benjamin tertawa mesra. Entah apa yang dibisikkan tadi juga aku tidak tahu kerana sepatah kata pun tak dapat aku dengari. Alih-alih ketawa sahaja yang bergema.

Aku mengerutkan dahi.

"Jom. Abang hantar baby balik bilik. " diheret tanganku menuju ke kamar pejabatku di hujung jalan.

"Daddy bisik apa tadi kat abang? " tanyaku perlahan. Wajah tenang Benjamin aku kerling.

"Tak ada apa lah. Hal lelaki. " balas Benjamin ringkas. Aku memincingkan mata. Benjamin hanya tersenyum.

Daun pintu pejabatku ditolak dan ditutup rapat. Aku bawa langkah menuju ke arah rak di tepi pintu. Ingin mendapatkan sebuah lagi fail yang aku mahu jadikan sebagai rujukan untuk kertas kerja terbaru.

Benjamin pula kulihat terus ke meja kerjaku. Dihempas tubuhnya ke kerusi. Laptop milikku dibuka. Kulihat jari-jemari seksi miliknya galak menari di papan laptop.

"Yang.. " Benjamin mendongakkan wajah. Mencari seraut wajahku.

Aku yang asyik membelek fail di rak pantas menoleh ke arah Benjamin.

"Yes? " balasku sepatah.

"You letak kat mana paperwork hari tu?  I mean yang I rejected and yang I dah approved. I need to see both of it." kepala ditundukkan kembali ke skrin laptop. Digodek-godek kembali laptop milikku.

Aku merapati Benjamin yang fokus membelek mencari letak duduk paperwork tersebut. Aku berdiri di sisi Benjamin.

"Paperwork yang abang dah reject tu Lia letak dalam dustbin laptop dah. Then, paperwork yang abang approved Lia letak dalam folder documents" ujarku menundingkan jari ke arah skrin laptop.

Benjamin menganggukkan kepala. Pantas tetikus laptop dilarikan ke kiri dan kanan. Diklik beberapa kali membuka buka bahagian yang aku ceritakan kepada dia.

Siap, disandar belakang tubuhnya ke kerusi empuk milikku. Bibir diketap perlahan. Kedua tangan diusap-usap ke dagu. Kerusi kerjaku digoyangkan kiri dan kanan. Direnungku pula aku di sisinya, lama bersilih ganti dengan paperwork yang dibuka menghiasi skrin laptop.

Aku diam memerhati tingkah Benjamin. Sesaat, Benjamin bingkas berdiri. Dibetulkan letak bajunya. Rambutku yang terurai sehelai dua diselitkan belakang telinga.

Aku jalarkan tangan membetulkan tali leher Benjamin yang sedikit senget. Benjamin memaut pinggangku dari tepi. Diramas tepi pinggangku perlahan.

"I balik bilik dulu." pamit Benjamin perlahan. Sebuah ciuman kecil dilayangkan ke pipiku.

Sebuah anggukan aku berikan. Senyuman manis menghiasi wajahku.

"Yang.." tangan yang menarik tombol pintu terhenti. Ditoleh kembali ke arahku yang sudah mengambil tempat di hadapan laptop.

"Hurmm.." sahutku manja.

"Nanti tolong print out semula paperwork yang I dah reject dengan yang I dah approved. Then, bawa ke bilik I. ASAP!  I need to make some check-up" arah Benjamin tegas.

"Okay." balasku sepatah. Sejenak, pintu bilikku tertutup rapat. Bayangan tubuh Benjamin hilang perlahan-lahan dari ruang mataku.

••••

"Tak guna! Kurang ajar!  Arghhhh!! " ditepis jatuh kesemua barangan di atas meja solek miliknya.

Jatuh berselerak memenuhi lantai. Berderai bunyi kaca memenuhi ruang bilik. Daniel yang bersila panggung di atas sofa hanya diam memerhati tingkah kekasih gelapnya yang seakan orang gila dirasuk syaitan.

"Aqeela." tidak betah hanya melihat, diseru nama si kekasih. Naik bingit telinganya dengan jeritan dan pekikan nyaring Aqeela. Jika kata-kata yang indah tidak ada masalah tapi sumpah seranah sahaja yang terluah dari mulut tebal itu.

"You diamlah! " tengking Aqeela kuat.

Daniel bingkas bangun. Merapati Aqeela yang sudah kusut masai wajahnya ditelan masalah.

Dipaut tubuh itu rapat ke dadanya. Aqeela menolak. Ditepis berkali-kali tangan kekar milik Daniel daripada membaluti tubuhnya. Dia benar-benar tiada mood untuk bermesra saat ini.

"Heyyy, syuhhh... Calm down baby. " pujuk Daniel lembut. Kucupan diberikan ke rambut Aqeela.

"I stress tahu tak? I ingat bila dah jadi macam tu jantan tu akan bencikan betina merangkap adik tiri dia. Tapi tak, malah siap bermesra lagi. Arghhh!  Tak guna kau Benjamin! " sekali lagi Aqeela meronta kasar.

Daniel memaut tubuh itu kejap. Sakit juga badannya ditolak kasar. Namun, ditahan sahaja membiarkan Aqeela melepaskan perasaan sakit hatinya.

"Qeela! "

Aqeela masih lagi membentak dalam pelukannya. Cuba sekuat mungkin untuk melepaskan diri.

"Aqeela Sania! " kali ditempik kuat suaranya. Bergema menghempas ke dinding kondo miliknya.

Aqeela terdiam. Gerun dengan jerkahan Daniel sebentar tadi. Serta merta rontaan dihentikan. Naik turun nafasnya menahan geram dan takut. Tubuhnya dikeraskan.

"You relax boleh tak?" bentak Daniel kuat ditelinga Aqeela. Ditolak tubuh genit itu ke sofa. Rambutnya disebak ke belakang. Kedua belah tangan dicekak naik pinggang. Wajah diraup kasar.

"Relax you cakap?  You tahu tak apa yang kita plan tak jadi? " jerit Aqeela kuat.

Daniel mengetap bibir kuat.

"Dah tu you ingat you menjerit, terpekik terlolong macam orang gila dapat selesaikan masalah? Plan tu akan jadi semula macam yang dirancang? " jerit Daniel kembali.

Aku diam. Menikus di sofa.

"Dah tu macam mana kalau apa yang kita dah buat Benjamin dapat tahu? " soalku risau.

"Baru plan pertama.  Kita masih ada banyak backup plan lagi. Sebab tu I suruh you relax. Jangan nak memberontak tak tentu pasal! " tukas Daniel.

Aku tersenyum jengkel.

"You ingat Benjamin tu bodoh nak buat tak tahu apa benda yang dah jadi? Butakan mata macam dia buta tuli masa marahkan betina tu? " selar Aqeela lantang. 

Daniel mencebik. Dilaga gigi atas dan bawahnya.

"I rasa tak ada lah bijak mana pun Benjamin tu. Kalau betul dia bijak mesti dia takkan buta tuli marahkan adik tiri dia. Sewenangnya percaya pada orang yang tak sepatutnya. " selar Daniel kasar.

Aku tertawa sinis dengan andaian Daniel.

"At least dia lebih bijak daripada you. Dan kalau you kata dia kurang bijak, kenapa at last dia boleh bermesra dengan betina tu dalam pejabat? " soalku menyangkal andaian Daniel.

Daniel terdiam dengan lontaran kata-kataku.

"Then, apa plan you seterusnya? Sekali lagi gagal, I memang takkan terlibat lagi dah dalam rancangan you. " Soalan diajukan Aqeela setelah masing-masing lama berdiam diri.

"You jangan berani larikan diri Aqeela. You pun tahu kan apa akibatnya kalau you lari? " ugut Daniel tersenyum sinis. Dicerlun tajam menembusi mata Aqeela yang sudah cuak.

Aqeela kecut perut. Ditenung wajah Daniel yang sedang menyeringai sinis. Liur yang terasa kelat ditelan payah. Shit! Kalau dia tahu, lebih baik dia buat kerja sorang diri tanpa terlibat dalam rancangan Daniel. Namun, kini dia tidak boleh lari lagi kerana perjanjian sudah terikat antara mereka.

Daniel kembali mengukir senyuman. Sejenak, terbayang kelukaan yang bakal dihadiahkan kepada Benjamin kelak sekaligus meranapkan kebahagian sejoli itu.

Ditoleh Aqeela di sisinya. Buat seketika mereka saling merenung antara satu sama lain.

"Buat masa sekarang, kita biarkan mereka bahagia dulu. " ucap Daniel bersama sengihan lagak seorang psiko.

Aqeela membuntangkan biji matanya.

"What!!!!! " jeritan Aqeela menusuk nyaring ke telinganya.

Dijeling tajam Aqeela yang mundar mandir di hadapannya. Perempuan ni menyusahkan betul lah! Emosi melulu!

"No!  No!  No! " tangan digoyang berkali-kali.

"You nak Benjamin kan? " soal Daniel memandang Aqeela yang serabut di hadapannya.

Aqeela mengangguk laju. Bibirnya dikemam kuat.

"Ikut sahaja apa yang I cakap. Then, you akan dapat Benjamin. Totally will be yours. " ditarik Aqeela Sania rebah di pangkuannya. Bibir tebal itu dicumbu kasar.

Aqeela tersenyum lebar. Dianggukkan kepala sebelum ciuman Daniel turut dibalas.

••••

Aku kerling sekilas Benjamin yang tenang memandu di sebelahku. Terasa seolah-olah aku masih lagi bermimpi melihat Benjamin di sisiku saat ini.

Sekejap-kejap aku toleh  ke sisi. Tidak lama aku toleh kembali. Sebelah tangan memegang stereng kereta manakala sebelah lagi menggenggam erat tanganku di pehanya.

"Kenapa yang? Pandang abang macam tu? " soal Benjamin perlahan. Tanganku yang berada di peha dibawa ke bibir sebelum dikucup mesra.

Aku tersenyum. Terasa tak puas pandang wajah Benjamin yang sweet sangat sekarang ini. Rasa berbunga-bunga hatiku.

"Abang jangan lah marah Lia lagi macam hari tu. " bisik ku sebak. Terasa sedih mengenangkan hubungan kami yang renggang selama sebulan sebelum berbaik kembali.

Benjamin mengeluh panjang. Dikerling sekilas aku di sisi yang dari tadi tidak lepas memandang tunak ke wajahnya.

"Maafkan abang sayang. Sungguh, I tak ada niat nak buat you macam tu. Maybe sebab I jelous. So I lampiaskan rasa jelous I dengan cara macam itu" Benjamin akhirnya mengaku perkara yang sebenar kepadaku.

Aku terdiam. Menilik lama seraut wajah Benjamin dari sisi yang sudah merah menahan rasa malu.

Ohh, jadi rupanya hubungan kami yang renggang selama ini berpunca daripada Benjamin yang jelous melihat keakrabanku bersama Akif Hafeez selama ini.

Aku melepaskan tawa kecil. Lucu mendengar luahan Benjamin. Walaupun begitu, aku agak kagum dengan Benjamin yang sudi berterus terang akan perasaannya yang sebenar. Sanggup direndahkan egonya semata-mata mengakui kesalahan dan meluahkan kebenaran.

"Janganlah gelak. " rengek Benjamin menahan malu.

"Mana ada Lia gelak. " nafiku masih bersisa tawa di bibir.

Benjamin mendengus perlahan. Dijeling tajam aku di sisi. 

"Abang.." seruku lembut.

"Hurmm.. " gumam Benjamin lembut. Dibelok stereng kereta ke kanan. Memasuki simpang kediaman mewah kami.

"Janganlah jelous lagi dah lepas ni. Lia dengan Akif memang tak da apa-apa hubungan istimewa pun. Hanya sekadar kawan sahaja. Tak lebih daripada itu. Please percayakan Lia. " kepercayaan aku tuntut daripada Benjamin. Kata-kata pujukan aku luahkan.

Benjamin menoleh ke sisi. Kereta siap diparkir di bawah bumbung garaj. Bebola mata dibawa merayapi segenap wajahku.

"Kalau tak nak I jelous, jangan rapat-rapat lagi dah dengan Akif. "

Aku mengangguk laju. Kalau itu yang boleh membuatkan Benjamin percayakanku, aku rela. Lagi pula memang selama ini aku hanya menganggap Akif sebagai teman semata-mata. Tidak pernah terdetik di hati untuk ke arah hubungan yang lebih serius.

"Good girl. " kepalaku digosok lembut. Benjamin mejulurkan kaki kekuar daripada kereta. Aku sandangkan tas tangan ke bahu.

Sejenak, mata terpandangkan dua biji kereta yang menyusur masuk ke perkarangan laman. Aku berpandangan seketika dengan Benjamin yang berdiri tercegat di sisiku.

Mata kami jatuhkan kembali ke arah dua buah biji kereta yang sudah siap diparkir. Terbentang di halaman rumah. Aku sudah mengerutkan dahi. Kukalih ke sisi. Benjamin steady sahaja. Tiada riak pelik pun di wajahnya.

"Jom! " ajak Benjamin spontan. Jemariku disulam dengan jemarinya. Aku keraskan tubuh.

Benjamin tersenyum segaris melihat reaksiku yang tidak berganjak walaupun setapak.

"Jom lah. " sekali lagi ditarik tanganku menuju ke arah dua biji kereta tersebut.

"Nak buat apa? " soalku kalut.

Benjamin menoleh.

"Adalah. "

Kami tiba di hadapan dua biji kereta tersebut. Kulingas mata ke arah kereta tersebut. Mengikut telahanku, sebiji kereta ini masih lagi baharu jika hendak dibandingkan dengan kereta yang diparkir sebelahnya.

Aku memandang Benjamin.

Seorang perempuan bertindak maju ke arahku. Terukir senyuman manis di wajah tersebut. Aku terkelu.

Langkahnya dihentikan di hadapanku. Dihulurkan sejambak besar bunga ros merah bercampur dengan beberapa kuntum bunga ros pink. Sekali lagi aku dihambat rasa kelu.

Lama aku tercengang sebelum aku menyambut huluran tersebut. Segugus kunci turut diletakkan di telapak tanganku. Aku terdiam. Mulut terbuka. Masih menimbang tara apa sebenarnya yang sedang terjadi.

"Te.. Ter.. Terima kasih.. " ucapku gagap. Anggukan diberikan oleh wanita itu kepadaku.

Tidak lama, wanita tersebut lolos masuk ke dalam kereta sebiji lagi sebelum ia bergerak keluar daripada perkarangan rumah agam milik kami.

Aku menoleh ke sisi. Benjamin merenung lembut mataku sambil mengukirkan sebuah senyuman.

"Jangan cakap abang yang bagi semua ni" ucapku.

"Sayang rasa? " digigit sedikit bibirnya.

Aku terpana. Serta merta rasa terharu berlumba-lumba menyerang di dada. Setitis air mata mengalir jatuh di pipiku.

Aku yang sedang menitiskan air mata, didekati Benjamin. Dirangkul tubuhku masuk ke dalam pelukannya.

Aku menangis di dada Benjamin. Pelukan Benjamin aku balas erat.

"Dapat hadiah pun menangis lagi ke?"
Seloroh Benjamin seraya mengusap air mataku di pipi.

Aku mengangguk laju. Tidak sangka akan beroleh kejutan seperti ini. Sebuah kereta mewah hadiah daripada Benjamin.

"Tapi untuk apa semua ni? " soalku setelah mulai tenang.

"Hadiah sayang grad dengan cemerlang. Lagipun abang tengok kereta you tu dah lama. I mean selalu meragam, so I belikan you kereta bari ni as a gift. " terang Benjamin perlahan.

"Bukan I taknak bagi you tumpang I, tapi you know sometimes I kerja luar. Tak masuk office. Outstation sana sini, so I think this is the best solution. "

"You like it? " bisik Benjamin rapat di wajahku.

