BAB 1

Romance Series 247373

Setelah menempuh perjalanan pulang dari KLIA, kereta yang dipandu Pak Wahab sampai di halaman rumah mewah milik Datuk Razman dan Datin Rida.

Pandangan lembut ditebarkan ke seluruh kawasan halaman rumah mewah tersebut. Serentak hati mengenangkan betapa dulu dia berkeras untuk tidak berpindah menetap di rumah mewah tersebut. Namun, demi mendengarkan pujukan daripada mummy tersayang digagahi jua diri berpindah masuk ke rumah ayah tirinya.

Ting.. Ting..

Aplikasi whatsapp dibuka dan senyuman diukir perlahan. Pesanan daripada rakan baiknya,Tiara dibaca.

"Hey babe, already arrived?" pesanan Tiara aku baca.

"Yes, dah sampai babe. Kau pulak dah sampai belum? Krm salam mama dan papa kau okay" pesanan ditaip dan dihantar semula.

Buat seketika, Aulia masih tercegat membalas pesanan ringkas teman baiknya.

"Dah sampai jugak. Tengah sedap landing ataih katil ni haa. Hujan-hujan ni sedap tidoq oii. Hahaha. Okaylah Lia,see u when I see u. Babai.." aku tersenyum membaca kiriman balas daripada dia. Nampak sangat jet lag.

Beg tangan jenama Louis Vuitton yang melorot jatuh disandang kembali ke bahu. Nafas ditarik dan dihembus perlahan sebelum kaki melangkah ke muka pintu.

Loceng yang sedia ada ditekan beberapa kali. Namun, masih tiada tanda-tanda pintu akan dibuka.

Takde orang ke kat rumah, ke mummy belum balik lagi erk?Hurmm call mummy jela.

Luggage diletakkan ditepi pintu. Beg tangan diselongakar untuk mencari telefon miliknya.

Belum sempat nombor datin Rida didail, pintu terbuka luas dari dalam.

Kepala segera didongakkan memandang gerangan yang membuka pintu.

"Mummmyyyy!! " jerit Aulia riang sambil tangan didepa memeluk datin Rida.

"Ohh mummy, I miss you so so much"
Ucap Aulia sebak. Tubuh ibu tersayang dipaut erat dalam pelukan.

Datin rida membalas pelukan satu satunya anak tunggal kesayangannya. How time flies. Besar sudah anak dara hasil perkongsian dengan arwah suami tersayang.

"Sudah, sudah! sampai bila nak peluk tang sini, tengok Pak Wahab dok tengok tu. Tak malu ka? " mummy dengan loghat utara still tak leh pisah noh.

"Nak malu kenapa, biaq la Lia peluk mummy Lia. " balas Aulia manja. Tersengih memandang mummy tersayang.

"Dah, jom masuk. Nanti kat dalam nak peluk ke nak cium ke apa segala semua boleh. Sekarang masuk dulu.." tangan runcing milikku ditarik masuk ke dalam rumah.

Aku memandang Pak Wahab yang masih memerhati tingkah aku dan mummy di muka pintu. Aku tersengih sebelum mengenyit mata ke arah Pak Wahab. Pak Wahab hanya mampu tersenyum melihat kenakalanku sambil menggelengkan kepala.

Seketika, kedua beranak tersebut mula beriringan masuk ke dalam rumah agam tersebut.

"Daddy kerja ke mummy?" tanya Aulia perlahan sambil mata melingas memerhati ruang tamu yang masih lagi sama seperti empat tahun lepas.

'Ya, masih sama dan hati aku pun masih sama pada orang yang sama'

"Yaa, daddy kerja. Nanti petang daddy balik. Dia cakap dia rindu anak dara dia sorang ni" ujar datin rida sambil tersenyum.

Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata mummy. Ya, walaupun aku hanya anak tiri tapi masih lagi dia melayaniku seperti anak kandungnya.

Untuk beberapa ketika kami berceloteh kosong. Jarang-jarang bertemu membuatkan macam-macam cerita aku dengar.

"Okaylah mummy, Lia naik atas dulu ye. Nak rehat jap. Nanti kita sambung borak lagi okay. " aku meminta diri. Badan yang terlalu penat serasa ingin berehat mengecas kembali tenaga.

"Okay sayang. Pergi laa. Mandi rehat. Nanti turun makan. Mummy ada masak special untuk lia hari ni. " pipiku mummy kucup lembut. Aku tersenyum manja.

"Takpe laa miy, Lia kenyang lagi ni. Tapi mummy jangan risau malam nanti Lia turun makan " Beg tangan yang terletak di kerusi aku sandang ke bahu dan kaki mula melangkah naik ke ruang atas.

-------------------------------------------------------

Pintu bilik yang sekian lama ditinggal dibuka perlahan. Tubuh tercegat memerhati sekeliling bilik. Huh, still same nothings changed.

Kaki bergerak sekeliling bilik sebelum punggung berlabuh di atas katil. Aku usap lembut cadar kain cotton bercorak bunga merah itu. Mata sekali lagi aku lingaskan ke seluruh ruang bilik.

Seketika, aku mula bangun dan bergerak ke laci meja solek. Aku tarik perlahan, dan sekeping gambar yang terselit di celah2 fail itu aku ambil. Aku usap beberapa kali sebelum aku bawa ke dakapanku.

' I miss you'

Gambar tersebut aku kucup lembut sebelum kusimpan kembali di dalam laci tersebut. Jujur, rasa rindu menggebu-gebu di dalam dada.

Tangan diusapkan ke muka. Perasaan sebak sedaya upaya dikawal. Tubuh direbahkan perlahan ke katil sebelum matanya terpejam menghapuskan segala rasa yang ada. Tanpa sedar dia dibuai lena.
_____________________________________

Tersedar daripada tidur, segera aku gapai telefon di meja tepi katil. Mata yang masih kabur digosok berkali2. Allah, pukul 8 malam dah. Tanpa lengah, tuala dicapai dan segera kaki melangkah masuk ke bilik air.

Urghh, segarnyaaa! Face mist bio essence disembur di sekitar muka. Rambut ku biar lepas bebas memandangkan semua mahramku kecuali.. Hurmm tapi dia takde kan..

Kaki melangkah menuruni tangga perlahan sambil mata melingas mencari kelibat mummy dan daddy Razman. Takkan dah tido kot, bisik hatiku.

Tudung sajiku angkat dan lauk kegemaranku terhidang diruang mata. Ayam masak merah dan daging masak hitam. Uarghhhh, i is kenot laaa. Dappp ermmm.

Tanpa lengah, pinggan segera kuambil dan nasi ku senduk. Ayam dan daging ku kaut letak di tepi pinggan. Dengan lafaz bismillah, selamat nasi dan laut mendarat dalam perutku. Sedang elok mengisi perut, deheman suara di belakang mengejutkanku. Pantas wajah ku paling mencari suara dehemen tersebut.

Kelihatan daddy Razman tercegat di pintu dapur. Aku tersenyum kekok.

"Daddy " sapa aku perlahan.

Daddy Razman tersenyum membalas sapaanku.

"Sorry kalau daddy kejutkan Lia" balas daddy lembut.

"Takpe." balasku sepatah.

Daddy melangkah menuju ke peti ais sebelum air sejuk dituang ke dalam gelas yang tersedia. Air dibawa perlahan sebelum punggungnya dilabuhkan berhadapan aku.

"Dah besar anak dara daddy ni.." senyuman dihulurkan ke arahku. Aku hanya diam. Tidak tahu mahu mula dari mana.

Jujur, aku masih lagi kekok akan suasana asing ini. Tiba tiba hati teringat akan daddy kandungku. Kalaulah dia masih ada.

"Kenapa Lia. Fikir apa je? Daddy ada salah cakap ke ? "tanya daddy Razman bila melihatkan aku yang muram tiba-tiba.

"Aaaa, takde pape just teringat something je daddy. Hurmm daddy tak makan sekali. Sedap mummy masak" pelawa aku sopan. Aku tersengih. Rasa janggal pula makan sorang-sorang tanpa mempelawa.

"No, thanks. Daddy dah makan dengan mummy lepas maghrib tadi. Sorry tak tunggu Lia sekali makan. Daddy yang tak bagi mummy panggil Lia. Kesian, mesti Lia penat. Jet lag lagi " balas Daddy prihatin.

Aku anggukan kepala sedikit sebagai respon akan balasan darinya.

"So, seen Lia pun dah habis master. Lia bila nak start keja dengan daddy? Lagipun Lia dah habis belajar kan. So daddy rasa its a right time untuk Lia timba pengalaman dengan kelulusan yang Lia ada. Why not kan? " ujar daddy sambil memerhati aku. Mungkin mahu melihat responku.

Perlahan-lahan muka yang kutundukkan kuangkat melihat wajah tua daddy. Bibirku kemam. Mencari jawapan yang sesuai untuk aku balas.

"In shaa Allah, nanti bila Lia dah ready, Lia akan inform daddy." demi tak menghampakan harapan daddy, jawapan selamat sedekian aku berikan.

"Then, okay. Daddy tunggu jawapan Lia tapi jangan lama-lama sangat okay. Daddy naik atas dulu. Ada kerja sikit yang daddy kena siapkan. Enjoy your meal. Sorry kalau daddy ganggu Lia makan.. "

"Okay daddy. No worry, I won't.." senyuman aku hulurkan sebagai tanda aku menghargai keprihatinan dia terhadap aku.

Aku memerhati langkah daddy yang kian hilang di sebalik pintu dapur.

Aku termenung sejenak. Kenapa daddy beria-ria nak aku kerja dengan dia? Mana Benjamin? Sedangkan Ben anak kandung dia dan aku hanya anak tiri.

Mengingatkan lelaki itu, hati terasa sebu. Empat tahun membawa diri ke negeri orang memisahkan mereka. Tiada khabar berita dan aku juga tak pernah tanya akan hal lelaki itu kepada sesiapa. Untuk apa? Huh..

Seusai makan, langkah kubawa perlahan menuju ke beranda luar. Pangkin kayu jati aku labuhkan duduk. Tangan memeluk tubuh menghasilkan haba melawan dingin malam.

Wajah kudongak memandang bulan dan bintang. Cantikkknyaaa, detik hati aku.Tanpa sedar ku mengelamun panjang mengingatkan kisah-kisah dulu dan tawaran daddy. Aku pernah terfikir untuk bekerja di syarikat milik kawan baikku yang bersama-sama futher study, Tiara namun mengenangkan tawaran daddy sebentar tadi menjadikan aku serba salah.

Tambahan pula, melihatkan harapan yang terbias jelas di wajah tua itu menjadikan aku tidak sampai hati mahu menolak. Hurmm.. Titisan air embun akhirnya menyedarkan aku yang ralit memikirkan segala hal. Segera kusapu dan langkah ku atur perlahan menuju ke bilik. Mataku pejam sebelum aku betul-betul dibuai lena.

--------------------------------------------------------

Haii semua. Salam kenal daripada saya. ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience