"I dengar perempuan tu dah balik. "
Melissa tersenyum sinis. Berpaling ke sebelah. Direnung Aqeela di sisinya yang ralit melihat pengunjung kelab yang asyik menari.
"Hurm. Dia dah balik. Kenapa? " soal Melissa acuh tidak acuh.
"Benjamin macam mana? " soal Aqeela lagi.
Melissa mendengus kasar. Tolonglah! Dia sudah tidak mahu lagi menjadi macai Aqeela. Dia sudah cukup serik. Serik diberi amaran oleh Benjamin dan Aulia. Aulia siap memintanya untuk berdoa agar tidak terserempak dengannya. Mengenangkan itu dia dihambat resah.
"Macam mana apa? "
"Yelah. Dah perempuan tu balik, mesti Benjamin happy. Tak sabar nak kahwin dengan perempuan itu. "
Baginya dia sudah tidak mahu lagi ambil tahu mengenai rancangan Aqeela untuk mendapatkan Benjamin. Baginya, cukuplah dia disindir empat tahun lalu di hadapan pekerja syarikat Megah Jaya oleh Aulia angkara rancangan Aqeela yang mahu dia sabotaj Aulia. .
Melissa diam. Telinganya dipekakkan. Sekali sekala badan digoyangkan mengikut rentak lagu yang terpasang. Layan kepala lagi bagus daripada. Layan betina meroyan sebelah dia ini.
"You pekak ke I tanya you ni Melissa?" selar Aqeela kuat.
Melissa berdecit perlahan. Semak dengan peel Aqeela. Digosok kasar cuping telinganya. Dihela nafas kuat.
"Apa masalah you ni? Mana lah I tahu Benjamin tu macam mana sekarang. You dah lupa ke kalau I dah lama berhenti daripada syarikat dia?" bidas Melissa kuat.
"Tapi still you tahu pasal Benjamin kan? " bidas Aqeela kembali. Kasar suaranya bergema.
Melissa mengeluh kuat. Benar-benar sakit hati dengan Aqeela.
"Eh perempuan! Kau ingat aku ni jaga dia ke apa? Dia itu siapa aku nak ambil tahu? Dulu pun sebab you bayar I. Kalau tidak jangan haraplah I nak terlibat dalam plan you. " tempelak Melissa geram.
Aqeela terdiam. Tersentak dengan tempikan Melissa.
"Mana lah tahu. Kot-kot you tahu pasal jantan tu. Tambah pula betina tu dah balik.." rengus Aqeela menyampah.
"Lantaklah nak balik ke tak nak. I dah taknak terlibat dalam rancangan you lagi Aqeela. Sebab kantoi teruk lah I berhenti daripada syarikat Benjamin."
"You yang tikam belakang I. Lepas tu you acah nak 'play victim'. Kalau tidak I dah dapat jantan tu tahu tak! Gara-gara you, musnah rancangan I. Ikutkan hati I ni, dah lama I bunuh you Mellisa. "
Melissa tertawa kuat.
"Let me tell you something. Kalau you jadi I, you pun akan buat benda yang sama lah. Takkan you nak tengok sahaja ikan depan mata? Come on lah Qeela. You tak boleh nak salahkan I. "
"Tapi you tetap tikam belakang I. Rosakkan rancangan I. " bentak Aqeela kuat.
Melissa menjulingkan mata. Dilepaskan tawa sinis ke arah Aqeela yang mulai menonjolkan berang.
"Then, you nak I buat apa? Bersengkokol lagi dengan you?" tanya Melissa kasar.
Aqeela menjeling tajam.
"...benda dah jadi. I pun dah say sorry. You nak macam mana lagi? Kalau I tak tikam belakang you sekalipun you ingat dia hadap ke kat you. Dia hanya pandang Aulia jelah. Bukan kita.. " bentak Melissa pula.
Naik hairan dirinya dengan betina ini. Dulu sudah elok dapat si Benjamin Aqeela buat taik, curang sana sini tak ingat dunia sudah. Sekarang meroyan macam orang gila talak.
Tergila-gila mendapatkan Benjamin semula. Sampai sanggup berbuat gila. Kalau dia jadi Benjamin, dia juga tak ingin jilat ludahnya kembali. Masalah betul si Aqeela ini.
Aqeela mengetap rapat giginya. Dijeling Melissa tajam. Melissa tersenyum sinis. Diteguk perlahan air coke di dalam kelas. Nak marah, marahlah. Tapi dia hanya bercakap perkara yang betul. Apa salah kata-kata dia? Tidak kan?
"Walau apa pun, Benjamin tetap akan jadi milik I. " bisik Aqeela keras.
Melissa hanya menggelengkan kepala. Malas nak melayan orang gila seperti Aqeela Sania. Kalau dulu akibat terdesak dia sanggup untuk terlibat dalam rancangan bodoh Aqeela hingga kantoi busuk.
Tapi kini, dia tidak akan lagi memperjudikan nasibnya semata-mata kerana ingin menjayakan ramcangan Aqeela. Baginya, masih ramai lagi lelaki dalam dunia ini yang boleh dijadikan sebagai teman hidup. Jadi mengapa perlu terhegeh-hegeh kepada Benjamin.
Benjamin juga sudah memberi amaran kepadanya agar dia menjauhkan diri daripada mata mereka. Malu punya pasal dia bertindak meletak jawatan sejurus kepergian Aulia ke luar negara.
Selicik-licik mereka, licik lagi Benjamin. Dia benar-benar serik bermain dengan api. Hampir hangus terbakar dia dibuatnya. Benjamin benar-benar pandai berlakon. Padanlah Benjamin mudah benar menerima dia sebagai 'kekasih'. Alih-alih dia dengan mudahnya masuk ke perangkap yang dipasang Benjamin.
"Ikut you lah Qeela. Janji jangan libatkan I sudah. I memang taknak ada kena mengena sudah dengan rancangan you.. " ujar Melissa perlahan sebelum berlenggang menuju ke ruang menari.
Aqeela melepaskan dengusan kasar. Air diteguk rakus. Diperhati lenggok Melissa yang melenggang menuju untuk berhibur tenggelam di dalam keramaian manusia yang asyik.
••••
Aku melangkah masuk ke dalam bilik pejabat dengan tergesa-gesa. Beg sandang aku campak kasar ke atas meja. Terseret jauh kedudukannya. Punggung aku hempas kasar ke kerusi. Terinjut kerusi empuk milikku ke belakang.
Bergesel bunyinya terseret dengan lantai pejabat milikku. Aku menilik jam di pergelangan tangan. Tepat pukul sembilan pagi. Kedua belah tangan naik mengipas-ngipas wajah yang terasa merah berbahang. Peluh merenik di dahi aku sapu perlahan.
Sejenak, muncul Nelly terjengul di sebalik daun pintu bilik pejabatku. Aku mendonggakkan wajah. Memandang Nelly yang santai berlenggang masuk ke pejabatku.
"Lewat you datang kerja hari ini Miss Aulia." soal Nelly mulai curiga.
Diperhatikan penampilan sahabatnya pada hari ini yang agak berlainan daripada biasa. Setahunya, Aulia merupakan salah seorang yang boleh dikategorikan sebagai seorang yang menjaga penampilan diri. Lihat sahaja daripada gaya rambutnya pada hari ini. Disanggul bulat sahaja. Setelah itu, diklip dengan penyepit rambut kecil.
Tidak seperti kebiasaannya yang suka melepaskan rambut beralun ke bahu. Kalau disanggul pasti disanggul dengan kemas dan kelihatan anggun. Bukanlah Aulia tidak cantik pada ini, cantik sahaja seperti hari-hari biasa cuma agak kurang.
Diperhatikan pula baju yang tersarung di tubuh langsing Aulia. Baju kurung kain kapas berwarna hitam. Nampak agak santai dan ringkas. Dahi yang berkerut makin bercantum erat. Sungguh dia dibuai pelik dengan penampilan dan tingkah Aulia hari ini.
"Dah puas belek I? " soal aku perlahan. Komputer riba yang tertutup aku buka dan tekan butang 'ON'
"Kenapa dengan you hari ni?" soal Nelly sambil tertawa kecil. Dilabuhkan duduknya tanpa dipelawa. Direnung wajah sahabatnya tanpa kelip.
Aku tidak menjawab. Sebelah tangan aku kibas-kibaskan ke wajah yang sudah berkurangan sedikit rasa bahangnya.
Ini semua gara-gara Benjamin. Pagi ini masing-masing bangun lewat. Aku pula entah apa yang merasuk tidak boleh melelapkan mata semalam. Alih-alih pukul dua pagi baru aku tertidur. Pagi ini sedar-sedar jam sudah menunjukkan pukul tujuh empat puluh lima pagi. Kelam kabut aku melompat turun dari katil. Subuh pun subuh gajah.
Mandi pun mandi koboi sahaja. Asyik bersiap, pintu bilik pula diketuk. Buka sahaja pintu, terbias seraut wajah Benjamin yang masih lagi tidak berpakaian. Hanya tuala sahaja yang membaluti tubuhnya dengan rambut masih lagi menitiskan air.
Dengan selambannya, dihulur sepasang baju kemeja kerja dan seluar slacknya kepadaku meminta aku untuk menggosoknya. Nak menolak tidak sampai hati. Melihatkan Benjamin yang sudah membuat muka kasihan, maka aku sambut jua hulurannya dengan hati separuh rela.
Usai menyiapkan pakaian kerja Benjamin, diminta pula aku untuk menyediakan sarapan. Katanya, kalau tidak bersarapan nanti dia diserang gastrik. Ayat mengundang simpati sahaja semua itu.
Sekali lagi, aku turuti kemahuan dia. Kalut-kalut aku berikan baju yang sudah siap bergosok kepada Benjamin sebelum aku bergegas turun ke bawah menyediakan sarapan. Sedang kalut menyediakan sarapan, dijerit pula namaku.
Untuk kesekian kalinya pagi itu, aku bergegas pula naik ke biliknya. Tercengang aku melihatkan bilik yang agak bersepah kerana sepasang stoking. Terpaksa pula aku mencari sehelai stoking untuk dia. Ada sahaja sahaja peelnya nak cari perhatian aku. Lelah aku melayannya.
Seperti biasa, sebuah kucupan diberikan kepadaku sebelum berangkat kerja. Katanya sebagai upah untukku pagi ini. Aku pula hanya menjulingkan mata ke atas sebelum turut berangkat menuju ke tempat kerja.
Tidak lama selepas selesai bersarapan. masing-masing bergegas ke tempat kerja pula. Sekilas, terbayang jika sudah berkahwin nanti. Bagaimanalah aku mahu menguruskan rumah tangga? Pening memikirkannya tiba-tiba.
"Lia. Hello! Anybody here? " petikan jari di depan muka menyentakkan aku yang hanyut dalam lamunan.
"Yes, Nelly. I'm here. "
"I tanya. Kenapa dengan you hari ini?" soal Nelly sekali lagi.
"I lupa set alarm. " jawabku ringkas. Mudah dan selamat.
"Ya ka? Selama I kerja dengan you, inilah kali pertama tahu you bagitahu I, cakap you lupa set alarm. "
Aku mengeluh.
"Memang betul lah I lupa nak set alarm semalam. You ingat I saja ke nak masuk kerja lewat. Even I bos, I tetap masuk kerja ontime okay. " ujarku meyakinkan Nelly yang masih dengan riak curiga.
"Sempat breakfast tak? " soal Nelly mengambil berat.
Aku anggukkan kepala.
"Kalau I cakap belum, you nak tolong suap ke? " aku menyengih.
"Tak kuasa I. Ada tangan kan, suap sendiri. Lainlah tak cukup sifat. Ini I tengok elok je.. "
Nelly mencebik. Tubuh dibingkas bangun. Kerusi ditolak ke belakang. Bersedia untuk melangkah keluar daripada bilik pejabatku.
Butang baju kurung aku buka perlahan. Aku kipas beberapa kali menghilangkan rasa hangat dalam badan akibat berlari masuk ke pejabat sebentar tadi.
Aku mendongakkan wajah memandang Nelly yang masih berdiri tercegat di hadapanku. Kulihat renungan Nelly tidak berkelip memandang ke arahku.
"Eh, sekejap sekejap. Stay, don't move." arah Nelly kuat.
Aku tersentak. Dah kenapa pula minah ni? Tangan kaku daripada bergerak.
Tubuh dibongkokkan rapat ke wajahku. Kedua bahuku dipaut erat sebelum diteleng leherku ke sebelah kiri. Terpampang tanda cinta hasil karya Benjamin semalam.
"Tanda apa ni? " soal Nelly hairan. Ditekan gigitan cinta tersebut kuat. Aku diam memandang tingkahnya.
Aku menelan liur yang terasa payau tetiba. Mata membalas renungan Nelly. Serta-merta kepala merangka jawapan untuk menjawab soalan 'hot' daripada Nelly saat ini. Aku serba tidak kena. Terasa peluh merenik di dahi.
"Ohhh..in..ini lebam. Semalam I nak keringkan rambut. Entah macam mana boleh pula terkena hair dryer tu terkena dekat leher. Pedih juga lah." ujarku bersama riak wajah berkerut untuk memperlihatkan kebohonganku seperti kejadian benar.
Nelly pantas menegakkan kembali tubuhnya. Dipincingkan matanya ke arahku. Aku diam. Kembali membetulkan baju di kawasan leher.
"Macam mana boleh kena? "
"Entah. Berangan kuat sangat kut.. " aku tersengih.
"Bukan lovebite ke? " soal Nelly perlahan.
Aku tersentak. Nasib sahaja tidak tersedak air liur sendiri. Aku menggeleng laju. Menafikan perkara yang memang betul sebenarnya.
"Be..betul lah. Bukan lovebite. Kalau lovebite bu..bukan macam ni.. " tutur gagap. Masa inilah lidah nak jadi keras kejung.
"Dah tu macam mana? " soal Nelly pantas.
"Entah. Macam lain kut.. " balasku kaku. Bahu aku angkat beberapa kali.
Nelly menganggukkan kepalanya lambat-lambat. Cuba menerima jawapan yang aku persembahkan kepadanya.
"Okay lah. I keluar dulu. Jangan lupa turunkan sanggul you tu. Nanti nampak dengan staf tak pasal je. " bebel Nelly sayup-sayup bersulamkan pesan.
Aku menghembus nafas lega. Menggosok dada yang terasa kencang. Seketika, terasa telefon bimbitku berdering. Aku capai kalut tas tangan yang terdampar sebelum telefon bimbit yang bingit menjerit aku angkat panggilan tersebut.
"Hello.. " sapaku perlahan.
"Hai sayang.. " sapa Benjamin mesra di hujung talian.
"Hurmm.. " sahutku.
"Buat apa? " soal Benjamin.
Aku mengetuk-ngetuk permukaan meja. Aku putarkan jemariku.
"Tak buat apa. Kenapa? " soalku kembali.
"Tak ada apa. I just miss you.." jelas Benjamin.
Aku diam. Lidah menolak-nolak dinding pipi.
"Sayang.. " seru Benjamin lembut.
"Hurmm.. " sahutku lagi.
"Thanks sebab sediakan pakaian kerja dengan sarapan untuk I pagi tadi even sayang sendiri dah lambat nak pergi kerja. I hargai sangat.. " ucap Benjamin perlahan. Romantis sekali kedengaran suaranya menampar cuping telingaku.
Aku menguntum senyum. Jari mengutil baju di sisi.
"Sama-sama. No problem. " balasku ringkas.
"Okaylah sayang. Abang off dulu. Jumpa kat rumah nanti. I love you sayang. Bhai.." pamit Benjamin mesra.
"Okay.. "
Sesaat, Benjamin sudah meletakkan panggilan. Aku merenung telefon yang sudah gelap skrinnya.
"I love you too abang. " bisikku perlahan. Seolah Benjamin dapat mendengar ucapan balasan daripadaku. Aku tertawa kecil. Tangan menekup wajah yang terasa memerah. Terbayang wajah kacak Benjamin di wajah. Ahhh!
'I think I'm in Love Again', eeeee..
••••
"Sorry, lambat. Jalan jammed. " Benjamin menyapa bahu Ad yang duduk membelakanginya.
Addy menoleh ke belakang. Tersenyum saat menyedari kehadiran Benjamin.
"Duduklah. Aku pun baru sampai. " ujar Addy. Nano stix yang tergantung dileher dibawa ke mulutnya. Disedut perlahan sebelum dihembus keluar.
"Apa khabar? Makin berseri-seri eh muka kau sekarang. " tegur Addy sambil berseloroh.
Tapi dia tidak nafikan kalau wajah Benjamin kelihatan berseri-seri macam pengantin baharu. Nampak riang seraut wajah di hadapanya ini.
"Kau kalau tak menganjing aku memang tak sah kan. Ada je modal kau. " tukas Benjamin.
Air yang memang siap dipesan oleh Addy disedut. Menghilangkan dahaga yang terasa di keronkong.
Addy tertawa kuat.
"Betullah. Ada berita gembira ke kau nak share? Mana tahu boleh makan nasi minyak tahun ni. Macam dah lama sangat Ben. Empat tahun tu rasanya cukup dah tu. "
Benjamin tersengih lebar. Ikutkan hati sekarang juga nak heret cik puan pergi kahwin tapi nanti tak suprise sudah. Biarlah buat sementara waktu cik puan garang masih tidak tahu.
"In Shaa Allah, doa-doakanlah. " balas Benjamin mudah. Ringkas dan selamat jawapan diberikan.
Addy meneguk air di gelas. Diletakkan kembali ke meja. Perlahan direnung wajah tampan si sahabat.
"Tapi aku ada satu kemusykilan sekarang. " ujar Addy. Dirapatkan kerusi ke meja.
Benjamin terdiam. Tersentak dengan kata-kata Addy. Tubuh enak menyandar ditegakkan. Dikemaskan duduknya menghadap Addy.
"Kemusykilan apa pula kau ni? Takutkan aku jelah. "
"Tak ada lah. Aku bukan niat nak takutkan kau pun. Cuma nak tahu je. Cik puan kau tu dah ada orang lain atau belum. Mana tahu ke sana empat tahun ada orang lain yang tolong ubatkan hati dia. "
Benjamin terkedu. Terdiam memikirkan ujaran Addy yang turut menjentik hatinya. Ralit melepaskan rindu hingga tidak terfikir akan satu kemusykilan tersebut.
"Dia tak ada siapa-siapa.. " pintas seseorang dari belakang.
Serentak keduanya menoleh. Seraut wajah Daniel kelihatan tersengih lebar.
"Nel..baru sampai ke apa? " soal Benjamin turut tersengih.
Daniel mengambil tempat di sebelah Benjamin. Benjamin menepi. Memberi ruang untuk Daniel melabuhkan duduknya.
"Baru sampai apanya. Aku orang terawal sampai tahu tak. Tak nampak air aku ni dah cair semacam dah. Tunggu korang lah lama sangat.. "
Benjamin tertawa galak. Mati-mati dia ingat kalau Daniel baru sampai ke port lepak mereka pada petang ini. Usai kerja di pejabat, terus dilencongkan langkahnya melepak bersama kedua sahabatnya ini.
Rindu kepada cik puan ditahan dulu.
Nanti balik ke rumah baru dilepaskan rindunya. Lagipun, cik puan dia sekarang ni garang sikit. Pantang diusik mahu melenting sahaja kerjanya.
"Yakinnya kau, Nel cakap macam tu. Kalau ada macam mana? " Benjamin bertindak mempersoalkan kata-kata yang terucap dari mulut Daniel.
"Hah Nel, mana kau tahu Cik Puan dia ni belum berpunya? " soal Addy kalut.
Benjamin mengerling sekilas. Sekarang ni Aulia tu cikpuan dia atau cikpuan Addy? Kalut mengalahkan Aulia tu isteri dia. Huh!
"Daripada yang aku tahu lah. Kebetulan ada lah sedara aku sambung master kat sana juga. Kiranya macam baik juga lah dengan diorang. Sama-sama pelajar Malaysia kan." jelas Daniel panjang lebar.
Benjamin kembali menyandar tenang ke kerusi. Fokus dengan butir bicara Daniel.
"Jadi, kat sana kan ada persatuan. Jadi, masa perjumpaan persatuan tu adalah sedara aku ni borak-borak kosong dengan Aulia. Masa berborak kosong tu, sedara aku ni tanya Aulia dah kahwin ke,Aulia cakap belum. Tapi nak tahu apa yang Aulia cakap? " soal Daniel sambil dimain-mainkan keningnya.
"Kau cakap habis boleh tak Nel. Main cakap tak habis pula. Dah gaya dvd lekat dah. " selar Addy geram.
Sekali lagi Benjamin menjeling tajam. Busybody sungguh si Addy ni. Kecil besar kecil besar sahaja direnung Addy ketika ini.
"Aulia cakap dia dah bertunang. " sambung Daniel menjawab soalannya sendiri. Dikerling sekilas ke arah Benjamin di sisi.
Benjamin terkedu. Lama dia terdiam sebelum bibirnya tersengih lebar. Girang hatinya mendengar kata-kata Daniel sebentar tadi. Serasa mahu sahaja dia menjerit kesukaan. Tapi ditahan sahaja mengenangkan tempat lepak mereka sekarang dilupakan sahaja niatnya.
"Dia cakap macam itu? Seriously? " tekan Benjamin masih lagi dengan rasa tidak percaya.
Daniel hanya menganggukkan kepala.
"Lepas ini kena buat baiklah dengan Cik Puan. Tunggu apa lagi cepat-cepat lah Ben. Kempunan kami tunggu nasi minyak kau. Kang lari lagi Cik Puan kau tu nanti.."
"Korang sabar boleh tak? Aku tengah usahakanlah ni. Aku pun geram dengan Cik Puan aku tu sekarang. Makin garang sejak dah habis master ni." omel Benjamin.
Serentak Addy dan Daniel melepaskan tawa kuat. Mengekek keduanya. Benjamin mendengus kasar. Bukan nak kasihan malah ditertawakan pula. Hampeh!
"Kau kuat mengusik sangat kut. " omel Daniel.
Benjamin menggaru leher yang tidak gatal.
"Aku usik-usik manja jelah. " omel Benjamin. Tersengih-sengih dirinya.
"Manja pada kau, bukan pada dia. Padanlah cik puan kau tu angin. " selar Addy.
"Selamat maju jaya,Ben!" ucap Daniel masih lagi dengan tawa yang bersisa.
"Goodluck sahabat. " giliran Addy pula memberikan ucapan. Bergabung kembali gelak tawa mereka.
Benjamin mencebikkan bibir. Teringat kisah pagi tadi. Aulia yang bersusah payah menyiapkan pakaian kerja dan menyediakan sarapan pagi untuknya.
Sengaja dia mahu menguji si gadis walhal dia tahu kalau Aulia sudah lewat untuk ke pejabat. Mahu lihat jika Aulia masih ambil berat atau tidak pada dirinya. Dan ternyata setelah diuji, dirinya masih menjadi keutamaan si gadis. Serta-merta dia rasa terharu.
Dikerling sekilas Daniel di sisinya yang rancak bersembang dengan Addy. Teringat kejadian yang menjadi titik tolak kepada renggangnya hubungan Aulia dan dirinya.
Masih terbayang-bayang akan kejadian malam perangkap yang dipasang oleh Melissa. Memang dia tidak menafikan bahawa pada permulaannya dia dihambat rasa marah yang meluap-luap. Siapa sahaja yang tidak terkejut bila melihatkan kekasih sendiri sedang tidur bersama dengan lelaki lain iaitu sepupunya sendiri, Akif.
Diawal kejadian,memang dia masih belum boleh menerima apa yang terjadi hingga dia tega untuk mengeluarkan kata-kata yang menghiris hati si kekasih dan bertindak keluar daripada rumah agam daddy.
Namun, setelah beberapa minggu kejadian tersebut berlaku dia mula untuk menyiasat. Siapa lagi kalau bukan dengan pertolongan daripada Addy. Sebenarnya dia ada terfikir untuk mendapatkan rakaman cctv pada malam kejadian, tapi tidak tahu kenapa banyak sangat helah mereka. Rupanya bila diselidiki, mereka telah dibayar dengan kadar yang lumayan untuk tidak mendedahkan rakamam cctv pada malam kejadian.
Mengetahui hal itu dia memang naik berang. Sudahlah dia bertindak melulu dan terburu, selepas itu kejadian sebenar juga tidak boleh dilihat. Nasib sahaja ada Addy yang menenangkannya. Addylah merupakan mindmaster merangka perangkap untuk Melissa.
Dia tahu kalau tindakannya akan membuatkan Aulia terluka. Dia tahu kalau hal tersebut makin membuatkan Aulia makin jauh daripadanya tapi dia perlu melakukan semua hal itu kerana itu sahaja jalan yang dirasakan mampu untuk menjernihkan segala keadaan kembali.
Dia bukanlah sebodoh yang disangka. Masakan dia mahu percaya bulat-bulat sahaja apa yang berlaku tanpa perlu menyiasat terlebih dahulu.
Selicik-licik mereka, licik lagi dia. Jangan ingat mudah untuk memperbodohkan dia. Dan bagi dia, Melissa telah membuat satu keputusan yang salah dengan memerangkap dia.
Jadi, Melissa harus membayar setiap apa yang dilakukan hingga meranapkan hubungannya bersama Aulia. Tapi dia besyukur kerana pertimbangan akal warasnya masih terletak di atas.
Tidak terus percaya dengan apa yang terjadi. Walaupun Aulia percaya kalau hubungan antara mereka sudah putus, tapi tidak bagi dia. Cuma, keadaan yang memaksa untuk dia terus membiarkan Aulia dengan anggapannya yang salah.
Teringat pada malam yang menyatukan kembali persahabatan antara mereka yang terputus.
"Kenapa kau bawa jantan ni jumpa aku malam ini? Apa pula rancangan dia? Tak habis lagi dendam kau pada aku? Puas hati kau?!! " bertalu-talu soalan diajukan kepada Addy saat melihatkan seraut wajah suram Daniel yang hadir bersama Addy.
Daniel hanya tertunduk menerima segala asakan daripada Benjamin.
"Ben. Relax Ben, relax. " Addy bertindak mencelah menghadang di antara Benjamin dan Daniel yang saling berdepan berdiri tercegat.
Benjamin menolak tubuh Addy kuat. Jaket yang tersarung ditubuh dikemas kasar. Tubuh dijarakkan daripada Addy dan Daniel. Takut dirinya hilang kawalan. Tidak memasal pecah muka Daniel dikerjakan.
"Kau nak suruh aku relax, Ad? Relax jadah apa? Kau tahu tak disebabkan rancangan diorang, hubungan aku dengan Lia putus. Kau tahu tak putus!" bentak Benjamin kuat. Bergema dalam bilik yang ditempah oleh Addy pada malam itu.
Fikirnya,memang Addy sengaja untuk tempah bilik sedemikian begini untuk privacy mereka membincangkan kejadian yang terjadi. Sebaliknya, mahu dibawa manusia keparat datang bertemu dengannya.
"Dengar dulu, Ben apa yang Daniel nak jelaskan pada kita malam ini. "
"Jelas? Nak jelaskan apa? Kerana mereka lah, aku hampir hilang Aulia! Kurang ajar! Kalau aku tahu dah lama aku bunuh kau tahu tak! " tempik Benjamin cuba meluru ke arah Daniel.
Addy pantas menarik tubuh Benjamin. Dipegang kuat tubuh sasa tersebut walaupun pegangannya hampir sahaja terlepas. Dengan sekuat tenaga, ditolak tubuh Benjamin duduk ke kerusi.
Benjamin terduduk longlai ke kerusi. Betapa hancur hatinya mengenangkan hubungan mereka yang terputus di tengah jalan. Betapa terlukanya Aulia dengan kata-kata dan tindakannya. Bayangkan beban rindu yang ditanggung mereka berdua.
Daniel mengeluh lemah. Perlahan dilabuhkan tubuhnya bersebelahan Benjamin. Dipegang erat bahu rakannya.
"Jangan sentuh aku lah! " ditepis kuat tangan Daniel di bahunya.
Daniel mendongakkan wajah. Meraup wajah yang mendung. Terkesan hatinya dengan kata-kata dan tindakan Benjamin. Mungkin selama ini beginilah rasa yang dialami oleh Benjamin saat dia berkeras untuk tidak percaya dan sanggup memutuskan hubungan mereka.
"Aku minta maaf, Ben. Maafkan aku. " pinta Daniel perlahan. Sayu dan dalam kedengaran nada suaranya memohon maaf.
Benjamin menjeling tajam
"Kau ingat dengan kata-kata maaf kau dapat selesaikan semua masalah? Keadaan akan jadi macam sediakala semula? " cantas Benjamin laju. Turun naik nafasnya cuba menahan amarah.
Addy menggelengkan kepala. Dipicit pelipisnya.
"Ben. Aku bawa Daniel jumpa kau malam ni bukan suruh kau bergaduh dengan dia. Boleh tak untuk masa sekarang kau letak tepi dulu rasa amarah kau? Tolonglah. Dengar penjelasan Daniel. " Addy bertindak meleraikan ketegangan yang terpancar jelas di wajah Benjamin.
Daniel mengeluh panjang. Benjamin mendengus kuat.
"Tak apa, Ad. Aku okay. " tukas Daniel.
"Apa yang terjadi malam tu memang rancangan Aqeela dengan Melissa. " jelas Daniel senada.
Biarlah kalau Benjamin enggan untuk mendengar penjelasannya, tapi tugas dia sekarang adalah memberitahu hal yang sebenar kepada Benjamin. Benjamin mahu percaya atau tidak bukan lagi menjadi keutamaan.
"Macam mana kau tahu itu rancangan mereka berdua? " soal Benjamin dingin. Cuba untuk mengembalikan kewarasan akal seketika.
"Sebab aku ada sekali. Maksud aku, masa diorang tengah bincang dan bercakap untuk siapa take over misi malam tu. Aku ada sekali, dengar apa yang mereka cakap. " jelas Daniel. Ditoleh wajahnya memandang Benjamin di sisi.
"Bukan kau pun turut terlibat dalam rancangan mereka ke? Bukan ke kau nak sangat tengok aku jatuh. Sampai sanggup buat apa sahaja asalkan dendam kau terbalas. " ujar Benjamin sinis.
Daniel terkedu.
"Aku mengaku kalau aku turut terlibat dalam rancangan mereka. Aku tak nafikan benda tu. Tapi pada saat akhir, aku decided untuk tak terlibat. "
Benjamin tertawa sinis.
"Sebab apa? Sebab kau rasa bersalah tiba-tiba? Macam tu? "
Daniel menoleh merenung Benjamin lama. Benjamin mengendurkan tawanya.
"Ya, sebab aku rasa bersalah. Tapi sebab utama sekali, adalah kerana kau sahabat aku. Aku terbayang masa aku demam, walaupun aku benci kau, kau tetap ada. Sanggup dalam hujan susah payah bawak aku ke hospital. " jelas Daniel sebak.
Benjamin terdiam. Addy turut terkelu. Tidak sangka selama ini kalau jauh di sudut hati Daniel, masa tersimpan sayang untuk mereka. Masih terselit rindu akan persahabatan mereka bertiga.
"Kau ingat semudah tu aku nak percaya? " bidas Benjamin kuat. Masih lagi enggan mempercayai kata yang diluahkan Daniel walau jauh di sudut hati, dia terusik dengan kata-kata tersebut.
Daniel tersenyum pendek.
"Aku tahu tak semudah tu kau nak percaya apa yang aku cakap. Aku tak paksa untuk kau percaya, tapi aku harap kau tak ulangi apa yang aku buat. Sengaja butakan mata, pekakkan telinga semata untuk taknak terima kebenaran.. "
"..Aulia tak bersalah dalam hal ini. Jangan hukum dia macam mana aku hukum kau dan Addy hingga sanggup perjudikan persahabatan kita. Lagi satu, Melissa bekerja di pejabat kau bukan kehendak diri dia tapi kerana arahan Aqeela sebagai cara untuk dapatkan kau. "
"..Aqeela salah. Qeela tak tahu kalau dalam Melissa menjalankan kerja dia, Melissa jatuh hati pada kau. Jadi, dia tukar plan dengan menjadikan dia orang yang bertanggungjawab menjayakan misi kejadian malam itu. Dengan harapan kau akan suka dia dan tinggalkan Aulia. "
"Aqeela dapat tahu hal tu. Tapi dia still percayakan Melissa yang dalam diam turut serta nak dapatkan kau sebab dia tahu hanya Melissa yang boleh tolong dia dapatkan kau. Sejak daripada aku tarik diri, aku dah tak bertemu dengan mereka lagi. Dan untuk pengetahuan kau juga, Aqeela bukan curang dengan aku sahaja tapi banyak lagi lelaki lain selama ini. Cuma kau je yang tak tahu. Aku ni mungkin orang yang keseratus agaknya.. " Daniel tertawa kekok.
Benjamin dan Addy diam tidak berkutik. Sepatah perkataan jua tidak keluar daripada mulut mereka. Masing-masing mendiamkan diri memasang telinga mendengar segala penjelasan daripada Daniel yang meluah panjang lebar.
"Aku tahu bukan mudah untuk kau maafkan aku. Tapi aku tetap nak minta ampun dan maaf pada kau. Lama aku cari kau untuk jelaskan perkara sebenar. Pada hari kejadian lagi aku dah cuba cari kau untuk beritahu mengenai rancangan mereka tapi aku tak nampak langsung kelibat kau. Maybe kau sibuk.. " sambung Daniel lagi. Terdengar keluhan kuat daripada bibirnya.
Addy meliarkan tatapan ke arah Benjamin yang sedang termenung di tempat duduknya.
"Ben.. " seru Addy meleret.
Benjamin tersentak. Dikalihkan tubuhnya ke arah Daniel yang muram di sisi.
"Maafkan aku, Ben. Maafkan aku kalau aku lambat sedar betapa berharganya persahabatan kita. Maaf sebab terlalu ikutkan perasaan dendam aku pada kau. Aku harap suatu hari nanti kau dapat maafkan aku. " ujar Daniel sayu.
Dihulurkan tangannya ke arah Benjamin. Berharap agar Benjamin sudi menyambut huluran salam maaf daripadanya.
Benjamin diam tidak beriak. Sebaliknya huluran Daniel dipandang sepi. Lama ditenung tangan Daniel. Daniel mengeluh lemah. Tangan yang tidak bersambut diturunkan kembali. Merenung Addy yang turut merenungnya dengan pandangan simpati.
"Tak apa lah. Aku faham. Apa pun, terima kasih sebab sudi dengar penjelasan aku. Aku balik dulu. " Daniel bingkas berdiri. Dihela nafas panjang.
"Kau nak aku hantar sampai ke luar ke Nel? " soal Addy pantas. Sudah berkira-kira untuk menghantar kepulangan Daniel hingga ke luar.
Baju kemeja berkolar miliknya dibetulkan. Bersedia menapak untuk bergerak keluar daripada bilik lepak mereka pada malam ini.
"Tak payah lah Ad. Terima kasih. Ada masa kita jumpa lagi. " pamit Daniel sudah mulai menapak ke pintu bilik.
"Macam ni ke sahabat? Salam tak sambut pun koyak? " Benjamin bersuara perlahan sekaligus menghentikan langkah Daniel.
Daniel menghentikan langkah. Menoleh ke belakang perlahan. Memandang wajah Addy yang sudah tersenyum ke arahnya.
"Aku maafkan kau. " tutur Benjamin seraya menapak mendekati Daniel yang sudah mulai sebak.
Pantas dirangkul tubuh Benjamin erat. Benjamin turut membalas pelukan kejap Daniel. Mendengar penjelasan tulus daripada Daniel membuatkan hatinya terasa lapang. Seakan beban yang menggunung hilang dibawa pergi.
"Terima kasih, Ben. Terima kasih! Maafkan aku atas semua kesalahan aku pada kau selama ni. " ucap Daniel sebak. Benjamin hanya menganggukkan kepala seraya menepuk belakang Daniel.
"So sekarang masalah kita dah selesai." sahut Benjamin.
"Belum lagi. Bila kita dah kantoikan Melissa, baru selesai masalah kita. So, kau Ben, kena start berbaik dengan Melissa. Kau buat seolah-olah kau betul-betul dah move on daripada Aulia. Buat Mel percayakan kau. Aku rasa tak susah untuk buat dia percayakan kau kan? " Addy tersenyum sinis.
Benjamin turut menguntum senyum.
"Easy! "
"Ben! Ben! Benjamin! " laung Addy kuat.
Benjamin tersentak. Dipandang wajah Addy dan Daniel dengan riak terpinga-pinga.
"Kau mengelamun apa ni? Kami punyalah asyik berborak, kau syok berangan. " sindir Addy kuat.
Daniel sudah tertawa melihatkan raut wajah Benjamin yang seperti ayam berak kapur ditangkap sedang mengelamun jauh.
"Teruk betul angau kau ni, Ben. " tukas Daniel dengan ketawanya.
Benjamin mencebik.
"Tapi Aulia tak tahu lagi kan kalau apa kau dengan dia memang... " ujar Addy perlahan sambil kedua jari telunjuk tangan kiri dan kanannya dicantumkan.
Benjamin menggeleng perlahan menjawab soalan Addy. Gelas berisi air dicapai dan disedut perlahan.
"Bila kau nak bagitahu? Takkan kau nak biarkan Lia masih dengan anggapan dia, kau dengan Melissa kut? " tanya Daniel.
Benjamin jungkitkan bahunya.
"Nantilah aku bagitahu dia. Sekarang macam tak sesuai lagi nak bagitahu. Dia pun baru balik. Jadi, aku cadang biarlah dulu. Dah sampai masa nanti, aku bagitahu lah. " terang Benjamin tidak bernada.
Daniel mengangguk faham. Addy diam. Hanya menerima penjelasan Benjamin dengan tenang. Betul juga apa yang dikatakan Benjamin. Biarlah dulu memandangkan Aulia juga baru pulang. Biar santai-santai dulu bosku.
"Jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang." seloroh Addy.
Benjamin mencebik sebelum dilempar seketul ais batu ke arah Addy. Sempat sahaja lelaki itu elak daripada terkena di baju kerjanya. Daniel pula sudah menggelengkan kepala melihat telatah kedua sahabatnya. Dia bersyukur kalau masih belum terlewat membetulkan keadaan antara mereka.
••••
Alarm kereta ditekan. Serentak kereta mewah milikya berkelip menandakan kereta sudah berada dalam keadaan terkunci. Asyik melepak tidak sedar kalau jam sudah menunjukkan pukul lapan malam.
Melangkah masuk ke rumah terlihat sekujur tubuh yang sedang melangkah menuju ke ruang dapur tanpa perasan akan kehadirannya. Kasut dilepaskan sebelum disusun di rak yang tersedia.
Sambil menapak dilenturkan lehernya ke kiri dan kanan. Terus menyoroti langkah Aulia ke dapur. Rindu pula mahu menatap seraut wajah itu.
"Yang.. " seru Benjamin lembut. Dipeluk dan dikucup sekilas pipiku.
Aku tersentak. Air yang sedang kuteguk kuhabiskan perlahan. Aku menoleh ke belakang. Terlayar seraut wajah messy Benjamin di belakangku.
Dengan baju kemeja sudah dilepas keluar daripada seluar slack hitam miliknya. Dua butang teratas bajunya turut dibuka. Entah ke mana lah Benjamin hingga awal malam baru pulang.
"Sayang tolong tuangkan jus oren untuk abang. Haus la. " pinta Benjamin.
Aku mengeluh. Benjamin sudah siap melabuhkan duduk di kerusi meja makan. Kulihat beberapa kali diurut-urut lehernya. Sejenak, dilentur pula ke kiri dan kanan.
"Kenapa dengan leher tu? " soalku perlahan. Tidak betah untuk melihat sahaja tanpa bertanya.
"Tak tahu. Lenguh. Salah tidur kut semalam. " balas Benjamin.
Aku menapak ke arahnya sambil membawa segelas jus oren sejuk. Aku letakkan di hadapan Benjamin.
"Thanks sayang.. " ucap Benjamin mesra. Bahu dan lehernya diurut lagi. Setelah itu, ditumbuk-tumbuk pula.
Aku merapati Benjamin dari belakang. Kasihan pula melihatnya.
"Kat mana sakit? "
Benjamin mendongak memandang wajahku di belakangnya.
"Kat bahu dengan leher.. "
Aku tolak tangan Benjamin perlahan, menggantikan dengan sepasang tanganku. Benjamin terkedu. Tidak sangka dengan pertolongan dariku.
Aku urut perlahan bahu dan leher yang dikatakan sengal itu. Aku urut lembut naik turun. Tidak terlalu kuat urutan kuberikan, takut nanti makin melarat pula. Dari sakit sikit melarat jadi teruk.
"Pergi mana baru balik? " soalku tanpa sedar sedangkan sudah habis sedaya upaya aku tahan soalan tersebut daripada terkeluar.
"Keluar lepak dengan member. "
"Habis kerja tadi terus pergi lepak? " soalku lagi. Bibirku gigit kuat. Tidak boleh mengawal mulutku dari terus bertanya.
"Hurmm.. " sahut Benjamin perlahan sambil memejamkan mata. Selesa diurut sebegitu rupa.
"Member laki ke perempuan? " pantas aku berdecit perlahan. Terlepas lagi soalan mengundang dari bibirku.
"Member lelaki yang.. " balas Benjamin sepatah.
Sebenarnya dia rasa seakan mahu lelap sudah dibelai begini. Urutan dari jari jemari Aulia terasa membuai dirinya. Namun, bila memikirkan dia belum lagi mandi dan bersolat, dicelik kembali matanya yang terasa berat.
Pantas, kedua belah jemari runcing yang masih menari-nari di lehernya, ditangkap erat. Dibawa ke bibirnya. Dikucup jemari runcing itu lama.
"Thanks sayang. Kurang sikit sakit bila sayang urut. " Benjamin bingkas bangun. Diteguk segelas jus oren hingga habis. Aku capai gelas kosong tersebut.
"Abang naik dulu. I miss you sayang. So much! " ucap Benjamin perlahan. Berbisik di wajahku. Aku diamkan diri. Keraskan lidah untuk membalas kembali ucapan tersebut.
Melihatkan aku yang tiada respon, Benjamin terus menapak melepasiku. Aku mengeluh. Mungkinkah Benjamin terasa kerana selama kata-kata romantis dilayangkan ke arahku, tiada satu pun yang ku balas.
Bukan sengaja niatku untuk tidak membalas ucapan tersebut, cumanya aku belum bersedia. Seakan ada benda yang menghalangku untuk membalas ucapan romantis daripada Benjamin. Harapku, agar Benjamin mengerti yang cintaku pada terpahat utuh untuk dia walaupun tiada ucapan balasan daripadaku.
Tertunggu-tunggu ke tu? Hehe. Best ke tak?
Share this novel