Aku mengangguk laju bersama senyuman lebar yang tersungging di bibir.

"So much! " sebuah kucupan aku layangkan ke pipi Benjamin.

"Nak lagi yang. Macam best je" disua sebelah lagi pipinya ke arahku.

Aku menolak lembut wajah Benjamin.

"Sekali je. Lebih-lebih tak boleh. " ujarku.

Benjamin mencebik. Dilepaskan rangkulan di tubuhku sebelum menapak masuk ke dalam rumah

"Kedekut. Nanti abang minta Melissa jela cium"

Aku membulatkan mata. Pantas aku kutil perut Benjamin kuat. Benjamin menjerit mengaduh sakit.

"Jangan nak mengada eh. Buatlah kalau berani. " bidasku kasar.

Benjamin tertawa kuat. Lucu dengan reaksiku.

"Terima kasih Benjamin Luthfias! " bisikku di telinga Benjamin.

"Sama-sama kasih Aulia Natasha! "

Lengan Benjamin aku rangkul erat sambil kami melangkah beriringan menuju ke pintu utama rumah.

Nantilah aku minta Pak Wahab parkir di bawah garaj.

••••

Mengenangkan esok hari minggu, malam ini aku berniat untuk turun lebih awal ke dapur menyediakan makan malam. Petang tadi, aku ada bertanyakan kepada Benjamin jika ada menu yang mahu dia request untuk makan malam ini.

Namun, hanya jungkitan bahu diberikan kepadaku. Katanya lagi, dia makan sahaja apa yang dimasak olehku. Jadi, setelah aku mencongak-congak akhirnya aku putuskan untuk menyediakan ayam masak kicap sahaja. Resepi mudah, senang dan pastinya lazat.

Aku sibuk ke hulu ke hilir. Kebiasaanya semua penghuni dalam rumah ini akan turun ke meja makan jam lapan setengah malam. Aku kerling sekilas jam di dinding. Tepat pukul lapan malam.

Aku colek sedikit untuk merasa ayam di dalam kuali. Sesaat, aku terkedu bila sepasang tangan menjalar di pinggangku yang langsing. Jari telunjuk kananku yang tercalit kicap dijilat perlahan. Aku terkedu dengan tindakan spontan Benjamin. Terlakar riak nakal di wajah kacak itu.

"Hurmm. Sedap! macam tuan dia. "

Aku mencebik. Memutar bebola mata naik ke atas. Kalau dah start sweet tu sampai nak kencing manis aku dibuatnya. Cuba kalau datang angin baran dia, hilang sweet. Bagai nak terbalik pejabat ditempiknya aku.

Aku tepuk lembut pipi Benjamin yang sedang menyeringai sengih. Aku tolak tubuh lampai itu ke tepi. Menuju mengambil mangkuk kaca.

Benjamin kulihat berlenggang menuju ke meja makan. Ditarik perlahan kerusi ke belakang sebelum dilabuhkan duduknya di situ.

Tidak lama, muncul daddy dan mummy di ruangan dapur. Tersengih penuh makna. Aku mengerutkan dahi. Pelik dengan riak wajah keduanya malam ini. Senyuman itu seperti ada udang di sebalik batu.

Siap, aku hidangkan ayam masak kicap atas meja. Punggung aku hempas di sebelah mummy. Aku melirik ke arah Benjamin di depan ku bersebelahan kiri daddy.

Tidak lama,masing-masing mula tunduk menyuap nasi ke dalam mulut. Senyap seketika suasana di meja makan saat ini.

"Bilalah agaknya kita ni nak bercucu kan Rida? " Daddy mengajukan soalan tiba-tiba.

Mummy mengeluh kecil.

"Itulah. Bila tengok kawan-kawan sebaya dah bercucu, teringin pula saya. " tokok mummy perlahan. Ekor mata mengerling aku dan Benjamin yang senyap.

"Lia tak ada calon lagi? " soalan cepumas terkeluar daripada mulut mummy.

Aku yang asyik menyuap makan tersedak kuat. Pantas aku gosok laju dada yang terasa tersekat. Mummy di sebelahku mulai kalut. Disua cepat gelas berisi air putih kepadaku. Aku meneguk rakus. Hilang seketika perit di anak tekak.

"Ada ke belum? Mummy tanya diam pula. " ulang mummy sekali lagi.

Aku diam. Tiga pasang mata kini terarah kepadaku. Aku mengigit bibir perlahan. Serba salah untuk mengangguk atau menggeleng. Akhirnya, bahuku angkat sambil tersengih kelat.

"Pulak dah. Nampak gayanya lambat lagi lah kita nak bercucu Rida oii." tukas daddy. Benjamin yang beriak biasa di sebelah di kerling.

"Kamu Ben, dah ada ke belum calon?" kali ini giliran Benjamin pula diajukan soalan cepumas tersebut.

Benjamin panggung kepala.  Dikerling aku yang turut menanti jawapan balas darinya dalam diam. Mengenai perhubungannya dengan Aqeela Sania yang sudah putus, sudah aku ketahui. Siapa lagi kalau bukan dari Tiara. Reporter tak berbayar. Kata Tiara dia dapat tahu daripada Jasmin, kakak sepupunya.

Bebola mata Benjamin singgah di mataku sebelum dilarikan ke wajah daddy. Benjamin kulum senyum.

Sebuah anggukan diberikan kepada daddy. Aku tersentak. Siapa? Melissa? Takkan kut, macam tak je. Benjamin dah ada orang lain ke?  Gaya cara dia layan aku dah macam kekasih. Aku terdiam. Rasa sedih mengenangkan kemesraan yang ditunjukkan Benjamin kepadaku hanya atas dasar adik beradik tiri sahaja selama ini.

Aku diam sepanjang makan malam. Hanya melangut mendengar celoteh mereka bertiga. Entah lah, sejak dapat tahu Benjamin sudah mempunyai calon aku diam. Tiada selera sudah untuk menjamah makanan.

Usai makan malam, daddy dan mummy segera meminta diri naik ke atas. Benjamin pula santai menuju ke ruang depan sambil bermain telefon di tangan. Tinggal aku sahaja yang sibuk mengemas dan membasuh di dapur. Aku mengelap tangan yang basah.

Aku atur menapak menuju keluar daripada dapur. Berkira-kira ingin naik ke bilik.

"Baby.." laung Benjamin bila melihat aku yang terkocoh-kocoh mendaki anak tanggan. Aku tersentak. Lambat-lambat aku menoleh ke arah Benjamin yang santai menyandar menonton sukan di astro ARENA.

Aku ayunkan dagu ke depan. Tak nampak ke aku memang sengaja nak elak daripada dia?

"Buatkan milo panas satu.. " Benjamin tersengih. Aku terkedu. Sudahlah sakitkan hati aku, semedang pula minta aku buatkan air. Huh! Kurang asam!

Aku merengus. Benjamin kembalikan mata ke televisyen yang terpasang. Malas bersoal jawab, aku kembali menuju ke ruang dapur. Lagi cepat aku buat, lagi cepat aku boleh naik ke atas. Tak payah lama-lama mengadap muka Benjamin.

Lima minit, aku menapak semula ke arah ruang depan. Dari jauh sayup-sayup kedengaran suara Benjamin bersorak. Langkah aku hentikan di sisi Benjamin. Tercegat aku di sisinya.

Aku letakkan mug berisi milo panas di atas meja hadapan Benjamin. Tubuh aku pusingkan untuk menuju ke ruang atas. Malas berlama-lama di situ.

Benjamin bertindak melelar pergelangan tanganku dari belakang. Aku berhenti menapak.

"Eh nak pergi mana? Sinilah temankan I dulu. " Aku sengaja keraskan tubuh. Sengaja untuk tidak mengendahkan permintaan Benjamin.

Sesaat, Benjamin rentap tubuhku. Jatuh terduduk aku di ribaannya. Aku terkedu. Mulut melopong luas. Mata terjegil besar. Tak kusangka Benjamin bertindak seberani ini.

Aku meronta perlahan. Nak meronta lebih-lebih tak boleh sebab Benjamin tengah sedap meneguk milo panas buatanku.

Beberapa kali meronta, aku diam. Wajah aku masamkan. Bibir kumuncungkan. Tanda protes! Wajah aku palingkan dari tatapan Benjamin.

"Masam je muka yang. " tegur Benjamin.

Aku jeling tajam. Kedua belah tangan aku silangkan ke dada.

"Auchhh. Takutnya baby. " kata-kata berbaur usikan diucapkan.

Aku bingkas bangun. Benjamin kalut melihatkan aku yang bangun dari ribaanya.

"Temanlah I dulu. Kesian I tengok tv sorang-sorang kat bawah. " dilelar sekali lagi jari jemariku.

Aku mendengus kasar.

"Dulu boleh pula tengok sorang-sorang! " omelku geram.

"Itu dulu yang. Dulu lain sekarang lain. Mana sama."

Aku menjulingkan mata ke atas. Menyampah!

"Pergilah minta calon awak tu temankan. Suruh saya temankan kenapa? " bentakku kuat. Naik seoktaf nada suaraku. Kaki sudah siap sedia untuk melangkah.

Sekali lagi, ditarik kujatuh ke ribaanya. Dada Benjamin aku pukul kuat. Emosi tiba-tiba. Kalau betul dah ada calon kenapa layan aku seolah-olah kami berkongsi rasa yang sama? Kenapa? Kenapa? Siap hadiahkan aku kereta mewah lagi. Semua tu tanda apa? Sayang seorang abang kepada adik? huh!

"Aduh! Aduh! Senak dada abang, yang.." ujar Benjamin menyeringai sakit. Berkerut seribu dahinya. Padan muka! Puas hati aku.

"Ohh, yang masam mencuka macam asam jawa ni sebab jelous lah eh? " daguku didongak menentang wajahnya. Mataku yang berkaca diusap lembut.

Bibir kugigit kuat. Menahan tangis yang bakal terlepas.

"Kenapa ni yang? " soal Benjamin lembut.

"Awak tulah. Kalau betul dah ada calon kenapa layan saya macam ni? Kenapa buat baik dengan saya? " soalku tegas. Mata menenyeh kasar air mata.

Benjamin terdiam. Keningnya dicantumkan.

"Lah, buat baik pun salah ke yang?" soal Benjamin pelik.

Aku mendengus.

"Ishhh. Dah lah. Pergilah call suruh calon awak tu temankan awak. Saya nak naik atas. Tidur lagi bagus!" aku cuba melepaskan rangkulan Benjamin.

Sejenak, Benjamin menghamburkan tawa kuat. Bergema ruang depan.  Nasib sahaja tiada sesiapa melainkan kami berdua.

Aku masih lagi tersebek sambil terkebil-kebil mataku memerhati Benjamin yang masih lagi ketawa terbahak-bahak hingga merah muka dan telinganya. Aku bernafas laju.

Benjamin hentikan tawa yang masih bersisa. Aku mencerlun tajam. Turun naik nafasku menahan perasaan.

"Itulah, lain kali cuba tanya dulu. Bukan main sembur je. Ini tidak memandai je buat andaian. " pesan Benjamin.

Aku mencebik.

"Dia pun sama. Suka hati je marah kita. " balasku ringkas.

"Haa, menjawab. Sebenarnya, kalau nak tahu, sayanglah calon tu." dibisikkan kata-kata tersebut ke telingaku setelah agak lama berdiam.

Aku terngadah. Beberapa saat, aku masih lagi terkebil-kebil mencerna kata-kata Benjamin lontarkan tadi.

"Betul? " soalku disertai rasa malu. Buang air mata aku je menangis beria-ria tadi.

Benjamin tersenyum sebelum mengangguk laju. Aku kepal baju T-shirt Benjamin di bahagian dada. Mengigit perlahan bibirku yang mungil. Rasa segan pula terlalu menonjolkan emosi ku sebentar tadi.

Dirangkul pinggangku erat. Ditarik menyandar di dadanya yang bidang.

"Bila boleh bagi mummy dengan daddy cucu? " dibisikkan sepatah-sepatah ke telingaku.

Aku terjerit kecil. Kali ini bukan biasa-biasa lagi merah di wajahku. Sikit lagi mahu hangus terbakar. Aku terdiam. Mulut yang mahu tersengih lebar aku ketap rapat. Malu tapi mahu! Benjamin tertawa kecil.

Aku dongakkan wajah. Memandang Benjamin yang merenung tajam mataku. Aku terbuai. Jika dulu, aku mengelak untuk berpapasan mata dengan sepasang mata hazel itu, kini tidak lagi. Terasa larut dalam pandangan tersebut.

Benjamin perlahan-lahan merapati wajahku. Bibir mungil kemerahan milikku diusap-usap. Kulihat halkumnya yang bergerak-gerak. Terasa hembusan kuat nafasnya menampar wajahku. Aku menelan liur. Menanti dalam debar yang melantun hebat di dada. Mata aku pejamkan. Semakin kuat tangan mengepal baju di dada Benjamin.

"Ehem! " deheman seseorang menyentakkan kami. Aku tersentak. Terinjut bahuku disergah daddy tetiba. Tanpa lengah, segera kubingkas bangun dari ribaan Benjamin. Baju yang tersingkap sedikit aku betulkan.

"Kot ya pun, bagi lah halal dulu." aku menghela nafas lega. Sikit lagi mahu terbabas. Kalau sahaja daddy tidak menghentikan kami, aku rasa kami sudah selamat...ahh tak dapat aku bayangkan.

Benjamin turut berdehem. Dikerling aku yang masih terkulat-kulat menahan malu.

"Daddy.." Benjamin tersengih menyapa daddy yang berada di hujung anak tangga. Belakang leher digosok-gosok menghilangkan segan.

"Hurmmm.. " gumam daddy sambil tersenyum senget.

Aku yang tercegat meramas jari jemari sesama sendiri. Kaki menguis karpet berbulu di lantai. Tidak tahu untuk bereaksi bagaimana. Serba tidak kena.

Tak mampu untuk terus berada di situ, aku segera melangkah menuju ke anak tangga. Kalut kudaki. Malu untuk bertentang mata dengan daddy. sampai di hadapan pintu bilik, aku pulas tombol pintu. Lagakku seperti dikejar hantu. 

Aku menghempas tubuh ke katil. Tangan menekup wajah yang terasa panas membahang. Malu tertangkap oleh daddy sebentar tadi. Sudahlah ditangkap ketika sedang asyik 'bercinta'. Sungguh malu dirasakan. Nasib sahaja daddy cool.

Sementara di bawah pula, Benjamin sudah terkulat-kulat menahan segan di hadapan daddy. Daddy mampir ke arah Benjamin.

"Nampak gayanya ada chance lah ye daddy dengan mummy bercucu hujung tahun ni. " seloroh daddy sambil merenung Benjamin yang masih menyandar di sofa. Diatur langkah ke dapur mengisi tekak yang dilanda dahaga.

Benjamin tersengih kaku. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Seperti Aulia, dia juga dilanda rasa malu yang amat sangat. Tapi sengaja ditayang riak biasa. Dikawal sehabis mungkin ekspresi wajahnya.

"In shaa Allah. " itu sahaja yang mampu terluah daripada kerongkongnya. Sekilas, tiba-tiba terbayang seraut wajah comel baby di matanya. Namun, cepat-cepat digelengkan kepala menghalau bayangan baby yang bermain di layar fikirannya sekarang.

Tidak lama kemudian, langkah turut diatur mendaki anak tangga menuju ke bilik. Berselisih dengan daddy yang sedang memegang sebiji mug, cepat sahaja didaki anak tangga laju. Daddy pula hanya menggelengkan kepala sambil terkekeh ketawa melihat anak lelakinya yang dilanda gelabah dan malu.

••••

komen sikit. selamat membaca. lori gula terbalik lagi kali ini.

Share this novel

Nur Azlina
2021-09-06 16:50:17 

apalah dua ketul tu boleh pulak terkantoi hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience