BAB 32

Romance Series 247373

Letih berdiri, aku menyertai Tiara dan Azim yang sedang melantak makan di meja. Sambil berjalan aku perhatikan kelibat Benjamin yang sedang rancak berbual diselang selikan gelak ketawa bersama dengan sekumpulan orang korporat di hujung sana.

Sejak acara bermula, aku belum sempat lagi bersemuka empat mata dengan Benjamin. Benjamin kulihat kelihatan sibuk benar melayan dan beramah mesra bersama tetamu kenamaan.

Sedari hanya menjamah makanan ringan dan meneguk minuman, perut berkeriuk tanda lapar. Segera, langkah aku lajukan menapak ke arah Tiara. Elok sahaja aku menghempas tubuh ke kerusi, kelibat Akif menjelma di ruang mataku. Aku terkaku. Pucat wajahku kelihatan.

"Lia,Kau okay ke? " soal Tiara kalut.

Aku menoleh deras ke arah Tiara yang enak mengunyah di sebelahku.

"Aku okay.. " balasku gagap.

Tiara kembali menunduk menyambung makanan yang terhenti. Sesekali kulihat, Tiara menyuapkan makanan ke mulut Azim.

"You dah makan? " soal Akif mengeluarkan butir bicara. Aku diam. Menunduk menekur ke meja yang dilapik dengan kain berwarna maroon.

"Lia. Please. Jangan takut dengan I. I minta maaf kalau perbuatan I tempoh hari buat you rasa takut. Please, maafkan I. I tahu I tak sepatutnya bertindak melulu macam tu. " ujar Akif kesal.

Aku mendongakkan wajah, teragak-agak membalas renungan Akif. Jelas kelihatan riak kesal di wajah Akif. Aku mengeluh. Sejenak, teringat aku akan kata hikmat, jangan kerana satu keburukan, kita melupakan segala kebaikan yang ditaburkan kepada kita.

Kalau boleh aku tidak mahu jadi seorang yang kacang lupakan kulit. Sedikit sebanyak masih banyak lagi kebaikan yang dihulurkan Akif kepadaku. Nafas kusedut dalam. Perlahan, aku ukirkan sebuah senyuman kepada Akif.

"Saya maafkan awak. Maafkan saya juga. " pintaku ikhlas.

Andai Akif sudah berniat untuk menjernihkan keadaan antara kami, maka aku juga senang hati untuk membetulkan keadaan tersebut. Tiada manusia yang tidak pernah buat salah dalam dunia ini, tidak terkecuali juga Akif.

Akif tersenyum riang. Lebar senyumannya saat aku dengan senang hati memaafkan dia.

"Terima kasih, Lia. Terima kasih! " ucap Akif bertalu. Aku hanya senyum.

Tiba-tiba aku dihampiri Rayyan. Serentak pandangan beralih kepada Rayyan yang sudah tercegat di sisiku yang segak mengenakan sepasang sut kelabu.

"Rayyan.. " seruku perlahan.

Sekali lagi aku terkejut dengan kaehadiran Rayyan di sisiku. Tidak cukup dengan Akif, Rayyan pula datang menempel kali ini.

"Abang sebenarnya sedang memburu Lia. "

Aku tercengang.

"Memburu? "

"Yes! Cause you're so beautiful like an angel tonight.." bisik Akif lembut.

"Tapi saya bukan bahan untuk diburu Rayyan. Dan saya juga tidak suka diburu" tukasku dingin. Kurang gemar dengan ayatnya.

Rayyan melepaskan tawa kecil.

"Lia dah makan? Nak abang ambilkan makanan ke? " soal Rayyan ramah. Sekaligus bertindak menukar topik.

Aku gelengkan kepala tanda belum lagi menjamah makanan berat.

Rayyan tersenyum.

"Okay. Lia tunggu kejap. Abang ambilkan makanan untuk Lia. "

Aku tersentak. Sangkaku dia sekadar bergurau. Tidak kusangka pula kalau ternyata betul pelawaanya tadi.

"Rayyan. No need. Say.. " belum sempat aku habis berkata, Rayyan sudah hilang. Tenggelam dalam keramaian manusia. Aku mengeluh perlahan.

Seketika, Rayyan kembali dengan pinggan penuh dengan makanan. Ditolak makanan ke depanku. Aku mendongak. Rayyan menguntum senyum sebelum duduknya turut dilabuhkan ke sisiku.

"Makanlah. Special for you" pelawa Rayyan mesra.

"Terima kasih.. " balasku.

Aku menunduk. Memandang hidangan di hadapanku. Tanpa mahu menghampakan Rayyan yang sudah bersusah payah mengambil makanan untukku, dengan lafaz bismillah aku suapkan ke mulut perlahan. Mengunyah lembut makanan di dalam mulut.

Sedar tidak sedar, habis sepinggan makanan yang diambil oleh Benjamin sebentar tadi. Tiara mampir ke arahku. Kerusi dibawa merapatiku di sebelah. Sesekali aku terdengar Akif dan Rayyan yang rancak bersembang hal bisnes.

"Segak kan dia? So charming and handsome!" bisik Tiara di telingaku.

Aku tersentak.

"Siapa? " soalku perlahan.

"Eleh. Buat-buat tanya pula. Buah hati kau lah. Kau ingat aku tak perasan kau pandang dia tak lepas daripada tadi. " bahuku disenggol Tiara beberapa kali.

Tidak tahan disenggol aku tolak badan Tiara menjauhiku. Aku pusatkan pandangan sekali lagi ke arah Benjamin yang masih lagi rancak berbual.

Sesaat, kulihat Melissa yang berada berdekatan Benjamin. Malah dengan sengaja membetulkan tali leher Benjamin yang sudah sedia kemas. Aku mendengus kasar. Walaupun Benjamin menghalang masih jua tetap aku rasa cemburu. Tanpa segan silu menyentuh buah hati aku.

Ikutkan hati sekarang jua aku mahu ke sana, menarik Benjamin daripada berada di situ. Tapi, hanya sekadar di hati belum lagi gila mahu ditunaikan secara zahir.

Seketika, lampu hotel dimalapkan digantikan dengan kerlipan lampu yang membangkitkan suasana romantis. Kedengaran muzik Inggeris dipasang santai.

Kulihat beberapa orang tetamu sudah mulai bangun untuk menari bersama pasangan masing-masing. Tercengang aku seketika dengan keadaan tersebut.

Terkebil-kebil memerhati gelagat beberapa pasangan yang bersedia untuk menari. Kutoleh ke sisi. Tiara juga sudah lesap. Menari bersama Azim di tengah ruang hotel.

Aku toleh pula ke sebelah. Hanya tinggal aku dan Rayyan saat ini. Akif pula entah bila masa bingkas bangun meninggalkan kami berdua juga aku tidak tahu.

"Would you like to dance with me, Aulia? " soal Rayyan romantis.

Aku memandang huluran tangan Rayyan di hadapanku.

"Tapi saya tak pandai menari. " bisikku segan. Mengigit perlahan bibirku.

"Its sokay. Just for enjoy. Sekejap pun takpa. Abang pun macam Lia tak pandai menari pun. " pujuk Rayyan lembut.

Wajah Rayyan dan huluran tangannya aku pandang silih berganti. Lama, akhirnya aku sambut jua huluran tersebut. Lebih kerana rasa terpaksa memandangkan ada beberapa kelibat manusia yang menonton adegan antara kami.

Tanganku perlahan dipimpin oleh Rayyan ke ruang tengah hotel yang sememangnya memang dikhaskan untuk para tetamu menari. Aku mengintai kelibat Benjamin yang lesap dari pandanganku.

Rayyan bertindak melingkarkan tangannya ke pinggangku. Terasa kejung segala urat sarafku. Terasa tak rela pula disentuh begitu.

Belum sempat aku memulakan tarian, terasa tubuhku dirangkul dari belakang. Terasa hembusan kasar nafas seseorang menempel di leherku.

"I miss you! " bisik seseorang rapat ke telingaku. Tubuh yang terasa kejung pantas kembali aku lembutkan perlahan-lahan bila gerangan tersebut kukenal pasti.

Aku diam. Menikmati pelukannya di tubuhku. Pasti Benjamin lesap sebentar tadi kerana melihatku yang mahu menari bersama Rayyan.

"Sayang.. " bisik Benjamin romantis. Dikucup telingaku lembut.

"Hurmm.. " gumamku manja.

"You don't miss me? " rengek Benjamin di telingaku.

Tangan Benjamin yang berlingkar di perutku, aku genggam erat. Aku usap lembut lengannya.

"So much! " balasku perlahan. Aku menari slow tempo dengan Benjamin.

"Siapa bagi kebenaran dia cium tangan sayang tadi? Tak cukup dengan cium nak menari pula. Over mu dead body first lah! " soal Benjamin tiba-tiba bersulamkan dengusan kuat. Jelas kedengaran cemburu suaranya.

Aku tersentak. Pantas menoleh memandang Benjamin yang menyangkutkan wajah ke bahuku dari belakang. Sesekali dimainkan bibirnya di leherku yang jinjang.

"Mana abang tahu? " soalku hairan.

Benjamin melepaskan kucupan di leherku. Terliuk lentuk tubuhku menahan rasa geli.

"I saw what he did.  Ikutkan hati nak je abang terajang dia. Tapi kenangkan majlis formal macam ni abang tahan je. " cebik Benjamin manja.

"Dah tu, kenapa tak datang kat Lia? "

"Abang busy lah sayang. Sorry. Tapi abang tetap perhati okay apa yang sayang buat. Abang nampak semuanya.. "

Aku tertawa kecil. Menukar posisi antara kami. Kini, kami saling berhadapan. Aku sangkutkan kedua belah tanganku ke leher Benjamin. Benjamin pula lingkarkan kedua belah tangan kekarnya ke pinggangku.

"You look so stunning tonight, baby! I fall for you for a thousand times! " ujar Benjamin merenung jauh ke dalam mataku. Aku tersenyum manis.

Menarik tali leher merapati wajahku. Aku alurkan sebelah tangan ke dada bidang Benjamin. Aku usap dada bidang miliknya.

Benjamin menelan liur. Mulai tergoda dengan sentuhanku. Aku usap pula bibir merah Benjamin. Seakan ketagih untuk membelai seraut wajah tampan itu.

"Terima kasih atas pujian abang pada Lia. Abang pun apa kurangnya, so handome and charming today!" aku tarik rapat lagi wajah Benjamin ke arahku.

Benjamin menguntum senyuman mekar saat kata pujianku menampar wajahnya.

Sesaat, aku kucup bibir merah tersebut. Membuntang besar wajah Benjamin sebelum dipejamkan mata. Keadaan yang malap memberi peluang untuk kami bermesra. Rangkulan di pinggangku makin mengetat hingga terasa lekuk tubuhku melengkung ke dadanya.

Aku bertindak meleraikan kucupan saat Benjamin mula mahu mengurut lembut bibirku. Kedengaran keluhan lemah terhampar daripada bibir seksi tersebut. Aku tergelak kecil. Mengusap wajah Benjamin yang terselit riak kecewa.

"Sekejap sangat yang. Lama sikit tak boleh ke? " rungut Benjamin manja.

Aku mencebik. Menepuk lembut kedua pipi Benjamin. Benjamin tersengih.

"I love you. So much!  " bisikku manja.

Benjamin menarik tubuhku merapatinya. Kedua pipiku dikucup lama.

"If you know how much I love you Aulia Natasha. No one can replace you.. " dirangkul erat tubuhku ke dalam pelukannya. Perlahan disembankan wajahnya ke leherku.

Aku tersenyum hiba. Merangkul leher Benjamin erat. Terharu dengan ucapan yang begitu bermakna diucapkan kepadaku.

"No one can replace you too! " bisikku rapat ke telinga Benjamin. Mata terasa berkaca. Tidak tahu kenapa aku dikunjung rasa sedih. Seolah ini kali terakhir aku dapat memeluk erat tubuh Benjamin. Air mata yang menitis aku seka pantas.

••••

"Sayang dah makan? " soal Benjamin lembut memimpin aku menuju ke meja yang kosong. Keadaan hotel mulai lenggang berikutan para tetamu yang mulai beransur pulang.

Aku layangkan anggukan kepada Benjamin. Mengikuti langkah panjang Benjamin.

"Abang lapar.." rengek Benjamin manja.

"Abang tak makan lagi ke? " tanyaku hairan.

Benjamin gelengkan kepala..

"Tak sempat lah sayang. Terkejar-kejr abang tadi dari seminar. Nasib sempat masa perasmian majlis. Jamah makanan ringan je tadi. Lainlah macam orang tu, ada orang tolong ambilkan makanan.. " perli Benjamin.

Aku jegilkan mata. Geram diperli terang-terangan. Cemburulah tu.

"Abang tunggu sini, Lia pergi ambilkan makanan kejap. " ujarku mempelawa untuk melayani Benjamin yang sudah tersengih lebar dimanjai olehku.

"Suap sekali yang. Tangan abang kotor. Malas nak basuh. " laung Benjamin kuat tapi masih terkawal.

Aku menjulingkan mata ke atas. Bagi betis nak peha pula. Huh!  Nasib lah aku sayang kau Benjamin.

Siap, aku bawa pinggan berisi makanan ke arah Benjamin yang sudah menguntum senyuman manis. Aku letakkan makanan ke hadapannya.

"Hah, makanlah. " pelawaku.

Benjamin gelengkan kepala. Aku mengerutkan dahi. Dah kenapa?  Tadi bukan main merengek lapar.

"Nak sayang suap. " pinta Benjamin tak ubah seperti kanak-kanak umur setahun jagung.

Aku mengeluh. Perlahan, aku rapati Benjamin di sisi. Tangan aku cuci terlebih dahulu sebelum aku tarik pinggan mendekatiku. Aku cubit sedikit daging masak hitam gaulkan bersama nasi beriani. Siap, aku suapkan ke mulut Benjamin.

"Sedap? " tanyaku lembut.

Benjamin menganggukkan kepala. Dikunyah laju makanan dalam mulutnya.

"Sedap yang. Tambah-tambah sayang suap lagi sedap. Suap lagi yang.. " pinta Benjamin lagi dan lagi.

Aku hanya mampu menggeleng sambil tersenyum dengan gelagat Benjamin. Sedar tak sedar habis sepinggan nasi selamat mendarat dalam perut six pack Benjamin. Aku tepuk lembut perut seksi tersebut. Benjamin sengih.

"Wow. Sejoli! " aku tercengang. Suara Aqeela kedengaran kuat menyindir aku dan Benjamin.

Tangan yang aku cuci pantas aku lap ke tisu sebelum aku campakkan ke dalam pinggan. Nasib sahaja tidak kucampak tisu kotor di tangan ke muka Aqeela yang dihiasi mekap tebal malam ini.

Benjamin merenung malas ke arah Aqeela yang duduk tanpa dipelawa bersama mereka. Dijeling sekilas sebelum dibelek telefonnya di tangan sambil bermain dengan jemari runcingku di pehanya.

"You jangan nak menyemak kat sini boleh tak? Rimaslah! Pergi sana lah. " bidas Benjamin bernada jengkel.

"Tak perlu halau, sebab I sendiri yang akan berambus. So, nikmatilah momen-momen terindah korang berdua. Bhai! " serentak dibawa langkah kakinya menuju keluar daripada pintu hotel yang terbuka luas.

"Baguslah kalau macam tu. So dipersilakan.. " balas Benjamin sinis.

Tidak lama, kelibat Akif dan Melissa menghampiri kami pula. Melissa mengambil tempat di sisiku manakala Akif di sebelah Melissa.

Mungkin malas untuk mengambil tempat di sebelah Benjamin bila mengenangkan hubungan dingin antara mereka berdua ekoran daripada kejadian tempoh hari.

"Kenapa dengan perempuan tu? " soal Melissa berbisik di telingaku. Riak menyampah dipertontonkan kepadaku saat melihat kelibat Aqeela yang mulai hilang di pandangan.

"Entah! " balasku sepatah.

Aku jungkitkan bahu. Malas untuk memulaikan bicara dan mengambil tahu. Lantaklah!

"Yang. I pergi sana kejap, daddy panggil. Dato Akhtar dah nak balik. Sayang tunggu kejap eh. Nanti abang datang sini balik.." ujar Benjamin bingkas bangun. Belakang tanganku ditepuk lembut.

Benjamin menapak laju ke arah daddy dan Dato Akhtar yang rancak berbual.

Aku anggukkan kepala bersama sebuah senyuman. Menghantar kepergian Benjamin dengan bibir yang tidak lekang dengan senyuman. Aku kerling ke tepi.  Kelihatan Akif dan Melissa yang hanya menunduk bermain telefon di tangan.

Melissa bangun. Aku dongakkan wajah.

"I nak pergi ambil air kejap. Haus pula. You nak air? " soal Melissa tetiba kepadaku. Aku yang turut dilambung rasa dahaga menganggukkan kepala.

"Tak menyusahkan ke? " soalku perlahan.

Melissa senyum segaris sebelum menggelengkan kepalanya.

"Kif. You nak air tak? Alang-alang tu I ambilkan sekali lah ya. " giliran Akif pula disoal.

Akif yang hanya ralit bermain telefon turut menganggukkan kepala menerima pelawaan Melissa. Aku perhatikan Akif. Ralit sangat hingga entah didengar atau tidak kata-kata Melissa sebentar tadi.

Lima minit, Melissa datang berlenggang sambil menatang tiga biji gelas yang diisi dengan air yang berbeza.

"Here it is. Jemput minum semua. " pelawa Melissa mesra.

Aku pantas mencapai segelas air berwarna oren. Kuteguk perlahan melalui tekak yang dibelit rasa haus sedari tadi. Arghhh, terasa hilang dahaga yang beraja sekian lama.

Akif yang masih lagi dengan telefon di tangan, turut meneguk hingga habis air pemberian Melissa sebelum kembali menyambung bermain telefon.

Lima minit,entah kenapa aku mula terasa pandanganku berbalam-balam. Kelibat satu kini menjadi dua tiga hingga entah berapa sudah. Pecah gambarannya di ruang mataku. Aku memegang dahi yang terasa pening secara mendadak.

Pantas aku berpaut di sisi meja. Mencengkam sisi meja hingga melecet jemariku. Aku cuba memanggil Benjamin namun seakan tidak terkeluar suaraku saat ini.

Pening yang terasa mencengkam kian menyerang kepalaku kini. Aku memaut lengan Melissa di sisi. Melissa yang menyedari tingkahku pantas membalas genggamanku di jarinya.

"Lia! You kenapa ni? " soal Melissa kalut.

Aku gelengkan kepala.

"I rasa pening. Nak pitam. Tolong! " ujarku lemah. Benar-benar bergantung harap pada Melissa saat ini. Tidak sampai seminit, mata terpejam rapat. Perkara terakhir yang aku ingati adalah senyuman penuh sinis daripada Melissa.

Usai menghantar kepulangan Dato Akhtar, Benjamin kembali menuju ke arah meja yang menempatkan si buah hati kesayangannya. Dari kejauhan, diperhatikan meja yang hanya terisi dengan keberadaan Melissa semata.

Mata pantas diliarkan ke sekeliling mencari kelibat Aulia. Puas dijenguk ke setiap penjuru namun masih juga tiada kelibat si gadis. Tidak betah, diatur langkah menuju ke arah Melissa di meja.

"Mel! " seru Benjamin kuat.

Melissa bingkas berdiri.

"Ya.. " sahut Melissa perlahan.

"You ada nampak Lia tak? " soal Benjamin beriak cemas.

Kepala dijenguk sekali lagi ke sekeliling.

Melissa diam.

"Mana eh?  Tadi I pesan suruh dia tunggu sini. Hilang pula tiba-tiba. Takkan dah balik kut.. " rungut Benjamin.

Kedua belah tangan dicekak naik ke pinggang.  Mulut diherotkan. Memikir ke mana hilangnya Aulia si buah hati. Melissa yang gelisah di hadapanya dikerling sekilas.

"Mel! " tukas Benjamin kuat.

Melissa tersentak. Dibawa wajahnya menentang wajah tampan Benjamin.

"I tanya, you ada nampak tak Lia pergi mana? " sekali lagi diajukan soalan yang sama.

Melissa menunduk. Diramas jari jemarinya sesama sendiri. Tepi bibir digigit perlahan. Dirapati Benjamin yang berdiri tercegat.

Melissa berikan sebuah anggukan.

"Dia pergi mana? "soal Benjamin riang. Bersinar kembali matanya.

Melissa menundingkan jarinya ke luar.

"Dia pergi sana. "

"Boleh you tunjukkan I kat mana Lia pergi? "

Melissa anggukkan kepalanya lambat-lambat.

"Jom! " ajak Benjamin.

Tanpa lengah langkah dibawa menyoroti langkah Melissa dari belakang. Melalui kawasan yang dikatakan Melissa, Benjamin dipagut rasa pelik.

"Kenapa you bawa I ke sini? I bukan suruh you tunjukkan bilik hotel, I minta you tunjukkan mana Lia pergi." Benjamin tertawa kecil dengan gelagat Melissa.

"Sini lah I nampak Lia pergi tadi. I nampak dia masuk dalam bilik ni.. " ujar Melissa dengan riak serba salah.

"Are you sure, Mel? " kerutan perpapar jelas di dahi Benjamin.

Melissa mengangguk laju.

Benjamin terdiam. Kurang jelas dengan maksud sebenar daripada Melissa. Hairan kenapa Aulia perlu sampai ke bilik hotel? Nak bermalam di hotel ke apa? Tapi tiada pula dikhabarkan kepada dia tentang keinginan untuk bermalam di hotel.

Langkah Melissa yang jauh ke hadapan diikuti laju dari belakang. Walaupun dipagut rasa pelik, tetap diikuti jua langkah Melissa.

Langkah terhenti di sebuah bilik hotel yang agak ke hujung. Tanpa lengah, ditolak perlahan pintu bilik yang tidak berkunci. Tidak betah menunggu, Benjamin tolak luas pintu bilik tersebut.

Saat itu, terasa mahu pitam dirinya melihat Aulia dengan baju yang separuh terdedah sedap enak tidur bersama dengan seorang lelaki di katil kamar hotel tersebut.

Ditolak kuat Melissa yang menghadang di pintu masuk bilik. Mata membuntang luas. Dada berdegup kencang. Tangan dikepal kuat. Menggigil tubuhnya menahan rasa berang yang menjalar hebat menghentam dada kini.

"Aulia Natasha!!!!! " jerit Benjamin lantang.

Aku mencelikkan mata deras saat terasa suara nyaring seseorang menerombos masuk ke ruang telingaku.

Serentak aku terbangun. Berusaha mencelikkan mata yang terasa kabur tambahan dengan kepala yang masih memberat menyukarkan aku untuk mengenal pasti keadaan sebenar apa yang sedang berlaku.

Aku menoleh perlahan ke sisi. Saat terpandangkan seraut wajah Akif yang tidur pulas di sisi, aku melorot jatuh ke lantai.

Mata perlahan menyoroti dadaku yang separuh terdedah memaparkan asetku yang masih dibaluti pakaian dalam. Serentak mata berkaca dengan air mata.

"Tak guna kau Akif! " tempik Benjamin tak ubah seperti dirasuk syaitan.

Akif yang tidur pulas ditarik kasar daripada katil. Tidak semena-mena sebuah tumbukan dilayangkan tepat ke wajah Akif yang masih mamai. Kesan daripada ubat tidur yang diberikan kepada kami.

Beberapa tumbukan sempat dilayangkan ke wajah Akif sebelum Melissa bertindak pantas menuju menarik Akif yang dibelasah Benjamin tanpa belas.

Benjamin menolak kasar tubuh Akif yang melemah. Dirapati aku yang masih tunduk menekur ke lantai. Teresak sendirian. Terketar-ketar bibirku menahan rasa tangis. Mengigil tubuhku melihatkan apa yang telah terjadi.

Benjamin mencangkung di hadapanku. Dipaut kasar wajahku merapati wajahnya yang sudah berubah riak menjadi seseorang yang tidak aku kenali. Berkerut mukaku menahan sakit dengan cengkaman kasar Benjamin di dagu runcing milikku.

Benjamin ketap rapat rahangnya. Berkaca matanya menahan rasa amarah yang membara di dada. 

"Aku ingatkan kau berbeza tapi malangnya aku salah sebab kau pun sama macam dia! " direnung tajam mataku. Aku terkedu. Renungan Benjamin aku balas sayu. Aku mahu menafikan semua yang berlaku tapi terasa tidak terkeluar suara,tersekat di kerongkong dalam.

"Dah bangun! " dadaku yang terdedah ditutupi Benjamin dengan membutangkan kembali dressku. Aku kini tak ubah seperti mayat hidup. Hanya tinggal jasad semata-mata.

Tanpa lengah, ditarik kasar tubuhku sebelum diheret aku keluar daripada bilik yang menjadi saksi putusnya rasa cinta Benjamin terhadapku.

"A..a.. Abangg.." panggilku perlahan bersama esak tangis yang menggunung.

"Diam!!! " tempik Benjamin sambil mengheret aku keluar dengan kasar.

Aku yang diheret kasar terasa seperti di awang-awangan. Terasa hilang segala deria rasa. Yang tinggal cuma puing-puing berterbangan halus. Dan saat ini aku tahu, kalau semuanya sudah musnah dan 'mereka' telah menang tanpa bertanding.

Kenapa mesti sekejap benar rasa bahagia itu hadir? Apakah dia sememangnya tidak layak untuk bahagia? Kenapa harus ada batu penghalang antara mereka? Kenapa!

double update untuk hampa. Jangan lupa komen! marilah kita berhuhu bersama-sama. sob sob sob!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience