BAB 23

Romance Series 247722

Tubuh yang terasa sengal akibat lama menunduk,  aku bangunkan. Aku kepak ke kanan dan kiri. Seharian menghadap laptop menaip kertas kerja aku membuatkan sengal menjalar ke seluruh badan.

Aku bergerak ke jendela pejabat. Menyelak jendela melihat panorama dari tingkat 15. Burung bebas berterbangan. Sesaat, aku rasakan sudah lama tidak meluangkan masa untuk diri sendiri bercuti. 

Nafasku hela perlahan. Menutup tirai jendela dan kembali melabuhkan semula duduk di kerusi. Setelah hampir tiga bulan memulakan kerja,aku kini sedikit sebanyak sudah mula arif dengan selok belok pekerjaan dan tugas yang diamanahkan untukku.

Tekak yang terasa perit aku urut lembut. Dahaga pula. Makan tengah hari ini juga aku terpaksa skip kerana tuntutan kerja yang harus aku siapkan dalam masa terdekat.

Pintu keluar aku tuju. Pintu bilik aku kuak dari dalam. Kelihatan hanya beberapa kerat pekerja yang tinggal. Selebihnya masing-masing turun ke kafe atau ke mana-mana restoran mengisi perut.

Asyik berjalan menuju ke pantry, terbias seraut wajah Akif Hafeez di ruang mata. Sibuk sedang bercakap dengan seseorang di talian. Malas untuk mengganggu, aku teruskan langkah ke pantry setelah sebuah senyuman aku hulurkan tanda menyapa. Ruang pantry yang lenggang membuatkan aku sedikit selesa. 

Pintu kabinet pantry aku buka. Tersusun beberapa biji mug yang berlainan saiz. Mug sederhana besar aku capai. Seperti biasa, milo menjadi pilihanku. Punggung aku sandarkan santai ke kabinet sambil mengacau milo di dalam mug.

Siap, aku tarik kerusi kosong. Labuhkan duduk bersebelahan jendela pantry yang dihiasi tirai nipis putih. Dari atas aku dapat melihat orang lalu lalang sibuk dengan hal masing-masing.

Kedua belah tangan melekap rapat di mug. Milo yang suam-suam kuku aku tiup perlahan.

"Hai Lia.." aku panggungkan wajah. Terjengul wajah Akif Hafeez di balik pintu masuk pantry.

Aku tersentak namun cepat aku sembunyikan berganti dengan sebuah senyuman. Beberapa lama di sini,  aku sudah selesa dengan semua pekerja. Mereka juga melayanku dengan baik. Tanpa ada sebarang prejudis. Akif salah seorang daripadanya. Banyak membantuku dalam soal kerja. Sungguh, lelaki ini tidak lokek ilmu. 

"Boleh I duduk? "

Aku unjukkan tangan tanda mempelawa.

"Duduklah." pelawaku.

Tanpa tangguh, terus ditarik kerusi berhadapan ku.  Dilabuhkan duduk sambil menyandar santai ke kerusi.

"Tak keluar lunch ke? " soalku.

Akif menggelengkan kepala menjawab pertanyaanku.

"Okaylah, let me be honest. Actually, masa you lalu tadi, I tengah on the phone dengan Benjamin. Dia ada miting kat luar.  So alang-alang tu Ben call I ajak lunch dengan dia. " tanpa dipinta Akif bertindak menjelaskan.

Aku meneguk air milo yang masih bersisa.

"Okay. Then? " soalku masih belum jelas akan keadaan dan kaitannya.

"So, masa tengah cakap I nampak you lalu. Jadi, I bagitahulah Ben yang I tak lunch hari ni. I malas lah nak bagitahu yang I nak temankan you lepak kat pantry. Macamlah you tak kenal abang tiri you tu. Banyak soal. Malas I nak layan.." kutuk Akif di akhir bicara.

Aku menganggukkan kepala mendengar penjelasan daripada Akif.

"You kenapa tak lunch?  Diet eh? " seloroh Akif di hujung ayat.

Aku pantas melepaskan tawa kuat. Akif juga turut tertawa.

"Diet?  Tak adalah. Saya ada kerja sikit. Paper work yang Benjamin suruh saya siapkan tu tinggal sikit lagi saya nak buat final touch-up sebelum proceed untuk bos semak. So I have to skip my lunch lah.. " kataku berterus-terang. Ikutkan hati siapa sahaja yang tidak mahu isi perut, tapi mengenangkan dia masih punya kerja yang lebih penting maka dibatalkan niatnya untuk isi perut. Mujur sahaja pagi tadi dia sudah mengambil makanan berat.

"Wow. Baguslah you ni Lia. Sanggup skip lunch semata-mata sebab nak siapkan kerja. You ni memang terbaiklah. "

Aku mencebik.  Sebelum turut tertawa mendengar kata-kata pujian berbaur usikan daripada Akif.

"Awak jangan nak sindir-sindir saya eh. Macam lah awak tak tahu peel bos awak tu macam mana. Dia tu kalau bab kerja, automatik bertukar jadi hulk tahu. " tanpa sedar, mulutku ringan mengutuk Benjamin.

Sesaat, terdengar letusan ketawa kuat dari mulut Akif. Aku hanya tersengih. Janganlah Benjamin dengar. Kalau terdengar oleh dia, mahu di lempar aku turun ke bawah.

"Boleh tahan juga eh you mengutuk abang you. Dengar dek dia nanti, mahu balik rumah jalan kaki nanti. " ugut Akif masih tersengih-sengih.

"Biarlah. Macamlah saya tak boleh balik sendiri. Banyak lagi lah cara saya boleh balik. " tukasku sambil menjegilkan biji mata ke Akif.

"Tapi jangan risau. I sedia untuk jadi driver you kalau Ben biarkan you balik sorang-sorang. " ayat semanis gula dihadiahkan untukku.

Aku menggelengkan kepala.

"Boleh percaya ke cakap awak ni? Hari tu saya nampak awak tumpangkan staf department sumber manusia. Siap tolong bukakan pintu lagi. Gigih eh. " giliran aku pula hulurkan usikan. 

Akif kelihatan terkesima. Tersentak. Serta merta tubuh yang tersandar ditegakkan. Aku menguntum senyum. Membawa mug ke bibir. Menghirup air milo yang sudah sejuk.

"Ma.. Ma..na ada.  You ni memandai je. " nafi Akif kalut.

Aku meletuskan gelak.

"Eleh, lagi nak temberang lah awak ni. Nampak sangat betul. Alah, tak payah nak berahsia sangat lah. Saya dah nampak. " aku bingkas berdiri.

"Awak nak saya buatkan milo ke? Mana tahu asyik bersembang, kering tekak.. " pelawaku untuk menyediakan minuman kepada Akif.

Akif mencebik. Tapi betul juga. Kering pula tekak dia asyik bersembang dengan Aulia. Baru tahu bahawa Aulia seorang yang ramah dan mesra.

"Boleh juga kalau awak nak buatkan. Orang kata rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari.." dilemparkan kata-kata kiasan kepadaku.

Aku hanya tersenyum. Segelas mug aku capai. Seperti tadi, aku sediakan milo mengikut sukatan yang sesuai.

Akif yang duduk turut bingkas bangun. Bergerak merapatiku. Aku yang siap menyediakan milo pantas berpusing. Mahu menghidangkan milo kepada Akif. Tidak pula aku ketahui Akif sedang merapatiku di belakang.

Sesaat, kedudukan yang hampir bertembung menyebabkan aku tercurah milo sejuk ke atas tubuh separa bidang Akif Hafeez. Milo yang tercurah sekaligus membasahi tubuh Akif di bahagian dada.

Seketika, masing-masing terkedu. Aku terkebil-kebil. Tidak terkecuali Akif yang hanya keras tidak berkutik. Nafas aku hela kuat.

"Awak tunggu kejap. Saya ambil tisu lap.. " kotak tisu yang terdampar di tas mesin pembakar roti aku capai. Segumpal tisu aku tarik dan sapu ke baju Akif yang sudah bertukar warna bertompok kotor.

"Eh, tak apa Lia. Sikit je ni. Nanti I boleh tukar baju baru. Takpa. Biar I buat sendiri."

"Eh. Takpa, biar saya bantu. Lagipun salah saya. Sebab tak nampak awak kat belakang. "

"Takpa. Dah bak sini tisu tu. I lap sendiri. "

Seminit, kami saling bertingkah antara satu sama lain.

"Takpa, takpa. Biar saya buat"

Asyik bertingkah, derap kaki seseorang kedengaran menghampiri pantry.  Sesaat, kami diam. Menanti gerangan yang bakal muncul.

"Ben! " seruku kuat.

Benjamin terkaku. Mata jatuh memerhati tanganku yang berada dalam genggaman Akif.

Merayapi renungan Benjamin di tanganku, pantas aku rentap perlahan. Akif turut tersedar. Tapi sungguh, dia tidak berniat untuk memegang tangan runcing Aulia. Semuanya tindakan spontan.

"Ben.." Akif turut menyeru nama Benjamin. Direnung seketika Benjamin yang tegak berdiri tanpa mengeluarkan sepatah kata.

Malas untuk ambil pusing, tubuh dibawa ke arah sinki. Membersihkan kotoran yang melekat di baju.

Aku mendongak memandang Benjamin. Sepasang mata hazel itu mencerlun tajam memanah sepasang mata bundar milikku. Aku terkedu. Untuk beberapa lama, suasana sepi berlegar antara kami. Bibirku bergetar. Tangan yang berpeluh aku kepal erat.

Dengan dengusan kasar, Benjamin melangkah laju meninggalkan ruang pantry. Aku mengeluh kuat. Bibirku ketap rapat. Sekali lagi,  Benjamin salah sangka.

Tidak mahu membiarkan Benjamin terus dengan salah sangka tanpa mengetahui kejadian sebenar, pantas aku turut melangkah laju mengejar langkah Benjamin. 

Akif aku tinggalkan tanpa pamit. Biarlah apa sekali anggapan Akif terhadapku asalkan salah faham yang berlaku dapat aku buang daripada fikiran Benjamin.

Menuju ke bilik Benjamin, aku dilanda debar.  Teringat sikap berang yang Benjamin pamerkan tempoh hari. Dengan lafaz bismillah, aku tolak perlahan pintu bilik Benjamin.

Dengan tubuh separa menggigil dan tangan yang terketar, aku bergerak merapati Benjamin yang asyik memandang ke luar.

"Abang.. " seruku perlahan.

Panggilan dibiarkan sepi. Aku memejamkan mata. Mengumpul kekuatan.

"Abang.." sekali lagi namanya kuseru.

Kerusinya dipusingkan kasar menghadapku yang tertunduk di depan meja kerjanya.

"Abang. Apa yang abang nampak tadi tak seperti yang abang fikirkan. Percayalah. Lia dengan Akif tak buat apa-apa pun. Lia cuma nak.. "

"Nak apa? " soal Benjamin dingin. Suaranya sedaya upaya dikawal. Renungan tajam diberikan.

"Nak tolong bersihkan baju dia sahaja. Takda maksud apa-apa pun.. " ucpaku perlahan.

"Bersihkan baju dia? "

Aku anggukkan kepala.

"Bersihkan baju dia tapi tangan dia pegang tangan you? Macam tu you cakap you tolong bersihkan baju dia? Benda merepek apa you bagitahu I ni Aulia Natasha. " balas Benjamin disertakan dengan tawa jengkel. Seakan memperlekehkan kebenaran kata-kataku.

"Percayalah. Akif pegang tangan Lia untuk ambil kotak tisu tu. Dia nak bersihkan sendiri. Jadi belum sempat kotak tisu tu beralih tangan, abang datang. Jadi apa yang abang nampak bukan seperti yang abang fikirkan. " rintihku lemah. Bergetar suaraku menceritakan kejadian sebenar.

"So you nak cakap apa yang I fikir ni salah lah? " tekan Benjamin.

Aku gelengkan kepala.

"Jadi betul? "

Aku memicit pelipis dahi. Benar-benar lelah dengan anggapan Benjamin.

"Yes, totally salah." sahutku.

Lama renungan dibiarkan menjelajah sekujur tubuhku. Menghukumku dalam diam.

"Terserah you lah Aulia nak buat apa. Lagipun I ni bukan siapa-siapa pada you. Hanya sekadar abang tiri. So now, sila keluar daripada bilik I" serentak dipusingkan kembali tubuhnya menghadap jendela luar.

"Please. Percayalah. Apa yang abang nampak tu tak sama seperti yang abang fikirkan." rayuku perlahan.

"I cakap keluar Aulia! "

"Abang penting pada Lia. Tolonglah percaya.." bicaraku luluh.

"Keluar! " kali ini lantang suara Benjamin bergema ke segenap penjuru bilik.

Aku tersentak. Tubuh terhenjut kuat. Mata yang panas berkaca pantas mengeluarkan air mata. Jatuh mengalir di pipi.

Inilah kali kali pertama, setelah hampir setahun bersama, Benjamin bertindak menengkingku tanpa belas.

Bibir kuketap rapat menghalang esakan yang bakal keluar daripada bibir. Sisi baju aku genggam kuat. Tanpa lengah, terus aku atur keluar daripada bilik Benjamin. Sebelum pamit keluar, wajah kutoleh sekali lagi merenung Belakang Benjamin.

••••

Aku bersandar di pintu pejabat bilikku. Tangan naik menekup mulut. Menahan esakan. Terlepas esakan kuat dari mulutku. Mujur sahaja bilikku ini kedap bunyi.

Lama aku tersandar lemah di pintu. Wajah aku dongakkan ke atas.  Menghapus air mata yang masih galak mengalir di tubir mata.

Sungguh Benjamin salah faham. Andai sahaja Benjamin tahu bahawa dirinya merupakan orang yang aku puja selama ini. Pasti, salah faham ini takkan berlaku.

Aku menuju ke ruang kerja. Tubuh aku hempas kasar ke kerusi. Menghembus nafas lemah. Keluhan kuat terlepas dari mulut. Wajah yang serabai aku betulkan.

Menyedari masih ada sedikit lagi kerja yang perlu aku siapkan, soal peribadi aku ketepikan dahulu. Doaku, harap Benjamin terpujuk nanti. Tak sanggup aku jika Benjamin terus larut dengan salah faham antara kami.

••••

Seperti biasa, aku menunggu Benjamin Benjamin di parkir. Beg yang melorot jatuh aku pautkan kemas ke bahu. Wajah menunduk merenung heels di kaki. Terasa lama menunggu, aku menilik jam di tangan.

Sejenak, kelibat Benjamin terlayar di ruang mata. Keluar daripada pintu ground floor. Aku mempamerkan senyuman manis. Namun, riak beku dan serius dilayangkan kepadaku.

Menyedari riak yang terlukis di wajah Benjamin, aku kembali menunduk. Keberanian yang aku kumpul terasa terbang melayang.

"You balik sendiri." ujar Benjamin bila tiba di hadapanku.

Aku tersentak. Wajah yang menunduk, aku angkat. Membalas renungan Benjamin. Mencari kepastian di sebalik kata-katanya.

"You dengar tak apa I cakap? " kali ini soalan pula diberikan kepadaku.

Lambat-lambat aku mengangguk. Mataku berkaca. Terasa panas di tubir mata. Kalau betul Benjamin marahkan aku sekalipun kenapa sampai sanggup menyuruh aku pulang sendirian? Sudah lah hari sudah lewat petang. Langit juga kutengok gelap.

Melihat anggukanku, terus sahaja Benjamin bolos masuk ke dalam kereta. Sesaat, kereta mewah milik Benjamin menderum laju meninggalkan aku terkontang-kanting sendirian di kawasan bangunan syarikat.

Menyedari aku yang sudah ditinggalkan, aku atur langkah menyemberangi jalan ke stesen bas di sebelah sana. Terdapat beberapa orang awam turut berada bersamaku menunggu bas.

Aku mengeluh. Mata yang merah berkaca aku usap. Mudah benar air mata ini mengalir jika melibatkan Benjamin. Mata aku kelip beberapa kali. Menghapuskan air mata. Tiada guna menangis. Benjamin takkan patah balik untuk mengambil dia.

Terlintas kata-kata Akif saat rancak berceloteh di pantry pejabat siang tadi. Katanya kalau Benjamin tinggalkan aku, dia sanggup jadi driver.

Aku hanya anggap ia hanyalah gurauan semata-mata. Mahu menelefon Tiara meminta dia menghantar aku pulang terasa macam menyusahkan pula. Mengenangkan Tiara juga sudah memulakan kerja di anak syarikat milik keluarga, jadi aku agak keberatan. Sudah pasti Tiara juga sibuk. Akhirnya, aku buat keputusan untuk menaiki bas sahaja pulang ke rumah.

"Katanya bas ada pukul lapan malam nanti. " tukas seseorang. Kukalih melihat gerangan wanita tersebut. Manis bertudung. Mungkin lingkungan umur 40-an barangkali fikirku.

"Yeke? Alah, dah tu macam mana?  Lambat lah kita sampai rumah nanti. Dah la macam nak hujan ni. " celah rakannya di sebelah. Aku memasang telinga. Masak kalau pukul lapan baru ada bas. Mesti mummy risau.

Sekali lagi keluhan kecil aku lepaskan. Nak harapkan Benjamin. Entah-entah sudah sampai balik ke rumah. Mungkin tengah asyik berguling atas katil sekarang ini.

Pandangan aku tebarkan ke jalan. Melihat laluan yang mulai lenggang. Berdoa dalam hati agar masih ada bas sebelum pukul lapan tiba. Nak gunakan grab, aku kurang berminat. Lebih terasa selamat jika menaiki bas.  Ikut keselesaan masing-masing sebenarnya. 

Gerimis hujan mulai turun mengenai wajahku. Aku bingkas berdiri. Menepi ke ruang yang lebih dalam. Mengelak daripada tempias hujan. Beg yang tersangkut di bahu aku jadikan pelindung.

Hujan mulai turun dengan lebat. Aku mengigil menahan kesejukan. Beberapa orang yang turut bersamaku juga dilanda kesejukan. Terketar-ketar bibirku menahan rasa. 

Serta-merta mata mula terasa panas. Mengingatkan betapa teganya Benjamin meninggalkan aku sendirian mengundang sebak di hatiku. Sampai hati!

Hampir dua jam lebih menunggu masih tiada lagi kelihatan bas akan berhenti di stesen kami. Aku bergerak keluar sedikit daripada tempat aku berdiri. Menjenguk jikalau ada kelibat bas, namun hampa.

Jam kutilik. Sudah menginjak ke angka jam lapan setengah malam. Aku mula dihurung gelisah. Aku tekad, jika sampai pukul lapan juga bas masih belum sampai aku akan menelefon Tiara. Terpaksa meminta bantuan Tiara untuk menghantar aku pulang ke rumah.

Jari-jemari aku ramas sesama sendiri. Bertindak mengurangkan rasa gelisah yang bertandang. Mata tak lepas daripada jalan.

Wajah aku tundukkan. Merenung heels yang sudah sedikit basah akibat tempias hujan. Tetiba, ku rasakan seperti kelibat kereta mewah Benjamin yang berhenti betul-betul di hadapan stesen bas. Aku terkedu.

Benjamin kulihat berlari keluar menuju ke arahku. Sekali lagi aku terpana melihat Benjamin masih lagi lengkap dengan pakaian pejabatnya. Mata untuk kesekian kalinya kembali berkaca. Sangkaku, Benjamin sudah tidak peduli tentang diriku yang ditinggalkan keseorangan di sini.

Lambat-lambat tubuh aku bangunkan. Menanti Benjamin tiba. Sejenak, Benjamin merapatiku yang sedang berteduh di bawah bumbung stesen bas.

"Abang.." seruku dengan nada bergetar. Sebak, sedih, gembira bercampur baur.

Tanpa suara, ditarik tanganku menuju ke kereta. Tubuhku ditolak masuk sebelum Benjamin turut lolos masuk dan kereta terus menderum membelah kedinginan hujan. Terbayang adegan dahulu. Keadaan yang sama namun orang yang berbeza perwatakkannya.

"Ambil kot I kat belakang. Balut tubuh you tu. " arah Benjamin dingin.

Bibir kuketap rapat. Kot Benjamin yang tersangkut di kepala kerusi aku balutkan ke tubuh. Sudah hujan pastilah secara tidak langsung tempias hujan terkena ke bajuku.

"Tadi seronok bagi lelaki pegang tangan, sekarang seronok tayang badan pula.. " selar Benjami kasar. Dikerling tajam aku yang membatu di kerusi sebelah.

Bibir bergetar menahan rasa sebak. Tajamnya kata-kata Benjamin  menghiris kelukaan di hatiku.

"Abang salah faham..Lia.. " sekali lagi aku cuba untuk memperkatakan perkara yang sebenar.

"Salah faham apa? Bagitahu I Aulia. Apa yang I salah faham! " tempik Benjamin kuat. Bergema memenuhi ruang kereta. Nampaknya marah Benjamin belum reda.

Bajuku terinjut. Terkejut dengan tempikan Benjamin. Tubuh aku kecilkan.

"Percayalah. Adegan pegang tangan tadi memang tak disengajakan. Lia bukan gila nak biarkan Akif sentuh Lia sesuka hati. " jeritku dengan suara tertahan.

Benjamin bertindak menghentikan kereta di bahu jalan. Pandanganku dibalas sebelum direngkuh kasar tubuhku ke dadanya. Pantas kedua belah tangan aku gunakan sebagai penahan.

"Percayalah. Apa yang berlaku tadi bukan seperti yang abang fikirkan." rintihku dengan mata yang bergenang. Berbisik perlahan. Meminta pengertian daripada Benjamin.

Rahang Benjamin kulihat bergerak-gerak. Terasa degupan jantung Benjamin yang laju. Turun naik nafas kami menahan perasaan.

"Jadi apa yang I nampak tadi tu tak betul lah? " sinis soalan Benjamin menampar mukaku.

Kepala aku anggukkan laju. Air mata merembes membasahi pipi. 

"You jangan ingat semudah itu I nak percaya kata-kata you Lia. Semua tu alasan you semata-mata! Mata I belum buta untuk lihat apa yang berlaku.. " rengkuhan dilepaskan Benjamin kasar. Gear dimasukkan sebelum kereta bergerak menuju ke destinasi yang aku sendiri tidak tahu.

Setengah jam perjalanan, kami tiba di sebuah kawasan kondominium mewah. Aku yang masih diselubungi rasa sedih, terdiam. Memerhati segenap ruang bawah kondominium yang tinggi mencanak mencakar langit.

"Tunggu apa lagi?  Turunlah. Atau nak I panggilkan Akif minta tolong bukakan pintu kereta untuk you? "

Aku memejamkan mata. Cuba untuk tidak menghiraukan kata-kata sindiran daripada Benjamin. Cuba untuk berlagak biasa.

Aku menyoroti langkah Benjamin dari belakang. Suasana kondo yang sunyi membuatkan aku dihambat rasa takut. Langkah laju aku buka, menyaingi langkah Benjamin di depan.

Sekeping kad dikeluarkan daripada poket seluar. Disentuhkan kad tersebut di tombol pintu dan serentak pintu terbuka luas.

Aku tercengang. Mengikuti langkah Benjamin. Teragak-agak aku melangkah masuk. Aku berdiri tegak pintu.

Benjamin yang tersandar lelah di sofa aku kerling sekilas. Aku tebarkan pandangan ke arah sekitar ruang kondo yang besar dan mewah ini. Tersusun cantik segala aksesori yang ada di dalamnya.

"Abang. Kita tidur sini ke malam ni? " soalku perlahan. Sedari tadi memang itulah soalan pertama yang aku mahu ajukan. Takkan nak tidur sini?  Baju pun basahan pun tak ada, apatah lagi baju nak pakai esok.

"Kalau you rasa nak balik, baliklah. Tapi balik sendiri. I takkan hantar.."

Aku mengeluh. Nampaknya, Benjamin benar-benar melancarkan perang dingin denganku kini.

"Tapi nanti mummy risau kalau Lia tak balik.. " ujarku lembut. Tiada juga berkeras. Api lawannya air. Kalau api dengan api memang hangus terbakar.

Benjamin merenungku malas. 

"Mummy takda. Ikut daddy pergi Ipoh. You ingat kalau diorang ada, I berani nak bawa you balik kondo I ke? " Benjamin bermain kata.

Aku diam.

"Tapi.."

"Tapi apa lagi Aulia? " rungut Benjamin geram.

Aku senyap. Namun, harus aku habisi juga kata-kataku yang dicantas Benjamin.

"Tapi Lia mana ada baju. Esok macam mana nak pergi kerja?  Baju takda. " ulasku menceritakan kegusaranku kini.

Benjamin mengeluh. Tubuhku didekati. Tanganku ditarik masuk ke sebuah kamar yang berada di ruang tengah. 

"Pakai baju I. " ucap Benjamin selamba.

Jatuh rahangku dengan kenyataan selamba dari Benjamin.

"Mana muat. " rungutku manja.

"Dah tu? You nak pakai baju ni balik?"

Aku gelengkan kepala.

"You guna bilik ni malam ni. Nanti I bawakan towel dengan pakaian untuk you salin. " sejurus itu terus diatur langkah meninggalkanku tercengang sendirian di kamar.

Benjamin ini benar-benar merunsingkan fikiranku. Tubuh aku hempas ke katil. Sebal dengan sikap Benjamin yang ikut kepalanya sahaja tanpa memikirkan orang lain. Apa salahnya kalau hantar aku balik rumah sekalipun?

Benjamin kembali ke kamarku untuk malam ini. Sehelai kemeja kerja lengan panjang bersama seluar tracksuit miliknya diberikan kepadaku. Sehelai towel juga turut diletakkan di atas katil.

"Nah. Barang-barang mandi semua dah ada dalam bilik air. Tinggal guna sahaja." usai, dibawa keluar tubuhnya kembali. Memberi ruang untukku membersihkan diri.

Aku bergerak menuju ke kamar mandi. Lebih baik aku bersihkan diri. Daripada pagi sampai ke malam, baju dan pakaian sama yang tersarung membuatkan badan terasa melekit. Cuma itulah, nampaknya pakaian dalam lah yang harus aku recycle. Nasib sahaja aku gunakan panty liner.

Usai membersihkan diri, aku bergerak menuju ke katil. Pakaian yang terdampar di atas katil aku sarungkan ke tubuh. Siap, aku bawa tubuh ke meja solek. Sejenak, aku renung sekujur tubuh langsing milikku. 

Dengan kemeja yang labuh mencecah peha, menggelebeh membuatkan aku tak ubah seperti badut. Mahu tergelak pula melihatkan rupa sendiri di dalam cermin. Tapi apakan daya, hanya itu pakaian yang diberikan maka pakai sajalah.

Terdengar ketukan di pintu. Tiga saat, tombol pintu dipulas dari luar. Terjengul wajah beku Benjamin dari luar.

"Makan.. " sepatah perkataan sahaja diucapkan padaku.

"Tak nak. Lia tak lapar. " balasku cuba mengelak daripada berduaan dengan Benjamin.

"Ada I bagi pilihan ke? "

Gelengan aku berikan.

"Then, keluar sekarang. Makan! " berdentum bunyi pintu dihempas. Aku mengeluh dalam. Cara bagaimana lagi mahu aku padamkan salah faham tersebut?

Aku labuhkan kerusi di island kitchen. Suasana dapur yang mewah memukau mataku untuk terus memerhati. Tidak pernah pula kutahu kewujudan kondo mewah milik Benjamin.

Sepinggan spagethi bolognese dihidangkan diatas meja. Ditolak mendekatiku yang hanya diam tanpa sepatah kata. Aku pandang Benjamin yang sedang enak menyuap makanan di hadapanku.

"Abang.. " panggilku lembut.

"Hurmm.." gumam Benjamin tanpa kata. Masih lagi beku sambil menyuapkan spagethi ke dalam mulut.

"Macam mana Lia nak pergi kerja esok? Baju tak ada. " luahku perlahan.

"Tak payah pergi kerja. " mudah balasan diberikan.

Aku mengeluh. Pening dengan peel Benjamin. Mentang-mentang sahaja dia bos. Sesuka hati sahaja buat keputusan.

"Pasal tadi.. Betul Lia.." untuk kesekelian kalinya, aku cuba untuk menjelaskan perkara sebe

Berdeting bunyi sudu dilepaskan. Aku tersentak. Terketap-ketap rahangnya bergerak. Bebola mata merenungku tajam. Seolah-olah mahu dirobek mataku dengan pandangan tersebut.

"Stop it. I taknak dengar. " desis Benjamin perlahan.

Tangan Benjamin di sisi meja, aku genggam. Namun, sepantas kilat ditepis. Aku terkelu. Bibir kugigit menahan rasa.

"Don't touch me!" tanpa nada, diucapkan kata-kata itu.

"Makan! " arah Benjamin. Aku yang terkelu hanya mampu berdiam diri tunduk menyuap makanan dengan rasa sebak yang berkumpul. Serasa tidak tertelan makanan yang terhidang di depanku.

"Lia dah kenyang. Lia masuk bilik dulu. " pamitku terus atur langkah laju menuju ke kamar peraduan. Hanya sesuku sahaja yang mampu kutelan. Pinggan yang masih lagi banyak tersisa, aku tolak ke depan. Menjauhiku.

Benjamin berdecit perlahan. Tumbukan dilepaskan ke meja. Aku buat bodoh. Seakan tidak mendengar apa-apa. Biarlah kalau Benjamin masih lagi dengan anggapannya. Aku sudah letih untuk menjelaskan ketika ini. Saat ini, aku hanya mahu memejamkan mata dan berdoa agar esok hari baik-baik sahaja.

••••

Bangun pagi ini, Benjamin benar-benar mengotakan kata-katanya untuk tidak membenarkan aku bekerja pada hari ini. Aku baring menelentang. Mendongak ke siling.  Seawal pagi Benjamin sudah memberi amaran supaya aku stay di kondonya. Jangan berani-berani mahu balik ke rumah daddy Razman.

Arghh, tidak boleh jadi. Boleh tepu otak aku kalau seharian duduk macam ini sahaja. Benjamin lah ni punya pasal. Kerana salah faham, diheretnya aku hingga ke kondo dia.

Aku bingkas bangun. Bergerak menuju ke luar. Berkurung dalam bilik boleh bikin aku lemas. Aku berdiri tegak di ruang tamu yang luas.  Rambut yang mengurai aku gayakan messy bun.

Memandangkan ketiadaan Benjamin di rumah, seluar tidur Benjamin yang mahu terlondeh aku lepaskan dari pinggang dan sangkut ke kerusi. Kini, ditubuhku hanya tersarung baju kemeja kerja Benjamin separas lututku.

Aku mencekak kedua belah pinggang. Berniat untuk mengemas ruang tamu yang memang sudah sedia kemas. Alah, bersih jelah. Lagipun daripada aku duduk sahaja tak buat apa.

Radio aku pasangkan. Dengar lagu sambil buat kerja lebih asyik gitu. Aku menuju ke laundry. Kelihatan baju kerja dan basahan Benjamin berlonggok di dalam bakul. Aku tuangkan baju Benjamin ke dalam mesin. Baju kerjaku yang semalam juga turut ku letakkan ke dalam mesin basuh baju. Lantaklah basuh sekali. Malas nak asing-asingkan.

Sabun pencuci dan wangian fresh turut masukkan. Siap, mesin bergerak laju. Aku berlalu ke kitchen island Benjamin. Peti ais sebesar alam aku buka perlahan.

Nampaknya spagethi lagi lah kita hari ini Benjamin. Nasib ada daging kisar. Tapi kalau buat aglio olio pun macam sedap juga kan. Campak-campak jela bahan yang ada. Asal boleh dimakan sudah. Sesi memasak aku mulakan. Sejam lagi dah masuk waktu makan tengahari. Jadi, nanti tinggal jemur sahaja baju lepas tu dah boleh makan.

Bahan-bahan memasak aku keluarkan. Lengan baju aku sinsing hingga ke siku. Dengan lafaz bismillah aku mulakan kerja memasak. Setengah jam berlalu,aku ralit memasak hingga tidak sedar kehadiran Benjamin di dapur.

Tombol pintu utama dipulas perlahan. Dari depan dia sudah mendengar lagu Inggeris terkini dipasang. Tidak kuat,tidak juga perlahan. Aku letakkan kasut di tepi pintu.

Terdengar bunyi mesin basuh dari laundry belakang. Sejenak, kedengaran pula bunyi kuali diketuk dari bahagian dapur. Dihentikan langkah ke seketika. Mengamati ruang tamu yang lebih kemas.

Dibawa langkah ke arah dapur. Disinsing lengan baju sambil melangkah ke arah Aulia. Dari pintu masuk dia sudah dapat melihat Aulia yang sedang asyik ke hulur ke hilir memasak sesuatu. Tubuh disandar santai dulu ke bingkai pintu masuk dapur.

Diamati Aulia dari atas hingga ke bawah. Dengan hanya kemeja kerja miliknya semalam masih lagi tersarung di tubuh langsing Aulia. Ditambah dengan ikatan rambut messy bun benar-benar menyerlahkan kecantikan semulajadi gadis itu. 

Sesaat, diturunkan pandangannya ke bahagian bawah.  Terbias betis bunting padi yang putih melepak. Terteguk air liurnya seketika. Nafas disedut dalam sebelum dibawa langkahnya merapati Aulia yang masih belum menyedari keberadaan dia di dapur.

Spagethi dalam kuali aku gaulkan sebati. Sesekali bibir berlagu mengikut rentak lagu yang terpasang di depan. Sesudu spagethi ambil cuba untuk rasakan di lidah. Namun belum sempat aku suakan ke mulut, terasa sepasang tangan menjalar memeluk pinggangku dari belakang.

Aku berpaling deras. Dada dilanda debar yang bukan sedikit. Kepala sudah terbayang perkara yang bukan-bukan. Terlakar seraut wajah Benjamin di mata. Aku mengeluh kelegaaan. Fikirku, entah siapa yang tetiba sahaja memaut pinggangku dari belakang. Nasib sahaja tidak aku cucuk sudu di tangan ke matanya.

"A..b.. Abang.. " seru perlahan.

"Yes me. You ingat siapa tadi? " soal Benjamin. Tapi suaranya tidak lagi sedingin semalam cuma masih beriak biasa dan tidak mesra.Tanpa intonasi.

Aku gelengkan kepala perlahan.

"Masak apa?" Benjamin bertindak menjenguk sedikit kepala melihat kuali.

Keadaan itu membuatkan kedudukan pipinya seakan berlaga dengan pipiku. Jika sahaja aku berpaling melihat dia di sisi, pasti bibirku singgah di pipinya.

"Spagethi Aglio Olia. Yang ni je ada. " jawabku perlahan.

Tangan Benjamin masih lagi menjalar di pinggangku. Terasa hangat Tubuhnya menyentuh belakang badanku membuatkan ku dilanda debar.

"Nampak macam sedap. " gumam Benjamin di telingaku. Pergelangan tanganku digenggam lalu di bawa ke mulutnya sambil mata merenung sepasang mata bundarku.
Sesudu spagethi di tanganku akhirnya mendarat masuk ke dalam mulutnya.

Aku hanya terdiam. Kaku memerhatikan tingkah Benjamin. Bibirnya yang seksi dijilat perlahan. Aku menjegilkan mata melihat aksi tersebut. Entah kenapa aku rasakan seakan tergoda dan digoda sekarang. Darah panas terasa menyerbu naik ke muka. Aku berdehem. Menghilangkan gugup. Benjamin tersenyum menggoda.

Pelukan di pinggangku dilepaskan. Diatur langkah ke meja kitchen island. Dilabuhkan duduknya di situ. Memerhati aku yang berdiri tercegat di hadapan kuali.

"Abang dah makan? " soalku perlahan memecahkan tembok sepi antara kami.

"Belum" sapatah kata diberikan kepadaku.

Aku pantas menyendukkan makanan tersebut ke dalam dua biji pinggan. Sepinggan aku letakkan di hadapan Benjamin bersama segelas jus Oren Marigold.

Tidak terus duduk, aku ambil seluar yang tersangkut di kerusi. Bergerak menuju ke bilik untuk menyarungkan seluar tersebut.

Seminit, aku kembali semula ke ruang dapur. Lengkap berpakaian. Melihat makanan Benjamin yang belum terusik, aku kerutkan dahi.

"Kenapa abang tak makan? "

Benjamin mendongak memandangku.

"You nak biarkan I makan sorang-sorang? " aku terkedu. Makanan dan Benjamin aku pandang bersilih ganti. Jatuh sekejap rahangku.

"Jom lah makan. Nanti sejuk tak sedap pula. " kerusi aku tarik ke belakang. Labuhkan duduk aku tarik spagethi mendekatiku. Tanpa banyak soal aku sudukan masuk ke dalam mulut.

"Lepas makan, tukar baju. I hantar you balik rumah daddy. I kena masuk office balik lepas ni. " arahan diberikan kepadaku. Aku anggukan kepala.

Setengah jam menikmati makanan, aku bergegas menuju ke bilik. Bersiap ala kadar, tidak mahu melengahkan masa memandangkan Benjamin harus masuk ke pejabat pula nanti.

Aku menapak ke arah Benjamin yang sudah sedia menunggu di muka pintu. Sekilas, aku tebarkan pandangan ke sekitar kondo.

"Jom.." ajak Benjamin.

Beg aku sandang ke bahu. Heels yang berada di tepi pintu aku sarungkan ke kaki dan terus menuju keluar daripada kondo Benjamin.

Selamat Petang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience